Jumaat, 19 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


1MDB cuba berdolak daleh....

Posted: 19 Feb 2016 04:00 AM PST


  1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi, ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  ~ sumber

Betullah sebagaimana yang dikatakan oleh 1MDB diatas itu. WSJ pun tidak pernah tuduh begitu.

 Apa yang dikatakan oleh Editor kewangan WSJ,  Ken Brown ialah, wang itu masuk melalui beberapa syarikat yang berkaitan dengan (1MDB).

  Begitu juga halnya dengan RM42m dari SRC dipindahkan kepada Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015 melalui anak syarikat SRC, Gandingan Mentari, Ihsan Perdana. Najib sendiri telah mengakui kemasukan wang tersebut tetapi mendakwa dia sendiri tidak tahu menahu tentangnya??

Apa yang nyata di mata kita sekarang ialah RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bukan dari keluarga diraja Saudi seperti yang dinyatakan oleh AG, Apandi Ali.

 Kementerian Arab Saudi urusan dan kewangan asing tidak mempunyai maklumat mengenai hadiah itu dan menafikan pernah berlaku.

  Tapi Apandi berkata tiada kesalahan jenayah kerana dana derma daripada "keluarga diraja Arab"

  Siasatan antarabangsa yang melibatkan Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura akan sampai ke puncaknya tidak lama lagi. 

  Najib tidak akan dapat lari kemana. Bangkai gajah tidak mampu lagi ditutup dengan lalang sehelai....

Najib dan Ketua Polis Negara Letak Jawatan ! - Zaid Ibrahim

Posted: 19 Feb 2016 12:27 AM PST


   Mari kita behimpun pada Ahad 27 Mac ini di tempat yang akan ditentukan, supaya kita boleh bersama-sama dan mengisytiharkan serentak Najib mesti segera meletak jawatan, dan bahawa Ketua polis dan Peguam Negara juga perlu meletak jawatan.
   
  Demikian saranan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melalui tulisan di blognya.

 Beliau mengajak rakyat Malaysia yang berhasrat menjadikan negara ini bersih daripada pemimpin yang rasuah, termasuk penjawat awam yang telah membantu menutup apa-apa salah laku.

 Zaid mahukan perhimpunan tersebut sebagai mesej kepada Najib dan kawan-kawannya bahawa rakyat Malaysia tidak akan merelakan negara ini, dan membiarkan rasuah dan mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk terus memerintah lagi.

Zaid turut menempelak kalangan pengampu dan pembodek PM Najib yang mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir tidak berhak untuk mengkritik Najib sebab semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu telah menyebabkan negara kehilangan RM42 bilion melalui salah urus kewangan.

 Mereka juga menuduh Dr Mahathir tidak adil kerana membantu rakan-rakan dan anak-anaknya untuk mendapatkan kontrak dan konsesi, seolah-olah Najib tidak membuat pekara yang sama. 

Menjawab tuduhan seperti itu, Zaid berkata, Dr Mahathir dan Najib adalah berbatu jauh perbezaannya.

Perbezaan Najib - Mahathir

 Menurutnya, Dr Mahathir tidak pernah mencuri wang Kerajaan, sama ada melalui syarikat-syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin British atau cara licik lain. Tidak satu sen. 

 Najib disebaliknya telah terlibat dalam pelbagai skandal kewangan, sama ada pembelian kapal selam, 1MDB dan "sumbangan" yang dia telah terima sebagai Perdana Menteri.

 Najib dan isterinya tersangat kaya dan gaya hidup mereka adalah sama dengan raja-raja dan permaisuri. Sebaliknya, Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hidup mudah dan sederhana. 

Walaupun Dr Mahathir telah mencabar Najib dan polis membuat siasatan keatasnya, sebaliknya Najib mengarahkan supaya siasatan ke atasnya ditutup. 

  Seterusnya Zaid  menyeru orang ramai berdiri teguh di belakang Dr Mahathir. 

"Sudah terlalu lama kita telah lumpuh oleh ketakutan yang dikenakan oleh Najib ke atas orang awam." Kata Zaid.

 Beliau mendedahkan bahawa institusi awam seperti Jawatankuasa Kira-Kira dilantik hanya sebagai tukang angguk. Sedikit sekali Menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan menyedari bahawa ini adalah kelakuan yang sangat merosakan kepada negara.

  Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Penutupan kecurian besar-besaran yang telah berlaku di bawah Najib harus didedahkan dan kita mesti secara kolektif menunjukkan Najib bahawa kami tidak takut kepadanya. 

Najib perlu segera saman WSJ atau letak jawatan

Posted: 18 Feb 2016 09:27 PM PST


  Semalam 18 Februari 2016, pengarang kewangan The Wall Street Journal (WSJ) Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata wang derma RM2.6 bilion bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

  Sebaliknya sumbernya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka dalam beberapa bulan akan datang. Ini adalah tuduhan WSJ buat kali ke-2.

 Untuk ingatan semua, pada tarikh malang 26 Januari 2016, peguam negara membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada apa jua kesalahan berhubung derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International kerana "tidak dapat bukti yang cukup".

 Najib bercita-cita menutup kes derma ini dan menyuruh negara "move on". Memang tidak ada sesiapa sanggup mempercayai keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali (termasuk sebahagian orang Umno sendiri).

 Keputusan Apandi ini menjadi lawak jenaka antarabangsa! Kini pelbagai maklumat akan terdedah, hari demi hari untuk melengkapkan "bukti tidak mencukupi" itu.

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahukan semakan semula keputusan peguam negara yang menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion melalui membentangkan kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

 PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.9 Pelbagai dakwaan ke atas Najib yang dikemukakan pihak SPRM tidak dilayani Apandi. 

 Beliau, sepatut perjelaskan mengapa Bank Negara Malaysia mengenakan penalti RM53.7 juta ke atas AmBank bersabitan urus niaga akaun Najib.

 Apakah salah mereka? Najib dikatakan tidak tahu menahu tentang perpindahan itu tetapi menggunakan dana itu dengan kredit kadnya? Juga, di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 menyebutkan menerima dana atau wang oleh penjawat awam dianggap rasuah. Bagaimana pula tidak cukup bukti? Pelbagai lagi...

 Menyingkap kembali pada Julai 2015, WSJ mendedahkan tentang derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International dalam akaun peribadi Najib.

 Dua kali perpindahan; AS$620 juta dan AS$61 juta pada Mac 2013, dari sebuah syarikat kewangan Tanore Finance, berdaftar di British Virgin Islands sebelum pilihan raya umum ke-13.

 Dana itu dipindahkan ke Swiss bank (Falcon Private Bank di Singapura) dimiliki International Petroleum Investment Co (IPIC), sebuah dana Abu Dhabi, kepada akaun AmIslamic Bank cawangan di Kuala Lumpur milik Najib.

 Najib yang kononnya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan saman kepada WSJ. Namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata. Begitu juga perihal "money trail" dana RM42 juta daripada SRC International.

 Pada 6 Februari lalu, seorang menteri Arab Saudi menegaskan dana yang diberi bukanlah derma tetapi pelaburan.

 Berikutnya, pada 11 Februari, sebuah badan penyelidik antarabangsa BMR Research, milik Fitch Group, sebuah badan penarafan antarabangsa, membuat pernyataan yang pelabur dan pengurus dana antarabangsa tidak berani melabur di Malaysia selagi masalah ini tidak selesai kerana takut terpalit dalam urus niaga yang dipersepsi sarat dengan amalan rasuah.

 Pada 27 Januari, seluruh media antarabangsa; WSJ dan New York Times (NYT), Independent, Guardian (UK), Bloomberg, BBC, CNBC dan lain-lain memberi laporan negatif tentang keputusan Apandi dan siasatan tentang pelbagai kesalahan urus niaga 1MDB khasnya melanggar undang-undang antarabangsa AMLA dan Exchange Control Act adalah Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

 Tuduhan Ken Brown adalah sangat berat dan meruntuhkan segala kredibiliti dan maruah negara yang sedia tercalar.

 Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ sejak tuduhan pertama dahulu.

 Rakyat di negara menuntut supaya Najib segera menyaman WSJ, kalau benar mereka membuat tuduhan palsu untuk kali ke-2 ini!

 Tuduhan WSJ adalah sangat berat buat negara Malaysia yang berdaulat ini sekali gus menghancurkan nama baik, integriti dan maruah negara ini! Kesan dan kemudaratan bukan kepalang buat negara.

 Seandainya Najib tidak mahu menyaman WSJ, maka seluruh rakyat menuntut Najib, demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat, supaya segera meletakkan jawatannya selaku perdana menteri dan menteri kewangan. – 19 Februari, 2016. ~  sumber

Tinjauan Perkembangan Semasa PAS

Posted: 18 Feb 2016 05:17 PM PST


    Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Ilham membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pas di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Tinjauan dilaljukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

 Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pas mutakhir.

 Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong kem UG semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:

 1) Pimpinan Pas peringkat tertinggi termasuk Ajk Pas Pusat sekarang kurang dikenali sejak menang dalam pemilihan muktamar lalu sehingga sekarang ini.

 Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat terdahulu dan diukur pada tempoh masa yang sama di dapati pimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

 Pimpinan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidak dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. Jika adapun, nama pimpinan tersebut tidak bersifat crowd puller. Ceramah hanya kepada ahli Pas sahaja. Gagal menarik minat pihak yang lain. Lebih malang, nama sebesar Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil sahaja.

  Selain itu, Lujnah yang ditubuhkan juga tidak berfungsi, malah tidak dirasai kewujudannya.

 2) Pesuruhjaya Negeri tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh PJ Kedah, Dr Fakhruddin ini tidak dikenali oleh ahli Pas akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu.

 Persoalan mengapa tidak Mahfuz, Amiruddin ataupun Nasir Kubang Rotan yang berstatus YB, lebih senior dalam politik Kedah.

 Razman, PJ Perak. Lebih mengundang kontroversi daripada reputasi mengangkat imej parti di negeri yang mempunyai komposisi demografi Mini Malaysia.

 3) Kerjasama Umno; rata2 sukar menerima pendirian terbaharu parti  atas konsep taawun. Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dgn jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

 Bagi sesetengah kawasan atau kampung yang sebelum ini memperlihatkan pertembungan ever green struktur sosial antara Pas dengan Umno seperti surau, kedai kopi, khairat kematian, tadika/pasti kini berada dalam dilema.

 Bayangkan selama ini ahli Pas bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka. Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian Pas dengan Umno ini. 

 4) Gerak kerja pilihan raya: Setakat ini, jentera pilihanraya Pas masih belum bergerak ke arah pilihan raya. Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Parti Amanah Negara. Berbaki mereka yang tiada pengalaman dari aspek mengurus kendali modus operandi pilihan raya.

 Organisasi pilihan raya negeri bermasalah dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Semua individu penting sama ada dari aspek menyusun strategi, taktikal, teknikal, penjanaan dana parti kelihatan tidak menjiwai atau memahami peranan. Nama hanya pada kertas untuk membuktikan ego Pas bahawa Pas masih belum lumpuh sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, jentera pilihan raya Pas amat bermasalah.

 5) Kenyataan bercanggah antara pimpinan adalah antara kekurangan paling ketara kepimpinan Pas kali ini. Kenyataan media yang kontradik antara satu sama lain sama ada antara Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden sesama Naib Presiden, Setiausaha Agung yang kelihatan bercanggah dan gagal diurus dengan baik.

 Mesej yang dihantar kepada massa menggambarkan Pas tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri.

 Hisommudin Bakar
 ILHAM Centre

Tiada ulasan: