Ahad, 14 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Husam rayu Raja-Raja Melayu mengenai siasatan ke dalam 1MDB

Posted: 14 Feb 2016 08:00 AM PST

  
  Selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir merayu kepada Majlis Raja-raja untuk memanggil pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membuat laporan kepada majlis itu mengenai hasil siasatan mereka , kini Datuk Husam Musa pula turut merayu kepada Majlis mengenai perkara yang sama.

 Menulis di fesbuknya, Husam  berkata, satu-satunya yang tinggal dalam kejauhan harapan kita - Majlis Raja-Raja dan para Sultan kerana semua institusi - Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara, Peguam Negara, PDRM - nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan. 

Husam memohon agar Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 17 Februari dan 18, dapat memanggil SPRM menyembahkan maklumat mengenai kertas terakhirnya mengenai 1MDB.

  "Jika ia berlaku, ia akan menunjukkan Raja-Raja muncul menjadi titik terakhir rakyat menaruh harapan mewujudkan mekanisma meluruskan semula perjalanan negara tercinta.

"Mungkinkah di sana ada sinar harapan?" Husam mengakhiri tulisan difesbuknya itu.

 Begitulah juga harapan kebanyakan rakyat Malaysia agar Raja-Raja Melayu selaku payung negara agar dapat memberikan perlindungan sewajarnya kepada sistem kenegaraan yang semakin bercelaru.

  Minggu lalu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga telah memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk memerintahkan pelbagai agensi menyiasat 1MDB melaporkan kepada mereka mengenai hasil siasatan mereka.

 "Menjelang Persidangan mesyuarat Raja-Raja yang akan diadakan pada 17 Februari dan 18, dengan segala hormat, saya merayu kepada Duli Yang Maha Mulia untuk memanggil Peguam Negara, Bank Negara Malaysia Gabenor, Ketua Polis Negara, Rasuah Malaysia Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia Ketua (SPRM), Ketua audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) ... melaporkan, secara telus dan benar, hasil siasatan mereka ke dalam 1MDB, tanpa melindungi mana-mana pihak," Mukhriz berkata.

 "Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campur tangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin," katanya di sini

'Nota Cinta' Husam : PAS masih belum balas!

Posted: 14 Feb 2016 06:00 AM PST

 Kes 'Dewa Jadi-Jadian'  Adun Paya Jaras, cepat-cepat korang lepaskan sebagai tak bersalah. Tidak pula dihadapkan ke Badan Disiplin pati untuk didengari sendiri alasannya menyamar sebagai Dewa Rezeki. 

  Sebab dia kroni korang kan?

  Dan entah bila Dewan Ulama bermesyuarat? Tiba-tiba saja mamat sebelah ni lepaskan sang Dewa itu sebab dia telupa niat?? Hahahaha! Bukankah sepatutnya Sang Dewa itu dipanggil untuk membuat penjelasannya, disoal selidik terlebih dahulu...Barulah bermesyuarat dan dibincangkan. Ker guaner Ding? Memang PAS parti Pak Lawak dan Pelawak!

  Tapi kes 'Nota Cinta' Husam, sampai sekarang belum lagi selesai! Mak OOiii....Sudah dua bulan lebih sejak pertemuan pada 30 November 2015 itu berlaku, tapi PAS masih gagal untuk membalas 'Nota Cinta' yang telah diserahkan oleh Dato Husam Musa.

   Belum tadbir Negara, tapi dah tak ada masa nak kendalikan kes Husam yang begitu mudah. 

  Walaupun begitu, PAS masih mahu menambahkan beban kerja yang tidak terurus dengan memanggil lagi Husam untuk disoalsiasat...

  Selesaikan perkara satu persatu... yang dahulu dudahulukan, yang kemudian dikemudiankan.

   Nak tanya TITM, apa dah jadi dengan kes aduan 3 Ulama PAS dari Perak tu? Kalau tidak bersalah, katakanlah tidak bersalah....(sebab depa tu kroni kann?) Jangan terus terkancing gigi!
   
Baca kenyataan aduan di sini
    Berikut riaksi Dato Husam Musa terhadap kenyataan TITM :

Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas. InsyaAllah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti.

 Saya menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya. Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan InsyaAllah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti.

 Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini.

 Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian Pas Pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku.

Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal.

 Husam Musa
Jamadilawwal 1437/ 13 Februari 2016 ~  sumber

Isu Tabung Haji : Apa pendirian PAS yang sebenarnya ??

Posted: 14 Feb 2016 02:48 AM PST


  Cuba perhatikan sikap PAS yang pada mulanya agak lantang dalam menyuarakan isu Tabung Haji tetapi beransur-ansur longlai dan akhirnya puji memuji sesame sendiri.

 "Pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanfaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan." Kata Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Apa maksud 'manfaat' yg dikatakannya itu? Dapat minum dan jamah kudapan? Hahaha! Mula-mula tu bukan main lagi garang; suruh 'pecat' Azeez Mamak tu ....

 PAS tanpa malu mengangkat dirinya sendiri sebagai 'Menerajui budaya politik matang dan sejahtera' hanya kerana mengunjungi TH – minum dan berborak-borak kosong tanpa mengemukakan apa-apa persoalan yang perlu rakyat mengetahuinya.

 Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan "…kami dengar dengan teliti dan insya Allah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini."

 Kah! Kah! Kah! Kenapa TITM tidak dapat beritahu kita apa yang dijelaskan oleh TH itu? Katanya dia dengar dengan teliti ….tapi dia mengharapkan TH pula yg perlu menjelaskan kepa rakyat!??

 Berikut adalah rentetan lakonan wayang kulit PAS dengan isu Tabung Haji -

 26 Jan 2016 : PAS mahu pengerusi Tabung Haji dipecat jika benar rizab negative 

 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengerusi baharu perlu dilantik bagi membantu menunaikan obligasi lembaga itu berdasarkan saranan Bank Negara. Baca sepenuhnya di sini 

28 Jan 2016 : Pas yakin sistem tadbir urus Tabung Haji

 Pas sebenarnya amat yakin dengan kemantapan sistem Tadbir Urus yang baik yang diamalkan oleh TH selama ini, yang bukan sahaja selaras dengan Pematuhan Syariah, tetapi juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada para pendepositnya. 

 Pas berpuas hati dengan penjelasan oleh Menteri yang menjaga Tabung Haji, Datuk Khir Johari Baharom (yang ditemui sendiri di Parlimen semalam) serta Pengurusan Tertinggi TH yang mengesahkan Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira Nilai Aset keseluruhan potfolio pelaburan TH. Baca sepenuhnya di sini 

 January 29 2016 : PAS gesa Ketua Audit Negara segera dedah audit TH

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, menggesa supaya Ketua Audit Negara segera mendedahkan laporan audit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya keyakinan rakyat dipulihkan selepas terjejas ekoran pendedahan surat amaran Bank Negara Malaysia yang diakui benar oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim. Baca sepenuhnya di sini 

 2 Feb 2016 : Pertemuan dua hala PAS dan Tabung Haji 

  Kunjungan ke Tabung Haji oleh PAS Pusat hari ini berlangsung dengan baik. Menerajui budaya politik matang dan sejahtera, PAS hadir untuk mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji sebelum memutuskan sikap di samping turut mengemukakan pandangan serta penambahbaikan kepada pihak Tabung Haji selepas pelbagai isu kontroversi melibatkan Tabung Haji tercetus. 
   
Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanfaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan. Tinggi harapan PAS agar institusi ini benar - benar dikendalikan secara profesional dan telus sekaligus menjaga kepentingan seluruh pendeposit yang terdiri daripada umat Islam.

  Secara keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan insya Allah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini. Justeru besar juga harapan umum kepada institusi terbesar dan terpenting bagi umat Islam di Malaysia ini bebas dari perkara yang merosakkan reputasi dan prestasinya. Baca sepenuhnya di sini

Tiada ulasan: