Kerabu Bersuara ® |
- (TAHNIAH)Akim & The Majistret Juarai AJL30 Menerusi Lagu Potret
- Serpihan dipercayai milik MH370 ditemukan di Thailand
- KENAPA ADA MERCURY DLM KOSMETIK QU PUTEH?
(TAHNIAH)Akim & The Majistret Juarai AJL30 Menerusi Lagu Potret Posted: 24 Jan 2016 08:08 AM PST Written by AbangNara | January 25th, 2016 Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30). Mungkin atas faktor usia yang semakin meningkat, Abang Nara rasakan AJL30 dah makin tak best. Gegar Vaganza lagi layan. Namun lain orang lain citarasa. Pasti ada yang gembira dan excited melihat persembahan para finalist AJL30. Berikut adalah keputusan akhir AJL30. Kemenangan Akim & The Majistret pastinya tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi. Sememangnya lagu tersebut power dan awesome. Tahniah!!! JUARA: Akim & The Majistret (Potret) NAIB JUARA: Faizal Tahir (Assalamualaikum) TEMPAT KETIGA: Caliph Buskers (Hanya Namamu) VOKAL TERBAIK: Dayang Nurfaizah (Tak Akan Menyerah) PERSEMBAHAN TERBAIK: Akim & The Majistret (Potret) Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk penggiat industri muzik terus mencipta karya yang awesome. Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL30 ini? |
Serpihan dipercayai milik MH370 ditemukan di Thailand Posted: 23 Jan 2016 07:00 PM PST BANGKOK 24 Jan. – Satu serpihan dipercayai bangkai pesawat ditemukan di kawasan pantai di selatan Thailand, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa serpihan itu merupakan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada Julai 2014. Menurut portal Mail Online, serpihan berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang ditemukan oleh penduduk kampung di wilayah Nakhon Si Thammarat. Ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan berkata, pihak berkuasa telah dimaklumkan tentang penemuan itu dan siasatan akan dijalankan bagi memastikan sama ada serpihan itu berasal dari sebuah pesawat. |
KENAPA ADA MERCURY DLM KOSMETIK QU PUTEH? Posted: 23 Jan 2016 04:49 PM PST Pengunaan merkury dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990. Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit. Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat. ====== BAGAIMANA MERCURY PUTIHKAN KULIT? ====== Mercury ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil Raksa biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit. Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata. Selain Raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream). Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kalli boleh terkumpul kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan. ===== KESAN BURUK MERCURY ===== Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan. WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak. TANDA-TANDA KERACUNAN MERCURY * Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot. ===== KENAPA ADA MERCURY DALAM PRODUK QU PUTEH? ===== Dua produk Vida Beauty iaitu 'Qu Puteh Whitening Pro 9' dan 'Qu Puteh Whitening UV Block' disahkan mengandungi Mercury oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Selain daripada 2 produk kosmetik ini, Vida Beauty juga mempunyai lebih 33 produk kosmetik lain yang bernotifikasi dengan KKM. Produk Qu Puteh Whitening UV Block masih lagi terdapat dalam sistem notifikasi BPFK dengan nombor NOT151106645K. Ujian saringan bahan beracun ke atas produk kosmetik adalah ujian rutin yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Kualiti, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM. Ujian bahan beracun ini termasuklah ujian hidrokuinon, tertinoin, dan juga had logam berat termasuklah mercury. Ujian saringan ini dijalankan berdasaran persampelan produk kosmetik di pasaran dan juga berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna. Produk-produk kosmetik seperti krim pemutih dan krim pelansing adalah produk yang berisiko tinggi dicampurkan dengan bahan beracun ini. Oleh itu sampel-sampel produk kategori ini diberikan lebih perhatian untuk diuji. Dari kajian yang pernah saya jalankan ke atas produk kosmetik semasa bertugas di Pusat Kawalan Kualiti, BPFK, KKM pada tahun 2007 - 2011. Hampir 8 - 10% daripada 300 produk kosmetik di pasaran Malaysia yang diuji sepanjang tahun didapati positif mengandungi bahan beracun. [Screening of Hydroquinone in Cosmetics Products by QCC in 2006 and 2007 by Rahman Baco et. al.] Sampel kosmetik yang didapati positif mengandungi bahan beracun pada ujian saringan pertama akan diuji semula oleh penganalisa berbeza untuk mengesahkan keputusannya benar-benar tepat. Apabila keputusan telah disahkan, maklumat produk kosmetik beracun ini akan dikongsikan dengan pihak berkuasa kesihatan negara jiran iaitu Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand untuk tindakan selanjutnya sebelum kenyataan akhbar dikeluarkan. Sebab itulah, posting-posting di media sosial banyak menggunakkan laporan akhbar daripada negara Brunei yang dikeluarkan lebih awal berbanding Malaysia. Produk kosmetik mengandungi bahan beracun seperti mercury yang dikesan dalam 2 produk jenama Qu Puteh ini boleh berlaku kepada mana-mana jenama kosmetik yang lain dan juga pernah terjadi ke atas jenama kosmetik popular yang lain. Vida Beauty selaku pemegang pendaftaran produk ini telah mendaftarkan produk kosmetik ini mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Produk kosmetik yang telah didaftarkan akan diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan NOT. Sistem Notifikasi produk kosmetik ini memudahkan proses recall (panggil-balik) produk dari pasaran apabila berlaku kejadian seperti ini. Pihak Vida Beauty diberi masa 72 jam untuk menarik balik 2 produk kosmetik ini daripada pasaran dan mengambil langkah pembendungan yang perlu. Tidak adil untuk kita menghukum semua produk keluaran Vida Beauty atau jenama Qu Puteh beracun kerana Vida Beauty mempunyai lebih 30 produk kosmetik atas jenama Qu Puteh dan 2 produk tradisional atas jenama PAMOGA yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. * "Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih" * RAHMAN BACO, Pharmacist Herbal Choice Your Halal Trusted Pharmacist #vidabeauty #quputeh #pamoga #herbalchoice Berikut senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan: 1. Khazanah White Pembersih Wajah 2. Gloskin Krim Malam & Siang 3. Reena's Astringen Lanjutan 4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk 5. EETYE Whitening Cream 6. O'Lynn Skin Lightening Cream 7. Hans Beauty Flawless Day Cream 8. Hans Beauty Flawless Night Cream 9. Hans Beauty Treatment Toner 10. AS Beauty Night Cream 11. AS Beauty Day Cream 12. Golden Horse Herbal Milk Lotion 13. Golden Horse Bio C omplex Cream 14. Dermaceutic Spot Cream 15. Dermaceutic Spot Peel Cream 16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng) 17. Dnars Magic Gold Foundation 18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM 19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream 20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap 21. White Complex 22. SS Pearl Cream 23. SS Vita C Night Repair 24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment 25. Natural 99 Night Cream 26. Natural 99 Day Cream 27. SF Beauty Night Cream (Facial) 28. SF Beauty Day Cream (Facial) 29. Aveana Night Revival Cream 30. Blemished Skin Ampoules 31. Golden Horse B&W Cream 32. Felisa Gentle Peeling Solution 33. Krim Malam Rahsia Rimba 34. Eriesya Spa Beauty Cream 35. Natasya Krim Herba 36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya 37. Ratna Sari Whitening Night Cream 38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream 39. Chantique - Whitening Night Cream 40. NV Toner Treatment No 1 41. Zara Rejuvenation Cream 42. Natasya Gold Krim Herba 43. De Putih Night Cream 44. BML HB LOTION 45. Yoko Whitening Cream 46. Sensual Whitening Cream 47. Derma-Rx Arbutin-R Cream 48. EZEE SUNBLOCK CREAM 49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE 50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute Senarai penuh produk kosmetik yang diharamkan KKM rujuk di www.bpfk.gov.my |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan