Khamis, 18 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mustam Kesal Isterinya Yang Bertudung Dicabuli Warga Asing

Posted: 18 Feb 2016 01:18 AM PST

Warga asing cabul isteri pemuzik jalanan dipercayai mabuk

PETALING JAYA: Warga asing yang memeluk dan meraba isteri seorang pemuzik jalanan di hadapan kompleks beli belah Sogo malam tadi, dipercayai berbuat demikian dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh anggota polis bantuan (PB) Sogo yang menyatakan lelaki dipercayai warganegara Nepal itu mabuk, berdasarkan caranya bercakap dan bau alkohol pada dirinya.


"Lebih kurang jam 9 malam, PB Sogo perasan bahawa seorang lelaki terbaring ke bawah di Dataran Sogo dalam keadaan berdarah.

"PB Sogo dan seorang pengawal keselamatan telah mengangkat lelaki itu dan memberi rawatan kepadanya. Menurut PB, lelaki yang kelihatan seperti Nepal berkemungkinan mabuk bedasarkan pada cara dia bercakap dan bau alkohol pada dirinya.

"Kecederaan hanya dilihat pada hidung sahaja. Setelah PB memberinya sebotol air untuk mencuci mukanya dan selepas itu lelaki Nepal terus bangun dan berjalan ke arah Kompleks Pertama," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Zainol turut mengesahkan polis menerima laporan yang dibuat penyanyi terbabit yang merupakan vokalis kumpulan Genji Busker, Mustam Mustapa. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Isu isteri vokalis kumpulan Genji Busker dipeluk dari arah belakang sewaktu hendak membuat 'busking' di Sogo menjadi viral dalam aplikasi Whatsapp.

Mustam yang berang dengan warga asing itu bertindak membelasahnya, menyebabkan warga asing terbabit jatuh dan tercedera serta dibiarkan terbaring di laluan pejalan kaki di Dataran Sogo.

kolp
Genji Buskers Mengamuk Tumbuk Warga Nepal Peluk Dan Raba Isteri Depan Mata|Dalam demam isu berkait cadangan menteri atas pengambilan warga asing kemalaysia sudah menjadi perbualan hangat di laman media sosial baru baru ini.
Namun isu yang ingin kami kedepankan bukanlah tetang perkara tersebut,akan tetapi perlakuan seorang pendatang asing yang di dakwa seorang lelaki berbangsa nepal telah ditumbuk oleh salah seorang kumpulan penyanyi Genji buskers akibat warga nepal tersebut telah meraba dan memeluk isterinya ketika setup barang di busking depan sogo baru baru ini.
"HATI2 DENGAN NEPAL… aku tengah setup barang nak busking depan sogo,nepal ni datang dari belakang farah yang tengah berdiri belakang aku terus peluk farah dari belakang guna tangan n jerut tengkuk farah ,tangan kiri dia buat keje.. farah meronta tolak muka dia ,aku trsedar dan trus xsedar keje kan die….depan public depan sogo ok.. terang-terangan pun dia berani buat mcm tu dn aku x bgi org awam lain cmpur tgan.tahu2 die dh tersembam drah memancut.. DIE PELUK BINI AKU! kalau kena kat korang camne?? "
kol
Gambar dan juga info yang dikongsikan oleh genji buskers sendiri di laman facebooknya turut mendapat perhatian dan sokongan ramai pengguna media sosial atas tindakannya menumbuk warga asing tersebut.
"aku just jalankan kewajipan sbg suami sahaja… tak sedar tau2 keras pastu darah meleleh … aku tau malaysia akan melindungi penjenayah macam nepal ni lps ini aku yg kedalam.
salain daripada itu isu tersebut juga di muat naik oleh farah yang menjadi mangsa.
"ALLAH!! nak gugur jantung aku.. tengah2 nak setup barang busking kat sogo datang nepal ke bangla tah dri blakang pluk aku.. aku tkjut cbe tolak die,tbe2 die slamber jerut leher aku pegang trik ikut dia.. ya Allah.. depan suami aku kot.. depan org rmi.. 😭 terus sesak nafas aku masa tu sbb trkjut.. aku tolak muka dia skuat hati.. baru nk angkat kaki yg berkasut timberland ni,husband aku trus tolak aku tepi n shoot jantan sial tu.. berderau drh aku beb.. bg sedas dua dh terjelepok.. 😢😢😢 aman kah Malaysia??"
Mangsa trauma
Mangsa masih terauma
Selang beberapa jam selanjutnya farah mengucapkan ribuan terimaksih kepada natizen yang memberi sokongan penuh atas tindakan suaminya yang memukul lelaki berbangsa nepal tersebut ,farah juga mengatakan bahwa mereka sudah membuat aduan kepada pihak polis.
"Salam smua trma ksh krana prihatin pd sy dan suami.. kejadian tu bukan la rekaan .. kalau kenal siapa kami yg slalu busking di sogo pasti anda tahu situasi di sana.. belum bodoh lg nk reka2.. kes ni dah dilaporkan pd pihak polis.. mereka sndri geram dgar sy kena mcm ni.. trma ksh rakan sekalian.. smoga wanita dilindungi sebaiknya.. risau kelak kna kat wanita lain.. doa kan sy ya"
Diharap kepada kaum hawa di luar sana agar lebih berhati hati ketika berada diluar,mungkin rambut sama hitam hati tiada siapa yang tau.
- kredit kepada eberita.org



Tiada ulasan: