DIALOG RAKYAT |
- ANNUAR MUSA KINI SENJATA BARU NAJIB BALUN MAHATHIR
- Khidmat Malim Gunung Bakal Diperkenal Di Kawasan Pendakian Terengganu
- Peniaga-Peniaga Di Jonker Walk Tolak Penjualan Sosej Berbentuk Lucah
- YDP AMANAH nafi ada pecah amanah
- Beberapa laporan polis dibuat terhadap Mahathir
- IGP digesa siasat pihak di sebalik video Sirul
- Najib tak kesal laksana GST
- PAS, AMANAH kongsi pentas bantah 'peludah bahasa'
- 'Hubungi kami dulu sebelum selamatkan Mat Sabu dari muflis'
- Mahathir cabar AG sumpah junjung al-Quran
- Apa sebenarnya DLP yang ditentang aktivis bahasa?
- PAS: Tak perlu ungkit masa mereka dengan AMANAH
- Izzah: Selesaikan dulu 5.8 juta pekerja asing
- 'Kalau jumpa malaikat baru, tolaklah kami'
- ‘Kami tak buat apa-apa ustaz’
- Apa nasib pekerja tempatan?
- Calon bukan Islam Amanah lebih ‘solid’ dari Pas
- Pengeluaran permit kelulusan baharu dikaji semula
- Artikel AG terhutang budi, polis siasat Dr M
- Mencari Mat Tunjang Enterprise
- Umno mampu tangani isu babitkan parti – Annuar Musa
- Hati-hati dengan pemilihan lambakan produk yang ada bahan kimia - Pakar
- Pengetua, anak maut kemalangan di Jengka
ANNUAR MUSA KINI SENJATA BARU NAJIB BALUN MAHATHIR Posted: 15 Feb 2016 04:59 AM PST shahbudindotcomPerlantikan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan kini semakin difahami berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sejak akhir-akhir ini. Beliau tidak lain untuk dijadikan senjata paling depan menyerang Tun Mahathir Mohamad yang terus lantang mengkritik kepimpinan Najib Razak. Untuk rekod, Annuar bukan saja pernah menjadi menteri di era Tun Mahathir selepas pilihanraya 1990, bahkan menjadi pemimpin Kelantan paling lantang menyerang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Presiden UMNO tahun 1987. Dalam pemilihan itu, Tun Mahathir berjaya menewaskan Ku Li dengan kelebihan 43 undi. Ketika timbulnya isu Raja-Raja yang membabitkan pindaan perlembagaan, Annuar Musa juga menjadi antara yang paling ke depan menyokong usaha Tun Mahathir dan kerajaan ke arah itu. Pendeknya, kelantangan dan kepetahan berpidato Annuar bukanlah luar biasa selama beberapa lama ketika Tun Mahathir merupakan "bossnya". Annuar, dalam perjalanan karier politiknya lebih dikenali sebagai orang Tun Mahathir sehingga dapat menjadi menteri penuh ketika berusia dalam lingkungan pertengahan 30an. Kini, dengan melantiknya sebagai Ketua Penerangan UMNO, Najib dilihat lebih mahu memanfaatkan kemampuan Annuar itu untuk menyerang balik bekas "bossnya" yang pernah berjasa kepadanya itu. Beberapa kenyataan Annuar yang membandingkan tindakan Tun Mahathir ketika berkuasa dengan Najib sekarang serta serangannya kepada Mukhriz yang didakwanya tidak pernah bersuara dalam mesyuarat MT UMNO, tidak lain memperlihatkan kecenderungan ke arah itu. Dalam kunjungannya ke Perak dan Kedah baru-baru ini, Annuar juga dengan jelas mahukan UMNO bersikap menyerang dan bukan lagi defensif sebagaimana yang dilakukannya sekarang ini. Beliau juga mengajak semua pihak dalam UMNO terus mempertahankan institusi presiden yang kian teruk diserang dan dipertikaikan. Sebelum itu, Annuar turut mengulas panjang tulisan Tun Mahathir dalam blognya yang mengkritik Peguam Negara dengan menyifatkannya suatu bentuk hasutan dan berikutan beberapa laporan polis sudah dibuat, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan, pihaknya akan menyiasat bekas Perdana Menteri itu berkaitan jenayah fitnah. Sebagaimana dulunya Annuar sentiasa ke depan menyerang Ku Li dan Sultan Kelantan, jawatan baru dan peredaran masa seterusnya akan memperlihatkan begitulah juga Ahli Parlimen Ketereh itu akan "membalun dan membelasah" Tun Mahathir. Aktifnya Annuar membela dan mempertahankan Najib dengan jawatan barunya sekarang sambil cuba membandingkannya dengan apa yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dahulu, Perdana Menteri kini seolah-olah sudah ada "senjata baru" untuk menyerang balas pengkritik utamanya itu. Secara langsung, ia juga memperlihatkan "senjata lama" seperti Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan dan lain-lain yang selama ini banyak menghabiskan masa mennyerang Tun Mahathir, semakin tumpul di mata Najib. Pendekatan Annuar pula tidak memperlihatkan sama sekali keinginan untuk membaik dan menjernihkan semula hubungan Tun Mahathir dengan Najib, sebaliknya terus menyerang dan menyerang sehingga mungkin "seorang jadi abu, seorang lagi jadi arang." Tidak menghairankan juga jika dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir akan ditangkap dan disiasat berikutan jalan ke arah itu sudah pun ditunjukkan oleh Annuar yang menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai menghasut. Jika ditangkap, bukan persoalan apa jadi kepada Tun Mahathir yang menjadi isunya, tetapi yang lebih ingin disaksikan ialah apa jadi kepada Najib selepas itu? Adakah Najib makin selesa atau makin terjerut? |
Khidmat Malim Gunung Bakal Diperkenal Di Kawasan Pendakian Terengganu Posted: 15 Feb 2016 04:50 AM PST Pengarahnya Datuk Azmi Nordin berkata buat permulaan pihaknya menyasarkan sejumlah 50 malim gunung akan disediakan di kawasan Hutan Lipur Chemerong, di sini. Katanya khidmat malim gunung yang terdiri daripada penduduk tempatan ini akan bermula pada awal bulan Mac ini sebaik kawasan yang menjadi tumpuan pendaki itu mula beroperasi. "Para pendaki yang ingin melakukan pendakian perlu mendapatkan khidmat mereka dan bayaran yang dikenakan mengikut pakej yang akan ditetapkan Jabatan Perhutanan, persatuan dan pihak berkaitan seperti agensi pelancongan. Menurutnya pihaknya akan menilai perkara itu dalam tempoh enam bulan dan jika ia menampakkan perkembangan positif terutama berkaitan penerimaan pendaki, perkhidmatan sama akan diperkenalkan ke Gunung Tebu, Besut. Jelasnya bagi mereka yang berminat menjadi malim gunung permohonan perlu dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan berdekatan, sekiranya melepasi syarat ditetapkan, mereka akan dipanggil untuk mengikuti beberapa siri kursus sebagai syarat. "Setakat ini kita telah menerima 100 permohonan dan kita akan tapis terlebih dahulu sebelum meluluskan...bagi peringkat percubaan ini kita sasarkan seramai 50 pengambilan dahulu,"katanya. Beliau berkata Hutan Lipur Chemerong menerima kira-kira 1,000 pengunjung yang gemar aktiviti pendakian dalam sebulan. |
Peniaga-Peniaga Di Jonker Walk Tolak Penjualan Sosej Berbentuk Lucah Posted: 15 Feb 2016 04:49 AM PST Penasihat Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata, penjualan bentuk makanan itu menimbulkan kemarahan peniaga-peniaga dan komuniti tempatan. Gan berkata, pengeluar makanan tersebut membeli alat membuat wafel itu dari Taiwan malah telah menjadi popular di kalangan pelancong asing, bukannya masyarakat tempatan. Jelas beliau, tindakan itu telah menjatuhkan reputasi Jonker Walk yang sememangnya terkenal antara destinasi makanan. "Peniaga-peniaga meluahkan kekecewaan ketika mengadakan perjumpaan pagi Isnin," jelasnya. Menurut Gan, pengeluar berusia lewat 20-an itu telah mengaku kesilapannya dan memohon maaf di atas tinkannya itu yang dianggap sebagai cuba membuat kelainan di Jonker Walk. Sebelum ini, Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin berkata, pengeluar makanan itu telah diberi notis mengenai penjualan itu yang boleh menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan. |
YDP AMANAH nafi ada pecah amanah Posted: 15 Feb 2016 04:46 AM PST Zulaikha Zulkifli Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim berkata tiada kejadian pecah amanah berlaku ketika beliau memegang jawatan Yang dipertua (YDP) PAS Kelana Jaya. Beliau menjelaskan ketika menyandang jawatan itu, sebarang urusan melibatkan kewangan PAS kawasan itu diputuskan dalam mesyuarat dan mengikut peraturan parti. Izham berkata demikian sebagai mengulas laporan portal BNBBC yang mendakwa siasatan polis sedang dijalankan terhadap seorang pemimpin AMANAH atas tuduhan pecah amanah kerana mengeluarkan duit daripada akaun PAS Kelana Jaya lebih RM50,000. Kejadian itu dilaporkan berlaku sebelum mesyuarat ahli jawatankuasa yang terakhir pada 18 Ogos 2015 untuk meluluskan pembatalan pembelian bangunan. "Secara umumnya PAS Kelana Jaya masa saya YDP dulu, apa-apa keputusan duit semua dalam mesyuarat. "Kita akan buat minit. Apa-apa (keputusan) mesti dapat kelulusan dan ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. PAS Kelana Jaya membuat laporan polis pada Jumaat lalu. Laporan BBNC bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana pihak yang terlibat dalam isu pecah amanah tersebut. Sehubungan itu, Izham berkata beliau tidak tahu laporan polis itu dibuat sama ada semasa beliau memimpin PAS Kelana Jaya atau tidak. "Hampir 90 peratus ahli jawatankuasa semasa saya jadi YDP keluar dari parti. "Yang sekarang semua 100 peratus jawatankuasa baru, saya tak pasti sama ada mereka dah siasat betul-betul terlebih dahulu sebelum buat tuduhan," kata Izham yang menjadi YDP terakhir sebelum tertubuhnya jawatankuasa baru. |
Beberapa laporan polis dibuat terhadap Mahathir Posted: 15 Feb 2016 04:29 AM PST Susan Loone LIHAT VIDEO DI SINI Laporan-laporan itu dibuat beberapa hari lalu dan polis akan mula menyiasat laporan berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP). Khalid bagaimanapun tidak pasti berapa jumlah laporan polis yang telah dibuat. Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Mahathir, Khalid berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu mengikut prosedur. Khalid minggu lalu menggesa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan catatan blog Mahathir supaya membuat laporan polis terhadapnya. Beliau berkata, bagi kes tersebut polis akan melakukan siasatan berdasarkan laporan yang telah dibuat. Khalid berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan catatan blog Mahathir pada 3 Februari adalah bersifat hasutan. |
IGP digesa siasat pihak di sebalik video Sirul Posted: 15 Feb 2016 04:27 AM PST MALAYSIAKINI Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menyiasat pihak di sebalik rakaman video tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar yang disiarkan media. Mengulas video yang dilaporkan Malaysiakini sejak beberapa minggu lalu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pendedahan bekas anggota polis yang berdepan hukuman gantung itu telah meninggalkan soalan yang belum dijawab. Walaupun Sirul dilaporkan berkata beliau merancang untuk mendedahkan cubaan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembunuhan itu, Lim berkata bekas pegawai polis itu perlu menjawab soalan mengenai identiti pihak yang memberikannya arahan. "Saya juga ingin menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tangkapan ke atas mereka yang berpakat dengan Sirul dalam menghasilkan video-video "pengakuan" itu untuk menyiasat siapa arah bunuh Altantuya. "Sebelum Sirul dan rakan subahatnya yang menyimpan rakaman pengakuan Sirul itu mendedahkan video terbabit, seharusnya Sirul terlebih dahulu menjawab lima persoalan yang melibatkan kepentingan awam," katanya pada kenyataan media. Persoalan tersebut, katanya adalah: 1. Siapa yang mengeluarkan arahan pembunuhan Altantuya? 2. Apakah imbalan atau upah yang dijanjikan untuknya selepas Altantuya dibunuh? 3. Siapa yang memberi kebenaran untuk menggunakan letupan C4? 4. Siapa yang mengatur laluan keluar Sirul ke Austalia tanpa memaklumkan pihak berkuasa? 5. Berapa banyak arahan bunuh yang telah Sirul laksanakan, dan siapakah mangsa-mangsanya? Sirul dan rakannya, Ketua Inspektor Azilah Hadri dihukum gantung sampai mati tahun lalu oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah membunuh Altantuya dalam satu perbicaraan panjang. Kedua-duanya didakwa membunuh Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam antara 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006. Tertuduh ketiga dalam kes itu merupakan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda yang juga rakan baik kepada Najib. Abdul Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 dan pendakwa memilih untuk tidak merayu pembebasan beliau. Sirul berjaya melepaskan diri ke Australia selepas pembebasan awal oleh Mahkamah Rayuan dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Azilah kini berada di Penjara Kajang menunggu hukuman mati dan telah memfailkan pengampunan. |
Posted: 15 Feb 2016 04:24 AM PST MALAYSIAKINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak kesal melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kerajaan perlu mengambil tindakan tegas walaupun ia tidak popular demi masa depan negara. Beliau berkata, pelaksanaan GST sama seperti mengambil ubat yang pahit pada masa ini tetapi penting bagi membolehkan kehidupan yang lebih baik di kemudian hari, lapor Utusan Malaysia. Menurut Najib, tindakan tegas kerajaan pentadbirannya itu banyak mengimbangi kesan cabaran ekonomi semasa akibat kelembapan pertumbuhan ekonomi dunia dan kemerosotan harga minyak serta komoditi. "GST adalah perlu semasa negara mengalami kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion tahun ini berikutan kejatuhan harga minyak dan komoditi. "Bayangkan tanpa GST, betapa besar kesannya ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat," kata Najib yang dipetik sebagai berkata ketika menghadiri majlis minum petang bersama kira-kira 300 pelajar dan diaspora rakyat Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat. Selain itu, najib juga dilaporkan turut memberi peringatan rakyat Malaysia agar berwaspada terhadap mereka yang mahu merosakkan dan menggugat kestabilan negara. Katanya, tindakan pihak yang mempunyai kepentingan politik itu tegasnya tidak mengutamakan negara. Sehubungan itu, Najib menggesa agar mereka yang bekerja dan belajar di luar negara membawa pulang kemahiran inovasi, kreativiti dan budaya positif di negara mereka berada demi manfaat Malaysia. GST yang dilaksanakan pada April tahun lalu mendapat pelbagai reaksi ekoran cukai tersebut. Bagaimanapun ia dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara berikutan kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih RM27.126 bilion diperoleh cukai itu pada Disember 2015. Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39 bilion pada tahun ini. |
PAS, AMANAH kongsi pentas bantah 'peludah bahasa' Posted: 15 Feb 2016 04:21 AM PST Zulaikha Zulkifli Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan kempen menggesa kerajaan mansuhkan Program Dwibahasa (DLP) yang didakwa cubaan mengembalikan Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan. Acara di pusat membeli-belah Sogo di ibu negara, hari ini dihadiri tiga sasterawan negara iaitu Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan, Prof Dr Muhammad Salleh serta Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain). Dalam pelancaran kempen itu juga menyaksikan PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) bekerjasama menggesa pemansuhan DLP. Antara wakil PAS yang hadir ialah naib presiden Idris Ahmad manakala di pihak AMANAH pula setiausaha organisasinya Suhaizan Kaiat, yang juga bekas ketua pemuda PAS. Melupakan perbezaan, kedua-dua mereka dilihat bersalaman antara satu sama lain. Pelancaran tengah hari ini dimulai dengan ucapan wakil NGO, antaranya Angkatan Belia Malaysia (Abim), wakil dari PAS, AMANAH serta ketiga-tiga sasterawan negara. Ia kemudian diikuti oleh bacaan sajak dan persembahan nyanyian. Mereka membawa pelbagai poster dan kain rentang kempen. Antara poster menarik bertulis "Kami tolak peludah bahasa", yang diinspirasikan daripada sajak terkenal Sasterawan Negara A Samad Said |
'Hubungi kami dulu sebelum selamatkan Mat Sabu dari muflis' Posted: 15 Feb 2016 04:20 AM PST Shakira Buang Parti AMANAH Negara (AMANAH) meminta orang ramai menghubungi pihaknya terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan kepada presidennya Mohamad Sabu yang kini berdepan kemungkinan diisytihar muflis. Setiausaha agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata bantuan tersebut amat diperlukan buat masa ini kerana bimbang kemungkinan Mohamad Sabu gagal membayar gantirugi sebanyak RM200,000. Dalam sidang medianya, Anuar berkata, kurang 24 jam berita itu disiarkan, terdapat sesetengah pihak yang memulakan usaha mengumpul dana bagi membantu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. "Pihak AMANAH mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang dizahirkan oleh semua pihak. "Namun untuk menentukan tidak timbul fitnah berhubung kutipan ini, maka kami meminta semua pihak terlibat supaya berhubung dengan kami terlebih dahulu. "Dengan itu, usaha pembelaan terhadap beliau boleh diselaraskan dan dilakukan dengan ketelusan supaya dapat mengelak pertikaian berlaku," kata Anuar. Ibu pejabat AMANAH boleh dihubungi melalui talian 03-62421511. Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu 'Projek IC' di Sabah. Kenyataan itu disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013, yang mana Mat Sabu ketika itu merupakan timbalan presiden PAS. Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah. |
Mahathir cabar AG sumpah junjung al-Quran Posted: 15 Feb 2016 01:52 AM PST MALAYSIAKINI LIHAT VIDEO DI SINI Sebagai orang Islam yang baik, kata Mahathir, Tan Sri Mohamed Apandi Ali harus bersumpah menggunakan al-Quran di masjid dengan disaksikan orang ramai bahawa laporan-laporan badan itu tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan amalan itu. "Dia tidak patut menipu dengan bersumpah lain dalam hati, tetapi bersumpah kuat perkara lain pula. "Ini akan jadi dosa berganda. Dia akan masuk neraka yang lebih teruk," kata Mahathir. Tiga minggu lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu kemasukanw ang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan dakwaan skandal RM42 juta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. Beliau juga mengarahkan kes itu ditutup dan tiada tindakan lanjut diambil. |
Apa sebenarnya DLP yang ditentang aktivis bahasa? Posted: 15 Feb 2016 01:47 AM PST MALAYSIAKINI PANDUAN Program Dwibahasa (DLP) diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2016 pada tahun lalu. Tidak lama kemudian ada kumpulan tertentu menyatakan rasa curiga dan kurang senang terhadap cadangan yang dilihat sebagai cubaan menghidupkan semula pelaksanaan dasar yang pernah dimansuhkan sebelum ini. Berikut sedikit sebanyak maklumat mengenai DLP sebagai panduan: Apakah DLP? DLP adalah projek perintis dicadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Dilaksanakan mengikut Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) ia dilakukan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di bawah kelolaan kementerian. Sebanyak 300 sekolah terlibat dalam projek berkenaan. Adakah semua sekolah perlu laksanakannya? Menurut maklumat kementerian, sekolah yang layak diberi pilihan melaksanakan DLP bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris (selain subjek Bahasa Malaysia), iaitu matematik, sains, teknologi maklumat dan komunikasi, serta reka bentuk dan teknologi. Untuk pelaksanaan rintis DLP, subjek yang terlibat ialah matematik dan sains untuk murid tahun satu, tahun empat dan tingkatan satu. Apakah matlamat DLP? Menurut keterangan kementerian DLP dilaksanakan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pendedahan tambahan secara tidak langsung. Dengan pengukuhan itu, kata kementerian, seseorang murid memiliki akses lebih luas terhadap penerokaan ilmu untuk bersaing di peringkat global. Turut dijadikan hujah, DLP juga meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan. Sesebuah sekolah diberi pilihan untuk melaksanakan DLP atau sebaliknya. Sekolah yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh membuat permohonan rasmi kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing. Apakah syarat/kriteria untuk melaksanakan DLP? Sekolah memiliki sumber (buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan sebagainya) yang mencukupi. Pengetua/guru besar dan guru bersedia melaksanakan DLP Pihak sekolah perlu bersedia bekerjasama dengan PPD dan jabatan pendidikan untuk jangka panjang dan pendek. Mendapat permintaan dan sokongan daripada ibu bapa. Persetujuan mestilah secara bertulis. Pencapaian Bahasa Melayu mestilah sama atau menyamai pencapaian purata kebangsaan subjek Bahasa Melayu. Pelaksanaan DLP Setiap kelas mesti mempunyai sekurang-kurangnya 15 murid tanpa perlu menjejaskan bilangan kelas sedia ada. Kelas itu pula perlu menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran subjek yang terlibat. Apakah subjek yang terlibat? Sekolah rendah:
Semua peperiksaan awam bagi subjek sains dan matematik akan disediakan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mulai 2016. Pentaksiran sekolah bagi subjek yang terlibat dalam program DLP perlu disediakan dalam bahasa pengantar yang digunakan. Bolehkan pengecualian diberikan? Memetik maklumat di laman sesawang Kementerian Pelajaran, sesebuah sekolah yang tidak berminat atau tidak bersedia mengambil bahagian dalam DLP perlu menulis surat secara rasmi kepada PPD masing-masing "dalam tempoh lima hari dari tarikh surat (berkaitan) berkuat kuasa". Mengikut semakan surat berkenaan bertarikh 3 Disember 2015, bermakna pengecualian perlu dibuat selewat-lewatnya 8 Disember 2015. Salinan surat berkenaan perlu dikemukakan kepada pengarah jabatan pendidikan negeri dan pengarah bahagian pengurusan sekolah harian. Mengapakah DLP dibantah? Bagi pengkritik DLP dilihat sebagai satu cubaan mengembalikan cadangan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan secara rasmi pada 2012. Siapakah yang membantah DLP? Selain orang perseorangan sebuah pertubuhan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) menjadi kumpulan pendesak utama menolak pelaksanaan DLP. Turut membuat kenyataan sebelum ini ialah persatuan penulis dan parti politik. GMP dianggotai sasterawan-sasterawan negara, penulis, profesor, pejuang bahasa dan orang persendirian. |
PAS: Tak perlu ungkit masa mereka dengan AMANAH Posted: 15 Feb 2016 01:42 AM PST MALAYSIAKINI Seperti Parti Amanah Negara (AMANAH), PAS juga kini enggan memanjangkan isu berkaitan dakwaan anggota mereka telah kembali ke pangkuan, daripada parti serpihan. Naib Presiden PAS Datuk Iskandar A Samad berkata beliau tidak berminat mengulas isu itu atau menghebohkan siapa dan berapa ramai mereka. "Yang penting mereka telah kembali kepada PAS. Tidak perlu kita mengungkit masa mereka bersama AMANAH. "Lupakan sahaja episod tersebut," katanya sambil mengingatkan keutamaan berkhidmat kepada rakyat adan menumbangkan BN. Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub (gambar) pada 11 Februari lalu berkata mereka tidak akan membuang masa menyiasat dakwaan anggotanya kembali menyertai PAS. Bagaimanapun, kata bekas naib presiden PAS itu, gambaran sebenar menunjukkan PAS sedang berusaha melarang anggotanya menyertai program AMANAH. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sehari sebelum itu mendakwa mempunyai bukti ada anggota AMANAH mengubah haluan menyokong perjuangan PAS. Justeru meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat. AMANAH digerakkan oleh sekumpulan bekas pemimpin-pemimpin kanan PAS yang ditolak besar-besaran dalam pemilihan PAS Jun tahun lalu. |
Izzah: Selesaikan dulu 5.8 juta pekerja asing Posted: 15 Feb 2016 01:40 AM PST MALAYSIAKINI Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan menyelesaikan dahulu isu lambakan pekerja asing sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini. Menurut Izzah kerajaan sepatutnya menetapkan had ke atas guna tenaga kerja asing seperti sektor perkhidmatan dan pembuatan yang tidak begitu memerlukan khidmat mereka. Manakala bagi sektor pembinaan, katanya, peratusan penggunaan tenaga kerja asing yang diperlukan cuma 30 peratus dan perladangan pula sebanyak 50 peratus. "Saranan saya adalah kemasukan lebih ramai pekerja asing tidak perlu disegerakan. "Selesaikan dahulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing di mana 2.135 juta (masuk) secara sah dan 3.7 juta tanpa izin," katanya dalam satu kenyataan media. Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan membawa masuk pekerja Bangladesh bercanggah dengan agenda ekonomi dalam RMK-11 iaitu bagi mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020. Agenda itu antara lain mensasarkan penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. "Dasar penggunaan pekerja asing mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang rata-ratanya 70 peratus berpendidikan SPM ke bawah. "Akibatnya, gaji terus mengecil dan gagal berkembang," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan meningkatkan levi pekerja asing kepada RM5,000 dan menetapkan had perkhidmatan mereka dalam pelbagai industri. "Pastikan levi dibayar oleh syarikat dan majikan yang menggaji pekerja asing bukan seperti praktis sedia ada di mana pembayaran dilunaskan oleh pekerja bukannya majikan," tegasnya. Kerajaan baru-baru ini mempertahankan tindakannya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kemasukan pekerja itu dibuat secara berperingkat berdasarkan permintaan pasaran. |
'Kalau jumpa malaikat baru, tolaklah kami' Posted: 15 Feb 2016 01:38 AM PST Alyaa Alhadjri Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata pihak yang tidak lagi suka kepada Umno boleh mengundi menolak parti itu. "Kalau tidak suka MARA, pindalah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kami (Umno) akan pertahankannya. "Kalau kamu jumpa malaikat baru dan Umno pula (dirasakan) jadi setan, undilah tolak kami," katanya kepada kira-kira 200 pelajar dalam acara penganugerahan surat penerimaan untuk pemohon-pemohon pinjaman MARA. Menegaskan Umno juga tidak lepas daripada salah dan kurang, Annuar berkata terdapat perbezaan antara pihak yang hanya mengkritik dan yang dilantik berkhidmat kepada rakyat. Beliau juga menyindir, antara perkara-perkara paling menyeronokkan dalam dunia adalah makan percuma dan tidak membayar balik pinjaman. Katanya, sebelum itu MARA sudah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk tajaan pendidikan tanpa menghebohkan-hebohkannya. Bagaimanapun, kali ini sedikit pengubahsuaian perlu dibuat, kata ketua penerangan baru Umno itu. Beliau menyelar penyebaran berita-berita secara meluas di Internet yang mendakwa MARA mengabaikan tanggungjawabnya membantu pelajar bumiputera. |
Posted: 15 Feb 2016 01:28 AM PST AMPANG - "Kami tak buat apa-apa ustaz. Kami duduk saja tengok pemandangan," itulah antara reaksi beberapa pasangan remaja yang ditahan dalam Operasi Valentine oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, awal pagi semalam. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, seramai 20 individu termasuk sembilan lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an ditahan di Bukit Ampang. Menurutnya, operasi bersama Rela kira-kira jam 12 tengah malam, mendapati individu yang ditahan itu dipercayai berkelakuan tidak sopan di tempat tumpuan awam. "Ketika ditahan, sebahagian daripada mereka sedang berdua-duaan dalam kereta di kawasan gelap. "Segelintir mereka yang ditahan itu beri pelbagai alasan antaranya baru sampai dan mahu pergi makan ke gerai berhampiran. Mereka kemudian dibawa ke Masjid Al Azim, Pandan Indah untuk sesi penerangan lanjut," katanya. Ahmad Nawi berkata, kesemua mereka diberi surat perintah hadir kaunseling wajib yang diadakan pada 27 Mac ini di masjid itu. "Tindakan tegas akan diambil jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut, Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk dikenakan tindakan lanjut," katanya. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 31 Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. |
Posted: 15 Feb 2016 01:20 AM PST SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kemasukan sebanyak 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh. Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam berkata, pekerja-pekerja yang sebelum ini bekerja di sektor perladangan kini boleh diserap ke dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. "Kami merasakan lebih wajar dan baik sekiranya pekerja tempatan sendiri diberikan latihan secukupnya di samping gaji yang diterima setimpal untuk diserapkan dalam sektor kerja separa mahir. "Sektor ini gagal mengambil hati pekerja tempatan kerana gaji rendah dan masa bekerja yang panjang," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mempersoalkan mengapa ramai warganegara Malaysia merantau ke Singapura setiap hari untuk menyara hidup. "Saya nak tanya siapa banyak buat kerja-kerja separa mahir di Singapura? Walaupun ia kerja separa mahir tetapi imbuhan diterima tinggi, maka pekerja tempatan ini sanggup berulang alik ke negara jiran. "Mereka yang bekerja di Singapura ini bukan sahaja profesional, malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerjaan am," katanya. Gopal turut melahirkan kebimbangan mengenai keadaan semasa di negara ini di mana beribu-ribu pekerja asing beroperasi secara haram dan tidak mempunyai sebarang dokumen sah. "Kerajaan seharusnya mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu mereka sebelum membuat keputusan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing lagi. "Saya rasa sekiranya kerajaan serius dengan pengiktirafan untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka haru mengehadkan pekerja asing di tempat kerja seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (Pengurusan pekerja asing ke paras 15 peratus)," katanya. Namun begitu, Gopal berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau kurang yakin hasrat tersebut mampu dicapai. "Sehingga hari ini lebih kurang 7 juta pekerja asing berada di negara ini dan hanya 2.1 juta sahaja yang memiliki dokumen sah," katanya. Katanya, kementerian perlu melaksanakan kajian mendalam berkaitan pemecatan, pengangguran dan keperluan pasaran tenaga kerja bagi membolehkan kerajaan mengehadkan pengambil pekerja asing secara beransur-ansur. "Pengumuman kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ini seolah-olah bertujuan untuk mengecualikan pekerja tempatan daripada perintah gaji minimum. Ini suatu tindakan diskriminasi. "Negara tidak harus bergantung kepada sumber tenaga kerja dari negara asing. Keadaan ini sudah tentu akan memudaratkan ekonomi tempatan dan memberi kesan buruk kepada penduduk tempatan," katanya. |
Calon bukan Islam Amanah lebih ‘solid’ dari Pas Posted: 15 Feb 2016 01:10 AM PST KUALA LUMPUR – Calon bukan Islam yang bakal mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada April depan merupakan ahli penuh parti itu sendiri dan bukan sekadar penyokong parti itu semata-mata. Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata Amanah tiada halangan untuk menurunkan calonnya daripada pelbagai kaum dan agama namun mensyaratkan keahlian parti itu sebagai syarat wajib untuk masuk bertanding pada pilihan raya di negeri itu. "Kita mengalu-alukan (Pas menurunkan calon bukan Islam) tapi mereka bukan sebagai ahli Pas, hanya sebagai calon Pas menggunakan simbol Pas. "Tapi kami akan menurunkan ahli penuh Amanah bukan Islam termasuk dari Hindu, Buddha atau Kristian, tapi dia ahli kita, bukan sekadar orang dinamakan oleh parti. Itu kelainan kita dengan Pas," katanya pada sidang media, di Wisma Amanah, di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Sabtu lalu bahawa parti Islam itu akan menurunkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dalam PRN Sarawak, April ini. Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, calon dan 11 kerusi Dun Sarawak yang bakal ditandingi Pas hanya akan diumumkan pada 12 Mac ini. Dalam pada itu, Anuar juga menafikan rakan politiknya, PKR menjadi jurucakap kepada Pakatan Harapan dalam melakukan rundingan kerusi dengan Pas untuk mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya negeri itu nanti. Anuar menegaskan rundingan itu hanya berlaku jika ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan memberi persetujuan dan membuat keputusan secara bersama. "Tidak, kita belum lagi buat keputusan di peringkat Pakatan Harapan untuk membolehkan sesiapa membuat rundingan uniliteral dengan mana-mana pihak. "Dalam perjanjian kita, tiada mana-mana pihak boleh mengadakan rundingan dan hubungan secara langsung dengan pihak ketiga tanpa persetujuan daripada kami dalam Pakatan Harapan," ujarnya. Anuar turut menafikan dakwaan PKR menjadi jurucakap kepada Amanah dan DAP untuk berunding kerusi dengan Pas susulan parti Islam itu masih mempunyai kerjasama politik dengan PKR. "Kalau PKR atau Amanah nak diberikan kerja itu, ia bergantung kepada keputusan yang tercapai dalam Pakatan Harapan. "PKR bukan jurucakap kepada Pakatan Harapan untuk berunding dengan Pas setakat ini. Kalau berlaku pun kita akan periksa perkara ini," katanya lagi. |
Pengeluaran permit kelulusan baharu dikaji semula Posted: 15 Feb 2016 01:07 AM PST SINAR HARIAN KUALA NERUS - Kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula pengeluaran permit kelulusan (AP) baharu untuk memastikan baki simpanan 2.4 juta metrik tan bauksit di Pelabuhan Kemaman dapat dibawa keluar ke China sebelum tamat tempoh moratorium 14 April depan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata semalam genap sebulan tempoh arahan moratorium kepada pengusaha bauksit untuk mengeluarkan baki simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan namun operasi membawa keluar baki bauksit itu tidak dapat dijalankan berikutan cuti Tahun Baru Cina. "Kita bagi syarat, dalam masa sebulan untuk bawa keluar semua simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, ada dua bulan lagi... daripada 3.2 juta tan metrik bauksit sebelum ini, 2.4 juta masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan," katanya kepada pemberita selepas melawat projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal di sini hari ini. Beliau berkata selepas tamat tempoh moratorium itu pengusaha tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menghabiskan baki bauksit yang masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan. Dalam pada itu, Junaidi berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos untuk membersihkan kawasan yang terjejas akibat bauksit dalam tempoh sebulan ini kerana semuanya ditanggung pihak pengusaha bauksit itu sendiri. Junaidi berkata dianggarkan RM500,000 perbelanjaan digunakan untuk membersihkan kawasan terjejas iaitu Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kauntan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul. Pada 13 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat perlombongan bauksit bermula 14 Januari hingga 14 Februari. - Bernama |
Artikel AG terhutang budi, polis siasat Dr M Posted: 15 Feb 2016 01:05 AM PST SINAR HARIAN GEORGETOWN - Polis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya baru-baru ini yang didakwa berunsur fitnah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan dimulakan sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pihak yang mahu perkara itu diambil tindakan segera. "Laporan polis itu diterima sehari dua lepas...setiap tindakan mesti ikut peraturan undang-undang dan patuhi semua proses perundangan. Kita tidak boleh emosional dalam semua perkara. "(Kemudian) kami akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara, bila (terbukti) ada kes yang perlu diambil tindakan, kami akan ambil," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dan Datuk Abdul Ghafar Rajab. Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir mengatakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan mendakwa Mohamed Apandi tidak akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib. Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, polis akan bekerjasama penuh dengan Jabatan Imigresen berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh. Ditanya adakah saringan lebih ketat akan dilakukan terhadap pekerja asing itu, beliau berkata, pihakanya akan ambil langkah yang patut dan perlu dalam pastikan warga asing tersebut tak beri ancaman kepada rakyat negara ini. Sebelum ini, Abdul Ghafar merupakan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, manakala Abdul Rahim yang berkhidmat di Pulau Pinang sejak 2012 bertukar ke kontinjen Perak sebagai Ketua Polis Perak. - Bernama |
Mencari Mat Tunjang Enterprise Posted: 14 Feb 2016 03:55 PM PST LAMA sudah tidak berseloka Gurindam pantun penghibur lara Ramai pembahas tertanya-tanya Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya. Saya pun rasa bimbang juga Mat Tunjang lama tak bercerita Tiada pesan, khabar dan berita Menghilangkan diri entah ke mana. Kita hanya boleh berdoa Mat Tunjang sihat sejahtera Kuat badan akal sempurna Cari makan pelihara keluarga. Nak tanya Mat Tunjang pasai Danok Tempat ramai dok pi seronok-seronok Betoi ka duit kita depa tak berapa tengok Pasai nilainya dah banyak terperonyok? Dulu duit kita bukan main hebat Depa terima ringgit tolak baht Tak kira leguh atau sakit urat Abang mai duduk adik buat ubat. Ada orang buat cerita Abang seronok adik gembira Duit kita mereka tak berapa suka Baht dah balik jadi pilihan utama. Teringat cerita seorang kawan Hal berlaku di negeri Kelantan Kepada dua orang kawan taulan Yang sangat suka seberang sempadan. Pergi Golok makan tomyam Rasanya sedap tidak terkira Tidur malam asyik meragam Chef tomyam amatlah menggoda. Pergi Golok waktu malam Sembunyi sini sembunyi sana Bila dah puas makan tomyam Kahwin pula dengan pembuatnya. Perdana Menteri pula ke Southern California Ikut cerita jumpa pelajar kita di sana Ada sebuah lagu zaman saya muda Bernama kata lawatan kerja Khabarnya Obama pun ada juga Kita harap itulah fakta Bukan nak jumpa Arab lain pula. PM kita ni suka jalan Rata dunia dia pergi Apa hasil dia dapatkan Kita di Malaysia kurang pasti. Dok tak dok dia dapat "derma" Bila kita tanya dia buat macam-macam cerita Akhir-akhir dia kata duit dah tak ada Dia bagi balik kepada si penderma. Itulah seloka dan itulah gurindam Penghibur lara pengubat dendam Meluahkan rasa apa yang terpendam Moga-moga jiwa aman tenteram. Wallahuaklam. |
Umno mampu tangani isu babitkan parti – Annuar Musa Posted: 14 Feb 2016 03:46 PM PST BERNAMAAnnuar yang juga Pengerusi MARA berkata sebaliknya MARA telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar. Foto fail TRP ALOR SETAR, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mempunyai keupayaan untuk menangani dan menyelesaikan apa juga isu yang melanda parti berdasarkan pengalaman sebelum ini.Beliau berkata apa juga isu yang timbul dalam parti merupakan lumrah dalam politik. Katanya Umno yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini akan terus berdepan dengan pelbagai isu yang diputar belit oleh pihak tertentu termasuk parti pembangkang. "Ini realiti dalam politik … kami terpaksa beri penjelasan yang betul kepada rakyat. "Saya tak nafikan yang kami (Umno) ada (tidak terlepas daripada) masalah … kami ada keupayaan untuk tangani perkara ini berdasarkan pengalaman mengatasi beberapa krisis politk yang besar sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan Umno Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini hari ini. Beliau memberi contoh baru-baru ini parti pembangkang telah memberi gambaran seolah-oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menghentikan tajaan kepada pelajarnya sehingga mengundang persepsi negatif terhadap agensi kerajaan itu. Annuar yang juga Pengerusi MARA berkata sebaliknya MARA telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar. Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu, beliau akan berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap parti itu yang telah diputarbelitkan oleh parti pembangkang. "Kami mahu Umno negeri dan bahagian melaksanakan gerak kerja penerangan secara efisien dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi," katanya. Katanya beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi Umno sebelum merangka gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang. Terdahulu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. |
Hati-hati dengan pemilihan lambakan produk yang ada bahan kimia - Pakar Posted: 14 Feb 2016 03:40 PM PST Oleh Nur Atiqah Abdul Samad KUALA LUMPUR: Sudah menjadi lumrah manusia ingin kelihatan cantik dan kurus dimata orang tersayang mahu pun berdepan dengan orang ramai. Tetapi ramai yang tidak sedar atau tidak tahu kesan buruk yang bakal dialami selepas mengamalkan produk-produk yang menjanjikan kesan dalam masa yang singkat. Menurut pakar sakit tuan Dr Ismail Tambi, produk seperti ini selalunya mengandungi bahan kimia yang tinggi, justeru tidak mustahil perubahan itu dapat dirasai dalam masa yang cepat tetapi mendapat kesan buruk untuk tempoh jangka masa yang panjang. Ini jelasnya, badan seseorang itu tidak memerlukan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang tersebut, apatah lagi dalam kuantiti yang tinggi. "Badan kita tak perlukan bahan-bahan logam semua ini, kalau banyak sangat boleh memudaratkan kesihatan. Contoh arsenik, kalau lama-kelamaan mengambilnya, kita akan dapati gigi rosak, rambut gugur, kulit mula-mula memang akan cantik tetapi lama-lama ia akan berkedut. "Merkuri juga memberikan kesan yang sama untuk tempoh jangka masa panjang. "Kebanyakan bahan-bahan ini dimasuk secara berlebihan, tak dinafikan makanan yang kita makan memang ada bahan kimia tapi ia hanya sedikit. "Produk untuk kuruskan badan biasanya (ada) bahan-bahan untuk meningkatkan metabolisme dalam badan kita seperti sibutramine, afitderian, tiroxin. Macam-macam bahan kimia yang kononnya boleh meningkatkan metabolisme tapi prduk-produk yang mempunyai bahan-bahan ini memerlukan kebenaran KKM. "Kalau dimakan tanpa kawalan sudah tentu boleh rosakkan sistem dalaman seperti buah pinggang, hati. "Kita cuma tahu kita nak benda tu, secara mudah kita fikir benda tu berlaku tapi kita tak tahu apa bahan yang boleh menyebabkan perubahan yang bakal berlaku. Mungkin perubahan yang berlaku tu boleh memudaratkan kesihatan," jelasnya dalam satu wawancara bersama Antarapos. Tambah beliau lagi, adalah lebih baik pengguna yang mahu tampil cantik atau kurus ini merujuk kepada pakar yang bertauliah dalam mendapatkan produk yang sesuai. "Produk-produk yang ada sistem etika dan kawalan, sayar rasa tak ada masalah seperti Amway, Herbalife, Usana, Shaklee. Produk ini ada sistem dan tidak boleh dipertikaikan. "Kalau kita memerlukan produk kesihatan, kita boleh pergi ke farmasi untuk beli produk yang sesuai dan elok. Kita juga boleh dapat pandangan dan maklumat daripada ahli farmasi yang mempunyai etika dalam menjual produk," ujarnya. Tegasnya, pengguna hendaklah berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang tidak tahu kesan yang bakal dialami. "Kita ni suka dengar orang cakap, dengar saja ada promosi kita beli tapi kita tak tahu produk tu tak sesuai untuk kita atau mendatangkan alahan. "Yang kita nampak ni keperluan diri kita sama perlu atau tak dan kena tanya diri sendiri, guna produk ni boleh datangkan masalah atau tidak. Fikir baik-baik selamat atau tak. "Kita kena lebih berwaspada, kena bertanya, ambil tahu, buatlah sedikit kajian sebelum beli mana-mana produk," katanya. |
Pengetua, anak maut kemalangan di Jengka Posted: 14 Feb 2016 03:38 PM PST SINAR HARIAN KUANTAN - Sorang pengetua sebuah sekolah menengah dan anaknya maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan sebuah lori di KM23.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut, Maran hari ini. Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, Mohd Rozi Mat Bani, 48, yang merupakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat dan anak bongsunya Adam Zikry, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata seorang lagi anak mangsa Muhammad Afiq Zakwan, 18, yang memandu kereta Perodua Kelisa itu, cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh. "Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Afiq Zakwan cuba untuk memotong beberapa kenderaan di hadapan namun gagal, lalu bertembung dengan sebuah kereta Waja yang datang dari arah bertentangan. "Akibat perlanggaran itu, kereta Waja berkenaan terbabas ke kiri jalan manakala kereta Kelisa itu berpusing sebelum dilanggar oleh lori yang berada di belakang kereta Waja," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini. Mat Rizal berkata kemalangan berhampiran Jengka 19 itu turut menyebabkan pemandu kereta Waja itu cedera ringan. Identiti pemandu itu belum dikenal pasti, katanya. Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan semasa kejadian, Mohd Rozi dan anaknya dalam perjalanan dari Bandar Jengka untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Gau, Temerloh. Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gau malam ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan