DIALOG RAKYAT |
- PAS dakwa Putrajaya beku pekerja asing kerana pilihan raya Sarawak
- ALAMAKKK.......
- Belia dan ganja
- MINGGU CABAR-MENCABAR
- Tiada kenaikan tarif air di Selangor, kata Azmin
- PRN Sarawak: Pakatan Harapan bertanding di semua kerusi dengan kerjasama PAS, kata Azmin
- Politik dolak-dalih PKR akibat tiada keyakinan diri, kata Aziz Bari
- Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak?
- Cadangan naikkan saman tetap diteruskan – Polis
- Muhyiddin ingatkan MT Umno jangan berani ambil tindakan jika tidak cukup bukti
- Ancaman Daesh di Malaysia seperti barah tahap tiga
- Banjir di S’wak makin buruk, 4,381 mangsa dipindahkan
- Chegubard ditempelak kerana isu tender balak
- Muhyiddin persoal keengganan 1MDB saman WSJ
- MB Kelantan: Amanah parti ‘kacau daun’
- Rumah Ngaji: Aplikasi pemikiran Tok Guru
- Anugerah dari Selangor buat hati Afdlin ‘bergetar’
- PKR bantah keputusan Guan Eng
- Ada yang terancam dengan kebolehan Aziz Bari - Penganalisis
- Tok Him kata kerajaan main wayang
- PKR bela dua ADUN PP
- Dua pembunuh upahan tumpas
- Isu Bangladesh: Rakyat keliru tindakan kerajaan
- Satu lagi video parodi CNY dari DAP - kali ini mengenai RM2.6b
- Pas tetap tanding di Parlimen KT
PAS dakwa Putrajaya beku pekerja asing kerana pilihan raya Sarawak Posted: 21 Feb 2016 07:11 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu tersebut sudah tentu akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sarawak. Katanya, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan berada dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang menyelubungi rakyat negeri itu. "Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan membawa sebegitu banyak warga asing ke negara ini. "Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur; warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah. "Malah ada yang tiba-tiba menjadi bumiputera kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri," katanya. Pertengahan tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh bagi memenuhi permintaan industri di negara ini. Perkara itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja. Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja pihak industri. Seperti pandangan beberapa pihak sebelum ini, PAS turut mendakwa, kerajaan tetap akan meneruskan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu tetapi selepas PRN Sarawak berakhir. "Hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing," katanya merujuk alasan yang diberikan Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. "Tetapi, betulkah begitu? Kerana, pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri Barisan Nasional berubah keputusan. "Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. "Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu," kata Tuan Ibrahim. | ||
Posted: 21 Feb 2016 07:07 AM PST shahbudindotcomTidak cukup dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di internet, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang baru digubal bagi membolehkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau KKMM. Katanya, langkah itu sebagai usaha mengekang penulisan tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah, selain bertujuan untuk memastikan mutu penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mempunyai dua peruntukan penguatkuasaan berhubung kandungan internet iaitu Seksyen 211 (Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll). Melalui kedua-dua seksyen itu, sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Apakah masih tidak cukup dengan dua seksyen tersebut untuk mengawal serta mengawasi penulis blog dan pengguna laman sosial? Dalam keadaan yang lain, sekatan terhadap blog juga sudah biasa dilakukan oleh SKMM terhadap beberapa laman yang dianggap melanggar undang-undang. Oleh itu, dengan segala undang-undang sedia ada, apa perlunya lagi dikuatkuasakan peraturan agar mereka mendaftar dengan KKMM? Apakah kerana UMNO dan kerajaan kerapkali tewas dalam persaingan di internet, maka undang-undang itu mahu diwujudkan? Tidakkah ini bertujuan mengekang lagi kebebasan bersuara rakyat setelah sebelum ini Peguam Negara turut bercadang mengetatkan undang-undang Akta Rahsia Rasmi atau OSA sehingga hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan serta media yang melaporkannya? Apa sudah jadi dengan negara ini dan di mana lagi letaknya kebebasan rakyat dalam bersuara? | ||
Posted: 21 Feb 2016 07:05 AM PST Oleh Abd Rahman Tamuri Api kebakaran yang besar itu bermula kecilnya api. Tiada yang besar kecuali bermula dengan yang kecil. Begitulah ibarat yang akan berlaku jika saranan menjadi ganja sebagai barangan bukan terlarang di Malaysia seperti di negara TPPA lain. Bermula dengan merokok di sekolah secara sembunyi-sembunyi, sudah bekerja ada duit lebih menagih ganja pula dan seterusnya menagih dadah. Umum ketahui dadah musuh negara nombor 1. Ia merosakkan masyarakat terutama golongan belia yang menjadi tonggak harapan negara pada masa depan. Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia, Negeri Johor ingin menarik perhatian supaya membantah cadangan dan syor untuk "meringankan" hukuman bagi penghisap ganja serta tidak menganggap ganja sebagai barangan terlarang. Ganja atau marijuana adalah barangan terlarang dan amat memudaratkan penggunanya jika diambil tanpa panduan doktor. Ganja atau marijuana (kanabis) adalah barangan terlarang di Malaysia sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 Pindaan 1998. Jika seseorang disabitkan kesalahan di bawah akta ini hukuman "paling ringan" adalah denda RM 5000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya. Namun hukuman mati mandatori jika disabitkan jika bersalah mengedar bahan terlarang ini seperti dalam Seksyen 39(B) akta yang sama. Di samping ganja membawa ke arah masalah ketagihan, ganja juga memberi kesan buruk daripada aspek ekonomi dan sosial. Jika seorang belia terjebak dengan ganja disebabkan mudahnya untuk diperoleh, mereka terpaksa memperuntukkan jumlah duit yang banyak untuk mengatasi ketagihan mereka. Jika mereka dibuang kerja akibat majikan tahu mereka menagih ganja, mereka tiada pendapatan. Mereka ada anak dan isteri yang perlu ditanggung dan keperluan lain untuk dibayar di samping perlu membeli ganja. Daripada aspek pekerjaan pula, penagihan ganja akan menyebabkan kemerosotan kualiti kerja seseorang belia. Mereka akan selalu berhutang sana sini, lewat datang serta culas ketika bekerja, sukar mengawal emosi dan pertuturan dan sangat-sangat suka menipu dan memberikan alasan. Menurut MyAADK , jumlah penagih dadah yang berada di agensi tersebut bagi 2014 ialah 21,777 orang dengan penagih ganja penyumbang ketiga besar iaitu seramai 1,919 orang. Umur mereka semuda 13 tahun sehingga 40 tahun. Golongan belia amat mudah terdedah penyalahgunaan ganja dan dadah seharusnya cadangan untuk tidak mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan ganja di kalangan belia sesuatu yang tidak wajar. Sekali lagi saya ingin menyuarakan agar akta berkenaan dadah dan ganja ini diperhalusi untuk dan ditambah berat lagi hukumannya. Selain itu, seharusnya kita perkukuhkan institusi kekeluargaan agar golongan belia kita tidak terdedah terhadap bahaya ganja dan dadah. Pendidikan agama serta penerapan jati diri terhadap golongan belia juga perlu diperkuat dan ditajamkan selaras dengan perkembangan zaman sejak mereka di rumah lagi. Pihak ibu bapa, guru, pensyarah serta masyarakat perlu mengambil sikap proaktif dan peka terhadap bahaya ganja dan dadah serta menjadi mata dan kepala pihak yang berwajib untuk membendung perkara ini. | ||
Posted: 21 Feb 2016 06:58 AM PST shahbusindot.comIni yang mula-mula... Diulang sekali lagi... Kemudian diikuti yang ini... Juga yang ini... Yang ini pun lebih kurang berupa cabaran juga.... | ||
Tiada kenaikan tarif air di Selangor, kata Azmin Posted: 21 Feb 2016 06:51 AM PST ANTARAPOS.COM KLANG: Kerajaan Negeri tidak bercadang menaikkan tarif air seperti yang dihebahkan, kata Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali. Katanya, beliau sudah mendapatkan penjelasan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung perkara itu. "Tiada cadangan untuk menaikkan tarif air. "Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menerima sebarang cadangan untuk menaikan tarif air," katanya memetik laporan sebuah portal. Sebelum ini, media melaporkan Air Selangor akan menghantar pelan bisnes tiga tahun yang dijangka melibatkan cadangan tarif baharu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan depan. Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, berkata pelan bisnes berkenaan mengambil kira kos biaya operasi dan kos biaya modal pengurusan air di kawasan Lembah Klang. Bagaimanapun sebarang semakan tarif air yang dicadangkan adalah tertakluk kepada persetujuan SPAN. | ||
PRN Sarawak: Pakatan Harapan bertanding di semua kerusi dengan kerjasama PAS, kata Azmin Posted: 21 Feb 2016 06:50 AM PST Oleh Azizul Osman PETALING JAYA: Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal menyaksikan blok pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) akan bekerjasama dengan PAS bagi memastikan semua 82 kerusi DUN Sarawak ditandingi. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penglibatan PAS adalah untuk memastikan tiada perebutan kerusi sesama pembangkang tetapi hanya dengan Barisan Nasional (BN). "Kita akan bertanding di semua kerusi atas nama Pakatan Harapan dan juga kerjasama PAS. Yang penting kita tidak benarkan Barisan Nasional (BN) menang mudah di semua 82 kerusi di negeri Sarawak," katanya kepada Antarapos selepas menghadiri Majlis RUmah Terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Negeri Selangor malam tadi. Menurut Azmin, pendekatan itu diambil gabungan pembangkang bagi memastikan BN tidak mendapat laluan mudah dalam PRN Sarawak kali ini. Namun perbincangan mengenai pembahagian kerusi masih dijalankan PKR bersama DAP dan PAN, dan juga PAS. "Calon-calon yang diletakkan samada mewakili Pakatan Harapan atau dengan PAS di beberapa kawasan yang sedang kita bincangkan kerana kita tidak mahu BN diberikan laluan mudah dalam PRN Sarawak. Sementara itu dalam majlis yang sama, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, niat parti itu untuk bertanding di PRN Sarawak tidak harus dipersoalkan oleh PH kerana PAS bertanding hanya 11 kerusi berbanding 71 kerusi yang akan ditandingi pakatan itu. "Kita ada 11 kerusi dan PAS bukan nak bertanding di semua kerusi jadi sepatutnya (PH) boleh beri kerjasama kalau mereka mahu, bukannya PAS nak 50 atau 80 kerusi, hanya 11 kerusi sahaja," katanya yang hadir sama dalam majlis tersebut. Untuk rekod, PAS gagal meraih sebarang kerusi di PRN Sarawak pada 2011 apabila diperuntukkan lima kerusi berkenaan ketika menjadi gabungan pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR). Mengulas lanjut, PAS katanya akan turut menerima konsep satu lawan satu di Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. "Kalau di Selangor kita setuju kalau satu lawan satu dengan syarat tidak parti yang masuk dalam kerusi kita," katanya. | ||
Politik dolak-dalih PKR akibat tiada keyakinan diri, kata Aziz Bari Posted: 21 Feb 2016 06:48 AM PST Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz RAWANG: PKR dilihat berdolak-dalih dalam isu komitmennya terhadap Pakatan Harapan kerana tidak yakin kepada kekuatan dalamannya sendiri, kata Prof Dr Abdul Aziz Bari. Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu berkata pemimpin pelapis PKR harus berusaha memperkukuhkan struktur dan organisasi parti itu demi keutuhan Pakatan Harapan. "Yang mungkin kalau kita tengok dolak-dalik PKR dalam Pakatan Harapan menunjukkan bahawa mereka tidak yakin kepada struktur dan kekuatan organisasinya. "Kalau tidak, masakan lagi dia tidak bersedia untuk menceraikan PAS. Saya fikir itu satu petanda bahawa PKR sendiri tidak mempunyai keyakinan... untuk bergerak sebagai sebuah parti politik," katanya. Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim setahun lalu setelah disabit kesalahan meliwat menyaksikan pemusatan kuasa politik PKR semakin beralih kepada menteri besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga timbalan presiden parti. Dalam ketiadaan Anwar, PKR kini berusaha menampilkan pemimpin pelapis untuk mengemudi parti itu di dalam Pakatan Harapan yang turut merangkumi DAP serta Parti Amanah Negara (PAN). Pada masa sama, Azmin kerap menegaskan PAS masih rakan politiknya bukan saja di Selangor malah di peringkat nasional. Aziz berkata kemampuan pemimpin pelapis PKR untuk memperkasa parti itu dari selain menyatu-padukan pihak yang bertelagah masih menjadi tanda tanya. "Saya fikir perkara itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa termasuk PKR sendiri. Soalnya adakah nama-nama yang dicadangkan itu mampu atau pun dapat meneruskan atau menggantikan ketokohan dan juga peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Semua parti, saya fikir, bersedia semua bergerak ke arah itu. Ada atau tidak tokoh yang berkemampuan untuk menyatukan semua kelompok dalam parti itu? Sebagai contoh semua kem dalam parti itu," katanya. Aziz berkata demikian apabila ditanya mengenai keperluan PKR menampilkan pemimpin seperti Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar sebagai tonggak parti daripada bersandarkan kepada karisma bapanya. Selain Nurul Izzah, beberapa muka baru turut diketengahkan oleh PKR antaranya Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. Mengulas lanjut, katanya perpecahan dalam parti boleh menimbulkan lagi pelbagai masalah yang lebih besar. "Saya fikir untuk adil kepada PKR, perkara atau pun apa yang diperkatakan perpecahan atau pun wujud kem-kem itu, wujud dalam semua parti, tinggal lagi setakat mana kewujudan fenomena seperti itu memecahkan parti berkenaan atau pun wujudkan fenomena seperti itu menganggu kelancaran gerak kerja parti," kata beliau. Aziz membayangkan pemimpin pelapis PKR sendiri mungkin terbantut dalam usaha membawa pembaharuan di dalam parti kerana kekangan tertentu. "Antara masalah dan perkara yang barangkali yang dihadapi oleh PKR ialah soal dia bergantung kepada soal orang yang ada dana. Sebagai contoh, barangkali saya fikir isu seperti ini cukup penting atau hendak bergerak tetapi tiada dana," kata beliau. "Jadi dana itu yang menjadi jaminan kepada wujudnya organisasi, wujudnya pentadbiran yang cekap, efisyen dan sebagainya, " kata beliau. "Siapa yang ada duit, atau pun yang ada akses kepada dana itu pastinya mempunyai kelebihan," jelasnya. Aziz pernah bersama PKR namun berhijrah ke DAP tahun lalu kerana kecewa dengan apa yang di sifatkan beliau sebagai "sistem tempang" parti itu yang tidak diperbaiki sekian lama. | ||
Pembekuan warga asing: BN akan flip-flop lagi selepas PRN Sarawak? Posted: 21 Feb 2016 06:41 AM PST PAS percaya tindakan flip-flop dalam keputusan pengambilan 1.5 juta warga Bangladesh ke pembekuan pengambilan warga asing secara total dalam sekelip mata besar kemungkinan cumalah taktik sementara mengelakkan isu ini daripada menjadi isu utama di pilihanraya negeri Sarawak. Ini kerana isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada BN di PRN Sarawak. Isu ini akan meletakkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang kuat berkempen untuk menguatkan rakyat tempatan Sarawak sendiri dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang sedang menyelebungi rakyat Sarawak. Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya negeri Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing ke negara tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendedak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur, warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah dan ada yang tiba-tiba menjadi Bumiputra kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri. Hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing. Tapi, betulkah begitu kerana pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri BN berubah keputusan? Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu. * Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS | ||
Cadangan naikkan saman tetap diteruskan – Polis Posted: 21 Feb 2016 06:31 AM PST BERNAMAPolis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan cadangan menaikkan kadar kompaun maksimum sebagai satu usaha menurunkan statistik kemalangan jalan raya maut yang meningkat sepanjang tahun. - Foto Bernama MARANG, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan cadangan menaikkan kadar kompaun maksimum sebagai satu usaha menurunkan statistik kemalangan jalan raya maut yang meningkat sepanjang tahun. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Muhd Fuad Abu Zarim berkata pihaknya kini sedang meneliti proses bagi tujuan itu termasuk pindaan dari sudut perundangan sebelum ia dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini. Tanpa menyebut jumlah kenaikan kadar kompaun berkenaan, beliau berkata sudah tentu ia akan melalui proses perundangan kerana sebelum ini kadar bayaran maksimum RM300 yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Jadi kalau kita mahu melakukan pindaan, ia perlu melalui proses di peringkat jemaah menteri, kemudian akan dibentangkan di Parlimen dan setelah diluluskan oleh Parlimen barulah boleh ia dikuatkuasakan. "Untuk sementara waktu ini, kita masih mengguna pakai undang-undang sedi ada dan harap pindaan tersebut dapat dilaksanakan selewat-selewatnya hujung tahun ini (berdasarkan syor PDRM)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini. Turut hadir Ketua Trafik Pasukan Cawangan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hashim Abd Jalil dan Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali. Muhd Fuad berkata kadar kompaun berkenaan dilihat wajar dinaikkan memandangkan ia tidak pernah dinaikkan sejak 28 tahun lalu dan mungkin kadar berkenaan terlalu ringan sehingga tidak lagi memberi kesan kepada pengguna jalan raya. "Hasil pemerhatian PDRM, saban tahun pelbagai usaha dijalankan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk kempen keselamatan dan operasi khas sempena musim perayaan, namun seolah-olah ia tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya. "Jadi kita berharap dengan kenaikan kadar kompaun ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar lebih mematuhi peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut yang semakin meningkat saban tahun," katanya. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum dinaikkan sebagai antara inisiatif mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Menurut Khalid, tindakan itu bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada kemalangan. Dalam pada itu, Muhd Fuad berkata cawangan trafik PDRM akan diperbesarkan dan dimantapkan dengan penubuhan jabatan baharu yang dikenali sebagai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Mac ini. "Jabatan baharu ini akan dilancarkan 25 Mac ini sempena sambutan Hari Polis, ia akan mempunyai pengarah sendiri. Dengan jabatan baharu ini ia akan memberi fokus kepada keperluan jabatan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya meliputi pelbagai aspek. "Kita harap dengan penubuhan jabatan baharu ini, ia turut memberi faedah kepada masyarakat terutama dari segi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya di seluruh negara," katanya. | ||
Muhyiddin ingatkan MT Umno jangan berani ambil tindakan jika tidak cukup bukti Posted: 21 Feb 2016 06:20 AM PST Shakira Buang LIHAT VIDEO DI SINI Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Majlis Tertinggi parti itu supaya jangan sekali-kali berani untuk mengambil tindakan terhadap beliau jika tidak mempunyai bukti. "Saya nak ingatkan setiausaha agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan perlembagaan," katanya. Muhyiddin menegaskan demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma Taman Duyung Intan di Port Dickson hari ini. Tengku Adnan pada Disember lalu berkata, ucapan Muhyiddin pada 7 Disember 2015 di Kampung Baru akan disiasat parti. Ucapan itu disampaikan Muhyiddin selepas beliau tidak dibenarkan berucap di perhimpunan agung Umno tahun lalu. Tengku Adnan sebelum ini berkata hasil siasatan itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) untuk tindakan lanjut. Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya harus menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan. Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai 2015 selepas menyuarakan pandangan kritikal terhadap operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Abdul Razak. | ||
Ancaman Daesh di Malaysia seperti barah tahap tiga Posted: 21 Feb 2016 06:15 AM PST Penceramah kontroversi itu tetap tegas bahawa fahaman Wahabi adalah ideologi yang dipegang Daesh dan punca ekstremisme. BANGI: Ancaman militan Daesh dalam negara sudah mencapai tahap berbahaya seperti barah tahap tiga, kata bekas pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zin. Sebelum dipindahkan serta-merta ke Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan bertugas di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, di mana beliau terlibat dalam program pemulihan suspek pengganas yang ditahan. "Ancaman IS dalam negara kini sudah capai tahap tiga, macam bom jangka. Ada risiko berlaku serangan dalam negara, seperti ancaman yang kita dengar sebelum ini," katanya ketika ditemui di pejabat Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), di sini, semalam. Menurutnya lagi, berbanding tahanan 'risiko amat tinggi' yang sukar dipulihkan, tahanan 'risiko tinggi' senang dipulihkan kerana kebanyakannya adalah orang kebanyakan yang tiada pengetahuan mendalam terhadap agama. "Pengikut ini orang kebanyakan, pekerja kilang dan pegawai kerajaan dan tiada asas agama. Mereka faham agama daripada orang yang salah dan akhirnya pemikiran jadi ekstrem. "Selain daripada bimbingan ilmu, ibadat serta personaliti diri, kita juga buat secara kerohanian, dengan zikir. Dengan itu, mereka akan ingat kepada Allah SWT dan hati menjadi lembut," katanya lagi sambil memaklumkan 95% daripada tahanan berjaya dipulihkan. | ||
Banjir di S’wak makin buruk, 4,381 mangsa dipindahkan Posted: 21 Feb 2016 06:10 AM PST Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tidak menunjukkan tanda akan beransur pulih dalam masa terdekat. KUCHING: Keadaan banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan tidak menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih dalam masa terdekat, dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan (PP) meningkat kepada 4,381 orang. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Siti Huzaimah Ibrahim, berkata jumlah PP juga bertambah menjadi 27 pusat yang dibuka sehingga petang ini, menempatkan 4,381 mangsa daripada 1,221 keluarga. Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata petang ini, dua lagi PP dibuka di bahagian Samarahan, menjadikan lima PP dibuka, dan kelima-limanya di daerah Kota Samarahan. Beliau berkata, dua PP yang baru menempatkan mangsa banjir petang ini di daerah Kota Samarahan ialah di Dewan Lenggani Kampung Entingan dan Dewan Masyarakat Tamah Puteh.-BERNAMA | ||
Chegubard ditempelak kerana isu tender balak Posted: 21 Feb 2016 06:09 AM PST Ia merupakan fokus soal rakyat serta pembangunan dan bukan fitnah atau tohmahan PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak tindakan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang kononnya mahu mendedahkan penipuan bersabit tender balak. "Isu begini anda hendak layan. Fokus soal rakyat dan pembangunan. Bukannya fitnah dan tohmahan," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR di Bukit Lanjan di Bandar Seri Damansara, hari ini. Badrul atau dikenali sebagai Chegubard mengadakan sidang media di Seremban hari ini untuk mendedahkan satu lagi kontroversi berkaitan kepimpinan Azmin. "Saya sedar risiko yang saya ambil kerana mendedahkan dokumen diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.Tetapi, kita telah diajar di bawah gerakan reformasi, jika kita melihat sebarang kelemahan, ia adalah tanggungjawab kita untuk mendedahkan dan menentangnya," tegasnya. Selain itu, Chegubard turut mendakwa bahawa Azmin telah berbohong dalam kenyataan terdahulu, apabila mendakwa kontrak berkenaan diberi melalui tender terbuka. "Saya sebut dengan jelas, bahawa Azmin menipu dalam perkara tersebut kerana keputusan penganugerahan balak diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan dan tiada tender terbuka," ujarnya. | ||
Muhyiddin persoal keengganan 1MDB saman WSJ Posted: 21 Feb 2016 05:57 AM PST Shakira Buang LIHAT VIDEO DI SINI Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan keengganan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap syarikat terbabit. Ketika berucap dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma di Taman Intan Duyung petang tadi beliau berkata, syarikat tersebut sepatutnya mengambil tindakan menyaman WSJ dan Pengarang Kewangannya, Ken Brown jika benar apa yang dilaporkan itu tidak betul. "Apahal takut? Ambil tindakan dan saman. Bukan sebab suka-suka nak dia ambil tindakan, kita nak tahu apakah cerita ini betul. "Selagi tiada tindakan, yang akan bermasalah ialah parti dan kerajaan kerana orang hilang kepercayaan..betul tak?" tanya Muhyiddin. Malah, dengan nada sinis Muhyiddin berkata WSJ kini sedang menunggu tindakan saman terhadap mereka. "Dulu dah kata nak saman, tak saman. Bila keluar berita tak betul tak saman. Orang sana dok menunggu. Dia kata bila kamu nak saman," katanya. 1MDB sebelum ini pernah menyatakan mahu menyaman WSJ, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia baru-baru ini mendakwa bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya didakwa datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB. | ||
MB Kelantan: Amanah parti ‘kacau daun’ Posted: 21 Feb 2016 04:21 AM PST KOTA BHARU - Pas Kelantan mengingatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana jelas tidak berupaya merampas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah hanya wujud sebagai pihak 'kacau daun' dan hanya memberi ruang kepada pihak lawan Barisan Nasional (BN) untuk menakluk negeri ini. "Lagipun Amanah tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan malah di luar Kelantan dan ia hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari Pas. Perjuangan mereka juga rapuh dan tiada hala tuju," katanya. Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir majlis pelancaran jentera Pas Kelantan sempena PRU-14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini semalam. Sebelum ini Presiden Amanah, Muhammad Sabu ketika berceramah di negeri ini menyatakan keyakinan parti itu mampu mengambil alih Pas Kelantan kerana rakyat negeri ini bijak dalam membuat percaturan politik. Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menyerahkan nasib bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang secara lantang mengkritik parti terbabit kepada jawatankuasa tatatertib bagi sebarang tindakan lanjut. "Kita tunggu sebarang tindakan daripada jawatankuasa terbabit untuk sebarang keputusan. Segalanya ditentukan pihak berkenaan dan kita hanya tunggu maklumat susulan memandangkan aduan telah dilaporkan," katanya. Ditanya mengenai masa depan Husam dalam Pas, Mohd Amar berkata, kini terserah kepada parti selain Husam sendiri sendiri dalam menentu hala tuju perjuangannya. "Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian atau keputusan lagipun isu beliau dalam parti masih belum selesai lagi," katanya. | ||
Rumah Ngaji: Aplikasi pemikiran Tok Guru Posted: 21 Feb 2016 04:19 AM PST KOTA BHARU - Satu kertas kerja yang berkait rapat dengan falsafah dan pemikiran bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai dunia pendidikan akan dibentangkan. Pengerusi Maahad Darul Anuar, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, pembentangan itu dibuat melalui siri kolokium yang akan mengumpulkan profesional pendidikan seluruh negara. Menurutnya, program bersiri itu amat penting kerana bukan sahaja mengumpulkan ahli akademik, malah mereka akan membincangkan bagaimana Tok Guru mengaplikasikan pendidikan dalam kehidupan sehariannya. "Melalui kolokium seterusnya tahun hadapan, kita akan bentang kertas kerja yang berkait rapat dengan pendidikan dan pemikiran pendidikan Tok Guru serta macam mana kita nak aplikasikan pendidikan pemikiran tersebut dalam bentuk kurikulum. "Jadi melalui kertas kerja tersebut kita boleh mantapkan lagi kokurikulum di Darul Anuar dan juga mungkin sekolah lain yang berminat, terutamanya sekolah tahfiz persendirian," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama program Wacana: Dunia Pendidikan Tok Guru di Dewan Utama Maahad Darul Anuar, semalam. Turut hadir, Rektor Universiti Fatoni, Dr Ismail Lutfi; Adun Melor, Dr Yusnan Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Umah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff. Pada masa sama, majlis pelancaran Rumah Ngaji di maahad tersebut turut disempurnakan. Nik Omar yang juga anak kedua Allahyarham Nik Abdul Aziz berkata, sebelum ini, program dan pencerahan mengenai Allahyarham Tok Guru banyak terarah kepada tokoh politik dan pentadbir negeri. "Program ini hanya memfokuskan kepada pendidikan kerana sebelum ini Tok Guru sudah dikenali sebagai tokoh politik dan pentadbir negeri, maka satu kelainan dibawa untuk menterjemahkan elemen pendidikan tersebut yang wujud dalam sifat-sifat mulia Tok Guru," katanya. Terdahulu, Nik Omar berkata, program berkala kolokium itu dijangka dilaksanakan penghujung Mei ini untuk sesi kedua dan sesi ketiga pada awal Februari tahun depan. "Kita fikir program ini merupakan program yang baik khususnya tentang pendidikan dan kebetulan bagi arwah Tok Guru sendiri pun, memang pendidikan yang menjadikan dia insan hebat sehingga layak dipanggil Alim Rabbani," katanya. Pada masa sama, katanya, sebuah buku bertajuk Dunia Pendidikan Tok Guru hasil tulisannya juga akan dilancarkan pada Mei ini sempena siri kedua wacana yang dijangka berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Sementara itu, mengulas perkembangan perasmian Rumah Ngaji di maahad tersebut, Marhaini berkata, besar harapan WUI untuk melihat lebih ramai pelajar menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan wajib. "Saya jumpa banyak kes sebelum ini melibatkan mereka (pelajar) yang kurang ilmu agama sehinggakan baca Al-Fatihah pun tidak boleh. Maka kami berharap dengan adanya inisiatif Rumah Ngaji ini, kita akan bantu golongan tersebut untuk kembali kepada al-Quran. "Marilah kita sama-sama meriahkan bacaan dan fahaman kita pada al-Quran. Ini adalah asas utama yang penting dalam kehidupan seharian kita," katanya. Yusnan yang membaca teks ucapan Datuk Ahmad Yakob pula berkata, wacana tersebut sangat bermakna kepada rakyat negeri ini khasnya ia menyentuh keperibadian murabbi ummah yang sangat disayangi masyarakat. "Sejak diamanahkan sebagai Menteri Besar Kelantan, arwah menjalankan tanggungjawab mentadbir kerajaan negeri mengikut perintah agama, dan tindakan tersebut adalah semata-mata untuk menjamin kesejahteraan rakyat Kelantan. Inilah mesej yang dibawa Tok Guru sepanjang pentadbirannya. "Beliau juga berjaya membuka minda dan mata rakyat serta meyakinkan banyak pihak bahawa hanya Islam boleh diterima pakai. Jika kita merujuk kepada dasar membangun bersama Islam, ia juga telah diasaskan oleh arwah Tok Guru. Malah sejarah telah membuktikan kegigihan beliau mengharungi pelbagai halangan berjaya meletakkan asas kukuh dan destinasi yang jelas untuk membawa rakyat membangun dengan Islam," katanya. Beliau juga berkata, kejayaan Allahyarham tidak dinilai di mata manusia, malah asas unggul peninggalan beliau itulah yang menjadi rujukan kita semua selaku generasi penyambung untuk membawa negeri warisan ini melangkah lebih maju ke hadapan berteraskan tonggak keberkatan kebajikan dan kemakmuran. Tokoh Islam unggul Sementara itu, Ismail dalam ucaptama wacana tersebut memberitahu, Tok Guru adalah salah seorang tokoh Islam yang unggul di sudut kealiman dengan ilmu-ilmu wahyu dan kejayaannya dalam pelaksanaan ilmu, sama ada pada peribadinya, keluarga, masyarakat dan kerajaannya. "Pernah saya menziarahi Tok Guru di Masjid Pulau Melaka tahun lalu dan beliau menceritakan bahawa beliau pernah menjemput beberapa ketua agama Buddha untuk makan bersama pada hari raya. Katanya tetamu yang hadir itu lebih ramai daripada yang dijemput, dan beliau menceritakan perkara tersebut dengan cukup bangga. Ini kerana Islam itu adalah agama rahmat kepada sekian alam. "Arwah juga berhak diberi gelaran 'Alim Rabbani' kerana sahsiah dan sifat yang dimiliki beliau dan melihat kepada perjuangan beliau sebagai pejuang Islam. Bukan sekadar fanatik kepartian atau kumpulan," katanya. | ||
Anugerah dari Selangor buat hati Afdlin ‘bergetar’ Posted: 21 Feb 2016 04:16 AM PST SELEBRITI terkenal, Afdlin Shauki melahirkan perasaan terkejut hingga hatinya bergetar ketika diumumkan sebagai penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam oleh Selangor dalam program Gala Aspirasi Seni, malam tadi. Berkongsi perasaan itu, Afdlin menulis di laman Facebooknya hari ini dan mengakui hampir menitiskan air mata ketika namanya disebut. "Subhanallah... Dalam bertahun saya menjadi orang seni dan pelbagai anugerah diterima. Semalam bila mereka sebut nama saya (sebagai) penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam. "Saya betul-betul terkejut. Air mata nak berlinang turun dari mata," tulisnya. Gala Aspirasi Seni berlangsung semalam dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. Mengulas lanjut, Afdlin akui bahawa anugerah itu merupakan paling bermakna dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni. "Diletak sebagai seorang yang boleh menggerakkan orang ramai untuk mendekati Islam melalui seni adalah satu penghormatan yang bermakna bagi saya walaupun ianya tak glamor "Insyaa-ALLAH saya akan terus istiqamah. Terima kasih Jais dan pihak penganjur semalam," katanya. | ||
Posted: 21 Feb 2016 04:08 AM PST SHAH ALAM - PKR membantah keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menamatkan khidmat dua Adunnya di negeri itu dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) gara-gara berkecuali dalam usul dibawa Adun BN pada sidang Dun, tahun lalu. Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya akan mempertahankan tindakan kedua Adunnya itu. "Biro Politik PKR buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap Adun dan kita akan mempertahankan mereka yang menggunakan Dun untuk memberikan pandangan dan maklum balas. "Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai Adun mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan," katanya. Semalam, Guan Eng dilaporkan menamatkan khidmat dua Adun PKR, Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng dari GLC negeri itu gara-gara beliau sudah tidak mempunyai keyakinan keduanya dapat berfungsi secara profesional dan berkesan susulan kes di sidang Dun Pulau Pinang, tahun lalu. Sehubungan itu, Azmin berkata, PKR akan mengutus surat kepada Kerajaan Pulau Pinang bagi memaklumkan pendirian parti itu dalam isu ini. "(Parti) Ada buat ketetapan untuk hantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya perkara ini dapat dibincangkan dengan baik dan secara berhemah," katanya. Chin Wen adalah Adun Bukit Tengah telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Sementara Adun Kebun Bunga, Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera. Tahun lalu, lima Adun PKR termasuk Lee Khai Loon (Machang Bubuk); Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti) berkecuali sewaktu proses pengundian usul yang dibawa Adun BN, Muhamad Farid Saad berhubung isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang. | ||
Ada yang terancam dengan kebolehan Aziz Bari - Penganalisis Posted: 21 Feb 2016 04:06 AM PST Oleh Zeanaaima Md Yusof SHAH ALAM: Ada pemimpin dalam PKR yang berasa terancam dengan kebolehan dan kewibawaan Dr Aziz Bari seraya bertindak menyekat pengaruh pakar undang-undang itu dalam parti, kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed. Jelas Marthada, jika Aziz tidak dihalang, bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mampu membina empayarnya sendiri dalam PKR dan perkara itu tentunya tidak disenangi pemimpin tertentu. "Apa yang berlaku pada Dr Aziz Bari sesuatu yang kita yang dijangka kerana sebagai seorang personaliti yang dilihat berwibawa dan punya ketrampilan mungkin beliau boleh pergi jauh jika diberi peluang. "Namun mungkin dilihat dilihat sebagai satu ancaman sebab itu beliau tidak mendapat sokongan yang besar apatah lagi ketika beliau berada dalam PKR. Sokongan tak begitu kuat yang sebabkan beliau tak dihargai dalam parti," ketika dihubungi Antarapos. Marthada berkata demikian mengulas kenyataan Aziz yang ditemubual secara eksklusif oleh Antarapos baru-baru ini bahawa peranannya untuk menyumbang kepada masyarakat dinafikan PKR. Aziz pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bertanding mewakili PKR di Parlimen Sabak Bernam tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) selepas dikatakan disabotaj dalaman PKR. Selepas kekalahan itu, peluang politik kepada Aziz dalam PKR seolah terbatas apabila beliau langsung tidak diberikan sebarang jawatan termasuk apa yang dijanjikan terhadapnya, penyelia Parlimen Sabak Bernam. Aziz pada Julai tahun lalu mengumumkan penghijrahannya kepada DAP dan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pusat DAP Selangor. Beliau kemudiannya dicalonkan untuk menjadi ahli majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tetapi namanya digugurkan saat akhir, selepas dikatakan dicantas PKR. Marthada ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata, budaya cantas-mencantas dalam parti politik adalah perkara biasa, termasuk PKR. "Budaya cantas-mencantas satu budaya wujud dalam mana-mana parti. Bukan hanya dalam Umno saja, kalau kita lihat dalam PAS juga ada budaya itu sehingga menyebabkan pemimpin profesional disisih dan keluar dan bentuk Parti Amanag Negara (PAN). "Sama juga dengan MIC berlaku pertembungan dan juga MCA. Ini juga senario yang sama berlaku dalam pembangkang, bukan sesuatu yang hairankan dan ia turut berlaku dalam PKR," ujarnya. Justeru Marthada berkata, PKR mahupun rakan komponennya dalam Pakatan Harapan tidak boleh mendabik dada dan berkata mereka lebih baik serta telus berbanding parti lain. Beliau kemudiannya merujuk insiden bagaimana PKR menggulingkan bekas Menteri Besar Selangor terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Langkah Kajang. Langkah Kajang ujar Marthada bukan hanya tidak disenangi rakyat yang memberikan mandat kepada pembangkang untuk mentadbir negeri itu, tetapi turut mengundang bantahan daripada rakan politik mereka, PAS. "PKR tak boleh dabik dada bahawa mereka lebih baik atau lebih bersih daripada mana-mana parti termasuk parti dalam kerajaan kerana budaya ada amalan negetif serta amalan tidak sihat memang wujud dalam PKR," ujarnya. | ||
Tok Him kata kerajaan main wayang Posted: 20 Feb 2016 09:25 PM PST MALAYSIAKINI Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menasihati rakyat di negara ini supaya tidak teruja dengan janji timbalan perdana menteri yang menyatakan pengambilan seramai 1.5 juta pekerja Bangladesh kini dibekukan. Katanya, tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu hanyalah bertujuan hanya untuk meredakan kemarahan rakyat semata-mata. "Saya ingin menarik perhatian, kita jangan mudah teruja dengan drama, di mana saya bimbang setakat penangguhan ini untuk meredakan kemarahan rakyat. "Sebenarnya pekerja Bangladesh ini akan dibawa ke Malaysia dengan jumlah 1.5 juta," katanya melalui rakaman video yang dimuat naik oleh blogger Minaq Jinggo. Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri. Zahid berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori. Kata Ibrahim lagi, perkara itu bukanlah suatu baru kerana sebelum ini kabinet secara senyap meluluskan pelbagai kuota. "Saya ingin tegaskan, sebelum ini sudah ada pengumuman kabinet membekukan keputusan itu dan ini. Tetapi dalam senyap-senyap mereka meluluskan pelbagai kuota termasuk pekerja asing peringkat demi peringkat," katanya. Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggesa kerajaan tidak bermain wayang, sekali gus memutarbelitkan rakyat dengan keputusan yang tidak tetap. "Jangan terus bermain drama, terus memutarbelitkan rakyat kerana yang kita nak lihat, pembatalan terus secara muktamad, tidak ada lagi pekerja warga asing. "Masalah kekurangan pekerja boleh kita uruskan dengan cara yang lain, banyak lagi kaedah dan bukan dengan jalan yang mudah," tegasnya. | ||
Posted: 20 Feb 2016 09:22 PM PST Alyaa Alhadjri Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata biro politik parti berkenaan mempertahankan keputusan mereka membela dua ADUN di Pulau Pinang yang disingkirkan daripada jawatan lantikan kerajaan negeri. Bercakap kepada media di majlis sambutan Tahun Baru Cina PKR Bukit Lanjan sebentar tadi Azmin berkata keputusan biro itu dibuat kerana kedua-dua ADUN terbabit memainkan peranan mereka sebagai wakil rakyat. | ||
Posted: 20 Feb 2016 09:18 PM PST SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berjaya menumpaskan dua pembunuh upahan dalam satu kejadian berbalas tembak di Sibu, Sarawak, pagi tadi. Menurut polis, dengan kejayaan itu juga pihaknya percaya telah menyelesaikan tujuh kes bunuh atau cubaan bunuh di sini. Perkembangan terbaharu itu turut mendapat pujian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Facebooknya, sebentar tadi. "Syabas JSJ Sarawak," katanya. | ||
Isu Bangladesh: Rakyat keliru tindakan kerajaan Posted: 20 Feb 2016 09:16 PM PST SHAH ALAM - Perubahan maklumat dan tindakan yang sering berubah-ubah oleh kerajaan dalam isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh hanya akan mengelirukan rakyat. Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, penarikan balik keputusan setelah pengumuman dibuat memperlihatkan seolah-olah kerajaan tidak ada sistem. "Masalah kerajaan hari ini ialah penyaluran maklumat sering berbeza-beza dan tindakan yang juga berubah-ubah. Rakyat akan melihat seolah-olah kerajaan yang ada ini lemah. "Keputusan serta ulasan yang berbeza antara seorang menteri dengan menteri lain hanya akan menjadikan rakyat keliru. Ini boleh membawa kepada masalah dari segi dasar dan pelaksanaan," katanya. Menurut Md Shukri, sudah tiba masanya kerajaan membentuk sekretariat jurucakap dasar dan pengumuman penting kerajaan. "Jika banyak menteri dan tokoh bercakap, lagi banyak kesilapan fakta boleh berlaku. "Kabinet pula perlu konsisten dalam pengumuman dasar dan tindakan. Jangan biarkan isu seperti ini berterusan kerana pembangkang mudah memanipulasi isu sebegini bagi mencemarkan imej menteri dan kerajaan," jelasnya. Katanya, kerajaan Persekutuan bukan seperti program Akademi Fantasia yang berkisar soal undi dan siapa yang popular. "Perdana menteri dan timbalannya tidak boleh dilihat seolah-olah bersaing antara satu sama lain dalam hal siapa popular. "Mereka berdua harus saling membantu. Jika ada tindakan dilaksanakan seolah-olah hendak menjatuhkan seseorang pemimpin, maka ia akan merosakkan BN itu secara keseluruhan," katanya. | ||
Satu lagi video parodi CNY dari DAP - kali ini mengenai RM2.6b Posted: 20 Feb 2016 09:10 PM PST MALAYSIAKINI Dalam video muzik itu, menjelang kempen pilihan raya Sarawak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dilihat menyanyi lagu klasik CNY Cai Shen Dao (Dewa kekayaan ada di sini). Mereka membuat rujukan kepada apa yang didakwa derma RM2.6 bilion dari penderma Arab, dengan seorang lelaki berpakaian seperti seorang Arab bersama wang yang banyak dalam video itu, serta Teo membawa beg tangan mewah dan cincin berlian. Mereka juga membuat jenaka mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April tahun lepas, dengan Teo membawa tanda GST dan meleret wang dari Pua dan dewa kekayaan. Pada akhir video itu, kedua-dua pemimpin DAP itu mendedahkan pengharapan mereka untuk tahun baru. "Mari kita bawa perubahan kerajaan dan ucap selamat tinggal kepada penyalahgunaan dan rasuah," kata Pua. Teo pula mengingatkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi pada bulan April dan menyeru orang ramai untuk menderma kepada DAP untuk kempen pilihan raya di sana. "DAP tidak seperti Najib - kita tidak mempunyai rakan di Timur Tengah. "Tetapi itu ok, kerana kita mempunyai sokongan anda," katanya. | ||
Pas tetap tanding di Parlimen KT Posted: 20 Feb 2016 09:10 PM PST Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun Parlimen tersebut sudah menjadi kerusi Amanah berikutan tindakan ahli parlimennya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyertai parti baharu itu, beliau menjelaskan Pas tidak akan memberi ruang kepada parti lain merampas kerusi tersebut pada PRU akan datang. "Kita menang dalam PRU yang lalu, yang dia (Raja Bahrin) lari itu, dia punya pasal dan Pas akan tetap bertanding di Parlimen Kuala Terengganu (pada PRU14)," katanya kepada pemberita. Beliau berkata sempena Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong Pas Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol, di sini. Jelasnya, perasmian pejabat penyelaras itu juga turut berperanan memberi khidmat kepada orang ramai di sekitar parlimen itu berikutan Pas sudah tidak mempunyai wakil rakyatnya di Parlimen tersebut untuk menggerakkan kerja-kerja kebajikan kepada rakyat. Pelbagai program turut dirancang khususnya dari sudut kesihatan, guaman dan makanan percuma kepada fakir miskin di parlimen ini sebulan sekali yang akan bermula selewat-lewatnya Mac ini. Sementara itu, berhubung kerusi Dun Bandar yang dimenangi PKR pada PRU13 lalu, pihaknya akan menyerahkan perkara itu kepada Pas Pusat menjelang PRU14. Beliau berkata, sekiranya kerjasama politik antara PKR dianggap masih kekal, laluan akan diberi kepada parti itu tetapi jika sebaliknya, pihaknya akan mempertimbangkan semula penyertaan Pas di kerusi tersebut. Bagaimanapun, Satiful yang juga Adun Paka menegaskan jika DAP bertanding di Dun Bandar, Pas akan bertanding di kerusi itu memandangkan pihaknya tidak mempunyai hubungan kerjasama dengan parti terlibat. "Kalau DAP tanding (di Dun Bandar), Pas (juga akan) tanding. Kita tidak akan bagi BN menang percuma. Secara tradisi Pas lawan BN (di Terengganu)... Lagipun Pas pernah menang kerusi Dun Bandar," katanya |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan