Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


TIME ‘iktiraf’ Malaysia negara kedua rasuah di dunia

Posted: 23 Mar 2016 11:25 AM PDT

Foto wajah Najib kononnya menjadi muka depan majalah TIME 
yang pada masa ini sedang viral di media sosial disahkan palsu.
Tetapi berita Malaysia negara kedua rasuah di dunia adalah benar!
ARIF ATAN

Malaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan rasuah.

 Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi 'online' itu, rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.

 Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk,  "These 5 Facts Explain the State of Global Corruption" antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

 Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira USD620,000,000 telah dikembalikan.

 "Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion," lapor TIME.

 Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai siasatan 1MDB.

 Tinjauan Malaysia Dateline di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai "Most Popular Stories".

 Bagaimanapun, paparan penarafan gejala rasuah tersebut berserta foto wajah Najib kononnya menjadi muka depan majalah TIME yang pada masa ini sedang viral di media sosial disahkan palsu. ~ sumber

Komen al-Husseyn :
 

  Gambar Najib yang menghiasi muka depan majalah Time seperti diatas itu disahkan palsu.

  Namun ia merupakan satu hasil karya yang kreatif berdasarkan kepada berita yang tersiar dalam akhbar tersebut dengan tajuk "These 5 Facts Explain the State of Global Corruption"    

Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b

Posted: 23 Mar 2016 01:46 AM PDT


    Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

 Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

 Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

 Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

 Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

 Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

 Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

 Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

 Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta. ~ sumber

Pendedahan Nallakarupan : Apa komen bekas KPN Tan Sri Musa Hassan

Posted: 22 Mar 2016 06:00 PM PDT

Senyum kemenangan seorang pejuang
  Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Senator Datuk S Nallakaruppan membuktikan bahawa tindakannya menyaman Nallakaruppan bukanlah bermatlamatkan wang tetapi semata-mata mahu membersihkan namanya.

   Tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar yang kononnya beliau adalah pengkhianat seperti afidavit oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dinafikan oleh Nallakaruppan dan ini direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

 Dalam perbicaraan tersebut, Nallakaruppan telah menafikan bahawa beliau menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta dari syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd.

 Nallakarapan turut mendedahkan bagaimana pihak polis telah cuba memaksanya menandatangani kenyataan kosong dan mengakui bahawa Anwar menyediakan maklumat untuk dia bertindak untuk negara asing.

   Nallakarupan turut menceritakan bahawa dia telah ditahan selama 38 hari dan diugut akan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

   Ada beberapa perkara yang menarik dalam episod perbicaraan ini - Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata sekirannya Nallakaruppan berkata demikian sebelum ini, maka tidak ada keperluan untuk meneruskan perbicaraan.

  1) Kalau Nallakarupan tidak dedahkan tembelang ini dalam perbicaraan, tentulah orang ramai tidak akan dapat tahu cerita yang sebenarnya....

   2) Apa yang pastinya, Nallakarupan akan terlucut lantikan senatornya dalam masa yang terdekat!

   3) Dan kita tunggulah pula apa komen selanjutnya dari bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan.

  4) Peguam Nallakarupan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bercuti, bolehlah meneruskan cutinya seberapa lama yang dia mahu....

   5)  Yang paling menarik ialah sebagaimana yang digambarkan oleh Rafizi Ramli :

Anwar Ibrahim senyum kepada orang ramai di Kamar Mahkamah 
Tinggi sebelum memulakan kes saman beliau terhadap 
Dato' Seri Nallakurappan. 
Hari ini menjadi sejarah apabila beliau menjadi peguam beliau sendiri kerana pihak berkuasa menghadkan pertemuan beliau dengan peguam-peguam sehingga persediaan perbicaraan kes terbantut. 

Anwar Ibrahim sebelum ini seorang guru (pengetua Yayasan Anda), seorang pendakwah (presiden ABIM), seorang pemimpin kerajaan (Timbalan Perdana Menteri), seorang reformis (Ketua Umum KEADILAN), seorang Ketua Pembangkang, seorang tahanan politik dan kini seorang peguam.

Anwar Ibrahim seorang negarawan; tidak ada seorang pejuang mutakhir ini yang perjuangannya sungguh berwarna-warni begini. 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT