Selasa, 23 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kerajaan Teknokrat : Jangan Sekadar Mainan Di bibir Sahaja

Posted: 23 Feb 2016 02:34 PM PST


      Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Kerajaan Teknokrat cadangan Hj Hadi Awang, jangan hanya sekadar permainan di bibir sahaja.

  Cadangan Kerajaan Teknokrat pertama kalinya dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam.

  Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

 Mahfuz memuji cadangan tersebut lalu  mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat .

 "Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.

 "Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.

  Mahfuz meggesa kerajaan negeri Kelantan meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

  " Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja," katanya.

   Tapi amat malang sekali sebab PAS telah menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu dan kini PAS  dikuasai oleh kumpulan konservatif agama. ~ sumber

Adakah salah singkir Khalid, soal Guan Eng kepada PKR

Posted: 23 Feb 2016 02:07 AM PST


   Perbalahan antara DAP dan PKR, berikutan pemecatan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada agensi kerajaan Pulau Pinang, berlarutan apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan adakah salah tindakan sekutunya itu sebelum ini yang menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

 Susulan tindak balas PKR berhubung penyingkiran 2 wakil rakyatnya dari lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, Lim berkata, PKR melakukan perkara yang sama terhadap Khalid apabila beliau gagal mengikut keputusan parti. 

 "Khalid dipecat selepas beliau tidak melaksanakan keputusan yang dibuat PKR, dan DAP menghormati keputusan mereka mengenai perkara itu.

 "Mengapa PKR tidak menyokong kami sekarang? Ia keadaan yang sama. Sekarang mereka (PKR) cuba minta dikembalikan semula jawatan mereka (2 Adun). ~ Baca lagi di sini

 Lima orang ADUN PKR telah memilih untuk hanya mendiamkan diri ketika proses pengundian usul terhadap penambakan tanah yang dibentangkan oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad ketika 

 ADUN Bukit Tengah, Ong Chun Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, adalah antara lima wakil rakyat PKR Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan yang dibentangkan pada hari terakhir Sidang Dewan pada 27 november tahun lepas. 

 Lim menuduh mereka "menikam belakang" selepas berjanji tidak akan menentang usul yang dibentangkan itu.

 Kedua-dua mereka diketepikan daripada jawatan pengarah dua syarikat berkaitan kerajaan. Ong ditamatkan perkhidmatannya di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, manakala Cheah digugurkan daripada Perbadanan Bukit Bendera.

Tiada ulasan: