Ahad, 21 Februari 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


DAP Nak Bergabung Dengan BN Dalam Pr Sarawak? Wow!

Posted: 21 Feb 2016 03:28 AM PST



Setiap hari parti dalam Pakatan Hopeless berperang sesama sendiri, tiba-tiba akhirnya DAP mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan BN di Sarawak.

Ha-ha-ha!
--
Gabungan antara Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagi membentuk kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang mustahil.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pada dasarnya BN tidak akan menerima DAP menyertai kumpulan itu kerana parti dari Semenanjung Malaysia itu mempunyai objektif serta organisasi berbeza dengan BN.

Menurutnya BN dan DAP mempunyai sejarah dan objektif tersendiri, yang boleh menimbulkan masalah sekiranya kedua-dua parti itu bekerjasama membentuk satu kerajaan.

"DAP berjuang bertahun-tahun, dilihat 'cauvanis', parti bersifat perkauman.

"Mungkin berusaha mendekati kaum lain sejak beberapa tahun lalu untuk dilihat parti pelbagai kaum namun hakikatnya ahli parti itu sebahagian besarnya adalah Cina.

"Walaupun tiada yang mustahil dalam politik, namun melihat senario politik sekarang prospek kerajaan gabungan antara BN dan DAP nampak 'hampir sifar' dan mustahil," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN Sarawak di peringkat negeri.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, dalam akhbar kebangsaan berbahasa Cina berkata, selagi beliau pengerusi DAP Sarawak, DAP tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun beliau tidak menolak 100 peratus kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, sambil menambah dalam banyak negara, pembangkang bekerjasama dengan parti memerintah di peringkat negeri tetapi bersaing di peringkat persekutuan.

Mengulas kenyataan Chong itu, Karim yang juga ADUN Asajaya berkata: "Setahu saya, Chong bukannya presiden (DAP), saya fikir beliau hanya bermimpi.

"DAP adalah parti Semenanjung Malaysia dan sesiapa sahaja yang berasal dari Sarawak hanya bermimpi untuk dipilih menjadi presiden parti," katanya.

http://www.theborneopost.com/2016/02/19/abdul-karim-no-way-dap-can-form-unity-government-with-bn/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sarawak-dap-pkr-continue-spat-over-seats
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sarawak-dap-pkr-continue-spat-over-seats
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pack-it-in-sarawak-pkr-tells-state-dap

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1767886813430105&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Azerbaijan, Iran, Israel dan Syiah

Posted: 21 Feb 2016 12:41 AM PST



Azerbaijan merupakan negara bekas kesatuan soviet yang mendapat kemerdekaan pada 30 Ogos 1991. Bersempadan dengan Iran di Selatan, Russia di Utara, Georgia di Barat Laut, Turmekistan di Timur.

Mungkin ramai yang tidak mengenali negara Azerbaijan berbanding Iran. Kerana selama ini kita hanya mengetahui bahawa hanya negara parsi itu sahaja yang memiliki populasi Syiah yang tinggi. Namun ketahuilah bahawa Azerbaijan juga mempunyai populasi Syiah yang tinggi iaitu hampir 85% Syiah.

Dan seperti Syiah Iran yang mesra dengan Israel dibelakang tabir, Syiah Azerbijan pula lebih terbuka menunjukkan kemesraan mereka dengan negara Yahudi berkenaan.

Pada bulan Febuari 2012, Israel telah menandatangani perjanjian berjumlah 1.6 Bilion Dolar Amerika untuk membekalkan senjata berserta drone dan sistem pertahanan udara ke negara berkenaan.

Dan lebih menarik, Azerbaijan juga memberikan kebenaran kepada Israel untuk membuka pengkalan udara di negara berkenaan. :)

RESOLUSI KONGRES RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

Posted: 20 Feb 2016 11:56 PM PST



Suasana KONGRES RAKYAT PP .

21 Feb 2016 @ 9am-2pm
Yayasan An Nahdhoh
Kubang Semang,
Pulau Pinang

RESOLUSI KONGRES RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang yang bertemakan "Membina Pulau Pinang Sejahtera" yang diadakan pada hari ini 12 Jamadilawal 1437 Hijrah bersamaan 21 Februari 2016 di Yayasan An-Nadhoh, Pulau Pinang yang disertai oleh rakyat dari pelbagai lapisan , kaum dan pegangan agama , mengisytiharkan resolusi berikut:

MENYEDARI bahawa mendahulukan kebajikan rakyat adalah aspek terpenting yang menjadi tanggungjawab pemerintah untuk dilakasanakannya dengan amanah dan adil,

MENGINSAFI bahawa rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menegur pemerintah yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menuntut supaya salah pentadbiran kerajaan diperbaikki.

MEMAHAMI bahawa segala aspek pembangunan yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk persoalan ekonomi , sosial , seni budaya , politik , pendidikan , kesihatan , pentadbiran , perundangan dan pengurusan sumber bumi perlu dikendalikan dengan cermat , berhemat dan penuh kebijaksanaan ,

MEYAKINI bahawa rakyat berhak memastikan kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab dengan mengutamakan kebajikan rakyat dipileh untuk diberi mandat menerajui pemerintahan berdasarkan sistem pemilehan yang adil, bebas dan demokratik.

DENGAN INI MENGISTIHARKAN bahawa kami:

1. Bertekad membina Negeri Pulau Pinang yang mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pengemblengan dan gerakan kesedaran rakyat melibatkan seluruh lapisan, dari golongan masyarakat bawahan hinggalah pemimpin kerajaan, agar melaksanakan dasar pembangunan yang betul bagi menjayakan cita-cita Membina Pulau Pinang Sejahtera.

2. Menjadikan agenda pendidikan sebagai isu terpenting untuk memupuk kesedaran rakyat ke arah perubahan sosial, ekonomi dan politik yang adil, partisipatif dan demokratik serta mendidik rakyat agar mengelak pendekatan yang boleh menimbulkan suasana kucar kacir dan tidak harmonis di negeri Pulau Pinang.

3. Memperkasa dan mengangkat peranan wanita dalam pelbagai sektor yang boleh membantu golongan ini membangunkan potensi yang ada dalam diri mereka serta memperketatkan undang-undang agar wanita tidak dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Bertindak menitiberatkan kebajikan rakyat dari sudut ekonomi dan pendidikan kepada semua kaum serta menyediakan program-program kemasyarakatan dengan memberi fokus kepada permasalahan sosial. Selain itu, pihak yang berwajib perlu bertegas dalam berhadapan dengan kepesatan pusat-pusat hiburan, rumah urut, kegiatan maksiat dan "gengsterism".

5. Kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin runcing, perhatian serius seharusnya diusahakan dalam membela masyarakat negeri ini terutama mereka yang berada didalam sektor industri. Pemerincian akta-akta yang melibatkan kebajikan pekerja perlu diperhalusi agar memberi manfaat pada semua dan bukannya menindas.

6. Meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat dengan memberikan peruntukan yang sekata serta hak kesamarataan dan keistimewaan sama seperti sekolah kebangsaan serta tidak dipolitikkan isu pendidikan Sekolah Agama Rakyat dalam melahirkan generasi insan yang berilmu dan menjunjung tinggi nilai agama.

7. Kongres juga memberi perhatian terhadap pembelaan hak dan tanggungjawab kepada peniaga-peniaga Melayu dalam mengurangkan jurang ekonomi dan penindasan serta menyediakan peluang perniagaan yang sama terhadap semua kaum demi melahirkan negeri Pulau Pinang yang menegakan keadilan untuk semua.

8. Memastikan agar sumber negeri Pulau Pinang diurus dengan berkesan, menghindari pembangunan yang menjejaskan kualiti alam sekitar , meneliti dasar-dasar kerajaan dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa, dan kepentingan rakyat juga perkara yang berkaitan sumber air, hasil laut serta sektor perikanan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab demi mengekalkan daya saing dan daya maju ekonomi negeri Pulau Pinang dengan mapan untuk generasi kini dan generasi masa depan .

9. Bertindak untuk mendesak Kerajaan Negeri dan Persekutuan berperanan dengan berkesan mentadbirurus negeri Pulau Pinang dengan amanah dan berintegriti demi kebajikan rakyat; serta mengekang segala amalan rasuah , salahguna kuasa dan pembaziran wang awam , menghentikan sebarang tindakan yang menyusahkan rakyat seperti pelaksanaan GST untuk semua golongan, menaikkan kos harga rumah, pengambilan tanah tanpa pampasan setimpal, pengurusan dan pembangunan tanah wakaf yang tidak efektif serta pelbagai bayaran perkhidmatan awam yang membebankan kos sara hidup rakyat .

10. Mengkaji, meneliti dan menghalusi semua tuntutan yang disuarakan dalam Kongres Rakyat Negeri PulauPinang; seterusnya merumuskan sebuah Pelan Tindakan Rakyat Pulau Pinang seperti berikut:

PELAN TINDAKAN KONGRES RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

1. Menubuhkan pasukan petugas khas bagi setiap sektor isu rakyat untuk diambil langkah susulan.

2. Menghasilkan sebuah memorandum rakyat Pulau Pinang untuk dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri dan Pusat dengan tujuan tindakan dilaksanakan ke atas semua usul yang dinyatakan dalam Kongres Rakyat.

3. Mengadakan dialog dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan berdasarkan isu yang dibangkit oleh pembicara di Kongres Rakyat.

4. Menganjur perhimpunan rakyat berdasarkan isu utama yang dibangkit agar memperinci tuntutan yang dibahaskan dalam Kongres Rakyat.

5. Menubuhkan seketariat tetap Kongres Rakyat Negeri Pulau Pinang bagi mengambil langkah susulan dan menjadi pusat pengembelingan rakyat.

Sekian

Pengarah Kongres Rakyat PP.
Ust Yusni Mat Piah

Tiada ulasan: