Rabu, 23 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pegawai KBS 'Songlap' RM100 Juta Digantung Tugas - KJ

Posted: 23 Mar 2016 03:37 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Khairy Jamaludin
 
 
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan penyelewengan dana kira-kira RM100 juta telah dipindahkan daripada kementerian itu.

Mengesahkan mengenai tindakan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin berkata pihaknya juga sudah memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya individu berkenaan digantung tugas sehingga siasatan selesai.

"Saya sudah minta Ketua Setiausaha Kementerian menulis kepada JPA supaya dia diberikan Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 43, JPA.

"Ia bermaksud dia sudah dipindahkan keluar daripada kementerian (KBS) walaupun masih direman.

"Dia bukan secara teknikalnya digantung sebagai penjawat awam, tapi dia tak ada dalam kementerian ini," katanya.

Pada 18 Mac lalu, SPRM menahan seorang setiausaha bahagian di KBS dan lapan orang yang merupakan kontraktor kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Sindiket yang dipercayai aktif sejak 2010 itu telah memperdaya kementerian tersebut bagi membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor untuk tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud.

Dipercayai suspek berusia 56 tahun dari KBS yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian itu aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak enam tahun lalu.
 
 

Saman mungkir kewajipan fidusiari Ke Atas Mohd Najib

Posted: 23 Mar 2016 03:22 AM PDT


TIGA orang awam hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak Razak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka menuduh beliau mungkir kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasans (tort misfeasance) dalam kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu. (Lanjut di sini).

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Mohd Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Dalam bahasa yang mudah, fidusiari (bahasa Inggeris fiduciary) adalah amanah, khususnya yang melibatkan perhubungan antara pemegang amanah dengan dan benefisiari (pihak yang mendapat faedah).

Dalam konteks ini, Mohd Najib adalah pemegang amanah manakala plaintif adalah benefisiari. Dalam kaitan yang lebih luas mereka bertiga mewakili semua pihak yang sepatutnya mendapat faedah daripada kedudukan Mohd Najib sebagai penjawat awam nombor satu negara.

Tort adalah salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil seperti ganti rugi.

Fakta saman:

1. Mohd Najib, sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran US$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

2. Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Mohd Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

3. Mereka juga menuntut RM2.6 bilion ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Dua jumlah ini bersamaan dengan amaun yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib di AmBank dan amaun yang disyaki dialihkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan, ke akaun peribadi beliau.

Implikasi kes ini:

i. Menguji sejauh mana rakyat jelata boleh mengambil tindakan undang-undang/mahkamah ke atas seorang penjawat awam politik.

ii. Menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman Negara.

iii. Menguji sejauh mana tindak tanduk seorang Perdana Menteri  "kebal" daripada tindakan undang-undang.

iv. Membuka Perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi.

v. Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Mohd Najib.

Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Mohd Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu.

Saya tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Mohd Najib berupaya memutarbelitkan kes ini kerana mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada beliau dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam.

Wallahuaklam.


Air Mengandungi Serbuk Abate Selamat Diminum

Posted: 23 Mar 2016 03:14 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Cuaca panas yang disebabkan fenomena El  Nino mendorong masyarakat untuk menadah dan menyimpan air untuk kegunaan harian.

Namun, ia boleh mengundang bahaya sekiranya air yang ditadah itu tidak  ditutup rapat dan dibubuh bahan pembunuh jentik-jentik atau abate yang berfungsi merencatkan pembiakan nyamuk Aedes.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Rose Nani Mudin berkata kebanyakan orang tidak mengetahui  bahawa air yang telah dicampur serbuk abate mengikut sukatan yang ditetapkan adalah selamat untuk diminum.

Hasil daripada penyelidikan dan pemantauannya, Dr Rose Nani berkata masyarakat sering salah anggap bahawa bahan pembunuh jentik-jentik adalah racun atau bahan yang boleh merosakkan fungsi air bersih.

"Cuaca panas mendorong nyamuk Aedes untuk lebih aktif dan lebih kerap menggigit mangsa dari biasa, malah hujan sekali sekala memberi tempat nyamuk  boleh bertelur," kata beliau.

"Maka, antara langkah pencegahan, kita menggalakkan masyarakat menggunakan serbuk abate apabila menakung air kerana ia bertindak membunuh jentik-jentik, selain air tadahan yang telah dibubuh abate mengikut sukatan adalah selamat untuk diminum," katanya pada Rabu.

Dr Rose Nani berkata kebiasaannya setiap paket mengandungi 20 gram serbuk  abate dan orang ramai hanya memerlukan dua gram sahaja untuk setiap simpanan 18 liter air dengan kesan abate mampu bertahan sehingga tiga hingga empat minggu.

Setakat 12 Mac lepas, bilangan kes denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,556 kes dengan penurunan 6.0 peratus atau 163 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,719 kes.

Jumlah kumulatif kes denggi yang dicatatkan dari Januari hingga 12 Mac pula  adalah 30,678 kes, meningkat sebanyak 6.2 peratus atau 1,794 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 28,884 kes.

Sementara itu, beliau berkata selain gelombang haba, ekzema dan denggi yang  sinonim dengan cuaca panas, pesakit yang menghidap asma dinasihati untuk menggandakan tahap penjagaan diri.

Menurutnya, keadaan pesakit asma boleh menjadi lebih teruk bukan sahaja pada cuaca sejuk tetapi juga pada cuaca panas melampau.

Ini kerana asma tergolong dalam kategori penyakit yang sensitif kepada perubahan cuaca selain konjuntivitis dan penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, tifoid dan taun.

"Justeru pesakit asma perlu memastikan mereka tidak melakukan aktiviti di luar rumah terlalu lama sehingga memudaratkan sistem pernafasan dan memakai baju yang baik untuk pengudaraan," katanya,
menambah amalan meminum air lebih seliter sehari bagi orang dewasa yang sihat dan rawatan segera perlu ketika menghadapi musim panas

Dr Mahathir berhak saman Najib – Ku Li

Posted: 23 Mar 2016 03:11 AM PDT

Sesiapa pun boleh saman menteri, pengawai kerajaan kalau mereka tak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan terlibat dengan penyelewengan.


kuli_najib_mahathir_600


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berhak menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Dr Mahthir sebagai rakyat yang membayar cukai berhak melakukan saman tersebut.

"Rakyat asalkan membayar cukai berhak; ada locus standi (hak untuk mengambil tindakan di mahkamah).
"Sesiapa pun boleh saman menteri, pengawai kerajaan kalau mereka tak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, macam (contohnya) salahguna kuasa," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir bersama dua yang lain memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO untuk mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu turut mengulas isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau, mengulangi saranan Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru dan peguam, S Ambiga kepada pemimpin besar DAP itu supaya bercuti sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan.

"Biasanya bila ada kes salahguna kuasa atau rasuah, sepatutnya dia (Guan Eng) bercutilah (dan) beri laluan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan baik apa yang telah berlaku," katanya.



Hilang giliran tunai haji kerana percaya fitnah – Jamil Khir

Posted: 23 Mar 2016 03:08 AM PDT

 
Ia disebabkan mereka terlalu percaya kepada fitnah yang disebarkan melalui media sosial.





PETALING JAYA: Seramai 33 pendeposit Tabung Haji (TH) yang membuat keputusan menarik diri daripada senarai penyimpan dipadam nama mereka daripada senarai penggiliran menunaikan haji.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberitahu, kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka berhak mengeluarkan simpanan di TH.

"Tindakan drastik pendeposit ini disebabkan mereka terlalu percaya kepada fitnah yang disebarkan melalui media sosial.

"Walaupun Tabung Haji dan kementerian saya cuba menyakinkan mereka supaya tidak mengambil tindakan drastik keluar dari senarai itu, mereka tetap dengan keputusan.

"Apa yang saya hendak beritahu mereka, namanya tidak lagi ada dalam senarai penggiliran menunaikan fardu haji di Tanah Suci Mekah," katanya dalam Program Bicara Persada ke-29 Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, agak mengecewakan apabila empat daripada pendeposit malang itu hanya perlu menunggu empat tahun sahaja lagi untuk tiba gilirannya menunaikan haji.

"Pihak Tabung Haji sudah memberi nasihat kepada mereka supaya tidak mudah terpengaruh atau mempercayai fitnah yang disebarkan melalui media sosial, lebih lagi mengenai agensi ini, tetapi mereka tetap bertegas dengan keputusan menarik balik semua deposit yang ada.

"Mereka memberi alasan sudah hilang keyakinan terhadap Tabung Haji. Ada yang mohon hendak keluarkan semua simpanan," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang menumpukan usaha untuk memastikan lebih 8.4 juta pendeposit meneruskan simpanan masing-masing bagi tujuan menunaikan fardu haji.

Sementara itu, mengulas mengenai perkara berkaitan, Jamil Khir berkata, tempoh menunggu bagi masyarakat Islam di negara ini untuk mengerjakan rukun Islam ke lima itu kini mencecah sehingga 82 tahun berbanding sebelum ini iaitu 72 tahun.

“Ramai orang kelainan upaya mati sebab GST”

Posted: 23 Mar 2016 03:06 AM PDT

 
Kebanyakkan OKU tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli keperluan serta ubat yang dikenakan GST.


OKU


KUALA LUMPUR: Seorang peserta demontrasi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendakwa ramai orang kelainan upaya (OKU) meninggal dunia kesan pelaksanaan cukai itu sejak tahun lalu.

Peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Reyna, juga seorang OKU mendakwa, OKU terbabit meninggal dunia akibat tidak mampu untuk membeli barang yang dikenakan GST.

"Ramai OKU meninggal dunia sebab tak mampu nak beli barang yang dikenakan GST, sebab ada GST kami nak beli pad (tuala wanita), ubat semua mahal," katanya yang kecewa dengan keadaan itu.

Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC), G Francis Siva berkata, ramai warga OKU tidak mempunyai pendapatan yang tetap serta tidak berkemampuan untuk memberi barang yang dikenakan GST.

"Tahun lepas dah laksana GST, sekarang nampaknya ia memberi tekanan yang kuat pada kami kerana ada yang tidak mampu untuk membeli makanan, lampin pakai buang, kantung air kencing.

"Jadi kita minta supaya kerajaan kecualikan GST kepada OKU di Malaysia. Jika tidak OKU akan menderita," katanya di luar Lobi Parlimen.

Lebih 30 OKU hadir bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak kerajaan mengecualikan GST kepada golongan itu.

Sementara itu, menurut, Presiden Persatuan Usahawan OKU Malaysia (PUIM) Fafifirouk Halyas, kerajaan 'menipu' apabila gagal menunaikan janji sebelum ini untuk tidak mengenakan GST kepada OKU.

"Sebelum ini Perdana Menteri cakap nak kecualikan GST kepada kami tetapi, sehingga kini ia tidak dilaksanakan dan kami turut dikenakan GST,"katanya.

Kumpulan itu juga turut menyerahan memorandum tersebut kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kerjasama PAS-IKATAN ‘luar biasa’, kata Sanusi Junid

Posted: 23 Mar 2016 03:02 AM PDT

 
Hadi Awang dan Kadir Sheikh Fadzir memiliki personaliti menarik yang menjadikan kerjasama PAS-IKATAN unik.
 
 
 
sanusi


KUALA LUMPUR : Penubuhan blok pembangkang baharu antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) diibarat 'minyak dan air yang bergelumang di muara sungai'

Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid turut menyifatkan kerjasama antara pemimpin PAS dan IKATAN itu adalah satu yang 'luar biasa'.

"Ia mengambil masa yang lama bagi Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN) untuk menjadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Hadi menjadi seperti Kadir.

"Saya rasa ia adalah situasi yang berbeza, sebagai individu kedua-duanya mempunyai personaliti yang baik dan sebagai ahli politik saya rasa amat menarik untuk melihat mereka bekerjasama.

"Diibaratkan minyak dan air yang sedang bergelumang di muara sungai," katanya dalam temu bual bersama FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan blok pembangkang baharu yang melibatkan IKATAN dan PAS.

Pengumuman pembentukan blok pakatan pembangkang baharu itu dibuat Hadi pada 16 Mac lalu sebagai pilihan kepada pengundi selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Pengumuman itu 'mengejutkan' banyak pihak kerana IKATAN sebuah parti yang tidak dikenali dan tidak mempunyai ramai ahli.

 LIHAT VIDEO DI SINI


Gerhana bulan penumbra malam ini

Posted: 23 Mar 2016 02:53 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penumbra yang pernah dikaitkan dengan pelbagai mitos, hari ini. 
 
Gerhana bulan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama melintasi bayang bumi.
 
Angkasa Negara (ANGKASA) dalam kenyataannya berkata, kitaran penuh fenomena itu bermula pada jam 5.39 petang apabila bulan mula memasuki zon penumbra, iaitu bayang-bayang yang terhasil apabila pancaran matahari dihalang oleh bumi. 
 
"Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 7.47 malam dan fenomena itu dijangka berakhir pada jam 9.59 malam selepas bulan mulai keluar dari zon penumbra. 
 
"Orang ramai disaran melihat arah timur menggunakan binokular atau teleskop, iaitu arah bulan terbit untuk menyaksikan kitaran penuh fenomena ini.
 
"Ada kemungkinan gerhana bulan tidak jelas jika dilihat dengan mata kasar disebabkan zon penumbra bumi yang kurang gelap berbanding bayang-bayang umbra bumi," katanya. 
Umbra bumi berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus. 
 
Keadaan itu mewujudkan umbra bumi berikutan cahaya dipancarkan matahari dihalang oleh bumi. 
 
Mengikut kenyataan itu, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena yang pertama seumpamanya tahun ini menerusi program Gerhana Bulan Penumbra di Planetarium Negara. 
 
"Program anjuran ANGKASA bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pembekal Peralatan Starfield ini akan bermula pada jam 7.30 malam. 
 
"Ia bertujuan memberi pendedahan, selain menanam minat terhadap ilmu astronomi dalam kalangan masyarakat apabila menyaksikan fenomena gerhana ini. 
 
"Fenomena gerhana bulan yang kedua tahun ini dijangka berlaku pada 17 September depan," katanya.
 
 

Kerajaan pertimbang lakukan pembenihan awan tangani cuaca panas - Shahidan Kassim

Posted: 23 Mar 2016 02:48 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KANGAR: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pembenihan awan dalam usaha menangani keadaan cuaca panas dan kering yang dialami sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
 
Namun beliau berkata usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca yang membolehkan pembenihan awan untuk mewujudkan awan kumulonimbus dilakukan.
 
"Selain itu kerajaan negeri pula perlu mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan hutan dan belukar tidak diceroboh dan mencegah kebakaran terbuka," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
 
Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan kebakaran terbuka dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan negeri mesti mengambil tindakan untuk membendung perbuatan ini, tambahnya.
 
Bagi penyelesaian jangka panjang untuk memperoleh air, beliau berkata telaga tiub bolah diadakan sebagai alternatif untuk pengaliran dan simpanan sumber air.
 
"Air boleh disedut dari telaga tiub di bawah tanah pada musim biasa atau kemarau sepanjang tahun untuk dialirkan ke kawasan kering pada musim panas," kata Shahidan.
 
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar dan minum banyak air bagi memastikan badan mereka tidak mengalami hidrasi.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino berakhir pada bulan Mei atau Jun ini.-- BERNAMA
 
 

Pandikar arah pihak luar, petugas media hormati peraturan

Posted: 23 Mar 2016 02:47 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Rabu mengingatkan petugas media dan pihak luar yang memasuki Parlimen supaya mematuhi peraturan sidang akhbar di bangunan Parlimen.
 
Beliau berkata mereka perlu menghormati keputusan yang dibuat sebelum ini yang menetapkan ruang sidang akhbar di lobi Parlimen hanya untuk kegunaan anggota Parlimen.
 
Katanya peraturan tersebut masih berkuat kuasa dan beliau meminta mana-mana pihak selain anggota Parlimen supaya tidak mengaturkan sebarang sidang media atau membuat kenyataan kepada media di kawasan berkenaan.
 
"Saya tidak akan berkompromi, sesiapa yang tidak berhak untuk buat kenyataan akhbar di situ, saya ingin ingatkan peraturan itu masih ada. Saya serius tentang hal ini," katanya bagi menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang meminta penjelasan mengenai sidang media seorang peguam di lobi Parlimen, Khamis lepas.
 
Sim ingin adakah peraturan tersebut masih berkuat kuasa.
 
Pandikar Amin turut mengingatkan petugas media agar tidak meminta respons terhadap sesuatu isu secara 'hendap' daripada orang ternama yang berada di bangunan Parlimen.
 
"Kita faham kadang-kadang ada pihak luar ini tidak boleh kawal daripada memberi respons. Wartawan pun bawa mikrofon terus minta respons itu ini, saya ingatkan jangan lakukan begitu lagi," katanya.
 
Beliau berkata sekiranya peraturan tersebut masih tidak dipatuhi, beliau tidak teragak-agak untuk memanggil editor akhbar yang terlibat dengan liputan Parlimen.
 
Pada November 2012, Pandikar mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94.
 
Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen.
 
 

Najib jangan cakap tak serupa bikin, jangan jadi hipokrit, kata Khairuddin

Posted: 23 Mar 2016 02:39 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak perlu hipokrit apabila mengarahkan siasatan segera dilakukan ke atas penyelewengan dana RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata,perdana menteri harus beri pencerahan secara telus dan komprehensif kepada 30 juta rakyat Malaysia serta keseluruhan dunia mengenai kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu wang derma RM2.6 billion dan RM42 juta dana syarikat SRC International yang masuk ke dalam akaun peribadinya terlebih dahulu disiasat segera.

"Najib seharusnya mengambil pendekatan untuk bercuti dan izinkan semua pihak penguatkuasa undang-undang melaksanakan siasatan mereka secara telus lagi bebas bagi meyakinkan rakyat bahawa segala bentuk siasatan tidak dipengaruhi oleh perdana menteri Malaysia

"Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan jadi hipokrit. Jangan nampak kesalahan jenayah orang lain saja. Suluh muka sendiri juga!," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Khairuddin lagi, seandainya Najib yang juga Presiden Umno itu mengambil pendekatan itu beliau amat yakin seluruh warganegara mahupun warga luar akan menghormati beliau
"Beliau tidak harus rasa gusar ataupun takut kerana kata pepatah orang tua-tua, 'berani kerana benar'.

"Jawatan perdana menteri boleh dijawat semula sekiranya satu proses siasatan secara bebas dan telus mendapati beliau tidak bersalah!!

"Sekiranya beliau mengambil kaedah ini untuk membersihkan namanya yang tercemar dengan begitu teruk sekali barulah sesuai beliau cakap rasuah adalah musuh kita." ujarnya.

Malah Khairuddin turut menyarankan agar menteri KBs, Khairy Jamaluddin mengambil pendirian untuk bercuti buat sementara waktu sehinggalah siasatan kes rasuah RM100juta juta keatas kementeriannya selesai disiasat.

"Janganlah asyik nak perbesarkan isu pembelian rumah Lim Guan Eng saja yang berjumlah RM2.8 juta.
"Inilah masalah dengan pemimpin-pemimpin umno, Kuman di seberang laut nampak tapi bangkai gajah di depan mata tak nampak.

"Apa pun Allah swt sedang menunjukkan satu per satu skandal rasuah yang berlaku terlalu berleluasa di negara kita masakini," dakwanya.

Ujarnya lagi atas dasar itu beliau pikul tanggungjawab laksanakan fardhu kifayah untuk lawan rasuah secara habis-habisan demi menyelamatkan masa depan negara sepertimana yang termaktub di dalam Deklarasi rakyat selamatkan Malaysia.

Semalam perdana menteri mengarahkan supaya siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di KBS dilakukan dengan serta merta.

Beliau turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan akauntabiliti.

Pas sedia bekerjasama dengan NGO kemuka Manifesto Untuk Rakyat

Posted: 23 Mar 2016 02:33 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee Pas menerima baik cadangan dan bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee berkata parti itu sentiasa terbuka dan bersedia bekerjsama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib rakyat.

"Pas Sarawak bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini yang ingin mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) kepada pihak pemerintah.Kebanyakan isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),isu demokrasi dan sebagainya memang antara isu yang diperjuangkan Pas selama ini.

"Pas akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan MUR mereka diketengahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

"Ini untuk membuktikan bahawa Pas memang berjuang untuk semua kaum selama ini tanpa mengira bangsa dan agama.

"Dengan kerjasama ini nanti pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat yang berbilang etnik di negara ini terutama di Sarawak. Pas menanti pelawaan semua NGO yang bersedia bekerjasama untuk kepentingan semua rakyat Sarawak kepada pihak pemerintah dengan lebih berkesan lagi." ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara NGO yang bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save Rivers, Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas), Borneo Resources Institute Malaysia (Brimas) dan Jaringan Tanah Hak Adat Asal Sarawak (Tahabas).

Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Non-Timber Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak Sarawak (Pedas), Gerakan Dayak Sarawak (Gasak) dan Integrated Development for Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (Ideal).

Ketua Penerangan Umno Cheras dituduh pecah amanah

Posted: 23 Mar 2016 02:27 AM PDT

BERNAMA


 Ketua Umno cawangan itu diamanahkan ke atas akaun cawangan didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akaunnya. Ketua Umno cawangan itu diamanahkan ke atas akaun cawangan didakwa melakukan pecah amanah dengan memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akaunnya.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Cheras mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan cek berjumlah RM4,350, dua tahun lalu.

Zamri Redzuan @ Ridzwan, 50, yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu, Cheras, dalam kapasitinya sebagai Ketua Umno cawangan itu diamanahkan ke atas akaun cawangan itu, didakwa melakukan pecah amanah terhadap akaun tersebut dengan memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akaunnya.

Wang itu sepatutnya dibayar kepada tukang jahit (Mun Men's Wear) tetapi tidak dibayar.

Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga kedai perabot didakwa melakukan kesalahan itu di daerah Cheras, di sini pada 27 Jan 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan Zamri diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes dan lima hari dari 9 hingga 13 Mei untuk perbicaraan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khairul Anwar Wahab memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil lapan saksi dalam perbicaraan itu.

Khairul Anwar juga menawarkan wang jaminan RM15,000 dan memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan anak guamnya baharu sahaja dimaklumkan mengenai pertuduhan yang dihadapinya dan hanya mampu menyediakan wang RM7,500.

"Anak guam saya juga memberi kerjasama baik sepanjang siasatan SPRM, beliau tidak ingkar dan hadir ke mahkamah hari ini," katanya dan menambah tertuduh juga merupakan penanggung utama isteri, empat anak dan ibu bapa yang sudah tua.

Pemuda Pas sokong Kaukus Parlimen hapuskan perjudian

Posted: 23 Mar 2016 02:23 AM PDT

ARIF ATAN


Usaha membanteras perjudian haram dilaksanakan secara berterusan.Usaha membanteras perjudian haram dilaksanakan secara berterusan.


Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini menyokong penubuhan Kaukus Parlimen mengenai perjudian haram bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah tersebut.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, cadangan berkenaan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan penting bagi meneliti dan menghapuskan segala amalan perjudian yang berlaku di negara ini.

"Isu perjudian menjadi perhatian utama perbincangan dalam sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

"Dalam sesi tersebut, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri juga menyatakan bahawa Negeri Kelantan seharusnya menjadi contoh dalam menghapuskan segala bentuk perjudian di negeri tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, langkah itu dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1992 dibawah pemerintahan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan legasi itu diteruskan sehingga kini.

"Langkah tersebut begitu signifikan bagi memastikan Malaysia bersih dari amalan perjudian yang telah terbukti meruntuhkan keharmonian kekeluargaan dan sistem sosial masyarakat," ujar beliau.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa agar kaukus yang dibentuk meneliti aspek pendidikan dan perundangan sebagai pelengkap kepada langkah menghapuskan amalan perjudian di samping memupuk nilai kefahaman agama yang sebenar kepada masyarakat keseluruhannya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan akan membawa usul penubuhan Kaukus Parlimen berkenaan ke mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini.

TIME ‘iktiraf’ Malaysia negara kedua rasuah di dunia

Posted: 23 Mar 2016 02:20 AM PDT

ARIF ATAN


Laman portal berita TIMELaman portal berita TIME


Malaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan rasuah.

Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi 'online' itu, rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.

Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, "These 5 Facts Explain the State of Global Corruption" antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira USD620,000,000 telah dikembalikan.

"Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion," lapor TIME.
Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai siasatan 1MDB.
Tinjauan Malaysia Dateline di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai "Most Popular Stories".

Bagaimanapun, paparan penarafan gejala rasuah tersebut berserta foto wajah Najib kononnya menjadi muka depan majalah TIME yang pada masa ini sedang viral di media sosial disahkan palsu.

PAS tak berdendam, nasihat Lim ikut jejak MB K'tan

Posted: 22 Mar 2016 10:31 PM PDT

Shakira Buang  




Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kekecewaan parti itu dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng menamatkan perkhidmatan ahli parti itu yang dilantik di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

"PAS secara peribadi kita rasa kecewa dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita kecewa, terutama sekali apabila kita hadapi pilihan raya bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi apabila kita menang dan orang PAS diterajang keluar, ditamatkan perkhidmatan, dipecat dari jawatan sedia ada," kata Tuan Ibrahim dalam temubual bersama Malaysiakini dan Beritadaily.

Jun lalu, kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnor sebelum ini dilapor sebagai berkata, pemecatan drastik itu meliputi semua ahli PAS sebagai anggota JKKK di daerah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka itu berkata tindakan setiausaha agung DAP itu jelas tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara.

"Saya fikir ia tidak mencerminkan kepimpinan masa depan negara. Walaupun itu menjadi hak Lim Guan Eng tetapi dari segi bila kita hadapi bersama, orang PAS pun tetap ada hak walaupun hanya satu kerusi," kesal Tuan Ibrahim.

Malah, ketika diminta mengulas apakah tindakan Lim itu, memperlihatkan DAP mempergunakan PAS, Tuan Ibrahim mengakuinya.

"Jentera PAS buat kerja dan tolong menangkan kerusi lain. Orang tengok begitu (DAP mempergunakan PAS)," ujar Tuan Ibrahim.

"DAP bertemu dengan PAS bila berdepan waktu kritikal seperti tahun 1998 bila mana mereka mahu menggunakan logo PAS dalam pilihan raya dan PAS bersedia membantu," kata Tuan Ibrahim mengimbau perkara itu.

Atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat PAS membenarkan DAP menggunakan logo parti Islam itu untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2013 selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membekukan jawatankuasa pusat parti itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menyimpan dendam sebaliknya menasihatkan Lim agar tidak terlalu angkuh.

"PAS tidak simpan dendam cuma kita harapkan kita kena cerminkan satu kepimpinan masa depan negera yang rakyat nak tengok.

"Kita baru menang sepenggal. Kalau kita angkuh macam itu hanya apabila kita sudah menang satu negeri, adakah ini yang kita nak orang lihat?" tanya Tuan Ibrahim.

Malah, Lim diminta mengikut jejak langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

"Saya ingat pendekatan yang diambil oleh (menteri besar) Ahmad Yaakob di Kelantan jauh lebih baik di mana orang yang tidak menang pun kita lantik untuk jadi penghulu. Masyarakat India, tidak ada kerusi pun di Kelantan tetapi kita lantik dia penghulu atau pemukim.

"Bagi PAS, kita kena jadi pemimpin yang berjiwa besar tetapi kalau asyik menindas orang lain, pecat apa semua, ia membetulkan segala persepsi rakyat kepada beliau," tambah Tuan Ibrahim.

Malah, kata beliau, apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat sebelum ini pun bukan berpunca dari PAS.

Tuan Ibrahim berkata ini kerana PAS sentiasa berpegang kepada pesanan almarhum mursyidul amnya di mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan sekiranya berlaku perpecahan, biarlah ia datang dari pihak lain dan bukan parti Islam itu.

"Datuk Nik Aziz pernah berpesan kalau berlaku perpecahan, jangan dari PAS, biar dari pihak lain. Kalau mereka dah buat keputusan kita terima tetapi bukan dari PAS bahkan apa yang berlaku sekarang ini di mana kita berpecah dengan Pakatan Rakyat, bukan daripada PAS.

"Ia tidak bermula dari PAS dan bermula dari pihak lain," tambah Tuan Ibrahim.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.



Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b

Posted: 22 Mar 2016 10:26 PM PDT

Hafiz Yatim


LIHAT VIDEO DI SINI

 
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

[Baca berita penuh]

Mereka memohon mahkamah perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib mengambil tanggungjawab terhadap salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam dan atau kemungkiran fidusiari dalam jawatan awam yang dilakukan olehnya.

 

M'sia destinasi pemerdagangan manusia - Zahid

Posted: 22 Mar 2016 10:20 PM PDT

MALAYSIAKINI




Malaysia kini menjadi negara destinasi bagi sindiket pemerdagangan manusia menempatkan pendatang, berikutan kemajuan dan peluang pekerjaan yang ada, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah segera untuk menangani perkara itu kerana ia boleh membawa kepada masalah jenayah domestik oleh rakyat asing.

Katanya, kerajaan sangat komited untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia dan akan memberi saranan kepada negara-negara terlibat bagi mengatasi masalah berkenaan sempena persidangan Bali Process yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Beliau berkata, jika dahulunya Malaysia adalah sebuah negara transit tetapi kini pendatang asing tanpa izin memasuki negara dan kemudian membuang segala dokumen pengenalan diri bagi menghilangkan identiti warganegara mereka.

"Dulunya Malaysia adalah negara transit untuk rakyat asing ke Australia dan negara-negara lain tetapi sekarang ini mereka menjadikan Malaysia sebagai negara destinasi terakhir ekoran peluang pekerjaan yang ada," katanya kepada wartawan Malaysia hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berada di Bali bagi menghadiri persidangan Bali Process iaitu persidangan mengenai isu penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini.

Katanya, antara masalah yang dihadapi ialah negara asal golongan imigran secara haram itu tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat lagi kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, masalah seumpama itu akan dibincangkan dalam persidangan berkenaan oleh negara-negara ASEAN dan 44 buah negara lain yang terlibat dalam Bali Process.

"Kita melihat ada semacam ketidakserataan dari segi kebertanggungjawaban.

"Dulu negara sumber bagaikan melepas tangan apabila ada warga mereka menjadikan beberapa buah negara lain yang dianggap sebagai syurga terakhir menempatkan diri dan tinggal di negara berkenaan sama ada untuk mencari rezeki atau alasan ekonomi dan politik," katanya.

Beliau berkata, disebabkan itu negara sumber harus dilibatkan untuk mengatasi masalah yang timbul agar mereka boleh mencari punca masalah penyeludupan dan pemerdagangan manusia itu.

"Kita juga akan melihat permasalahan dari segi kawalan dan perlindungan yang dilakukan dan mendapatkan kerjasama daripada negara terbabit terutama (aspek) kawalan laut dan pintu sempadan di darat," kata beliau.

Zahid berkata, masalah pemerdagangan manusia itu adalah tanggungjawab bersama antara negara sumber, perlu ada satu kaedah bagi memantau dokumen perjalanan kerana jenayah penyeludupan manusia itu menggunakan kaedah memasuki secara haram ke sesebuah negara menerusi jalan laut dan darat.

"Kita juga akan beri saranan kepada UNHCR agar tindakan yang dilakukan bukan sekadar memantau dan membantu negara sumber sahaja kerana (sindiket) memalsukan dokumen tidak seharusnya diselesaikan oleh satu pihak, ia memerlukan kerjasama agensi (pengkuatkuasa) di peringkat antarabangsa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai kaedah tersendiri untuk mengenal pasti kerakyatan asal pendatang tanpa izin, walaupun mereka menggunakan dokumen palsu atau ketiadaan dokumen.

"Sebagai contoh ada warga Bangladesh buang dokumen dan mengaku rakyat Myanmar kerana bahasa dan agama yang sama tetapi siasatan dan risikan bahagian penguatkuasaan Imigresen dan Polis serta beberapa badan risikan lain akan mengenal pasti identiti kerakyatan mereka," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pendatang tanpa izin adalah dari negara jiran dan faktor tarikan mereka ke negara ini ialah peluang pekerjaan.

Katanya, sebagai langkah mengatasi masalah pekerja asing bagi jangka panjang, syarikat perindustrian berasaskan modal dan bukan lagi berasaskan tenaga buruh.- Bernama


Enam anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah

Posted: 22 Mar 2016 05:46 PM PDT

SPRM
SPRM


PETALING JAYA - Enam anggota penguat kuasa antara sembilan  individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Selangor  kerana  disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang  secara tidak sah di  Lapang Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA2, petang tadi.

Pengarah  SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razali  berkata, lima yang ditahan berusia 50 hingga 60 tahun bertugas sebagai pembantu penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Manakala tiga lagi merupakan pemandu teksi  yang menawar dan memberi rasuah kepada anggota penguat kuasa.

"Tangkapan oleh SPRM hari ini untuk membela nasib pemandu teksi yang selama ini tertekan dengan kehadiran teksi yang tidak mempunyai permit di KLIA tetapi boleh mengambil penumpang," katanya kepada Sinar Harian.

Hasil siasatan sindiket berkenaan telah membuat bayaran mingguan kepada pegawai penguatkuasa  berkenaan sebanyak lebih kurang RM600 ke RM720 bagi lima hingga  enam pengusaha teksi. Ke semua mereka yang  ditahan dijangka akan direman esok.


Padang Baru Stadium Shah Alam, Mengapa Rumput ‘Cowgrass’ ?

Posted: 22 Mar 2016 05:44 PM PDT




SELANGOR INSIDER


Stadium Shah Alam


Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat skuad The Red Giants. Dibuka pada tahun 1994 bagi menggantikan Stadium Merdeka setelah sekian lama berkongsi gelanggang tuan rumah bersama skuad warga kota, Kuala Lumpur.

Stadium Shah Alam telah merakamkan sejarah gemilang bola sepak Selangor antaranya, menjuarai Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada saingan Piala Malaysia 1995, 1996 dan 1997. Tahun 2015 menyaksikan The Red Giants menyempurnakan Misi 33, apabila menjuarai Piala Malaysia menewaskan pasukan Lang Merah dengan jaringan 2-0. Tanggal 5 April ini, sekali lagi dua pasukan ini akan bertemu dalam saingan Liga Super 2016 di gelanggang yang sama, namun dengan 'rumput' yang berbeza.

Pengurus Pasukan Selangor, YB Amiruddin Shari ketika melakukan lawatan meninjau kerja-kerja mengganti rumput baru berkata, kerja menanam rumput jenis 'cow grass' menelan kos RM200,000 itu mengambil masa kira-kira tiga hari selepas ditanam sebelum akarnya menjadi kuat untuk digunakan pada 5 April, iaitu perlawanan antara Selangor bertemu Kedah.

Pdg baru Std Shah Alam 1

Beliau yang juga EXCO Belia dan Sukan Negeri Selangor berkata, rumput jenis 'cow grass' iaitu sejenis rumput paling tahan dan digunakan di beberapa stadium termasuk di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor juga menggunakan rumput jenis yang sama.

Namun, terdapat respon netizen mempersoalkan kesesuaian penggunaan rumput 'cowgrass' sebagai rumput baru Stadium Shah Alam. Antara respon-respon netizen khususnya penyokong merah kuning terhadap rumput 'cowgrass' ialah rumput tersebut 'low class' dan boleh didapati dengan mudah di belakang rumah. Ia mungkin berpunca daripada persepsi umum bahawa rumput cowgrass hanya layak untuk ditanam ditepi jalan raya atau di padang sekolah sahaja.

Cowgrass

Berdasarkan info yang boleh didapati melalui rujukan internet, cowgrass atau nama saintifiknya 'Axonopus compressus' adalah sejenis rumput tempatan yang boleh didapati di banyak tempat di Malaysia.

Rumput cowgrass adalah sejenis rumput yang amat tahan lasak. Cowgrass juga mempunyai ketahanan daripada serangan perosak, penyakit, cuaca serta rumput liar. Ia juga kurang memerlukan baja dan air.
Sekiranya berlaku kemarau atau kekurangan air, rumput cowgrass akan bertukar kepada warna coklat, 
namun ia akan kembali menghijau apabila mendapat sumber air

 cowgrass pdg

Kelebihan cowgrass yang lebih lasak menjadi pilihan pengurusan stadium menggunakan cowgrass menggantikan rumput import. Antara stadium yang kini menjadikan cowgrass ialah Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, berdasarkan pendapat individu-individu yang mempunyai pengalaman menguruskan padang dan landskap, jenis rumput bukanlah isu utama yang harus diambil perhatian. Apa yang lebih penting ialah kerja-kerja penjagaan dan penyeleranggan harus dititik beratkan. Antara perkara yang penting dalam pengurusan dan penjagaan padang rumput ialah menetapkan rutin pembajaan, siraman air, yang mencukupi serta pengudaraan yang sepatutnya berdasarkan keperluan rumput tersebut.

Stadium Larkin

Antara faktor-faktor padang menjadi rosak ialah kegagalan pihak pengurusan menetapkan rutin dan jadual penjagaan dan penyelenggaraan bahkan terdapat pihak pengurusan dengan sengaja mengabaikan keperluan-keperluan tersebut disebalik alasan menjimatkan kos.

Justeru, integriti dan profesionalisma pihak pengurusan amatlah penting agar penyelenggaraan dan penjagaan padang dapat dilakukan supaya keadaan rumput dan padang sentiasa berkeadaan baik dan sempurna.

Usaha jatuhkan MB oleh Umno bonus kepada Pas

Posted: 22 Mar 2016 05:35 PM PDT

Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abd Rahman
 
 
KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menafikan tindakan pihak tertentu yang terburu-buru menjatuhkan kerajaan negeri ini melalui kaedah selain pilihan raya, akan memberi kelebihan kepada parti itu.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, walaupun pihaknya tidak mencampuri urusan pihak tertentu yang secara terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan BN negeri ini, namun pihaknya tidak boleh menolak bahawa ia sudah tentu memberi bonus kepada Pas.

"Kalau ada strategi lain yang difikirkan ahli Umno sendiri untuk menjatuhkan kerajaan BN, ia sudah tentu bonus kepada kita. Bagaimanapun, kita tidak akan mencampuri perbalahan dalaman parti itu," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, rakyat sudah tentu akan menilai kelemahan di peringkat dalaman Umno dan BN negeri melalui tindakan tersebut dan percaya perancangan untuk menjatuhkan Ahmad Razif tidak akan berakhir begitu sahaja.

Sementara itu, mengulas mengenai usul undi tidak percaya, beliau memberitahu bahawa ia adalah sejarah pertama yang berlaku di negeri ini, sekiranya usul tersebut diluluskan.

Ini kerana katanya, belum pernah ada undi tidak percaya kepada menteri besar dari BN sambil memberitahu bahawa sejarah pada 1961 adalah undi tidak percaya terhadap menteri besar dari Pas apabila tiga Adun pembangkang memberi sokongan kepada BN dan membentangkan undi tidak percaya terhadap kerajaan Pas.

"Belum ada sejarah undi tidak percaya dari (ahli) Umno kepada Umno. Kalau berlaku, ia adalah sejarah pertama di negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu suasana politik ketika ini lebih kepada persepsi, lebih-lebih lagi apabila perkembangan media sosial lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat ketika ini.

Tidak terkecuali politik Terengganu katanya, apa sahaja isu yang menarik perhatian rakyat sudah tentu akan menjadi 'mangsa' persepsi pengundi termasuk perbalahan yang dilihat semakin menebal antara Ahmad Razif dan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said.

"Politik tidak boleh lari daripada persepsi, kedudukan menteri besar akan rapuh sekiranya ada yang buat 'onar' lagi," katanya.

Pemuda Umno Selangor: 'Kami bukan tidak buat kerja'

Posted: 22 Mar 2016 05:33 PM PDT


logo umno


SHAH ALAM - Pemuda Umno Selangor menegaskan sayap-sayap Umno di Selangor bukan tidak menjalankan tugas mereka membantu Umno dan BN bagi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan.

Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal mendakwa beliau dan ahli-ahlinya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program-program dapat dijalankan dalam usaha memikat pengundi terutamanya dari kalangan orang muda.

"Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak bergerak? Ini masalah Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu...sampai ada yang berhutang. Kita tidak ada peruntukan seperti ketua bahagian tapi kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat program.

"Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana? Ketua Pemuda keluar duit sendiri, beri kepada pemuda-pemuda yang semangat nak pergi. Ada orang tanya tak, Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana?

"Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu cawangan dan bahagian tapi dalam masa sama, yang atas (Umno pusat) pun kenalah bantu yang di bawah. Tidaklah boleh harapkan Pemuda sahaja. Kita (Pemuda) tiada peruntukan. Jadi, mereka kena bantu kitalah," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri memperkukuhkan semula parti dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Harapan.

Beliau turut mendakwa kekalahan Umno ketika PRU13 yang lalu bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya Umno sendiri yang lemah.

Zainuri menegaskan kesilapan Umno Selangor dalam pilihan raya lalu adalah meninggalkan anak muda selepas berjaya mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

"Kesilapan kita selepas daftar, kita tidak 'follow up'. Buatlah apa-apa program, perkhemahan atau perjumpaan. Semua itu memerlukan belanja.

"Kita terima saranan Naib Presiden tapi harus bersandarkan situasi dan keadaan semasa. Orang muda sekarang tak sama. Lihat di cawangan-cawangan, nak suruh ahli datang mesyuarat pun susah. Ini yang ahli Umno...apa lagi yang bukan ahli? Benda ini bukan sayap sahaja yang harus bertanggungjawab tapi peranan yang lebih penting lagi sebenarnya di peringkat atasan," katanya.

Menafikan sekeras-kerasnya tegurannya itu terhadap parti kerana mengejar jawatan, namun Zainuri berkata, teguran itu kerana sayangkan parti dan beliau tidak mahu melihat negara diperintah oleh parti selain Umno-BN.

Sehubungan itu, Zainuri berkata, mengekalkan sokongan orang muda untuk Umno bukan boleh dilakukan secara percuma.

"Trend sekarang ini, kalau kita guna air liur, air liurlah kita dapat. Kalau kita lihat pihak belah sana, sanggup berbelanja lebih untuk terus kepada kumpulan sasaran. Sasarannya untuk mendapatkan pengundi.

"Kita bantu daftar pengundi tapi kita tidak tahu mereka undi siapa, jadi, kita kena bawa jenama kita. 
Jenama kita (pula) orang sedang tidak sedap (suka). Jadi, kenalah jenamakan semula, cantikkan balik supaya pengundi yang baharu ini tahu bahawa yang bawa mereka daftar untuk mengundi buat kali pertama adalah dari BN," katanya.

Katanya, Pemuda Umno Selangor akan mencuba sedaya upaya untuk memenangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Insya-ALLAH kita akan cuba dan mungkin kita dapat lihat Selangor menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada kemenangan BN. Siapa tahu, sebab politik itu berubah-ubah," katanya.

Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?

Posted: 22 Mar 2016 05:28 PM PDT



 
Oleh Zabidi Hj Saidi


Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.


Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan. Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan?

Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.
Sumber: http://catatanzabidi.blogspot.my 

Perlu ada pertemuan dengan ketua bahagian komponen BN

Posted: 22 Mar 2016 05:25 PM PDT

SINAR HARIAN


Annuar Musa
Annuar Musa
 
 
KUALA LUMPUR - MIC hari ini berharap barisan pimpinan tertinggi BN dapat mengadakan siri pertemuan dengan ketua bahagian daripada parti komponen bagi mengukuhkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, MIC mengemukakan cadangan itu berdasarkan keperluan untuk mempertingkatkan lagi kerjasama di kalangan parti komponen di peringkat bahagian.

"Kita perlu lebih kuat menghadapi pilihan raya akan datang dan semangat BN itu perlu berlaku secara jelas, tidak hanya di peringkat Majlis Tertinggi namun ia perlu turut berlaku di semua peringkat termasuk di peringkat bahagian," katanya dalam sidang media selepas perjumpaan muhibah bersama ketua-ketua penerangan MIC di Wisma MIC hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Datuk V.S Mogan; Setiausaha Agung MIC, A. Sakthivel dan Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy.

Annuar berkata, perjumpaan hari ini bertujuan mendapatkan maklum balas, pandangan dan idea daripada jentera komponen BN.

"Banyak perkara susulan yang kita perlu lakukan dan kita perlu perbanyakkan pertemuan seperti ini dalam mendapatkan kerjasama dan mengukuhkan hubungan sebagai satu pasukan yang baik dalam parti komponen BN," katanya. - Bernama


Bekas timbalan menteri pengangkutan meninggal dunia

Posted: 22 Mar 2016 05:19 PM PDT

SINAR HARIAN


Al-Fatihah


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datin‎ Paduka Rahmah Osman, 76, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Tawakal di sini, malam ini.

Anak sulungnya Rahatulkhairani Mustapha berkata, ibunya meninggal dunia pada 10.15 malam ini, dan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Tun Dr Ismail pagi esok, selepas disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa taman tersebut.

Rahmah yang akan menyambut hari kelahirannya ke-77 pada 12 Jun ini, meninggalkan dua anak perempuan.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Bahagian Akhbar Jabatan Penerangan, bergiat aktif dalam Umno sejak 1950-an, dan dilantik sebagai Senator pada 1979.

Pada Pilihan Raya Umum 1982, beliau bertanding di kerusi Parlimen Selayang dan mengalahkan calon DAP, Lee Yee Lian dengan majoriti 30,909 undi, dan empat tahun kemudian bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan berjaya mengalahkan calon Pas, Mustafar Abdul Kadir dengan majoriti 24,835 undi.

Bekas Ketua Satu Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) sejak 1978 hingga 1982 itu dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan pada 1982 dan dua tahun kemudian, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pada 1988, Allahyarham mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas berikutan krisis dalaman Umno dan menyertai parti Semangat 46.

Bekas Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia itu, bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum 1990, dan pada 1994 kembali menyertai Umno. - Bernama


Tiada ulasan: