Ahad, 13 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mat Sabu kesal ada ulama sokong perasuah! (video)

Posted: 13 Mar 2016 04:39 AM PDT


   Presiden Amanah, Hj Mohamad Sabu atau yg lebih dikenali dengan Mat Sabu dalam ucapannya di Solidariti Mat Sabu di Ipoh malam tadi menyatakan kesal dan marahnya bila ada ulamak yang menyokong orang yang rasuah , menyokong orang yang dia sendiri ngaku ada duit itu , kerana orang yang melihat akan keliru, adakah begini Islam??

 Menyokong orang yang rasuah oleh ulama akan memberikan gambaran yang buruk kepada Islam, tegas Mat Sabu, tanpa menyebut sebarang nama.

"Sedangkan Islam itu Amal ma'aruf nahi mungkar! – Segala benda yang ma'ruf dia sokong yang mungkar dia tentang! Ini yang dibuat oleh imam kita, imam 4 mazhab," jelasnya lagi.

 Beliau seterusnya mengingatkan para hadirin pesanan Tok Guru Nik Aziz yang pernah berkata: 

"Kekuatan Umno bergantung kepada 2 tongkatnya. Dua tongkat Umno – MCA dan MIC. Patahkan dua tongkat itu, rebahlah Umno!"


 Lalu Mat Sabu bertanya kepada hadirin, "Sekarang MIC dah patahkah tidak?" Orang ramai menjawab spontan – patah!

 "Hidup segan mati tak mahu" tambah Mat Sabu.

 Dia bertanya lagi, "MCA patahkah tidak?" Lalu ada yang jawab –"patah!"

Secara sinis Mat Sabu berkata, (MCA) Sudah menjadi 7 Eleven! – 7 parlimen, 11 Dewan Undangan negeri. Sepatutjnya dua tongkat itu patah, Umno tersungkur! Tapi Umno tak tersungkur (sebab) ada orang lain buat tongkat baru pulaaaaak!

 Tiba-tiba Mat Sabu mengacah seolah-olah mahu mahu melemparkan mikropon kepada orang ramai. Mereka terpekik ketawa berderai kerana teringatkan peristiwa Mat Sabu melemparkan mikropon yang menjadi viral tidak lama sebelum ini.

 Mat Sabu dengan tegas melarang memberi tongkat kepada mereka (umno/BN). Beliau meminta supaya perubahan dilakukan dalam PRU akan datang dan pastikan Pakatan Harapan dapat kuasai Putra Jaya! 

 Beliau juga mengingatkan bahawa jika Pakatan Harapan juga menyeleweng nanti, maka tukarlah pula kepada pimpinan dan parti lain, katanya mengakhiri ucapannya.


Tiada ulasan: