Ahad, 28 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi jangan nak perasan : Tak ada siapa jemput dia pung!

Posted: 27 Feb 2016 11:56 PM PST

  
    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

 "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu," katanya. 

 Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.sumber

Komen al-Husseyn :

  Kah! Kah! Kah! Hj Hadi semalam berkata, beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.
   

Ini bukan kali pertama dia kata gitu. Pada 12 Mei 2015 pun dia kata "Saya suka jika Datuk Seri Najib Razak dibiar menghabiskan tempoh mandatnya sebagai perdana menteri berbanding kecenderungan sesetengah pihak yang menuntut beliau meletak jawatan. ~  di sini

 
   Bukan dia sahaja yang kata gitu, Mursyidul 'Am Pas pun cakap benda yang sama macam itu juga.

  Maknanya, itulah pendirian PAS yang sebenarnya; kesian kepada geng walaunta yang beriya-iya menyatakan kebencian dan marah mereka terhadap pentadbiran Najib, sedangkan pemimpin tertinggi mereka amat kasih dan sayangkan Najib!

    Perkara keduanya ialah,  awal-awal lagi, pada 25 Februari lalu, Zaid Ibrahim umumkan bahawa perhimpunan pada 27 Februari itu adalah mesyuarat tetutup dan hanya untuk "jemputan sahaja".

 Antara yang akan dijemput itu termasuk wakil-wakil parti politik, pemimpin pelajar dan ahli-ahli masyarakat sivil yang mahu siasatan bebas ke atas 1MBD. 

 Nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada dalam senarai jemputan! 

  Apasal yang Hj Hadi ni duk merapu dan perasan buat kenyataan "tidak akan menyertai sebarang himpunan.." ? Perasan sangat dia nih! Kah! Kah! Kah! Sila rujuk di sini

  Kenapakah sampai begitu sekali naifnya Hj Hadi ini? Bukankah segala kepincangan yang sedang negara alami sekarang ini adalah disebabkan oleh salah guna kuasa penguasa? 

  Siapakah yang berkuasa dalam menentukan hala tuju Umno sekarang ini? Jawapannya ialah Najib dan kroninya. 

   Yang nak berkumpul itu pula, kebanyakannya adalah orang-orang Umno yang tidak bersetuju dengan cara penglibatan Najib menangani isu skandal 1MBD. Termasuklah Mahathir, bekas presiden Umno, Zaid Ibrahim sendiri, bekas menteri Umno, Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) .....majoritinya adalah orang-orang Umno.

 Jadi Hj Hadi selaku Penasihat Umno, kata 'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno' - Orang Umno yang jenis bagaimana yang Hj Hadi suka nih? Apakah Hj Hadi cenderung dengan orang Umno jenis penyangak??

Azalina ugut Muhyiddin dan Gani Patail??

Posted: 27 Feb 2016 08:00 PM PST


 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa pendedahan Muhyiddin itu hanya dibuat selepas digantung sebagai Timbalan Presiden Umno, dan ini mungkin subahat dalam plot penyingkiran terhadap Najib.

 "Mengapa hanya kini Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan itu, sebaik sahaja selepas beliau digantung sebagai Timbalan Presiden? Apakah motif tersembunyi dan agenda? Tindakannya itu dilihat sebagai bersubahat kerana dia mendakwa mempunyai maklumat mengenai perbuatan jenayah yang didakwa, tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga hari ini?" Soalnya dalam satu kenyataan.

 Muhyiddin mendakwa telah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara ketika mereka masih di pejabat, suatu bukti jenayah didakwa terhadap Perdana Menteri keatas kontroversi deposit wang RM2.6 bilion yang kononnya disalurkan melalui syarikat berkaitan dengan syarikat milik kerajaan 1 Malaysia Development ke dalam akaun peribadinya.

 "Ini adalah satu pengakuan bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, dalam apa yang akan menjadi rampasan kuasa terhadap proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas," kata Azalina.

 Tambahnya, jika benar, kedua-dua Muhyiddin dan bekas pendakwa raya akan melanggar undang-undang bersama-sama.

 "Pertama, hakikat bahawa duduk Peguam Negara telah secara peribadi memberi taklimat dan perkongsian maklumat undang-undang sulit dengan Tan Sri Muhyiddin, ahli Jemaah Menteri dan ahli Umno yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi, " katanya.

  "Oleh itu, ia seolah-olah bahawa Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan penyalahgunaan sistem perundangan kita untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik," katanya.

 Portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah dihubungi untuk mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin itu tetapi enggan mengulas.

 "Saya tidak mahu komen apa-apa," beliau dipetik sebagai berkata.~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Pengawal Berita Rejim Najib telah diarahkan supaya tidak membenarkan penerbitan sebarang berita yang memburuk-burukan mereka yang berada dalam kerajaan.

 
Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara
terperinci, saya dapati ada tandatangan abang
saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa
dengan tandatangan dan singkatan yang
digunakannya," kata Charles  
di sini 
Apabila orang yang berkuasa mula mengharamkan sesuatu dengan alasan "mereka mengelirukan orang ramai" maka ketahuilah bahawa itu adalah kerana, pada hakikatnya, ia telah menyatakan kebenaran kepada orang ramai. Sebagai contoh, Sarawak Report telah diharamkan selepas ia menerbitkan deraf asal pertuduhan terhadap Najib.


 Dengan alasan bahawa pendedahan ini semua adalah "palsu" yang direka "utk mengelirukan orang ramai".

  Kalau dokumen draf pertuduhan itu palsu, kenapa pihak polis menyerbu Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

 Polis menangkap dan menyoal siasat pegawai SPRM berhubung dengan lembaran draf pertuduhan itu, adakah ini bermakna bahawa memang sebenarnya wujud draf kertas pertuduhan rasuah terhadap Najib di premis SPRM, dan bahawa draf kertas pertuduhan ini telah bocor kepada media sosial? 

 Bahawa penyingkiran mendadak Gani boleh diaggap sebagai satu percubaan Najib untuk mengelakkan pendakwaan. 

  Sebelum ini, Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan yang beliau mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. Kenapa gesaan Muhyiddin ini tidak dilaklsanakan?

 Selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan kenyataan Muhyiddin itu dan juga dokumen deraf pertuduhan yang disiarkan Sarawak Report , adalah salah untuk membuat kesimpulan. 

  Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil dan menjelaskan perkara ini.

  Azalina Othman tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat satu plot untuk menjatuhkan PM .

Korang mahu tak kena simen dalam tong drum?

Posted: 27 Feb 2016 05:00 PM PST


   Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mahu mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan siasatan dalam kes membabit SRC International.

 Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.

 "Saya tidak mahu ulas apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

  Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah. sumber

  Komen al-Husseyn :

 Timbul persoalan : Kenapa bekas Peguam Negara ini tidak menafikan sahaja kenyataan Muhyiddin itu? Bukankah itu sangat mudah baginya?

 Gani Patail tentu tidak semudah itu untuk membuka mulutnya. Dia amat menyedari bahawa menyembunyikan maklumat boleh dikenakan tindakan. Dia lebih suka orang ramai membuat dan memilih jawapan sendiri.

 Maka persoalan selanjutnya ialah :  Apakah Muhyiddin telah berkata benar atau bohong? Kalian fikir-fikirlah sendiri. Bukti-bukti untuk menyokong kebenaran kenyataan tersebut adalah terlalu jelas!

  Apa yang tidak jelasnya lagi bila Gani Patail sendiri telah dilucutkan jawatannya secara mengejut dengan alasan kesihatan ??

  Dia juga amat menyedari bahawa mendedahkan maklumat mereka yang berkuasa, adalah membahayakan dirinya sendiri.

  Akhir persoalannya, korang mahu tak kena simen dalam tong drum?

Tiada ulasan: