Ahad, 13 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN laku kesalahan jenayah kerana belanja pilihan raya lebihi had

Posted: 13 Mar 2016 07:36 AM PDT

Faiz dan Sany (lima dan enam dari kiri) bersama para pemimpin Pemuda Amanah selepas membuat laporan polis.Faiz dan Sany (lima dan enam dari kiri) bersama para pemimpin Pemuda Amanah selepas membuat laporan polis.


Pemuda Amanah Nasional telah membuat laporan polis berhubung pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Sri Idris Haron bahawa BN telah membelanjakan RM1.5 bilion bagi kempen pilihan raya umum (PRU) lalu.

Laporan polis dibuat Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil di Pejabat Daerah Polis Kuala Muda, 11 Mac lalu.

Menurut Faiz, BN secara jelas telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana berbelanja melebihi had yang ditetapkan.

Pengakuan Idris itu, ujar Faiz telah dilaporkan portal berita Malaysiakini pada 9 Mac lalu di bawah tajuk "BN belanja RM1.5b, tapi tak semestinya dari RM2.6 bilion".

Pengakuan Idris itu, kata Faiz mengesahkan dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat dengan ketua-ketua perhubungan Umno negeri mengakui bahawa BN telah membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion dalam PRU lalu.

"Saya membuat laporan ini merujuk kepada peruntukkan Seksyen 19(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menyatakan bahawa seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau ejen pilihan rayanya tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200,000 bagi kerusi Dewan Rakyat dan tidak melebihi RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Pengesahan Datuk Seri Idris Haron tersebut adalah jelas menunjukkan bahawa calon-calon BN di dalam PRU ke-13 yang lalu telah berbelanja melebihi had yang dibenarkan oleh Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan oleh itu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 19(2) Akta yang sama," ujar beliau.
Faiz juga menggesa pihak polis menyiasat pihak-pihak yang secara jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang juga suatu kesalahan jenayah.

Turut serta mengiringi Faiz membuat laporan polis ialah Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan dan para pemimpin Pemuda Amanah Nasional dan negeri.

Ku Nan dedah strategi gerakan ketua cawangan anti Najib

Posted: 13 Mar 2016 07:32 AM PDT

 
Gerakan berkenaan akan memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.


ku-nan-gkcm


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan strategi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang mahu memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya dapat makluman ada puak-puak GKCM. Dia akan jumpa ketua cawangan, Pemuda dan Puteri. Kemudian, mereka akan keluarkan memorandum.

"Memorandum itu beritahu supaya kita (Ketua UMNO Cawangan) cuba bersetuju Presiden meletakkan jawatan, jadi berhati-hatilah," ujarnya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu, daripada analisa yang beliau lakukan, 70 peratus ahli cawangan tidak mengetahui tindakan ketua mereka menentang Najib.

"Daripada analisa yang saya lakukan, ada lebih kurang 70 cawangan, yang buat ini (menolak Najih) tetapi ahli cawangan tak tahu. Bila kata itu tidak boleh dipakai, dia marah," ujar beliau lagi.

Tengku Adnan atau Ku Nan juga mendedahkan terdapat Ketua UMNO Cawangan yang secara senyap berhasrat untuk menyingkirkan Ketua UMNO Bahagian.

"Mesti ingat, ada 40 peratus Ketua Cawangan yang tidak sehaluan. Kita tidak tahu siapa yang tidak sehaluan.

"Mereka akan cuba malukan kita dan kita di cawangan mesti maklumkan apa yang betul dan tidak betul," katanya.

Lima termasuk kanak-kanak lemas insiden bot bertembung di Sg Serusup

Posted: 13 Mar 2016 07:29 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
TUARAN: Seramai lima penumpang wanita termasuk seorang kanak-kanak lemas selepas bot yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot lain di Sungai Serusup dekat Penimbawan, di sini, lewat malam tadi. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan. 
 
Difahamkan, semua mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kampung Serusup dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Penimbawan untuk menghadiri majlis kenduri. 
 
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Salomah Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnam dan Nurul Azda. 
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led, berkata hingga jam 8 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kerana jumlah sebenar penumpang kedua-dua bot berkenaan masih belum dapat dipastikan. 
 
Operasi SAR dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran dengan bantuan 14 anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).
 
 

Selangor tak terjejas dengan blok politik ketiga, kata Azmin

Posted: 13 Mar 2016 07:21 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEPANG: Kedudukan kerajaan PKR Selangor tidak tergugat walaupun PAS dijangka menubuhkan pakatan baru pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada minggu depan.
 
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa , kerajaan negeri masih kukuh sejak gabungan tiga parti iaitu terdiri daripada PAS, DAP dan PKR menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihan raya umum sebelum ini.
 
Beliau sebaliknya berkata, terpulang kepada PAS untuk membentuk sebarang gabungan atau pakatan kerana soal itu adalah hak mereka dan juga terserah kepada rakyat sama ada untuk menerima atau menolaknya.
 
"Saya tidak tahu apa cadangan PAS. Namun dalam sistem demokrasi, mereka berhak berbuat demikian.
 
"Tugas kerajaan negeri sekarang adalah soal pembangunan dan bukannya politik. Politik dan pilihan raya berlangsung lima tahun sekali dan bukannya hari-hari," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di Jeti Penambang bersempena Program Retreat Exco Selangor 2016 semalam.
 
Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman PAS menubuhkan pakatan baru pembangkang untuk menghadapi PRU-14.
 
Menurut Ahmad Zahid, tindakan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa akhirnya PAS sedar parti itu selama ini hanya menjadi 'kuda tunggangan DAP'.
 
Pada masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, langkah PAS itu pastinya akan mewarnai arena politik negara selain rakyat mempunyai lebih banyak pilihan.
 
"PAS umumkan akan menubuhkan kesepakatan baru, saya peribadi saya amat mengalu-alukan kesepakatan baru ini.
 
"Mudah-mudahan PAS menyedari bahawa kesepakatan mereka dalam pembangkang selama ini telah menimbulkan kesukaran dengan kawan-kawan yang bersekongkol terutama DAP yang telah menjadikan PAS dan PKR sebagai tunggangan dan akhirnya PAS sedar dan tidak mahu lagi jadi tunggangan.
 
"Walaupun ia tidak ada hubung kait dengan UMNO, lebih banyak pembangkang tubuh pakatan baru lebih baik supaya politik kita lebih demokratik, matang dan rakyat boleh memilih.
 
"Saya juga harap rakyat juga sedar bahawa DAP tidak lebih daripada anai-anai yang boleh meruntuhkan sistem demokrasi negara," katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Khas Bersama Kepimpinan Umno Cawangan Empat Peringkat Bagan Datoh semalam.
 
PAS beberapa hari lalu mengumumkan akan membentuk kerjasama baru dengan sebuah parti politik berbilang kaum bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pakatan itu akan diumumkan pada 16 Mac ini sebagai blok politik ketiga.
 
 

Majlis Syura tentukan senarai akhir calon PRN Sarawak

Posted: 13 Mar 2016 07:15 AM PDT

SINAR HARIAN


Mustafa Ali
Mustafa Ali


KUCHING - Majlis Syura Pas akan bermesyuarat pada 20 Mac ini untuk menentukan senarai akhir calon di 11 kerusi Dun pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata daripada 11 calon itu, seorang merupakan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Sarawak.

"Pada PRN-11 nanti, Pas akan bertanding di 11 kerusi. Daripada 11 calon itu, seorang merupakan calon bukan Islam daripada DHPP Sarawak dan kita (Pas) akan turut tampilkan seorang calon wanita pada PRN-11 nanti.

"Pas Sarawak telah menghantar senarai calon PRN-11, Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Makan Malam pelancaran manifesto parti berkenaan bertemakan "Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak" menjelang PRN-11 di sini, malam tadi.  

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee.

Terdahulu dalam ucapan, Tuan Ibrahim mengumumkan 11 kerusi Dun yang akan ditandingi Pas pada PRN-11 nanti iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan kerusi baharu, Samalaju.

Pada PRN-10, Pas bertanding di lima kerusi Dun iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun gagal meraih sebarang kerusi.

Di MIRI, Setiausaha Pas Sarawak Mukhtar Suhaili berkata manifesto lima perkara itu antaranya ialah memberi jaminan akan mempertahankan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963.

Menyokong hak pelbagai kaum dan agama di Sarawak, menuntut 20 peratus royalti minyak, menubuhkan Pusat Aduan Rakyat dan mendapatkan kemudahan asas bagi semua rakyat di Sarawak, katanya. Bernama


Sekolah menengah agama negeri dan rakyat diperkasa

Posted: 13 Mar 2016 06:00 AM PDT

SINAR HARIAN


Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
 
KOTA BHARU - Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di seluruh negara akan diperkasakan bagi melahirkan tenaga kerja profesional dalam pelbagai bidang yang memiliki jiwa Islam tinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) akan memainkan peranan bagi mencapai matlamat itu.

"Selain meningkatkan sistem pelajaran dan pendidikan agama Islam di sekolah itu, Jakim dan Lepai akan melatih guru di sekolah tersebut bagi memupuk pemikiran pelajar yang tidak hanya melihat subjek agama sekadar menjadi ustaz dan alim ulama tetapi menjadi tenaga pakar dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, perbankan, perundangan dan ekonomi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Multaqa Pengetua SMAN dan SMAR Peringkat Kebangsaan 2016 di sini, malam tadi.

Asyraf Wajdi berkata, negara ini memerlukan lebih ramai mereka yang kebolehpasaran dalam pelbagai bidang profesional dan memiliki jiwa pemikiran Islam yang jelas.

Beliau berkata, kini terdapat 168 SMAN dan SMAR di seluruh negara dengan jumlah pelajar seramai 64,769 orang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha ketika berucap pada majlis itu berkata, multaqa tersebut yang menghimpunkan semua pengetua sekolah berkenaan bertujuan memberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa pendidikan negara.

SMAN adalah sekolah agama di bawah kelolaan kerajaan negeri, manakala SMAR dikendalikan individu atau pihak tertentu. - Bernama


‘Kami enggan menaruh harapan’

Posted: 13 Mar 2016 05:58 AM PDT

'Kami enggan menaruh harapan'


PERNU - Pengusaha bot di jeti Pengkalan Umbai-Pernu, di sini enggan menaruh harapan tinggi berhubung rancangan kerajaan mahu membangunkan Pulau Besar dalam usaha menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan terkenal.

Menurut mereka, irama dan lagunya tetap sama setiap kali bertukar kepimpinan negeri sejak era tahun 80-an lagi apabila sesiapa sahaja yang menjadi ketua menteri, pasti punyai rencana besar terhadap pulau berkenaan namun ia tidak pernah menjadi.

Katanya, bermula era Tan Sri Rahim Tamby Chik kemudiannya Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani, Datuk Seri Abu Zahar Isnin dan Tan Sri Mohd Ali Rustam sehingga kini, Datuk Seri Idris Haron, masing-masing tidak pernah terkecuali merancang pembangunan Pulau Besar.

Pengusaha bot, Md Zin Md Deros, 72, berkata, dia masih bimbang terhadap rancangan kerajaan negeri itu sekiranya ia sekali lagi tidak menjadi.

Menurutnya, setakat ini yang nampak hanyalah sedikit pembangunan yang dilaksanakan tokoh perniagaan terkenal Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah di samping pembangunan pusat tahfiz di bawah kerajaan negeri.

Katanya, sedikit harapan juga apabila tersergamnya kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membekalkan elektrik ke keseluruhan pulau berkenaan bagi menggantikan generator kuasa minyak diesel yang selama ini digunakan.

"Susah kami nak katakan terhadap pembangunan Pulau Besar yang dirancang kerajaan baru-baru ini, apatah lagi kami di sini diselubungi kebimbangan terhadap projek menaik taraf Medan Ikan Bakar Pernu yang pastinya akan menjejaskan perniagaan kami di sini.

"Projek di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) itu dikhabarkan bermula bulan depan dan sudah pasti laluan di sini akan ditutup bagi kerja-kerja itu. Ia sekali gus akan menutup periuk nasi kami selama berbulan-bulan. Sedangkan, sumber pendapatan kami semata-mata bergantung kepada hasil bot pelancong ke Pulau Besar," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi pengusaha bot ke Pulau Besar, Shukri Ahmad, 48, mencadangkan supaya lebih elok kerajaan negeri menaik taraf Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) di Umbai dengan menjadikannya sebagai pengkalan bot penumpang ke Pulau Besar.

"Di PIBT ruang letak kereta untuk pengunjung lebih luas berbanding di sini yang sempit dan terhad. Bila Medan Ikan Bakar di Pernu sudah dinaik taraf, semakin terhadlah untuk pengunjung letak kenderaan.

"Lagipun, di jeti Umbai-Pernu kami sering berdepan masalah air pasang surut yang tidak menentu berbanding jeti di PIBT yang tidak begitu.

"Justeru, bagi keselesaan, kami berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini," katanya.

Setakat ini terdapat lebih 20 buah bot yang beroperasi bagi membawa penumpang ke Pulau Besar.

Terbaru, kerajaan negeri mengumumkan akan memperuntukkan sejumlah RM10 juta sebagai bajet awal bagi penyelenggaraan dan pembinaan kemudahan di Pulau Besar dalam usaha mempromosikan pulau berkenaan sebagai salah satu destinasi pelancongan.


Vida terima nasihat bekas pemain veteran

Posted: 13 Mar 2016 05:53 AM PDT

Vida terima nasihat bekas pemain veteran
Bekas pemain bersama isteri masing-masing meluangkan masa dengan Datuk Seri Vida (duduk dua, kanan).
 
 
PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman bersedia mendengar pandangan bekas pemain yang juga veteran bola sepak mengenai skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) bagi memastikan pasukan itu terus beraksi cemerlang selepas ini.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu memberitahu,
perbincangan tersebut dilihat dari sudut positif dan diambil sebagai satu input untuk beliau adaptasikan dalam PQP TRW selepas ini.

"Mungkin kita perlu buat sesuatu perancangan dengan segera tetapi ia bukan boleh dilaksanakan terus.
Perancangan ini perlu diteliti, seumpamanya menanam buah, perlu sabar untuk tunggu hasil. Saya rasa, dengan sokongan tersebut, ia akan menjadikan musim ini lebih hebat lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Wan Zawawi Wan Yusoff, Salleh Ibrahim, Dali Omar, Nik Leh Nik Man dan Afandi Yusof di Hotel Perdana, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam arena bola sepak dan apa yang penting ialah niat untuk menjadikan PQP TRW sebagai jaguh pasukan bola sepak sentiasa menjadi fokus utama.


Sesat di hutan: Pegawai penjara ditemui selamat

Posted: 13 Mar 2016 05:48 AM PDT

hutan
Gambar Hiasan


KUALA KRAI - Pegawai Penjara Malaysia yang dipercayai sesat dan terpisah dari kumpulannya ketika mendaki Gunung Stong ditemui selamat, hari ini.

Mangsa, Mohd Ramdan Mohd Ghazali, 33,ditemui  rakan-rakannya yang turut mengesan mangsa sebaik disedari hilang.

Mohd Ramdan kemudiannya menyertai sekumpulan 163 kakitangan penjara untuk meneruskan pendakian  pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Omar berkata, mangsa disedari hilang kira-kira jam 7.15 petang semalam.

"Kami dimaklumkan tentang kehilangan mangsa kira-kira jam 7.25 petang tadi.

"Berikutan penemuan tersebut,khidmat mencari mangsa  sesat ditutup kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.

Cuaca panas: Gelombang haba akibatkan dehidrasi

Posted: 13 Mar 2016 05:47 AM PDT

SINAR HARIAN


Cuaca panas
Cuaca panas


KLANG - Bagi mengelak mengalami komplikasi kesihatan  akibat dehidrasi berpunca daripada gelombang haba yang wujud sekarang, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti lasak di luar rumah dan meminum banyak air.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil walaupun setakat ini, belum ada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana penyakit berkaitan haba.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Sentosa di sini, hari ini.  

Berikutan pola cuaca El Nino bulan ini, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa dan jumlah hujan yang kurang.  

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi membuat keputusan tentang isu pengusaha kantin menyediakan makanan di rumah.

Ini berikutan kejadian tujuh pelajar termakan mi goreng mengandungi serpihan kaca di Hulu Selangor baru-baru ini.  

Pelajar dari SJKT Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas makan makanan itu di kantin sekolah berkenaan, yang dilaporkan dimasak pengusaha kantin di rumahnya.  

Dr Subramaniam berkata kementerian sedang menimbang dua pilihan, sama ada mengenakan syarat lebih ketat mengenai kaedah penyediaan makanan di rumah sebelum membawanya ke sekolah, atau hanya membenarkan pengusaha kantin menyediakan makanan di kantin dengan dipantau rapi pihak sekolah. - Bernama

Pekerja asing: Tak wajar kuat kuasa serta-merta

Posted: 13 Mar 2016 05:44 AM PDT

pekerja asing


SHAH ALAM - Ketetapan keputusan kerajaan yang tidak mahu lagi membenarkan sebarang pengambilan pekerja asing baharu di negara ini berkuat kuasa serta-merta dijangka akan menjejaskan banyak sektor ekonomi dalam negara.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan tanpa sebarang tempoh diberi terutamanya kepada pihak majikan.

"Ia (keputusan) akan menimbulkan banyak masalah kepada majikan dan industri kerana sudah pasti ramai yang telah buat perancangan untuk perniagaan mereka yang melibatkan pekerja asing.

"Apabila ia dikuatkuasakan serta merta, ia pasti menjejaskan operasi syarikat serta keupayaan mereka untuk membekalkan produk, perkhidmatan atau sebarang komitmen kepada pelanggan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, keadaan tersebut tidak baik kepada ekonomi syarikat iaitu majikan, malah turut memberi kesan kepada negara apabila mahu dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak begitu stabil.

"Saya melihat keputusan itu akan menjejaskan banyak sektor antaranya perladangan, pembinaan dan juga pembuatan yang melibatkan kerja-kerja yang rakyat tempatan tak mahu buat (bahaya, kotor dan sukar).

"Ia memang perlu dikaji semula oleh kerajaan dengan meminta pandangan semua pihak terlibat agar ia tidak menjadi bebanan yang akan merugikan majikan dan juga negara di kemudian hari," katanya.

Menyokong Najib itu melemahkan UMNO sebenarnya

Posted: 13 Mar 2016 12:41 AM PST

Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mencari pemimpin gantian kepada kepimpinan Najib dan jalan yang terbaik ialah dengan memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat yang di umumkan pada 4hb yang lepas. Kita bukan tidak tahu yang ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang amat susah untuk mempertahankan Najib kerana Najib sekarang berada dalam keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin utama negara.

Mahu tidak mahu Najib wajar bersara untuk menyelamatkan Malaysia dan memilih untuk menentang Deklarasi Rakyat itu adalah penentang terhadap UMNO itu sendiri. Mereka yang menyokong Deklarasi Rakyat itu merupakan kumpulan yang berusaha hanya untuk menggulingkan Najib dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti tuduhan ramai ahli-ahli kabinet dan pemimpin pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi.

Tentulah jika berjaya Deklarasi Rakyat itu dan Najib dapat diketepikan tentulah penggantinya dari pemimpin UMNO yang berwibawa dan bukankah itu memudahkan UMNO untuk memulihkan imejnya dimata rakyat. UMNO itu tidak sepatutnya dipandang rendah tetapi oleh kerana parti itu dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai maka UMNO itu sendiri menanggung beban keyakinan dimata rakyat.

Kita faham dalam kabinet itu sendiri ramai yang tidak berkeyakinan dengan Najib  tetapi oleh kerana takut usaha untuk menumbangkan Najib itu tidak berjaya mereka merasakan yang mereka akan terkorban dan hilang mata pencarian mereka, kerana memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet itu mereka anggap sebagai tempat mencari makan.

Dalam situasi sekarang sesiapa yang berani menentang Najib itulah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara. Telah dibuktikan oleh sejarah pemimpin yang berani sahaja yang akan menjadi pemimpin yang baik dimasa depan sesebuah negara. Jika tidak mereka akan menjadi yang lemah fikiran seperti Najib Razak yang kita ada sekarang ini.

Tidak sepatutnya sesiapa menafikan yang kita wajar mempunyai politik baru dan pentadbiran yang baru dengan dasar-dasar yang baru yang realistik dan praktikal untuk rakyat dan negara. Pemimpin itu wajar mempunyai kualiti teknokrat dan telah menunjukkan bukti tentang kemampuan pemimpin itu.  Memilih pemimpin yang tepat dan betul adalah lebih penting dari menumbangkan Najib kerana jika pilihan tidak betul menumbangkan Najib itu tidak akan membawa apa-apa faedah.

Menggugurkan Mahathir dari jawatan penasihat Petronas tidak sepatutnya berlaku kerana jika perjuangan Mahathir dan penyokongnya berjaya yang akan beruntung ialah UMNO itu sendiri. Maka pada hakikatnya Mahathir dan sesiapa yang menyokong dan bersimpati dengan perjuangan beliau itu, ialah UMNO itu sendiri. Lain-lain perkataan Mahathir sebenarnya adalah dalam usaha menumbang untuk memperkuatkan UMNO dan menjadikan parti itu menjadi parti yang selayaknya memimpin negara.

Menyokong Najib itu merupakan tindakan meruntuhkan UMNO dan kerajaan. Maka hakikat disebaliknya menyokong dan mempertahankan Najib itu adalah adalah tindakan melemahkan UMNO.

Deklarasi Rakyat itu nampak jelas yang UMNO hanya boleh dipulihkan dan diperkuatkan dengan sokongan pihak-pihak lain seperti pihak pembangkang dan NGO-NGO yang sedar betapa pentingnya pimpinan UMNO itu di juarai oleh orang UMNO yang lain.


Jenazah Empat Sekeluarga Dikebumi Satu Liang Lahat

Posted: 13 Mar 2016 12:30 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Kelihatan ibu Jamilah, Zabedah Dalip (tudung putih) menyiram air mawar pada kubur empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat Jumaat malam. Foto: Bernama
 
 
MELAKA: Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat Jumaat malam selamat dikembumikan dalam satu liang lahad di Tanah Wakaf Perkuburan Islam As-Syakirin Bachang di sini, lewat petang Sabtu.

Jenazah Mohd Zaki Mamat, 47, dan isterinya, Jamilah Hussen, 46, serta dua anak lelaki mereka Muhammad Zamil Izuddin, 17, dan Muhammad Zamil Syazwan, 14, selamat dikebumikan pukul 6.25 petang dengan kehadiran lebih 300 saudara serta kenalan. 

Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu tiba di Melaka kira-kira 4.40 petang dari Hospital Muadzam Shah, Pahang, sebelum disembahyangkan di Masjid As-Syakirin Bachang di sini selepas solat Asar. 

Dalam kejadian pukul 8.50 malam tadi, empat sekeluarga itu maut di tempat kejadian, manakala dua anak perempuan mereka Siti Nurjeha, 18, serta Siti Nur Nabilah, 10, cedera parah. 

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Sementara itu ibu Jamilah, Zabedah Dalip, 76, berkata beliau bersedia menjaga dua cucu perempuannya itu kerana beliau amat rapat dengan mereka. 

Zabedah berkata beliau dimaklumkan kejadian menimpa Jamilah, anak kelima daripada enam beradik itu, menerusi panggilan telefon Siti Nurjeha kira-kira 9 malam tadi. 

"Dia (Siti Nurjeha) telefon kata kereta mereka kemalangan...tidak nampak emak dan ayah sebab keadaan keliling gelap dan dia merasa takut dan meminta makcik untuk datang ke sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tanah perkuburan. 


Beliau berkata dia kemudian menerima panggilan kedua kira-kira 10.30 malam yang memaklumkan anak perempuannya dan suami serta dua anak lelaki mereka maut dalam kemalangan tersebut.

Katanya, sebelum keluarga itu bertolak ke Kelantan, mereka datang kerumahnya di Batu 3, Kampung Bachang, Pasir Puteh di sini pukul 8.30 pagi semalam dan meninggalkan dua anak lelakinya di rumah tersebut untuk melakukan pemeriksaan kereta di pusat servis berhampiran, sebelum pulang selepas solat Jumaat.

Sementara itu, rakan sekerja Jamilah, Haryani Samsi, 33, berkata dia mengenali mangsa sejak 11 tahun lepas ketika mula bekerja di sebuah kilang di Merlimau dan menyifatkan mangsa seorang yang baik hati dan peramah. 

"Selalunya dia akan memberitahu saya bila hendak pulang ke Kelantan dan meminta mendoakan keselamatan mereka sekeluarga. 

"Namun kali ini saya tidak tahu dia pulang ke sana sebaliknya mengetahui kemalangan menimpa mereka sekeluarga daripada Facebook awal subuh tadi," katanya.

Beliau berkata arwah ada merancang untuk membuat majlis bacaan Yasin pada bulan April depan tetapi nampaknya majlis tersebut akan dilakukan untuknya.-Bernama

PRN Sarawak: PAS Tentukan Calon 20 Mac Ini

Posted: 13 Mar 2016 12:25 AM PST


MSTAR ONLINE

 
KUCHING: Majlis Syura PAS akan bermesyuarat pada 20 Mac ini untuk menentukan senarai akhir calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata daripada 11 calon itu, seorang merupakan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.

"Pada PRN-11 nanti, PAS akan bertanding di 11 kerusi. Daripada 11 calon itu, seorang merupakan calon bukan Islam daripada DHPP Sarawak dan kita (PAS) akan turut tampilkan seorang calon wanita pada PRN-11 nanti.

"PAS Sarawak telah menghantar senarai calon PRN-11, Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka," katanya.
advertisement
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Makan Malam pelancaran manifesto parti berkenaan bertemakan "Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak" menjelang PRN-11 di sini, Sabtu malam.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

Terdahulu dalam ucapan, Tuan Ibrahim mengumumkan 11 kerusi DUN yang akan ditandingi PAS pada PRN-11 nanti iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan kerusi baharu, Samalaju.

Pada PRN-10, PAS bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun gagal meraih sebarang kerusi.

Di MIRI, Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili berkata manifesto lima perkara itu antaranya ialah memberi jaminan akan mempertahankan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963.

Menyokong hak pelbagai kaum dan agama di Sarawak, menuntut 20 peratus royalti minyak, menubuhkan Pusat Aduan Rakyat dan mendapatkan kemudahan asas bagi semua rakyat di Sarawak, katanya.

Sebelum dilucut, Tun M lebih awal letak jawatan – Ku Li

Posted: 13 Mar 2016 12:23 AM PST




DETIK DAILY


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas lebih awal sebelum Kabinet menamatkan perkhidmatan beliau, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

"Saya diberitahu bahawa, sebelum Kabinet meluluskan pelucutan jawatan itu, Dr Mahathir lebih awal menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas," katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang berkata, isu penamatan khidmat Dr Mahathir bukan perkara baharu kerana bekas Perdana Menteri itu pernah menghantar surat meletak jawatan tetapi ditolak kerana kerajaan pada waktu itu masih memerlukan khidmatnya.

Ku Li, antara pengasas Petronas berkata, tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatam Dr Mahathir bukan isu kerana tiada peruntukan menyatakan Penasihat Petronas boleh dilantik dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan.

Berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, ahli Majlis Penasihat Petroleum perlu dilantik dalam kalangan pegawai kanan kerajaan,pakar-pakar minyak, wakil negeri pengeluar minyak dan penasihat kerajaan mengenai minyak dan lombong," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Ku Li juga menolak sekiranya kerajaan menawarkan jawatan Penasihat Petronas kerana lebih selesa dengan keadaan sekarang~FMT 

Kegagalan hardware dan pangkalan data Malaysiakini

Posted: 13 Mar 2016 12:22 AM PST

Pada pagi hari Jumaat, Malaysiakini menghadapi masalah teknikal yang mengakibatkan pasukan editorial tidak dapat memuat naik cerita baru ke laman web tersebut.
 
Masalah ini disebabkan oleh kegagalan hardware server pangkalan data kandungan kami.
 
Bersama dengan pembekal hos cloud kami, pasukan teknologi berjaya mendapat akses ke pangkalan data kandungan, tetapi tidak dapat memulihkan sepenuhnya pangkalan data. Malangnya, 'backup' juga tidak boleh digunakan.
 
Bagi memastikan berita-berita dapat disalurkan, maka berita baru Malaysiakini telah disiarkan di laman Facebook Malaysiakini bagi Bahasa Inggeris, BM dan bahasa Cina.
 
Pasukan teknologi kami bekerja sepanjang masa untuk menyediakan satu sistem yang akan menyokong fungsi utama penerbitan laman web ini.
 
Penerbitan di laman web akan disambung semula tidak lama lagi, walaupun beberapa fungsi mungkin tidak beroperasi sepenuhnya. Kami menganggarkan ia akan mengambil masa 10 hingga 14 hari untuk pulih sepenuhnya.
 
Kami akan menyiasat apa yang menyebabkan kegagalan hardware dan pangkalan data, yang kali pertama berlaku dalam tempoh 16 tahun penerbitan Malaysiakini dalam talian. Sehingga kini, tidak ada sebarang petunjuk terdapatnya unsur khianat.
 
Malaysiakini mohon maaf kepada pembaca dan pelanggan kami atas gangguan tersebut.
 
 

Adenan berjenaka dengan PM, ‘cari bini baru dari kalangan orang Iban’

Posted: 13 Mar 2016 12:00 AM PST

Ekoran keprihatinan perdana menteri terhadap nasib dan pembangunan Sarawak, maka Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem berjenaka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak "untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban".
"Terima kasih (perdana menteri) semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi dan kerap bertemu dengan masyarakat Sarawak seperti orang laut dan Iban. 
"(Disebabkan itu) saya nasihatkan perdana menteri untuk cari bini baru dari kalangan orang Iban" katanya berjenaka ketika berucap di majlis perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching, seperti yang dilaporkan oleh SuaraTV.
Menurut Adenan kekerapan Najib untuk melakukan lawatan kerja di Sarawak tidak pernah dilakukan oleh lima perdana menteri terdahulu.
Sepanjang enam tahun menerajui kepimpinan negara, katanya, Najib telah mengadakan lawatan sebanyak 47 kali ke Sarawak.
"Syukur alhamdulillah, dalam enam ke tujuh tahun lagi Sarawak akan membangun seperti Semenanjung dengan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo," kata seperti dilaporkan oleh SuaraTV. 
"Walaupun ekonomi Malaysia merosot disebabkan harga minyak yang menurun, dari RM120 setong kepada RM30 setong dan Kerajaan Persekutuan kekurangan dana pembangunan namun beliau masih sangup belanjakan 16 billion untuk negeri Sarawak," kata Adenan.
NOTA: Malaysiakini sedang menghadapi masalah teknikal dan buat masa ini memuat naik cerita sepenuhnya di Facebook. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.malaysiakini.com.

JK pemandu BERSIH ambil maklum perbezaan pendapat tapi berkata majoriti sokong Maria berhubung Deklarasi Rakyat

Posted: 12 Mar 2016 11:56 PM PST

Jawatankuasa pemandu BERSIH hari ini mengakui bahawa organisasi yang menyokong gabungan itu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Deklarasi Rakyat, tetapi majoritinya menyokong pengerusinya Maria Chin Abdullah menandatangani dokumen itu atas kapasiti peribadinya.
 
Dalam satu kenyataan, ia berkata beberapa NGO tidak bersetuju dengan Maria menandatangani deklarasi yang diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Bagaimanapun, katanya, majoriti NGO sewaktu mesyuarat, menyokong Maria menandatanganinya atas kapasiti peribadinya.
 
"Sebagaimanapun kita menghormati hak rakyat untuk berbeza pendapat, kita juga menghormati keputusan Maria dan yang lain yang memilih untuk menandatangani Deklarasi Rakyat," katanya.
 
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tiga penyokong BERSIH - Mama Bersih, Johor Yellow Flame dan Sunflower Electoral Education - mengkritik Maria kerana penglibatannya dalam Deklarasi Rakyat.
 
Mereka telah mengkritik Maria kerana bekerjasama dengan Dr Mahathir, yang menurut mereka adalah musuh demokrasi.
 
 

Dua wartawan Austalia cuba tanya soalan pada PM ditahan di Sarawak

Posted: 12 Mar 2016 11:52 PM PST

Dua warga Australia ditahan malam tadi selepas didakwa melanggar kawalan keselamatan polis dan secara agresif cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Sarawak.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Juman M M Sree Shunmugan dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.
 
Katanya seorang pegawai polis tempatan membuat laporan terhadap pasangan itu.
 
Dev juga memaklumkan kedua-dua mereka adalah wartawan penyiaran media Australia.
 
"Kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.35 malam. Kedua-dua mereka berumur 51 dan 39 tahun dibawa ke Balai Polis Padawan untuk disoal siasat.
 
"Pemeriksaan menunjukkan kedua-dua mereka tiba di Malaysia melalui KLIA pada 5 Mac. Mereka tiba di Kuching pada 12 Mac dan mendakwa mereka hadir untuk membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak," katanya.
 
Bagaimanapun, Dev berkata kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas diambil keterangan.
 
Sementara itu, Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.
 
Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
 
Ketika itu Najib dalam rangka lawatan ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa.
 
Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudian meminta mereka beredar.
 
Wartawan terbabit kembali ke hotel penginapan mereka tetapi sepasukan polis dari Kota Sentosa menahan mereka tidak lama kemudian. 
 
Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.
 
Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.
 
Hukuman sekiranya didapati bersalah ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
 
 

Usul ketepi gambar Najib di Univ Nottingham lulus untuk dibahas

Posted: 12 Mar 2016 11:49 PM PST

Malaysiakini (BM Version)


 
Persatuan Nottingham Malaysia meluluskan usul membahaskan langkah mengetepikan sebarang kaitan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Universiti Nottingham (UK) dalam mesyuarat agung tahunan mereka 16 Mac ini.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, ahli jawatankuasa persatuan berkenaan memberi reaksi kepada usul dicadangkan anggota mereka, Cassandra Chung.
 
Chung sebelum ini memulakan petisyen di change.org agar Universiti Nottingham di United Kingdom menurunkan poster Najib kerana dikaitkan dengan isu derma bernilai RM2.6 bilion.
 
"Jawatankuasa mengambil pendirian bahawa usul tersebut perlu diputuskan semasa perbahasan, dan oleh itu jawatankuasa menyeru kepada semua ahli memberi perhatian kepada notis ini dan menghadiri mesyuarat agung tahunan bagi mengundi perkara ini.
 
"Kita tidak menyatakan bersetuju atau tidak bersetuju dengan tindakan Cassandra (Chung). 
 
"Kami juga mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa kami menentang sebarang ancaman keganasan sama ada terhadap beliau atau keluarganya dan ingin menyeru kepada semua pihak yang terlibat supaya berfikir secara rasional ebelum membuat sebarang keputusan," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
 
Sebelum ini Chung dilaporkan menyangka petisyen berkenaan hanya akan mendapat sokongan kira-kira 100 tandatangan.
 
Bagaimanapun dalam tempoh tiga hari petisyen penuntut undang-undang Universiti Nottingham itu menerima hampir 4,000 tandatangan menyokong usul menurunkan gambar Najib dikemukakan kepada persatuan tersebut.
 
Mengulas lanjut, jawatankuasa persatuan itu menegaskan mereka tidak akan mengambil tindakan memihak dalam pengendalian kes itu.
 
"Jawatankuasa ini ingin menegaskan bahawa kami akan kekal tidak berat sebelah dalam pengendalian isu ini.
 
"Dengan itu, kami diwajibkan untuk membenarkan usul itu dibahaskan semasa AGM (mesyuarat agung tahunan) kita pada 16 Mac 2016. 
 
"Kami tidak akan mengulas lanjut mengenai utiliti usul itu," katanya.
 
Sementara itu, Persatuan Nottingham Malaysia dilaporkan berkata mereka tidak terlibat langsung mencadangkan usul atau petisyen tersebut dan Chung bebas daripada sebarang hubungan dengan mana-mana parti politik.
 
"Kenyataan beliau dalam petisyen itu adalah melambangkan perlunya akauntabiliti di pihak perdana menteri sebagai tokoh mewakili rakyat sesebuah negara," kata jawatankuasa itu.
 
 

'Saya bukan pengkhianat', kata Muhyiddin

Posted: 12 Mar 2016 11:43 PM PST


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 

SELANG seminggu selepas jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno digantung, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN muncul dalam majlis pelancaran Deklarasi Rakyat, 4 Mac lalu.

Sokongan beliau terhadap deklarasi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur bukanlah mengejutkan kerana seperti diketahui, Muhyiddin antara pemimpin paling lantang mengkritik pentadbiran Najib sehingga digugurkan dari Kabinet.

Namun, kehadiran Muhyiddin dalam Deklarasi Rakyat menerima kecaman pemimpin Umno kerana duduk semeja dengan pemimpin pembangkang. Ikuti wawancara penuh Muhyiddin bersama wartawan Sinar Harian, baru-baru ini.

Sebagai orang nombor dua dalam negara dan nombor dua dalam parti, boleh Tan Sri kongsikan perasaan apabila Majlis Tertinggi (MT) menggantung jawatan Tan Sri?

Semua jawatan yang saya sandang selama ini telah pun digugurkan. Pertamanya digugurkan sebagai timbalan perdana menteri. Walaupun dikatakan hak prerogatif perdana menteri, tetapi saya tidak fikir ia prerogatif yang mutlak.

Oleh kerana saya menjawat jawatan timbalan presiden waktu itu, sewajarnya saya menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri bagi membantu presiden, dengan kedudukan itu mempermudah urusan yang saya buat dan mempunyai kuasa diperuntukkan sebagai timbalan perdana menteri.

Apa pun semua ini telah berlalu, saya tidak mahu mengulang apa yang sebutkan dahulu. Namun selepas itu, saya teruskan tugas saya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Saya dari semua hal tidak dapat berfungsi secara berkesan, sebagaimana yang saya lakukan sebelum itu iaitu melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang telah dibuat, seperti menguruskan urusan parti sebagai pengerusi jawatankuasa pengurusan Umno.

Di mana setiap kali mesyuarat MT, saya akan memanggil mesyuarat membincangkan urusan parti. Pendek kata, semua urusan termasuklah urusan pilihan raya, ataupun masalah-masalah dalam parti atau peringkat negeri atau bahagian, maka saya bertanggungjawab sebagai pengerusi pengurusan menentukan bagaimana ia diselesaikan. Itu tidak dapat saya laksanakan lagi.

Demikian juga tugas saya sebagai Timbalan Pengerusi BN. Itu juga tidak dapat saya laksanakan, bukan kerana saya tidak mahu, tetapi tugas itu entah bagaimana tidak dibenarkan untuk saya laksanakan.

Jawatankuasa tertinggi mesyuarat BN, itu pun tidak boleh dibenarkan. Saya pengerusikan mesyuarat dan dihadiri bersama presiden komponen parti. Itu pun tidak boleh saya laksanakan, kerana saya tidak dibenarkan langsung memanggil mesyuarat.

Apa lagi hal-hal lain yang saya laksanakan sebagaimana disebut mengikut peruntukan dalam perlembagaan, membantu presiden dan mempengerusikan mesyuarat ketika ketiadaan presiden, kesemua ini tidak diberikan hak dan tanggungjawab itu kepada saya lagi.

Kadang kala saya pun bertanya, mengapa begitu? Apakah sebab saya dihukum, tidak menjawat jawatan timbalan perdana menteri, maka tugas saya dalam parti pun digantung juga secara berkesan dengan tidak dibenarkan saya menjalankan tugas.

Sehingga ada pihak yang menuduh, bahawa antara sebab saya digantung jawatan kerana saya tidak berkesan. Soalnya, saya tidak berkesan kerana saya tidak dibenarkan menjalankan tugas, bukan saya tidak boleh buat.

Dalam tempoh saya menjawat jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno selama enam tahun, tidak pernah berbangkit soal begitu. Saya orang yang amanah, diberikan tugas saya jalankan sebaiknya.

Saya menjadi lumpuh, dalam erti kata, saya tidak dapat menjalan tugas. Bukan saya tidak mahu, tapi sengaja disekat atau dihalang. Saya tidak dibenarkan ke mana-mana, sehingga ahli parti takut untuk menjemput saya. Padahal saya timbalan presiden.

Adakah sebab saya tergugur sebagai timbalan perdana menteri, maka segala hak lain sebagai ahli parti dan pemimpin Umno pun tidak boleh dilaksanakan?

Itu perkara yang cukup saya rasa kesal sehingga akhirnya, mereka mengambil tindakan kononnya saya tidak menjalankan tugas, tidak membantu presiden apalagi dengan kenyataan terbuka di platform parti.
Maka mereka bertindak menghukum saya dengan menggantung jawatan sebagai timbalan presiden parti.

Adakah parti memberikan surat rasmi kepada Tan Sri terhadap sekatan dikenakan?

Tiada, mereka katakan tidak boleh sahaja. Saya mahu memanggil mesyuarat, saya meminta setiausaha agung tentukan masa, dia mengatakan saya tidak boleh pengerusikan mesyuarat.  Sekiranya perdana menteri kata, maka saya tidak wajar duduk dalam jemaah parti, itu hak dia. Tetapi saya dipilih dalam perhimpunan agung, menjawat jawatan timbalan presiden. Sepatutnya saya ada hak menjalankan tugas itu.

Sekatan terhadap saya luar biasa, saya tidak pernah lihat dalam sejarah Umno atau mana-mana parti tindakan amat keras. Saya tidak mahu katakan zalim, tetapi keras terhadap saya.

Bila dihalang melaksanakan tugas sedemikian rupa, apakah Tan Sri meminta penjelasan kepada pihak parti?

Ya, saya pernah tanya dalam MT, kenapa saya tidak dibenarkan mempengerusikan mesyuarat pengurusan. Setiausaha agung menjawab, tiada lagi itu. Kita dah tubuhkan Majlis Presiden. MT pun bertanya, apa itu Majlis Presiden, sedangkan perkara itu tidak dibincang dalam MT.

Memang tiada pun peruntukan dalam perlembagaan parti tentang Majlis Presiden. Saya pun tidak tahu. Sebab itu, saya malas hendak bertanya lagi. Bermakna memang mereka lakukan itu dengan sengaja bagi menghalang daripada saya menjalankan tugas parti.

Memang saya tahu tiada peruntukan Majlis Presiden itu di mana-mana. Ini sebagai dalih untuk menghalang. Bagi saya, ini semua tidak betul dari sudut aturan parti.

Tan Sri akan rujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Bagaimana dengan perkembangan itu?

Saya telah umumkan sewaktu saya mengadakan sidang akhbar sebelum ini bahawa saya nak mendapatkan penjelasan. Ini bukan mengheret Umno ke mahkamah seperti disebut oleh sesetengah pihak, kerana saya memahami ada peruntukan dalam perlembagaan yang tidak membolehkan berbuat demikian.

Tetapi kerana RoS itu adalah pihak yang mengetahui urusan perjalanan sesebuah pertubuhan, untuk mendapat penjelasan daripada RoS apakah tindakan pihak MT untuk menggantung saya sebagai timbalan presiden itu berperlembagaan mengikut proses dan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan parti.

Saya bertanya begitu kerana saya syak bahawa tindakan-tindakan yang mereka lakukan ni agak tergopoh-gapah, mungkin tidak mengambil kira nasihat yang diberikan penasihat undang-undang Umno, di mana hal-hal berkaitan soal disiplin parti kalau pun ada atau pun disyaki mestilah dirujuk kepada lembaga disiplin.

Lembaga disiplin itu ialah badan yang boleh dianggap bebas kerana dipimpin mereka yang dipilih dalam kalangan bekas-bekas ahli parti, bekas-bekas pemegang jawatan yang berpengalaman, tetapi tiada dalam MT. Jadi mereka tiada kepentingan peribadi dari segi jawatan.

Sepatutnya proses pertimbangan yang dibuat terhadap mana-mana ahli itu dilakukan secara adil dan saksama. Tetapi dalam kes saya itu tidak berlaku, di mana saya tidak diberikan surat tunjuk sebab, bagi tempoh. Katakan dalam dua minggu beri jawapan, lepas itu akan dipanggil oleh pengurusan dalam kes ini, mungkin lembaga disiplin, lepas tu barulah mereka membuat keputusan dan ada peraturan yang tertentu, apa lagi jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno.

Ini bukan jawatan yang rendah, jawatan yang kedua tertinggi dalam parti, jadi sepatutnya kedudukan saya itu tidak diambil mudah. Malangnya, itu tidak berlaku.

Baru-baru ini, Deklarasi Rakyat dilancarkan, diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri antara pemimpin yang menandatanganinya. Boleh jelaskan sebab penyertaan Tan Sri dalam Deklarasi Rakyat?

Deklarasi Rakyat ini hasil perbincangan yang agak mendalam di antara Tun Mahathir, saya, dan beberapa rakan seperjuangan yang sama, tidak termasuk pihak lain di peringkat awal.


Teka-teki siapa akan dilantik bakal terjawab

Posted: 12 Mar 2016 11:38 PM PST

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah
 
 
ALOR SETAR - Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin disebut-sebut bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi.

Sumber berkata, pelantikan itu dijangka diadakan serentak dengan majlis angkat sumpah, bulan depan.
Difahamkan, selain Shaiful Hazizy, calon lain yang turut disenarai pendek ialah Setiausaha Kerja BN, Datuk Ariffin Man.

Pelantikan beliau seakan dapat diramal berikutan Umno Kedah sering membuka peluang kepada pimpinan Pemuda untuk terus menapak dalam politik.

Sebagai contoh, Ketua Pemuda sebelum ini, Datuk Badrol Hisham Hashim diangkat sebagai calon PRU13 selepas menunjukkan prestasi cemerlang dan bertanding di kerusi Dun Kuala Nerang serta beroleh kemenangan walaupun pertama kali bertanding.

Tidak mustahil Shaiful Hazizy juga bakal menaiki hierarki politik dengan cemerlang.

Bagaimana pun, jawatan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar belum diisi sehingga kini, walaupun lebih sebulan Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Siasat calon BN belanja lebih had pada PRU13'

Posted: 12 Mar 2016 11:32 PM PST


undi
Gambar hiasan


SUNGAI PETANI - Calon BN pada PRU13 wajar disiasat sama ada berbelanja melebihi had dibenarkan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Pemuda Amanah Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, siasatan itu perlu dilakukan susulan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mengesahkan BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada PRU13 lalu di sebuah portal berita.

Menurutnya, dalam kenyataan itu, Idris mengesahkan dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan dalam suatu mesyuarat Ketua-Ketua Perhubungan Umno, BN membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion pada PRU13 lalu.

Bagaimanapun, Idris dipetik berkata, jumlah itu tidak semestinya daripada derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.

"Berdasarkan kepada peruntukan bawah Seksyen 19 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, seseorang calon dalam pilihan raya atau ejen pilihan rayanya tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200,000 bagi kerusi parlimen dan tidak melebihi RM100,000 bagi kerusi Dun," katanya.

Mohd Asmirul Anuar berkata, pengesahan Idris jelas menunjukkan calon-calon BN telah berbelanja melebihi had dibenarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan melakukan suatu kesalahan bawah Seksyen 19 (2) Akta sama.

"Siasatan berhubung pendedahan Mukhriz dan pengesahan yang dibuat Idris berhubung isu sama ini perlu diambil perhatian, saya harap siasatan dilakukan secara telus," katanya.

Sehubungan itu, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat di Balai Polis Sungai Petani, pada 7.15 malam kelmarin.

Mohd Asmirul Anuar berkata, laporan polis dibuat agar polis menyiasat pihak-pihak berkaitan berhubung pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana ia merupakan suatu kesalahan jenayah.


Mais, Jais sedia maklum arahan Sultan Selangor

Posted: 12 Mar 2016 11:29 PM PST

Mais, Jais sedia maklum arahan Sultan Selangor
Laporan muka depan Sinar Harian.
 
 
SHAH ALAM - Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan penceramah dari luar negara berceramah di masjid di seluruh Selangor kecuali masjid-masjid tertentu perlu dipatuhi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penguatkuasaan sentiasa dibuat bagi memastikan pihak masjid dan seluruh ahli jawatankuasa mematuhi enakmen ditetapkan.

"Menjadi syarat penceramah-penceramah yang akan bagi ceramah di Selangor mesti ada tauliah sekurang-kurangnya tauliah sementara dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Jika tidak, tindakan boleh dikenakan.

"Titah Tuanku sultan bukan baru. Malah sebelum ni dah dimaklumi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Kita tak nak ajaran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah masuk ke negara kita hingga boleh menyebabkan salah faham, percanggahan pendapat dan ajaran sesat," katanya.

Sementara itu beliau berkata, bahagian Hal Ehwal Agama Islam Selangor turut berusaha menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat.

"Bukan sahaja sebagai tempat ibadah malah program bersifat dakwah, kebajikan, kuliah dan pendidikan turut diadakan di masjid.

"Sebahagian besarnya sudah berjalan rancak cuma penyusunannya perlu dilihat supaya matlamat membangunkan masyarakat tercapai," katanya.

Selasa lalu, Sultan Selangor bertitah agar penceramah dari luar negara hanya dibenarkan berceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Klang.

Titah baginda, ia bertujuan mengelakkan penularan dan penyebaran fahaman serta doktrin yang berbeza yang mudah diterima masyarakat Islam di sini.

Posted: 12 Mar 2016 11:27 PM PST

Pekerja asing: MoU dengan Bangladesh batal?
Idris Ahmad


SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diingatkan agar tidak hanya mengumumkan tiada sebarang pengambilan pekerja asing baharu di negara ini berkuat kuasa serta-merta hanya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menjelang.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Ahmad Zahid perlu mengotakan apa yang dikatanya semalam.

"Jangan kerana hanya untuk menghadapi PRN Sarawak tidak berapa lama lagi atau untuk menyejukkan keadaan di mana pelbagai pihak sedang marah terutama kesatuan sekerja dan media sosial ketika pengangguran dan pembuangan kerja di kalangan penduduk tempatan semakin serius," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mengesahkan Kabinet telah memutuskan bahawa tiada sebarang pengambilan pekerja asing akan dilakukan berkuat kuasa serta-merta dan mana-mana majikan dan ejen yang membawa masuk pekerja tanpa izin ke negara ini akan berhadapan dengan hukuman sebat bukan lagi denda.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa pihak kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negara (KDN), Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain kementerian tidak akan meluluskan mana-mana permohonan majikan untuk membawa pekerja asing dari luar kecuali sektor pembantu rumah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tutup, tiada lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh!]

Dalam pada itu, Idris berkata, rakyat mahu ketegasan dan penjelasan kerajaan tentang status perjanjian persefahaman (MoU) antara Bangladesh dengan Malaysia yang ditandatangani bulan lalu untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.

"Berdasarkan perjanjian itu, mekanisme penghantaran pekerja akan dibuat berdasarkan sistem G2G Plus.

"Apakah MoU itu terbatal begitu sahaja? Apa reaksi di pihak kerajaan Bangladesh? Apakah kerajaan dikenakan apa-apa bayaran ganti rugi kerana membatalkan MoU ini?," tanyanya.

Dalam kenyataan sama, Idris berkata, kerajaan perlu membuat satu penegasan mengenai pekerja asing memandangkan banyak sektor yang boleh melibatkan orang tempatan di sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

"Maka kerajaan mesti membuat saringan semula untuk memastikan tenaga asing yang diperlukan sahaja untuk bekerja di negara ini. Selebihnya perlu dihantar balik ke negara mereka dan ditempatkan penduduk tempatan di sektor tersebut," katanya.

Dua hari selepas MoU itu ditandatangani, Ahmad Zahid mengumumkan bahawa kerajaan telah membekukan pengambilan semua pekerja asing termasuk dari Bangladesh untuk membolehkan kerajaan mengkaji semula levi dua kategori ke atas pekerja asing dan memberi tumpuan kepada program penggajian semula pekerja asing.

Sementara, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dilaporkan berkata keputusan pembekuan itu tidak menjejaskan kesahihan MoU yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Bangladesh di Dhaka.

Tiada ulasan: