Jumaat, 5 Februari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TABUNG HAJI JUAL ASET UNTUK PASTIKAN DIVIDEN TINGGI? – AMANAH

Posted: 05 Feb 2016 08:03 PM PST

Najib bersikap diktator kukuhkan cengkaman politik

Posted: 05 Feb 2016 07:50 PM PST


SUFI2771
KUALA LUMPUR 6 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin menunjukkan sikap kediktatorannya walaupun dihujani pelbagai skandal apabila berjaya 'memaksa' Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat peletakan jawatan itu suatu lagi kemenangan kepada Najib walaupun sepatutnya Perdana Menteri itu berasa tergugat akibat pendedahan pelbagai skandal melibatkan dirinya.
Kejayaan itu, katanya, menjadikan kemenangan Najib ke atas musuh politiknya dalam tempoh enam bulan lepas dianggar berjumlah '10-0' antaranya:
  • Memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.
  • Melambatkan siasatan Pasukan Petugas Khas berkenaan skandal 1MDB.
  • Penangkapan, pemindahan serta-merta atau ugutan terhadap pegawai-pegawai utama dalam Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ingin melanjutkan siasatan terhadap skandal mega berkembar Najib tanpa rasa takut atau pilih kasih.
  • Mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen ke atas 1MDB.
  • Mengambil ringan arahan Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015 yang menggesa kerajaan agar melengkapkan siasatan 1MDB "secepat mungkin" dan mengambil "tindakan tegas sesuai" terhadap semua yang didapati terlibat.
  • Kegagalan UMNO untuk menjatuhkan Najib melalui akuan bersumpah ahli-ahli Parlimen.
  • Pelanggaran perjanjian yang dibuat Najib bahawa skandal mega kembarnya akan diselesaikan pada akhir tahun lepas, sedangkan kedua-dua skandal ini menjadi lebih besar dan lebih antarabangsa pada 2016.
  • Peguam Negara melepaskan Najib daripada sebarang salah laku atau jenayah dan tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya dalam kedua-dua skandal derma RM2.6 bilion dan skandal SRC International RM42 juta.
"Ia satu paradoks besar dalam politik Malaysia, Najib nampaknya semakin kuat dan lebih kuat walaupun dipalit skandal demi skandal," katanya pada kenyataan media hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyifatkan peletakan jawatan Mukhriz berlaku atas paksaan pihak tertentu kerana beliau hanya memerlukan sokongan empat ahli wakil rakyat UMNO BN.
"Wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berjumlah 36 orang, dengan wakil pembangkang seramai 15. Justeru, beliau hanya memerlukan sokongan tiga lagi wakil UMNO BN selain dirinya untuk mendapat majoriti undian dalam dewan.
"Jika Bashah hanya mendapat sokongan 17 orang, kumpulannya tidak mampu mendapat majoriti bagi memaksa peletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar.
"Jadi, jika UMNO BN mahu menjatuhkan Mukhriz, ia mesti secara kolektif menguasai 18 undi, kerana dalam keadaan seri 18-18, Speaker akan dapat mengundi memihak kepada Bashah," katanya. -Roketkini.com

Malaysia hilang 7,828 tenaga kerja mahir ke Singapura

Posted: 05 Feb 2016 07:47 PM PST


ong_kian_ming

KUALA LUMPUR 5 FEB: Malaysia kehilangan tenaga kerja bermahiran tinggi dan profesional apabila seramai 7,828 warganegara Malaysia memilih bekerja dan menjadi warga Singapura sejak 2014, lantas merencat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara ini.
Sebagai perbandingan, Program Pakar (Returning Expert Programme – REP) dikendali TalentCorp hanya mampu menarik 3,600 profesional Malaysia kembali ke tanah air dalam masa empat tahun.
Menganggap ia menyedihkan, Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, berkata seramai 7,828 individu terdiri pelbagai kaum itu berbuat demikian kerana peluang pekerjaan dan jaminan lebih baik disediakan di sana.
"Ia sangat menyedihkan kerana mereka individu yang mengambil berat terhadap negara hingga turun mengundi tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka menjadi warga Singapura.
"Majoriti mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun, bermakna mereka sedang dalam usia paling produktif untuk bekerja. Ia satu kehilangan buat Malaysia," katanya pada kenyataan media hari ini.
Kian Ming mendapati 7,828 bekas pengundi Malaysia menjadi warga Singapura selepas memeriksa daftar pemilih yang dilakukannya setiap tiga bulan bagi mengetahui jumlah pengundi baru, penukaran alamat mengundi dan individu yang dikeluarkan daripada senarai.
Pengarah Strategi Pilihanraya DAP Kebangsaan itu berkata, jumlah itu tidak termasuk rakyat Malaysia yang memilih menjadi warganegara selain Singapura dan yang berhijrah sebelum 2014.
"Jumlah itu tidak termasuk mereka yang menjadi warganegara selain Singapura, terutama negara yang kerap menjadi destinasi bekerja warga Malaysia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.
"Malah, ia hanyalah jumlah bagi 2014 dan 2015 dan tidak mengambil kira jumlah rakyat Malaysia yang dilucutkan kewarganegaraan sebelum itu," katanya.
Paling mengecewakan, kata Kian Ming, ialah individu berbakat besar dan berkemahiran tinggi 'terlepas ke tangan' negara lain seperti Singapura, padahal mereka asalnya warganegara Malaysia.
"Saya terjumpa nama seorang penerima biasiswa ASEAN yang kini pakar perubatan dalam bidang penyakit berjangkit di hospital kerajaan di Singapura. Kesnya hanyalah serpihan kecil dari lambakan profesional yang berhijrah ke negara lain.
"Mungkin apabila berlaku perubahan kerajaan pada masa akan datang, golongan berkemahiran tinggi ini akan kembali bersemangat menyumbang bakat mereka kepada negara kita," katanya. -Roketkini.com

Tiada ulasan: