Khamis, 3 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Menteri Saudi: Dana dalam akaun PM Malaysia Najib adalah pelaburan, bukan derma.

Posted: 03 Mar 2016 08:02 AM PST


Menteri Saudi berkata dana dalam akaun PM Malaysia Najib adalah pelaburan, bukan derma.

Menteri Arab itu berkata beliau percaya bahawa dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu pelaburan dan bukannya sumbangan politik.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata walaupun beliau menerima pendapat Peguam Negara bahawa tiada sebarang salah laku, beliau juga berkata bahawa beliau tidak fikir wang itu datang daripada kerajaan Arab atau bahawa ia adalah derma politik.

"Ia adalah seorang warganegara Arab biasa, saya percaya, dan dana itu untuk pelaburan di Malaysia," katanya dalam satu temu bual dengan New York Times pada hari Khamis (4 Feb). ~ sumber

 Apakah tukang ampu dan tukang jilat ini sudah lupa apa yang telah dinyatakan di atas oleh Menteri Arab Saudi itu mengenai wang tesebut?

Nampaknya, pemergian PM Najib ke Forum Ekonomi Jeddah (JEF) itu telah dijadikan modal untuk menampakkan keakraban beliau dengan Raja Arab Saudi... dan kononnya derma 2.6 juta yang diterimanya dan yang sebahagian besarnya itu telah dikembalikan semula adalah benar.

 Lalu dicananglah bahawa DS Najib berkata benar berhubung derma RM2.6 bilion daripada Arab Saudi apabila menjadi tetamu kehormat dalam kunjungan perdana menteri ke negara itu. Baca lagi di sini

  Sebagaimana yang Tun Mahathir pernah katakan dulu - Tidak ada keterangan yang jelas tentang bagaimana jumlah wang sebesar  itu telah dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank-bank yang digunakan oleh orang Arab, sumber dana, urusan penderma - semua ini tidak ada keterangan yang nyata.

Muhyiddin : Bekas AG ada bukti jelas untuk dakwa Najib

Posted: 03 Mar 2016 02:32 AM PST

Sila ikuti rakaman vdo sidang media Muhyiddin di sini
  Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi dakwaannya bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai bukti untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Katanya, sebahagian daripada bukti yang ditunjukkan adalah aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib. 

 Ini, katanya, adalah maklumat sama dalam carta aliran yang peguam negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali paparkan semasa beliau 'membersihkan' Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung 'derma' M2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International yang dimiliki kementerian kewangan.

Muhyiddin berkata Gani memberitahunya banyak lagi tetapi maklumat berkenaan tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut belum dibawa ke mahkamah.

 "Saya tahu ada bukti-bukti jelas yang mengaitkan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB dan SRC International tetapi sudah tentu bukti ini tidak boleh dikemukakan secara umum kerana kes belum dibawa ke mahkamah.

 "Apapun saya serahkan kepada Peguam Negara untuk menangani masalah ini," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

  Bukan lagi rahsia

Selain itu, Muhyiddin turut mengulangi bahawa beliau telah ditunjukkan beberapa bukti oleh bekas peguam negara itu.

 "Ada juga beberapa bukti yang ditunjukkan kepada saya. Bukti itu mengenai kemasukkan wang dalam akaun peribadi Najib yang sekarang ini sudah tidak jadi satu perkara rahsia.

 "Dalam gambar ini yang sudah diperbesarkan menyatakan apa saya sebut bukan rahsia lagi sudah terdedah.

 "Ini yang dibuat oleh peguam negara dalam sidang media dia yang baru," katanya sambil menunjukkan salinan berita bergambar berkenaan.

 Sehubungan itu, Muhyiddin berharap agar peguam negara dapat melakukan pendakwaan terhadap Najib memandangkan ia adalah kuasa Tan Sri Apandi Ali.

 Beliau juga menafikan bahawa beliau adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan Najib dan mempersoalkan sama ada perdana menteri mempunyai imuniti.

 "Kalau pendakwaan kepada perdana menteri satu konspirasi bermakna perdana menteri kita tak boleh didakwa di mana-mana undang-undang.

 "Adakah bermakna perdana menteri ini imuniti dan tidak boleh didakwa jika dia lakukan kesalahan?" soal Muhyiddin ~ sumber

Forum Ekonomi Jeddah (JEF) : Najib bidan terjun ??

Posted: 02 Mar 2016 05:58 PM PST

PM Najib tiba di Jeddah pada hari Isnin disambut oleh Putera Saud bin Abdullah bin Mansour bin Jelawi, Setiausaha Makkah Wilayah Pentadbiran
 Hal Ehwal Keselamatan dan beberapa pegawai.
  Walaupun PM Najib adalah tetamu utama pada majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah (JEF) pada malam Selasa lalu, bersama-sama dengan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal  akhbar Arabnews langsung tidak menyebut nama Najib dalam liputan beritanya mengenai majlis perasmian tersebut.

   Apakah ucapan Najib di majlis perasmian tersebut tidak begitu penting hingga tidak  diberi liputan langsung. Mungkin wartawan Arabnews tidak faham bahasa Inggeri Najib. Najib kena belajar bahasa Arab supaya senang dia berkomunikasi dengan mereka nanti.

Dikatakan hanya bersembang-sembang jer
-Tweeter Raja Salman?
  Bahrain News melaporkan secara ringkas sahaja mengenai Perdana Menteri Malaysia itu yang telah mengadakan sesi rasmi perbincangan dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengenai kerjasama dalam semua bidang dan cara-cara untuk meningkatkan hubungan dua hala, di samping perkembangan Islam dan antarabangsa.

  Mujurlah melalui temubual dibilik hotelnya, Najib mendapat liputan yang agak istimewa. Lihat kepada tajuk dan isi beritanya, Najib sesungguh sangat kuat mengampu:

  Perdana Menteri Malaysia, Mohammed Najib Tun Razak mengulangi sokongan penuh dan tidak berbelah negaranya bagi Arab Saudi.
 Dalam temu bual eksklusif dengan Arab News di hotel mewah Qasr Al-Sharq  di Jeddah pada Selasa, beliau berkata, tujuan utama lawatan beliau adalah untuk mengukuhkan lagi keadaan yang sangat baik, hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia.
 "Dan khususnya untuk membangunkan hubungan kerja yang sangat mesra dan rapat dengan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Naif dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman," katanya. - (Putera Mahkota Mohammed bin Naif tiba di Tunis Selasa, mengetuai delegasi Saudi ke Sesi ke-33 Menteri-menteri Arab Dalam Negeri.)
 Sebagai sebahagian daripada lawatan itu, Najib adalah tetamu utama pada majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah (JEF) bersama-sama dengan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal pada malam Selasa.
 Bercakap mengenai tema JEF 2016, beliau berkata Malaysia telah mempunyai lebih daripada dua dekad pengalaman kukuh dalam konsep perkongsian awam-swasta.
 "Kami telah terlibat dalam perkongsian awam-swasta selama lebih 25 tahun sekarang. Kami mendapati bahawa itu adalah satu konsep yang sangat produktif yang membolehkan sektor swasta memainkan peranan yang besar sebagai pemangkin untuk pembangunan ekonomi di negara ini," katanya.
 Menurutnya, perkongsian awam-swasta mengurangkan penggunaan dana awam. "Ia membolehkan projek yang akan dijalankan yang sebaliknya mungkin tidak akan dapat dilaksanakan kerana kekangan kepada pembiayaan awam," katanya. (Betul ker nih??)
 Najib mengakui bahawa mereka telah membuat kesilapan di sepanjang jalan. (hingga sekarang pun...hanya menkayakan kroni)
"Ya, kami telah membuat beberapa kesilapan, tetapi kami percaya bahawa kita telah belajar dari itu, dan mempunyai jauh lebih dapat diandalkan dan model perkongsian awam-swasta yang lebih kukuh sekarang berbanding sebelum ini."
 Seperti Arab Saudi memulakan melaksanakan konsep itu secara besar-besaran sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Negara, Perdana Menteri Malaysia mempunyai kata-kata nasihat.
 "Ia adalah lebih baik untuk mempunyai proses pembidaan, proses pembidaan kompetitif," katanya. "Pada mulanya, kami mula secara first-come-first-served di mana sektor swasta datang dengan cadangan dan kemudian cadangan ini telah dirunding dengan mereka. Kami menyedari kemudiannya bahawa proses first-come-first-serve ini bukan idea yang terbaik. Adalah lebih baik bagi kerajaan untuk mengenal pasti peluang dan kemudian membukanya untuk pembidaan. "
 Bagi meyakinkan, beliau berkata manfaat bida kompetitif adalah bahawa "anda tidak terikat kepada satu cadangan tertentu hanya kerana mereka (sektor swasta) telah mengenal pasti projek yang lebih awal." 
Katanya, beliau mahu melihat hubungan perdagangan Arab-Malaysia menjadi lebih kuat.
 "Kami memahami halangan antarabangsa yang kukuh. Tahap perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berada pada $ 2,8 bilion untuk 2015, tetapi ini adalah satu penurunan daripada tahap $ 4 bilion dalam 2014; ia adalah penurunan sebanyak 16.4 peratus. Ini adalah disebabkan oleh keadaan tidak menentu ekonomi dan juga kerana kejatuhan harga minyak. Sebahagian besar daripada import kita terdiri daripada petroleum mentah dan produk petroleum. Kami mahu membawa hubungan pada tahap yang lebih tinggi. " ~ sumber 
 Kenapa Najib hanya berbual-bual dengan Raja Salman sahaja tetapi tidak menyertai sama  acara Forum Ekonomi Jeddah (JEF) yang dianjurkan selama tiga hari itu?

 Najib sepatutnya bersama menyertai forum anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Jeddah (JCCI) yang dikenali sebagai "Davos di Timur Tengah" itu kerana ia turut dihadiri oleh beberapa pakar-pakar ekonomi Arab berprofil tinggi dan global dan ketua pegawai eksekutif menghadiri JEF yang akan membincangkan banyak peluang yang terbuka kepada penswastaan kerajaan.

Rupa-rupanya...Najib jadi ucaptama kedua ini adalah 'Bidan terjun' sahaja  kalau menurut laporan Sarawak Report :

  Pengumuman dibuat secara mengejut pada Isnin Februari 29, pemergian Najib untuk selama 4 hari 'lawatan kerja' ke Arab Saudi dan akan "membuat ucaptama" pada Forum Ekonomi Jeddah. Ia adalah satu kejutan besar kerana tidak pernah mendengar tentang rancangan tersebut.

<< Lihatlah dalam senarai penceramah utama yang tersiar pada Isnin, hari pengumuman pemergian Najib, nama Najib tidak ada nama tersenarai pu...

  Mustahil pihak penaja terlupakan nama Najib kan?

Nah lihatlah, pada hari Selasa 1 Mac, tiba-tiba nama Najib muncul sebagai penceramah di tempat kedua!

Nama dan gambar Najib tiba-tiba terpampang ...hanya pada hari Selasa!

 Forum ini adalah syarikat perdagangan di mana penaja membayar untuk personaliti terkenal dan slot penceramah . Apa yang Najib perlu lakukan ialah melambakan lebih banyak wang tunai Malaysia kerana menurut laman dalam talian:

 <<Bayar untuk menjadi penaja dan dapat "5 minit berprofil tinggi peluang bercakap" yang disediakan untuk anda sebagai sebahagian daripada pakej ganjaran anda.

Jadi, sekali lagi, Najib dapat bermegah hubungan dan kerjasama Arab khas yang dibeli.

Tiada ulasan: