Jumaat, 19 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ZAHID KETEPIKAN NAJIB?

Posted: 19 Feb 2016 07:24 AM PST

 shahbudindotcom

 

 
 
 
Ketika Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing secara serta merta di Sarawak pagi tadi, ia sebenarnya dilakukan hampir serentak dengan waktu ketibaan pulang Najib Razak daripada lawatannya ke Amerika Syarikat sejak seminggu lalu sedangkan Perdana Menteri sudah mengumumkan mahu berbincang terlebih dahulu dengan timbalannya berkaitan isu itu sejurus pulang ke tanahair.

Memetik laporan Berita Harian, Najib berkata akan mengadakan perbincangan dengan Zahid berhubung cadangan kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sekembalinya ke dalam negara nanti.

Beri peluang saya berbincang dengan Ahmad Zahid sejurus pulang, kata Najib di akhir lawatannya di California, semalam.

Tetapi dengan Zahid mengumumkan penangguhan tersebut hampir serentak dengan waktu ketibaan Najib di KLIA, adakah keputusan itu dibuatnya sendiri tanpa menunggu perbincangan yang dikehendaki oleh Najib itu?
 
 
 
 
 
Kenapa Zahid begitu tergesa-gesa membuat pengumuman sedangkan "bossnya" sudah menyatakan mahu berbincang terlebih dahulu?

Mungkinkah ini yang membuatkan Najib terus bergegas ke pejabatnya sebaik tiba daripada KLIA dan tidak terus pulang ke kediamannya sepertimana biasa? 


'Mahathir mahu semua parti ketepi perbezaan singkir Najib'

Posted: 19 Feb 2016 07:09 AM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen PAS.

Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.


"Kedua-dua kami bersetuju bahawa Najib perlu digantikan dengan segera dan keputusan mengenai perdana menteri baru akan dibuat kemudian.

"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.

Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.

"Idea kami sama iaitu perubahan PM mesti disegerakan, cara bagaimana, bermula dari kesatuan semua pihak, termasuk parti-parti politik.

"Jangan fikir dulu siapa pengganti PM, sebab kalau fikir dulu siapa pengganti PM, makna takkan berlaku... semua pihak akan bertengkar, akan perlu ada kepentingan politik masing-masing," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas inisiatifnya sendiri dan tidak mewakili PAS.

Menurutnya, pembangkang boleh membiarkan Najib terus menjadi perdana menteri sehingga menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan marah rakyat terhadap Umno dan BN supaya peluang mereka lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam tempoh masa lama itu satu penganiayaan kepada rakyat akan terus berlaku.

"Saya tak sampai peringkat untuk terus menganiayai rakyat yang tertekan di bawah pimpinan Najib," katanya.

Mahfuz berkata susulan perjumpaan pagi tadi, beliau mencadangkan perbincangan lanjut dan meliputi jumlah yang lebih besar.

"Bukan hanya saya dan Tun (Dr Mahathir)... memerlukan pelan tindakan.

"Pemikiran itu sudah ada titik pertemuan. Saya beritahu tadi perlu ada satu pertemuan lebih besar pelbagai parti, NGO dan individu untuk kita rangka pelan tindakan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Mahathir pada pertemuan itu tidak memberi sebarang janji atau jaminan mengenai pelan tindakan berkenaan.

"Dia (Dr Mahathir) ambil maklum. Bagi saya beliau seorang negarawan, walaupun ada perbezaan dalam beberapa hal, tetapi kita ada titik pertemuan pada isu semasa.

"Bagi saya beliau boleh panggil semua pihak bukan saja daripada pembangkang tetapi juga di kalangan individual, BN dan NGO lain," katanya lagi.

Sudah diaib, Mustam masuk perangkap pula

Posted: 19 Feb 2016 07:05 AM PST

Nadia Azam

 



Belum pun reda isu menyerang lelaki disyaki warga asing kerana memeluk isterinya vokalis Genji Buskers, Mustam Mustapa terperangkap pula dalam polemik sesama netizen.

Puncanya, dia memberi reaksi kepada pertanyaan dikemukakan melalui akaun Facebook yang disangka jujur.

Rupa-rupanya ia soalan madah berhelah. Akaun yang dimaksudkannya itu adalah milik orang yang menyimpan niat tersembunyi.

Dua hari lalu, Malaysiakini menyiarkan kes seorang lelaki disyaki warga Nepal berkelakuan biadab kerana memeluk dan meraba isteri Mustam.

Walhal, kata Mustam, ketika itu isterinya berpakaian longgar dan bertudung labuh.
Pasangan itu yang baru berkahwin belum pun seminggu sangat terkejut, mendorong Mustam memukul suspek sehingga pengsan.

Dan tindakan itu diambil demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami.

Tetapi sejak itu, Mustam menyatakan ada pihak cuba memanipulasi keadaan dengan mengaitkannya dengan sikap antikerajaan.

Menurut Mustam, pihak itu 'memerangkapnya' dengan memberi mesej menerusi Facebook dan jawapan diberi kemudian disebarkan di media sosial.

"Mereka bertanyakan mengenai hal yang berlaku dan soalan kemudian disusuli dengan provokasi terhadap kerajaan.

"Kerana menyangka mereka prihatin, saya membalas mesej berkenaan.

"Dari situ luahan perasaan saya dimanipulasi dengan perkara yang ditokok tambah dan saya dipersalahkan kerana mahu menjatuhkan kerajaan," katanya kepada Malaysiakini.

Bermula dari itu kata Mustam ramai pihak sengaja memanaskan isu berkenaan dengan niat tertentu.

Lama tak beraksi

Pada masa sama ada sesetengah pihak yang enggan memahami keadaan mempersoalkan tindakannya yang lewat membuat laporan polis.

"Bukan saya ambil masa begitu lama untuk buat laporan, tetapi beranggapan dalam peraturan seseorang ada ada masa sehingga 24 jam selepas sesuatu kejadian," katanya.

Selepas insiden itu, kata Mustam, dia meneruskan busking walaupun sebenarnya hati tidak tenteram, panik malah dalam dilema kerana memukul warga Nepal itu hingga pengsan.

"Pada masa sama keadaan sengkek dan saya perlu mencari rezeki terutama kerana baru mendirikan rumah tangga dan sudah lama tidak membuat persembahan," katanya.

Insiden malam itu bukan yang pertama kali terjadi.

Sebelum berkahwin, pernah beberapa kali dia berdepan situasi yang membabitkan warga asing ketika membuat persembahan.

Namun kali ini ia berbeza kerana ia membabitkan isteri yang baru dinikahi.

Menjelaskan lagi keadaan, Mustam memberitahu dia mengajak isterinya membuat persembahan pada malam itu kerana kekurangan ahli selepas basisnya berhalangan.

"Dia bermain shaker dan mengganti ahli yang tidak hadir, kalau tidak saya membuat persembahan seorang diri malam itu.

"Tujuan hanya untuk tambah pendapatan dan memberi sokongan kepada saya yang sudah lima bulan tidak membuat persembahan.

"Bila dia berdiri di sebelah, saya lebih bersemangat," katanya.

Ekoran dipolitikkan dalam hal sebegini, Mustam mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu.

Katanya, dia tidak akan membawa isteri lagi ke persembahan pada masa akan datang.

Dia juga mahukan pihak berkuasa mengambil pendekatan penyelesaian yang jitu dan meyeluruh.

"Saya mengambil sikap neutral dan tidak menyokong mana-mana parti politik.

"Kalau dulu pernah tersiar kisah mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, itu kerana saya kagum dengan sifat dan ketokohannya.

"Justeru, untuk isu seperti ini, saya mohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya, kami rakyat semua nak hidup aman damai," katanya.


Najib perlu segera saman WSJ jika dakwaan baru palsu

Posted: 19 Feb 2016 07:00 AM PST

MALAYSIAKINI




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ) jika akhbar harian Amerika Syarikat itu sekali lagi membuat dakwaan palsu terhadapnya.

"Rakyat di negara menuntut supaya PM Najib Razak saman segera WSJ, kalau benar mereka membuat tuduhan palsu untuk kali kedua ini!" kata Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jika Najib enggan mengambil tindakan undang-undang, maka beliau patut meletakkan jawatan demi negara.

"Seandainya Najib tidak mahu menyaman WSJ, maka seluruh rakyat menuntutnya, demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat, supaya segera meletakkan jawatannya selaku perdana menteri dan menteri kewangan," katanya.

Pada 12 Februari lalu, editor kewangan WSJ, Ken Brown ketika ditemu bual oleh rangkaian televisyen ABC News Australia menafikan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa RM2.6 bilion dalam akaun Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi.

Mengulas dakwaan itu, Dzulkefly berkata ia adalah tuduhan yang sangat berat dan meruntuhkan segala kredibiliti dan maruah negara yang telah sedia tercalar.

Beliau juga menegaskan bahawa Najib belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ sejak tuduhan yang pertama dibuat pada Julai tahun lalu.

Kes Felda: Sivarasa, peneroka tak hina mahkamah

Posted: 19 Feb 2016 06:53 AM PST

Hafiz Yatim

 



Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan seorang peneroka Felda Chini, Mohd Razali Ithnain daripada tindakan menghina mahkamah yang difailkan oleh Felda dan dan anak syarikatnya, Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Bagaimanapun, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengeluarkan perintah agar kedua-dua mereka dan ejen mereka agar tidak lagi membincangkan kes itu di mana-mana forum awam agar ia tidak bersifat subjudis atau menjejaskan pentadbiran keadilan terhadap fakta kes yang sedang dibicarakan.

Beliau yang bersidang bersama Datuk P Nalini dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabariah Mohd Yusof berpendapat, ceramah berhubung tuntutan saman yang dikemukakan seramai 770 peneroka di Pahang tidak mencampuri, atau membawa risiko yang serius terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung.

‘Bukan hudud, tapi DAP tak mahu PAS memimpin'

Posted: 19 Feb 2016 06:51 AM PST

MALAYSIAKINI




'Langkah Kajang' adalah punca utama yang menyebabkan krisis dalam Pakatan Rakyat sekaligus menyebabkan DAP menentang PAS dan terkuburnya gabungan pembangkang itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya ketika itu tidak bersetuju supaya kepimpinan di Selangor ditukar.

"Kita akui tiada sebab untuk tukar Tan Sri Khalid Ibrahim, tiba-tiba tanpa perbincangan mahu tukar, PAS seperti yang diketahui tidak setuju dan berlaku percanggahan sehingga DAP menyerang PAS," katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian.

Mengikut 'Langkah Kajang', Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya menjadi menteri besar tetapi rancangan itu tidak menjadi kerana tidak mendapat sokongan PAS.

Sebagai kompromi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada September 2014 diplih menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, susulan itu, krisis demi krisis melanda Pakatan Rakyat sehingga PAS dan DAP masing-masing memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama mereka.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata DAP menentang PAS bukan disebabkan isu hudud semata-mata.
Sebaliknya, kata beliau, parti dominasi Cina itu tidak mahu pemimpin parti Islam menjadi ketua dalam mentadbir negara pada masa hadapan.

"DAP ini kenapa serang sangat, sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam (penjara). Dia (DAP) tidak boleh terima kalau PAS jadi ketua. Sebab itu saya kata ada perkara lain.

"DAP ini tidak setuju PAS bawa hudud ke Parlimen. Hudud ini kita mahu buat dan Kelantan sudah menang berapa puluh tahun dah. Bila ada ruang kena bawa lah. Bawa sebab kewajipan," katanya yang dipetik lagi oleh Sinar Harian.

Tuan Ibrahim turut mengulas mengenai tindakan AMANAH yang didakwa menyerang PAS Kelantan sejak akhir-akhir ini berkata, peninggalan bekas Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mesti diteruskan jika benar rakyat sayangkan negeri ini.

"Kalau kita sayang kerajaan negeri yang dipimpin oleh tok guru, kita kena pertahankan legasi ini. Kalau serang Kelantan dan hilang Kelantan, maka hilanglah legasi arwah tok guru.

"Hak dia (AMANAH) nak sokong mana pun tapi untuk pertahankan konteks PAS di Kelantan maka kita pakat dukung legasi PAS di sini. Kalau mahu tumbangkan BN, kita kena cari tempat yang mana kita boleh menang," katanya lagi.


Menteri persoal motif WSJ ulangi dakwaan

Posted: 19 Feb 2016 06:36 AM PST

MALAYSIAKINI




Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan motif akhbar The Wall Street Journal yang mengulangi dakwaan bahawa wang yang terdapat di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada 1MDB atau anak syarikatnya.

Katanya, WSJ membuat dakwaan yang sama walaupun pada hakikatnya bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan menjelaskan bahawa dana berkenaan adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi.

"Sebagai rakyat Malaysia kita harus menerima keputusan yang dibuat (mengenai 1MDB). Saya tidak faham mengapa mereka (WSJ) terus mengulangi dakwaan itu.

"Sudah tentu, mereka (WSJ) mungkin mempunyai motif tersembunyi untuk melakukan ini. Kita tidak mampu untuk terus berpolitik tetapi sepatutnya memberi fokus kepada ekonomi dan memberi rakyat lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Menurut Salleh, negara perlu bergerak ke hadapan.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan editor kewangan WSJ, Ken Brown bahawa berdasarkan siasatan akhbar itu, wang berkenaan bukan dari Arab Saudi tetapi daripada 1MDB.

Lelaki Bangladesh dibelasah teruk atas dakwaan rogol

Posted: 19 Feb 2016 06:34 AM PST

MALAYSIAKINI




Seorang lelaki warga Bangladesh bermandi darah selepas dibelasah orang awam yang berang dengan tindakannya yang didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, malam semalam.

Menurut portal The Star Online, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis dengan berlumuran darah akibat dibelasah orang ramai dan ditahan reman selama seminggu atas tuduhan merogol.

Portal itu memetik pihak polis sebagai berkata remaja itu bersama bapanya mengunjungi sebuah kafe siber, malam semalam.

Memetik sumber, bapa gadis itu dikatakan begitu asyik dalam permainan video sehingga tidak menyedari bahawa anaknya yang menunggu di sebelahnya disapa suspek warga Bangladesh itu yang kemudian mengajaknya ke tandas.

"Mangsa mengikutnya dan semasa di dalam tandas, dia meraba kemaluan dan merogol mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad yang dipetik portal itu.

Suspek berusia 30 tahun itu mengugut gadis berkenaan agar tidak menjerit semasa merogolnya.

Bapa gadis itu kemudiannya menyedari kehilangan anaknya dan apabila mencari ditandas berkenaan mendapati dia sedang dirogol.

"Suspek dipukul oleh bapa dan pelanggan di kafe siber. Polis kemudiannya dihubungi dan kami telah menahan lelaki itu.

"Ambulans juga terpaksa dipanggil bagi memberikan rawatan kepadanya," katanya lagi.

Sementara itu Bernama melaporkan Zainuddin dalam satu kenyataan berkata suspek direman selama lima hari dan kes disiasat kerana merogol dan mencabul kehormatan.

"Suspek memanggil mangsa untuk masuk ke dalam tandas ketika mangsa menemani bapanya di pusat komputer itu dan kemudian merogol serta mencabul mangsa.

"Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak mengetuk pintu tandas dan memukul mangsa," katanya.

Katanya mangsa cedera di kepala, hidung dan paha.


Hormati PAS, HARAPAN tak tanding di semua 82 kerusi

Posted: 19 Feb 2016 06:30 AM PST

Anne Muhammad  




Pakatan Harapan hari ini berikrar akan mencari jalan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru sesama parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan.

Sehubungan itu, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat yang dihadiri oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersetuju untuk tidak bertanding di semua 82 kerusi negeri.

Tindakan itu bagi memberi laluan kepada PAS untuk bertanding sama tetapi menurut Saifuddin, perbincangan antara PAS dan Pakatan Harapan masih berlangsung dan mereka masih belum dapat memutuskan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh setiap parti.

"Keputusan kita hari ini kita hormat PAS nak bertanding dan PAS juga pernah bertanding (di Sarawak).

"Ada kawan-kawan di Sarawak yang sedang berhubung dengan PAS di sana," katanya kepada pemberita selepas msyuarat di sebuah hotel di Shah Alam, petang tadi.

Katanya sehingga kini pertindihan kerusi dalam Pakatan Harapan masih berlaku bagaimanapun ia akan diselesaikan sebelum pilihan raya berlangsung.

Satu lawan satu
Saifuddin turut menegaskan pihaknya mahu pertandingan lawan satu di Sarawak tanpa memberi peluang kepada BN untuk menang tanpa bertanding.

"Prinsip yang dipegang untuk elak parti bertanding sesama sendiri. Satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan BN.

"Dan kita hanya boleh lawan satu lawan satu kalau dapat elak perlawanan sesama parti dalam Pakatan Harapan. Di peringkat Sarawak kita akan terus berhubung antara satu sama lain secepatnya," katanya.

Beliau juga memberitahu masalah agihan akan diselesaikan selewat-lewatnya akhir Mac ini.

"Kita sedang cuba selesaikan secepat mungkin… Kita tidak tahu bila hari pengundian. Kita harap kita boleh selesaikan sebelum akhir bulan Mac," katanya.

Sebelum ini PAS mengumumkan akan bertanding di 11 kawasan DUN dan juga meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak.

Manakala AMANAH pula mahu meletakkan calon bukan Islam dari kalangan anggota penuh parti itu dan bukan penyokong semata-mata bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.


Lagi suspek Sosma dakwa diseksa dalam tahanan

Posted: 19 Feb 2016 06:28 AM PST

Alyaa Azhar

 


Lagi dakwaan muncul berhubung dengan dakwaan tahanan diseksa semasa dalam tahanan termasuk tahanan didakwa diancam dengan senjatapi dan terpaksa menonggeng untuk diliwat.

Selepas menerima surat yang didakwa ditulis oleh tujuh tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang memperincikan seksaan yang mereka alami, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata pihaknya menerima dakwaan tambahan dari enam tahanan lain bulan lalu.

Enam tahanan itu, dakwa Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy, didakwa dijadikan beg tumbukan oleh pegawai serta ditampar dan dipukul, walaupun memberi kerjasama semasa siasatan dijalankan.

Seorang dari tahanan khususnya diancam dengan senjatapi semasa disoal siasat, dipaksa berbogel dan dicabul secara seksual oleh para pegawai.

"Tahanan ini telah dibogelkan dan menonggeng, duburnya diusap dengan botol air.

"Seorang lagi tahanan dipaksa berbogel dan dipaksa menonggeng untuk diliwat," kata Sevan, sambil menambah beliau tidak pasti sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

Selain daripada seksaan yang dialami oleh tahanan tersebut, ahli keluarga juga didakwa dilayan dengan kasar dan isteri seorang tahanan didakwa dipukul tanpa sebab semasa tangkapan dibuat.

"Beberapa ahli keluarga telah ditampar oleh pegawai," katanya.

Aduan kepada EAIC

Mengecam seksaan yang didakwa dialami oleh tahanan berkenaan, Suaram hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), menggesa suruhanjaya itu supaya menyiasat perkara itu.

"Mereka (EAIC) telah berjanji untuk menjalankan siasatan; malah mereka telah pun mula menyiasat," katanya.

Sementara itu, penyelaras Suaram Amir Abd Hadi berkata NGO itu telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 22 Januari.

"(Oleh itu), Suhakam akan memberi lebih tumpuan kepada aspek hak asasi manusia manakala EAIC akan memberi tumpuan kepada prosedur operasi standard (SOP) polis (melakukan seksaan)," katanya sambil menambah bahawa wakil EAIC telah bertemu wakil Suhakam mengenai perkara itu.

Bulan lalu, Suaram mendedahkan surat yang ditulis oleh tahanan di bawah Sosma yang mendakwa mereka diseksa semasa dalam tahanan.

IGP beri demo anti Najib amaran, ingatkan Zaid latar guamannya

Posted: 19 Feb 2016 06:25 AM PST

MALAYSIAKINI




Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mengundang amaran keras daripada pihak polis berikutan gesaaannya supaya satu perhimpunan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika memberi amaran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan Zaid bahawa beliau adalah seorang peguam dan harus sedar apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang.

"Biar saya beri amaran kepada beliau sebagai seorang peguam, beliau perlu tahu cara yang sah mengikut undang-undang untuk menukar perdana menteri sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan (persekutuan).

"Jika beliau sudah lupa, biarlah saya ingatkannya bahawa caranya adalah sama ada melalui pilihan raya umum atau undi tidak percaya di Parlimen. Selain itu, tindakan lain adalah menyalahi undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata bekas menteri Umno itu akan berdepan dengan tindakan undang-undang beliau meneruskan rancangannya untuk mengadakan perhimpunan pada 27 Mac depan.

Beliau mengulas gesaan Zaid supaya rakyat menghadiri perhimpunan itu dan berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen secara lantang menentang Najib.

Dalam tulisannya di blog, Zaid berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan sudah terlalu lama rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.

Beliau juga menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya 'pak turut' menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Menteri dan pegawai tinggi kerajaan menutup mata terhadap perbuatannya ini kerana mereka fikir beliau tidak akan bertahan lama. Mereka langsung tidak menyedari bahawa ini amat merosakkan negara.

"Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan walaupun satu minit lagi... Kita secara bersama mesti menunjukkan kepada Najib bahawa kita tidak takutnya," katanya.

WSJ langgar setiap peraturan kewartawanan, kata menteri

Posted: 19 Feb 2016 06:18 AM PST

MALAYSIAKINI




Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat melanggar setiap peraturan kewartawanan dengan membuat dakwaan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata seorang menteri Umno.

"Walaupun telah dibuktikan tidak benar, WSJ terus membiarkan akhbar itu digunakan sebagai perantaraan kempen anti Najib," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan WSJ yang mendakwa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib adalah dari 1MDB atau anak syarikatnya.

"Kempen bermotifkan politik itu gagal tahun lalu dan ia tidak akan berjaya, sekarang ini," kata Rahman yang juga adalah Pengarah Komunikasi Strategik BN.

"Dalam lagi satu lagi serangan yang penuh dengan kepalsuan, akhbar itu mendakwa pegawai-pegawai Arab Saudi - yang tidak dinamakan - berkata bahawa menteri-menteri kewangan dan luar negara itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai derma di akaun Najib," katanya.

Namun, katanya, Menteri Luar Arab secara terbuka berkata bahawa dana berkenaan disalurkan kepada Najib dari Arab Saudi - seperti yang disahkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berikutan siasatan menyeluruh.

Beliau turut mempersoalkan keboleh-percayaan laporan itu.

"WSJ telah melanggar setiap peraturan yang terdapat dalam buku kewartawanan. Bagaimana kita tahu sama ada orang ini benar-benar wujud?" soalnya merujuk cara WSJ membuat laporan yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

"Tidak syak lagi, WSJ akan terus membuat tuduhan palsu lain. Walau bagaimanapun, seperti yang terbukti dalam hal ini, saya mempunyai keyakinan bahawa rakyat akan melihat pembohongan mereka itu," katanya.

Editor Kewangan WSJ, Ken Brown ketika ditemu bual oleh rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu menafikan dakwaan bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib adalah sumbangan 'derma' daripada keluarga diraja Arab Saudi.

"Laporan kami telah berbulan-bulan menunjukkan bahawa wang itu bukannya dari Arab Saudi, tetapi melalui sekumpulan syarikat dan akaun-akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.

"Dan awak juga tahu, sehingga kini, laporan kami belum dipersoalkan lagi dan kami mempunyai banyak bukti untuk menyokongnya," katanya kepada wartawan ABC, Beverley O'Connor

Brown yang juga adalah Ketua Biro Hong Kong WSJ, mengulangi pendirian akhbar itu bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib memang berasal daripada 1MDB.


Isu pekerja asing: Mesyuarat Kabinet tak berfungsi?

Posted: 19 Feb 2016 06:12 AM PST

Tuan Ibrahim


SHAH ALAM – Pas menyifatkan keputusan tiba-tiba kerajaan yang membekukan pengambilan pekerja asing ke negara ini serta-merta amat memalukan dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot yang bertentangan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai jumlah 1.5 juta pekerja dari Bangladesh itu juga mengejutkan.

"Ini menimbulkan persoalan, apakah menteri-menteri ini menghadiri mesyuarat Kabinet? Apakah perkara sebesar ini dibincang dalam Kabinet?

"Jika tidak, apa yang dibincang sebenarnya dalam setiap kali mesyuaratnya? Apakah yang cuma dibincang ialah strategi mempertahankan kedudukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai perdana menteri?," tanyanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Malaysia dan Bangladesh telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor di Malaysia.

Namun, hari ini, Ahmad Zahid mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja asing dari mana-mana negara berkuat kuasa serta-merta sementara kerajaan mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.

Sebelumnya, Kementerian Sumber Manusia dilaporkan berkata angka 1.5 juta sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara di Bangladesh bagi mendapatkan peluang pekerjaan di 139 buah negara serata dunia termasuk Malaysia.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu kemasukan pekerja Bangladesh seramai 1,5 juta itu tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mendakwa Najib sebagai perdana menteri tidak mempunyai masa untuk menguruskan negara susulan isu kemasukan pekerja dari Bangladesh yang timbul hingga menjadi kontroversi,.

"Kerana disibukkan dengan mempertahankan diri. Ahli-ahli kabinet pula turut serta dalam kerja mempertahankan bos sehingga alpa dengan kerja sendiri

"Apa yang rakyat boleh harap lagi daripada kabinet yang gemuk tapi kurang berfungsi ini?," katanya.


Angah Raja Lawak akhiri Haman duda

Posted: 19 Feb 2016 04:40 AM PST

Angah Raja Lawak akhiri zaman duda
Angah selamat bernikah dengan Amira Asyurah dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan Melaka Perdana Homes Resort, pagi tadi.


PELAWAK dan pelakon Angah Raja Lawak, 38, selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan Amira Asyura Abd Razak, 20, dengan sekali lafaz kira-kira di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Angah yang nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim segak berkurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Sejurus dinikahkan Angah kemudian mendirikan solat sunat syukur di depan pelamin yang indah dihiasi ros putih selain diletakkan lima dulang hantaran lelaki dan tujuh hantaran perempuan di kanan dan kiri pelamin.

Antara barangan hantaran lelaki untuk perempuan termasuk telekung, kasut, minyak wangi jenama Gucci, Kek, beg tangan jenama Versace manakala hantaran perempuan untuk lelaki antaranya kasut jenama Versace, kek, jam tangan dan lain-lain.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Tun Ali, Melaka pada keesokannya.


Kedai ‎makan terlalu kotor kena tutup

Posted: 19 Feb 2016 04:37 AM PST

Kedai ‎makan terlalu kotor kena tutup
Sebuah premis yang dikenakan tindakan penutupan kerana didapati terlalu kotor dalam pemeriksaan dilakukan MPSJ.
 


PUCHONG - Sebanyak 54 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada pengusaha kedai makanan di Jalan Kenari, Bandar Puchong Jaya berikutan gagal mematuhi syarat lesen perniagaan.

Dalam operasi dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut oleh Jabatan Kesihatan MPSJ, empat premis diarah tutup kerana terlalu kotor dan gagal mencapai pemarkahan pemeriksaan memuaskan.

Pegawai Komunikasi Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pihaknya memeriksa 85 daripada 106 premis makanan yang terletak di kawasan itu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 21 premis didapati tidak beroperasi ketika pemeriksaan dijalankan.

Hasil pemeriksaan mendapati, ada pengusaha tidak menjalankan langkah-langkah kawalan serangga perosak, membiarkan stor makanan dalam keadaan kotor serta tidak diselenggara.

Muhammad Azli berkata, pengusaha juga didapati meletakkan bahan mentah di atas lantai selain gagal memastikan perangkap gris diselenggara sempurna.

"Kompaun dikeluarkan atas kesalahan pelbagai, premis yang terlalu kotor disita dan diarah tutup sehingga kerja-kerja pembersihan dilakukan.

Menurutnya kesemua premis yang diperiksa diberikan gred, sebanyak 26 premis dikategorikan Gred A, 37 premis diberi Gred B manakala selebihnya 12 dilabel sebagai premis Gred C.

"Majlis turut mengeluarkan 60 notis pembersihan dan mengambil tindakan penutupan terhadap empat premis di bawah UUK3(1)- Undang-undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MPSJ 2007)," katanya.


1MDB: Dakwaan WSJ tiada asas, bukti

Posted: 19 Feb 2016 04:35 AM PST

SINAR HARIAN


1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan 1MDB di sini hari ini, berbeza dengan dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang tidak berasas dan tidak terbukti, 1MDB secara konsisten kekal bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi perdana menteri.

"Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa dana tersebut adalah dari Arab Saudi.

"Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata," menurut 1MDB. - Bernama


Isu pekerja asing: Rakyat atau pemimpin malas?

Posted: 19 Feb 2016 04:29 AM PST

pekerja asing
Industri terpaksa mengambil pekerja asing kerana tidak menerima sambutan daripada pekerja tempatan. - Gambar hiasan


SHAH ALAM – Pas menyifatkan rakyat kita sanggup bekerja dalam sektor 3D (kotor, sukar, bahaya) sekiranya gaji yang dibayar sesuai dengan taraf hidup di negara ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, kerajaan tidak rugi sekiranya menetapkan gaji minimum yang selesa untuk menarik minat rakyat ini.

"Mereka akan berbelanja di dalam negara ini juga. Ini baik untuk perkembangan ekonomi. Apa makna kita menggajikan warga asing dan mereka menghantar wang (ke negara mereka) dan tidak berbelanja di negara ini. Adakah baik untuk negara?

"Pemimpin negara ini boleh pergi tunggu di Tambak Johor pada waktu pagi, berpuluh ribu rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Adakah rakyat Malaysia pemalas? Sudah tentu ada sebabnya mereka ke Singapura. Tidak lain dan tidak bukan kerana kadar upahnya tinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau sendiri telah melihat bagaimana pekerja di R&R Bukit Gantang di mana majoritinya ialah penduduk tempatan daripada tukang cuci hingga pelayan kedai makan.

"Kenapa mereka mahu bekerja di situ, jawapannya kerana diberi peluang. Kalau membuat tuduhan rakyat negara ini malas dan tidak mahu bekerja...maka inilah tugas kerajaan untuk melatih dan memberi motivasi supaya mereka ini bekerja.

"Benarkah rakyat Malaysia malas? Benarkah rakyat Malaysia tidak bertenaga? Benarkah rakyat Malaysia manja? Mungkin ada segelintir yang bersifat demikian. Mana negara pun ada rakyat yang malas tapi majoritinya masih rajin.

Telahan boleh dibuat ialah pemimpin yang malas berfikir untuk kesenangan rakyat dan menjadi pemudah cara untuk kesenangan rakyat, bukannya rakyat yang malas," katanya.

Tambahnya, musibah akan menimpa negara apabila mendapat pemimpin yang malas berfikir untuk kebaikan rakyat.


Zahid sang peniup serunai dengan tedung

Posted: 19 Feb 2016 01:23 AM PST

NSO






Sedari dulu hingga sekarang kalau bercakap mengenai Ahmad Zahid Hamidi orang tidak akan lalai daripada memperkatakan suatu kehebatan yang ada kepada anak Jawa Bagan Datoh ini, yakitu mempunyai PR (public relation) yang cukup baik. Saya ingin menambah, bukan sahaja PR yang baik yang menjadikan beliau disenangi, tetapi satu lagi kebolehan konsisten Zahid ialah licit memuji alias membodek.

Dalam politik, Zahid juga play safe, atau boleh juga dikatakan bijak bermuka-muka. Zahid seorang yang tahu kelemahan dirinya dan dia mengatasi kelemahan dirinya dengan cara tersendiri tanpa pun memerlukan modal dan menunjukkan kualiti. Satu lagi modal Zahid ialah menggambarkan dia seorang agamawan?  Terma-terma atau istilah yang digunakan berbau padang pasir, atau hamis-hamis unta.

Salah satu kelicitan Zahid ialah membodek siapa yang menjadi bosnya. Satu masa Zahid mempunyai dua bos serentak, Anwar Ibrahim dan Najib Razak. Kedua orang inilah menjadi tempat pergantungannya dan Zahid berjaya dalam politiknya sehingga berada pada takah yang ada kini. Zahid menyangkut baju politik kepada dua tokoh ini kerana dia tahu costume politik tidak seberapa sangat.

Semasa melancarkan buku diterbitkan sempena 40 tahun Najib Razak berkucah dalam politik, Zahid  meneruskan tradisi pengampuan dan pembodekan kepada ketuanya, Najib. Ada dua kekaguman yang mengenai Najib yang diangkat oleh Zahid semasa berucap meluncurkan buku berkenaan. Pertama ialah mengenai kesabaran tinggi Najib sebagai seorang pemimpin yang dilukiskan sebagai cukup hebat.

Zahid menceritakan macam mana Najib tenang menghadapi situasi gawat apabila pemandunya membrek kereta dengan mengejut sehingga PM itu tersungkur, bagi mengelak sekumpulan kambing. Saya pernah mendengar cerita ini daripada mulut Zahid. Waktu itu ceritanya bukan kambing, tetapi lembu. Tetapi versinya sama, cuma bertukar jenis haiwan sahaja. Biasalah orang politik. Mungkin untuk 40 tahun lagi haiwan yang hendak dilanggar itu gajah atau harimau pula, biar nampak lebih hebat.

Najib yang dalam perjalanan ke Pekan terlelap, tiba-tiba tersedar apabila tersungkur kerana henjutan brek kereta yang kuat. Menurut Zahid, Najib hanya biasa sahaja dan bertanya, kenapa? Selepas mengetahui keadaanya Najib hanya mengomen tanpa pun mengenakan apa-apa tindakan terhadap pemandunya itu.

Sikap Najib itu mengkagumkan Zahid menyebabkan dia menilai bos itu sebagai seorang yang penyabar dan sekaligus sifat demikianlah menyebabkan Najib berada ditempatnya kini.

Perkara kedua diangkat oleh Zahid untuk menunjukkan kehebatan Najib ialah, Najib menjaga kebanjikan bekas ketua-ketua pemuda di zamannya. Najib tidak melupai mereka dan semua ketua-ketua pemuda diingati dan diberi tanggungjawab. Sudah pasti juga diberi habuan. Ini termasuklah Zahid sendiri yang tidak dilupai oleh Najib termasuklah bersedia memberi jawatan TPM.

Apa yang diceritakan Zahid itu tidak boleh ditolak. Itulah hakikat dan sifat yang ada kepada Najib. Beliau seorang yang sememangnya tenang, baik dan pemurah sangat.

Secara peribadi kalau sesiapa mengenali Najib, dia mengambil perhatian kepada setiap orang dikenali. Saya sendiri pernah tersua dengan Najib dan beliau meminta saya ke pejabatnya kalau ada apa-apa? Ceritanya apabila timbul salah faham mengenai saya oleh Najib. (Tetapi saya tidak ke pejabatnya). Apa hendak dinyatakan bahawa Najib seorang yang peka dengan keadaan apa lagi kalau keadaan itu membabitkan dirinya.

Pengalaman saya itu bagi mengiya apa yang Zahid daulatkan terhadap Najib. Najib memang seorang prihatin, berperwatakan lemah lembut dan baik.

Tetapi apakah cukup dengan memberi dua gambaran kebaikan budi dan saksiah Najib itu untuk melayakkan Najib menjadi seorang perdana menteri? Apakah itu kretria yang perlu ada kepada seseorang perdana menteri tanpa memiliki keistimewaan dan integriti lain lagi?  Kalau hanya itulah sahaja kretrianya ia terlalu cetek. Dangkal sangatlah penilaian Zahid terhadap Najib.

Seorang pemimpin besar perlu memiliki kehebatan dan keunikan lebih daripada itu. Bukan sahaja sifat peribadinya tetapi pemikiran dan wawasan, itu paling penting. Penting juga agendanya untuk masa depan negara. Selebihnya apakah track record yang ada kepada Najib. Najib perlu diukur dalam skala yang lebih besar sesuai dengan kedudukannya kini, bukan setakat dia sabar atau pun tidak marahkan driver.

Mungkin kalau setakat menjadi ketua pemuda Umno apa diangkat Zahid boleh diterima, tetapi bukan sebagai PM. Zahid perlu sedar Najib kini adalah perdana menteri yang sedang diperhati dan dinilai oleh dunia bukan oleh bahagian-bahagian Umno sahaja. Lantaran itu Zahid harus meletaklkan Najib dalam gelanggang dan medan yang luas.

Sesiapa tidak marah kalau Zahid ingin memanggungkan Najib, tetapi biarlah ianya berasas dan logik. Jangan kerana hendak membodek dan mengambil hati Najib maka ia dinilai dengan subjek yang remeh temeh dan boleh diketawakan dunia.

Zahid juga perlu mengukur kebolehan dan darjah yang ada kepada Najib waktu ini, setelah Najib menjadi PM bukan lagi bersenandung dengan kisah-kisah lama. Najib adalah perdana menteri bukan ketua pemuda Umno lagi. Apakah Zahid lupa dengan beberapa kelemahan dan kecacatan yang jelas dan nyata ada kepada Najib. Kelemahan atau beberapa isu tertentu membabitkan integriti Najib menjadi perhatian dan ukuran orang terhadapnya.

Antara isu-isu yang mengelilingi Najib kini dan sedikit sebanyak mencalarkan integritinya sebagai perdana menteri seperti isu dana RM2.6 billion dan juga kemasukan wang ke dalam akaunnya. Isu ini cukup mencabar wibawa Najib. Mungkin wang itu tidak besar tetapi sikap diambil Najib tidak mahu menjawabnya telah mencacatkan Najib. Kewibawaanya akan dipersoalkan selama-lamanya.

Najib tidak pernah menjawab secara pasti dan berdolak dalik perkara berkenaan. Dia lebih menyerahkan kepada orang lain untuk menjawabnya, termasuk juga Zahid. Tindakan dilakukan oleh Peguam Negara yang menggunakan kuasa yang ada kepadanya mengarahkan SPRM menututp siasatan berhubung perkara itu telah mencemarkan Najib sebagai perdana menteri. Dan tindakan itu mengilankan banyak orang.

Ini tidak termasuk beberapa kejutan lain yang berlaku dalam pentadbiran negara khasnya SPRM. Gangguan terhadap siasatan oleh SPRM terhadap kes membabitkan Najib sehingga ada pegawai SPRM dikenakan tindakan, ia memberi gambaran ketidaktelusan Najib sebagai perdana menteri. Kejadian itu disuluh Najib sebagai menggunakan kuasa untuk melindungi dan menyelamat diri sendiri.

Hal-hal atau kejadian seperti inilah yang sepatutnya dinilai sama oleh Zahid sebelum beliau tergamak mengangkat Najib dengan bahasa pujian dan sanjungan.

Mungkin Zahid sudah melupai Anwar dan tidak mengharap Anwar memberi syufaat politik kepadanya lagi. Zahid sudah boleh mendabit dada bahawa kedudukan atau pencapaian politiknya sudah setanding dengan Anwar, sama-sama menjadi timbalan perdana menteri. Namun dalam membuat perbandingan dan penilaian antara kedua bos beliau itu, Anwar dan Najib, Zahid harus adil. Tanpa membandingkan sama Anwar penilaian Zahid akan dilihat tempang.

Apakah beliau mengira Najib sudah mengatasi rekod perjuangan Anwar? Sekiranya Zahid masih waras dia dapat membuat penilaian mampan antara kedua orang ini. Mungkin Zahid boleh mengatakan Najib sahabat atau bos paling hebat dan berjasa kepadanya, tetapi tidak untuk meletakkan Najib berada atas Anwar pada bila-bila masa sahaja.

Satu sahaja juzu boleh dijadikan perbandingan, Najib sepanjang 40 tahun penglibatannya dalam politik tidak pernah melalui ujian segetir Anwar. Jadi Najib tidak boleh diikhtiraf sebagai pejuang bangsa kerana beliau tidak melalui ujian itu seperti mana Anwar. Ertinya pengikhtirafan Zhid kepada Najib itu adalah satu pengikhtirafan kosong dan palsu tanpa berasaskan fakta dan hakikat sebenar. Jadi pelambungan Zahid terhadap Najib itu akan diketawakan, dan ia tidak ubah seperti peniup serunai dengan ular tedung sahaja.

KENAPA BARU SEKARANG, ZAHID?

Posted: 19 Feb 2016 01:12 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Di Sarawak pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan semua pekerja asing, termasuk daripada Bangladesh, berkuatkuasa serta merta.

Katanya, penangguhan itu dilakukan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh industri serta untuk meneliti keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

Soalnya, kenapa baru sekarang mahu mengkaji keperluan pasaran? Kenapa kajian tidak dilakukan sebelum mulut terbuka melafazkan kata-kata?

Adakah penangguhan akan tetap dilakukan jika rakyat tidak membantah dan berdiam diri saja?

Mengapa sebelum ini begitu gah mengumumkan keperluan pekerja asing kononnya untuk keperluan industri serta mengatakan belia kita begitu memilih pekerjaan?

Mengapa anak sendiri pun turut sama bersuara seolah-olah membawa masuk pekerja asing adalah pilihan yang muktamad yang perlu dilakukan sebelum dunia kiamat?

Adakah ini menunjukkan keputusan berhubung kemasukan pekerja Bangladesh yang diumumkan sendiri oleh Zahid sebelum ini tidak berdasarkan kajian dan keperluan pasaran, sebaliknya hanya bisikan  "orang halus", diterima dalam mimpi atau pesan daripada alam ghaib?

Oppsss....adakah penangguhan kemasukan pekerja asing ini turut ada kaitan dengan pengumuman adik Zahid semalam berhubung keputusan syarikatnya tidak lagi menjalankan perniagaan berkaitan dengan kerajaan, termasuk di kementerian yang diterajui oleh abangnya?
 
 
 
 
 
Tetapi, yang nyatanya inilah kesan daripada bangkitnya rakyat bersuara dan membantah kebanjiran pekerja asing yang ternampak di mana-mana sejak kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya ini memperlihatkan "suara rakyat tetap suara keramat" dan kebangkitan rakyat memungkinkan sesuatu itu dapat ditolak ke tepi.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, marilah kita terus bangkit dan bersuara, bukan saja berkaitan pekerja asing, tapi juga dalam melakukan tekanan dan perubahan berhubung isu-isu lain yang lebih besar daripada itu.


Viral: Buruh tempatan mampu, tapi sektor 3D tiada nilai ihsan

Posted: 19 Feb 2016 01:04 AM PST

Oleh : NAEEM RAFFI


SHAH ALAM : Pemilik akaun facebook Abdullah Suady Ramadhan tidak menyangka perkongsian pengalaman hidupnya sebagai buruh kasar menjadi viral di media sosial.

Malah, beliau berterima kasih kepada mereka yang menyokong dan bersama berkongsi pengalaman bahawa anak muda Malaysia tidaklah seteruk sangkaan pihak tertentu.

SUADY"Setahun aku menjadi buruh kasar ( Plumbing & Sanitary ) , panjat bumbung tingkat lima tanpa safety suit .. masuk keluar manhole , main simen , buat kerja tengah panas , dah gelap bertambah legam !! gaji ciput , sehari kasar kasar dlm RM30.

"Memikirkan duit pada keluarga & makan minum tapi aku tidak kisah kerana ketika umur sebesar itu aku hanya perlukan pengalaman .. aku pernah duduk lepak makan dengan buruh bangladesh dan vietnam.

Makan di kantin buruh indonesia di kawasan setinggan. Semua itu pengalaman yang sangat berharga," katanya dalam satu entry yang dimuat naik 10 jam lalu.

Menurutnya, anak muda tempatan juga mampu memegang peranan besar seperti mana 1.5 juta warga Bangladesh yang bakal di bawa masuk mengisi keperluan kerja dalam sektor '3D' iaitu kotor, sukar dan berbahaya (Dirty, Difficult, Dangerous) yang pada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia tidak digemari belia tempatan.

Namun, katanya sektor pembinaan yang tidak dilengkapi nilai ihsan dalam urus tadbirnya membuatkan anak muda tempatan memilih sektor lain yang lebih berkebajikan.

BURUH TEMPATAN"Apabila timbul isu adakah belia Malaysia mampu bekerja seperti buruh Bangladesh dan Indonesia. Jawapan aku YA ! Jika sektor pembinaan kita ada nilai ihsan dalam urus tadbirnya.

"Mudah amek bangladesh kerana tidak perlu fikir tempat tinggal selesa…campur serumah 20-30 orang mereka sanggup tidak seperti melayu.
melayu 'demand' untuk potongan KWSP, elaun itu dan ini. semua tuntutan ini merugikan syarikat besar," katanya.

Mengakhiri statusnya itu, Abdullah meninggalkan pesan berbunyi "CEO CEO di Jepun relex je naik bas @ train pi kerja.. CEO Malaysia dok fikir mcm mana nak perah tenaga bangladesh,".
-nR-


Kerajaan Persekutuan digesa lebih berani pertahan kedaulatan negara – PAS

Posted: 19 Feb 2016 12:58 AM PST

Oleh : NAEEM RAFFI


SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan digesa untuk tampil lebih berani menggunakan aset pertahanan negara apabila kedaulatan negara terancam.

Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad, berkata kehadiran kapal pengawal pantai (Coast Guard) China pada jarak 84 batu nautika dari Miri, Sarawak tanpa dicabar membuktikan Kerajaan Barisan Nasional tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara.

ISKANDAR SAMAD"Kejadian tersebut perlu dianggap serius kerana tidak ada sebab munasabah kenapa kapal itu berada begitu hampir dengan perairan Malaysia. Sepatutnya kapal pengawal pantai China mengawal pantai negara itu dan bukan pantai Malaysia.

"Negara memiliki aset pertahanan bernilai berbilion ringgit seperti kapal terbang, kapal perang dan kapal selam tetapi negara asing boleh sesuka-hati menghantar kapal-kapal mereka sehingga ke persisiran pantai kita," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan pendedahan jet pejuang tentera udara Singapura sering mencerobohi ruang udara negara.

Iskandar berkata, kepimpinan negara sewajarnya mengambil contoh ketegasan Britain memintas dua jet pengebom Russia, walaupun ia berada di luar ruang udara negara itu.

"Sebarang tindakan yang dilihat mengancam kedaulatan negara tidak seharus dipandang ringan. Negara kita telah dijajah lebih 500 ratus tahun dan kemerdekaan yang diperolehi mesti dipertahankan dengan bersungguh-sungguh.

"Sempadan negara kita juga sering dibolosi oleh pendatang tanpa izin yang memasuki negara kita di atas sebab-sebab ekonomi," katanya.  -nR-


Kerajaan Beku Pengambilan Pekerja Asing Termasuk Dari Bangladesh

Posted: 19 Feb 2016 12:57 AM PST

Oleh: SHARON LING
 
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 
 
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kami menggesa semua majikan untuk mengambil pekerja tempatan," kata Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, selepas mengedakan pertemuan dengan anggota tentera di Kem Muara Tuang di sini, Jumaat.

Beliau berkata penggantungan itu dilakukan sementara kerajaan mengkaji semula pembayaran levi dua tahap untuk pekerja asing.

Dr Ahmad Zahid berkata pekerja asing tanpa izin sedia ada di Malaysia akan ditahan dan dihantar pulang.
 
 

Kos Pembersihan Bauksit Ditanggung Pelombong - Bomba

Posted: 19 Feb 2016 12:46 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

KUANTAN: Kos pembersihan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di kawasan terjejas oleh perlombongan bauksit ditanggung oleh pihak pelombong, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui oleh pihak pelombong pada  mesyuarat bersama-sama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi berkenaan.

"Untuk Jabatan Bomba sebanyak RM63,470 telah digunakan bagi kerja-kerja pembersihan sepanjang 84 kilometer yang melibatkan 170 anggota berkenaan.

"Kos ini melibatkan minyak, air, makan minum anggota, peralatan dan sebagainya," katanya di sini, Jumaat.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang kepada 73 penerima serta 10 anggota lagi menerima sijil perkhidmatan 30 Tahun.

Operasi pembersihan kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit bermula 14 Jan hingga 13 Feb lepas, selaras dengan arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang melibatkan kerja-kerja pembersihan papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan termasuk pencucian permukaan jalan.

Secara keseluruhan operasi pembersihan jalan raya terjejas teruk adalah di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau-Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.

Mohd Nor berkata berdasarkan laporan yang diterima, operasi pembersihan yang dilakukan itu mendapat penghargaan daripada orang ramai serta pemimpin setempat.

Beliau turut melakukan tinjauan di sekitar kawasan pembersihan bauksit di beberapa lokasi sekitar Bukit Goh di sini, Jumaat.

Bantuan Kepada Peneroka Ditentukan Selepas Moratorium Berakhir

Posted: 19 Feb 2016 12:44 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

KUANTAN: Bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan moratorium perlombongan bauksit di Bukit Goh  di sini akan ditentukan selepas moratorium berakhir April ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, Felda perlu menunggu keputusan sama ada aktiviti perlombongan bauksit akan diteruskan dengan garis panduan baharu atau sebaliknya sebelum mempertimbangkan sebarang bantuan.

"Kalau tanya saya pasal perancangan sekarang untuk membantu peneroka (yang terlibat perlombongan bauksit dan terjejas pendapatan)... masih terlalu awal.

"Tidak tahu lagi sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan ataupun tidak, selepas itu baru boleh kita tengok bahagian mana yang boleh tolong peneroka," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau sekali meminta peneroka terlibat agar bersabar sementara kerajaan mengenal pasti garis panduan baharu yang efektif bagi  aktiviti perlombongan bauksit.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bertindak Bauksit Bukit Goh Datuk Dr Abdul Wahid Manap meminta kerajaan termasuk Felda memberi perhatian terhadap permasalahan yang dihadapi peneroka terlibat.

Beliau berkata ini kerana ada peneroka mengalami kerugian apabila terdapat pengusaha bauksit didakwa menjalankan kegiatan perlombongan secara haram selain mengorek bauksit di kawasan tidak dibenarkan termasuk tapak perumahan.

"Saya memang tidak nafi semasa peneroka menandatangani perjanjian dengan pengusaha bauksit mereka tidak berbincang terlebih dahulu dengan pengurusan Felda untuk mengetahui isi kandungan perjanjian tersebut ... saya dapat tahu ada juga peneroka kena tipu," katanya.

Abdul Wahid berkata bagaimanapun mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan peneroka sepenuhnya kerana sedia maklum bahawa peneroka tidak ada pengalaman dan ilmu mengenai perlombongan bauksit.

"Jadi saya harapkan supaya kerajaan dan juga Felda mencari pendekatan membantu peneroka ini dengan memberi mereka peluang untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas ini," katanya.

Beliau berkata sebanyak 248 daripada 671 peneroka di Felda Bukit Goh terlibat dengan perlombongan itu yang membabitkan 33 pengusaha bauksit.

Mat Sabu akui Amanah sukar menang di Sarawak

Posted: 19 Feb 2016 12:34 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, partinya berdepan kekangan sepanjang tempoh berkempen berikutan akses pengangkutan yang terhad di Sarawak terutama di kawasan luar bandar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Februari, 2016Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, partinya berdepan kekangan sepanjang tempoh berkempen berikutan akses pengangkutan yang terhad di Sarawak terutama di kawasan luar bandar. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Belum pun tarikh pilihan raya negeri Sarawak diumumkan, Parti Amanah Negara (Amanah) sudah membayangkan kekalahan dalam pilihan raya itu yang perlu diadakan sebelum Jun ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu dijangka berdepan kekangan yang ketara sepanjang tempoh berkempen berikutan akses pengangkutan yang terhad di Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

"Tapi kita akan usahalah sekadar yang mampu, perjalanan kempen kalau naik dengan bot 6-7 jam, jadi satu hari kempen kita boleh sampai ke beberapa tempat sahaja, nak banding dengan mereka (Barisan Nasional) yang naik helikopter, " katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat operasi Amanah dan Pakatan Harapan negeri Terengganu di pusat komersial di Paya Keladi di Kuala Terengganu, semalam. – Bernama


Tiada ulasan: