Selasa, 1 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mahfuz mahu hadir demo anti-Najib

Posted: 01 Mar 2016 06:20 AM PST


   Ketika presidennya memilih tidak hadir dalam perhimpunan menolak Datuk Seri Najib Razak 27 Mac ini, Datuk Mahfuz Omar menjadi pemimpin pertama parti itu mengambil langkah berbeza.

 Mahfuz hari ini berkata akan hadir dalam perhimpunan itu "atas keinsafan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab".

 "(Langkah ini) bukan kerana anti terhadap batang tubuh Najib dan ahli Umno, tetapi kerana kasih, sayang dan cintakan Malaysia dan rakyat termasuk ahli-ahli Umno," katanya.

 Mahfuz, anggota parlimen Pokok Sena, berkata perasaan cintakan negara menuntut beliau menyertai kempen 'selamatkan Malaysia', yang baginya sebahagian tuntutan perjuangan Islam.

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang  kelmarin dilaporkan berkata tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya perdana menteri melepaskan jawatan.

 Katanya, walaupun beliau anti-Umno, beliau tidak anti orang Umno, lapor Sinar Harian.

 Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, tindakan Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang sedang diterajui parti Islam itu.

 Perkukuh cengkaman9 Dalam kenyataan hari ini, Mahfuiz berkata pengunduran Najib adalah keperluan negara kini dan kegagalan pengurusan negara berpunca daripada beliau.

 "Apa yang dilakukan Najib hanyalah memperkukuhkan cengkaman kuasa politiknya dengan pencabulan terhadap undang-undang dengan melakukan pindaan atau memperkenal undang-undang baru yang zalim," katanya.

 Beliau juga menyifatkan percaturan politik dalam negara, termasuk penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) daripada tugas sebagai timbalan presiden Umno bukan menyelamatkan negara dan rakyat.

 "Najib terus memperkukuh dan menghidupkan Umno untuk cengkaman kuasanya memerintah Malaysia.

 "Memerintah negara mengikut telunjuknya bukan mengikut landasan keadilan, kehendak dan keperluan hidup rakyat," katanya.

 Bekas naib presiden PAS itu berkata Pengunduran Najib tidak boleh ditangguh kerana akibatnya negara akan terus mengalami kerosakan dan rakyat akan terus dihimpit penderitaan.

 "Reformasi institusi perlu disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia," katanya.

 Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan perhimpunan tertutup 1,000 orang bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac depan. ~ sumber

AMANAH sedia kerjasama dengan Tun M ‘hasut’ rakyat tolak Najib

Posted: 01 Mar 2016 03:37 AM PST

      Oleh Faiz Zainudin
Kerjasama itu menerusi siri jelajah seluruh negara untuk menerangkan
kepada rakyat kemelut yang dihadapi Malaysia ketika ini.
   Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 'menghasut' rakyat menolak Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata kerjasama itu bukan untuk kepentingan politik sebaliknya sebagai tekanan kepada Perdana Menteri supaya meletak jawatan.

 Katanya, AMANAH juga sedia bergerak seiringan bersama Dr Mahathir melalui siri jelajah untuk menerangkan kepada rakyat kemelut yang dihadapi negara ketika ini.

 "Kita sedia bekerjasama dengan Tun M dan dengan semua pihak. Semua pihak bertanggungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri 'culas' melaksanakan tanggungjawab.

 "AMANAH juga bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa. AMANAH juga mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik," katanya dalam sidang media hari ini.

 Mohamad berkata, AMANAH juga akan menyertai perhimpunan anti-Najib yang akan diadakan 27 Mac ini.

 Mengulas mengenai perbincangan antara AMANAH dan Dr Mahathir semalam, Mohamad berkata ia hanyalah perjumpaan biasa, malah tidak ada perkara yang serius melainkan sebagai sokongan bersama bagi menyelamatkan negara.

Himpunan 27 Mac : Pihak penaja tak kemaruk dengan penyertaan PAS!

Posted: 29 Feb 2016 05:00 PM PST


  Pas Selangor mengambil pendirian yang sama dengan Presidennya, Hj Hadi tidak akan turut serta dan tidak akan mengerahkan ahli untuk menyertai himpunan tersebut.

  Pelik sungguh kenyataan yang di keluarkan oleh Prasad Hanif, Ketua Penerangan Pas Selangor ini.

  Pertamanya, ketika Hj Hadi buat kenyataan untuk tidak bersama perhimpunan 27 Mac itu, telah dinyatakan oleh pihak penaja, Pas tidak dijemput untuk bersama perhimpunan tersebut. 

 Maka tak perlulah nak sibuk-sibuk buat kenyataan membodohkan diri sendiri. Tapi nampak semakin bodoh pula bila ketua Penerangan Pas Selangor ini mengulangi kenyataan bodoh presidennya itu.

  Dan lagi, masa bila Pas berani nak lawan cakap Hj Hadi? Apa yang Hj Hadi cakap, maka itulah keputusan parti. Hinggakan kenyataan bodoh sebegitu pun Pas nak sokong??

 Kemudian Ketua Penerangan itu kata, "Umno dan Barisan Nasional perlu disingkirkan daripada negara secara total.

    Menurutnya lagi, majoriti ahli Umno kecewa dan tidak redha dengan tindakan korup dan otokratik PM Najib. Lantas beliau menyeru semua ahli Umno masuk Pas!

"Oleh itu Pas menawarkan wadah yang syumul berteraskan Islam dan menyeru seluruh ahli Umno untuk berhijrah ke Pas" Baca di sini

   Sedangkan Hj Hadi dah kata, "Pas tak kemaruk kuasa! Pas sedia sokong BN" Macam dia nak melawan taukey pula!

  Sebelum mengada-ngada nak suruh ahli Umno yang marahkan Najib masuk Umno, ada baiknya Pas terlebih dahulu merenungi semula kata-kata mantan Presiden Umno, Tun Mahathir, mengenai  pandangannya terhadap Pas.

"Pas parti yang tiada pendirian, parti sampah," kata Tun Mahathir.

 Itulah jawapan Tun ketika ditanya adakah beliau akan menyertai Pas sekiranya keluar Umno.

  "Pakatan Rakyat berpecah pun sebab depa, apa perjuangan depa pun saya tak tau..."

 Diharapkan, Ketua Penerangan Pas Selangor ini sedar apa yang Tun cakap itu.

 Minta sesiapa tolong bagi tahu Prasad Hanif, pihak penaja tak kemaruk dengan penyertaan PAS!

Tiada ulasan: