Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Kerajaan Teknokrat : Nik Abduh,Nasarudin Tantawi, Haron Din, Hj Hadi nak letak di mana?

Posted: 25 Feb 2016 08:00 AM PST

 Berikut merupakan tulisan yang pernah blog ini keluarkan ketika mengulas lontaran idea Hj Hadi yang mencadangkan Negara Teknokrat.

  Saya ulang siar semula kerana TITM cuba membawa semula idea mengarut Hj Hadi tersebut.

Pernah dengar  Negara Teknokrat ??Ha! Ha! Ha! Korang kliklah link tu.

Sebelum dibuat diperingkat negara, suruh dia buat diperingkat pentadbiran parti PAS terlebih dahulu.

Sekiranya istem teknorasi, dimana hanya kalangan profesional sahaja layak dilantik sebagai pentadbir dibuat diperingkat pentadbiran PAS, maka kita semua akan bergembira  untuk melambaikan tangan ucap selamat jalan kepada toklebai-toklebai yang mentadbir PAS sekarang ini!

Nik Abduh,Nasarudin Tantawi, Haron Din, Hj Hadi nak letak di mana?

 Apakah mereka yang berkelulusan agama ini perlu berada di bawah Institusi Agama seperti Jakim, Jawi, IKIM, Yadim.....

  Kita akan ucapkan selamat bersara kepada Hj Hadi, Harun Din , Nasarudin Velfire, Nik Abduh....moga PAS akan kembali ke landasan perjuangannya yg asal dengan ketiadaan mereka....

Siapakah lagi profesional yang tinggal dalam PAS setelah kumpulan profesional dicantas setandan sewaktu muktamar yang baru lalu?

Nampak merapu bila baca ayat nih : Sebelum ini pemimpin parti politiklah yang biasa menjawat jawatan PM dan Menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihanraya.

Agaknya apalah yang Hj Hadi maksudkan dengan 'kelulusan akademik tertentu' itu? 

  Lazimnya dinegara kita, kalau nak jadi guru, kita masuklah kolej atau universiti perguruan. Kalau mahu jadi doktor prubatan, kita kena masuk universiti perubatan....

 Tapi kalau nak jadi Perdana Menteri atau Tim Perdana Menteri, kita belum ada lagi tempat pengajian untuk itu. Maka kita minta Hj Hadi sila buat universitinya boleh?? Kah!Kah! Kah!

  Pendidikan bukanlah penentu segalanya. 
Kita memerlukan seorang pemimpin yang arif dan bijaksana yang dapat mententeramkan suasana, bukan pemimpin yang justru memperkeruh suasana. 

  Seorang pemimpin seperti Hj Hadi sendiri terbukti gagal mententeramkan keadaan dalaman PAS sehingga berlaku kegawatan dalam parti hingga membawa kepada perpecahan. 

Ini semua dedak punya pasal!

Posted: 25 Feb 2016 05:02 AM PST

Bukan kepalang marahnya bila ada fesbuker edit  gambar pak Menteri Komidi ...... 

"Meletakkan mukanya pada gambar anjing, sangat biadap. Haiwan itu haram kepada orang Islam. Ia satu penghinaan.

 "Ia juga satu cabaran terhadap kepimpinan beliau, terhadap orang Melayu, kerajaan dan Umno. Ia menghasut kebencian terhadap pemimpin, parti dan pentadbiran.

 Berombongan pula buat repot polis satu Malaysia ! Kah! Kah! Kah! - Baca  di sini

 Gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz kata kepada Tan Sri Rafidah Aziz dengan kata-kata terbaiknya, "Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara. "Dia nak menyalak pun lantaklah...." 

  Apakah gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz katakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tindakan Muhyiddin ibarat 'anjing yang sibuk menggigit kaki' ??

  "Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam anjing yang duduk gigit kaki kita susah lah," katanya di sini

  Beginilah nasib bekas pemimpin-pemimpin umno yang sudah tidak ada kuasa lagi. Apabila mereka sudah kehabisan dedak untuk diberikan kepada para pengampu yang selama ini diupah dengan dedak...

  Kalaulah Muhyiddin Yassin itu masih lagi Timbalan PM, beranikah Nazri tu nak kata macam itu kepadanya?

  Kalau Muhyiddin masih lagi PM, Nazri buat dia macam tu, sudah tentu Ali Tinju dan Rani Kulup berhambat ke balai polis untuk nak dapat dedak masing-masing!

   Apakah seorang pemimpin Melayu seperti Nazri Aziz itu dikira 'tidak mengapa' bila menyelar dan mengutuk orang lain sebagai anjing? 

   Bila Shafie Apdal suruh dia minta maaf kepada Muhyiddin, dia tengking pula Shafie Apdal dan menafikan dia gelar Muhyiddin anjing.

"Dia (Shafie) harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh," kata Nazri.

Nazri kata, " Tapi kalau Muhyiddin bersikap macam anjing duk gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah...!" Cer korang dengar rakaman berikut :

  
  Bila rakyat biasa dengan hanya mengedit gambar anjing berkepalakan manusia dikira sangat biadab, pung-pang, pung-pang!

  Ini semua kerja gerombolan tukang ampu, tukang kipas, kaki bodek, penerima dan pengharap dedak semua suka dan bergembira... Menteri macam Nazri Aziz pun sanggup menyodok untuk dapat dedak!

Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM

Posted: 25 Feb 2016 12:23 AM PST

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

 Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

 "Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

 "Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

 Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

 Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

 Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara. 

 Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

 "Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya. 

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

 Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

 Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

 Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

 The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

 SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

 Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

 Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan. – 25 Februari, 2016. ~ sumber

Idea kerajaan teknokrat, syabas buat PAS

Posted: 24 Feb 2016 07:00 PM PST

- Muammar Qaddafi 
Timbalan presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man baru baru ini mengutarakan kembali pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan teknokrat.

 Kerajaan teknokrat secara mudahnya adalah pemimpin eksekutif negara akan dipilih dalam kalangan mereka yang benar-benar mampu dalam bidangnya oleh parti politik yang menang pilihan raya,misalnya Tan Sri Zeti Aziz, dilantik parti yang menang, menjadi menteri kewangan tanpa beliau perlu menyertai pilihan raya.

 Ini kerana beliau dilihat mampu untuk mengurus dalam bidang itu berbanding ahli politik yang tiada latar belakang ekonomi.

 Dalam membaik pulih keadaan ekonomi dan sosial negara, sememangnya cadangan ini wajar diperhalusi dan dilaksanakan dengan kadar segera.

 Tetapi sedikit ironi apabila cadangan ini keluar dari PAS. Teknokratik pada asasnya adalah berdasarkan meritokrasi dan PAS adalah parti yang gagal daripada sudut ini.

 PAS sendiri gagal meletakkan kepimpinan eksekutif dalam negeri yang mereka menang berdasarkan merit, tidak hairanlah setiap negeri yang ditadbir PAS akan caca merba dan menemui kegagalan termasuklah yang sedang berlaku di Kelantan.

 Kepakaran PAS adalah pada slogan parti, namun tidak pada perlaksanaan.Bahkan lebih teruk, mereka candukan rakyat dengan doktrin agama.

 Sheikh Maududi meletakkan kelompok ini sebagai golongan theokrat demokrasi iaitu yang menganggap mereka sebagai wakil tuhan di bumi menggunakan slogan mereka.

 Idea meletakkan golongan yang layak sebagai eksekutif sebenarnya tidak perlu sehingga pelaksanaan konsep kerajaan teknokrat walaupun asasnya ia cadangan yang baik, hatta dalam parti politik sendiri ada pemimpin yang mampu mentadbir, malangnya orang ini tidak dihargai sepenuhnya. 

 Lihat sahaja di Kelantan hari ini, timbul isu isu kegagalan kerajaan negeri kerana tidak mengutamakan meritokrasi dalam memilih kepimpinan negeri.

 Datuk Husam Musa yang berjasa besar ketika pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz disingkirkan terus selepas berlaku perubahan kepimpinan walaupun beliaulah yang dilihat lebih berkemampuan mentadbir negeri.

 Maka tidak hairanlah Husam selaku exco kanan diberi kepercayaan menteri besar ketika itu untuk membentangkan bajet kerajaan negeri yang selalunya dibentangkan menteri besar. 

 Namun begitu kegagalan PAS sebagai pentadbir boleh dikurangkan melalui konsep kerajaan teknokrat. Cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar agar Kelantan menjadi pelopor konsep ini wajar diambil tindakan segera memandangkan cadangan ini dari PAS, sekaligus menjadikan PAS Kelantan sebagai guru politik di Malaysia.

 PAS juga dahulunya tidak pernah kekurangan tokoh yang layak mentadbir negara berdasarkan kepakaran masing-masing.

 Malang sekali pasca muktamar tahun lepas mereka ini tersingkir dan digantikan pemimpin berlatar belakang agama yang tidak mempunyai kemampuan mentadbir negeri mahupun negara.

 Namun begitu nama-nama "bekas PAS" seperti Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa tentu sekali mampu mengisi pentadbiran negara satu masa kelak sekiranya rakyat Malaysia lebih mengutamakan merit individu berbanding candu parti politik menggunakan agama dan kaum semasa memilih pemimpin.

 Apa pun, syabas diucapkan buat PAS atas cadangan yang sememangnya baik untuk negara ini.

 Sekurang-kurangnya pandangan kita sama iaitu kepimpinan negara harus berdasarkan meritokrasi bukanlah pada slogan dan idealogi parti semata-mata. ~ SUMBER

Pakatan Harapan perlu henti berbalah demi rakyat – Tamrin Ghafar

Posted: 24 Feb 2016 04:30 PM PST

OLEH : ARIF ATAN
Pertelingkahan dalam Pakatan Harapan (PH) mesti dihentikan ketika majoriti rakyat telah menyedari amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pemimpin Umno-BN, tegas Tamrin Tun Ghafar.

 Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu menyifatkan perbalahan antara anggota Pakatan Harapan yang dilihat begitu membimbangkan tidak membantu hasrat perubahan rakyat yang sudah terang lagi bersuluh menyaksikan penipuan kerajaan Umno-BN.

 "Zaman kini anjing dan kucing pun boleh berbaik. Rata-rata majoriti rakyat mulai sedar yang mereka terang-terang ditipu oleh Najib dan konco-konconya. Malangnya, dalam masa sama PH bercakaran sesama sendiri," ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.

 Menganggap rakyat ditaburkan dedak seperti ayam di belakang rumah, Tamrin berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi kononnya sebagai bukti keprihatinan Umno-BN walhal rakyat dibebankan dengan peningkatan kos barangan keperluan akibat pelaksanaan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kenaikan tol dan tarif elektrik.

 "Bayangkan harga sekilo getah skrap lebih rendah dari harga sekilo ikan kembung atau ikan temenung. Kelapa sawit jatuh menjunam. Dulu janji makcik dan pakcik Felda saham FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) akan mengkayakan mereka. Najib mengharamjadahkan mereka yang membantah pengapungan FGV.

 "Kira-kira 600,000 graduan tidak ada pekerjaan yang agak sesuai dengan ijazah yang mereka pelajari. Ramai pula pensyarah universiti yang berkhidmat secara kontrak akan diberhentikan. Bantuan kewangan untuk universiti (awam) dipotong dengan mendadak. Pemberian biasiswa pun mula dikurangkan," ujarnya.

Cuba menutup pekung 

 Tamrin yang juga anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba turut membangkitkan kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta salah guna dana dalam Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), Tabung Haji dan Amanah Raya.

 "Apa sudah jadi dengan RM45 bilion duit 1MDB , RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) malah duit simpanan orang kampung di Tabung Haji pun dirobek. Begitu juga dengan wang Amanah Raya.

 "Walaupun media cetak dan elektronik kerajaan begitu bersungguh-sungguh cuba menutup pekung pemimpin-pemimpin tapi sebenarnya rakyat sudah mula meluat dengan sandiwara mereka," katanya.

 Menyedari pelbagai penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan Umno-BN, beliau mengingatkan Pakatan Harapan supaya mengukuhkan perpaduan dan bekerjasama dalam membela kepentingan rakyat.

 "Nasihat saya hentikan perbalahan-perbalahan ini demi kepentingan negara dan rakyat yang amat dahagakan satu perubahan yang lebih baik," tambahnya lagi. ~ SUMBER

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT