Rabu, 24 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib tidak saman WSJ kerana takut kebenaran terbongkar, kata Dr Mahathir

Posted: 24 Feb 2016 04:33 AM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan tidak benar, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail AFP, 24 Februari, 2016. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan tidak benar, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail AFP . 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.
 
Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.

"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.

"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah. 
 
 "Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.

"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.

"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.

Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.

"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.

Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.

Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.

Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.

Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.

Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.

Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia.


SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB

Posted: 24 Feb 2016 04:28 AM PST

shahbudindot.com


Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO?

Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara?

Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang lain?

Jika Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

Mengapa juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?

Berbanding Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah pun benar atau salah mengenainya?

Apakah jika ingin mengkritik dan memperkatakan sesuatu kebenaran, ia mesti dilakukan dalam mesyuarat MT saja, manakala jika ingin memuji, menggilap dan melambung Perdana Menteri, ia sebebasnya boleh dilakukan secara terbuka?

Demi keadilan, bukankah jika mengkritik secara terbuka tidak dibenarkan, maka memuji secara terbuka, lebih-lebih lagi pujian yang menyebabkan rakyat tertawa mendengarnya, seharusnya dianggap tidak beretika juga?

Akhirnya, jika Najib dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada semua persoalan ini, maka dipersilakanlah, terutama sempena sudah 40 tahun usianya bersepak-terajang dalam politik, sama ada menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat terus keahlian Muhyiddin dalam mesyuarat MT akan datang ini. 

Nota: Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak juga dipersilakan untuk tolong jawab bagi pihak Najib yang mereka kasihi itu.

Tarif air: AWER minta rakyat tunggu pengumuman SPAN

Posted: 24 Feb 2016 04:22 AM PST

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tidak perlu terus bermain dengan spekulasi, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyarankan orang ramai menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN) berhubung kenaikan tarif air.
 
Presidennya, S Piarapakaran berkata demikian mengulas kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini bahawa tidak ada sebarang kenaikan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam tempoh terdekat.
 
Kali terakhir ia dilakukan pada 2006 yang lalu.
 
"Lebih elok pihak-pihak terlibat ini tutup mulut dahulu dan hantar pelan perniagaan seperti biasa. Jika tarif air akan naik, SPAN akan panggil pihak-pihak berkepentingan untuk bermesyuarat dan akan umumkan kelak," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Piarapakaran meluahkan rasa tidak setujunya dengan langkah Air Selangor yang seolah-olah mendahului SPAN dalam isu kenaikan tarif air ini.
 
Tegasnya segala keputusan berkenaan hal itu akan mengambil kira pandangan dan kesepakatan pihak-pihak yang berkepentingan dalam mesyuarat kelak.
 
"Selepas proses penstrukturan semula, mereka sudah berjanji untuk tidak membuka mulut tanpa persetujuan daripada SPAN. Naik atau tidak tarif air diumumkan oleh SPAN, bukan Air Selangor. 
 
"(Berdiam) Untuk mengelakkan kekeliruan kenyataan seperti disalah anggap, kita tidak mahu ia berlaku," ujarnya lagi.
 
Terdahulu Air Selangor hari ini menegaskan tiada cadangan kenaikan tarif air buat masa ini sejak kali terakhir dilakukan pada 2006.
 
Memetik laporan sebuah akhbar hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman memberi jaminan tersebut susulan isu itu dimainkan media sejak kebelakangan ini.
 
 

Tindak tanduk Azmin buat ahli PKR resah - Azan Ismail

Posted: 24 Feb 2016 04:20 AM PST

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Rungutan demi rungutan terhadap kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali membayangkan tahap keresahan ahli PKR terhadap timbalan presidennya itu, ujar Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.
 
Enggan mengulas kebolehan Azmin menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, Azan berkata beliau hanya fokus kepada kepimpinan yang ditonjolkan ADUN Bukit Antarabangsa itu terhadap parti.
 
"Yang merungut sekarang adalah ahli parti kan? Maksudnya (rungutan) kegagalan itu datangnya ahli parti dan parti. Saya tidak mahu dan tidak berminat untuk ambil tahu kegagalan beliau sebagai MB. Saya hanya berminat untuk ambil tahu sekiranya beliau gagal menjalankan tugas mewakili PKR. 
 
"Sepatutnya sebagai MB yang mewakili PKR, selain daripada menguruskan negeri, Azmin tidak boleh melupakan tanggungjawabnya mewakili PKR untuk membantu PKR," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Azan berkata demikian mengulas beberapa aduan akar umbi beberapa Cabang PKR di Selangor berhubung ketelusannya dalam isu pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga pendedahan penipuan tender balak yang dilakukan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, baru-baru ini.
 
Azan kemudiannya membidas sikap Azmin yang sentiasa mengelak daripada menjawab dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
 
"Asas kepada mana-mana pengurusan parti adalah pendekatan konsultatif sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Pada saya, langkah konsultatif tidak berlaku sehingga kini. 
 
"Untuk mengelakkan tanggapan peribadi dalam menguruskan masalah, maka kena panggil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk bincang dan cari cadangan penyelesaian dalam satu forum yang betul," tegasnya.
 
Azan, tidak menolak Azmin bakal kehilangan sokongan daripada ahli-ahli parti, yang sekaligus akan melemahkan kedudukannya di dalam PKR. 
 
"Jika tidak ada tindakan segera maka saya bimbang perkara itu berlaku. Bukan beri kesan kepada beliau sahaja, malah parti secara keseluruhan. 
 
"Pemimpin boleh datang dan pergi. Parti tetap akan kekal. Yang kita kena pertahankan secara bersungguh-sungguh adalah parti, bukannya individu," ujar Azan.
 
Sebelum ini Antarapos menyiarkan pendedahan daripada salah seorang pemimpin PKR yang menuduh Azmin kini semakin angkuh dan enggan menerima teguran sehingga menyebabkan ramai pemimpin parti itu mula menjauhkan diri.
 
Pemimpin yang sinonim dengan 'kem' Azmin itu mendakwa Azmin kini semakin hilang sokongan kerana ramai di kalangan akar umbi dan pimpinan tidak selesa dengan tindak-tanduknya sejak kebelakangan ini.
 
 

Pekebun durian akan berarak 250 km ke Parlimen bantah bauksit

Posted: 24 Feb 2016 04:19 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Pekebun durian menggesa undang-undang lebih ketat terhadap perlombongan bauksit yang dikatakan memusnahkan tanah pertanian dan mencemarkan air diperlukan untuk tanaman mereka mengeluarkan hasil baik.
 
Pekebun di Pahang merancang untuk menghabiskan masa 2 minggu berarak sejauh 250km ke Parlimen sebagai protes terhadap impak perlombongan bauksit ke atas pengeluaran buah yang digelar "Raja buah" di Asia Tenggara itu.
 
Sebahagian daripada Pahang bertukar sejak beberapa tahun lalu akibat perlombongan bauksit berleluasa untuk memenuhi permintaan China terhadap galian itu yang menjadi bahan utama pembuatan aluminium.
 
Rakyat merungut kerana perlombongan itu menyebabkan kemusnahan alam sekitar, dan ia dikatakan punca pencemaran tanah serta menukarkan air sungai di Kuantan menjadi merah.
 
Tekanan diberikan kepada kerajaan menyebabkan larangan aktiviti perlombongan dijalankan selama 3 bulan pada awal Januari, tetapi, bagi pekebun durian seperti Che Long Che Ali, beliau bimbang keadaan sama berulang apabila arahan moratorium ditarik balik pada 15 April depan.
 
"Kita akan berarak untuk menyerahkan memorandum kepada Parlimen. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan generasi masa depan bagi mempertahankan alam sekitar kita," katanya, menambah pekebun mahu undang-undang lebih ketat dikenakan terhadap perlombongan bauksit atau larangan kekal dikuatkuasakan.
 
"Pokok durian saya tidak berbuah tahun lepas. Sungai kami dan udara yang kami hirup tercemar. Orang ramai jatuh sakit," kata Che Long.
 
Perarakan itu dijangka bermula pertengahan bulan depan.
 
Pelombong bauksit enggan memberi komen terhadap isu itu.
 
Selepas Thailand, Malaysia adalah pengeluar kedua dunia untuk buah durian, walaupun ia dilarang dibawa di kebanyakan hotel dan lapangan terbang kerana baunya, tetapi ramai penggemarnya menganggap bau itu sebahagian kelazatan ketika menikmatinya.
 
China ialah pasaran utama durian beku dan produk berkaitan buah itu.
 
Industri durian Malaysia tidak besar – angka kerajaan menunjukkan penghantaran buah durian beku ke China pada 2014 hanya kira-kira AS$1.2 juta (RM5.06 juta) akan tetapi penanamannya  jadi sumber kebanggaan negara.
 
Koh Yen Boon, penjual durian di Kuantan berkata, jualannya jatuh 30% tahun lalu kerana kekurangan pengeluaran, akibat kemusnahan alam sekitar dan semakin banyak tanah diberikan kepada pelombong bauksit.
 
"Tidak banyak durian untuk dijual. Pokok yang tinggal dipenuhi debu merah dan coklat," katanya.
 
Pekebun menyalahkan debu itu kerana mengganggu pendebungaan, sementara aktivis alam sekitar berkata habitat burung, lebah dan kelawar – pendebunga semula jadi bunga durian – musnah apabila tanah dibersihkan bagi memberi laluan kepada perlombongan.
 
Persatuan Alam Sekitar Malaysia berkata tanah yang digunakan sebagai perlombongan mungkin jadi tidak subur kerana pencemaran logam berat, bermakna pemulihan pertanian akan mengambil masa lama dan mahal.
 
Perlombongan bauksit di Kuantan berkembang pesat sejak 2 tahun lalu apabila China beralih kepada Malaysia sebagai sumber bahan itu selepas Indonesia sebagai bekas pembekal utama mengharamkan eksport bahan berkenaan.
 
Meskipun penduduk dan aktivis amal sekitar mendesak perlombongan di Kuantan dihentikan sepenuhnya, pegawai industri perlombongan menjangkakan aktiviti itu akan bersambung semula selepas larangan 3 bulan tamat.
 
"Kami menjangkakan perlombongan akan bermula semula, dan berharap peraturan mencukupi digunakan untuk menyekat sebarang kesan terhadap alam sekitar, terutama daripada perlombongan haram," kata Presiden Kelab Perlombongan Malaysia Keith Vaz.
 
 

PAN akui berdepan masalah kewangan

Posted: 24 Feb 2016 04:09 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TEMERLOH: Parti Amanah Negara (PAN) mengakui berdepan sumber kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan dana.
 
Presiden PAN, Mohammad Sabu berkata, PAN memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan.
 
Menurutnya, PAN kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung,dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segalanya.
 
"Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam PAN untuk menampung kos operasi ketika ini.
 
"Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan," katanya selepas hadir menyampaikan taklimat di Wisma PAN Pahang di Taman Chengal di sini, semalam.
 
Mohammad Sabu mengakui sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk menyertai parti itu amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 130,000 borang keahlian sudah diedarkan.
 
Menurutnya, satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka dan selebihnya dalam proses.
 
"Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya turun ke bawah berjumpa dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan kita guna selepas ini untuk mengambil ahli baharu, kita juga dalam proses untuk membuat pendaftaran online," katanya.
 
 

Pemuda Umno gesa polis siasat kewujudan papan tanda bebas Anwar

Posted: 24 Feb 2016 04:06 AM PST

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pemuda Umno hari ini bertindak membuat dua laporan polis berhubung kewujudan papan tanda untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar negeri Selangor.
 
Menurut ‎Exco Pergerakan Pemuda Umno‎ Armand Azha Abu Hanifah, kewujudan papan-papan tanda yang bertulis 'Bebas rakyat, bebas Anwar' yang nyata menghina institusi kehakiman negara.
 
Laporan itu dibuat beliau bersama-sama Briget Kesatuan Muda Pergerakan Pemuda Umno dan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia.
 
"Secara jelas Pakatan Harapan negeri Selangor tidak menghormati institusi Mahkamah dan undang-undang dimana telah menentukan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah tetapi hari ini mereka mengelirukan rakyat menyatakan bahawa Anwar adalah tahanan politik. 
 
"Ini saya lihat satu gerakan yang tidak baik dan tidak menghormati istitusi undang-undang kerana menyalahgunakan papan tanda dan mengeluarkan akhbar rasmi yang menyatakan beliau adalah tahanan politik," katanya di hadapan Balai Polis Damansara Utama hari ini.
 
Jelasnya, tindakan itu turut mengelirukan rakyat di mana Anwar telah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
Mahkamah Tinggi pada 10 Februari 2015 menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Umum PKR itu. 
 
Turut dipersoalkan mereka, di mana pembangkang memperoleh peruntukan sebegitu banyak bagi menaikkan papan-papan tanda berkenaan.
 
Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat dalam masa terdekat.
 
"Kita lepas ini akan membuat laporan kepada Peguam Negara kerana tidak menghormati keputusan mahkamah dan kita juga akan buat laporan kepada SPM kerana kita lihat bagaimana mereka dapat dana untuk mengeluarkan papan tanda di sekitar Selangor.
 
Laporan polis itu dibuat setelah mendapati Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didapati gagal memberikan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
 
"Kita minta Azmin Ali (Datuk Seri) untuk menurunkan papan tanda ini dan kita mintak Menteri Selangor yang diam tanpa berita tentang isu skandal yang banyak di Selangor ini untuk keluar memberikan kenyataan kerana menghina institusi mahkamah dan undang-undang.
 
Selain laporan polis terhadap tindakan berkenaan, Pemuda Umno turut membuat laporan polis berhubung kenyataan akhbar Selangor Kini.
 
Umno Selangor kelmarin mendesak meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
 
Perkara itu dibangkitkan Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail yang berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Anwar.
 
 

PAS mahu kes 1MDB selesai sebelum Zeti tamatkan tugas

Posted: 24 Feb 2016 04:03 AM PST

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menyarankan Putrajaya perlu mengambil serius berhubung permintaan Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mahu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan sebelum April ini.
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berpendapat isu berhubung badan pelaburan strategik negara perlu diselesaikan segera sebelum kerajaan melantik Gabenor BNM yang baru menjelang April ini.
 
Ini kerana Zeti akan menamatkan khidmatnya hujung April depan setelah memegang jawatan itu sejak 2000.
 
"Apa yang beliau minta siasatan terhadap 1MDB dapat dilengkapkan, supaya pengganti beliau tidak susah. Ini harapan daripada seorang yang patriotik untuk menyelamatkan negara yang terpalit dengan isu IMDB. 
 
"Pandangan yang ikhlas, kerana beliau bukan saingan politik mana-mana pihak, oleh itu Datuk Seri Najib tunaikanlah hasrat Tan Sri Zeti sebelum beliau bersara. Inilah hasrat yang sama daripada majoriti rakyat Malaysia, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Zeti semalam berkata beliau berharap siasatan ke atas 1MDB dapat dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.
 
Langkah ini supaya gabenor selepas ini boleh memulakan tugasnya dengan rekod yang bersih. 
 
Sebelum ini pembangkang menyokong tempoh perkhidmatan Zeti dilanjutkan sekurang-kurangnya dua tahun lagi kerana menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik dalam menguruskan institusi perbankan negara itu.
 
Mengulas lanjut, Idris berkata BNM perlu ditadbir oleh orang yang tiada kaitan dengan politik bagi menjamin tahap profesionalisme institusi berkenaan.
 
"Kita (PAS) mengharapkan bakal pengganti beliau nanti setara atau lebih baik. Kerana beliau telah meletak piawai yang tinggi sehingga BNM masih diyakini walau pun negara mengalami kemelut kewangan angkara 1MDB dan RM2.6 bilion. 
 
"Bakal Gabenor BNM nanti biarlah bukan orang politik atau orang yang membawa agenda politik," jelas Idris lagi.
 
 

Perketat OSA: Satu lagi sumpahan badut

Posted: 24 Feb 2016 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR 12 September 2013. Pekerja asing yang telah diperiksa semasa operasi pemeriksaan mengejut pekerja-pekerja asing oleh Penguatkuasaan CIDB di tapak pembinaan Quadro Residences@KLCC Park berhadapan Hotel Traders. NSTP/Salhani Ibrahim

Oleh Syazana Hasanudin


KEBELAKANGAN ini, Malaysia seolah-olah terkena sumpahan badut apabila semakin ramai pemimpin negara mempamer sisi kelakar mereka melalui kenyataan dan perilaku sarkas termasuk Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Alasan membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari skandal derma RM2.6 bilion atas alasan kononnya derma itu telah dipulangkan, benar-benar menggeletek hati rakyat. Apandi seolah-olah menjadi badut pelindung kepada Perdana Menteri dan siri skandalnya.

Namun, persoalan itu terjawab apabila baru-baru ini, Apandi bercadang memperketat hukuman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kepada penjara seumur hidup dan 10 sebatan, kononnya untuk mengelak kebocoran rahsia kerajaan.

Bukan itu sahaja, beliau dengan bangga menyatakan hukuman itu akan turut dikenakan ke atas pengamal media terutama mereka yang enggan mendedahkan sumber maklumat. Sahlah bahawa Apandi adalah penghibur terbaru dalam arena politik Malaysia.

Mungkin Apandi lupa, tugas Peguam Negara bukanlah menjaga periuk nasi wakil rakyat tetapi menegakkan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak termasuk pemimpin tertinggi kerajaan.

Justeru, rakyat melihat cadangan Apandi meminda OSA itu sebagai cara terbaru menutup segala ketirisan, rasuah, skandal kewangan dan rahsia gelap pemimpin kerajaan UMNO BN serta mengelabui mata rakyat dari melihat wajah sebenar mereka.

OSA merupakan undang-undang pinjaman dari penjajah British yang pertama kali diperkenal di Negeri-negeri Selat pada 1920-an menggunakan Akta Rahsia Rasmi United Kingdom. Sejak dulu, ia menjadi alat pemerintah bagi mengawal dan melarang penyebaran maklumat berkaitan rahsia rasmi.

Sebelum ini, parti pembangkang seperti DAP dan yang lain konsisten lantang mengkritik undang-undang drakonian itu. Begitu juga badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat media, antaranya Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gerakan Media Marah (GERAMM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Pelbagai lapisan rakyat juga menyokong cadangan memansuh OSA kerana ia tidak lagi relevan dipraktik di negara demokrasi seperti Malaysia.

Ia lantaran definisi 'rahsia rasmi' mengikut akta itu terlalu luas hingga membolehkan mana-mana agensi kerajaan memfailkan sesuatu dokumen itu sebagai dokumen rahsia. Perkara itu menghalang rakyat dari memperoleh maklumat berkaitan kerajaan dan wakil rakyat yang dipilih mereka.

Gambar hiasan
Gambar hiasan


Malah, dokumen rasmi kabinet juga diklasifikasi sebagai rahsia kerajaan. Walhal yang dibincang berkait rapat dengan masa depan rakyat. Bukankah rakyat ada hak mengetahui sama ada keputusan sekumpulan menteri itu bakal memberi kesan baik buruk kepada kehidupan mereka?

Perkara itu jelas melanggar prinsip asas demokrasi yang mendukung hak kebebasan maklumat dan sistem kerajaan terbuka. Sebuah negara yang diuar-uar sebagai demokratik seperti Malaysia patut memegang teguh prinsip asas itu, bukannya menggunakan seribu satu cara menghalang rakyat dari mengakses maklumat.

OSA juga sering diguna pakai bagi menutup mulut pemimpin pembangkang dari mendedah skandal dan ketirisan kerajaan UMNO BN. Pada 1978, Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang didapati bersalah kerana mendedah maklumat pembelian kapal perang Sweden untuk tentera laut Malaysia walaupun ia terlibat dengan kontroversi penyalahgunaan dana awam.

Pada 2002, Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional ketika itu, Mohd Ezam Mohd Nor dihukum dua tahun penjara kerana mendedah dokumen Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung siasatan rasuah ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik.

Nampaknya, OSA lebih banyak digunakan bagi menjaga keselamatan pihak tertentu dengan menghalang kebocoran rahsia gelap mereka berbanding memelihara keselamatan negara.

Lalu, tidak hairanlah apabila bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat OSA perlu dikaji semula kerana ia digunakan bagi menyembunyikan ribuan dosa. Beliau turut bersetuju OSA harus distruktur kembali jika mahu penyakit rasuah di kalangan pemimpin dirawat dari akar umbi.

Namun, Apandi umpama membutakan mata dan memekakkan telinga apabila segala rintihan dan cadangan rakyat itu diabai, malah melakukan tindakan berlawanan dengan kehendak rakyat apabila mahu memperketat lagi OSA.

Pihak yang mendapat tumpuan Apandi dalam kenyataannya ialah pengamal media. Beliau percaya wartawan dan editor bertanggungjawab mendedah rahsia kerajaan kepada orang awam, terutama selepas pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media memainkan peranan penting dalam meningkatkan rasa ingin tahu rakyat berhubung pelbagai skandal melibatkan pemimpin kerajaan BN. Malah, pada hari ini, masyarakat memilih membaca media independan seperti Malaysiakini dan MalaysianInsider berbanding Utusan Malaysia atau New Straits Times (NST) kerana mahu mengetahui maklumat sebenar.

Ini menyebabkan reputasi UMNO BN semakin hancur, lebih-lebih lagi apabila media mendedahkan segala butiran skandal kewangan Najib yang juga Presiden UMNO. Ia bakal memusnahkan parti itu dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Melihat situasi semakin meruncing, Apandi muncul sebagai hero utama UMNO BN – bukan sahaja membebaskan Najib dari pertuduhan rasuah tetapi turut cuba memperketat OSA bagi menimbulkan ketakutan di kalangan pemberi maklumat (whistleblower) dan penerima maklumat seperti media.

Dalam sibuk menjadi Superman, Apandi lupa kenyataannya itu turut memusnah reputasinya apabila kredibiliti beliau sebagai Peguam Negara mula dipersoal rakyat, termasuk pengamal media. Beliau kini dilihat sebagai 'pak turut' Najib Razak yang mahu mendiktatorkan negara.

Tambahan pula, beliau mengaitkan situasi Malaysia dengan China apabila mengatakan negara itu mengenakan hukuman mati kepada pembocor rahsia kerajaan.

Namun, seperti dikatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Apandi perlu ingat, pelaku rasuah di China juga dihukum dengan hukuman mati. Adakah Apandi berniat untuk membuat pindaan sama terhadap jenayah rasuah di negara ini?

Tidak dinafikan perkara melibatkan keselamatan dan pertahanan negara perlu dijaga. Sebagai contoh, strategi pertahanan negara tentulah tidak boleh didedah kepada umum. Namun, mendedahkan rasuah dan ketirisan dalam kerajaan bukanlah kelakuan mengancam keselamatan negara, malahi menyelamatkan negara dari pemimpin tidak bermoral.

Justeru, cadangan Apandi agar OSA diperketat harus diabai semua pihak kerana ia langsung tidak relevan di negara yang mendukung sistem demokrasi seperti Malaysia. Ia cumalah satu cara menghalang rakyat dari terus mendedah kebenaran berhubung skandal pemimpin.

Malah, OSA wajar diganti dengan Akta Kebebasan Maklumat yang dapat memastikan rakyat adai hak memperoleh maklumat berkaitan wakil rakyat dipilih mereka. Akta itu turut membenarkan segala skandal kewangan dan ketirisan melibatkan kerajaan dibongkar secara telus dan adil.

Apandi mungkin merasakan kenyataan berbaur ugutannya itu mengecutkan perut rakyat, lalu melenyapkan rasa ingin tahu mereka terhadap skandal pemimpin UMNO BNi. Namun sebenarnya, ia hanya menjadikan Apandi sebagai Peguam Negara paling banyak dicemuh abad ini, suatu rekod baru. -Roketkini.com


156 profesor diberhentikan: Hapuskan AUKU, pulihkan kuasa autonomi akademik

Posted: 24 Feb 2016 03:33 AM PST

zairil

Oleh Syazana Hasanudin
 
 
KUALA LUMPUR : Kuasa autonomi akademik yang disekat melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dikembalikan kepada universiti tempatan bagi mengelak kes seperti pemberhentian 156 profesor.
"Kuasa autonomi universiti, khususnya dalam hal ehwal akademik yang disekat melalui AUKU serta Akujanji perlu dipulihkan segera," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa seramai 156 atau 33 peratus dari 507 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka akibat pengecilan bajet oleh Putrajaya.

Pada masa sama, katanya, Piagam Universiti harus diwujudkan sebagai garis panduan untuk mentadbir keperluan akademik termasuk pertambahan atau pengurangan kakitangan akademik serta urusan disiplin.

Beliau menyifatkan pemberhentian 156 profesor itu membuktikan campur tangan eksekutif kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dalam bidang akademik negara ini, sedangkan keputusan sedemikian patut dibuat Lembaga Universiti berdasarkan pertimbangan kepentingan ilmu.

"Pemberhentian itu hanyalah sebahagian masalah yang timbul apabila segala keputusan akademik dibuat agensi pusat, Kementerian Pendidikan Tinggi dan bukannya Lembaga Universiti.

"Cadangan pengembalian kuasa kepada universiti banyak dibincangkan serta dinyatakan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, 2007-2020 (PSPTN).

"Malangnya, ia bukan saja tidak berlaku pada kadar ditetapkan, malah pemberhentian 156 profesor itu membuktikan peningkatan campur tangan eksekutif dalam pentadbiran akademik universiti," katanya.

Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi itu menyifatkan kerajaan Persekutuan salah memberi keutamaan berikutan peranan program dan agensi yang tidak ada manfaat masih diteruskan.

"Apakah kerajaan percaya bahawa negara ini lebih memerlukan 'pemikir' seperti Lokman Adam di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berbanding 156 profesor yang pakar dalam pelbagai bidang bagi melatih dan mendidik modal insan negara ini?" katanya.


Tun M pilih jawab soalan polis di mahkamah

Posted: 24 Feb 2016 03:19 AM PST


Beliau turut mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan yang sama kepada pihak lain yang turut mempertikaikan Peguam Negara.

mahathir_polis_600


PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirakam percakapan hari ini memilih untuk tidak menjawab soalan khusus yang diajukan oleh polis kepadanya.

Sebaliknya, Dr Mahathir memilih untuk menjawab soalan spesifik berkenaan artikel yang disiarkan di blognya pada 5 Februari lalu di mahkamah.

"Saya ada bersama dengan peguam saya. Saya dengar nasihat peguam dan polis tanya berkenaan artikel yang dibuat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Tapi saya tidak jawab soalan-soalan yang spesifik berkenaan artikel itu.

"Saya harap dapat menjawab dalam perbicaraan dalam mahkamah," ujarnya dalam sidang media selepas dirakam percakapan oleh lima pegawai polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Dr Mahathir turut mempersoalkan mengapa polis hanya menyiasat beliau sahaja sedangkan banyak lagi pihak yang bercakap perkara yang sama.

"Saya disoal oleh polis sedangkan banyak orang lain bertindak perkara yang sama tapi mereka tidak disoal.

"Apakah ada diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pemerintah," kata Dr Mahathir yang menyediakan lima orang peguam mewakili dirinya.

Beliau yang diajukan sebanyak 30 soalan oleh pihak polis bagaimanapun bertegas akan mempertahankan kenyataan yang beliau siarkan di blognya.

Dr Mahathir menerusi blognya berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan berani mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan SRC International melibatkan wang RM42 juta dan derma RM2.6 bilion kerana terhutang budi dengan Najib.

LIHAT VIDEO DI SINI

‘Ajak Muhyiddin bertumbuk tapi kamu ikat tangan dia’

Posted: 24 Feb 2016 03:02 AM PST


UMNO digesa supaya mengubah keputusan dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini untuk membolehkan Muhyiddin mencabar Najib bagi jawatan Presiden.


rushdan,azalina,najib,muhyiddin


PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) mencabar kepimpinan tertinggi UMNO menukar keputusan dengan mengadakan pemilihan parti tahun ini.

Naib Presiden GKCM, Rushdan Mohamed tampil membuat desakan itu bagi membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi merebut jawatan Presiden parti.

Ia sekaligus menjawab cabaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Timbalan Presiden berundur atau menunggu pemilihan parti akan datang untuk mencabar Najib daripada terus membuat serangan kepada Najib secara terbuka.

Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini ditangguhkan sehingga 2018 untuk menguatkan parti bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Jangan tangguhkan lagi pemilihan dan jangan cuba nak pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Buka gelanggang sekarang buatlah pemilihan tahun ini jangan tunggu 2018.

"Azalina, suruh bos (Najib) kau buka gelanggang. Nak ajak 'bertumbuk' tapi tangan diikat ke belakang sediakan gelanggang pasti ada pencabar," katanya kepada FMT.

Rushdan yang juga Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana berkata,  Muhyiddin dihalang dari pelbagai sudut untuk bersuara sehingga memaksa beliau membuat kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri untuk menegakkan kebenaran.

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, termasuk Azalina senada supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden kerana tidak lagi sehaluan dengan Presiden parti.

Mahathir sedia sertai himpunan anti-Najib

Posted: 24 Feb 2016 02:59 AM PST

Walau bagaimanapun, beliau akan menyertai jika dijemput oleh pihak penganjur.

najib mahathir


PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menyertai himpunan anti-Najib.

Bagaimanapun, beliau akui akan hanya menyertai himpunan tersebut jika dijemput oleh pihak penganjur.

"Kalau ada jemputan, saya akan pergi," katanya apabila diaju soalan oleh pemberita mengenai himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac.

Sebelum ini, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.

"Saya lihat ramai pembaca masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

"Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti BERSIH," tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.

Tiada rasuah dalam tander balak di Selangor

Posted: 23 Feb 2016 04:23 PM PST

MSO

Penjelasan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) berhubung projek jajaran talian penghantaran eletrik 275/132 dari PMU Mahkota Cheres dan PMU Mahkota Cheras Hartamas dan projek talian penghantaran eletrik 275KV (1,000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (Ubah talian), menamatkan tohmahan kononnya kelulusan projek itu tidak telus dan berbau rasuah.

Mohamed Azmin Ali
Penjelasan JPNS menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Selangor Dr Mohd Puat Dahlan hari ini memberi gambaran tohmahan berlaku rasuah ke atas kelulusan projek berkenaan oleh pentadbir Selangor khasnya Menteri Besar dan Exconya adalah tidak benar sama sekali dan sengaja diputarbelitkan untuk tujuan tertentu.

Penjelasan oleh JPNS itu seharusnya dijadikan penamat kepada tanggapan negatif kepada pentadbiran Selangor khasnya kepada Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan JPNS sebanyak 12 perenggan itu, terutamanya pada perenggan akhirnya mengesahkan bahawa tohaman jahat yang disebar tidak benar dan ia perlu ditamatkan tanpa beralasan.

Tidak ada pihak lain yang lebih boleh diyakini untuk menjelaskan tanggapan buruk terhadap projek berkenaan yang disebar sebelum ini melainkan JPNS.

"Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menegaskan bahawa Dato' Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dalam proses membuat penilaian ke atas mana mana permohonan yang diterima oleh JPNS untuk tujuan ini.

"JPNS juga ingin mengulangi komitmen Jabatan untuk menjamin proses yang terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan." demikian tegas demikian tegas Pengarah Perhutan Selangor Dr Mohd Puat Dahlan.

Penegasan itu menolak persepsi buruk terhadap Azmin dan Exconya berhubungan kelulusan projek berkenaan kononnya dibuat secara tidak telus.

Berikut adalah kenyataan penuh akhbar JPNS.

PROJEK JAJARAN TALIAN PENGHANTARAN ELEKTRIK 275/132 DARI PMU MAHKOTA CHERAS KE PMU MAHKOTA CHERAS HARTAMAS DAN PROJEK TALIAN PENGHANTARAN ELEKTRIK 275KV (1,000 MVA) PMU BUKIT TAREK KE PMU CHUBADAK (UBAHAN TALIAN)

Negeri Selangor sedang mengamalkan dasar moratorium ke atas aktiviti pembalakan sejak tahun 2010 lagi. Ini bermaksud segala aktiviti pembalakan tidak dibenarkan sama sekali kecuali penebangan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi maksud projek-projek yang mempunyai kepentingan umum/nasional yang tidak dapat dielakkan seperti projek jajaran talian TNB, lebuhraya/jalanraya, laluan paip air/gas, kolam takungan dan lain-lain.

Namun demikian, bagi setiap pelaksanaan projek-projek yang melibatkan HSK akan dikenakan syarat-syarat yang ketat serta penetapan nilai pampasan yang sangat tinggi. Ini adalah bertujuan supaya pemilihan kawasan HSK untuk sebarang projek berkepentingan umum adalah merupakan langkah terakhir. Sebagai contoh, penetapan laluan bagi jajaran TNB Tapah – Bentong yang melibatkan kawasan daerah Hulu Selangor turut dipinda beberapa kali untuk mengelakan penggunaan kawasan HSK yang berlebihan.

Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV (1,000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak terletak di Daerah Hulu Selangor sepatutnya dilaksanakan sejak tahun 2003 lagi. Laluan jajaran asal talian TNB ini sepatutnya melalui Kampung Sg. Terentang, Rawang sejauh lebih kurang 1.0 km namun, jajaran ini terpaksa dipindahkan ke jajaran baru yang melibatkan HSK sejauh lebih kurang 6.0 km dan tanah milik lebih kurang 5.0 km kerana desakan penduduk kampung tersebut yang tidak menyokong talian penghantaran elektrik ini melalui kampung mereka. Ini dengan jelas menunjukan komitmen serta keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap tuntutan serta aduan para penduduk.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah meneliti kesemua permohonan yang diterima untuk mengeluarkan hasil hutan dengan membuat beberapa pengesyoran berdasarkan kepada peruntukan peruntukan yang terkandung di bawah Enakmen (Pemakaian) APN 1985 serta peraturan peraturan sedia ada yang menjamin proses penilaian yang telus dan terbuka untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

Penilaian ke atas permohonan juga turut mengambilkira kriteria-kriteria yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan seperti perakuan pendaftaran syarikat yang masih sah, berdaftar dengan Jabatan Perhutanan sebagai Kontraktor Pembalakan dan tempohnya masih sah, serta sebagai kriteria tambahan iaitu jika mempunyai rekod pengalaman dalam kerja-kerja pembalakan atau pembersihan kawasan. Di samping itu, syarat syarat tambahan seperti semua pokok yang bersaiz komersil perlu dibuat "timber tagging" dan "harvesting plan" bagi kawasan yang terlibat juga perlu disediakan sebelum pengeluaran hasil hutan dapat dilakukan.

Sebagai langkah penambahbaikan, Pihak Berkuasa Negeri Selangor juga telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor (JKPPNS) bagi membuat penilaian secara telus ke atas sebarang permohonan lesen/permit ataupun melaksanakan saringan serta penelitian bagi apa apa jua projek berkaitan perhutanan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Keahlian Jawatankuasa ini juga turut melibatkan pelbagai agensi teknikal yang lain bagi tujuan mendapatkan input secara profesional serta berintegriti dalam urusan membantu Pihak Berkuasa Negeri Selangor supaya dapat merumuskan keputusan keputusan yang diambil secara adil, saksama serta tepat lagi telus.

Setelah memperolehi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui MMKN, satu lesen Mengusahasil (Borang 1) telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 23 Jun 2015 kepada kedua-dua pelesen di kawasan permohonan yang berkuatkuasa selama tempoh (6) enam bulan bagi mengeluarkan sebarang hasil hutan sebelum pihak TNB dapat melaksanakan projek jajaran talian TNB seperti yang dirancangkan.

Sehingga kini, status kemajuan kerja Pengeluaran Kayu Balak dan Jaras Di Dalam Hutan Simpanan Kekal Yang Melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275/132kv Dari Mahkota Cheras Hartamas Ke PMU Mahkota Cheras Seluas ±45.0 hektar ini adalah mencapai 100% kemajuan. Keadaan mutu kerja juga sangat memuaskan serta mematuhi segala syarat yang ditetapkan tanpa sebarang pelanggaran terhadap mana mana syarat lesen yang dikeluarkan.

Manakala, status kemajuan kerja pengeluaran kayu balak dan jaras di dalam HSK yang melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275kv (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (Ubahan Talian) Seluas ±34.0 hektar sehingga November 2015 adalah mencapai hampir 100% kemajuan. Keadaan mutu kerja di sini juga sangat memuaskan serta mematuhi segala syarat yang ditetapkan tanpa sebarang pelanggaran terhadap mana mana syarat lesen yang dikeluarkan.

Dalam hal ini, syarikat syarikat yang dilantik telah berjaya membuktikan kesungguhan serta keupayaan masing masing dalam melaksanakan kerja kerja pembersihan kawasan serta mengeluarkan hasil hutan dalam tempoh yang ditetapkan.


Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menegaskan bahawa Dato' Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak terlibat dalam proses membuat penilaian ke atas mana mana permohonan yang diterima oleh JPNS untuk tujuan ini. JPNS juga ingin mengulangi komitmen Jabatan untuk menjamin proses yang terbuka dan telus dalam mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang berteraskan kebertanggungjawaban, ketelusan dan keterbukaan.
 

DR. MOHD PUAT BIN DAHALAN
Pengarah Perhutanan
Negeri Selangor.


RM800 juta hilang lagi, inilah nasib negaraku

Posted: 23 Feb 2016 04:19 PM PST

Oleh USTAZ IDRIS AHMAD 


MENURUT Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, negara kehilangan RM800 juta pada tahun lalu, akibat penyelewengan subsidi gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara.ukan sedikit wang negara lesap. Persoalannya apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Kebal sangatkah mereka ini. Tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Apakah negara tidak cukup tenaga untuk penguatkuasa, atau tidak mempunyai kelengkapan yang canggih untuk memburu penjenayah ini, atau kerana rasuah atau penglibatan pihak tertinggi sehingga begitu mudah mereka melakukan perbuatan durjana ini.

Kerajaan perlu serius menangani perkara ini. Kerajaan wajib melabur di bidang ini untuk membeli alat kelengkapan canggih bertujuan menangkap penjenayah negara dan tidak boleh berkompromi dengan mereka yang khianat kepada wang negara. Tangkap dan dakwa walaupun apa pangkat sekalipun. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Wang RM800 juta boleh membina 16,000 unit rumah rakyat secara percuma dengan anggaran kos RM50,000 seunit. Wang sebanyak ini boleh membiayai pelajar IPTA seramai 20,000 pelajar dengan setiap pelajar diberi RM40,000 seorang.

Ketika rakyat disuruh berjimat, bajet di semua sektor dipotong, sehingga ada kakitangan kerajaan yang hadir mesyuarat  daripada pagi hingga tengahari tidak diberi setitik air kerana tidak ada bajet.

Anak-anak kita yang pinjam PTPTN diburu hingga ke lubang cacing sedangkan mereka masih penganggur terhormat. Tiba-tiba Menteri memaklumkan kerajaan hilang RM800 juta kerana penyelewengan subsidi. Sedih,  inilah nasib negaraku. –

Lebih 'derma' biayai kempen BN pada PRU13, dakwa Rafizi

Posted: 23 Feb 2016 04:14 PM PST

Alyaa Alhadjri

 


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa BN mendapat manfaat daripada RM2 juta wang pembayar cukai untuk membiayai kempen pilihan raya umum ke-13.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mendakwa bahawa Kementerian Kewangan pada 2013 meluluskan jumlah itu sebagai "geran derma" kepada sebuah persatuan kaum India yang mesra-BN.

"Sekarang kita mempunyai bukti bahawa sebahagian daripada kempen BN dibiayai menggunakan wang pembayar cukai.

"Kesan (kes ini) lebih besar kerana ia membabitkan RM2 juta dana awam," dakwanya.

Dakwaan itu, katanya, adalah berdasarkan surat daripada Jabatan Perbendaharaan bertarikh 23 April, 2013, kepada presiden persatuan berkenaan.

Rafizi mendedahkan kandungan surat itu pada sidang akhbarnya bersama-sama dengan minit mesyuarat persatuan itu yang bertarikh 11 Mei 2013, di mana dicatatkan bahawa presiden didakwa mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan pilihan raya.

Ditanya mengenai percanggahan RM500 juta itu, Rafizi berkata, beliau hanya boleh membuat kesimpulan bahawa terdapat sumber lain yang turut menyalurkan dana kepada persatuan itu.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama persatuan berasaskan kaum India itu sehingga mendapatkan maklum balas mereka.

Kerajaan perlu kaji kesan pasaran buruh

Posted: 23 Feb 2016 04:09 PM PST

N Gopal Krishnam
Gopal


SHAH ALAM – Kerajaan perlu menjalankan kajian penilaian kesan pasaran buruh secara menyeluruh bagi menentukan permintaan pasaran sebenar bagi pekerja asing sebelum menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bangladesh.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam berkata, ini kerana penilaian tersebut dapat memberi gambaran sebenar mengenai keperluan pasaran buruh di negara ini.

Katanya, selepas pembekuan pengambilan pekerja asing dilakukan, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara.

"Saya juga meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pihak bertanggungjawab terhadap kemasukan pekerja asing tanpa izin yang terlalu ramai ke negara ini," katanya.

Menurut Gopal, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot yang memaklumkan Malaysia tidak mengambil kesemua 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh sebaliknya menyatakan jumlah itu  untuk 139 negara.

"Persoalan sekarang mengapa kerajaan buat pusingan U secara tiba-tiba. Kenyataan terbaharu ini jelas menunjukkan kerajaan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai pengambilan pekerja asing.

"Ini menunjukkan terdapat sebilangan besar pekerja asing telah tiba dan kerajaan perlu mendaftarkan mereka (pekerja asing) sebagai pekerja sah sebelum membawa masuk lebih ramai pekerja asing," katanya.

Katanya, kerajaan perlu menggugurkan idea membawa masuk pekerja asing sebaliknya mengenal pasti sebab golongan belia tidak mampu bertahan dalam sektor kotor, bahaya dan sukar.


Gempa bumi lemah di Tasik Kenyir

Posted: 23 Feb 2016 04:07 PM PST

MALAYSIAKINI




Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu, malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gegaran boleh dirasai di Kuala Berang.

Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km Barat Daya dari Kuala Berang.

Menurut kenyataan itu, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
- Bernama


Azrolnizam sahut cabaran Zahid buat kerja kotor

Posted: 23 Feb 2016 04:06 PM PST

Anne Muhammad

 


Selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'mencabar' belia Malaysia membuat 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing datang ke negara ini, kini mereka pula mencabar timbalan perdana menteri itu untuk mengusahakan kenaikan gaji pekerja sektor berkenaan.

Menurut mereka, Ahmad Zahid sepatutnya menyedari gaji asas pekerja sektor 3 D (dirty, difficult dan dangerous) tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

Azrolnizam Sidek yang bekerja sebagai tukang cuci longkang berkata gaji sebanyak RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Saya cabar beliau untuk ubah keadaan ini. Naikkan gaji minumum daripada RM800 kepada kadar munasabah. Saya sendiri sudah menyahut cabaran timbalan perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini.

Azrolnizam, 24, bukan sembarangan orang. Jika anda menyangka dia anak muda yang tiada kelulusan sehingga terpaksa menjadi pencuci longkang, ia adalah silap.

Memiliki diploma pengurusan perniagaan, dia pernah bekerja sebagai pereka grafik dan menjadi sebahagian daripada jutaan warga Kuala Lumpur sejak 2014.

Namun pada November lalu dia terpaksa berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang uzur.
Azrolnizam juga mahir dalam bidang fotografi dan pernah menjadi jurugambar sambilan tetapi ia tidak menjamin pendapatan yang stabil kerana permintaan untuk perkhidmatannya bermusim.

Antara Disember hingga Januari dia mencuba nasib menjadi penoreh getah. Dengan harga RM1.55 sekilogram, dia mengalah.

"Nak makan apa dengan pendapatan begitu?" katanya.

Azrolnizam kini menjadi pencuci longkang sebuah kilang simen di Negeri Sembilan.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk pekerja dari Bangladesh - dilaporkan berjumlah kira-kira 1.5 juta orang - untuk memenuhi permintaan sektor 'kerja kotor'.

Ahmad Zahid berkata kemasukan tenaga buruh asing itu perlu kerana rakyat tempatan enggan bekerja di sektor berkenaan.

Bagaimanapun pada 19 Februari lalu timbalan perdana menteri mengumumkan kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja.

Azrolnizam berkata dia bersama pekerja lain mencuci longkang sejauh lapan kilometer setiap hari demi mencari rezeki.

"Belia negara ini juga bukan pemalas seperti disangka sesetengah orang," katanya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah sebelum ini.

Kata Azrolnizam dia memiliki diploma tetapi menyahut cabaran Ahmad Zahid untuk membuktikan bahawa isu yang dihadapi sekarang bukan berpunca daripada sikap malas.

"Salah seorang pekerja yang bersama-sama saya mencuci longkang sekarang adalah remaja lelaki yang baru menghabiskan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.

Buat masa ini Azrolnizam adalah pencuci longkang 'profesional' dan sesekali menjadi jurugambar apabila ada permintaan.

"Kalau tak percaya, pergilah lihat Instagram saya, @azrolnzam," katanya.


Daftar blogger elak sebar fitnah, perpecahan

Posted: 23 Feb 2016 04:02 PM PST

SINAR HARIAN


blogger
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Cadangan mewajibkan penulis blog dan penulis dalam talian untuk berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dilihat mampu mengurangkan penyebaran maklumat tidak sahih dan palsu yang semakin berleluasa ketika ini.

Pakar akademik dan blogger berpendapat sekiranya cadangan itu diguna pakai kelak, akan dapat membantu membentuk masyarakat penulis yang lebih beretika, peka dan bertanggungjawab terhadap fakta yang ditulis dan disebarkan.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, syor itu perlu dilaksanakan segera bagi memastikan penulis terbabit berpegang kepada etika dan rasa tanggungjawab baik kepada diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan negara.

"Bila ada rasa tersebut, kita dapat elak fitnah yang akan menimbulkan perpecahan. Semua agama tegah perpecahan," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya diwujudkan undang-undang supaya penulis blog wajib berdaftar dengan KKMM sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilapor berkata, cadangan bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.

Mengulas lanjut, Ramlah berkata, cadangan itu juga boleh menjadi panduan kepada mana-mana penulis media dalam talian dan penulis blog agar tidak menghasilkan atau menyebarkan maklumat berunsur provokasi dan kebencian.

Katanya setiap maklumat perlu dihasilkan berdasarkan kajian atau sumber sahih yang berpengalaman dalam sesuatu bidang berkaitan bagi mengelak kekeliruan pembaca serta implikasi negatif kepada masyarakat.

"Setiap penulisan perlu ada sumber sahih dan huraian yang jelas berdasarkan fakta. Bukan menulis berdasarkan emosi semata-mata bagi mencapai matlamat sendiri untuk menjatuhkan mana-mana pihak dengan menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, seorang blogger daripada laman militaryofmalaysia.net, yang dikenali sebagai Shahpaskal berpendapat sudah sampai masanya undang-undang seumpamanya dikuatkuasakan memandangkan media sosial telah kerap disalah guna dan dijadikan platform untuk menyebar pelbagai bahan tidak sihat serta fitnah.

"Ada yang memalukan individu lain, penyebaran fitnah, berita palsu, bahan berbaur lucah, perdagangan haram seperti iklan berbaur pelacuran, seks bebas serta penyebaran bahan-bahan agama yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal  Jamaah di Malaysia," katanya.

Beliau mengakui pernah disiasat pihak berkuasa atas artikel yang dimuat naik dalam laman tersebut namun mengakui ia bukan masalah kerana yakin apa yang ditulis adalah berasaskan maklumat serta fakta dan bukannya fitnah.

"Saya tidak menyalahkan pihak berkuasa kerana dengan insiden ini membuktikan bahawa pihak berkuasa terutama polis atau tentera mengambil berat hal-hal sensitif berhubung dengan keselamatan Malaysia.

"Bagaimanapun saya akui masih ramai blogger yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengetahui asas undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Mereka ini kebanyakan adalah penulis amatur yang tidak ada asas atau latar belakang dalam bidang penulisan," katanya.

Shahpaskal berpandangan akta itu akan membawa kesan positif terhadap dunia penulisan alam maya dan sedikit sebanyak dapat menghalang elemen-elemen subversif yang banyak meliar dalam media sosial hari ini.

Menurutnya, media sosial sepatutnya dijadikan wadah pengembangan ilmu dan maklumat yang mampu membina jati diri dan negara bangsa dan penyalahgunaan media sosial terutama oleh penulis blog yang tidak bertanggungjawab dan menulis atas sebab diupah, mencari hits dan nama hanya akan menyulitkan tugas pihak berkuasa.

Blogger daripada hazrey.com, Zulhazri Abu Bakar turut mengalu-alukan saranan itu kerana sudah sampai masanya kebebasan bersuara tidak disalahgunakan untuk memfitnah dan merosakkan sesuatu fakta termasuk isu politik.

"Pada ketika Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang untuk bersuara, ia juga memperuntukkan ketetapan bagi melindungi keselamatan negara, masyarakat, bangsa dan agama.

"Jika media seperti propembangkang menitikberatkan etika dan integriti kesahihan, tidak akan timbul saranan seperti ini, maka eloklah ia diwujudkan kerana hari ini, sesiapa sahaja boleh mendakwa diri mereka wartawan dan editor.

"Contohnya pada hari ini, portal berhaluan kiri menggunakan taktik tajuk mengelirukan dan menyimpang fakta secara tidak bertanggungjawab, ia disebarkan netizen sebelum dipadamkan, lantas dengan mudah memberikan persepsi buruk terhadap seseorang individu atau pemimpin," katanya.

Beliau berkata, polemik tersebut sudah terlalu kerap berlaku dan akhirnya, kebebasan media terus disalahgunakan. - Bernama

Nazri mahu lihat pemimpin Umno miliki disiplin

Posted: 23 Feb 2016 03:59 PM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Mohamed Nazri Aziz


SHAH ALAM - Kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pandangan ikhlas yang bertujuan melihat pemimpin Umno mempunyai disiplin tertentu terutamanya mereka yang berjawatan tinggi dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peringatan oleh Mohamed Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sekadar ditujukan kepada Muhyiddin malah kepada semua anggota Umno.

"Saya percaya, kita ada kaedah kita. Misalnya kalau ada perbezaan dalam pandangan berpolitik, Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden dan beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (Umno), jadi beliau boleh suarakannya dalam mesyuarat itu.

"Sepatutnya dihargai satu semangat yang dicapai sewaktu Perhimpunan Agung (Umno) lepas di mana presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memilih untuk berjiwa besar dan saling berpelukan serta bersalaman (dengan Muhyiddin). Sebarang perbezaan mesti diselesaikan di dalam (parti) bukan di luar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perlu lepaskan jawatan kerana tidak sokong Najib]

Terdahulu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meluangkan masa melawat kilang Syarikat Biotropics Malaysia Bhd, satu daripada syarikat peneraju di bawah Produk Herba Bernilai Tinggi,

Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) Pertanian, yang melaksanakan kajian klinikal dan praklinikal bagi produk Tongkat Ali.

Mengulas mengenai lawatannya itu, beliau berkata kerajaan akan sentiasa menyokong industri Tongkat Ali yang merupakan satu daripada herba utama di negara ini, bagi memastikan ia terus kekal terpelihara.

"Kita dapati industri Tongkat Ali berdepan pelbagai cabaran seperti kewujudan banyak pihak yang mengeluarkan herba ini ke luar negara secara mentah sehingga memaksa industri ini terpaksa bersaing dengan pihak luar yang ambil khazanah kita.

"Herba ini juga berdepan dengan kepupusan kerana sebahagian besarnya ditanam secara semulajadi...jika tidak ada usaha mengekalkannya, herba ini akan pupus dalam masa 20 tahun akan datang," katanya.

Sehubungan itu, beliau melihat galakan secara progresif bagi penanaman Tongkat Ali secara komersil dan perladangan mampu memastikan bekalan bahan mentah itu mencukupi bagi tujuan pasaran luar.

Selain itu, katanya, pengambilan secara berleluasa bahan mentah termasuk Tongkat Ali daripada hutan harus disekat dan penguatkuasaan perlu dipergiat bagi memastikan sumber hutan itu terpelihara untuk generasi akan datang.

"Kementerian juga mungkin menubuhkan Majlis Herba Negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi membantu meningkatkan permintaan terhadap industri herba di negara ini khususnya Tongkat Ali," katanya. - Bernama


Perlu lepaskan jawatan kerana tidak sokong Najib

Posted: 23 Feb 2016 03:51 PM PST

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian


PUTRAJAYA - "Jika tidak mahu sokong Presiden (Umno), maka berhentilah jadi Timbalan Presiden.'
Itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz apabila bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berterusan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Menurut Mohamed Nazri, sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin  sepatutnya membantu tugas-tugas presiden.

"Kami sokong dan pilih Muhyiddin (dahulu), bukan suruh dia lawan presiden, tetapi beliau dipilih kerana kita lihat beliau boleh bantu presiden.

"Tetapi jika hari ini, beliau tidak mahu menyokong presiden, jalan terbaik adalah berhenti sahajalah," katanya pada sidang media persidangan meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 - Edisi pelancongan Masjid, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan timbalan presiden]

Mohamed Nazri turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang berterusan menghentam Najib terutama berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.

"Kes ini sudah selesai seperti mana diumumkan Peguam Negara. Jadi kalau sudah selesai apa lagi yang dimahukan.  Sekarang ini adalah masa untuk buat kerja. Sebagai satu pasukan, kita harus bantu presiden untuk bantu rakyat.

"Jika tidak boleh bantu presiden, saya cadangkan agar jawatannya digantung (bukan keahlian). Sebagai ahli kalau hendak hentam, itu terpulang. Umno mengamalkan kebebasan bersuara. Yang tidak boleh sekarang adalah kerana Muhyiddin masih timbalan presiden," katanya.

Mengulas mengenai bukti yang dimaksudkan Muhyiddin, Mohamed Nazri berkata, bukti sudah jelas apabila Ahli Parlimen Pagoh itu berterusan mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka selain didakwa bersekongkol dengan ketua cawangan Umno untuk menjatuhkan perdana menteri.

Katanya, jika sikap Muhyiddin berterusan mengkritik secara terbuka, adalah wajar perkara itu di bawa ke Lembaga Disiplin Umno.

"Jika tindakan itu dilakukan kerana kepentingan rakyat dan kerana mewakili rakyat, saya juga wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Mengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz terhadap keputusan flip-flop kerajaan berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing, Mohamed Nazri berkata, Rafidah hanyalah ahli biasa.

"Dia bukan orang penting (dalam Umno). Tetapi Umno mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara, jadi saya tidak kisah jika dia hendak bersuara sekali pun," katanya.


Tiada ulasan: