Rabu, 24 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Panel Penasihat Operasi mahu SPRM teruskan siasat derma RM2.6 bilion

Posted: 24 Feb 2016 08:00 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa meneruskan siasatan 
mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun 
peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan. 


"Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion," kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.


 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut. 


 "Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion," kata kenyataan tersebut. 


 PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula.


 Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan. 


 Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.


 "Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan. 


 "Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut," kata Apandi.


 Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.


 Susulan keputusan itu, SPRM dalam kenyataannya berkata agensi itu menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009. Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh. 


 PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Lim Chee Wee. – 24 Februari, 2016. ~ sumber

Alasan Karut Penangguhan Pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara

Posted: 24 Feb 2016 03:00 AM PST


  Laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, sepatutnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 18 Disember 2015.

  Namun bila tiba hari tersebut, dilaporkan bahawa laporan tersebut akan hanya siap pada Februari tahun depan.

  Pada Februari  11, 2016, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Hassan Ariffin berkata, "PAC akan mendengar pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap Pengauditan 1MDB pada 24 dan 25 Februari ini."

  Apabila tiba masanya iaitu hari ini, Datuk Hasan menangguhkan mesyuarat yang telah dijadualkan untuk menerima laporan audit muktamad daripada Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan alasan kebanyakan ahli PAC mempunyai urusan di luar negara termasuk ada yang sedang mengerjakan umrah.... Berapa kali nak tangguh??

  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bercadang membentangkan laporan akhir pengauditan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat bermula Mac hingga April ini,  selepas pihaknya meneliti terlebih dahulu laporan yang akan dibentangkan Ketua Audit Negara kepada pihaknya pada 24 dan 25 Feb ini. 

  Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menulis di blognya bahawa alasan  Datuk Hasan itu sebagai "tidak kredibel dan tidak boleh diterima".

 "Adakah mana-mana anggota PAC menyatakan bahawa mereka akan berada di luar negara dan tidak dapat menghadiri mesyuarat hari ini dan esok, apabila PAC menetapkan kedua-dua tarikh berkenaan untuk mesyuarat PAC pada perjumpaan terkahir pada 11 Februari lalu?" soal pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

 "Jika tidak, mengapa kebanyakan anggota PAC berada di luar negara, seolah-olah semua anggota PAC di kalangan ahli parlimen BN bergegas ke luar negara pada kedua-dua tarikh tersebut?" soal Lim lagi.

 Lim yang juga adalah ahli parlimen Gelang Patah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hassan bahawa pembentangan laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada PAC ditunda ke minggu pertama bulan Mac.

  Tindakan anggota PAC (dari kalangan ahli parlimen BN) yang gagal menghadirkan diri ke mesyuarat itu seharusnya dikutuk oleh rakyat walaupun mereka tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengabaikan tanggungjawab.

 Seterusnya beliau bertanya,  "Adakah Hasan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PAC jika mesyuarat PAC sekali lagi ditangguhkan kerana satu sebab atau yang lain, dan ia tidak diadakan sebelum 6 Mac untuk Ketua Audit Negara membentangkan laporan audit terakhir pada 1MDB? "

Laporan Polis : Najib Pecah Amanah Meluluskan Peruntukan Dana Awam

Posted: 23 Feb 2016 11:45 PM PST


  Ahli Parlimen Kapar, YB Manivanan Gowin bercadang membuat laporan polis terhadap 3 individu pada hari esok, Khamis 25 Februari 2016 jam 2 petang di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

 Beliau mahu individu-individu berikut disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan kerana disyaki pecah amanah (dan seksyen-seksyen lain yang berkaitan):

 1. Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua kelulusan peruntukan. Oleh itu, beliau boleh dikira pecah amanah kerana meluluskan peruntukan dana awam bagi tujuan yang mendatangkan keuntungan kepada beliau sendiri sebagai Pengerusi BN.

Baca lagi di sini 
 2. Datuk K.K.Eswaran yang menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden MAICCI untuk mendapatkan dana awam dari Kementerian Kewangan yang kemudiannya tidak digunakan bagi tujuan seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan/piagam MAICCI, sebaliknya untuk kempen politik.

 3. Dato' M Davendra yang menggunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Kehormat MAICCI untuk menggunakan dana awam yang mendatangkan keuntungan kepada beliau sendiri sebagai bekas ADUN yang mungkin bertanding di dalam PRU13.

   Menurutnya, berdasarkan bukti-bukti yang ada setakat ini, adalah jelas bahawa dana awam telah digunakan untuk membiayai  kempen BN dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang lalu.

  Lebih teruk lagi apabila dana awam ini diumumkan sebagai "derma" pilihanraya kepada ahli-ahli Majlis Pengurusan MAICCI. ~ sumber

Anjing Mengokak dan Babi Buta menyodok dalam kandang Umno

Posted: 23 Feb 2016 08:02 PM PST


  Hanya kerana mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah 'maharaja tanpa baju', Nazri Aziz yang memang mulut longkang tu terus membidas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz,  

"Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara. "Dia nak menyalak pun lantaklah," Nada  Nazri memperlekehkan Rafidah di sini.

 Nazri Aziz juga menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat 'anjing yang sibuk menggigit kaki' sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

 Nazri Aziz langsung tidak ada rasa hormat keopada orang lama dan telah banyak menabur jasa dan bakti dalam Umno seperti Muhyiddin dan Rafidah hingga sanggup menghina mereka berdua itu seperti anjing yang suka menyalak dan suka menggigit kaki!

  Tidak hairanlah bila ada yang marah lalu menggelar Nazri umpama makhluk yang suka menyodok!

  Nazri ''suka menyodok membabi buta" dan tidak perlu dilayan, kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed.

  Ha! Ha! Ha! Engko gelar orang anjing, nah ambik ko! Orang gelar kau kow-kow - Babi Buta yang suka menyodok-nyodok!

  Nampaknya, perbalahan antara anjing dan babi dalam kandang Umno akan semakin ganas jadinya nanti menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat nanti.

 Nazri akan membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti agar Muhyiddin digantung dari jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

  Kita semua akan dapat menyaksikan dalam sedikit masa nanti, siapa yang bakal kena kokak anjing dan siapa yang akan kena sodok Babi Buta!

  Muhyiddin telah berulang kali meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas kritikan bertalu-talu terhadap cara beliau mengendalikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Soalan-soalan untuk PM Najib dan Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak ....

Posted: 23 Feb 2016 04:30 PM PST


   Kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz semalam menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin  untuk berundur daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno kerana dia tidak lagi dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan betul mendapat reaksi yang pro dan kontra.

   Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menyokong peringatan oleh Nazri itu berkata, jika terdapat perbezaan pandangan politik, Tan Sri Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden boleh menyuarakan pandangan beliau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dihadirinya.

  "Sepatutnya, semangat yang dicapai dalam Majlis Tertinggi Umno yang lalu, di mana Presiden (Datuk Seri Najib Razak) yang memilih untuk berjiwa besar dan memeluk dan berjabat tangan dengan Muhyiddin, dan dibalas oleh yang kedua, harus dihargai. Apa juga perbezaan yang mesti diselesaikan dalam parti itu tidak di luar, "katanya di sini

 Sebaliknya,  Sahabudin secara sinis meminta Najib dan Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak (macam Nazri Aziz dan Shabery Cheek ) untuk menjawab soalan-soalan berikut :

 SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB 

Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO? 

 Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara?

 Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang lain?

 Jika Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

 Mengapa juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?

 Berbanding Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah pun benar atau salah mengenainya?

  Apakah jika ingin mengkritik dan memperkatakan sesuatu kebenaran, ia mesti dilakukan dalam mesyuarat MT saja, manakala jika ingin memuji, menggilap dan melambung Perdana Menteri, ia sebebasnya boleh dilakukan secara terbuka?

 Demi keadilan, bukankah jika mengkritik secara terbuka tidak dibenarkan, maka memuji secara terbuka, lebih-lebih lagi pujian yang menyebabkan rakyat tertawa mendengarnya, seharusnya dianggap tidak beretika juga?

 Akhirnya, jika Najib dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada semua persoalan ini, maka dipersilakanlah, terutama sempena sudah 40 tahun usianya bersepak-terajang dalam politik, sama ada menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat terus keahlian Muhyiddin dalam mesyuarat MT akan datang ini.~ sumber

Tiada ulasan: