DIALOG RAKYAT |
- Solidarti Buat Mukhriz
- SEJARAH BAKAL BERULANG
- Politikus ‘kotorkan’ Malaysia, Raja-Raja yang ‘bersihkan’
- Bekas isteri kedua Salih Yaakob dedah punca cerai
- KWSP tidak melabur dalam judi, hiburan, alkohol
- Polis HK: Siasatan dana didakwa ada kaitan dengan Najib masih berjalan
- Zahid: Jangan hina tahap pendidikan Bashah
- Rafidah: Kemelut di Kedah kerana tamakkan kuasa
- Mahfuz pulaukan majlis angkat sumpah Bashah
- Tabung Haji umum 5 peratus dividen, 3 peratus bonus
- Lakaran Najib ‘bermuka badut’ ke peringkat antarabangsa
- Mahkamah NZ perintah bekas diplomat Malaysia 9 bulan tahanan rumah
- Duta Besar Malaysia ke Switzerland meninggal dunia
- Pengarah Urusan Rayani Air letak jawatan
Posted: 03 Feb 2016 11:21 PM PST Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR 1. Hari ini, 4 Feb 2016 saya dijemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (bahagian protokol) untuk menghadiri Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Bashah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit jam 9 pagi, ekoran kejayaan Putrajaya dalam komplot penggulingan dan penyingkiran Mukhriz daripada jawatan MB Kedah. 2. Boleh dikatakan setiap kali majlis angkat sumpah perlantikan MB sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1999, saya akan hadir. Setiap orang yang dijemput diminta memakai baju kebangsaan berwarna hitam bersongkok dan bersampin songkit benang berwarna emas. 3. Walaupun berbeza dan berlainan ideologi dan parti politik, saya menerima atas semangat demokratik kerana itu adalah ekoran daripada keputusan Piliha Raya Umum yang diputuskan oleh rakyat. Namun, pada kali ini yakni majlis angkat sumpah Bashah sebagai MB sangat berlainan kerana ekoran penggulingan Mukhriz sebagai MB akibat dendam kesumat Putrajaya kepada manusia dua beranak iaitu Tun Mahathir dan Mukhriz atas kritikan tajam mereka terhadap PM Najib. 4. Saya merenung jauh tentang nasib masa depan negeri ku yang tercinta Kedah Darulaman. Apakah akan terjadi pada anak cucu kita dengan adanya pemimpin politik yang berdendam sehingga Mukhriz yang tidak melakukan kesalahan besar digulingkan. Apalah nasib rakyat Kedah dengan MB baru dan barisan exco yang tiada moral dan integriti politik yang hanya menjadi pak turut membabi buta. Saya cukup sedih dan kecewa dengan pemimpin politik seperti ini. Lebih sedih dan mengecewakan lagi ialah bila adinda saya Mukhriz disingkir kerana keberanian dan ketegasan beliau bercakap benar di hadapan boss dia yang "JAHAT". Bagi saya, penyingkiran Mukhriz sebagai MB adalah sebenarnya pengkhianatan terhadap rakyat Kedah yang sama sekali tidak boleh diterima. 5. Atas semangat kasihkan negeri dan rakyat Kedah yang sedang berduka saya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru. Saya percaya rakyat Kedah akan turut sama MENYUMPAH DAN MENYAMPAH dengan gerombolan Putrajaya yang menyerang Kedah. #SOLIDARITI UNTUK MUKHRIZ DAN RAKYAT KEDAH. * DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR.Ahli Parlimen Pokok Sena | ||
Posted: 03 Feb 2016 11:11 PM PST shahbudindotcomPada 2006, Tun Mahathir Mohamad "dikerjakan" oleh majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian Kedah ketika bertanding sebagai salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu dan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kecundang akhirnya. Dalam beberapa pengakuannya, Tun Mahathir berkata, kekalahannya hanya disebabkan "cash is king" sebanyak RM200 sahaja. Mereka yang berjaya memalukan Tun Mahathir begitu gembira dalam tempoh beberapa lama, tetapi dalam pilihanraya 2008 kemudiannya, UMNO dan BN negeri itu tumbang di tangan pembangkang. Hari ini di tahun 2016, majoritinya masih Ketua-Ketua UMNO yang sama yang menyebabkan peristiwa 2006 dan seterusnya yang menyebabkan UMNO dan BN kalah pada 2008 itu, bertindak sekali lagi dengan menyingkirkan Mukhriz Mahathir pula daripada kerusi Menteri Besar Kedah. Orang yang sama dan tindakan yang dilakukan juga hampir sama. | ||
Politikus ‘kotorkan’ Malaysia, Raja-Raja yang ‘bersihkan’ Posted: 03 Feb 2016 11:07 PM PST Nilai integriti ahli politik tanah air yang semakin merosot mengukuhkan kedudukan Raja-Raja selaku sumber kekuasaan, keadilan dan payung negara. Krisis Menteri Besar Kedah sejak seminggu lalu sekali lagi menyaksikan kebijaksanaan Raja-Raja dalam memainkan peranan menyelesaikan kemelut politik yang melanda. Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dianggotai Tan Sri Tunku Sallehuddin, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz benar-benar ibarat 'menarik rambut dalam tepung' bagi memastikan krisis itu diselesaikan dengan baik. Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggunakan konsep semak dan imbang dan sememangnya berlaku adil apabila memanggil semua Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, tidak kira seseorang ADUN itu daripada parti mana. Soalan daripada ketiga-tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah sama sahaja, iaitu adakah mereka masih menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku ketua kerajaan Negeri Jelapang Padi? Jawapan bagi setiap ADUN itu dinilai dan dibincangkan dalam jemaah diraja negeri berkenaan supaya keputusan konsensus terbaik dapat dibuat demi rakyat Kedah. Krisis Menteri Besar Kedah yang berlaku adalah contoh terbaik bagaimana Raja-Raja Melayu memperkasakan peranan mereka sebagai kuasa dan sumber keadilan tertinggi negara yang memayungi seluruh rakyat. Tahun-tahun sebelum ini, kita pernah menyaksikan perkara serupa membabitkan Raja-Raja Melayu iaitu campur tangan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah dalam krisis Menteri Besar negeri itu. Malah, dalam tahun 1970-an juga, negara menyaksikan Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Iskandar Shah berkrisis dengan dua Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi dan Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh atas dakwaan rasuah, dakwaan pengagihan konsesi balak tidak adil dan mempersoalkan tindakan Sultan melantik seorang ulama sebagai penasihat agama dan adat Melayu Perak, hanya kerana ulama itu ahli PAS. Sultan Idris bertindak 'menyingkirkan' dua Menteri Besar berkenaan dan Presiden UMNO waktu itu hanya mampu melihat sahaja tanpa boleh berbuat apa-apa. Di sinilah rakyat perlu sedar, betapa pentingnya kuasa Raja-Raja dalam menegur dan campur tangan yang perlu mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri untuk mengawal tindakan politik oleh politikus tidak berintegriti ini. Ini penting supaya pentadbiran negeri lancar dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat tidak tergugat. Raja-Raja juga berhak menegur ketua kerajaan, sama ada Persekutuan atau negeri berhubung isu semasa yang melanda negara, termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang pernah disuarakan baru-baru ini. Kita juga menyedari bahawa mutakhir ini, institusi Raja-Raja kembali menjadi tumpuan terutama orang Melayu yang sudah semakin muak dengan permainan politik oleh politikus tidak berintegriti. Teringat kita akan kata-kata seorang pembesar Melayu di salah satu Balai Undang di Negeri Sembilan. Katanya, institusi politik boleh runtuh bila-bila masa, namun kedudukan Raja-Raja adalah kekal kerana ia termaktub dalam Perlembagaan dan mempunyai kuasa tersendiri untuk menjaga negara ini. Yang pasti, situasi politik semasa sejak Pilihan Raya Umum (PRU-12) pada tahun 2008 menyaksikan Raja-Raja semakin perkasa kedudukannya. Ingatan kepada ahli politik tidak berintegriti, tidak kira daripada mana-mana parti politik sekali pun, mereka tidak boleh berlebih-lebih dalam berpolitik kerana Raja-Raja sentiasa memerhati, menegur dan boleh sahaja 'membuang' ahli politik jenis ini daripada pentadbiran negeri. | ||
Bekas isteri kedua Salih Yaakob dedah punca cerai Posted: 03 Feb 2016 11:01 PM PST Nor Raha berharap isu penceraian tidak lagi dipanjangkan kerana dia sudah memiliki keluarga baru. PETALING JAYA: Bekas isteri kedua pelakon dan penyampai radio, Salih Yaakob, mendedahkan faktor kewangan antara punca penceraian mereka selepas mendirikan rumah tangga sejak 23 tahun lalu. Nor Raha Hamad berkata, disebabkan masalah itu, dia nekad untuk bercerai pada tahun lalu selepas mula minta dilepaskan sejak 2012 lagi. "Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak. "Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. "Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain," katanya yang berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana dia sudah memiliki keluarga baharu. Salih sebelum ini mendakwa kewujudan orang ketiga menjadi punca penceraian mereka. Salih dan bekas isterinya itu telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun dan dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu. Sementara itu, tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya dan daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak. | ||
KWSP tidak melabur dalam judi, hiburan, alkohol Posted: 03 Feb 2016 10:54 PM PST THE RAKYAT POSTKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memberi jaminan kepada pencarumnya bahawa pertimbangan pelaburannya adalah sejajar dengan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). KUALA LUMPUR, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memberi jaminan kepada pencarumnya bahawa pertimbangan pelaburannya adalah sejajar dengan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Bernama melaporkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata KWSP tidak membuat sebarang pelaburan dalam perniagaan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan perjudian, hiburan dewasa dan alkohol. "Kami sentiasa menjadi pelabur beretika dalam erti kata kami tidak melabur dalam sektor-sektor tertentu. Masyarakat akan mengatakan bahawa melabur dalam saham perjudian dan alkohol bukan sesuatu yang mereka benar-benar suka. "Kami perlu mengambil kira perasaan dan nilai-nilai pemegang kepentingan," katanya kepada pemberita pada taklimat media, di sini, hari ini. Mohamad Nasir berkata KWSP juga memastikan syarikat-syarikat yang dilaburnya mengamalkan tanggungjawab sosial korporat yang betul yang mematuhi ESG. KWSP juga tidak melabur dalam syarikat yang terlibat dalam penggunaan buruh kanak-kanak, diskriminasi jantina dan syarikat yang tidak prihatin kepada alam sekitar. Sebagai contoh, apabila jerebu menjadi satu isu, KWSP menulis kepada syarikat perladangan yang ia memiliki kepentingan dan meminta jaminan bahawa mereka tidak terlibat atau menyumbang kepada masalah itu. Mengenai pelaburan dalam syarikat berkaitan bauksit, Mohamad Nasir berkata KWSP yang memiliki 11.8 peratus ekuiti dalan IJM Corp Bhd, mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak yang berkaitan dan 'kami berpuas hati dengan penjelasan mereka dan memantau dengan rapat perkembangan mereka. Ini merupakan langkah-langkah yang diambil KWSP untuk memastikan pelaburannya sejajar dengan amalan ESG. Kuantan Port Consortium Sdn Bhd, yang menguruskan penghantaran bahan galian itu dimiliki 60:40 secara bersama oleh IJM Corporation Bhd dan Beibu Gulf Holding (Hong Kong) Co Ltd. | ||
Polis HK: Siasatan dana didakwa ada kaitan dengan Najib masih berjalan Posted: 03 Feb 2016 10:48 PM PST Lu Wei Hoong Walaupun Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamad Apandi Ali mungkin telah membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes derma RM2.6 bilion, tetapi polis Hong Kong masih menjalankan siasatan terhadap deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa ada kaitan dengan perdana menteri. Ketika dihubungi, cawangan perhubungan awam polis wilayah itu berkata: "Seorang lelaki membuat laporan kepada polis (Hong Kong) pada 30 Ogos dan meminta kami menyiasat deposit bank itu. "Siasatan oleh ibu pejabat jenayah kami sedang berjalan," kata pegawai itu ketika menjawab pertanyaan Malaysiakini. Polis Hong Kong membuka fail siasatan itu berikutan laporan yang dibuat oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 30 Ogos lalu. Khairuddin dalam laporan polisnya menamakan empat syarikat yang beliau dakwa dimiliki jutawan kelahiran Pulau Pinang yang rapat dengan Najib - Jho Low - dan keluarganya. Khairuddin juga membuat laporan terhadap 1MDB di Switzerland dan Singapura. Najib telah dibersihkan oleh Apandi daripada sebarang salah laku berhubung derma RM2.6 bilion (AS$681 juta) dan RM42 juta yang disalurkan dari SRC International ke dalam akaun bank peribadinya. Perdana menteri telah secara konsisten menafikan sebarang salah laku sama ada dalam kemelut 1MDB atau kes derma tersebut. | ||
Zahid: Jangan hina tahap pendidikan Bashah Posted: 03 Feb 2016 10:42 PM PST MALAYSIAKINI Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya melihat menteri besar baru Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dari sudut positif walaupun kelayakan pendidikannya agak rendah. Timbalan perdana menteri berkata, Bashah yang dikenalinya sejak 1987 pernah menjadi timbalan menteri dan terbabit lebih 35 tahun dalam arena politik, lapor BH Online. "Ahli politik tak harus dilihat pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat latar belakang lain. "Jangan hina dan merendahkan. Berikan peluang. kalau kita cari kesalahan, kita tak akan temui kebenaran. Kalau kebenaran yang kita cari, aspek positif perlu diberi kepentingan," beliau dipetik sebagai berkata. Beliau berkata, Ahmad Bashah (gambar) perlu diberi masa 100 hari bagi beliau mencorakkan bentuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinannya. Sementara itu, harian itu juga melaporkan Zahid sebagai yakin dengan hubungan baik Bashah dengan kerajaan persekutuan bagi membolehkan lebih peruntukan disalur kepada pentadbiran baharu Kedah. "Secara peribadi, (Ahmad Bashah) boleh bisik kepada PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) untuk bantu bangunkan Kedah," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan di Beijing, China. Menurut Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam, Bashah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) seperti didakwa. Tahap pendidikan Bashah antara alasan digunakan oleh penyokong menteri besar yang dijatuhkan sebelum ini Datuk Mukhriz Mahathir bagi menolak kepimpinannnya. Mukhriz mendapat pendidikan tinggi di Jepun dan Amerika Syarikat. | ||
Rafidah: Kemelut di Kedah kerana tamakkan kuasa Posted: 03 Feb 2016 10:37 PM PST MALAYSIAKINI Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat kemelut politik di Kedah dengan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar menggambarkan ketamakan terhadap jawatan dan kuasa. "Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik untuk kepentingan diri sendiri. "Menjatuhkan orang lain untuk merebut kedudukan, inilah yang dikatakan tamak. Tamak terhadap kuasa dan kedudukan," tulis veteran Umno itu di Facebooknya. Penyingkiran Mukhriz dibuat selepas majoriti ADUN Umno di negeri itu- diketuai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya. Langkah itu juga dilihat sebagai usaha mengekang serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, terutama dalam isu 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion. "Pelbagai perkara timbul di sekeliling kita, lepas satu, timbul lagi satu masalah yang tidak boleh diselesaikan dan diikuti dengan beberapa lagi. "Ia seolah-olah seperti tangan, kaki dan jari terlekat terkena gam yang sukar dibersihkan, perasaan seperti terperangkap di dalam sebuah lubang," kata Rafidah. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu juga berkata sesebuah parti politik menjadi hancur disebabkan mengejar pangkat dan kuasa. "Biar menang sorak kampung tergadai. Biar parti hancur asal hasrat peribadi tercapai. Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa. Apa ertinya jawatan kalau tidak bekerja dan menunaikan tanggungjawab. "Tolonglah serius, negara ini tidak mahu lagi penipuan politik. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku," katanya. | ||
Mahfuz pulaukan majlis angkat sumpah Bashah Posted: 03 Feb 2016 10:31 PM PST MALAYSIAKINI Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar Kedah yang baru Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. "Atas semangat kasihkan negeri dan rakyat Kedah yang sedang berduka saya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar Kedah yang baru. "Saya percaya rakyat Kedah akan turut sama menyumpah dan menyampah dengan gerombolan Putrajaya yang menyerang Kedah," katanya. Bashah (gambar), anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di Alor Setar. Menteri besar Kedah ke-12 itu melafazkan sumpah memegang jawatan di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. Hadir sama pada majlis itu ADUN dan anggota parlimen Kedah serta pegawai kanan kerajaan negeri. Selepas kemelut kira-kira dua minggu, Bashah semalam diumumkan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan selepas ditolak ADUN dan BN negeri. Penggantian menteri besar itu dikaitkan dengan serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 'Cakap benar depan bos jahat' Mahfuz dalam kenyataan hari ini berkata majlis angkat sumpah Bashah sangat berlainan kerana "dendam kesumat Putrajaya" kepada Mahathir dan Mukhriz dua beranak susulan kritikan mereka pada Najib. "Apakah akan terjadi pada anak cucu kita dengan adanya pemimpin politik yang berdendam sehingga Mukhriz yang tidak melakukan kesalahan besar digulingkan. "Apalah nasib rakyat Kedah dengan menteri besar baru dan barisan exco yang tiada moral dan integriti politik yang hanya menjadi pak turut membabi buta," katanya. Membahasakan Mukhriz sebagai "adinda saya", Mahfuz menyatakan kesedihannya atas penyingkiran anak bekas perdana menteri keempat itu. "Saya cukup sedih dan kecewa dengan pemimpin politik seperti ini. Lebih sedih dan mengecewakan lagi ialah bila adinda saya Mukhriz disingkir kerana keberanian dan ketegasan beliau bercakap benar di hadapan bos dia yang 'jahat'," katanya. Mahfuz satu-satunya pemimpin pembangkang yang ke depan menyokong kepimpinan Mukhriz, yang baginya sama seperti menolak kepimpinan Najib. | ||
Tabung Haji umum 5 peratus dividen, 3 peratus bonus Posted: 03 Feb 2016 10:29 PM PST Zulaikha Zulkifli Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan Lembaga Tabung Haji akan mengagihkan RM3.23 bilion dividen dan bonus kepada pendeposit. Dengan jumlah tersebut, Jamil berkata, kadar dividen kepada pendeposit pada tahun 2015 adalah sebanyak lima peratus dan tambahan bonus haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan haji. Jumlah tersebut bagaimanapun menurun berbanding tahun lalu apabila kadar dividen yang diperolehi pendeposit sebanyak 6.25 peratus. Selain itu, Jamil menjelaskan keuntungan Lembaga Tabung Haji pada 2015 sebanyak RM3.53 bilion. Namun, selepas mengambil kira pandangan Bank Negara dan prospek ekonomi pada tahun ini, pihak Tabung Haji akan menyimpan RM300 juta dari Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih. "Tabung Haji akan mengagihkan RM3.23 bilion sebagai bonus kepada pendeposit. Seperti yang dinyatakan tadi, baki RM300 juta dari keuntungan tahun ini akan disimpan sebagai rizab. "Pembayaran bonus kali ini akan memberi manfaat kepada 8.23 juta pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan haji," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi mengumumkan bonus pendeposit Tabung Haji 2015 di ibu pejabat Tabung Haji di ibu negara hari ini. | ||
Lakaran Najib ‘bermuka badut’ ke peringkat antarabangsa Posted: 03 Feb 2016 10:26 PM PST MALAYSIAKINI Karikatur yang memaparkan lakaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang 'bermuka badut' kini menjadi bahan berita antarabangsa dengan lebih ramai artis digital berkongsi versi mereka di internet. Kerja-kerja itu kini dipaparkan di BBC, United Kingdom melalui seksyen 'BBC Trending', yang melaporkan mengenai topik hangat internet di seluruh dunia. Artis digital mula menghantar karikatur dalam talian sebagai solidariti bersama artis Fahmi Reza yang dimaklumkan bahawa beliau sedang berada di bawah pengawasan polis kerana memuat naik lakaran Najib 'bermuka badut' sebagai kempen anti-Akta Hasutan. Menulis di Facebook, Fahmi berkata selalunya ramai orang akan mula berikan solidariti selepas seseorang itu ditangkap. "Aku rasa aku mungkin orang pertama yang dah dapat solidariti siap-siap sebelum kena tangkap. "Dan saya bukanpun seorang ahli politik, hanya seorang pelukis grafik," katanya. Menurut Fahmi, beliau berharap budaya solidariti itu akan diteruskan, bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk sesiapa sahaja yang ditindas oleh pihak berkuasa. "Sbenarnya solidariti dari korang semualah yang bagi aku keberanian untuk terus melawan. "Kerana aku tahu kalau aku jatuh, korang ada di sisi aku untuk tolong aku bangun untuk kita sama-sama teruskan perjuangan," katanya. | ||
Mahkamah NZ perintah bekas diplomat Malaysia 9 bulan tahanan rumah Posted: 03 Feb 2016 10:18 PM PST ANTARAPOS.COM WELLINGTON: Bekas diplomat Malaysia yang dituduh "bertindak ganas" dan tidak sopan dengan menyerang seorang wanita di New Zealand, dijatuhi hukuman tahanan rumah selama 9 bulan, hari ini. Mohammed Rizalman Ismail, yang merupakan seorang atase tentera di kedutaan Malaysia di Wellington pada masa serangan itu, mengaku melakukan serangan tidak senonoh pada November lalu selepas menafikan tuduhan awal atas cubaan rogol dan pecah rumah. Rizalman mengekori wanita New Zealand Tania Billingsley ke rumahnya pada Mei 2014, menunggu kira-kira 30 minit di luar dan kemudian masuk ke dalam rumah serta berjalan ke dalam bilik tidurnya dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah. "Anda berlaku ganas kepada Billingsley...Dia seorang wanita muda, bersendirian di dalam biliknya, yang sepatutnya berhak untuk berasa selamat dan terjamin di dalam bilik tidurnya," Hakim David Collins memberitahu Rizalman semasa menjatuhkan hukuman. "Tiada wanita seharusnya berdepan keadaan menakutkan seperti dialami Billingsley apabila anda melanggar 'kesucian' bilik tidurnya." Collins berkata tindakan Rizalman bagaimanapun dianggap "terancang", apabila Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman berharap dia akan bersetuju melakukan seks. "Anda salah anggap apabila menyangka senyuman ialah tanda bersetuju melakukan seks, anda sengaja mengekorinya dan menunggu di luar rumahnya agak lama," kata hakim. Rizalman akan menjalani tahanan rumah selama 9 bulan, tetapi tidak di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, dan akan dihantar pulang apabila selesai tempoh hukumannya. Peguam Rizalman, Donald Stevens sebelum ini menyatakan beberapa situasi bagi meringankan hukumannya, termasuk berkaitan penyakit mental. -AFP | ||
Duta Besar Malaysia ke Switzerland meninggal dunia Posted: 03 Feb 2016 10:17 PM PST ANTARAPOS.COM PUTRAJAYA: Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor meninggal dunia di Berne, Switzerland pada Rabu, demikian menurut Wisma Putra. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Rabu, Mohd Zulkephli, 57,meninggal dunia pada 6.38 pagi waktu tempatan. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima orang anak. "Kedutaan Besar Malaysia di Berne dengan bantuan Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva sedang dalam proses menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Malaysia," menurut Wisma Putra. Mohd Zulkephli mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984. Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012. Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya. Selain itu, Allahyarham pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva. "Beliau adalah seorang pegawai berdedikasi dan komited dalam setiap tugas sepanjang perkhidmatan yang cemerlang di Kementerian Luar. "Segala jasa dan khidmat yang ditaburkan Allahyarham demi agama, bangsa dan negara sepanjang 32 tahun akan sentiasa dikenang," menurut Wisma Putra. | ||
Pengarah Urusan Rayani Air letak jawatan Posted: 03 Feb 2016 10:15 PM PST ANTARAPOS.COM PETALING JAYA: Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari mengumumkan peletakan jawatannya di syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu pada Rabu. Jaafar berkata, beliau mengemukakan surat peletakan jawatan pada 13 Januari lalu selepas empat bulan memegang jawatan berkenaan. Tambah Jaafar, beliau menamatkan perkhidmatannya bersama Rayani Air pada Jumaat lalu. "Berdasarkan kepakaran dan pengalaman saya sebagai bekas pengawal selia Jabatan Penerbangan Awam (DCA), matlamat saya adalah membantu dalam pembentukan syarikat penerbangan ini dari segi keselamatan operasi. "Saya telah melakukan tugas berkenaan dan Rayani Air kini sudah beroperasi. Sukacitanya ingin saya beritahu bahawa saya sekarang mempunyai prospek kerjaya lain yang perlu diberi tumpuan," katanya menerusi kenyataan kepada mStar Online pada Rabu. Menurut Jaafar, beliau akan membuat pengumuman mengenai kerjaya baharu itu apabila tiba masanya. Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember tahun lalu bagi laluan Kuala Lumpur-Langkawi. Isnin lalu, Rayani Air memperkenalkan laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, laluan ketiga selepas Kuala Lumpur-Langkawi dan Kuala Lumpur-Kota Baru. Bagi fasa pertama, syarikat penerbangan itu akan menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Baru, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan