Khamis, 3 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin Akan Lebih Lantang, Setuju Sertai Himpunan Tolak Najib

Posted: 03 Mar 2016 07:06 AM PST

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
 
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir ke perhimpunan yang bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur pada 27 Mac ini.

Muhyiddin berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu oleh penganjurnya, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

"Saya telah diberitahu oleh Datuk Zaid Ibrahim bahawa dia nak adakan perhimpunan ini bagi mengumpulkan pejuang-pejuang untuk menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap kepimpinan negara ini.

"Saya fikir kita sehaluan, dan atas dasar itu saya kata insyaAllah saya akan hadir," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada sidang media itu, Muhyiddin mengumumkan akan terus kekal bersama Umno walaupun digantung jawatan timbalan presiden parti oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bermesyuarat Jumaat lalu.

Muhyiddin berkata, beliau akan menghadiri mana-mana jemputan atau majlis yang dianggap memberi kebaikan dan menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, walaupun digantung daripada jawatan kedua tertinggi parti,  beliau akan terus bersuara bagi menegakkan kebenaran dan menentang sebarang salah laku yang berlaku dalam kepimpinan negara.

"Ini bukan perbuatan saya, bukan perbuatan 'bro-bro' (Datuk Seri Muhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal) saya di sini. Ini perbuatan hanya seorang manusia yang bernama presiden Umno.

"Kenapa saya hanya dibawa ke MT untuk dihukum, presiden parti yang telah melakukan banyak kesalahan dan tak dihadapkan ke muka pengadilan. Kenapa MT berdiam diri," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau juga tidak takut dipecat seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak lama dulu.

"Bila saya sebut mahu kekal sebagai ahli Umno saya akan terus bersuara, malahan lebih lantang daripada dahulu. Saya tak takut dengan mana-mana ugutan (pecat) seperti itu.

"Kita nak cari satu penjelasan supaya rakyat tahu kedudukan sebenar dan perkara ini ada kaitan dengan Umno," katanya.

Perhimpunan 27 Mac ini bagi mendesak perdana menteri berundur.

Kata Zaid, cara itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara 'tertutup' dan atas 'jemputan sahaja' kepada kira-kira 1,000 orang.
 
 

Menulis, Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Selain Arab Dilarang - Harussani

Posted: 03 Mar 2016 07:03 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PUTRAJAYA: Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang, demikian tegas Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

Dalam kenyataan di sini, Khamis, Pengerusinya Tan Sri Harussani Zakaria berkata ini kerana penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.

Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984, katanya.

Beliau yang juga Mufti Perak mengulas mengenai kempen "Let's Read The Quran" bagi menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

Harussani berkata sebagai pihak bertanggungjawab dalam mengawal selia pencetakan, penerbitan dan pengimportan teks al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, LPPPQ memandang serius kempen berkenaan.

Untuk itu, katanya, LPPPQ bersama-sama dengan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri akan mengambil tindakan tegas bagi menyekat gerakan dan kempen berkenaan.

Dalam pada itu, Harussani berkata al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami kitab suci berkenaan, tidak boleh dianggap sebagai naskah al-Quran tetapi merupakan 'terjemahan al-Quran' atau 'tafsir al-Quran'.

Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal dalam bahasa Arab adalah dilarang kerana takut disalah fahami dan membacanya tidak mendapat pahala, katanya.-- Bernama

Sultan Johor Bawa Pegawai Agama Naiki Pesawat Baharu

Posted: 03 Mar 2016 07:01 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Tahrir (dua dari kanan paling belakang) antara yang dilihat berada di dalam pesawat tersebut.
 
 
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membawa pegawai agama di negeri tersebut menaiki pesawat 'emas' Boeing 737 milik baginda.

Turut berada dalam pesawat itu ialah Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin.

Pesawat yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas terbang dari Amerika Syarikat pada Isnin lalu.


Pesawat berwarna emas dan biru itu mempunyai kalimah Allah di bahagian atas.

Selain itu, pesawat baharu tersebut turut mempunyai lambang negeri di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan.

Pesawat itu dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi.


Menariknya, ruang dalaman pesawat dihiasi tulisan khat.

Pesawat terbaru Sultan Johor itu boleh menampung antara 25 hingga 30 orang akan digunakan untuk mempromosikan Johor.


Difahamkan baginda berhasrat membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.

"Saya turut ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal," katanya kepada The Star.

Teluk Intan Bakal Tenggelam Jika Hakisan Tidak Ditangani - Mah Siew Keong

Posted: 03 Mar 2016 06:57 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
TELUK INTAN: Sebahagian bandar Teluk Intan akan tenggelam seterusnya menjadi pulau dalam tempoh 50 tahun lagi jika hakisan tebing di sekitar Sungai Perak tidak diatasi.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata, kerajaan telah memperuntukan RM50 juta lagi untuk membina ban atau tambak batu di tebing Sungai Perak bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir.

Katanya kerja pembinaan tambak batu sepanjang dua kilometer (km) itu bermula sejak awal bulan lalu dan dijangka siap hujung tahun hadapan.

Siew Keong berkata, projek kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu melibatkan tebing di Jalan Woo Saik Hong hingga ke Jeti Kampung Terengganu di Pasir Berdamar dekat sini.

"Sekiranya tidak ditangani, banyak rumah termasuk sebuah tokong di kawasan ini akan terhakis," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja penambakan di Jeti Kampung Terengganu, Khamis.

Menjelas lanjut, Mah berkata semua batu yang akan diguna untuk projek pembinaan tambak itu akan diangkut menggunakan feri sebagai usaha mengelak limpahan kenderaan berat di sekitar bandar berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JPS Perak Datuk Ir Abdul Razak Dahlan berkata, sebanyak RM70 telah diperuntukan untuk pembinaan tambak sebelum ini.

"Sebelum ini kita letak ban pasir sepanjang 3.5km bagi mengelak air banjir melimpah ke kawasan rendah, dan untuk menambak keseluruhan kawasan kita jangkakan kira-kira RM70 juta lagi diperlukan," katanya. -- Bernama

Skandal 1MDB: DAP gesa Pengerusi PAC henti cari alasan tak buat mesyuarat

Posted: 03 Mar 2016 06:45 AM PST

wsj headlines

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Berikutan mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) ditangguhkan pada bulan lalu kerana tidak cukup kuorum, DAP mahu mesyuarat pada bulan ini yang akan membincangkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadiri semua anggota PAC.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin memberi jaminan bahawa akan ada kehadiran 100 peratus ahli PAC pada mesyuarat yang dijadual 4 dan 7 Mac ini.

Ia berikutan mesyuarat yang sepatutnya dijalankan pada 24 dan 25 Februari lalu ditangguh atas alasan 'kebanyakan ahli sedang berada di luar negara', justeru menimbulkan persoalan sama ada perkara sama akan berlaku pada mesyuarat kali ini.

"Hasan seolah-olah cuba mengelak dari menjawab persoalan saya berhubung kehadiran 100 peratus ahli PAC pada mesyuarat dijadual esok (Jumaat) dan hari Isnin.

"Bagaimana Hasan boleh bertindak sewenang-wenangnya menunda mesyuarat lalu atas alasan tiada kehadiran penuh ahli jika beliau tidak boleh memberi jaminan berhubung 100 peratus kehadiran dalam mesyuarat akan datang?" katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ia merupakan kali kedua pembentangan laporan audit berhubung 1MDB kepada PAC ditunda berikutan agensi itu sepatutnya menerima laporan berkenaan di pertengahan Disember tahun lalu tetapi ditangguhkan kononnya atas permintaan Audit Negara.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata tindakan Hasan itu menghilangkan keyakinan ahli parlimen dan rakyat bahawa PAC akan dapat memainkan apa-apa peranan positif dalam mendedah skandal berkenaan hingga ke akar umbi.

"Pemimpin UMNO dan ketua agensi kerajaan seperti Hasan seolah-olah mengamalkan sikap 'kes telah ditutup' berhubung skandal RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri itu. Sikap itu harus diubah pada sidang Parlimen Isnin depan.

"Malah, isu itu kini menjadi lebih besar apabila banyak pendedahan baru dari dalam dan luar negara berhubung skandal berkenaan dalam tempoh dua bulan ini," katanya.

Skandal kewangan semakin menggugat pentadbiran Datuk Seri Najib dengan tuduhan terbaru media antarabangsa Wall Street Journal yang melaporkan bahawa wang 'derma' yang diterima Perdana Menteri bukan sekadar RM2.6 bilion tetapi mencapai lebih RM4 bilion, dan dipercayai dari sumber dalam Malaysia, bukannya dari Arab Saudi. – Roketkini.com


Muhyiddin Keluar UMNO. Patutkah? Impak kepada Pimpanan Najib Razak dan UMNO Menjelang Pilihanraya?

Posted: 03 Mar 2016 06:37 AM PST



Muhyiddin Keluar UMNO. Patutkah? Impak kepada Pimpanan Najib Razak dan UMNO Menjelang Pilihanraya?


muhyiddin keluar UMNO


Ya… benar beberapa bulan lalu, ketika Muhyiddin mula lantang mempersoalkan mengenai isu skandal 1MDB yang terus membelengu negera termasuk memberikan ucapan dan penjelasan disebalik teriakannya di Janda Baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengatakan yang beliau adalah "Totok UMNO".
Tetapi sejak malam tadi sehinggalah ke awal pagi ini, sudah ada cakap-cakap orang politik yang mengatakan yang ada kemungkinan besar Muhyiddin keluar UMNO sekaligus bersama-sama dengan mentor dan bekas bosnya Tun Mahathir Mohamad.

Mungkin akan bersama-sama dalam "jentera baru" yang sedang disusun Tun Mahathir selepas ini. Politik cukup unik. Kawan boleh menjadi lawan atas nama satu misi dan matlamat.

Sebentar lagi akan berlangsung sidang media khas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan akan teruangkap persoalan samada Muhyiddin keluar UMNO atau terus menjadi "totok UMNO" sepertimana yang diperingatkan semula oleh Zahid Hamidi semalam.

Walaubagaimanapun, jikalau Muhyiddin keluar UMNO Berita Semasa jangkakan krisis dalaman UMNo akan menjadi lebih parah. Ini kerana sosok seperti Muhyiddin apabila bertindak menyatakan mahu berhenti menjadi ahli UMNO akan mengakibatkan strukturdan elemen dalam parti menjadi kukuh semula akan, negatif.

Sepatutnya daripada awal lagi, kepimpinan tertinggi UMNO berfikir dengan lebih tenang tidak terburu dan waras bagaimana nilai sumbangan pemikiran seseorang itu dapat kita letakkan di paras untuk menyumbang masa depan.

Muhyiddin Keluar UMNO VS Tindakan Kepimpinan Tertinggi UMNO?

 

KLIK SINI: Senarai Nama Rombakan Kabinet Menteri. Gugur Muhyiddin TPM Malaysia
  1. Sekiranya ada yang bercakap kritis, anda buang
  2. Maka lama kelamaan sesebuah parti itu hanya akan mendapat dan tinggal kalangan balaci, pak turut, pemakan dedak dan sebagainya
  3. Sindrom acapkali mengiyakan dan mengangguk semuanyam ibarat robot yang telah dikawal pemikiran masing-masing dalam sesebuah organisasi adalah sangat bahaya dan akhirnya akan merugikan parti tersebut
  4. Parti politik memang tempatnya untuk menzahirkan pandangan secara ikhlas
  5. Jadi, ego tidak boleh ditegur sangat tidak elok bagi sesebuh parti dan apabila kena tegur sikit terus dibuang, terdapat sistem pencatasan dan sebagainya
Sekarang ini bola dikaki Tan Sri Muhyiddin samada Muhyiddin keluar UMNo atau tidak.

Apa pendirian anda pula disebalik isu dan kemelut ini?


Talkum Johnson & Johnson penuhi piawaian, Shower to Shower tidak dijual

Posted: 03 Mar 2016 06:30 AM PST

 
Keputusan juri mahkamah di Amerika Syarikat baru-baru ini berhubung kematian seorang wanita akibat kanser bercanggah dengan hasil kajian saintifik sejak berdekad lalu.


jnj


PETALING JAYA : Semua produk talkum syarikat Johnson & Johnson yang digunakan dalam semua produk globalnya telah dipilih dengan teliti dan memenuhi piawaian kualiti, ketulenan dan pematuhan tertinggi.

Ketua Akses Pasaran Johnson & Johnson Malaysia, Andy Lee berkata, keputusan juri mahkamah di Amerika Syarikat baru-baru ini bercanggah dengan hasil kajian saintifik sejak berdekad tahun lalu yang kukuh membuktikan keselamatan talkum sebagai bahan kosmetik dalam pelbagai produk.

"Kami amat bersimpati dengan keluarga plaintif tetapi kami juga tidak bersetuju dengan keputusan ini.
Kanser ovari adalah penyakit yang kompleks dengan tiada punca muktamad yang menyebabkan penyakit itu.

"Pihak 'US Food and Drug Administration, National Cancer Institute and Cosmetic Ingrediate Review Committee' telah membuat kesimpulan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk menghubungkaitkan talkum dengan penyakit kanser ovari," katanya menerusi kenyataan kepada Free Malaysia Today hari ini.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan Johnson & Johnson telah diperintahkan membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser yang dikaitkan dengan produk keluaran syarikat itu.

Laporan Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.

Dalam pada itu, Andy turut mengulas bahawa produk 'Shower to Shower' milik syarikat terbabit tidak dijual di Malaysia.

Posted: 03 Mar 2016 06:26 AM PST

 
Sebarang pertemuan dengan Mahathir dilakukan atas kapasiti peribadi bukan mewakili PH. 


Saifullah


PETALING JAYA: Pertemuan antara pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mewakili gabungan parti pembangkang itu.

Justeru, keberadaan mereka dalam mesyuarat bersama Mahathir itu nanti adalah atas kapasiti individu.

"PH tidak ada apa-apa kaitan dengan apa yang dilakukan dengan Dr Mahathir. PH tidak akan terlibat esok," ujar Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Namun Saifuddin tidak memberitahu samada individu terbabit mewakili parti masing-masing atau kandungan pertemuan itu nanti mewakili aspirasi parti masing-masing.

Jelas Saifuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah disalah tafsir.

"Nurul Izzah menyatakan dia telah di 'quote out of context' (dipetik di luar konteks)," katanya.

Ujar Saifuddin, beliau percaya Izzah cuba menjelaskan akan ada pertemuan dengan Mahathir esok, namun tidak dari PH.

"Saya tidak ada di sana (sidang media pagi tadi), pada fahaman saya, dia cuba menjelaskan akan ada meeting esok dengan Mahathir, tapi bukan dilakukan oleh PH.

Pagi tadi, Nurul Izzah dalam sidang media menyatakan PH akan mengadakan sidang media bersama pakatan pembangkang esok.

Nurul Izzah berkata sidang media petang esok itu menyentuh cadangan membentuk permuafakatan menyelamatkan Malaysia, susulan masalah politik semasa negara.

"Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang," kata Nurul.

Muhyiddin tak boleh cabar UMNO gantung jawatannya

Posted: 03 Mar 2016 06:24 AM PST

 
Perlembagaan UMNO dan RoS telah menetapkan sebarang keputusan yang dibuat oleh sesebuah parti tidak boleh dicabar di mahkamah.


muhyiddin,ros


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh mencabar keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mengikut Perlembagaan parti dan peraturan yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) jelas menyatakan sebarang keputusan parti tidak boleh dicabar termasuk di mahkamah.

"Mengikut Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah. Manakala Seksyen 16 akta sama berkenaan pertikaian sesama ahli atau di kalangan ahli.

"Ia tidak terangkum dalam kes penggantungan jawatan Muhyiddin," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa beliau akan menghantar surat kepada RoS bagi mendapat penjelasan sama ada penggantungan tersebut mengikut prosedur dan undang-undang UMNO.

Tengku Adnan berkata, penggantungan Muhyiddin dibuat mengikut Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO menggunakan 'residual power' MT demi perjalanan parti.

"Ia berbeza dengan Fasal 9.12 berkenaan 'perlucutan jawatan' mana-mana ahli MT UMNO," katanya sambil menambah, Muhyiddin sepatutnya menggunakan saluran dalaman parti bagi menyelesaikan pertikaian itu,

"Majlis Tertinggi UMNO merupakan badan keputusan tertinggi di dalam ketiadaan Perhimpunan Agung Tahunan. Apa jua keputusan MT akan dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung bila tiba masanya," katanya.

PAS tidak sertai deklarasi singkir Najib

Posted: 03 Mar 2016 06:20 AM PST

 
PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri untuk mengubah kepemimpinan negara.


Datuk Takiyuddin Hassan


PETALING JAYA: PAS sebulat suara untuk tidak bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Majlis Menandatangani Deklarasi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang dijangka diadakan pada esok.

Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan selepas Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Katanya, PAS mengambil keputusan dalam program tersebut kerana parti Islam itu mempunyai pendekatan tersendiri, khususnya melalui blok politik ketiga ke arah mengubah kepemimpinan negara yang ada pada hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, PAS membuat keputusan menghadap Majlis Raja-Raja bagi mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Katanya, PAS juga menuntut supaya Parlimen dibubarkan pada kadar segera bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Takiyuddin berkata, mandat harus dikembalikan kepada rakyat bagi menggantikan Kerajaan Persekutuan semasa yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.

"Selaras dengan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersama PAS dan blok politik ketiga sebagai alternatif menggantikan kerajaan hari ini ke arah membina negara Malaysia yang lebih baik, sejahtera dan cemerlang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, keputusan Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kekal dalam parti itu dilihat sebagai penakut dan tidak yakin menyelamatkan Malaysia.

Katanya, PAS Johor melihat UMNO hilang integriti dan maruah sebagai parti yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat Malaysia.

Kenaikan gaji penjawat awam tetap dilaksanakan 1 Jul ini

Posted: 03 Mar 2016 06:11 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak, kata Tan Sri Dr Ali Hamsa


Tan-Sri-Dr-Ali-Hamsa-kakitangan-kerajaan


KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta penjawat awam pada 1 Julai ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata gaji minimum penjawat awam sebanyak RM1,200 sebulan juga akan dilaksanakan pada tarikh sama.

"Kerajaan juga tidak akan berhentikan penjawat awam termasuk mereka yang dilantik secara kontrak," katanya semasa menutup Konvensyen Perumahan Penjawat Awam bertema 'Rumah Idaman Menjamin Kualiti Hidup' di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Ali berkata kesemua inisiatif itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat terutamanya penjawat awam walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan amat turut mengambil berat dalam isu kebajikan mereka dengan melaksanakan program perumahan seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang diperkenal sejak 2013.

"Setakat ini, sebanyak 300 unit rumah berharga RM90,000 telah diluluskan untuk pembinaan, dan unit-unit ini dikhaskan kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,2000 sebulan.

"Namun, kerajaan akan kaji semula (perkara ini) agar lebih ramai penjawat awam dari golongan ini dapat memiliki rumah," katanya.

Sehingga hari ini, sebanyak 48,695 unit PPA1M telah diluluskan dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Pada majlis itu, Azih menyerahkan senarai 15 resolusi kepada Ali untuk kerajaan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara 2011.

Antara intipati resolusi itu, yang merupakan hasil perbincangan bersama antara Cuepacs dan ANGKASA, adalah memastikan semua penjawat awam khasnya kumpulan B40/M40 mampu memiliki rumah idaman bagi menjamin kualiti hidup.

Selain itu Cuepacs dan ANGKASA meminta kerajaan mengkaji semula Akta dan Peraturan Perumahan serta Akta Kanun Tanah Negara, mewujudkan bank tanah dan bank data perumahan negara.-BERNAMA

Himpunan 27 Mac Bukan Sekadar Undurkan Najib

Posted: 03 Mar 2016 01:31 AM PST

KELAN GREENBOC


Jangan hanya lawan Najib, laksanakan reformasi - Dr Mujahid
 

Amanah tidak mahu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menentang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebaliknya menyokong usaha mereformasi sistem pentadbiran negara.

Naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, bukan sesuatu yang baharu apabila Dr Mahathir menentang Najib kerana Pakatan Harapan (PH) dan sebelum itu Pakatan Rakyat (PR) sudah lama berbuat demikian.

"Apakah ini hanya tentang Najib? Tiada yang baharu kerana PR dan PH selama ini telah pun menyebut demikian tapi tidak berlaku apa-apa malah kami mahu perubahan struktural, tuntutan Bersih contohnya dan lain-lain," kata Mujahid kepada Dr Mahathir seperti yang ditulisnya dalam catatan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana Isnin lalu.

Dalam sidang media di Wisma Amanah semalam, Mujahid berkata tiada sebarang perbincangan serius antara Amanah dan Dr Mahathir sebaliknya hanya bersetuju dengan Dr Mahathir yang ingin bersama-sama membaiki sistem pemerintahan negara ini.

"Sebagai wakil rakyat, ahli Parlimen legislatif, kami merasakan ia suatu yang perlu diambil perhatian. Itu sahaja, tidak ada yang lebih daripada itu," jelasnya.

Menulis dalam catatannya, Mujahid berkata, Dr Mahathir menyatakan kekesalan terhadap Najib.

"Saya ingat dia oghang baik, tapi la ni dah jadi teghuk sangat dahhh... menyesai saya sokong dia dulu," kata Dr Mahathir dalam loghat Kedah.

Mujahid berkata, beliau berasa terpanggil untuk bertemu Dr Mahathir kerana seruan bekas perdana menteri ke-4 itu agar melupakan kepentingan parti demi menyelamatkan negara belum pernah disuarakan sebelum ini.

"Hari ini Tun M menjadi penentang tegar Najib kerana menganggap PM 1Malaysia telah menjadi terlalu berkuasa dan telah membahayakan masa depan negara.

"Saya terpanggil bertemu dengan Tun M apabila seruan beliau melupakan kepentingan parti dan bersatu selamatkan Malaysia belum pernah diucapkan sebelumnya ketika dia menentang Pak Lah. Isu Pak Lah adalah masalah dalaman Umno tapi nuansa penentangannya terhadap Najib adalah soal negara," katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Justeru kata Mujahid, beliau menunggu gelombang baharu Dr Mahathir yang dimulakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

"Pertemuan hampir dua jam itu takkan saya lupa kerana sejurus pertemuan dengan kami, Tun M mengisytihar dirinya dan Tun Asmah keluar meninggalkan Umno.

"Saya menanti-nanti gelombang baru yang Anwar Ibrahim telah mulakan, apakah Tun M menyambung usaha reformasi DS Anwar sebagai menebus 'dosanya' yang lampau? Kita menanti penuh debar perhimpunan 27 Mac nanti," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selain naib presiden PKR, Tian Chua dan bekas ahli parlimen Batu Berendam Tamrin Ghafar. - Malaysia Dateline 
 
 

APAKAH ZAHID SUDAH MULA MERANCANG SESUATU?

Posted: 03 Mar 2016 01:15 AM PST

shahbudindotcom

Di sebalik ramai pemimpin UMNO, setelah berjaya menggantung Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presidennya, turut mahukan bekas Timbalan Perdana Menteri itu meninggalkan UMNO, Zahid Hamidi seperti menunjukkan keinginan yang berbeza mengenainya.

Beliau bukan saja mahu Muhyiddin terus kekal bersama parti itu, malah mengingatkannya tentang pengakuan "totok UMNO"  yang pernah dibuatnya sebelum ini.

Sesuai dengan itu, menurut Zahid, sebarang keputusan yang akan dibuat oleh Muhyiddin,  seharusnya berdasarkan kepentingan parti.

Muhyiddin akan mengadakan sidang akhbarnya, esok Khamis jam 11 pagi dan ia dipercayai turut berkaitan hala tuju politiknya berikutan penggantungan jawatannya baru-baru ini dan juga setelah Tun Mahathir mengambil keputusan meninggalkan UMNO untuk meneruskan tekanan terhadap Najib.
 
 
 
 
Mengapa Zahid lebih mahukan Muhyiddin terus kekal bersama UMNO berbanding turut sama meninggalkannya seperti yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir?

Adakah beliau bimbang jika Muhyiddin turut sama meninggalkan UMNO, maka tiada lagi "goncangan" daripada dalam parti sendiri terhadap Najib?

Atau dalam erti kata lain, oleh kerana beliau tahu Muhyiddin sudah "berlaga angin"  dengan Najib, biarlah Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu terus membuat "bising"  di dalam parti, manakala "riuh rendah" di luar UMNO sekarang sudah pun diambil alih oleh Tun Mahathir?

Dalam hal ini, jika kita masih ingat reaksi awal Zahid berhubung tindakan Tun Mahathir meninggalkan UMNO, 29 Februari lalu tidak lain ialah keyakinannya bekas Perdana Menteri itu akan kembali apabila tiba waktunya nanti.

Zahid tentunya sedia maklum bahawa Tun Mahathir keluar UMNO kerana tidak setuju dengan Najib dan tidak mungkin menyertainya semula selagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang ada sekarang tidak disingkirkan.
 
 
 
 
Mengapa beliau yakin Tun Mahathir akan kembali? Adakah ia juga menggambarkan keyakinan Zahid bahawa era Najib akan berakhir tidak lama lagi?

Dengan melahirkan keyakinan Tun Mahathir akan kembali menyertai UMNO, kepada siapa pula harapan itu sebenarnya ditujukan?

Berdasarkan semua ini, apakah sudah ada "ehem ehem" dalam hati kecil Zahid dan kerana itu, di sebalik dilihat terus bersama Najib, beliau juga mengharapkan Muhyiddin dan Tun Mahathir berterusan mengasak Perdana Menteri dari dalam dan luar UMNO?


Muhyiddin takut, kata PAS Johor

Posted: 03 Mar 2016 01:12 AM PST

MALAYSIAKINI




Langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dalam Umno menunjukkan timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu takut, kata PAS Johor.

"Jika Muhyiddin mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka beliau mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.

"Dengan hanya berjuang dalam Umno untuk membuat perubahan maka ia menunjukkan beliau takut dan tidak yakin," kata Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Muhyiddin dalam sidang media pertama selepas digantung tugas sebagai pemimpin nombor dua Umno hari ini berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu.

Berikrar tidak akan berdiam diri, Muhyddin berkata masalah negara berpunca daripada Najib, bukan Umno.

Muhyiddin digantung tugas selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lepas selepas perbezaan pandangan dan pendirian berpanjangan, terutamanya dalam isu syarikat sarat hutang 1MDB.

Dalam kenyataan hari ini, Mahfodz berkata pengumuman Muhyiddin hari ini sudah dijangkakan.

Mahfodz berkata Muhuiddin tidak berani melakukan perubahan walaupun telah merasai sendiri "kezaliman dan ketidakadilan" terhadap beliau.

Mahfodz juga berkata Umno telah hilang integriti dan maruah sebagai parti yang mampu membela nasib dan masa hadapan rakyat Malaysia.

"Seperti mana yang disebut oleh presiden PAS, iaitu PAS tidak anti kepada ahli Umno, maka PAS Johor bersedia untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan masa hadapan politik negara dengan syarat untuk menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang jika beliau benar-benar ingin membuat perubahan dan menyelamatkan Malaysia," katanya.


'Saya akan hadir himpunan anti-Najib'

Posted: 03 Mar 2016 01:05 AM PST

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan hadir dalam himpunan protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada hujung bulan ini.

"Adakah saya akan sertai 327 untuk menyertai bantahan?

"Kita sehaluan, saya akan hadir (himpunan) 27 Mac," katanya.

Beliau berkata akan bekerjasama dengan pihak yang mempunyai tujuan sama tidak kira siapa.

Himpunan tertutup itu dianjurkan oleh bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim. Beliau bagaimanapun belum mendedahkan butiran lanjutnya setakat ini.

Pemimpin Umno sambut baik keputusan Muhyiddin tapi tak setuju heret MT ke ROS

Posted: 03 Mar 2016 12:53 AM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Beberapa pemimpin Umno memuji tindakan bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengambil keputusan untuk terus kekal dalam parti walaupun digantung daripada jawatan itu sehingga pemilihan parti akan datang.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keputusan Muhyiddin itu sekaligus menyanggah persepsi orang ramai terhadap imej kerajaan dan parti yang menjangkakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan keluar parti.
 
"Ini akan memberikan satu persepsi yang sangat baik terutama sekali bagi saya ahli majlis tertinggi yang muda dan generasi muda yang lain," katanya dalam satu temubual.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Muhyiddin untuk terus kekal bersama parti pada sidang medianya pagi tadi.
 
Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun menegaskan akan merujuk penggantungannya itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengesahkan sama ada keputusan itu mengikut perlembagaan parti.
 
Susulan tindakan Muhyiddin itu, Irmohizam berkata Majlis Tertinggi (MT) Umno sudah membuat pertimbangan terbaik untuk menggantung beliau daripada jawatan Timbalan Presiden.
 
"Kita mempunyai Perlembagaan, kita mempunyai etika, mempunyai seksyen-seksyen yang mana ianya menjadi teras dan disiplin bagi setiap ahli tidak kiralah samada pemimpin atau pun bawahan.
 
"Apabila beliau (Muhyiddin) menyatakan kita tidak memperhalusi setiap kenyataan seksyen yang ada, sebenarnya kita melihat semua peringkat seksyen demi seksyen dan artikel sebagainya. 
 
"Yang paling penting sekali, majlis tertinggi mengambil keputusan menggantung jawatan timbalan presiden, dan bukan ahli parti atau pun Ketua Umno Bahagian," katanya.
 
Muhyiddin tak terpengaruh dengan Tun M
 
Senada dengan Irmohizam adalah Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Abdul Shukor Idrus yang turut memuji tindakan Muhyiddin itu.
 
Katanya, Muhyiddin dilihat tidak mudah terpengaruh dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil keputusan untuk keluar parti.
 
"Bagi saya tindakan beliau untuk kekal dalam parti adalah satu tindakan yang bijak, pertama barangkali beliau telah menyedari Umno telah banyak berjasa kepada bangsa, negara dan juga kepada diri beliau sendiri," katanya.
 
Syukur bagaimanapun berharap Muhyiddin mempertimbangkan untuk merujuk keputusan MT Umno ke ROS.
 
"Saya rasa beliau faham, kita di dalam parti, kita tidak boleh bawa perkara ini kepada ROS dan sebagainya.
 
"Beliau harus meneliti semula tindak-tanduk beliau sebelum ini, adakah melanggar tatacara atau pun persempadanan beliau sebagai Timbalan Presiden di dalam Perlembagaan. 
 
"Di dalam Perlembagaan telah termaktub tugas Timbalan Presiden itu, maka itu, beliau patut boleh melihat semula di dalam tatacara Perlembagaan, peranan dan juga tindakan yang boleh beliau lakukan, kalau peranannya dilihat bercanggah, maka itu beliau perlu redha dengan keputusan penggantungan beliau," ujarnya.
 
Syukur turut mengingatkan Muhyiddin mengenai kritikannya terhadap pentadbiran Najib sebelum ini yang tidak menggunakan saluran yang betul.
 
"Saya kira beliau tahu apa yang beliau lakukan, saya masih ingat lagi yang terang-terang beliau lakukan semasa sebelum persidangan Agung Umno, beliau melakukan perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman. 
 
"Apakah perhimpunan yang beliau lakukan itu berpadanan dengan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden atau pun melanggar sempadan daripada jawatan yang disandangnya," katanya.
 
Muhyiddin menyifatkan penggantungan sebagai timbalan presiden parti itu sebagai proses gopoh dan tidak adil.
 
Muhyiddin menjelaskan beliau tidak dimaklumkan mesyuarat MT minggu lalu mempunyai agenda khas membicarakan kes beliau. 
 
Beliau juga tidak menerima sebarang notis mengenai tuduhan-tuduhan di hadapannya bagi membela dirinya.
 
 

Anwar akan wakili dirinya di mahkamah esok

Posted: 03 Mar 2016 12:34 AM PST

Shakira Buang  




Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mewakili dirinya sendiri dalam 16 kes mahkamah bermula esok.

Langkah berkenaan terpaksa diambil selepas Penjara Sungai Buloh menghadkan akses peguam terhadapnya, kata naib presiden PKR, N Surendran yang juga adalah peguamnnya.

Katanya, sejak Ogos 2015, peguam hanya dibenarkan bertemu Anwar sekali seminggu dan terhad kepada selama sejam sahaja.

"Anwar akan mewaliki diri sendiri di mahkamah. Notis sudah difailkan kepada mahkamah pada 29 Februari 2016.

"Kita sudah beberapa kali mengemukakan bantahan terhadap hak peguam kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh, Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Namun, ia (akses) tetap sama seperti itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Menurut Surendran, sebelum ini peguam boleh bertemu Anwar sebanyak dua kali seminggu dengan tempoh masa yang fleksibel.

Anwar akan mewakili dirinya buat pertama kali dalam kes tuntutan terhadap Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutuan esok.

Bagaimanapun, semua peguam kekal bersama Anwar dalam beberapa kes lain namun ia bergantung kepada kehendaknya sendiri.

Pada sidang media yang sama, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata akses kepada peguam adalah perkara asas yang perlu diberikan.

Katanya, permohonan lain Anwar termasuk mendapatkan rawatan kesihatan yang baik bukanlah soal individu tetapi soal hak sebagai tahanan

Muhyiddin ulangi bekas AG ada bukti terhadap Najib

Posted: 03 Mar 2016 12:31 AM PST

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi dakwaannya bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai bukti untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebahagian daripada bukti yang ditunjukkan adalah aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Ini, katanya, adalah maklumat sama dalam carta aliran yang peguam negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali paparkan semasa beliau 'membersihkan' Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung 'derma' M2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International yang dimiliki kementerian kewangan.



Muhyiddin berkata Gani memberitahunya banyak lagi tetapi maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut belum dibawa ke mahkamah.

"Saya tahu ada bukti-bukti jelas yang mengaitkan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC International tetapi sudah tentu bukti ini tidak boleh dikemukakan secara umum kerana kes belum dibawa ke mahkamah.

"Apapun saya serahkan kepada Peguam Negara untuk menangani masalah ini," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Bukan lagi rahsia

Selain itu, Muhyiddin turut mengulangi bahawa beliau telah ditunjukkan beberapa bukti oleh bekas peguam negara itu.

"Ada juga beberapa bukti yang ditunjukkan kepada saya. Bukti itu mengenai kemasukkan wang dalam akaun peribadi Najib yang sekarang ini sudah tidak jadi satu perkara rahsia.

"Dalam gambar ini yang sudah diperbesarkan menyatakan apa saya sebut bukan rahsia lagi sudah terdedah.

"Ini yang dibuat oleh peguam negara dalam sidang media dia yang baru," katanya sambil menunjukkan salinan berita bergambar berkenaan.

Sehubungan itu, Muhyiddin berharap agar peguam negara dapat melakukan pendakwaan terhadap Najib memandangkan ia adalah kuasa Tan Sri Apandi Ali.



Beliau juga menafikan bahawa beliau adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Najib dan mempersoalkan sama ada perdana menteri mempunyai imuniti.

"Kalau pendakwaan kepada perdana menteri satu konspirasi bermakna perdana menteri kita tak boleh didakwa di mana-mana undang-undang.

"Adakah bermakna perdana menteri ini imuniti dan tidak boleh didakwa jika dia lakukan kesalahan?" soal Muhyiddin.


Dr M: Saya tak pernah pecat gabenor Bank Negara

Posted: 03 Mar 2016 12:27 AM PST

MALAYSIAKINI




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah memecat mana-mana gabenor Bank Negara semasa menjadi perdana menteri.

Dalam temu bual dengan Bloomberg yang disiarkan hari ini, katanya hanya Yang di-Pertuan Agong boleh melantik gabenor atas nasihat perdana menteri.

Menurut Mahathir, pada hari beliau mahu melaksanakan kawalan mata wang, gabenor bank pusat dan timbalannya, ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.

"Oleh itu, saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melantik orang 'ketiga', iaitu (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz untuk menjalankan tugas sebagai gabenor.

"Dan selepas itu, saya buat cadangan supaya beliau jadi gabenor. Saya tidak pecat mana-mana gabenor," katanya.

Pada tahun 1998, Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak masing-masing meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada gabenor Bank Negara akan kekal bebas jika mereka dilantik oleh perdana menteri, Dr Mahathir berkata terdapat "perasaan takut bahawa sesuatu akan dilakukan ke atas mereka jika cuba menjadi bebas".

"Sebagai contoh, gabenor Bank Negara telah mengemukakan laporan kepada Peguam Negara.

"Peguam Negara pula menolak laporan itu dan gabenor Bank Negara tidak dapat membuka mulutnya untuk menjelaskan bahawa beliau membuat laporan sewajarnya selepas siasatan teliti," katanya.

Dalam kertas siasatan yang dikemukakan kepada Peguam Negara pada 21 Ogos 2015, Bank Negara mencadangkan tindakan penguatkuasaan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

MTUC kecewa Petronas hentikan pekerja

Posted: 03 Mar 2016 12:24 AM PST

MALAYSIAKINI




Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan rasa kecewa dengan pengumuman Kumpulan Petronas yang mahu menghentikan perkhidmatan hampir 1,000 pekerjanya.

Setiausaha Agungnya N Gopal Kishnam mendakwa, pekerja syarikat minyak dan gas itu telah menjadi 'kambing hitam' ekoran komitmen Petronas terhadap kerajaan.

Katanya, sebagai sebuah syarikat global Petronas perlu menimbang semula keputusan untuk mengurangkan pekerjanya.

Syarikat itu juga sepatutnya perlu memikirkan strategi lain seperti memotong gaji berbanding membuang pekerja, kata Gopal lagi.

"Syarikat itu perlu mengambil kira perbelanjaan operasi dan pengurusan yang lain kerana negara memerlukan pekerja berpengalaman dalam jangka masa panjang," kata Gopal dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Sehubungan itu, MTUC mengingatkan kepada mana-mana majikan serta organisasi lain untuk tidak mengambil jalan keluar yang mudah ekoran kelembapan ekonomi semasa dengan mengurangkan pekerja mereka.

Katanya pihaknya tidak mahu majikan menggunakan senario semasa sebagai alasan untuk membebankan pekerja.

Semalam, dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah terus menjunam, Petronas mengumumkan untuk menghentikan perkhidmatan hampir 1,000 pekerja bawah rancangan penstrukturan semula.

Dalam satu kenyataan Petronas, rancangan penstrukturan semula itu dibuat bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat serta memulakan proses pemisahan bagi pekerja seperti yang diperlukan dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan akan datang.

Mengikut laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja.

Penyusunan semula itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Shell Malaysia mengumumkan langkah pengurangan pekerjanya.

Pada 30 September lalu, Shell mengumumkan bahawa ia akan menamatkan perkhidmatan 1,300 pekerja daripada jumlah 6,500 yang berkhidmat dengan syarikat itu.


MB Kedah kena sorak di Stadium Darul Aman

Posted: 03 Mar 2016 12:22 AM PST

MALAYSIAKINI


Untuk kali pertama sejak bergelar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkunjung ke Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi.

Skuad Helang Merah didikan Tan Cheng Hoe itu memang berjaya membenam pasukan Pamoga Qu Puteh berkenaan dan peminat serta Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ada sebab untuk bergembira.

Kehadiran orang kuat D'Herbs Healthy pula bagaikan khabar terbaik untuk pasukan itu yang belum lagi mendapat penajaan besar bagi mengharungi musim Liga Super tahun ini.

Namun bagaimana dengan Ahmad Bashah sendiri?

Akaun Facebook Mukhriz Mahathir FC melaporkan ADUN Bakar Bata itu disorak "lebih 17,000 penyokong Kedah".

Dalam status dimuat naik lewat pagi tadi pengendali akaun itu menulis: "Kata orang, buat baik dibalas baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat.

Mungkin itu yang terjadi pada Dato Seri Ahmad Bashah semalam.

"Setelah beliau menjawat jawatan sebagai MB Kedah dan ini kali pertama beliau pergi ke stadium, dan beliau di BOO lebih 17 ribu penyokong Kedah di Stadium Darulaman."

Kedah bertemu Kelantan dalam persaingan Liga Super malam tadi dan perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada tuan rumah.

Gol Kedah dijaringkan Carlos Eduardo pada minit ke-67 dan Mohd Syafiq Ahmad di minit ke-81, manakala jaringan saguhati pelawat disumbangkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-29.
Berani buat berani tanggung

Kemenangan itu membolehkan Kedah menduduki tempat keempat dengan tujuh mata daripada empat perlawanan, manakala Kelantan terpaksa berpuas hati di tangga ketujuh.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi minggu ini dalam saingan Piala FA.

Menurut dakwaan Mukhriz Mahathir FC, sambutan penonton kepada menteri besar baru Kedah itu sangat berbeza dengan keadaan ketika KFA diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Jika dulu MB lama (MB Kedah yang sah) disambut dengan sorak dan tepukan, MB baru (MB rampasan kuasa) diboo oleh penyokong Kedah di Stadium.

"Bukan sekali atau dua kali, tapi setiap kali nama Ahmad Bashah disebut. penyokong Kedah akan menghadiahkan BOOO.

"Paling teruk pada minit ke 2.13 hingga 2.31, boleh lihat pada video di bawah," kata status itu.

Sorakan itu tidak berakhir di situ saja. Menurut akaun berkenaan, bekas timbalan menteri itu disorak sekali lagi "di depan Astaka Utama".

"Pertama kali dalam sejarah MB Kedah diperlakukan demikian. Maluu maluu.. Rakyat dah bijak menilai, berani buat, berani tanggunglah. Jangan ingat rakyat Kedah lupa perbuatan yang telah anda lakukan," kata pengendali akaun berkenaan.

LIHAT VIDEO DI SINI

Najib akan musnahkan negara, kata pemimpin belia

Posted: 03 Mar 2016 12:16 AM PST

MALAYSIAKINI


Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memusnahkan negara ini untuk generasi akan datang, kata sekumpulan pemimpin belia.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri sebagai Challenger - singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "perubahaan yang diterajui generasi muda" menggariskan beberapa alasan berhubung pendirian mereka tersebut.

"Kami, para pemimpin belia Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

"Cinta kami kepada Malaysia tidak berbelah bahagi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini...

"Kami tidak akan menutup mulut sedangkan masa depan kami sedang dirompak," kata seorang jurucakap Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq adalah seorang pendebat pada peringkat antarabangsa.

Kenyataannya itu disokong oleh bekas pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Abdul Hannaan Khairy; bekas pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Naem Suhaimi dan Qamarudin Mohd Fauzi serta Naib Presiden Majlis Debat Australasia Amshar Aziz.

Turut menandatangani kenyataan itu adalah bekas pemimpin pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu, Helmi Muktar; Muhammad Khairudden Sulaiman dari Universiti Malaysia Perlis; Affendy Mohd Saleh, Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Muhammad Zulfiqar Mustapar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bekas presiden persatuan undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Fadhli Umar.

Juga menyokong kenyataan itu adalah pengerusi Majlis Asia BP, Ameera Natasha Moore, aktivis pelajar, Azzan Aznan Abdul Rahim; penasihat Majlis Penasihat Belia, Hafidzi Razali, pengasas Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman dan pengasas bersama Rakyat Malaysia Progresif di UK (MPUK) James Chai dan Mukhzani Ali.

Antara alasan hilang kepercayaan mereka terhadap Najib adalah terpalit dengan dakwaan salah urus 1MDB, pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) (Sosma) terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Turut dijadikan alasan adalah pemecatan pengkritik Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan dalam kerajaan, serta sekatan media di The Edge, Sarawak Report, Medium.com dan The Malaysian Insider.

Buka masjid untuk gelandangan malam

Posted: 03 Mar 2016 12:10 AM PST

Aziff Azuddin

 


ULASAN Beberapa bulan lalu, Masjid Negara menjadi perbincangan ramai apabila pekerja amal Syed Azmi mencadangkan perkarangan masjid dibuka untuk gelandangan pada waktu malam.

Harapan ramai adalah yang pihak Masjid Negara akan berbesar hati untuk memberi tempat berteduh kepada golongan yang kurang bernasib ini.

Malah, sekian lama kami menunggu, pihak Masjid Negara menolak permintaan untuk membuka perkarangan mereka kepada gelandangan.

Pihak Masjid Negara berkata yang mereka hendak mengelakkan daripada situasi di mana golongan gelandangan "tidak menjaga adab" di rumah Allah S.W.T.

Malah ditambah lagi di akhir mesej tersebut untuk tidak memburukkan pihak Masjid Negara di mata masyarakat melalui sosial media.

Bagi saya, kesimpulannya senang: yang memburukkan imej Masjid Negara adalah pihak mereka sendiri.

Apakah hak mereka sebagai hamba Allah S.W.T. untuk menghakimi siapa mereka rasa layak memasuki rumah Allah S.W.T? Bukankah agama Islam mengutamakan kita membantu orang yang dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan?

Dalam karya Sheikh Omar Bakri Muhammad, The Role of the Mosque, peranan masjid tidak hanya terhad kepada beribadah.

Malah, wacana berkenaan isu ini menekankan bahawa masjid juga menjadi tempat untuk membangunkan ummah dari segi komuniti dan ekonomi.

Sudah pasti pihak Masjid Negara pernah ke tanah suci Madinah dan Mekkah. Tidakkah mereka nampak kepelbagaian manusia yang menggunakan ruang Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Haram untuk berteduh?

Lagi-lagi mereka yang tidak ada rezeki untuk bermalam di hotel di sekitar kawasan tersebut.

Beri betis hendak peha?

Saya tidak nafikan bahawa bagi pihak Masjid Negara, ini menjadi kes di mana "diberi betis hendak peha".

Takut nanti kebaikan mereka diambil kesempatan dan tempat yang sepatutnya suci-bersih menjadi kotor dan sebagainya.

Tetapi sebagai wakil agama dan penjaga kunci kepada rumah Allah S.W.T, tidakkah kebajikan komuniti juga menjadi tanggungjawab mereka?

Saya yakin ramai tidak ada masalah jika Masjid
Negara memulakan inisiatif "halfway home" di mana mereka menjadi platform untuk menolong golongan gelandangan untuk integrasi kembali dengan masyarakat. Naratif gelandangan tidak simplistik seperti anda bayangkan.

Islam agama belas kasihan

Walaupun puncanya berbeza, secara kesimpulannya kebanyakan daripada mereka memerlukan sokongan daripada komuniti yang menolak mereka atas sebab "malas" tanpa mengetahui punca sebenar mereka menjadi gelandangan pada mulanya.

Janji tak berceramah dan menunjukkan diri mereka lebih alim, sudah.

Pihak Masjid Negara ada peluang untuk menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menunjukkan belas kasihan. Malah setiap orang Islam ada tanggungjawab untuk menolong sesama manusia, tidak kira ras, rupa dan latar belakang.

Jangan kerana kita rasa kita pegang kunci kepada rumah Allah S.W.T dan warak, kita terselamat pada hari Akhirat kelak. Kerana itu hanya Allah S.W.T yang tahu. Allahu A'lam.

Ingat, kamu ahli Umno 'totok', kata Zahid kepada Muhyiddin

Posted: 03 Mar 2016 12:04 AM PST

Alyaa Azhar  


LIHAT VIDEO DI SINI

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan timbalan presiden parti itu yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau pernah mengakui dirinya seorang ahli Umno totok.

Peringatan Zahid itu dibuat ketika Muhyiddin dijangka mengadakan sidang akhbar esok untuk mendedahkan sama ada dirinya akan bersama Umno atau sebaliknya.

"Saya ingin merujuk kepada ucapan-ucapan beliau terdahulu bahawa beliau adalah ahli Umno totok.

"Masih terus menyayangi Umno dan sebagai ahli totok tentunya beliau akan terus dan tetap bersama-sama dengan kami di dalam Umno," kata Zahid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Zahid, sebarang keputusan mestilah dibuat berdasarkan kepentingan parti.

"Ini perlu) melebihi daripada membuat keputusan ketika seseorang itu berada di dalam kesedihan atau kemarahan," katanya.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pertama Muhyiddin selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada tahun lalu, apabila ditanya mengenai masa depannya bersama Umno, berkata beliau adalah seorang ahli Umno totok.

Mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau masih adalah ahli Umno walaupun digantung daripada jawatan timbalan presiden, Zahid berkata dirinya bersetuju.

"Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan (Muhyiddin).

"Walaupun bukan lagi seorang lagi timbalan presiden tapi (beliau) masih lagi sebagai ketua Umno bahagian Pagoh.

"Keahliannya tak terjejas, itu keputusan yg dibuat MT Umno Jumaat lalu," katanya.

Muhyiddin, minggu lalu digantung dari jawatan Timbalan Presiden Umno yang berkuat kuasa serta-merta.

Penggantungan itu dikatakan sebagai tidak mengejutkan kerana beliau sejak akhir-akhir ini menjadi semakin lantang mengkritik Najib selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun lalu.

Sementara itu, Zahid juga diminta mengulas dakwaan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

"Saya tak pasti, itu pendapat peribadi Nazri," katanya.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata bahawa beliau hanya akan menyertai semula Umno jika Najib berundur daripada jawatan itu, Zahid tidak mahu mengulasnya.

"Saya tidak mahu ulasnya. Itu kenyataannya, kamu perlu mintanya untuk jelaskannya," katanya.

'Anwar, Azmin, Mahathir layak ganti Najib'

Posted: 02 Mar 2016 11:57 PM PST

Anne Muhammad  




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menamakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali layak menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pemimpin berkenaan dilihat berkemampuan mentadbir kerajaan rakyat selepas Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.

"Saya percaya Anwar Ibrahim, Mahathir boleh jadi perdana menteri.

"Muka baru seperti Azmin Ali, dia pemimpin yang bagus, saya rasa orang-orang dari Parti Amanah Negara (Amanah) pun ok. Dalam Umno pun ada,
Tan Sri Muhyiddin juga ada," katanya dalam temuramah bersama Malaysiakini, FMT dan Berita Daily.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya memberikan contoh kerana terlalu banyak individu yang dilihat layak bagi menggantikan Najib.

"Ada banyak talent (yang layak) tapi bukanlah untuk saya yang melantiknya," katanya.


Katanya, seorang perdana menteri seharusnya dipilih oleh kumpulan yang tidak lagi mahu Najib dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada ditampuk kepimpinan negara.

Sebelum ini, Zaid berkata Dr Mahathir harus diberikan peluang untuk membentuk kepemimpinan baru bagi sama-sama menyelamatkan negara ini.

Sementara itu Zaid ketika ditanya adakah Umno perlu dibubarkan berkata, Najib sendiri harus berundur dari parti Melayu itu.

Katanya lagi untuk mencapai matlamat itu, pihak yang menentang kepimpinan Najib haruslah bersatu agar dapat mengalahkan Umno dalam pilihanraya akan datang.

"Kita perlu melalui, dan menang dalam PRU. Jadi gabungan (yang menentang Najib) ini perlu cukup kerusi...Untuk itu semua pihak ini perlu bersatu," katanya

Tiada ulasan: