Ahad, 14 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR: Naikkan gaji minima sebelum gesa 'kerja 3D'

Posted: 14 Feb 2016 03:29 PM PST

MALAYSIAKINI




Kerajaan sepatutnya memperbaiki hak pekerja di negara ini sebelum menggesa golongan belia mengambil alih tugas pekerja asing, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil .

Katanya, gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Zahid Hamidi supaya golongan muda mengambil alih pekerjaan 3D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Berbahaya) disifatkan sebagai pra matang.

Menurut Fahmi, Zahid menerusi mesyuarat kabinet sepatutnya menggesa kerajaan mengambil beberapa langkah bagi memperbaiki hak pekerja.

Ia termasuk meningkatkan gaji minima seperti dicadang pembangkang sebanyak RM1,500 sebulan dan membantu memperkuatkan kesatuan-kesatuan sekerja.

Selain itu, katanya kerajaan juga boleh menyediakan insentif kepada pemilik syarikat supaya menggajikan lebih ramai pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

"Tanpa melaksanakan langkah tersebut gesaan Ahmad Zahid hanyalah retorik semata-mata dan bukannya niat ikhlas untuk membantu anak muda mengambilalih kerja yang diisi pekerja asing," kata Fahmi dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu Zahid hari ini mencabar golongan belia untuk bekerja dalam sektor 3D jika mereka menolak kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Tegasnya, jika perkara itu mampu dilakukan, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja asing termasuk warga Bangladesh.

Pertemuan Adenan dan duta bakal rungkai kehadirin kapal China

Posted: 14 Feb 2016 03:25 PM PST

MALAYSIAKINI




Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang akan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada satu masa yang ditetapkan, bagi merungkai persoalan berhubung kapal pengawal pantai negara itu yang di berada luar kawasan perairan Gugusan Beting Patinggi Ali, kira-kira 84 batu nautika dari pantai Miri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata saluran diplomasi mesti digunakan dalam situasi seperti itu supaya tiada insiden tidak diingini berlaku.

Katanya pendirian negara adalah konsisten dan ia mahu tahu tujuan dan hasrat kapal-kapal China meronda di luar perairan negara.

"Duta itu akan membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak supaya adanya komunikasi langsung antara negeri itu dan China serta tidak dieksploitasikan oleh kumpulan tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya sebarang campur tangan ketenteraan adalah hanya langkah terakhir," katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baharu Cina bagi Parlimen Sembrong di Paloh semalam.

Hishammudin, yang juga ahli Parlimen Sembrong, berkata keputusan yang diambil Huang dan Adenan serta kepimpinan di Sarawak adalah yang terbaik bagi memperjelas apa sahaja situasi di peringkat negeri dan negara.

"Saya dah kenal lama (Dr Huang) dan saya rasa beliau tiada tujuan untuk mengeruhkan atau menegangkan keadaan. Kebijaksanaannya dalam kepimpinan hubungan kita dengan negara jiran bukan sahaja China malah dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Itu semua mesti diambil kira terutama dunia tanpa sempadan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Huang pada sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen itu.

Kehadiran kapal pengawal pantai China di kawasan berkenaan, dikesan sejak dua tahun lepas yang mengakibatkan nelayan laut dalam tempatan takut mendekatinya.

Pada Jun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata Malaysia akan meneruskan mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan kapal pengawal pantai China itu.- Bernama


Pakar nafi ribuan kerang di pantai petanda tsunami

Posted: 14 Feb 2016 03:22 PM PST

SINAR HARIAN


Tsunami
Antara kesan Tsunami yang berlaku di Acheh 10 tahun lalu


KUANTAN - Fenomena ribuan kerang terdampar di Pantai Mempisang, Tanjung Gemuk, Rompin dan Pantai Sura, Dungun, Terengganu minggu ini tiada kaitan dengan tsunami seperti tanggapan sesetengah pihak.

Menurut Dekan Fakulti Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar, kejadian itu sebaliknya berkait rapat dengan ombak besar dan kejadian hakisan pantai.

"Dis tahun lepas di Pantai Mempisang juga dilaporkan tentang kejadian kepah naik ke pantai dan ketika itu berlaku ombak besar bersama hujan lebat.

"Begitu juga kejadian yang sama pada tahun ini di Pantai Sura dan Pantai Mempisang, ia berkait dengan faktor angin monsun yang kuat berserta ombak besar ditambah dengan hakisan pantai.

"Ia menyebabkan spesies kerang berbulu ini yang hidup berhampiran pantai bercampur sedikit lumpur terdampar ke pantai disebabkan arus pengangkut yang kuat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya spesies kerang berbulu, nama saintifiknya Anadara Spilula, adalah hidupan biasa yang boleh didapati berhampiran pantai dan turut mempunyai kaitan dengan spesies kerang lain seperti Anadara Granosa, Anadara Indica dan Anadara Inequiualuis.

"Jika hendak dikaitkan dengan petanda tsunami seperti yang berlaku di Pulau Pinang pada Disember 2004, ia berbeza kerana kebiasaanya sejam sebelum kejadian itu air laut akan surut luar biasa menyebabkan banyak spesies ikan laut terdampar di pantai," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tidak tepat berhubung fenomena tersebut.  - Bernama


Polis masih buru suspek bunuh pengusaha nasi kandar

Posted: 14 Feb 2016 03:14 PM PST

Pengusaha restoran nasi kandar maut ditembak


GEORGETOWN - Usaha memburu dua suspek yang terlibat dengan pembunuhan kes seorang pengusaha restoran nasi kandar, Syed Amen Jainul Abidin, 46 pada 11 Februari lalu masih lagi diteruskan.

Ketua Polis Daerah Timut Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya telah merekodkan enam keterangan termasuk daripada ahli keluarga mangsa.

Menurutnya, lima lagi keterangan diambil daripada rakan, pemilik kereta Mercedez-Benz E Class 240 dan dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Mior Farid berkata,siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek terlibat termasuk penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di lokasi berhampiran tempat kejadian.

"Setakat ini belum ada sebarang petunjuk baharu mengenai kejadian pembunuhan seorang pengusaha nasi kandar terbabit dan saya yakin tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat sekiranya semua bukti dan keterangan saksi diperoleh.

"Beri kami (polis) masa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini dan sekiranya ada perkembangan positif dan tangkapan dibuat polis akan membuat sidang akhbar mengenainya,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha restoran nasi kandar maut ditembak]

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pada 11 Ferbruari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu,mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin,46 mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala,badan dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti dihadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal tersebut dan melepaskan enam das tembakan kearah mangsa.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat dan lima das tembakan terkena pada mangsa manakala satu lagi tersasar,"katanya.


IMAM PUN ADA DISALAHKAN, BAGAIMANA ZAHID BOLEH KATA "JANGAN SALAHKAN SAYA"

Posted: 14 Feb 2016 04:50 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Agak menjengkelkan apabila Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan kerajaan tidak harus disalahkan berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja daripada Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Habis, kalau bukan menteri yang membuat keputusan dan kerajaan yang memerintah yang harus disalahkan, siapa lagi?

Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang harus diletakkan kesalahan itu?

Dalam hal ini Zahid seharusnya sedar bahawa menteri dan kerajaan bukannya "maksum"  sehingga semua perkara yang diputuskan seolah-olah betul belaka, malah imam surau pun akan ditegur dan dipersalahkan kalau bacaannya meragukan atau suaranya tidak berapa jelas kedengaran.

Jadi, apa masalahnya kalau ada teguran atau meletakkan kesalahan kepada beliau dan kerajaan berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu?

Terimalah hakikat bahawa kemasukan itu terlalu melampau dan hanya menimbulkan persepi semata-mata untuk memberi pendapatan kepada kerajaan melalui kutipan levi dan keuntungan berganda kepada syarikat yang diberi lesen membawa masuk pekerja terbabit.

Harus disedari bahawa kita bukan saja berhadapan dengan lambakan warga asing daripada Bangladesh, tetapi juga daripada Indonesia, China, Myanmar, Filipina, Nepal, Afrika dan sebagainya.

Itu pun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Zahid bagaikan masih tiada perasaan apa-apa berkata, " jangan salahkan saya, jangan salahkan kerajaan".

Akuilah, ia memang salah menteri dan kerajaan yang sedang berkuasa, bukan salah sesiapa yang lain.
 
 
 

13 GRO warga Thailand ditahan di Johor

Posted: 14 Feb 2016 04:45 AM PST

MALAYSIAKINI




Seramai 13 orang Pelayan Pelanggan (GRO) warga Thailand ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Johor dalam Ops Sayang di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Seri Pelangi 1, Taman Pelangi, di Johor Baharu malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor Masri Adul berkata serbuan itu adalah hasil aduan orang awam yang tinggal di kawasan kejiranan itu.

Melalui pemeriksaan, kesemua GRO itu berusia antara 22 hingga 34 tahun dan didapati berada di rumah berkenaan tanpa memiliki pas dan permit kerja yang sah.

"Kebanyakan wanita itu sedang berehat dalam bilik masing-masing ketika serbuan dilakukan kira-kira 8.45 malam.

"Dua lelaki tempatan berusia 32 dan 34 tahun turut ditahan kerana disyaki menjadi penjaga GRO yang tinggal di rumah itu.

"Apabila ditahan, seorang daripada lelaki itu juga sedang melakukan tugas iaitu menghantar dan mengambil GRO ini dari dan ke tempat-tempat hiburan sekitar bandar raya," kata Masri dalam kenyataannya hari ini.

Kesemua warga asing itu kemudian dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.
-Bernama


Hudud tak boleh dalam konteks Malaysia – Asyraf Wajdi

Posted: 14 Feb 2016 04:43 AM PST

 
Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam berbanding konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik.


Asyraf-Wajdi-Dusuki,hudu


KUALA LUMPUR: Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.

"Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

"Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

"Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan," katanya.

Tradisi ‘duit adat’ perkahwinan Melayu mungkin diharamkan di Melaka

Posted: 14 Feb 2016 04:41 AM PST

 
Pengharaman pelaksanaan wang adat Temenggong dalam perkahwinan di negeri berkenaan dikaji.


duit-adat


MASJID TANAH: Pelaksanaan wang adat Temenggong dalam perkahwinan mungkin akan diharamkan di Melaka.

Berita Harian hari ini melaporkan, pengharaman wang adat itu sedang dikaji selepas adat perkahwinan itu didakwa membebankan bakal pengantin.

EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri ada menerima aduan mengenai nilai wang adat Temenggong itu yang dianggap membebankan.

Katanya, kerajaan negeri akan menyerahkan kepada Persatuan Sidang-Sidang Melaka untuk membincangkan isu terbabit.

"Mereka akan menentukan sama ada ia dikurang atau dimansuhkan," katanya ketika ditemui pada majlis `Jasamu Dikenang, Budimu Ditatang' di Dewan Japerun Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, turut menasihatkan individu yang memasang lambang adat pada kenderaan supaya mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Selain lambang mesti diiktiraf kerajaan negeri, pemilik harus memastikan ia tidak menghalang nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Mengulas mengenai penganugerahan darjah kebesaran, beliau berkata institusi adat boleh mengadakan majlis penganugerahan gelaran adat tetapi tidak boleh menyerupai penganugerahan darjah dilaksanakan kerajaan negeri

Pemuda PAS jangan ikut perangai Mat Sabu – Nik Abduh

Posted: 14 Feb 2016 04:36 AM PST

 
Tindakan melempar mikrofon itu sememangnya tidak wajar dicontohi oleh Pemuda PAS


anik-abduh,mat-sabu


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS diingatkan agar tidak mengikuti sikap yang ditunjukkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang melemparkan mikrofon sewaktu berucap.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menafikan kecewa dengan sikap rakyat yang seolah-olah tidak bersungguh-sungguh melawan kerajaan mengundang perasaan begitu, namun, PAS tidak akan bertindak sedemikian.

"Lempar mikrofon itu cara abang Mat Sabu, bukan cara kita (PAS). Kita tidak kecewa walaupun kita sebut nak lawan kerajaan tapi tidaklah kecewa hingga baling mikrofon.

"Saya sudah beritahu Pemuda PAS jangan buat perangai macam itu," ujarnya.

Baru-baru ini, Mat Sabu mendapat kritikan kerana tindakannya membaling mikrofon ekoran geram terhadap pakatan pembangkang yang belum mampu mengembleng kesedaran rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Video mengenai aksi Mat Sabu itu menarik pelbagai reaksi di ruang maya. Pada awalnya tindakan dipercayai kerana marahkan rakyat yang tidak menyokong pakatan pembangkang.

Pantai Kasih: Kementerian Pendidikan abai masalah sosial?

Posted: 14 Feb 2016 04:24 AM PST

Anne Muhammad

 


Kementerian Pendidikan disifatkan seperti mengabaikan masalah sosial remaja masa kini ekoran tetap menggunakan Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin bagi sesi pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (Komsas) tingkatan empat meskipun terpalit dengan unsur lucah.

Penulis Bebas, Syahril Azrul berkata tindakan kementerian itu hanya menunjukkan mereka tidak mempunyai sifat tanggungjawab terhadap masalah sosial di kalangan remaja di negara ini.

"Kalau nak cakap agak kasar, sebab apa yang berlaku pada pengalaman sebelum ni memang sifat Kementerian Pendidikan ni memang sombong.

"Kementerian Pendidikan sentiasa mengabaikan masalah sosial remaja hari ini. Kementerian Pendidikan tak ada sifat bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Inilah masalahnya," katanya kepada Malaysiakini.

Syahril yang menggunakan nama pena Amni Jagat berkata, novel itu tidak sesuai untuk diajarkan di sekolah apatah lagi ia merupakan komponen sastera.

"Bukan sesuai novel macam tu diajarkan kepada remaja di sekolah apatah lagi ia adalah komponen sastera.

"Sebelum ini pun ada cadangan untuk mengadakan mata pelajaran seks jadi di situ pun kita dah boleh mengukur betapa masalahnya kementerian pendidikan di Malaysia," katanya.

Gelaran paria di sekolah

Mengulas lanjut katanya, gelaran 'Paria' pernah digunakan dalam novel pembelajaran Komsas yang hanya memberikan kesan negatif dalam perhubungan kaum.

"Kesannya akan pergi kepada perkara yang negatif. Contoh pada novel Interlok suatu ketika dulu, remaja di sekolah menjolok gelaran 'Paria' pada remaja India di sekolah.

"Ini kerana remaja berumur semuda 16 tahun masih belum boleh menimbang yang mana baik dan mana yang buruk. Jadi bila ada suatu galakan apatah lagi pada pembelajarannya di sekolah ia akan menjadi lesen untuk mereka (melakukan) perbuatan tersebut," katanya.

Bergantung pada guru mengajar

Bagi Penulis Novel Muda, Azrin Fauzi pula mempunyai tanggapan yang berbeza, menurutnya tidak ada unsur lucah dalam sastera dan menjadi tanggungjawab guru untuk menerangkan kepada pelajar di sekolah.

"Bagi saya, kelucahan tidak wujud (dan tidak akan pernah wujud) dalam sastera. Ini sama juga halnya dengan moral. Meminjam kata-kata Oscar Wilde, "Tidak ada apa yang disebut sebagai buku yang bermoral atau tidak.

"Yang ada cuma buku yang ditulis dengan baik atau sebaliknya. Itu saja." Jadi, jika buku itu ditulis dengan baik (jika itulah yang dipersetujui), mengapa tidak untuk mempelajari daripadanya?

"Itu bergantung kepada bagaimana guru mengajar sastera itu sendiri," katanya.

Lambakan buku sasterawan

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa lambakan buku sasterawan negara tidak diajar kepada pelajar di sekolah.

"Tetapi hairan juga saya, kerana saya dikenalkan dengan lambakan tulisan para Sasterawan Negara kita semasa di sekolah dulu. Mengapa kini tulisan-tulisan mereka begitu jauh sekali dengan pelajar-pelajar kita?," katanya.

Isu novel Pantai Kasih menjadi perhatian apabila beberapa pihak tampil mempertikaikan kesesuaiannya dijadikan bahan pembelajaran subjek Komsas tingkatan empat.

Selain kualiti sastera yang dilihat tidak cukup meyakinkan, kewujudan unsur lucah dalam novel itu juga tidak disenangi ramai atas faktor kesesuaian usia pembaca.


MCA bantu k'jaan Sarawak jawab fitnah siber

Posted: 14 Feb 2016 04:21 AM PST

BERNAMA




MCA akan menghantar pasukan yang mempunyai kepakaran 'siber' ke Sarawak bagi membantu menjawab tohmahan dan fitnah dilemparkan parti pembangkang terhadap kerajaan negeri menerusi media sosial.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata usaha itu bagi membantu parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-11. Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.

"Masyarakat sekarang sudah berubah kepada arena siber, media sosial. Kami akan hantar orang yang mahir dalam perang siber.

"Saya rasa dari segi media sosial, harus beri keutamaan sebab sekarang orang dah tak hadiri ceramah, tak baca surat khabar. Maklumat disebarkan melalui media sosial," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Dewan Peringatan Father Sumangalo Persatuan Buddha Pulau Pinang, di George Town hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin keperibadian dan perwatakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mampu mengekalkan kedudukan BN di negeri itu sekaligus akan membawa lebih banyak perubahan dan pembangunan kepada rakyat.

Ong yang juga Pengerusi Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata Adenan adalah seorang pemimpin yang terbuka, jujur dan ikhlas dalam membawa Sarawak ke arah negeri yang lebih maju dan harmoni.
-Bernama


Diskaun 20% ke semua destinasi Asia, Australia dan NZ

Posted: 14 Feb 2016 04:19 AM PST

MALAYSIAKINI




AirAsia dan AirAsia X menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi penerbangan ke semua destinasi seluruh Asia, Australia dan New Zealand.

Promosi itu bermula esok hingga 21 Feb bagi tempoh perjalanan segera dari 16 Feb hingga 30 Jun 2016.

Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia bagi pengguna iPhone dan Android serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia dalam kenyataan hari ini berkata promosi tersebut merangkumi destinasi seperti Hong Kong; Lombok, Indonesia; Auckland, New Zealand; Sapporo, Jepun dan laluan AirAsia X yang baharu dilancarkan iaitu New Delhi, India.

Tawaran 20 peratus itu berdasarkan tambang asas bagi semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X termasuk perkhidmatan Fly-Thru dengan kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thai AirAsia), XJ (Thai AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia), XT (Indonesia AirAsia X), PQ dan Z2 (Philippines AirAsia).

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Berhad Siegtraund Teh berkata promosi tersebut menawarkan peluang kepada pelanggan AirAsia untuk menikmati penjimatan lebih apabila mereka membuat tempahan penerbangan bersama tawaran hotel daripada AirAsiaGo.

"Selain itu, tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X yang mendapat pelbagai pengiktirafan juga menjadi tumpuan utama promosi ini, membolehkan tetamu kami untuk terbang lebih jauh dan lebih selesa dengan harga istimewa," katanya.

Sepanjang tempoh promosi tersebut juga semua ahli AirAsia BIG boleh menikmati mata ganjaran berganda apabila membuat tempahan penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Kemboja,
Laos, Myanmar, Vietnam, India, Perth (Australia), Auckland dan Busan, Korea.-Bernama


Premis makanan letak tanda 'tiada babi' perlu diambil tindakan

Posted: 14 Feb 2016 04:18 AM PST

MALAYSIAKINI




Tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda "tiada babi" seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungi oleh pengguna beragama Islam.

"Pengusaha makanan yang meletakkan tanda tiada babi di premis mereka tidak mencerminkan apa yang dimaksudkan dengan halal," katanya.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan yang mengelirukan masyarakat Islam dengan meletakkan tanda "tiada babi."

Justeru, adalah perlu untuk mendidik masyarakat terutama pengguna beragama Islam, untuk membezakan antara logo halal yang sah dan tanda "tiada babi," kata beliau.

"Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak undang-undang syariah apabila membabitkan soal makanan. Meletakkan tanda tiada babi tidak bermakna ia adalah halal," katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melarang premis-premis makanan di negeri itu daripada meletakkan tanda "tiada babi" di premis mereka untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.-Bernama


Guru agama dakwa dipukul polis

Posted: 14 Feb 2016 04:08 AM PST

BERNAMA




Seorang guru agama mendakwa cedera di kepala dan tangan setelah dipukul, ditumbuk dan digari oleh dua anggota polis di Balai Polis Gurun pada Selasa lalu.

Mohd Na'im Zakaria, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10 malam selepas dia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ditahan anggota polis dalam sekatan jalan di hadapan balai terbabit.

"Saya dalam pejalanan pulang ke rumah di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak selepas menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sampai di tempat kejadian seorang anggota polis berpangkat sarjan telah meminta lesen memandu untuk diperiksa.

"Anggota polis terbabit menanyakan mengenai kuasa motosikal yang saya tunggang dan apabila saya menjawab pertanyaannya, saya terus dimaki dan dimarahi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan," katanya dalam sidang akhbar di Alor Setar hari ini.

Mohd Na'im berkata sarjan itu dan seorang koperal kemudiannya menggari tangannya dan membawanya masuk ke dalam balai berkenaan tanpa memberitahu kesalahan yang dilakukan.

"Masuk sahaja dalam kawasan balai mereka terus menyepak kaki, menumbuk bahagian belakang dan kepala dan mengheret saya seperti seorang penjenayah. Selain itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memperlekeh kerjaya saya sebagai seorang guru.

"Tindakan mereka itu telah menyebabkan kepala saya berdarah selain mengalami lebam di bahagian tangan akibat digari. Saya juga telah ditahan di lokap hampir lima jam dan ini menyebabkan saya menjadi trauma dan terkilan dengan tindakan dua anggota polis terbabit," katanya.

Katanya dia telah membuat laporan di pondok polis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada keesokkan harinya (10 Februari) semasa mendapatkan rawatan di hospital itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan juga siasatan dalaman dari sudut tatatertib terhadap dua anggota polis itu.-Bernama

Lantik Haron Din: Bukti kerajaan terima dasar Pas

Posted: 14 Feb 2016 03:28 AM PST

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz


KUALA LUMPUR – Pelantikan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) membuktikan segala usaha parti Islam itu selama ini termasuk Islam sebagai dasarnya telah diterima baik oleh Kerajaan Malaysia.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pemilihan tokoh Pas itu ke dalam organisasi berkepentingan kerajaan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada parti Islam itu.

"Kami ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memilih Datuk Dr Haron Din. Apabila beliau dipilih, maknanya usaha-usaha Pas itu (selama ini) diterima oleh pihak kerajaan.

"Kami harap ia merupakan satu langkah yang positif untuk Pas bersama rakyat Malaysia bagi kita memulakan wacana lebih terbuka dan kefahaman Islam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau mengulas pelantikan Haron sebagai pengerusi kluster dakwah MPI oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan pada Jumaat lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Haron Din dilantik ketua kluster dakwah MPI]

Dalam pada itu, Mohamad Abduh berkata, penglibatan pemimpin Pas dalam mana-mana sektor kerajaan menunjukkan Pas tidak hanya terlibat dalam politik semata-mata.

"Kami sentiasa ulang kepada masyarakat bahawa kami turut terlibat dalam usaha-usaha dakwah memperkenalkan Islam yang sempurna dan komprehensif kepada rakyat Malaysia sebagai satu cara hidup," katanya.


Majlis Raja-Raja harapan terakhir rakyat‎

Posted: 14 Feb 2016 03:24 AM PST

SINAR HARIAN


Husam
Husam


SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja merupakan harapan terakhir rakyat bagi membolehkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadili secara telus.

Menurutnya, harapan rakyat bagi melihat isu berkenaan diadili dengan sebaiknya mungkin akan dapat direalisasikan sekiranya Persidangan Majlis Raja-Raja akan datang memangil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bagi menyembahkan maklumat mengenai kertas siasatan terakhir berkaitan dengan 1MDB.

"Majlis Raja-Raja dicadangkan untuk membentuk satu panel bagi menyembahkan pandangan dan nasihat samada terdapat prima facie atau tidak berdasarkan kertas laporan siasatan itu

"Bagi isu 1MDB ini, semua institusi seperti  Parlimen, SPRM, Audit Negara, Bank Negara dan Peguam Negara  nampaknya telah ditewaskan atau dijinakkan. Malah kertas SPRM terakhir dibakul sampahkan saja," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Husam menambah, sekiranya cadangan berkenaan dapat diralisasikan, ia akan menunjukkan Majlis Raja-Raja merupakan titik terakhir rakyat bagi menaruh harapan untuk mewujudkan mekanisma meluruskan semula perjalanan negara tercinta ini.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan semula sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi serta mengarahkan SPRM menutup kes.

Selain itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga bercadang untuk membentangkan laporan akhir pengauditan terhadap 1MDB di Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat bermula Mac hingga April ini.



Nelayan terpaksa jadi ‘hamba’ tauke demi sesuap nasi

Posted: 13 Feb 2016 11:46 PM PST





Para nelayan di Jeram, Kuala Selangor melahirkan kesulitan yang dihadapi mereka disebabkan sistem orang tengah yang terpaksa diikuti sejak sekian lama dan kesukaran mendapatkan bantuan daripada kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 14 Februari, 2016.Para nelayan di Jeram, Kuala Selangor melahirkan kesulitan yang dihadapi mereka disebabkan sistem orang tengah yang terpaksa diikuti sejak sekian lama dan kesukaran mendapatkan bantuan daripada kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 
 
 
Demi kelangsungan hidup, serta tiada pilihan lain, sebahagian nelayan di Jeram, Kuala Selangor terpaksa menjadi "hamba" kepada orang tengah, susulan terikat dengan mereka yang majoritinya pemilik bot dan peralatan menangkap ikan.

Nelayan pesisir pantai, Rassali Rahman, 56, memberitahu The Malaysian Insider, sejak mula menjadi nelayan pada 1978, beliau sudah terikat dengan orang tengah yang dipanggil "tauke", dan sejak itu pendapatannya terpaksa dibahagikan 3.

"Katakanlah hari itu saya memperoleh hasil tangkapan sebanyak RM200. RM100 digunakan untuk kos minyak bot, baki RM100 lagi saya perlu bahagi 3 – tauke, saya dan awak-awak (pembantu) – seorang baru dapat RM33.

"Bayangkanlah. Macam mana kami nak hidup? Tahan tidak tahan, berpuluh tahun sudah saya menjadi nelayan," katanya ketika ditemui di jeti Jeram, Sungai Buloh, di Kuala Selangor, baru-baru ini. 
 
 Bapa kepada 8 anak itu juga berkata, terdapat ramai orang tengah di kawasan berkenaan, kebanyakannya memiliki lebih daripada 1 bot untuk menangkap ikan.

Manakala di kawasan Jeram sahaja, terdapat lebih kurang 400 nelayan dengan sebahagian besarnya bekerja untuk tauke.

"Tauke saya sahaja ada 15 buah bot, kami yang menjadi nelayan ini tiada pilihan lain, semua hasil tangkapan perlu diserahkan kepada mereka," katanya.

Rassali Rahman berkata, hasil jualan yang diperoleh melalui sistem tauke adalah terhad kerana harga yang diberikan untuk tangkapan mereka lebih rendah berbanding nelayan yang menggunakan bot mereka sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 14 Februari, 2016. 
Rassali Rahman berkata, hasil jualan yang diperoleh melalui sistem tauke adalah terhad kerana harga yang diberikan untuk tangkapan mereka lebih rendah berbanding nelayan yang menggunakan bot mereka sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 
 
Rassali berkata, hasil jualan yang diperoleh melalui sistem tauke itu juga terhad kerana harga yang diberikan untuk tangkapan mereka lebih rendah berbanding nelayan yang menggunakan bot mereka sendiri.

"Contohnya harga udang, sekilogram mereka ambil daripada kita sekitar RM22, tetapi kalau kita menggunakan bot sendiri, kita boleh letakkan harga yang tinggi, sekitar RM36 sekilogram.

"Kemudian, kita nampak di pasar, udang itu dijual pada harga sehingga RM50 sekilogram," katanya.

Sudah puas minta bantuan LKIM
 
Turut menerima nasib sama, Zakaria Saad, 50, juga menggunakan sampan tauke untuk menangkap ikan.

"Kita sudah puas meminta bantuan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Sejak mula-mula menjadi nelayan, saya sudah membuat permohonan.

"Tetapi sampai sekarang masih tidak menerima jawapan," kata bapa kepada 5 anak itu.

Menurutnya, proses birokrasi yang terpaksa ditempuh juga membuatkan mereka mula muak untuk mengemukakan permohonan.

"Kita minta bantuan bot, enjin dan peralatan menangkap ikan. Harganya semua sekitar RM20,000 hingga RM30,000 bagi bot bersaiz 23 kaki," katanya.

Dengan hasil tidak menentu tambahnya, mustahil mereka mampu memiliki bot dengan hasil titik peluh sendiri.

Dia turut mendakwa, terdapat juga tauke yang menggaji pekerja asing sebagai nelayan, sedangkan tindakan itu salah di sisi undang-undang.

"Memang ada tauke yang menggaji pekerja asing, tetapi di Jeram jumlahnya tidak begitu ketara. Kalau ditangkap, sia-sia, lesen menangkap ikan akan digantung," katanya.

Individu yang dipanggil "tauke" adalah orang tengah yang menjadi "majikan" kepada nelayan-nelayan tersebut, dan sekiranya mereka memerlukan bantuan kewangan, mereka akan mendapatkan pinjaman daripada individu itu.

Tauke pasang "spy"
 
Walaupun menggunakan bot dan peralatan menangkap ikan seperti pukat milik tauke, setiap nelayan perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan turun ke laut menangkap ikan.

"Saya tidak ada tanah, tidak ada kebun. Rumah pun duduk di atas tanah pusaka milik ibu, berkongsi bersama adik-beradik yang lain. Kami ini umpama hamba," katanya.

Yahya Sampol, 51, berkata, walaupun mereka bekerja sebagai nelayan, ikan yang dimakan di rumah juga terpaksa dibeli di pasar memandangkan hasil yang dikutip perlu diserahkan kepada tauke bagi membolehkan mereka menerima pendapatan mencukupi.

"Ada juga yang jual ikan kepada orang lain di laut, tidak jual kepada tauke.

"Tetapi dia (tauke) ada pasang 'spy'. Dia tahu kalau kita menipu dan jual kepada orang lain untuk dapatkan harga lebih tinggi," katanya sambil menambah, tindakan itu terlalu berisiko untuk dilakukannya.

Yahya Sampol (tengah) memberitahu, kebanyakan nelayan tidak sanggup mengambil risiko menjual hasil tangkapan kepada orang lain kerana dikhuatiri diketahui tauke. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 14 Februari, 2016. 
Yahya Sampol (tengah) memberitahu, kebanyakan nelayan tidak sanggup mengambil risiko menjual hasil tangkapan kepada orang lain kerana dikhuatiri diketahui tauke. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin. 
 
Walaupun berdepan kesukaran mencari nafkah, 2 daripada 8 anak Rassali berjaya  melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi awam dalam negara.

Beliau menceritakan pernah terpaksa meminjam wang daripada beberapa sumber termasuk tauke, untuk membelikan komputer riba untuk anaknya.

"Susah macam mana pun, demi anak-anak, saya gagahkan juga. Pinjam sana sikit, sini sikit. Pinjam dengan tauke. Habis, macam mana? Anak nak belajar.

"Saya tidak mahu anak saya susah seperti saya. Biarlah mereka berjaya. Nanti apabila saya sudah tidak lagi mampu menangkap ikan, saya harapkan mereka akan menjaga saya," katanya.

Menurutnya, walaupun tauke akan memberikan pinjaman kepada mereka, setiap hutang perlu dibayar, dan disebabkan terikat dengan hutang itu, mereka terpaksa menerima harga yang dibayar kepada mereka untuk hasil tangkapan.

Rassali juga menetap di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina Lembaga Zakat Selangor, di Bukit Panjang, yang mana perlu dikosongkan sekiranya dia dan isteri meninggal dunia kerana rumah itu harus diserahkan kepada orang lain yang memerlukan.

"Nanti kalau saya dan isteri meninggal dunia, saya tidak tahu mana anak-anak saya nak pergi, mereka perlu berpindah," katanya.

"Hidup saya ini umpama hamba, kerja jadi hamba, rumah sendiri pun tidak ada."

LKIM memang tak beri bot
 
Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim yang dihubungi The Malaysia Insider bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mempunyai program bantuan enjin bot dan bot, sebaliknya ia merupakan program Azam Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Setiap permohonan akan diteliti dan diproses berdasarkan kedudukan peruntukan sedia ada, buat masa ini, pihak Tekun (Tekun Nasional) ada (menawarkan) bantuan pinjaman bot dan enjin untuk nelayan.

"Setakat ini, LKIM tidak pernah mempunyai program bantuan enjin bot dan bot. Saya berharap nelayan tersebut tampil ke pejabat LKIM Daerah Kuala Selangor," kata Irmohizam, melalui khidmat pesanan ringkas WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Mengulas berhubung warga asing yang bekerja sebagai nelayan di negara ini, beliau berkata, aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa imigresen bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan.

Rassali dalam wawancara itu berkata, pihaknya tidak lagi berhajat mengajukan permohonan kepada agensi kerajaan kerana sejak lebih 30 tahun menjadi nelayan, permohonan melalui agensi kerajaan yang dilakukannya tidak pernah diberikan perhatian.

"Kalau saya diarahkan membuat permohonan kepada agensi kerajaan seperti LKIM dan sebagainya, maaflah, saya sudah serik. Tetapi kalau ada individu yang ingin membantu, saya alu-alukan.

"Sebab, permohonan melalui agensi kerajaan sudah puas saya hantar. Mereka kata 'kita akan teliti'. Tetapi sudah 30 tahun, apa yang mereka teliti? Sampai sekarang bayang pun tidak nampak," katanya.


1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti kerana tiada pinjaman Mara

Posted: 13 Feb 2016 11:37 PM PST




Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016.Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Hampir 1,000 pelajar baharu di 33 kolej swasta didapati sukar untuk meneruskan pengajian disebabkan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menamatkan pemberian pinjaman pelajaran, dedah kajian yang dijalankan Biro Mahasiswa Pemuda PKR.

Dapatan itu, sekali lagi menguatkan dakwaan yang bantuan ke atas agensi berkaitan kerajaan bagi pendidikan tinggi dikurangkan tahun ini.

Sementara itu, Mara pada Jumaat lepas berkata sejumlah RM264 juta sudah diperuntukkan kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengadu mereka tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar berkenaan yang merupakan penuntut di kolej tajaan Mara yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran. Ini termasuk pelajar yang menuntut di UniKL. 
 
Mereka yang sedang menuntut di kolej bukan tajaan Mara turut berharap agar pemberian pinjaman pelajaran mereka dikekalkan, kata penulis kajian itu, Fahmi Zainol, dalam temu ramah bersama The Malaysian Insider.

Kira-kira 80.7% daripada mereka mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman Mara, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman.

"Kesimpulan daripada kajian kami ialah Mara mempunyai masalah untuk memberikan pinjaman. Kemudahan permohonan pinjaman atas talian mereka juga sudah tidak lagi menerima permohonan baharu," kata Fahmi yang juga ketua Biro Pelajar Pemuda PKR.

 Ketua Biro Pelajar Pemuda PKR Fahmi Zainol berkata, 80.7% pelajar terlibat mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016. 
Ketua Biro Pelajar Pemuda PKR Fahmi Zainol berkata, 80.7% pelajar terlibat mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
Fahmi berkata, kira-kira 43 daripada 945 pelajar terpaksa menamatkan pengajian kerana gagal mendapatkan pinjaman pelajaran.

"Kebanyakan pelajar ini sudah mendaftar di kolej masing-masing bermula Julai tahun lepas. Apabila gagal memohon pinjaman, mereka terpaksa menggunakan duit ibu bapa bagi membayar yuran semester pertama.

"Tetapi kini mereka sudah memulakan semester ke-2 tahun ini dan tidak tahu di mana mereka boleh dapatkan duit untuk membayar yuran pengajian.

"Sebab itu beberapa pelajar berhenti selepas semester pertama (pada Julai)," kata Fahmi sambil menambah lebih 90% daripada responden kajian itu melahirkan kebimbangan dengan keadaan kewangan mereka.

Fahmi berkata, pelajar sudah diberitahu yang mereka perlu membayar yuran semester ke-2 mereka pada Mei ini. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak boleh meneruskan pengajian pada semester ke-3.

Daripada 33 institusi itu, 9 adalah politeknik Mara di Johor, Pahang, Kedah dan Kelantan. Selebihnya merupakan kolej swasta di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor.

Dua daripadanya ialah universiti luar negara iaitu Universiti Sunderland di London, United Kingdom dan Universiti Mansoura, Mesir.

Semua 945 pelajar itu juga sudah menulis surat kepada sebuah pusat aduan atas talian yang dibuka biro berkenaan.

"Tetapi kami mengesahkan aduan mereka dengan melawat universiti berkenaan untuk bertanya sendiri dengan sekumpulan sampel pelajar terlibat," kata Fahmi.

Pada 10 Februari lalu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mendesak Mara untuk berterus terang mengenai program pinjaman agensi itu.

Kemampuan Putrajaya untuk terus membiayai program pendidikan tinggi masih menjadi tajuk berita pada Januari lalu apabila mengumumkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam akan diteruskan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menunjukkan pembiayaan untuk semua 4 program di bawah JPA dipotong sebanyak antara 21% dan 60%.


Usaha bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, akhbar Dhaka beri amaran eksploitasi

Posted: 13 Feb 2016 11:23 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Bangladesh bimbang akan nasib rakyatnya yang datang bekerja di Malaysia akan dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016.Bangladesh bimbang akan nasib rakyatnya yang datang bekerja di Malaysia akan dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Ketika perbahasan masih berterusan di Malaysia terhadap keperluan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini dalam tempoh 3 tahun akan datang, Dhaka Tribune memberi amaran rakyatnya terdedah kepada eksploitasi bergaji rendah, serbuan polis dan tahanan.

Laporan itu berkata, ia akan memberi kesan kepada pemberhentian satu juta pekerja Bangladesh pada masa ini yang kehilangan status pendaftaran mereka.

Memetik penyelidik kanan sukarelawan Tenaganita, laporan itu berkata mereka terdedah kepada ancaman itu terutamanya apabila mereka terkeluar daripada sistem.

"Mendaftar buruh tanpa dokumen akan menjadi satu perkara yang baik," kata sukarelawan itu. Laporan itu berkata, disebabkan sistem pendaftaran di Malaysia mengikat pekerja dengan majikan dan pekerjaan, kemasukan pekerja secara tidak sah dan ketibaan mereka yang sah tidak didokumenkan akibat kelalaian, apabila mereka bertukar pekerjaan mempunyai risiko dieksploitasi majikan atau ditahan pihak berkuasa.

Ia menambah, selepas terselamat daripada risiko berada dalam "keranda terapung" (tongkang) dan sangkar hutan digunakan penyeludup manusia atau sistem pengambilan buruh sah yang mahal ditawarkan sektor awam dan swasta, nasib pekerja Bangladesh sering lebih buruk daripada sebelumnya.

"Dibebani dengan hutang membeli laluan (kemasukan) ke Malaysia – sama ada dengan cara undang-undang atau sebaliknya – kebanyakan mereka cenderung mencuba nasib dengan harapan dapat menampung semula kos mereka dan menghantar wang ke kampung halaman," kata laporan itu.

Pemulihan kedudukan undang-undang akan menjadi penting bagi 15,000 dan 18,000 rakyat Bangladesh yang ditahan atas pelbagai kesalahan dan yang berada di dalam pusat tahanan warga asing di Malaysia termasuk "depot-depot imigresen" yang terkenal dengan rekod buruk.

Dilaporkan awal minggu ini rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh tidak lama lagi bakal diluluskan di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang baru digubal bersama pemerintah Bangladesh.

Pekerja-pekerja itu akan memasuki Malaysia di bawah skim G2G (Government-to-Government) Plus yang membenarkan mereka bekerja di dalam sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.

Sebelum ini, pekerja Bangladesh hanya diupah untuk sektor perladangan.

Ashikur Rahman, Pengerusi Migrant 88, organisasi NGO untuk hak-hak pekerja Bangladesh yang berada dalam proses pendaftaran, memberitahu Dhaka Tribune pekerja Bangladesh di Malaysia sudah lama menderita "perhambaan zaman moden".

Laporan itu bagaimanapun memetik Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Shahidul Islam sebagai optimis mengenai prospek masa depan bagi eksport tenaga kerja dan mengesahkan kedua-dua negara berminat di peringkat kerajaan dengan kerajaan.

Pelbagai kumpulan di Malaysia  mempersoalkan motif kerajaan yang mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, memandangkan sebilangan besar pekerja di negara ini tidak direkodkan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Gopal Kishnam juga mengkritik Putrajaya dengan tindakan itu, berkata ia akan menjejaskan pekerja Malaysia dan ekonomi negara.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan langkah itu, mengatakan ia adalah berdasarkan kepada keperluan dalam tenaga kerja.


Belia sanggup galas pekerjaan warga Bangladesh

Posted: 13 Feb 2016 11:10 PM PST

 
Golongan belia turut desak Zahid Hamidi menghantar pulang semula kira-kira 2.1 juta warga asing di negara ini.





SHAH ALAM: Belia menyifatkan bahawa lambakan warga asing menyebabkan golongan muda di negara ini sukar mencari pekerjaan walaupun pekerjaan itu bertaraf rendah.

Ia diakui oleh Nur Syalwani Kasrun, 18 yang menyatakan dia pernah memohon untuk bekerja di sektor perkilangan, namun majikan menolak ekoran lebih mengutamakan warga asing.

"Memang cari kerja, tetapi kerja kilang semua sudah penuh sebab warga asing. Pernah cuba minta (bekerja) tetapi dia (majikan) cakap warga asing Bangladesh baharu masuk," ujarnya yang menetap di Klang.

Jelasnya lagi, dia secara peribadi mengakui kehadiran warga asing menyebabkan peluang pekerjaan tertutup dalam kalangan golongan belia di negara ini.

"Tidak setuju, kalau sekarang pun sudah padat, nanti kalau masuk lagi padat," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Syalwani turut memberitahu dia sanggup untuk menggantikan pekerjaan yang kini diisi warga Bangladesh, terutamanya dalam pekerjaan mencuci longkang dan juga perladangan.

"Sanggup sebab semua kotoran datang daripada diri kita sendiri, kalau kita sendiri tidak bersihkan siapa lagi yang hendak buat kerja-kerja macam itu?" soalnya yang pernah memohon pekerjaan di kilang plastik dan kilang minyak.

Perkara yang sama turut diakui oleh Mohd Amiruddin Latifuddin yang baharu sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Setuju, sebab senang rakyat Malaysia cari kerja, tidaklah merempat di tepi jalan. Saya juga sanggup menggantikan tugas warga asing," ujarnya sewaktu diaju soalan oleh pemberita sama ada dia sanggup menggantikan pekerja Bangladesh mencuci longkang.

Ekoran itu, mereka mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghantar pulang semula kira-kira 2.1 juta warga asing di negara ini.

Bagaimanapun, bagi Mohd Izzat Mohd Osman yang menetap di Gombak, dia tidak akan menggantikan pekerjaan yang kini digalas oleh warga asing.

"Nampak kita anak muda zaman sekarang hendak bagus. Cuci longkang semua itu kuranglah. Saya tidak akan buat kerja itu. Kita jiwa muda hendak kerja bagus, kerja-kerja yang 'kurang' ni tidak buat," ujarnya yang hanya bermain bola sepak sementara menunggu keputusan SPM.

Kaedah berkesan dalami al-Quran

Posted: 13 Feb 2016 11:02 PM PST

Kaedah berkesan dalami al-Quran
Peserta Cordobana sanggup datang dari seluruh negara ke Kelantan untuk mempelajari kaedah berkenaan.
(


KOTA BHARU - Kemeriahan Rumah Ngaji melalui program Teknik Cordobana Sistem Bacaan Al-Quran 3 Hari diteruskan hingga ke hari kedua dengan penuh semangat.

Peserta dari Alor Setar, Ayub Mohd Saman, 52, mengakui selama dua hari proses pembelajaran, banyak perkara yang telah difahami dan dipelajari daripada tenaga pengajar.

Katanya, sebelum ini, iklan yang dilihat di akhbar Sinar Harian menarik minatnya untuk menyertai program ini kerana ia adalah kaedah baharu dan belum pernah dipelajari sebelum ini.

"Sebelum ini, saya membaca al-Quran merangkak. Selama dua hari di sini bersama peserta lain, alhamdulillah, ia memberi pengalaman baharu buat saya dalam mendalami ilmu ALLAH ini.

"Sesungguhnya, ilmu al-Quran itu boleh didalami dengan pelbagai cara dan iringan muzik gendang ini hanya menaikkan semangat untuk terus belajar tanpa rasa bosan.

"Saya tidak pernah belajar al-Quran dengan cara begini dan ia amat berkesan sekali," katanya yang menginap di hotel berdekatan di sini.

Teknik bagus, mudah

Tambah Ayub, biarpun terpaksa menempuh jarak lebih 300 kilometer untuk sampai ke Kelantan, namun ia adalah satu pengorbanan yang berbaloi.

Peserta berasal dari Pendang,  Kedah, Abdul Rahman Mat Saad, 28, berhasrat membawa bakal isterinya untuk menyertai program Cordobana pada siri akan datang.

Katanya, kedatangannya ke Kelantan untuk mendalami ilmu al-Quran adalah kerana berminat untuk mengetahui teknik yang digunakan.

"Selama ini, kita hanya tahu proses pembelajaran al-Quran adalah dengan guru agama di kawasan berdekatan. Namun, cara yang digunakan itu bergantung pada seseorang.

"Ada yang boleh menerima cara ini dan ada juga yang kurang hadam, terutamanya golongan dewasa.
Penyampaian dan penerimaan itu tidak sama seperti golongan kanak-kanak.

"Saya rasa, teknik ini sangat bagus untuk mereka yang mahu belajar al-Quran dengan kaedah yang pantas. Malah, saya akan membawa bakal isteri saya untuk bersama-sama belajar kaedah ini," katanya lagi.

Tambah Abdul Rahman, pengalaman menyertai program ini akan diuar-uarkan kepada keluarga, rakan-rakan dan orang kampung.

"Saya akan berkongsi kepada sanak saudara dan rakan-rakan mengenai program ini. Sepatutnya, ia sudah lama diterapkan dalam kehidupan masyarakat kita," katanya lagi.

Sementara itu, Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai seminar ini boleh terus menghubungi Ketua Pegawai Operasi Akademi Cordobana Sdn Bhd, Azam Aris di talian 019-2165175 melalui SMS dan aplikasi WhatsApp.


Dilema Pas: Antara survival politik atau maruah parti

Posted: 13 Feb 2016 11:00 PM PST

Analisis Berita


SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berpendapat, satu kelebihan kepada Pas sekiranya mereka menerima semula ahli- ahli Amanah jika benar mereka mahu kembali kepada Pas.

Beliau berkata, Pas sedang dalam proses pengukuhan semula setelah berlaku perpecahan dengan Amanah, pastinya kemasukan semula bekas ahli akan memberi kekuatan pada Pas khususnya bagi politik Kelantan.

"Pas sebagai suatu parti lama pastinya pandai menilai sejauh mana kekuatan Amanah kerana Amanah adalah serpihan Pas.

"Kelebihan kepada Pas sekiranya mereka terima kembali. Lagi pun, fenomena lompat parti ini adalah lazim dalam politik.

Mungkin ini masanya untuk Pas menunjukkan kekuatan sebenar ketika PRU14 nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Fuad berkata, Amanah adalah parti baharu dan ia pasti akan melalui fasa penubuhan dan pengukuhan dengan menerangkan kepada umum apakah dasar serta perjuangan mereka.

"Pastinya rakyat juga memerlukan masa untuk mengenalinya (Amanah). Pada masa sama, tidak mustahil sekiranya ahli mereka akan kembali ke asal jika mereka kurang yakin dengan dasar dan perjuangan Amanah," katanya.

Dalam kenyataan lain, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berpendapat sebaliknya.

"Jika Pas menerima semula bekas ahli yang berpaling tadah kepada Amanah, ia jelas menggambarkan sikap murah dan dayusnya Pas.

"Pas usah lagi berharap kepada mereka yang pernah mengkhianati perjuangan parti itu kerana jika tidak, Pas adalah sebuah parti yang tiada prinsip," katanya.

Dalam perkembangan sama, Md Shukri berkata, beliau melihat perkara lebih penting di mana peranan Datuk Dr Haron Din dalam Pas harus diperkasakan.

Katanya, golongan ultra Pakatan merosakkan Pas dari dalam serta tidak amanah dan Islamik hingga sanggup mengganggu kestabilan kepimpinan Pas hingga Presiden yang bergelar Tok Guru turut dijadikan lawan.

"Adakah itu yang dikatakan jujur dan baik dalam perjuangan Islam yang Pas mahukan?

Pas perlu mengasingkan tokoh, pemimpin serta ahlinya yang berpaling kepada Amanah dan Pro Amanah supaya tidak menjejaskan Pas dari dalam.

"Bebaskan Pas dari anasir anti ulama dan anti perjuangan Pas yang mahukan Islam.

Menurutnya, pertentangan Pas dan Amanah seolah- olah tidak berkesudahan dan Pas harus menumpukan perhatian kepada parti utama lain seperti DAP yang banyak menyusahkan perjuangan Pas dari awal dalam Pakatan serta pencetus kecelaruan antara Pas dan Amanah.

Selain itu, katanya, Pas dan Amanah adalah sama gaya dan sikap kepimpinannya kerana mereka datang dari 'perut' yang sama.

Menurutnya, apa yang berbeza apabila Amanah dan tokohnya dipandang terlalu mesra dan lebih mementingkan agenda politik, berjiwakan tokoh DAP dan PKR berbanding pimpinan Ulama dalam Pas sendiri.

"Kedua- dua parti antara Pas dan Amanah perlu bersikap terbuka. Jangan kerana politik dan berbeza parti serta lompat parti membawa kepada isu kafir mengkafirkan.

"Budaya Pas dan Amanah seolah-olah sama. Tunjukkan gaya politik matang dan rasional yang boleh jadi tauladan pada orang ramai," katanya

Isu pekerja asing: Budaya negara turut terkesan

Posted: 13 Feb 2016 10:59 PM PST

pekerja asing
Sekadar gambar hiasan.


SHAH ALAM – Cadangan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh berkemungkinan memberi kesan besar daripada aspek budaya di negara ini, kata Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Rosila Bee Mohd Hussain.

Beliau berkata, meskipun kehadiran pekerja Bangladesh itu dilihat positif dari sudut ekonomi negara, impak yang lebih besar terutama kepada masyarakat perlu diambil kira.

"Soal budaya ini isu utama. Kita bawa masuk pekerja asing, budaya luar masuk. Budaya sedia ada pun, ada mengambil masa bertahun-tahun yang perlu kita tangani, ini ditambah lagi dengan budaya luar yang ada kalanya mewujudkan ketidaksefahaman dalam masyarakat.

"Bila tidak ada kesefahaman, akan wujud salah faham dan pertengkaran yang akhirnya akan mewujudkan perkara yang lebih memudaratkan seperti soal keselamatan, jenayah dan sebagainya," katanya.

Menurutnya lagi, dalam soal ini, impak negatif kepada kehidupan seharian masyarakat akan menjadi lebih ketara berbanding kesan positif.

"Kebiasaannya akan wujud isu bertentangan dengan apa yang dirasakan masyarakat kita dengan golongan ini.

"Contohnya sesuatu yang bukan amalan kita, pada mereka ini perkara normal tetapi pada perspektif masyarakat kita tidak. Walaupun ini benda kecil, akhirnya boleh menjadi besar," katanya.

Beliau berharap sebelum sesuatu perkara itu diputuskan, penelitian mendalam dilakukan dengan mengambil kira pandangan pelbagai sudut, termasuk masyarakat.

"Ini kerana masyarakat yang akan berhadapan dengan semua ini. Kebiasaannya apa yang dilontarkan mereka kurang didengari," katanya

MIC minta pinda Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan Dan Pembubaran) 1976

Posted: 13 Feb 2016 09:39 PM PST

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic



KUALA LUMPUR: MIC hari ini meminta agar kerajaan meminda Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan Dan Pembubaran) 1976 agar penukaran agama tidak dijadikan alasan oleh pasangan bercerai untuk menafikan hak isteri dan anak-anak.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, ia perlu bagi mengelakkan berlaku lagi kes seperti isu penjagaan anak S Deepa apabila suaminya Izwan Abdullah memeluk Islam.

"Kita (MIC) akan minta pindaan Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan Dan Pembubaran) 1976 sebagai satu langkah supaya ia akan beri penjelasan kepada proses ini supaya mereka tidak gunakan penukaran agama sebagai langkah menafikan hak kepada isteri dan anak-anak mereka dan perkara ini akan dibincang di peringkat berpatutan supaya ini boleh dilakukan secara cepat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MIC di ibu negara sebentar tadi.

Katanya, beliau telah bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bagi mencari penyelesaian kepada kes berkenaan.

"Beberapa cadangan telah diberikan kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali mengenai pindaan kepada beberapa akta sedia ada sebagai penyelesaikan lengkap berkaitan perkara ini," katanya.

Katanya, pindaan itu bagi mengelakkan tiada lagi pihak yang akan menggunakan isu penukaran agama sebagai langkah bagi menafikan hak antara ibu dan anak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu perebutan hak penjagaan anak di antara S Deepa dan Izwan Abdullah yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dengan memberikan S. Deepa hak penjagaan ke atas anak perempuannya Sharmila (Nurul Nabila) tetapi memberikan hak penjagaan anak lelaki mereka Mithran (Nabil), kepada Izwan.

MIC sebelum ini memutuskan untuk tidak mengaitkan isu agama terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bersabit kes perebutan hak penjagaan anak di antara M. Indira Ghandi dan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah yang turut menukar agama ketiga-tiga anaknya kepada Islam.

Piala Sumbangsih milik JDT

Posted: 13 Feb 2016 09:37 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memenangi Piala Sumbangsih selepas menewaskan Selangor, 7-6 menerusi sepakan penalti di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam Sabtu.
 
Kedua-dua pasukan terdahulu terikat 1-1 dalam tempoh masa permainan sebenar.
 
Selangor bagaimanapun tidak kecewa apabila berkongsi mata dengan tuan rumah untuk saingan Liga Super.
 
Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah adalah juga pembuka tirai Liga Super bagi setiap musim.
 
Dalam pada itu, tampil menguasai permainan sepanjang babak pertama, gol yang dicari JDT hanya hadir pada penghujung perlawanan menerusi pemain import, Harris Harun.
 
Berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Safiq Rahim, Harris yang tidak dikawal berjaya menanduk padu menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali. Norazlan begitupun boleh disifatkan pemain Selangor paling cemerlang pada malam ini apabila berjaya melakukan beberapa cubaan menyelamat.
 
Seawal keenam permainan, pemain yang dikenali dengan Wak Lan itu sudah diuji menerusi penyerang import baharu, Martin Lucero namun berjaya dipatahkan.
 
Safiq juga hampir memecah kebuntuan namun kedua-dua cubaannya terbaiknya sama ada di babak pertama atau kedua tersasar atau diselamatkan Norazlan.
 
Babak kedua berlangsung, JDT terus membuktikan mereka adalah pasukan pilihan dengan menguasai permainan namun disebalik rentetan serangan dijana, mereka dikejutkan dengan jaringan penyamaan Selangor.
 
Seperti tidak dijangka, penjaga gol JDT, Farizal Marlias gagal membaca baik bola sepakan percuma bekas pemain Pahang, Hafiz Kamal yang mudah menerjah gawangnya.
 
Gol pada minit ke-60 itu merancakkan permainan kedua-dua pasukan dengan Safiq hampir meletakkan JDT di depan namun sekali lagi, cubaannya pada minit ke-69 tersasar.
 
Kali terakhir kunjungan Selangor yang juga juara Piala Malaysia 2015 ke Larkin, tahun lalu berakhir dengan kekalahan 3-1. Tiada tambahan jaringan berjaya diledakkan kedua-dua pasukan berakhir masa perlawanan yang membawa kepada penentuan penalti yang memihak JDT, 7-6.
 
 

Tiada ulasan: