Selasa, 23 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Di sebalik pakatan pembangkang yang ‘rapuh’

Posted: 23 Feb 2016 06:17 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Memang LGE boleh dianggap bersikap autokratik, dan sifat ini yang sekian lama wujud dalam UMNO-BN sepatutnya tidak diwarisi oleh pemimpin PH yang menjanjikan Malaysia baru yang lebih baik.
 
 
 
DAP does as Umno does
Oleh Yunus Tasim


Banyak komen yang negatif bila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memecat dua ADUN PKR dari jawatan yang mereka sandang dalam syarikat GLC kerajaan Pulau Pinang. Memang patutlah Umno dan penyokongnya menggunakan isu ini untuk menghentam bukan sahaja LGE dan DAP, tetapi keseluruhan koalisi Pakatan Harapan. Ini yang dikata sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Begitu juga dengan orang pensendirian, penganalisis politik dan tidak ketinggalan rakan dalam PH juga turut sama menyampaikan kritikan yang pedas terhadap LGE, DAP dan PH. Semua menyatakan LGE serupa ibu ketam mengajar anak berjalan lurus.

PH terutamanya LGE dan DAP sering mengkritik kebobrokan polisi kerajaan yang merugikan rakyat dan menghentam Najib atas sikap kuku besinya terhadap semua pengkritik. Tetapi kini LGE, sebagai ketua menteri telah menunjukkan warna sebenar dengan memecat dua ADUN PH dari PKR kerana mereka dan ADUN dari PKR yang lain bersikap berkecuali ketika pengundian menolak usul UMNO agar kerajaan negeri menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang.

Tapi sebelum kita menolak terus PH sebagai koalisi pembangkang dan alternatif kepada UMNO-BN, kita harus melihat sudut positif yang dimainkan oleh gabungan pembangkang itu? Ini adalah sebahagian politik baru yang kita, rakyat Malaysia idam-idamkan. Memang LGE boleh dianggap bersikap autokratik, dan sifat ini yang sekian lama wujud dalam UMNO-BN sepatutnya tidak diwarisi oleh pemimpin PH yang menjanjikan Malaysia baru yang lebih baik – yang mestilah didahului dengan pemimpin yang pintar, matang dan boleh meraikan perbezaan yang membangun.

Tidak seperti gabungan BN yang selalunya 'yes-man" dan 'rubber-stamp' kepada polisi perdana menteri dan kerajaan. Kalau pun mereka tidak bersetuju tetapi mereka terpaksa mengangkat tangan jadi pak angguk kerana takut tindakan diambil terhadap mereka oleh perdana menteri atau presiden parti.

Kita dapat lihat betapa PKR tidak semestinya bersetuju dengan rakan koalisi PH. PKR juga pintar untuk tidak menyokong UMNO, mungkin kerana bagi PKR, cadangan memberhentikan semua projek penambakan secara pukal dan borong juga tidak betul. Kerajaan Melaka juga tambak lautnya. Singapura juga bertahun-tahun tambak lautnya, malah menggunakan tanah dan pasir dari Malaysia.

Peranan ini lah yang harus terus dimainkan oleh ADUN dan MP tanpa mengira parti mana yang mengusulkan. ADUN dan MP mesti berjiwa rakyat dan bekerja untuk rakyat untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Bukan untuk menjahanamkan Malaysia dan meninggalkan nisan dan keranda untuk generasi Malaysia akan datang.

Kita harap ini satu permulaan kepada politik baru di Malaysia. Rakyat mesti terus mendesak supaya ADUN dan MP yang mewakili mereka bekerja untuk rakyat bukan menjadi kaki angguk kepada Yang Berkuasa, tak kiralah Ketua Bahagian, Menteri, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

2017 atau 2018 adalah tidak lama. Rakyat mesti diajar dan dibentuk supaya mempunyai jatidiri yang kukuh untuk memilih ADUN dan MP yang bukan kerbau kepada 'Political Master' mereka. Sebaliknya, mereka hendaklah dari kalangan yang boleh mempertahankan rakyat seperti yang ditunjukkan oleh lima ADUN PKR di Pulau Pinang itu.

Jika LGE baca tulisan ini dan mahu PH menjadi alternatif yang berwibawa menggantikan kerajaan UMNO-BN di Putrajaya, mahu tidak mahu, LGE dan DAP harus berubah serta merta. Apatah lagi DAP dimomokkan sebagai parti yang angkuh dan akan meranapkan harapan rakyat Melayu jika berkuasa. DAP mesti berubah. DAP mesti berubah serta merta, sekurang-kurangnya daripada pendekatan dan imejnya.

Kepada ADUN dan MP PH yang lain, teruskan berperanan dengan efektif. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada usaha anda. Kalau tidak, pasti kerajaan UMNO-BN terus menyembunyikan kebobrokan dan kerakusan mereka dan akan terus menerus menipu rakyat jelata yang memang mudah digula-gulakan.

PH mestilah memulakan gagasan politik baru. Mulakan daripada dalam PH sendiri. Perkara yang paling mudah ialah dengan menjadikan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar kerajaan PH untuk dua penggal sahaja. LGE mesti bersedia 'pass baton' kepada Ketua Menteri baru selepas PRU akan datang.
Keberanian ini harus di war-warkan dari sekarang. Kita yakin rakyat akan bersama kalian membina Malaysia baru yang lebih baik!

* Yunus Tasim merupakan pembaca FMT

BAEEKKK PUNYA LAMBUNG!!

Posted: 23 Feb 2016 06:11 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak seorang pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk terus mentadbir parti dan negara serta sama sekali bukan seorang "penyamun" seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh politiknya.

Malahan, tegas  Ahli Parlimen Ketereh dan bekas menteri itu, keyakinan terhadap Perdana Menteri masih kukuh untuk terus menguruskan negara, ekonomi dan parti keramat UMNO.

"Najib memiliki segala "ingredients"  untuk melakukannya.

"Saya tidak fikir Najib seorang watak "penyamun"  seperti yang cuba digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan nak menghancurkan UMNO bila naik jadi presiden....tidak," katanya lagi.

Ulasan Annuar mengenai watak "penyamun"  yang sering dikaitkan dengan Najib tidak lain tentunya berkaitan dengan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang mengalir masuk ke akaun peribadinya, tetapi telah dibersihkan oleh Peguam Negara sebagai tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Selain derma berbilion ringgit yang dikatakan daripada keluarga Diraja Arab Saudi itu itu masih menimbulkan banyak misteri, yang lebih menjadi "lawak antarabangsa"  ialah bila Najib dikatakan tidak mengetahui dana RM42 juta yang diterimanya itu datang daripada SRC, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan.

Orang kata, inilah kelebihan pemimpin veteran bila berkata-kata. Hujah dan cara mereka berbicara serta melontarkan idea untuk menggembirakan "boss yang berkuasa" memang tak terlawan dek pemimpin-pemimpin muda.

Seolah-olah tidak memperdulikan segala fakta berkaitan dengan isu wang tersebut yang telah menyebabkan gelaran "penyamun" itu memenuhi seluruh cakrawala dunia dan begitu melekat dengan Najib, yang penting ialah Perdana Menteri yang boleh memberikan banyak kenikmatan di dunia, harus disokong dan dipertahankan sebaik-baiknya.

Dulu Salleh Said Keruak sudah berkali-kali melakukannya dan akhirnya diberikan jawatan menteri, apa pula agaknya "hadiah misteri" yang bakal menanti Annuar selepas ini?


Mayat korban pertama banjir di Sarawak ditemui

Posted: 23 Feb 2016 06:08 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
KUCHING: Mayat lelaki yang menjadi korban pertama banjir di Sarawak selepas dihanyutkan arus deras Sabtu lepas berjaya ditemui pada pukul 5.50 petang semalam.
Mangsa, Judus Jalina, 20, hanyut dibawa arus sungai di Kampung Maang, Jalan Kuching-Serian, kira-kira 55 kilometer dari Kuching pada pukul 9 malam Sabtu lalu ketika meredah banjir untuk pulang ke rumahnya bersama dua rakannya.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kuching, mayat Judus ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Jurucakap itu berkata mayat Judus telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Dengan penemuan mayat itu pasukan mencari dan menyelamat menamatkan operasi pada pukul 6.30 petang tadi," katanya.

Rafidah nak menyalak, lantaklah, kata Nazri

Posted: 23 Feb 2016 06:05 AM PST

Anne Muhammad  


LIHAT VIDEO DI SINI

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, pemimpin veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz kini bukan sesiapa dan beliau bebas untuk bercakap memandangkan negara ini adalah sebuah negara demokrasi.

"Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara.

"Dia nak menyalak pun lantaklah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Meja bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas menteri Umno itu yang mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah 'maharaja tanpa baju' selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafidah turut menyelar pihak yang menuduhnya sebagai anti-kerajaan atau penentang parti, di mana beliau telah berkhidmat selama setengah abad sedangkan ramai pemimpin muda hari ini dalam Umno masih berada di "tadika" pada masa itu.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas berkata sebelum ini Rafidah pernah tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada emilihan Wanita Umno sehingga menyebabkan suaranya tidak lagi didengar oleh akar umbi.

"Lantak dialah nak cakap apa-apa sebab akhir sekali pun kalah dengan Shahrizat. (Jadi) orang tak dengar cakap dia sekarang," katanya.


Hati-hati ke Australia, negara itu rasis, kata menteri

Posted: 23 Feb 2016 05:55 AM PST

Anne Muhammad    




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nazri Aziz yang kecewa dengan tindakan kerajaan Australia berhubung amaran terhadap rakyatnya mengenai kemungkinan serangan pengganas di sekitar ibu negara membidas negara itu.

Katanya, rakyat di negara ini tidak perlu bimbang dengan amaran itu dan seperti Kuala Lumpur, Australia dan beberapa bandar utama di seluruh dunia juga terdedah dengan ancaman kumpulan pengganas IS.

"Bukan KL saja dapat ancaman, Australia pun lagi kuat ancaman, Paris, London, dan Frankfurt.

"Jadi bagi saya kalau nak ingatkan rakyat dia berhati-hati (di Malaysia) tiada masalah.

"Kita pun bagi tahu rakyat kita hati-hati pergi Australia sebab negara itu rasis," katanya.

Kerajaan Australia dalam laman web rasminya, Ahad lalu mengingatkan rakyatnya di negara ini agar berwaspada dengan ancaman pengganas yang mungkin berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, ancaman serangan itu mungkin menyasarkan kawasan yang sering dikunjungi warga asing khususnya pelancong Barat.

Selain itu, Australia menasihatkan rakyatnya agar mengambil langkah berhati-hati di seluruh Malaysia dengan mengelakkan perjalanan ke timur Sabah termasuk pulau-pulau dan lokasi menyelam skuba.

Mengulas lanjut, Nazri percaya kenyataan Australia itu tidak menjejaskan kemasukan pelancong di negara ini.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memberi jaminan kepada orang ramai bahawa situasi di ibu kota adalah selamat.

Untuk menyakinkan orang ramai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga melawat dan meninjau kawalan keselamatan di pusat beli-belah Pavilion, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menjaga keselamatan awam di sekitar Kuala Lumpur, pihak polis meletakkan seramai 170 anggota manakala angkatan tentera pula mengerahkan 170 anggotanya menjalankan rondaan selama 24 jam sehari di sekitar kawasan tumpuan orang ramai.


Lebih 'derma' biayai kempen BN pada PRU13, dakwa Rafizi

Posted: 23 Feb 2016 05:53 AM PST

Alyaa Alhadjri  




Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa BN mendapat manfaat daripada RM2 juta wang pembayar cukai untuk membiayai kempen pilihan raya umum ke-13.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mendakwa bahawa Kementerian Kewangan pada 2013 meluluskan jumlah itu sebagai "geran derma" kepada sebuah persatuan kaum India yang mesra-BN.

"Sekarang kita mempunyai bukti bahawa sebahagian daripada kempen BN dibiayai menggunakan wang pembayar cukai.

"Kesan (kes ini) lebih besar kerana ia membabitkan RM2 juta dana awam," dakwanya.

Dakwaan itu, katanya, adalah berdasarkan surat daripada Jabatan Perbendaharaan bertarikh 23 April, 2013, kepada presiden persatuan berkenaan.

Rafizi mendedahkan kandungan surat itu pada sidang akhbarnya bersama-sama dengan minit mesyuarat persatuan itu yang bertarikh 11 Mei 2013, di mana dicatatkan bahawa presiden didakwa mengakui menerima derma RM2.5 juta untuk tujuan pilihan raya.

Ditanya mengenai percanggahan RM500 juta itu, Rafizi berkata, beliau hanya boleh membuat kesimpulan bahawa terdapat sumber lain yang turut menyalurkan dana kepada persatuan itu.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama persatuan berasaskan kaum India itu sehingga mendapatkan maklum balas mereka.

MAIWP dibenar jadi pencelah dalam permohonan SIB

Posted: 23 Feb 2016 05:51 AM PST

MALAYSIAKINI






Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung hak menggunakan kalimah 'Allah' dalam semua penerbitan agamanya.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohammed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIWP, dan Lim Heng Seng dan Annou Xavier yang bertindak bagi pihak SIB.

Mohammed Haniff ketika ditemui pemberita berkata berikutan keputusan itu, MAIWP akan menjadi responden ketiga dalam permohonan semakan kehakiman SIB. Responden pertama dalam kes itu ialah Menteri Dalam Negeri manakala kerajaan Malaysia sebagai responden kedua.

"Kami berhujah bahawa MAIWP mempunyai kepentingan langsung dalam relif yang diminta oleh pemohon (SIB) mengenai penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama mereka di negara ini.

"Sama ada pemohon mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dalam sembahyang dan penerbitan agama mereka, ia mempunyai kesan langsung kepada masyarakat Islam," katanya.

Mohammed Haniff berkata MAIWP sebagai agensi kedua tertinggi selepas Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan mempunyai kepentingan secara langsung untuk diberi kebenaran mencelah dalam prosiding itu.

"MAIWP telah ditubuhkan untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara yang berkaitan dengan Islam di negeri ini.

"MAIWP mempunyai tanggungjawab dalam semua perkara yang berkaitan dengan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan Undang-undang Islam dan pentadbiran keadilan," kata peguam itu.

Beliau memberitahu bahawa 1 Mac ini ditetapkan untuk pengurusan kes itu.

Pada 1 Oktober 2014, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada SIB untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman berhubung hak menggunakan kalimah 'Allah' dalam semua penerbitan agamanya selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Mei 2015 yang menolak permohonan gereja bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman.

Pada 10 Disember 2007, SIB dan presidennya Rev Jerry W A Dusing alias Jerry W Patel memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap Menteri Dalam Negeri dan kerajaan bagi mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Januari 2008.

Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.- Bernama


‘Tak perlu sekat Muhyiddin, ambil saja tindakan disiplin’

Posted: 23 Feb 2016 05:40 AM PST

 
 
 
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman melihat tidak ada keperluan menyekat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden parti seperti yang didakwanya.

Sebaliknya, kata beliau, jika Muhyiddin melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan parti, beliau bukan sahaja disaran berhenti tetapi perlu berdepan dengan jawatankuasa disiplin Umno.

"Setiap kepimpinan Umno mempunyai peranan masing-masing seperti mana yang tertakluk dalam perlembagaan parti. Tidak timbul soal mereka disekat atau dihalang melakukan tugas dan saya rasa ia tidak perlu disekat.

"Sekiranya pemegang jawatan tersebut melakukan apa saja perkara yang bercanggah dengan perlembagaan parti mereka bukan sahaja disaran agar berhenti bahkan tindakan disiplin perlu diambil lebih-lebih lagi jika ia menggugat kedudukan parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Muhyiddin pada Sabtu lalu ketika berucap pada satu majlis di Port Dickson mengingatkan MT Umno supaya jangan sekali-kali berani untuk mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.

"Saya nak ingatkan setiausaha agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan perlembagaan," katanya.

Berikutan kenyataan itu anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan membuat cadangan pada mesyuarat tertinggi (MT) parti akan datang agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapakan ke jawatankuasa displin parti itu jika enggan melepaskan jawatan secara sukarela.

Nazri berkata, cadangan tersebut timbul berikutan serangan berterusan Muhyiddin yang dianggap melampau ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai 2015 selepas menyuarakan pandangan kritikal terhadap operasi 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib.
 


 

Najib akan beri keterangan dalam kes saman fitnah Harakahdaily, kata peguam

Posted: 23 Feb 2016 05:29 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Razak dijadualkan memberi keterangan bulan depan dalam kes saman fitnahnya terhadap organ PAS, Harakadaily walaupun Mahkamah Rayuan menasihatkan awal bulan ini supaya perkara itu diselesaikan di luar mahkamah, kata peguam Mohd Faiz Fadzil.
 
"Kami diberitahu perdana menteri dan 2 yang lain akan memberi keterangan untuk plaintif," kata Faiz yang mewakili Pengarah Urusan Harakadaily Rosli Yaakob.
 
Faiz berkata, defendan menamakan 8 orang saksi termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Datuk A. Kadir Jasin.
 
"Kami akan memohon untuk sepina Dr Mahathir, Kadir dan pengarang artikel daripada portal berita lain untuk mengukuhkan hujah pembelaan kami," katanya dipetik The Malaysian Insider selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Kheng.
 
Tarikh perbicaraan ditetapkan selama 5 hari bermula 16 Mac.
 
 

Rugi beli saham Silverbird: PKR tuntut TH jawab

Posted: 23 Feb 2016 05:18 AM PST

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


PETALING JAYA - PKR hari ini menuntut pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelaskan kepada rakyat berhubung pembelian saham dalam syarikat pembuat roti, Silverbird Group Berhad pada tahun 2007 yang menyebabkan TH kerugian kira-kira RM 98 juta.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa TH membeli saham di syarikat pembuat roti High-5 itu pada harga yang cukup tinggi dalam tempoh kurang sebulan.

"Kenapa TH membeli saham Silverbird secara mendadak hingga melonjakkan harga sahamnya dalam tempoh sebulan dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober dan menyebabkan TH membayar premium 177 peratus?

"TH mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dan tidak sampai sebulan TH muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau mendakwa, prestasi operasi kewangan Silverbird merudum selepas itu dan menjelang tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011, syarikat itu mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM44 juta.

Mengambil kita harga asal saham Silverbird 39 sen seunit, Rafizi membuat anggaran pelaburan TH dalam Silverbird ketika itu mencecah RM 98 juta untuk 28.81 peratus sahamnya.

"Bagaimana TH boleh buat kesilapan pelaburan sehingga rugi RM 98 juta pelaburan asal pada tahun 2007?

"Berapa jumlah sebenar pelaburan dan kerugian terkumpul TH dalam Silverbird setakat ini dan siapakah yang telah dihadapkan ke muka pengadilan akibat kesilapan ini?" soalnya lagi.

Menurutnya, angka RM 98 juta pada hari ini mungkin tidak banyak namun pada tahun 2007 angka itu sangat bernilai.

"Nilai saham kini adalah sekitar 4 sen seunit yang menyebabkan keseluruhan pelaburan TH hangus begitu sahaja," katanya.


PRN: Kalau Pas pun sukar, Amanah lagi gelap

Posted: 23 Feb 2016 05:15 AM PST

Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat Parti Amanah Negara (Amanah) 'tiada harapan' di Sarawak melainkan parti serpihan Pas itu mempunyai sokongan akar umbi serta sokongan kewangan yang benar-benar kukuh.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, ia sukar kerana Amanah merupakan parti yang baharu.

"Kedudukan Amanah lebih sukar daripada Pas. Kalau Pas sudah sukar, tiada harapan, Amanah lagilah gelap masa depannya di Sarawak.

"Mudah sahaja alasannya. Sebab ini sebuah parti baharu dan seperti biasa parti baharu amat sukar untuk bertapak lebih-lebih lagi seperti Amanah tidak mempunyai jentera akar umbi yang kuat dan saya percaya mereka berdepan masalah kewangan," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Amanah telah mengumumkan untuk meletakkan calon pelbagai etnik bersesuaian dengan demografi pengundi di negeri itu.

Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, beliau turut percaya Amanah akan bertanding di kerusi yang bakal ditandingi parti tulang belakang BN, PBB yang tidak memungkinkan Amanah menang.

"PBB mempunyai pengaruh amat kukuh di Sarawak...yang mendapat sokongan kuat pengundi Melayu Melanau. Apa implikasinya?

"Kemudian, Amanah ini parti serpihan Pas, jadi, imej Pas itu masih melekat pada tubuh Amanah. Maka pengundi di sini akan mengaitkannya dengan Pas," katanya.

Beliau turut tidak menolak Amanah menyedari hakikat perjuangan mereka di Sarawak itu begitu mencabar dan penuh dengan kekangan.

"Jika nak mencuba nasib pun, nasib juga tidak akan memihak kepada mereka. Mungkin mereka ingin menguji sejauh mana populariti dan pengaruh mereka di Sarawak.

"Tapi saya amat yakin sampai bila-bila Amanah tidak akan mendapat tempat di hati pengundi di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Amanah sepatutnya menumpukan untuk memperkukuhkan kedudukannya di Semenanjung sebelum meneroka Sarawak.

"Tiada peluang untuk Amanah di PRN Sarawak. Amanah harus menumpukan kedudukannya di Semenanjung sebelum menerokai Sarawak bukan hanya sekadar bertanding di Sarawak kerana ada pilihan raya," katanya.

Dana kempen PRU13 tidak guna derma RM 2.6 bilion?

Posted: 23 Feb 2016 05:14 AM PST

pru13
Gambar hiasan
 
 
PETALING JAYA - PKR mendakwa dana yang digunakan BN dalam kempen PRU13 lalu bukan daripada derma kontroversi melibatkan dana RM2.6 bilion seperti yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kempen itu menggunakan wang rakyat yang disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada salah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen untuk meraih undi.

"Bukti bahawa NGO itu telah berkempen untuk BN mendapat liputan meluas dan turut dipaparkan dalam laman-laman web pemimpin BN.

"Saya lampirkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 April 2013 kepada pemimpin utama NGO itu yang mengesahkan bahawa Perbendaharaan telah menyalurkan geran sebanyak RM2 juta.

"Malah pemimpin tersebut sendiri telah mengesahkan (melalui minit mesyuarat) menerima geran ini dari Kerajaan Persekutuan yang kemudiannya dibelanjakan bagi membiayai perbelanjaan kempen BN melalui satu program yang dikendalikan NGO terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya digunakan untuk kempen pilihan raya.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menggesa Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Kenapa beliau tidak ambil RM2 juta dari derma RM2.6 bilion yang didakwa untuk membiayai kempen PRU BN hingga salurkan RM2 juta dana awam dengan cara ini yang semestinya telah melanggar undang-undang?

"Ini menimbulkan keraguan bahawa kempen BN dalam PRU13 benar-benar dibiayai oleh sumbangan RM2.6 bilion seperti didakwa Najib," katanya.


Isi rumah termiskin M'sia paling terjejas akibat GST

Posted: 23 Feb 2016 05:10 AM PST

MALAYSIAKINI




Isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata sebuah kajian laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Laporan itu dibuat oleh Matlamat Pembangunan Milenium Malaysia 2015 yang dikeluarkan bersama oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

Menurut laporan itu, isi rumah di bawah spektrum pendapatan bawah 40 peratus (B40) menikmati pendapatan RM2,537 purata pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 12.8 peratus sejak tahun 2009.

Walau bagaimanapun, perbelanjaan juga meningkat dengan purata isi rumah B40 membelanjakan RM2,015 atau 79 peratus daripada pendapatan bulanan mereka.

Menurut laporan itu, GST diperkenalkan pada kadar enam peratus pada April tahun lalu mengikis sebahagian besar wang mereka.

"Dengan GST pada kadar 6 peratus pada awal tahun 2015, 40 peratus baki pendapatan isi rumah akan berkurangan kepada RM400 berbanding RM 522 sebelum ini.

"Oleh kerana GST memberi kesan kepada semua isi rumah, mereka yang berada di spektrum bawah B40 akan berasa kesan yang lebih daripada mereka yang bahagian atas spektrum," kata laporan itu.

Terdapat 2.7 juta isi rumah yang jatuh dalam kategori B40 ini.

Pengkritik GST sebelum ini berhujah bahawa cukai penggunaan itu adalah regresif, kerana ia lebih menghukum isi rumah berpendapatan rendah daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Ini adalah kerana isi rumah berpendapatan rendah menghabiskan lebih banyak pendapatan mereka.

Walau bagaimanapun, kerajaan berhujah bahawa bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia meringankan sebarang kesan regresif atas isi rumah berpendapatan rendah.

Setakat 31 Disember 2015, Jabatan Kastam berjaya mengumpul RM30 bilion melalui cukai GST.

Mahfuz: Cadangan k'jaan teknokrat patut mula di Kelantan

Posted: 23 Feb 2016 05:07 AM PST

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat selepas timbalan presiden parti itu,

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan gabungan politik baru yang akan membolehkan teknokrat untuk memimpin negara ini.

Mahfuz juga secara halus menyindir kepimpinan PAS yang kini dikuasai oleh kumpulan konservatif agama selepas mereka menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu.

"Cadangan pembentukan sebuah kerajaan teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.

"Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.

"Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.

"Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata cadangan teknokrat itu sukar diterima oleh kerajaan BN kerana mereka melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

Oleh itu, katanya, PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan perlu meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

"Cadangan yang baik daripada Presiden PAS tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang.

"Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja," katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

Idea itu pertama kali dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam.


Zeti harap siasatan 1MDB selesai sebelum khidmatnya berakhir

Posted: 23 Feb 2016 05:05 AM PST

MALAYSIAKINI




Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan ke atas 1MDB dapat diselesaikan sebelum beliau meninggalkan pejabatnya pada 30 April ini.

Dengan cara ini, katanya, pengganti beliau boleh memulakan tugas dengan rekod yang bersih.

"Itu yang saya nyatakan dan ke arah itu hala tuju usaha saya - untuk menyelesaikannya (siasatan 1MDB) semasa dalam tempoh perkhidmatan saya, supaya gabenor selepas ini boleh memulakan tugasnya dengan rekod bersih," katanya.

Beliau mengulas soalan wartawan sama ada beliau berharap isu 1MDB akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir selepas majlis pecah tanah Asia School of Business, dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Kuala Lumpur hari ini.

Zeti pada sidang akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai status siasatan BNM berhubung ketidakupayaan 1MDB membawa pulang 'dana asing'.

1MDB dilaporkan enggan mematuhi arahan menghantar pulang dana itu kerana telah menggunakannya.
BNM telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

"Tiada apa yang diputuskan dan terlalu awal untuk ulas," katanya.

Amanah akui berdepan masalah kewangan

Posted: 23 Feb 2016 05:02 AM PST

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
TEMERLOH - Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui berdepan sumber kewangan untuk menguruskan sebuah parti politik dan terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan dana.

Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, Amanah memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk urusan operasi keseluruhan termasuk elaun kakitangan.

Menurutnya, Amanah kini hanya ada lima kakitangan di peringkat Pusat yang menguruskan hal-hal berkaitan di seluruh negara termasuk setiausaha agung,dua timbalan dan dua kakitangan yang menguruskan segalanya.

"Kita akui berdepan dana kewangan dan sebab itu kita buat majlis makan, kutipan derma dan lain-lain sumber termasuk dari ahli parlimen dalam Amanah untuk menampung kos operasi ketika ini.

"Ada yang kata kita terima sumbangan berjuta dari DAP itu semua tak betul, kita akui berdepan sumber kewangan," katanya selepas hadir menyampaikan taklimat di Wisma Amanah Pahang di Taman Chengal di sini, hari ini.

Mohammad Sabu mengakui sambutan yang diterima dari seluruh negara untuk menyertai parti itu amat menggalakkan dan sehingga kini sebanyak 130,000 borang keahlian sudah diedarkan.

Menurutnya, satu per tiga daripada jumlah itu sudah diterima permohonan mereka dan selebihnya dalam proses.

"Kita berdepan masalah kelemahan pendaftaran ahli dan sebab itu saya turun ke bawah berjumpa dengan negeri untuk menerangkan kaedah yang akan kita guna selepas ini untuk mengambil ahli baharu, kita juga dalam proses untuk membuat pendaftaran online," katanya

Tiada ulasan: