Rabu, 3 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


12 negara bakal masuki era baharu perdagangan selepas tandatangani TPPA

Posted: 03 Feb 2016 07:12 AM PST

12 negara bakal masuki era baharu perdagangan selepas tandatangani TPPA

TPPA yang merangkumi 30 bab perundangan meliputi isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.TPPA yang merangkumi 30 bab perundangan meliputi isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.Selepas 5 tahun dan 19 pusingan perundingan, 12 negara Lingkaran Pasifik akhirnya akan menandatangani pakatan perdagangan yang banyak diperbahaskan, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), di Auckland, New Zealand esok.
Perjanjian itu, yang mewakili hampir 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai AS$30 trilion, tersedia untuk meningkatkan pertumbuhan di 12 negara yang terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
TPPA diunjur meningkatkan pertumbuhan KDNK secara menyeluruh di negara anggota hasil daripada peluasan pasaran dan pemansuhan atau pengurangan halangan perdagangan.

TPPA merangkumi 30 bab perundangan yang meliputi isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan. Justeru, selain meningkatkan perdagangan dan pelaburan, perjanjian itu juga bertujuan mewujudkan dan mengekalkan pekerjaan, meningkatkan inovasi, produktiviti dan daya saing selain meningkatkan taraf hidup kira-kira 800 juta penduduk.
Malaysia, yang menyertai perjanjian perdagangan bebas abad ke-21 yang komprehensif semasa pusingan ke-3 rundingan pada Oktober 2010, bakal menyaksikan KDNK meningkat AS$107 bilion hingga AS$211 bilion dalam tempoh 2018-2027.
Malaysia merupakan ahli ke-9 TPPA pada mesyuarat yang berlangsung sempena mesyuarat pemimpin Apec di Honolulu pada 2011. Rundingan perjanjian itu dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015.
Pelaburan Malaysia dijangkakan meningkat sebanyak AS$136 bilion hingga AS$ 239 bilion dalam tempoh 2018-2027, sebahagian besarnya disumbangkan pertumbuhan pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran.
Syarikat berorientasikan eksport akan mendapat akses pasaran yang lebih besar, terutama dengan negara yang Malaysia masih belum mempunyai perjanjian perdagangan iaitu Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat.
Keempat-empat negara ini menyumbang kira-kira 74% daripada saiz pasaran blok ekonomi TPPA, dengan KDNK kira-kira AS$21 trilion pada 2014.
Bagi meliberalisasikan lagi perdagangan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan ekonomi negara tidak akan "dijajah" negara lain dalam perjanjian itu.
Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam TPPA tidak hanya akan membawa manfaat utama kepada ekonomi negara, malah dalam bidang lain seperti pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana.
Melindungi kepentingan Bumiputera dalam TPPA merupakan antara pencapaian paling membanggakan bagi Malaysia.
"Malaysia menyertai perjanjian ini (TPPA) mengikut syarat-syarat kami dan berdasarkan tindakan yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata baru-baru ini.
Kerajaan menjalin perjanjian yang baik, dan pelabur Malaysia perlu yakin mereka dilindungi menerusi peruntukan penyelesaian pertikaian pelabur-negeri dalam TPPA, kata Dekan Sekolah Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Yeah Kim Leng.      
Untuk masa hadapan, Malaysia juga perlu memberi tumpuan ke atas bab pelaburan selain menyegerakan pembangunan dan jalan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.
Beliau berkata Malaysia merupakan penerima ketiga terbesar pelaburan langsung asing di Asean, dan TPPA akan menjadi satu lagi platform untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan rakan serantau untuk memperoleh pelaburan tambahan. – Bernama
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/12-negara-bakal-masuki-era-baharu-perdagangan-selepas-tandatangani-tppa#sthash.96KN9tr7.dpuf
THE MALAYSIAN INSIDER

TPPA yang merangkumi 30 bab perundangan meliputi isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2016.TPPA yang merangkumi 30 bab perundangan meliputi isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Selepas 5 tahun dan 19 pusingan perundingan, 12 negara Lingkaran Pasifik akhirnya akan menandatangani pakatan perdagangan yang banyak diperbahaskan, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), di Auckland, New Zealand esok.

Perjanjian itu, yang mewakili hampir 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai AS$30 trilion, tersedia untuk meningkatkan pertumbuhan di 12 negara yang terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

TPPA diunjur meningkatkan pertumbuhan KDNK secara menyeluruh di negara anggota hasil daripada peluasan pasaran dan pemansuhan atau pengurangan halangan perdagangan.

TPPA merangkumi 30 bab perundangan yang meliputi isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan. Justeru, selain meningkatkan perdagangan dan pelaburan, perjanjian itu juga bertujuan mewujudkan dan mengekalkan pekerjaan, meningkatkan inovasi, produktiviti dan daya saing selain meningkatkan taraf hidup kira-kira 800 juta penduduk.

Malaysia, yang menyertai perjanjian perdagangan bebas abad ke-21 yang komprehensif semasa pusingan ke-3 rundingan pada Oktober 2010, bakal menyaksikan KDNK meningkat AS$107 bilion hingga AS$211 bilion dalam tempoh 2018-2027.

Malaysia merupakan ahli ke-9 TPPA pada mesyuarat yang berlangsung sempena mesyuarat pemimpin Apec di Honolulu pada 2011. Rundingan perjanjian itu dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015.

Pelaburan Malaysia dijangkakan meningkat sebanyak AS$136 bilion hingga AS$ 239 bilion dalam tempoh 2018-2027, sebahagian besarnya disumbangkan pertumbuhan pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

Syarikat berorientasikan eksport akan mendapat akses pasaran yang lebih besar, terutama dengan negara yang Malaysia masih belum mempunyai perjanjian perdagangan iaitu Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat.

Keempat-empat negara ini menyumbang kira-kira 74% daripada saiz pasaran blok ekonomi TPPA, dengan KDNK kira-kira AS$21 trilion pada 2014.

Bagi meliberalisasikan lagi perdagangan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan ekonomi negara tidak akan "dijajah" negara lain dalam perjanjian itu.

Beliau berkata penyertaan Malaysia dalam TPPA tidak hanya akan membawa manfaat utama kepada ekonomi negara, malah dalam bidang lain seperti pengukuhan perusahaan kecil dan sederhana.

Melindungi kepentingan Bumiputera dalam TPPA merupakan antara pencapaian paling membanggakan bagi Malaysia.

"Malaysia menyertai perjanjian ini (TPPA) mengikut syarat-syarat kami dan berdasarkan tindakan yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata baru-baru ini.

Kerajaan menjalin perjanjian yang baik, dan pelabur Malaysia perlu yakin mereka dilindungi menerusi peruntukan penyelesaian pertikaian pelabur-negeri dalam TPPA, kata Dekan Sekolah Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Yeah Kim Leng.      

Untuk masa hadapan, Malaysia juga perlu memberi tumpuan ke atas bab pelaburan selain menyegerakan pembangunan dan jalan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata Malaysia merupakan penerima ketiga terbesar pelaburan langsung asing di Asean, dan TPPA akan menjadi satu lagi platform untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan rakan serantau untuk memperoleh pelaburan tambahan. – Bernama


Singapore, Switzerland Siasat 1MDB. Najib Bersih Isu 2.6 Bilion Kata Apandi Ali, BBC Sahkan Dari Arab Saudi

Posted: 03 Feb 2016 06:57 AM PST




Singapore, Switzerland Siasat 1MDB. Najib Bersih Isu 2.6 Bilion Kata Apandi Ali, BBC Sahkan Dari Arab Saudi


switzerland 1mdb


Negara Malaysia terus mekar di pentas dengan skandal 1MDB yang belum berpenghujung sehingga ke hari ini.

Portal berita berpengaruh dari dunia telah memberikan tumpuan terhadap skandal yang cukup panas dalam sejarah pembentukan Malaysia.
Ada kalangan yang mengatakan tonton Filem Tamil pun tidak berbelit-belit seperti saga derma RM2.6 bilion dan skandal 1MDB sejak mula memanaskan negara kita, Malaysia.

Kita flashback semula senarai jawapan yang kedengaran sejak daripada mula-mula laporan berita Wall Street Journal mengenai jumlah wang yang bernilai Rm2.6 bilion masuk ke dalam akaun Najib Razak. 

Perhatikan kronologi daripada awal isu 2.6 bilion ringgit Malaysia sehinggalah keluarnya kenyataan dari Peguam negara Apandi Ali yang mengatakan isu derma 2.6 bilion tiada kesalahan jenayah. Najib Razak brsih daripada rasuah dan penyelewengan.

Macam-macam yang diungkapkan oleh pelbagai individu disebalik isu dana RM2.6 bilion.
  1. Jawapan ke 1:…………..krik….krik…..krik….errrr
  2. Jawapan ke 2: Akaun tu tak wujud
  3. Jawapan ke 3: Tengok. Nama pun salah eja.
  4. Jawapan ke 4: Saya tidak guna duit itu untuk kegunaan peribadi
  5. Jawapan ke 5: Ada unsur fitnah!! Fitnah-fitnah ini tidak amsuk syurga
  6. Jawapan ke 6: Saya akan saman Wall Street WSJ. Tunggu hari Selasa
  7. Jawapan ke 7: Yahudi sedang serang Malaysia
  8. Jawapan ke 8:Adalah bodoh jika Najib guna akaun sendiri untuk terima derma
  9. Jawapan ke 9: RM2.6 bilion itu tidak wujud
  10. Jawapan ke 10: RM2.6 bilion adalah derma
  11. Jawapan ke 11: Penderma itu dari Timur Tengah
  12. Jawapan ke 12: Najib berhak rahsiakan derma
  13. Jawapan ke 13: Pembangkang perlu isytihar penderma
  14. Jawapan ke 14: Mahathir cemburu tidak dapat derma sebanyak itu
  15. Jawapan ke 15: Duit itu guna untuk pilihanraya dan kerja-kerja kebajikan
  16. Jawapan ke 16: Duit itu guna untuk lawan IS
  17. Jawapan ke 17: Duit itu guna untuk lawan DAP Yahudi
  18. Jawapan ke 18: Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
  19. Jawapan ke 19: Brrsih juga terima derma
  20. Jawapan ke 20: Jangan ganggu pentadbiran Najib Razak. Zaman Tun sudah berlalu
  21. Jawapan ke 21: Saya sudah jumpa penderma
  22. Jawapan ke 22: Bank Negara Malaysia BNM tahu saya tidak lakukan apa-apa kesalahan
  23. Jawapan ke 23: Ada ramai penderma bukan seorang
  24. Jawapan ke 24: Ya Kah? Mungkin Zahid lebih tahu dari kami yang tidak tahu
  25. Jawapan ke 25:Saya telah membelanjakan kesemua Rm2.6 bilion untuk kegunaan UMNO
  26. Jawapan ke 26: Hentikan fitnah. Itu wang derma! Bukan rasuah
  27. Jawapan ke 27: Aishah R.A juga difitnah. Tapi sudi maafkan pemfitnah. Aishah R.A berjiwa besar
  28. Jawapan ke 28: SPRM jumpa penderma tunggal. Bukan lebih dari seorang
  29. Jawapan ke 29: RM2.03 bilion telah dipulangkan kembali kepada keluarga diraja arab
  30. Jawapan ke 30: Tiada kesalahan Jenayah. Kes tutup. SPRM diarahkan hentikan siasatan.

 

Singapore dan Switzerland Siasat 1MDB? Hongkong, USA Akan Menyusul?

 

Berita terkini BBC, mereka mengesahkan dalam laporan berita mereka mengatakan duit sumber 2.6 bilion ringgit Malaysia itu adalah datangnya dari kerabat Arab Saudi.

Yang Berita semasa pelik sedikit. Orang lain yang kena tuduh. Orang lain yang beriya-iya untuk mempertahankan diri untuk oran yang kena tuduh. Sehingga terkeluarnya koleksi kenyataan seperti di atas.

Terbaru dan terkini Peguam negara Switzerland sedang mengambil tindakan terhadap akaun 1MDb di sana untuk siasatan selanjutnya disebalik dakwaan penyelewangan penyelewengan AS$4 bilion (RM16.6 bilion).

1MDB lagi? Ermmmmm…..

Peguam Negara Swiss, Michael Lauber ini juga yang mengetuai siasatan kes rasuah FIFA dan seterusnya berjaya menjatuhkan dan menumbangkan orang yang paling berpengaruh dalam dunia bola sepak dunia iaitu Sepp Blatter. Sekarang ini giliran siasatan 1MDB pula.

Sekarang ini pula, pihak berkuasa Singapura telah merampas sejumlah besar akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.

1MDB lagi? Ermmmmm….

Mungkin akan menyusul Peguam Negara Amerika Syarikat dan Peguam Negara Hongkong untuk menyertai bersama-sama Peguam Negara Switzerland dan Peguam Negara Singapore bagi mendapat bantuan maklumat tambahan daripada Peguam Negara Malaysia berkaitan 1MDB selepas ini? Mungkin?

P/S : Orang tua-tua dulu cukup kreatif dalam mencipta pelbagai ungkapan. Apabila difikirkan semula ungkapan seperti "lembu dicucuk hidung" masih lagi relevan dengan kehidupan hari ini.

PP/S : Sekejap Yahudi, sekejap iSIS sekejap DAP tajaan Yahudi, sekejap Ikhwanulmuslimin, brotherhood, bla bla bla….Berita Semasa hanya mampu tersenyum. Sememangnya pemimpin "cukup kreatif" dalam berikan jawapan.

PPP/S : Boleh semak kronologi jawapan isu derm 2.6 bilion ringgit dalam bentuk karikatur pada gambar-gambar di bawah ini

 
swiss 1mdb
afandi ali

Mengalah bukan bererti patah, Mukhriz

Posted: 03 Feb 2016 06:53 AM PST

 Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 
 
[ULASAN] Hakikatnya ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah ahli Umno. Atas budibicara kepimpinan Umno, khususnya Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, beliau dilantik untuk menjadi Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah. 
 
Tugas itu adalah tanggungjawab politik. Beliau dituntut supaya sentiasa mengatur strategi terbaik demi memelihara dan meningkatkan persepsi rakyat dan maruah parti agar parti itu terus menjadi pilihan rakyat.
 
Kedudukan Ketua Perhubungan diisi menerusi lantikan presiden. Ini bermakna kuasa mutlak mengisi jawatan penting itu bergantung pada budi bicara presiden yang lazimnya diperakui oleh Majlis Tertinggi. 
 
Walaupun jawatan Ketua Badan Perhubungan Negeri ini diiringi kuasa yang agak luas dalam pentadbiran dan perjalanan parti di sesebuah negeri, ia adalah satu kedudukan yang bukan dipilih ahli-ahli parti.
 
Ahli-ahli parti, khususnya pimpinan peringkat Bahagian Umno perlu akur pada kebijaksanaan dan kepemimpinan Ketua Badan Perhubungan. Sekaligus ini melambangkan keyakinan terhadap mutu kepimpinan pucuk pimpinan parti. 
 
Mukhriz juga ADUN Kedah bagi kawasan Air Hitam. Sebagai mewakili partinya yang diberi mandat oleh rakyat Kedah dalam pilihan
raya umum tiga tahun lalu, beliau juga diberi kepercayaan untuk mengisi kerusi Menteri Besar. 
 
Pelantikan begini adalah lumrah dalam politik Malaysia. Seseorang pemimpin yang mendapat kepercayaan partinya untuk mengetuai organ politik tertinggi parti di sesebuah negeri juga diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri. 
 
Namun pengecualian pernah berlaku. Pada pilihan raya umum 2008, PKR, DAP dan PAS memenangi majoriti DUN Selangor dan ketiga-tiga parti bersetuju mengangkat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar.
 
Namun PKR cuba merintis tradisi baru yang menyaksikan Naib Presiden parti berkenaan ketika itu, Azmin Ali diangkat menjadi Ketua Perhubungan atau Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor. 
 
Ternyata kejanggalan dan keganjilan langkah politik PKR itu membawa padah. Azmin ada senarai keutamaannya dalam menguruskan keperluan dan hal ehwal politik Selangor. 
 
Sementara Khalid pula yang berazam menterjemahkan pengalaman korporatnya menjadi ideologi pentadbiran negeri. Pemikiran dan perkiraan korporat tidak sentiasa serasi dengan fiqh aulawiyat politik. 
 
Khalid berpedomankan hukum untung rugi dalam pengurusan agensi dan syarikat kerajaan negeri. Keutamaannya ialah menokok seberapa banyak wang dalam rizab kerajaan negeri. 
 
Sementara Azmin pula sentiasa mencongak keuntungan mestilah dalam bentuk dividen politik atau persepsi baik terhadap parti. Untuk tujuan itu pengorbanan dana yang besar dan konsisten diperlukan. Maka berberantakanlah mereka. 
 
Bagaimanapun dalam kes Kedah, Mukhriz diberikan lesen besar mentadbir kerajaan seraya memelihara kepentingan Umno. Unsur yang membantunya ialah faktor usia muda dan barangkali aura bapanya, Tun Mahathir Mohamad.
 
Namun ketrampilan Mukhriz tidaklah sehebat Tun Mahathir. Majoriti pimpinan Umno Kedah cemas mendapati mutu kepimpinannya rendah. Mereka merumuskan ini akan menjejaskan prestasi Umno dalam pilihan raya umum ke-14.
 
Maka pada 20 Januari lalu mereka bersetuju memohon presiden Umno yang juga perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan Mukhriz dengan mana-mana ADUN Umno Kedah yang difikirkan lebih layak. 
 
Pada awalnya Mukhriz enggan meletak jawatan. Hampir dua minggu Kedah dijerut ketidakpastian politik. 
 
Ini mendesak supaya Jemaah Pemangku Sultan Kedah bersidang dua hari untuk menyelami sokongan yang diberikan oleh 35 ADUN negeri itu dari kalangan Umno, PAS, PKR, DAP dan PAN.
 
Mungkin ada pihak yang suka menggunakan perangkaan untuk menyelesaikan isu berkenaan. Namun demi memelihara kesejahteraan rakyat, Jemaah Pemangku Sultan menimbangkan formula yang lebih berhemah. 
 
Oleh kerana Mukhriz adalah ahli Umno, tidak mungkin beliau boleh menjadi seorang ketua pentadbir Kedah yang berkesan tanpa sokongan partinya. Kini partinya tidak menyokong cara kepimpinannya.
 
Sungguhpun di segi matematiknya Mukhriz dikatakan mendapat sokongan 15 ADUN pembangkang dan lima ADUN Umno, namun beliau sebenarnya sudah bergeser jika tidak melanggar tradisi kepimpinan dan politik parti. 
 
Umum tahu bahawa sokongan ADUN pembangkang pada Mukhriz hanya helah politik. Jika Mukhriz bergantung kepada pembangkang untuk mempertahankan kerusi Menteri Besar, beliau tidak mungkin mampu merealisasikan wawasan Umno-BN dalam pentabirannya. 
 
Dalam urusan harian, Mukhriz perlu berhadapan dengan ahli-ahli Majlis Kerajaan dari Umno. Mana mungkin beliau melantik ahli-ahli dari kalangan ADUN Pembangkang untuk bersama beliau memimpin kerajaan negeri? 
 
Natijahnya pengurusan kerajaan akan terabai dan kepentingan rakyat terjejas. Justeru Jemaah Pemangku Sultan Kedah memutuskan Mukhriz kini hilang sokongan daripada partinya sendiri.
 
Mukhriz memahami kedudukan ini dan prinsip politik partinya sendiri. Pada Rabu, 3 Februari, beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. 
 
Justeru mulai Khamis 4 Februari 2016 Jemaah Pemangku Sultan merestui ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Basha Md Hanipah untuk menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar. 
 
Mukhriz masih muda dan mempunyai banyak masa untuk mempertajam mutu kepimpinannya. Bapanya sendiri pernah dua kali gugur keahlian Umnonya sepanjang kerja politiknya. Mengalah bukan bererti patah.

Krisis Kedah: Jangan sampai jejas pentadbiran, rakyat

Posted: 03 Feb 2016 06:50 AM PST

Krisis kedah


SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengingatkan barisan kepimpinan di Kedah agar krisis yang sedang melanda negeri itu tidak menjejaskan pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, rakyat perlu diutamakan daripada agenda peribadi.

"Pas istiqamah di dalam isu penukaran Menteri Besar Kedah, minta supaya dibawa dan bincang dalam Dun.

"Menteri besar bukan JKK (Jawatankuasa Kampung) yang perintah kampung sahaja tetapi ia menentukan hala tuju sebuah negeri dan rakyatnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Krisis Kedah bermula sejak 20 Januari lalu apabila 14 Ketua Umno Bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.

Setelah berlarutan sehingga hari ini, Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas dimaklumkan beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu

Mukhriz: Saya kini bebas bersuara

Posted: 03 Feb 2016 06:48 AM PST

Mukhriz Tun Mahathir
Ketibaan Mukhriz disambut oleh penyokong sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini. - Foto Sinar Online 
 

SUBANG - Selepas beberapa jam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengakui beliau kini bebas menyuarakan permasalahan yang berlaku di pucuk pimpinan Umno.

Menurut beliau, buat masa ini, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan demi untuk kebaikan parti dalam menghadapi PRU14.

"Kita kena cakap mengenai hal-hal itu supaya parti kita lebih kuat.

"Sekarang kalau kita tanya pandangan ahli-ahli parti kita sendiri, kebanyakan berpendapat kalau tak ada pertukaran pada pucuk pimpinan, peluang untuk menang PRU14 semakin kelam," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Subang, hari ini.

Ketika ditanya adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan, Mukhriz memaklumkan bahawa beliau kini tidak lagi mempunyai jawatan di dalam kerajaan serta bebas untuk bercakap apa sahaja.

Dalam pada itu, ketibaan Mukriz di balai ketibaan dan disambut kira-kira 50 penyokong untuk memberikan semangat.

Pagi tadi, Mukriz mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas didesak oleh beberapa pimpinan Umno Negeri Kedah sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah]


Mukhriz gugur sebagai seorang pejuang

Posted: 03 Feb 2016 06:44 AM PST




Oleh Khairil Ashraf and Arfa Yunus


Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar bukanlah merupakan gugurnya seorang pemimpin harapan negara sebaliknya, ia meraikan kelahiran baru seorang pejuang sebenar di bumi Malaysia.

Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyatakan, sebelum ini dia samar-samar tentang masa depan Mukhriz di dalam parti itu tetapi hari ini beliau yakin sepenuh hati bahwa Allah telah mengaturkan laluan kepada anak bekas Perdana Menteri itu untuk menjadi seorang pemimpin negara.

"Kejadian hari ini adalah petanda kelahiran seorang pemimpin besar. Tiada pemimpin agung yang lahir dengan laluan mudah. Semua orang boleh menjadi pemimpin, tetapi bukan semuanya layak menjadi negarawan.

"Saya tidak sama sekali mahu mengucapkan kesedihan mahupun ucapan. Semoga Mukhriz Tun Mahathir terus tabah kerana beliau sememangnya langsung tidak bersedih untuk dirinya tetapi saya tahu semangatnya sedang berapi untuk rakyat Kedah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai peletakkan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah selepas tidak mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kesedihannya terhadap penyingkiran Mukhriz hari ini dan mengakui bahawa bekas Menteri Besar itu tidak mempunyai pilihan lain selain berundur.

"Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Kenapa mereka mahu menyingkirkan Mukhriz? Ini sudah jelas ia merupakan satu konspirasi daripada Putrajaya, bermula daripada sidang media dua minggu lalu yang melibatkan Ketua Bahagian UMNO," katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas lanjut, dalam hal berkaitan Mukhriz ini dakwa Mahfuz, orang yang sepatutnya dipersalahkan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kegagalannya menangani isu-isu semasa yang melanda negara seperti ekonomi yang kini semakin tenat dan kos sara hidup yang tinggi.

"Penyingkiran Mukhriz tidak akan selesaikan semua masalah ini kerana semua masalah itu datangnya daripada Najib," dakwanya.~http://www.freemalaysiatoday.com

Selagi Najib ada, Umno semakin lemah

Posted: 03 Feb 2016 06:41 AM PST

Mukhriz Tun Mahathir


ALOR SETAR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Sebagai seorang wakil rakyat di Dun Ayer Hitam, Mukhriz menegaskan untuk tidak berhenti dari  bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat.

"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih berada di situ (presiden parti), Umno akan semakin lemah sehingga hari ini

"Skandal demi skandal, saya rasa ini sudah terlampau bagi kita. Malah kita juga tidak boleh lagi rasa bangga bila ke luar negara," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, krisis Menteri Besar Kedah menemui jalan penamat apabila Mukhriz mengumumkan beliau berundur dari jawatan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah]

Pengunduran ini dibuat secara rasmi menerusi sidang media sama pagi tadi.

Mukhriz yang masih kekal sebagai Pengerusi Umno Kedah buat masa ini bagaimanapun enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilaksanakan, sebaliknya meminta rakyat tunggu dan lihat.

Tambah Muhkriz lagi, walaupun Umno mempunyai keahlian lebih tiga juta orang namun, dakwanya sesebuah parti tidak relevan hanya dengan jumlah keahlian sekiranya mereka tidak diberi ruang untuk bersuara.

"Tapi baru-baru ini kita lihat di Perhimpunan Agung Umno, hanya seorang pemimpin yang dibenarkan bercakap iaitu presiden," katanya.

"Malah ada sedikit amalan kebudak-budakkan apabila dalam mukadimah pun tidak boleh sebut nama tetamu yang hadir termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sampai macam itu sekali disekat.

"Semua perbahasan pun tidak diberi secara langsung seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Makcik-makcik yang datang dari seluruh negara yang duduk di luar begitu komited kepada parti, hampa kerana tidak mendengar perbahasan itu secara langsung," katanya.

Pas sedia rampas Kedah, bukan isu Mukhriz

Posted: 03 Feb 2016 06:35 AM PST

Muhammad Sanusi Md Nor


SHAH ALAM - Jentera Pas Kedah sudah lama bersiap sedia untuk merampas kembali negeri itu setelah gagal mempertahankannya pada PRU13 lalu.

Timbalan Pesuruhjayanya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas tidak mahu kejayaan mereka nanti dinilai sebagai mengambil kesempatan ke atas krisis yang sedang melanda Umno negeri itu.

"Pas bersedia untuk menghadapi Mukhriz (bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir) sekalipun. Kita tak mengharapkan krisis dalam Umno ini memberi kita punca kemenangan. Kita mahu kita menang atas usaha kita sendiri. Apabila orang muda marah Mukhriz dibuang, kira bonuslah. Tapi bukan kita boleh jadikan itu faktor kita nak raih sokongan rakyat.

"Kita mahu rakyat terdidik dengan politik yang matang dan berteraskan Islam. Kalau kita ambil kesempatan atas 'orang muda marah Umno Kedah kerana depa sokong Mukhriz', jadi, kalau Umno sudah berjaya memulihkan sokongan orang muda, depa lari pada Umno semula.

Marahnya orang muda kepada Bashah itu marah yang patut tapi bukan itu akan jadi punca Pas yakin menawan Kedah," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Perkara itu diramalkan penganalisis bahawa Umno berisiko kehilangan sokongan pengundi muda dalam PRU14.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya terus mengukuhkan jentera parti dan mendakwa jentera Pas dan petugas-petugasnya yang paling efisien ketika menghadapi pilihan raya lalu.

"Apabila kita memperkemaskan balik semua jentera kita di semua peringkat, saya yakin, ini memberi manfaat kepada semua orang yang mengadakan pakatan politik dengan Pas," katanya.

Ketika dibangkitkan tentang kemampuan Pas merampas kembali Kedah tanpa bantuan parti pembangkang yang lain, beliau berkata, "kita tak kata macam itu.

Tapi dari Pas sendiri, kita sudah perkemas jentera kita ke tahap maksimum. Kalau ada bantuan daripada parti lain itu, boleh.

Namun beliau menegaskan bahawa Pas Kedah senada dengan Pas Pusat yang hanya menjalinkan tahaluf siyasi dengan PKR tidak bersama DAP.


Kronologi krisis politik di Kedah

Posted: 03 Feb 2016 06:32 AM PST



Oleh Bernama


Krisis politik di Kedah bermula sejak tahun lepas apabila kedengaran suara-suara dalam kepemimpinan Umno negeri mendesak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Pada mulanya ia berkisar kepada kegagalan Mukhriz menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan serangan berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga bapa Mukhriz, terhadap Najib.

Pada 12 April tahun lepas, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin secara terbuka mendesak Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar kerana gagal menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Najib sebagai Perdana Menteri, terutama berhubung isu 1MDB.
 
Sehari selepas itu, Mukhriz dilaporkan berkata tindakan Ahmad Lebai itu terlalu ghairah dan sepatutnya menunggu sehingga kenyataan rasmi oleh Umno Kedah pada 24 April mengenai sokongan Umno negeri itu terhadap Najib.

Enam hari kemudian iaitu pada 18 April 2015, badan perhubungan Umno negeri mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan Mukhriz yang antara lain turut membincangkan sokongan terhadap Najib, tindakan Dr Mahathir mengkritik Najib, serta tindakan Ahmad mendesak Mukhriz meletak jawatan.

Selepas mesyuarat itu, hanya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang membuat kenyataan media menyokong kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan Mukhriz sebagai menteri besar, serta menyatakan pandangan mereka supaya Dr Mahathir memberikan masa kepada Najib mentadbir negara, selain meminta Mukhriz tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Mukhriz pula dilihat turut mempertahankan kritikan Dr Mahathir terhadap parti dan Najib.

Pada 4 Mei 2015, Mukhriz mempertahankan tindakan Dr Mahathir yang sering memberikan pandangan terhadap pentadbiran negara, termasuk mengkritik Najib, dengan berkata tindakan bapanya itu bukan berniat melemahkan Umno dan BN tetapi untuk kebaikan Umno dan BN sendiri.

Sementara itu, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 28 Julai 2015, Mukhriz adalah antara pemimpin Umno yang turut menziarahi timbalan presiden Umno itu di kediamannya di Kuala Lumpur.

Sehari selepas itu, Mukhriz berkata lawatannya ke atas Muhyiddin itu sebagai kunjungan biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas jasanya terhadap Kedah, dan berkata Najib mempunyai hak untuk melakukan rombakan kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukan.

Mukhriz yang didakwa tidak mesra dengan kerajaan persekutuan, pada 19 Ogos 2015 menafikan dakwaan itu semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah di perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Malah menegaskan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah baik dan tidak menghadapi sebarang masalah.

Bagaimanapun, pada 11 Disember tahun lepas semasa perhimpunan agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Mukhriz mengadakan majlis makan malam meraikan perwakilan Umno negeri di Saloma Bistro.

Majlis itu turut dihadiri Muhyiddin serta naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan antara menteri yang digugurkan dalam rombakan kabinet pada Julai 2015.

Lebih sebulan selepas kejadian itu, pada 20 Januari lepas, hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah, termasuk 14 Ketua Umno bahagian, ADUN dan anggota Parlimen parti itu, yang diketuai Ahmad Bashah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Mereka memohon agar perdana menteri menyelesaikan isu berkenaan.

Mukhriz yang hadir pada mesyuarat Umno bahagian Jerlun pada malam hari yang sama, dalam ucapannya berkata beliau menyerahkan kepada rakyat negeri ini untuk menilai prestasinya sejak menjadi menteri besar pada 6 Mei 2013.

Empat hari selepas itu, iaitu pada 24 Januari lepas, terdapat laporan bahawa 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua daripada MCA, menandatangani akuan bersumpah dengan menyatakan hilang kepercayaan mereka kepada Mukhriz.

Hanya dua ADUN yang dipercayai tidak menandatangani akuan bersumpah itu iaitu Mukhriz dan Adun Jitra, Datuk Aminuddin Omar yang juga exco kerajaan negeri.

Pada 26 Januari, Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa anggota jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di Kedah, serta menasihatkan pihak terlibat menyelesaikan perkara itu secara berhemah.

Pada Jumaat lepas (29 Januari), Najib telah menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur bagi membincangkan pertukaran menteri besar Kedah.

Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu ialah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Tan Sri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib dalam sidang media pada hari yang sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung krisis menteri besar.

Pada Isnin lepas, seramai 20 daripada 21 ADUN BN dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini mengenai krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz.

Hanya Mukhriz sahaja yang dilaporkan tidak hadir pada majlis itu.

Mereka dilaporkan dipanggil menghadap secara perseorangan bagi menyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut. Semalam, 13 daripada 15 ADUN pembangkang telah menghadap anggota jemaah berkenaan berhubung perkara yang sama.

Dua daripada ADUN pembangkang, iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (PAS) yang merupakan ketua pembangkang dan ADUN Anak Bukit, serta ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy (PKR) tidak hadir kerana dipercayai berada di luar negara.

ADUN pembangkang terdiri daripada lapan PAS, empat PKR, dua DAP dan satu Amanah.

Pagi ini, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah berkuat kuasa serta-merta setelah dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam yang beliau hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman selepas pengumuman peletakan jawatan oleh Mukhriz, berkata peletakan jawatan Mukhriz berkuat kuasa serta-merta, dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenankan Adun Bakar Bata Ahmad Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar dibuat selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah dan beliau akan mengangkat sumpah yang berlangsung di Istana Anak Bukit pada kira-kira 10 pagi esok (Khamis).- Bernama


Rakyat Kedah, sukar terima Bashah sebagai MB

Posted: 03 Feb 2016 06:29 AM PST




Oleh Shakira Buang 


Selepas pergolakan hampir dua minggu, Datuk Ahmad Bashah hari ini dilantik sebagai menteri besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.Namun, bagi penganalisis politik, ia bukanlah permulaan yang baik bagi timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah itu.

Penganalisis politik, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata ini kerana buat seketika ini agak susah untuk rakyat di negeri itu untuk menerima beliau sebagai menteri besar yang baru.

Justeru, Azizuddin berkata Ahmad Bashah perlu memperlihatkan prestasi beliau selaku menteri besar selari dengan kehendak rakyat selain menggesa kepimpinan Umno melibatkan diri mereka bagi meredakan kemarahan rakyat dengan apa yang berlaku selama dua minggu ini.

"Permulaan ini memang susah sikit rakyat nak terima Ahmad Bashah. Tapi kalau Ahmad Bashah perform dan rakyat dapat rasa nikmat pencapaiannya, rakyat akan berubah menyokong dia. Jadi prestasi dia penting.

"Semua kepimpinan Umno kena melibatkan diri dengan akar umbi untuk redakan keadaan," kata Azizuddin kepada Malaysiakini.

Krisis politik Kedah dipercayai berakhir apabila Mukhriz hari ini akur untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar dan digantikan oleh Ahmad Bashah.

Mukhriz membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman hari ini, dan mengakhiri kemelut dalam kepimpinan Umno Kedah yang mahu beliau berundur.

Krisis berakhir?

Beliau mengambil keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri itu.

Mengulas lanjut apakah pergolakan politik di negeri jelapang padi itu kini sudah berakhir atau pun baru sahaja bermula, pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata ia bergantung sepenuhnya kepada pemimpin Umno sendiri.

"Sama ada ia (pergolakan) lebih teruk bergantung kepada pemimpin Umno sendiri.

"Macam mana pun MB baru perlu perkukuhkan Umno dan tarik semula rakyat menyokong BN. Tidak ada potensi sabotaj dalaman boleh berlaku," kata Azizuddin.

Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Semalam, wakil rakyat pembangkang berkata mereka mahu krisis MB diselesaikan melalui undi tidak percaya terhadap Mukhriz di dewan undangan negeri.

Spekulasi bahawa Kedah akan mendapat MB baru hari ini bertiup kencang sejak semalam selepas Mukhriz membatalkan mesyuarat exco kerajaan negeri pagi ini.

Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menduduki kerusi berkenaan pada 6 Mei 2013 selepas Pilihan Raya Umum ke-13, di mana BN berjaya merampas negeri itu daripada PAS

TPPA – Adakah Amerika akan menjajah Malaysia?

Posted: 03 Feb 2016 04:40 AM PST

Oleh Prof. Mohd Nazari Ismail
 
 
Adakah tanggapan berkenaan penjajahan Amerika benar dan berasas? Terdapat dua perkara yang boleh mempersoalkan hujah itu.



tppa_600


Cadangan perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dibahaskan di Parlimen selama dua hari akhirnya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Januari 2016. Reaksi susulan yang diterima dari berbagai pihak di negara ini dilihat berbeza-beza. Ada pihak yang berasa gembira kerana merasakan bahawa TPPA mampu memastikan ekonomi negara akan terus maju sementara ada pihak yang berasa hiba kerana bagi mereka perjanjian ini adalah salah satu dari usaha Amerika Syarikat untuk menakluki negara-negara lain yang lemah termasuk Malaysia yang akhirnya akan mengakibatkan kesemua rakyat Malaysia menjadi mangsa penjajahan zaman moden.

Adakah tanggapan berkenaan penjajahan Amerika ini benar dan berasas? Terdapat dua perkara yang boleh mempersoalkan hujah di atas.

Pertama sekali ialah penentangan yang sangat kuat terhadap TPPA dari kalangan individu dan organisasi penting di Amerika Syarikat sendiri. Jika TPPA sangat menguntungkan Amerika Syarikat, sudah tentu ia akan mendapat sokongan padu dari semua lapisan masyarakat negara tersebut. Namun sebaliknya didapati TPPA telah ditentang oleh berbagai pihak di Amerika Syarikat termasuk Hillary Clinton dan juga Donald Trump iaitu dua calon utama jawatan presiden Amerika di dalam proses pilihanraya yang sedang berlangsung sekarang. TPPA juga telah ditentang dengan hebat oleh sebuah organisasi yang sangat berpengaruh di Amerika iaitu AFL-CIO (American Federation of Labor and Congress of Industrial Organizations) iaitu sebuah kesatuan buruh yang dianggotai oleh 56 kesatuan dan mewakili lebih dari 12 juta pekerja di Amerika Syarikat. Organisasi ini merasakan bahawa perjanjian TPPA akan mengakibatkan banyak peluang pekerjaan berpindah dari Amerika (kerana kos buruh yang tinggi) ke negara yang kos buruhnya rendah (termasuk Malaysia).

Maka jelaslah di sini bahawa kebanyakan rakyat Amerika terutama sekali dari kalangan pekerja dan golongan bawahan merasakan bahawa TPPA tidak akan menguntungkan mereka. Bahkan kerana itulah kedua-dua calon utama pilihanraya Presiden Amerika di atas juga menentang TPPA kerana mereka tahu pendirian ini akan membuat mereka lebih popular di kalangan pengundi Amerika.

Perkara kedua ialah sokongan yang sangat kuat kepada TPPA oleh banyak pihak di negara selain dari Amerika. Sebagai contoh di Malaysia, TPPA mendapat sokongan yang sangat kuat dari Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Textile Manufacturers Association (MTMA), Malaysian Knitting Manufacturers Association (MKMA), The Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA), dan Malaysian Rubber Products Manufacturers' Association (MRPMA) dan beberapa organisasi lain. Di samping itu, beberapa pakar yang mewakili firma-firma di dalam sektor minyak sawit negara juga telah menyuarakan sokongan kuat mereka terhadap perjanjian ini kerana manfaat yang bakal diperolehi. Jika kesannya amat buruk kepada negara, kenapakah pihak-pihak di atas begitu kuat menyokong pelaksanaan TPPA?

Persoalannya sekarang, siapakah sebenarnya yang akan mendapat manfaat dari TPPA ini? Jawapannya ialah bukan negara tertentu tetapi organisasi-organisasi perniagaan yang berdaya saing, tidak kira dari mana negara asal mereka. Organisasi-organisasi ini biasanya adalah syarikat perniagaan yang besar-besar. Ada juga yang kecil dan sederhana yang berdaya saing atau berkait dengan operasi syarikat yang besar ini. Namun oleh kerana dana modal adalah penting di dalam dunia perniagaan sekarang, kebiasaanya organisasi yang berdaya saing adalah yang mempunyai sumber dana yang besar.

Kaedah yang digunakan oleh organisasi perniagaan sekarang ialah `pengumpilan kewangan' (financial leverage) di mana organisasi perniagaan akan menggunakan dana yang dipinjam dari institusi kewangan untuk membiayai operasi mereka. Dengan cara ini sesebuah organisasi akan dapat mengembangkan saiz dan daya saing mereka dengan cepat melalui aktiviti yang tinggi kosnya seperti `R&D', pengiklanan, logistik dan lain-lain. Pada masa yang sama, skala pengeluaran juga dapat dibesarkan dengan dana yang besar ini dan dengan itu kos pengeluaran per unit akan dapat dikurangkan.

Oleh sebab itulah kita dapati di dalam berbagai sektor, firma yang mendominasi pasaran adalah firma yang bersaiz besar. Sebagai contoh, di dalam sektor telekomunikasi, syarikat pengeluar telefon bimbit yang paling berdaya saing adalah syarikat gergasi seperti Samsung, Apple dan Lenovo. Manakala di dalam sektor automotif, firma yang mendominasi industri tersebut adalah Toyota Motor, Volkswagen, Daimler, BMW Group, Honda Motor dan General Motors (GM). Di dalam sektor farmasutikal pula adalah Johnson & Johnson, Novartis, Roche dan Pfizer.

Walaupun jumlah jualan mereka besar, namun persaingan di kalangan firma gergasi ini sendiri sebenarnya adalah amat sengit serta risiko untuk menjadi muflis juga bertambah. Faktor utama ialah beban kewangan mereka yang juga amat besar. Sebagai contoh, semasa krisis sub-prime berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008, beban hutang GM ialah USD27 billion (atau hampir RM120 billion) dan akibatnya ia hampir jatuh muflis sebelum diselamatkan oleh kerajaan Amerika. Sekarang ini jumlah tanggungan GM adalah USD72 billion manakala jumlah tanggungan semasa Toyota Motors pula ialah USD137 billion. Bagi syarikat farmasutikal terbesar iaitu Johnson & Johnson, beban tanggungan syarikat pada masa ini ialah USD61.3 billion.

Dengan tanggungan kewangan yang sebegitu besar, suasana perniagaan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Jika pendapatan tidak mencukupi atau pasaran diambil oleh pesaing, firma yang pada suatu masa dominan dan kuat boleh tiba-tiba menjadi lemah seperti yang telah berlaku kepada syarikat telekomunikasi Blackberry dan Nokia, syarikat penerbangan Northwest Airlines, dan syarikat kereta Saab. Kesemua nama tersebut pada suatu masa pernah masyhur di dalam industri masing-masing tetapi akhirnya tumbang akibat kombinasi faktor kemerosotan pasaran dan beban kewangan yang besar.

Untuk mengelak dari menerima nasib yang sama seperti syarikat-syarikat di atas, maka firma-firma gergasi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan pasaran mereka ke luar negara masing-masing sambil mempertahankan kedudukan pasaran di negara asal. Hanya dengan cara ini sahaja mereka akan dapat memastikan hasil jualan yang besar diperolehi bagi menambahkan keuntungan supaya dapat membayar dividen yang memuaskan kepada pemilik saham syarikat mereka serta menjelaskan pinjaman atau tanggungan mereka.

Hakikat yang sama juga dihadapi oleh syarikat perniagaan tempatan yang berniaga di arena antarabangsa. Mereka juga memerlukan jualan yang besar melalui pasaran yang besar untuk memastikan keadaan kewangan mereka kukuh. Inilah sebab utama kenapa pengurusan mereka mendesak kerajaan Malaysia supaya melaksanakan perjanjian TPPA secepat mungkin.

Jika firma-firma gergasi juga dalam keadaan tertekan walaupun berdaya saing di dalam arena perniagaan antarabangsa, maka siapakah yang sebenarnya mendapat keuntungan dari pelaksanaan TPPA ini?
Jawapannya ialah firma-firma di dalam industri kewangan kerana merekalah yang membekalkan pinjaman dana kepada semua syarikat gergasi antarabangsa tersebut.

Bayangkan jumlah bunga (atau interest) yang diperolehi oleh industri ini hasil dari hutang yang berjumlah ribuan billion (atau trillion) yang ditanggung oleh syarikat gergasi dari kesemua dua belas negara yang terlibat. Oleh itu syarikat-syarikat kewangan, sama ada dari Malaysia atau dari Amerika, adalah juga pendokong utama kepada pelaksanaan TPPA nanti kerana perkembangan ekonomi di negara yang terlibat akan bermakna perkembangan keuntungan yang mendadak kepada mereka.

Sementara itu, yang akan merasa susah dan tertekan adalah golongan pekerja kerana suasana persaingan sengit akan memaksa syarikat-syarikat sentiasa berusaha untuk meminimakan kos sumber manusia dalam usaha memastikan dayasaing mereka sentiasa kukuh. Oleh yang demikian senario pembuangan pekerja (kadangkala dipanggil `rightsizing'), pemotongan gaji, atau pekerja dipaksa bekerja lebih masa dengan bayaran yang sama akan berlaku lebih kerap dan meluas di masa akan datang, termasuk di dalam sektor yang pada mulanya mendapat manfaat dari TPPA.

Satu lagi perkara yang tidak disedari oleh ramai orang ialah di dalam sistem kewangan yang diamalkan di seluruh dunia sekarang, setiap kali transaksi pinjaman dari firma perbankan berlaku, maka matawang akan tercipta. Oleh itu pinjaman yang berjumlah bertrillion yang dihulurkan kepada syarikat-syarikat gergasi itu (serta kepada pihak konsumer yang membeli produk mereka) juga akan menambahkan jumlah matawang sebanyak bertrillion juga ke dalam sistem kewangan negara-negara yang terlibat.

 Jumlah matawang yang banyak ini adalah sebenarnya punca utama kepada suasana inflasi atau kenaikan kos kehidupan. Keadaan ini akan menambahkan kesengsaraan kehidupan kepada ramai pihak terutama sekali dari golongan pekerja yang kurang mahir kerana biasanya pendapatan mereka tidak akan meningkat pada kadar yang sama dengan kenaikan kos kehidupan. Kesan ini telah dapat dilihat di negara-negara yang mempunyai sektor kewangan yang besar seperti Jepun dan Amerika.

Fenomena kenaikan kos kehidupan juga telah menular ke Malaysia. Langkah kerajaan mengenakan cukai GST serta keadaan pekerjaan yang tidak menentu membuat suasana bertambah teruk. Sepatutnya kerajaan dapat membantu jika ia mempunyai tabungan. Malangnya kerajaan kita telah gagal menabung semasa harga minyak tinggi dan pendapatannya lumayan.

Akibat dari pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kerajaan sendiri sekarang berhutang sebanyak RM700 billion dan oleh itu sebenarnya tidak mampu membantu kecuali dengan menambah kepada beban hutangnya yang sedia ada atau mengutip cukai tambahan dari rakyat.

Pendek kata melalui TPPA, oleh kerana ianya dilaksanakan di dalam sistem riba yang menjadikan industri hutang sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi, maka secara umumnya ia akan mendatangkan keuntungan lumayan kepada segolongan kecil sahaja iaitu pengurusan atasan dan pemilik saham syarikat yang berdaya saing, serta pengurusan atasan dan pemilik saham dalam industri kewangan di negara-negara yang terlibat, terutama sekali pemilik saham di dalam syarikat kewangan utama di Amerika Syarikat (seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley, JPMorgan Chase, Bank of America Merrill Lynch, dan Citigroup).

Bagi kebanyakan golongan pekerja yang tidak mampu menyumbang kepada proses penambahan keuntungan syarikat atau tidak mempunyai kemahiran yang relevan kepada keperluan syarikat, mereka tidak akan dapat mengecapi manfaat secara langsung dari TPPA ini. Bahkan kehidupan mereka akan bertambah sengsara jika mereka di bawah belenggu hutang, sama ada mereka adalah rakyat Amerika Syarikat atau rakyat Malaysia.

Berdasarkan penjelasan di atas maka jelaslah bahawa TPPA tidak akan menyebabkan Amerika Syarikat menjajah Malaysia dan memonopoli semua perniagaan di Malaysia. Apa yang akan berlaku ialah ianya akan mendedahkan Malaysia kepada suasana perniagaan yang sengit yang dimangkinkan oleh industri hutang yang walaupun pada mulanya menghasilkan suasana perniagaan yang rancak dalam sektor tertentu, tetapi pada akhirnya akan menimbulkan berbagai masalah-masalah ekonomi dan sosial dalam masyarakat.

Dengan kata lain, kesejahteraan dan kebajikan masyarakat jangka panjang bukannya ditentukan oleh terlaksana atau tidak terlaksananya TPPA. Sebaliknya ia akan dapat dicapai apabila tiga unsur penting yang berikut wujud:

1. Suasana politik yang lebih demokratik dan telus agar pandangan-pandangan untuk kesejahteraan ummah dapat dibincangkan secara terbuka dan bebas serta mewujudkan peluang yang lebih baik dalam memilih kepimpinan politik yang amanah dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara demi meminimakan pembaziran dan ketirisan.

2. Sistem ekonomi dan kewangan yang bebas dari amalan riba, iaitu yang tidak menjadikan industri hutang sebagai sumber dana untuk membangunkan negara

3. Sistem nilai masyarakat yang tidak materialistik, iaitu yang tidak menggalakkan ahli-ahli masyarakat mengejar kemajuan kebendaan semata-mata lantas menjadikan mereka senang terjebak di dalam perangkap industri hutang.

* Prof. Mohd Nazari Ismail merupakan mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

Ahmad Bashah lepas jawatan Timbalan Menteri, Senator

Posted: 03 Feb 2016 04:33 AM PST

Bernama
 
Ahmad Bashah lepas jawatan Timbalan Menteri, Senator
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.
 
 
ALOR SETAR: Bakal menteri besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Katanya surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri diserahkan hari ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala bagi jawatan senator kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

BACA: Siapa Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah yang baharu?

"Jadi, dah rasmi (saya) letak dua-dua jawatan. Kalau ikutkan, untuk Senator tak habis tempoh lagi, tapi esok dah angkat sumpah (jawatan Menteri Besar), kena lepas dua-dua jawatan itu," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini hari ini mengumumkan Ahmad Bashah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkuat kuasa esok.

BACA: Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

Terdahulu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta.

Krisis politik membabitkan kedudukan Mukhriz bermula sejak 20 Jan lepas, apabila ADUN dan anggota Parlimen Kedah serta pemimpin kanan UMNO Negeri yang diketuai Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Mukhriz ketika mengumumkan peletakan jawatan pagi tadi berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

BACA: Reaksi Ahmad Bashah berhubung pelantikan MB Kedah baharu

Pada sidang media itu, Ahmad Bashah, 66, berkata ketika beliau mengadakan sidang media meminta Mukhriz digantikan pada 20 Jan lepas, tidak terlintas di fikirannya untuk menjadi menteri besar.

"Kalau nak jawatan dulu lagi boleh buat. Bukan cita-cita saya. Tapi dah berlaku saya terima, tak bantah atau bangkang sesiapa. Matlamat nak lihat UMNO kuat.

"Saya dah terlibat dalam UMNO lama dan menjadi wakil rakyat sejak lima penggal.

Matlamat bukan jadi menteri besar tapi nak bersama kepimpinan," katanya. Ahmad Bashah berkata krisis dua minggu itu berakhir hari ini dengan permintaan oleh pemimpin-pemimpin UMNO negeri tercapai.
"Kami mahukan perubahan dalam kepimpinan...pagi ni dah umum. Peristiwa yang berlaku sejak 20 Jan dah selesai. Itu kehendak kepimpinan UMNO yang hasrat adakan perubahan," katanya.

BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah


Ahmad Bashah berkata pertukaran jawatan menteri besar adalah sesuatu yang biasa berlaku di Kedah tetapi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional masih padu.

"Yang penting kita nak bersama jalankan tugas. Yang penting nak pertahankan kuasa di Kedah," katanya.

Ahmad Bashah berkata beliau yakin, Mukhriz walaupun tanpa jawatan menteri besar, akan terus bersama dalam membantu parti bagi mengekalkan UMNO untuk terus berkuasa di Kedah. 
 
 

Mukhriz tolak tawaran jadi Timbalan Menteri

Posted: 03 Feb 2016 04:31 AM PST

Astro Awani |
 
Mukhriz tolak tawaran jadi Timbalan Menteri
Mukhriz juga berkata, beliau turut bersedia melepaskan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengakui beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau menolak tawaran berkenaan.

"Perdana Menteri telah menawarkan jawatan Timbalan Menteri... 'of course not'," katanya dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mukhriz sebaliknya berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat di kawasannya bagi meneruskan legasi kepimpinannya di Kedah dan pada masa yang sama akan terus setia bersama UMNO.


BACA: Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

BACA:
 Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu

BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah

BACAIsu MB Kedah: Tindakan Jemaah Diraja memanggil semua ADUN wajar - Guan Eng

BACA: Tiada keputusan dibuat - Datuk Seri Ahmad Bashah

"InsyaAllah saya setia dengan UMNO, pada masa yang sama saya juga berharap kepimpinan perlu melakukan tindakan drastik, sekiranya kita berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang."

"Kalau ini tidak dilakukan, saya bimbang masa depan UMNO sebagai parti yang memerintah," katanya.
Mukhriz juga berkata, beliau turut bersedia melepaskan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Mukhriz  mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta. 
 
 

Menteri persoal gelaran “Harimau Malaysia’

Posted: 03 Feb 2016 04:26 AM PST

 
Harimau Malaya atau Malayan Tiger (panthera tigris jacksoni) adalah nama spesis dan tak perlu diubah kerana Malaya dah jadi Malaysia.


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar nama gelaran pasukan bola sepak kebangsaan kepada 'Harimau Malaysia' berkuatkuasa semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, penukaran nama tersebut dilihat tidak perlu kerana nama Malaya sudah menunjukkan Malaysia.

"Harimau Malaya atau Malayan Tiger (Panthera Tigris Jacksoni) adalah nama spesis dan tak perlu diubah kerana Malaya dah jadi Malaysia.

"Sama seperti Sumatran Tiger tak perlu diubah menjadi Indonesian Tiger semata2 kerana Sumatera sudah menjadi sebahagian dari Indonesia," tulis bekas Menteri Belia dan Sukan di Facebook.

Semalam, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah mengumumkan gelaran pasukan bola sepak kebangsaan ditukar dari Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Tengku Abdullah berkata, gelaran Harimau Malaya yang digunakan sebelum ini sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Beliau turut berharap pengenalan nama gelaran rasmi baharu itu dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan atau selepas ini dikenali sebagai skuad Harimau Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

PERDASAMA desak penjualan Shell Refining Company bawah harga pasaran disiasat

Posted: 03 Feb 2016 04:20 AM PST

 
Urusniaga antara Royal Dutch Shell dan syarikat China, Malaysia Hengyuan International Ltd telah membawa kerugian besar kepada pemegang saham yang terdiri daripada institusi dan rakyat tempatan, dakwa Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia.


moehamad-izat-emir_shell_perdasama_600


PETALING JAYA: Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menggesa pihak berkuasa menyiasat penjualan Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd oleh Royal Dutch Shell kepada syarikat China, Malaysia Hengyuan International Ltd (MHIL) yang dibuat di bawah harga pasaran.

Presiden PERDASAMA Datuk Moehamad Izat Emir berkata, urusniaga itu telah membawa kerugian yang amat besar kepada pemegang saham syarikat itu, yang terdiri daripada rakyat dan institusi tempatan.

"Kami hairan kenapa selepas dua hari pengumuman penjualan, tiada reaksi daripada Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti walaupun dalam keadaan biasa mereka akan cepat bertindak terhadap perkara seperti ini.

"PERDASAMA difahamkan terdapat syarikat bumiputera yang membida dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM420 juta tetapi ditolak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan The Star Online 2 Februari, syarikat minyak gergasi Royal Dutch Shell menjual Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd kepada MHIL dengan harga RM276 juta, walaupun penilaian transaksi itu pada nilai RM551 juta atau RM1.80 sesaham dan modal pasaran syarikat itu setakat 29 Januari lalu adalah RM1.48 bilion.

"Harga saham syarikat itu terus jatuh pada urusniaga awal hari ini iaitu sebanyak 29.9 peratus yang dilihat sebagai tindakan protes oleh pemegang saham terhadap harga penjualannya," katanya lagi.

Beliau menambah, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Sekuriti perlu menyiasat urusniaga tersebut, apatah lagi 30 peratus saham syarikat itu dimiliki institusi penting negara seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Penjualan tersebut juga meragukan kerana sebulan sebelum pegumuman dibuat, harga saham SRC di Bursa Malaysia diniagakan pada RM6, sebelum jatuh ke RM4.93 sehari sebelum pengumuman dan terus menjunam ke RM3.46 sehari selepas pengumuman," katanya.

Katanya lagi, Shell Refining Company adalah aset negara kerana mampu menapis 150,000 tong minyak mentah sehari serta dimiliki salah sebuah syarikat tertua dalam negara yang telah wujud lebih 100 tahun lalu.

"Jadi, kenapakan dijual begitu murah dan kepada pihak asing, bukan kepada rakyat tempatan yang merugikan para pelabur Malaysia sendiri seperti PNB, KWSP, KWAP dan juga orang ramai?" soalnya lagi.

AMANAH tawar tempat kepada Mukhriz

Posted: 03 Feb 2016 04:14 AM PST

 
Penyingkiran Mukhriz itu juga strategi Datuk Seri Najib Razak untuk membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.


amanah


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia menawarkan tempat kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika bekas Menteri Besar Kedah itu berhasrat untuk menyertai parti serpihan PAS tersebut.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sedia untuk membuka pintu perbincangan jika Mukhriz berminat dan bersedia menyertai parti itu.

"Kita akan lihat perkembangan dulu, dia pun ada maruah. Lagipun, pintu perbincangan kita masih dibuka kalau dia (Mukhriz) hendak berjumpa," ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Bangunan Tabung Haji, hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin turut menyifatkan tindakan UMNO Kedah menjatuhkan Mukhriz sebagai tindakan yang tidak demokratik.

"Saya rasa itu satu proses yang tidak demokratik yang kita rasakan mereka telah buat di Terengganu, Perak dan kini Kedah pula.

"Mereka sudah banyak kali buat keputusan dibuat di luar Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini tidak demokrasi," ujarnya lagi.

Pada masa sama, penyingkiran Mukhriz itu juga disifatkan suatu langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dari segi politiknya, langkah Najib ini untuk tunjuk kepada Dr Mahathir bahawa dia berkuasa," katanya lagi.

Umno paling lemah di bawah Najib, kata Mukhriz

Posted: 03 Feb 2016 12:04 AM PST

MALAYSIAKINI





Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.

"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut tepukan daripada penyokongnya.

"Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.

Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu.

Tambahnya, ia dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas apabila parti itu menongkah tradisi dengan hanya membenarkan Najib untuk berucap kepada perwakilan.

Manakala timbalan dan naib presiden tidak dibenar berucap seperti kebiasaan.

"Malah amalan kebudak-budakan itu apabila dalam (ucapan) mukadimah pun tak disebut nama vip yang hadir termasuk Tun Mahathir, timbalan presiden, naib-naib presiden. Sampai macam tu sekali disekat. Jadi itu keadaan parti kita sekarang," katanya.


DI MANA ZAHID HAMIDI, DUNIA MULAI MENGECIL BUAT 1MDB?

Posted: 02 Feb 2016 11:52 PM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Selepas Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan tentang penemuan bukti mengenai transaksi haram berjumlah RM16,800 juta yang dipercayai ada kaitan dengan 1MDB di institusi kewangan negara itu, kini giliran Singapura pula bertindak hampir sama.

Jabatan Perhubungan Komersil Polis dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura menyatakan, mereka telah merampas sejumlah besar akaun bank berhubung penyiasatan yang dijalankan sejak beberapa lama berkaitan 1MDB.

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan, mereka juga menyatakan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat dalam usaha memantau aktiviti penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain di negara itu.

Bermakna, akan ada perkembangan seterusnya mengenai 1MDB bukan saja di Switzerland dan Singapura selepas ini, bahkan juga di negara-negara lain yang berkaitan.

Yang menariknya, keadaan ini tidak saja memperlihatkan dua buah negara iaitu Switzerland dan Singapura sudah bertindak sesuatu dalam penyiasatan terhadap 1MDB, bahkan kedua-duanya juga memaklumkan perkembangan yang berlaku melalui kenyataan media.

Maka, jika Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi merasa "tergangggu"  dengan kenyataan media Peguam Negara Switzerland dan menyifatkannya boleh menjejaskan hubungan dua hala, tidakkah beliau turut sama "terusik"  dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh dua agensi penguatkuasa di Singapura itu?

Kenapa kali ini Zahid Hamidi berdiam diri dan tidak segera memberi reaksinya? 

Mengapa Zahid tidak menyatakan tindakan dua agensi penguatkuasa Singapura memberikan kenyataan media itu juga boleh menjejaskan hubungan dua hala dan sebaiknya memaklumkan saja sebarang dapatan secara diam-diam dengan Malaysia melalui hubungan antara kerajaan dengan kerajaan?

Adakah berdiam dirinya Zahid kali ini kerana beliau merasakan Najib Razak tidak perlu lagi dipertahankan apabila satu demi satu negara luar mulai menemui banyak kejanggalan dalam urusniaga 1MDB atau beliau sudah menyedari kesilapannya sebelum ini?

Hakikatnya, sejak awal lagi pun iaitu apabila Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan berhubung penemuan transaksi haram di institusi kewangan negara itu yang dipercayai ada kaitan dengan 1MDB dan meminta bantuan Peguam Negara Malaysia, Zahid tidak seharusnya campurtangan dengan mengeluarkan kenyataan yang bersifat politik dan "membodek" Najib.

Beliau seharusnya lebih dulu memahami bahawa mendedahkan kepada orangramai bukan saja amalam biasa Peguam Negara Switzerland demi ketelusan dan kepentingan awam yang menjadi salah satu teras perkhidmatannya, bahkan mereka juga adalah sebuah badan bebas.

Dalam aspek lain, dengan perkembangan terbaru ini lantas menjadikan dunia ibarat semakin mengecil bagi 1MDB untuk meloloskan diri daripada segala kecurangan dan kemungkaran yang mungkin dilakukannya.

Rantaian agensi penguatkuasa seluruh dunia, bermula dengan di Switzerland dan Singapura, dipercayai akan terus berkembang mencari serta membongkar maklumat berkaitan salah laku yang selama ini barangkali berjaya diselindungkan.

Di sini, ia mungkin boleh dibuat silap mata serta dikaburkan pandangan mata, tetapi tentulah tidak mungkin pertunjukan yang sama boleh dipentaskan untuk memukau pandangan seluruh dunia.

Yakinlah, kebenaran dan keburukan akan terdedah akhirnya


Mukhriz mangsa terbaru Umno yang `terdesak’ – PKR

Posted: 02 Feb 2016 11:48 PM PST

A AZIM & AHMED SYAHRIL ZULKEPLY


fahmi
Fahmi berkata, Mukhriz adalah mangsa terbaru parti, sama seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, serta yang lain. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR,  Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PRK) mendakwa penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah mendedahkan betapa Umno "terdesak" untuk memadamkan perbezaan pendapat dan menyekat kelantangan bersuara mereka yang berani mempersoalkan kepimpinannya.


Fahmi Fadzil berkata, `kuasa dalaman parti' kelihatan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyekat Mukhriz, terutamanya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM 2.6 bilion.

Beliau menambah bahawa Mukhriz adalah mangsa terbaru parti, sama seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, serta yang lain.

"Penyingkiran Mukhriz adalah permainan kuasa Machiavelli semata-mata yang dilakukan tanpa sebarang rasa tanggungjawab kepada kesejahteraan rakyat, dan tanpa sebarang alasan munasabah diberikan kepada umum tentang bagaimana kepimpinan Mukhriz yang dikatakan sebagai tidak bagus untuk rakyat Kedah

"Rakyat Kedah, yang menyokong sepenuhnya kepimpinan Mukhriz, akan mengingati hari ini dan akan melakukan apa yang sepatutnya apabila sampai masanya," katanya kepada The Rakyat Post ketika dihubungi, hari ini.

Kemelut politik Kedah berakhir hari ini selepas Mukhriz mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta-merta.

Mukhriz berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Mukhriz mendakwa, tindakan itu berkaitan kenyataannya yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB dan derma politik RM2.6 billion selain peningkatan kos sara hidup rakyat.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang diramal menggantikan Mukhriz dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 esok, selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah memberikan perkenan terhadap lantikannya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Selangor, Muhammad Fauzi Hashim dalam menyatakan rasa hormat terhadap keputusan Mukhriz untuk meletak jawatan, bagaimanapun, meminta bekas Menteri Besar Kedah itu menjelaskan sebab utamanya berbuat demikian.

"Perlu diingat jawatan Menteri Besar ini bukanlah jawatan biasa seperti ketua kampung. Ia melibatkan pemerintahan sebuah negeri dan Mukhriz wajib perjelas kepada rakyat khususnya rakyat negeri Kedah sebab utama beliau membuat keputusan sebegini rupa," katanya.

Malah, Muhammad Fauzi turut menyoal tindakan Mukhriz samada kerana mendapat tekanan daripada Najib.

"Rakyat mahukan penjelasan. Wajar atau tidak keputusan itu bergantung kepada penjelasan yang akan diberikan dan kita semua sedang menunggu," katanya.

Letak jawatan MB Kedah satu langkah mulia – Annuar Musa

Posted: 02 Feb 2016 11:37 PM PST

A AZIM IDRIS



Annuar
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Mukhriz langkah tersebut dianggap betul dari segi amalan dan mengambil tanggungjawab terhadap kemelut politik yang berlaku di negeri itu. - Foto TRP


KUALA LUMPUR,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir melakukan satu langkah yang mulia dengan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Mukhriz langkah tersebut dianggap betul dari segi amalan dan mengambil tanggungjawab terhadap kemelut politik yang berlaku di negeri itu.

"Jawatan ini dibuat berdasarkan lantikan oleh kepimpinan parti dan juga berdasarkan kepada sokongan mereka.

"Kepimpinan Umno juga mengambil kira keberkesanan pemimpin yang berkenaan dan telah mendapat maklum balas yang diperlukan, jadi proses (untuk singkir Mukhriz) ditentukan oleh perlembagaan parti," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Krisis politik Kedah yang berakhir pagi tadi terjawab apabila Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.

Mukhriz berkata keputusan itu dibuat selepas beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-12 Kedah esok selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenankan pelantikannya.

Annuar berkata Mukhriz juga telah membuat pengorbanan demi kebaikan parti itu di negeri ini.

"Mungkin apa yang Mukhriz hadapi adalah ujian yang ditentukan oleh Qada dan Qadar, dan langkah itu dibuat selepas mengambil kira banyak faktor," kata Annuar, sambil menambah Mukhriz menunjukkan keberanian dalam menghadapi pengalaman pahit itu.

Semak Keputusan Peguam Negara Untuk Tidak Mendakwa Najib

Posted: 02 Feb 2016 11:34 PM PST




OLEH DATUK ZAID IBRAHIM

 
Pada Selasa, 2 Februari 2016 saya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk relief, melalui semakan kehakiman, ke atas perkara-perkara berikut:
  1. Keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah peruntukan Kanun Keseksaan yang sepatutnya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009); dan
  2. Keputusan Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup fail penyiasatan mereka ke atas kesalahan-kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Alasan substantif bagi permohonan saya adalah: Keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara adalah tidak munasabah dan merupakan pelaksanaan budi bicara yang tidak berpatutan. Peruntukan yang diberikan oleh Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab ke atas Peguam Negara untuk melaksanakan budi bicaranya dengan pertimbangan yang sewajarnya, dengan munasabah demi kepentingan rakyat dan dengan pertimbangan keadilan.

Saya juga berpuas hati — berdasarkan laporan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SPRM and agensi-agensi lain yang menyiasat keadaan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International — bahawa terdapat keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku dari pihak Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang berkemungkinan juga melibatkan Pecah Amanah Jenayah dan lain-lain kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Berdasarkan keadaan ini, saya memohon pelepasan dari pihak Mahkamah untuk mendengar permohonan saya untuk menyemak semula kedua-dua keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan arahan kepada SPRM untuk menutup fail penyiasatan mereka.

Sekiranya Mahkamah bersetuju untuk memberikan relief yang saya mohon, maka saya meminta Mahkamah untuk melakukan 3 perkara:
  1. Mengeluarkan Perintah yang bersifat Certiorari untuk mengenepikan keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato' Sri Najib Razak dan arahan yang diberikan kepada SPRM untuk menutup penyiasatan mereka.
  2. Membuat Perintah selanjutnya yang bersifat Mandamus untuk mengarahkan Peguam Negara menggunakan budi bicaranya di bawah Artikel 145(3) untuk mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Dato' Sri Najib Razak.
  3. Mengisytiharkan bahawa keputusan Peguam Negara mengarah SPRM untuk menutup penyiasatan mereka adalah ultra vires kepada bidang kuasanya di bawah Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya terpaksa memulakan prosiding ini kerana saya terus-terang merasai khuatir tentang akibat teruk yang mungkin melanda kedaulatan undang-undang di negara ini sekiranya keputusan yang dilakukan oleh seorang individu tidak boleh dipertikaikan, tidak mengira fakta dan keadaan bagi sesuatu kes.

Sepanjang yang telah dinasihatkan kepada saya, konsep "budi bicara mutlak" tidak wujud di dalam undang-undang. Tanggapan budi bicara yang tidak terbatas ini adalah pada asasnya bertentangan dengan kedaulatan undang-undang, dan berdasarkan sebab inilah saya terpaksa bertindak.


Pesuruhjaya Malaysia ke UK pertahan Perdana Menteri dalam surat kepada Financial Times

Posted: 02 Feb 2016 11:30 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara mempertahankan rekod prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan kritikan terhadap beliau dalam satu laporan akhbar Financial Times baru-baru ini.
 
Dalam satu surat disiarkan di laman web Financial Times, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata Perdana Menteri sudah membuat "kemajuan jelas" sejak memegang jawatan pada 2009.
 
"Banyak rakyat Malaysia keliru dengan serangan terbaru akhbar anda terhadap rekod Perdana Menteri Najib Razak dan dakwaan bahawa kepemimpinan beliau di Malaysia "teruk".
 
"Kenyataan itu berlawanan dengan kemajuan jelas lagi benar yang dicatat sejak beliau memegang jawatan pada 2009," katanya dalam sekeping surat disiarkan pada Isnin.
 
Ahmad Rasidi menjawab sebuah catatan pengarang bertajuk "The threat Najib poses to Malaysia's reputation" (Najib menjejaskan nama baik Malaysia) yang disiarkan pada 28 Januari.
 
Sebagai contoh, beliau berkata, pendapatan kasar negara telah bertambah sebanyak 47.7%, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan manakala pelaburan swasta di Malaysia meningkat tiga kali ganda selepas Program Transformasi Ekonomi diperkenalkan pada 2010.
 
Beliau turut menyatakan, pengangguran turut menurun ke bawah paras 3% manakala kadar kemiskinan dikurangkan pada kadar separuh.
 
Ahmad Rasidi turut menyatakan perhubungan Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat turut erat dengan Presiden Barack Obama baru-baru ini menggambarkan suara Malaysia sebagai "penting dalam perbincangan peringkat antarabangsa terhadap keganasan".
 
 

Zuraidah tak percaya 300 ahli Pakatan Harapan sertai MIC

Posted: 02 Feb 2016 11:28 PM PST

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar


Post Pic



SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menyifatkan laporan mendakwa 300 ahli Pakatan Rakyat Sabak Bernam keluar parti dan menyertai MIC, sebagai gimik politik semata-mata.
Bercakap kepada pemberita, Zuraidah 'hairan' bagaimana wujud kumpulan berkenaan sedangkan kawasan itu didominasi oleh kaum Melayu.

"Ini adalah gimik politik bila ada isu tidak puas hati cakap 300 tapi tidak sebenarnya. Tidak ada kebenarannya, kita tidak ada lihat mereka yang ditunjukkan di hadapan supaya kumpulan mereka ketua ranting ke apa itu gimik sahaja, saya rasa tidak ada yang serius berkenaan itu.

"Sabak Bernam adalah kawasan Melayu. Tidak mungkin ada 300 India seperti yang dikatakan. Kalau ada satu, dua itu normallah," katanya selepas menghadiri program Kempen #HeforShe di Hotel De Palma Shah Alam petang tadi.

Terdahulu seramai 300 ahli Pakatan Harapan keluar parti dan menyertai MIC ekoran kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang didakwa gagal menunaikan janji.

Tindakan itu diketuai Kamal Abdullah, 51, bersama-sama dengan ahli parti dari PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mendakwa kerajaan negeri tidak pernah mempedulikan nasib ahli dan kebajikan kaum India.

"Apa yang kami peroleh sepanjang sertai mereka (Pakatan Harapan)?. Hidup kami masih susah, bila minta tolong semuanya tak layan.

"Hari ini kami sepakat sertai MIC kerana kami tahu MIC adalah satu-satunya parti dalam komponen BN (Barisan Nasional) yang sejak dulu hingga kini menjaga kebajikan kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media 'Jom Sertai BN' di Bangunan Umno Bahagian Sabak Bernam, di sini, malam semalam.

Beliau berkata, kemasukan ahli Pakatan Harapan itu merupakan satu perubahan yang berlaku kepada rakyat di Parlimen Sabak Bernam dan berharap sokongan mereka kepada BN berterusan terutama dalam menghadapi PRU14.

"Saya yakin bahawa sokongan ini (kepada BN) akan memberikan keuntungan kepada kaum India. Di peringkat Parlimen juga misalnya, semua wakil rakyat MIC yang menang dalam pilihan raya lalu dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

1MDB, Najib dan Umno, apa kesudahannya?

Posted: 02 Feb 2016 11:24 PM PST



Oleh Srihanasham Noordin


Sesungguhnya, Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri keenam Malaysia masih tidak boleh menjauhkan diri daripada skandal 1MDB, "gergasi" ciptaannya sendiri walaupun Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, "membebaskan" beliau daripada siasatan derma peribadi RM2.6 bilion seperti dijangka ramai termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam reaksi segera Najib sebaik pengumuman Apandi pada Selasa minggu lalu, beliau antara lain menyeru rakyat Malaysia untuk tidak lagi menoleh ke belakang dan melupakan episod berkenaan yang disifatkan sebagai gangguan tidak menguntungkan terhadap kemajuan negara.

Ketika itu semua jalan terbentang luas untuk Najib membebaskan diri daripada pelukan "gergasi" itu namun tanpa disangka peguam negara, Switzerland mengesahkan berlaku penipuan dan penyelewengan terhadap sejumlah wang 1MDB yang berada di negara berkenaan dan sekali lagi Najib berada semula dalam pelukan sang "gergasi".


Sampai bila rakyat Malaysia terpaksa terus berdepan dengan "gergasi" 1MDB ini, tidaklah diketahui tetapi setiap permulaan pasti ada penghujungnya. Cuma yang terus merunsingkan adalah bagaimana pihak berkuasa negara ini mahu menyiasat skandal 1MDB ini, jika Najib terus menjadi pengerusi lembaga penasihat syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Persoalan juga terus timbul terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes membabitkan rasuah dan suapan dengan Seksyen 50 Akta SPRM 2009 jelas tertulis penjawat awam tidak boleh menerima atau memberi sebarang bentuk suapan kerana mereka melakukan rasuah.

Mahu tidak mahu, selepas ini semua individu yang memberi atau menerima suapan boleh mendakwa ia derma peribadi dan tidak melakukan kesalahan di bawah akta SPRM dan terjemahan undang-undang sebegini yang boleh menjahanamkan dan merosakkan negara.

Di pihak Umno pula, semua jeneral Najib bertepuk tangan dengan pengumuman Apandi dan tidak segan silu mengatakan derma peribadi diterima presiden untuk memastikan kemenangan parti terbesar orang Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu. Ia sebenarnya lubang digali Umno dalam berdepan rakyat pada PRU14 nanti.

Bayangkan selepas ini, berpusu-pusu pemimpin politik beratur bertemu dengan negara luar meminta derma bagi memastikan kemenangan parti masing-masing dalam PRU akan datang sekali gus membawa kepada campur tangan kuasa asing terhadap kedaulatan negara, dalam kata lain Malaysia pasti terjajah semula.

Nampaknya, faktor ini langsung tidak dipedulikan pemimpin Umno kerana bagi mereka apa yang lebih penting adalah menyelamatkan Najib yang selama ini, menjadi pelindung dan penyelamat mereka dengan menyalurkan wang seperti pernah diakui beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Atas sebab itu, dapat dilihat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berusaha bersungguh-sungguh menjarakkan diri dengan kemelut dihadapi Putrajaya dan Najib dengan mengumumkan pendirian tegas Kuching mahu kuasa autonomi Sarawak dikembalikan segera.

Adenan sedar beliau tidak boleh bergantung dengan Najib daripada apa segi sekalipun kerana imej Putrajaya jatuh merosot dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka April ini. Beliau sudah pasti tidak mahu terpalit dengan sebarang skandal 1MDB atau derma peribadi Najib yang boleh menggugat kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kerajaan pimpinannya.

Tambahan pula, cara Najib menangani kemelut dan isu membabitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir amat pelik apabila tidak mahu membuat keputusan segera sebaliknya, membiarkan ia terus berlarutan sehingga menimbulkan pelbagai polemik dan perpecahan di kalangan ahli Umno akar umbi.

Sifat keras kepala Mukhriz jelas menunjukkan anak bongsu Dr Mahathir itu tidak akan tunduk kepada desakan 14 ketua Umno Bahagian Kedah yang diketahui adalah barisan jeneral Najib di negeri Jelapang Padi yang tidak gemar dengan kelantangan pemimpin muda Umno itu bersuara mengkritik Putrajaya dalam pelbagai isu, terutama sekali 1MDB.

Lagipun Mukhriz sedar beliau berada dalam kedudukan terbaik untuk mempertahankan dirinya, memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang skandal berbanding Najib selain namanya dijual sebagai ejen peremajaan parti ketika PRU 13 lalu, sebagai usaha Umno menonjolkan pemimpin muda bagi merampas Kedah daripada PAS.

Mahu tidak mahu semua pemimpin Umno harus mengakui dan beristiqamah PRU14 nanti ujian paling besar yang perlu dihadapi apabila bertentang dengan rakyat dalam menjelaskan pelbagai isu yang sebenarnya, berkisar kepada Najib, 1MDB serta derma RM2.6 bilion.

Setakat mana rakyat akan menerima penjelasan berkenaan hanya dapat ditentukan apabila keputusan PRU14 diumumkan nanti.

Tidak dapat dipastikan sampai mana atau bila kesudahan isu 1MDB ini akan berlarutan dan jika ia tidak diselesaikan segera dalam tempoh 2 tahun ini, Umno sudah pasti berdepan tugas sukar dalam menangani persepsi negatif hasil ciptaan Najib sendiri.

Keputusan lulus usul TPPA bukan kehendak rakyat

Posted: 02 Feb 2016 11:22 PM PST



Oleh Mohd Nizam Mahshar


Walaupun Parlimen sudah pun bersetuju dengan majoriti memilih untuk "menandatangani dan meratifikasi" Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), BantahTPPA ingin menegaskan sekali lagi kelulusan usul ini di Parlimen bukanlah berdasarkan kehendak rakyat, pandangan yang sepatutnya didengari ahli Parlimen.

Pada 27 Januari 2016, Dewan Rakyat mengundi usul TPPA dengan sebanyak 127 undi menyokong berbanding 84 undi menentang.

Pada keesokan harinya, Dewan Negara juga mengambil langkah yang sama. Ini menjadikan dewan yang mulia ini hanyalah tempat untuk pengesahan sahaja tanpa melihat kesan perjanjian ini yang lebih teruk kepada rakyat Malaysia dan generasi masa hadapan.


TPPA dijangka ditandatangani pada 4 Februari ini di New Zealand. Walaupun Malaysia menegaskan keputusan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas itu adalah hak mutlak Putrajaya, namun keputusan untuk membahaskan TPPA ke Parlimen adalah berpunca daripada tekanan rakyat yang merasakannya ia satu perjanjian yang tidak adil.

Malah sehingga kini, tiada keputusan yang jelas untuk menandatangani TPPA memandangkan terdapat analisis lain yang bercanggah mengenainya.

Begitu pun, peluang yang diberikan untuk membahaskan usul ini membantu ahli Parlimen terutamanya daripada pembangkang memberikan hujah yang bernas dan disokong oleh fakta serta analisa bagi menyatakan Malaysia tidak patut menyertai TPPA.

Antara perkara dikhuatiri adalah persoalan mengenai keuntungan ekonomi untuk Malaysia, sebagaimana yang dimaklumkan dalam kajian kos dan manfaat yang dibuat PriceWaterhouse Coopers (PWC).

Laporan itu menjangkakan Malaysia akan mengalami ketidakseimbangan perdagangan hasil penyertaan dalam TPPA.

Malah, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang akan meningkat juga adalah hasil daripada andaian yang tidak munasabah yang realitinya tidak sama seperti yang terkandung di dalam teks TPPA.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat 24 bab bukan perdagangan di dalam TPPA seperti pengukuhan perlindungan harta intelek terhadap ubat-ubatan akan menyebabkan kemasukan ubat generik ke pasaran menjadi lebih sukar di samping mengakibatkan kebarangkalian harga ubat di Malaysia akan kekal mahal.

Hal yang sama turut boleh berlaku kepada bidang pendidikan, sekiranya tempoh perlindungan hak cipta dipanjangkan akan menyebabkan bahan untuk pendidikan akan kekal mahal dan sukar untuk dimiliki.

Di samping itu, Malaysia juga turut terdedah kepada tindakan saman berbilion ringgit melalui mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur dan Negara (ISDS), sekiranya sebarang tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menguntungkan rakyat, ditafsirkan sebagai merugikan pihak pelabur.

Ini adalah sebahagian kesan yang terpaksa ditanggung rakyat, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Malangnya, kerajaan masih berkeras ingin meneruskan agenda TPPA dengan bersungguh sungguh, tanpa memikirkan kesan negatifnya kepada rakyat.

Mengapa kerajaan perlu tergesa gesa untuk menandatanganinya, sedangkan implikasi terhadap perjanjian yang kompleks ini masih lagi perlu diperhalusi?

Mengapa meminta Parlimen bersetuju untuk "meratifikasi" sedangkan kajian untuk melihat kesan pindaan tersebut masih belum dijalankan?

Lebih teruk, Malaysia akan terpaksa meminda perundangan negara semata-mata hanya ingin menjayakan TPPA berdasarkan kemahuan Amerika Syarikat, malah melebihi daripada jumlah 26 pemindaan perundangan yang dinyatakan kerajaan.

Ini bermakna Amerika Syarikat akan meminta Malaysia mengubal dengan sangat terperinci seperti mana yang mereka mahukan, sehingga mengganggu polisi dan perundangan negara sama seperti yang mereka lakukan terhadap negara lain di dalam perjanjian perdagangan bebas yang hampir sama.

Bantah TPPA sekali lagi ingin mengingatkan keputusan Parlimen untuk "menandatangani dan ratifikasi" TPPA adalah bercanggahan dengan roh demokrasi sebenar.

Oleh itu, sebarang langkah bagi menandatangani TPPA kerajaan pada 4 Februari ini di New Zealand bukanlah di atas kehendak rakyat.

Bantah TPPA sekali lagi menegaskan Malaysia tidak perlu untuk memilih jalan yang penuh dengan berliku ini. Ia masih tidak terlewat untuk melakukan perkara yang betul demi kebaikan rakyat Malaysia.
Bantah TPPA akan terus meneruskan kempen serta bantahan terhadap TPPA.
 
* Mohd Nizam Mahshar ialah pengerusi, Bantah TPPA.

Tiada ulasan: