Sabtu, 2 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nik Omar Sah Sertai AMANAH, Husam Bakal Menyusul?

Posted: 02 Jan 2016 12:05 AM PST

Nik Omar Sah Sertai Amanah - Salahuddin

PETALING JAYA: Desas-desus yang mengatakan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar bakal menyertai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akhirnya terjawab.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.




"Ya, memang benar beliau sudah sertai Amanah. Itu seperti yang diumumkan, saya pun ada di situ waktu itu," katanya.

Salahuddin berkata pada majlis makan malam Amanah itu juga, Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Amanah Kelantan.




"Ya, begitulah (seperti yang diumumkan). Namun beliau tidak hadir malam tadi," katanya ringkas.

Ketika ditanya tarikh sebenar Nik Omar menyertai parti itu, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebaliknya, beliau berkata Nik Omar pernah menghadiri beberapa program anjuran Amanah sebelum ini.

"Itu saya tak pasti tapi beliau ada muncul dalam beberapa program Amanah sebelum ini," katanya.

Sebelum ini Nik Omar dikaitkan akan menyertai Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Turut hadir dalam majlis makan malam itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. -mstar


Saya hanya ikut jejak presiden, alasan Husam hadir majlis Amanah

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden.

"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.

"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.

"Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Kata Husam, kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang dulunya anggota PAS.

Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.

Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.


"Saya akan bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.

Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.

"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.

Baginya, rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk rasuah.

"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.

Husam dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi Malaysia.

Katanya, tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi isu besar seperti rasuah.

"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.

"Ketika para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz,"
kata Husam.

Husam juga memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas.
-TMI


ULASAN GB

Di saat AMANAH dituduh dengan pelbagau tuduhan dan fitnah, majlis makan malam AMANAH Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaaya malam tadi dihadiri oleh lebih 1,000 orang walaupun tanpa publisiti yang besar. TMI melaporkan:

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.

Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.


Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.

"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu,

Ia satu perkembangan positif untuk AMANAH, juga untuk Pakatan Harapan.

Mengenai penyertaan Nik Omar Nik Aziz ke dalam AMANAH, ia memberikan satu suntikan baharu untuk AMANAH khususnya AMANAH Kelantan.

Nik Abduh, tidak akan mampu lagi untuk mengutuk dan memfitnah AMANAH seperti yang dilakukan sebelum ini kerana kini abangnya sendiriu sudah menyertai AMANAH, malah menyertai saf kepimpinan AMANAH Kelantan. Malaysiakini melaporkan pula:

Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.

"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.


Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya.

Ia seperti kes Fawwas dan Faiz, kedua-dua anak Almarhum Ustadz Fadzil Noor, seorang PAS seorang lagi AMANAH.

Mengenai Husam, AMANAH sentiasa terbukan pintu untuknya walaupunh beliau mengumumkan masih menjadi ahli PAS.

Sebagai anak didik TGNA, dan juga sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, beliau amat bijak di dalam mengambil linkah dan membuat keputusan.

Apakah PAS Pusat akan mengambil keputusan memecatnya dari parti? Itu ditunggu-tunggu juga oleh Husam!

Tunggu! Pengumuman Besar Dari Pakatan Harapan

Posted: 01 Jan 2016 07:35 PM PST

Pakatan Harapan bakal umum pelan pilihan raya

Pakatan Harapan akan mengumumkan dokumen yang akan menggariskan rancangannya dalam menjatuhkan kerajaan BN melalui pilihan raya, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"InshaAllah dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional melalui jalan pilihanraya.


"Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan KEADILAN serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai dokumen berkenaan. Namun Setiausaha Harapan Pakatan Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilapor berkata satu rangka kerja dasar bersama gabungan itu akan diumum awal tahun ini.

Sementara itu Wan Azizah berkata banyak isu masih dibelenggu Malaysia, termasuk penahanan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri, isu 1MDB dan Akta Majlis Keselamatan Negara.

"Oleh itu, untuk 2016, saya yakin dan percaya kita semua perlu banyak berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman di bumi Malaysia.


"Pada masa sama saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan," katanya. -mk


Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin kononnya parti itu mengalami krisis kepimpinan ketika ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerjasama di antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi memastikan parti terus maju ke hadapan.

"Kami (kepimpinan tertinggi Amanah) tidak ada masalah (krisis kepimpinan), kami sedang bergerak maju dan laju," katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, tersebar di media sosial kononnya ada gerakan untuk menjatuhkan presiden Amanah, Mohamad Sabu apabila wujud tiga kumpulan iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syiah dan kumpulan profesional dalam parti itu.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tidak tahu menahu wujudnya gerakan menjatuhkan presiden parti, malah enggan melayan sebarang tuduhan yang tidak mempunyai asas.

"(Gerakan menjatuhkan presiden) Bagaimana saya nak komen sesuatu perkara yang saya sendiri tidak dengar dan sumbernya tak tahu dari mana, jadi sukar untuk saya menjawabnya," katanya.

Mujahid berkata, fitnah jahat tersebut hanyalah sengaja dilakukan pihak tertentu yang cemburu dengan penerimaan luar biasa rakyat terhadap parti Amanah ketika ini.

"Bagi saya kalau orang ramai berminat melontarkan fitnah-fitnah kepada Amanah itu ternyata Amanah ini sedang menuju atas landasan yang betul,"
katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Amanah supaya meneruskan agenda untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat dan memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan kerajaan sekarang dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
-FMT


ULASAN GB

Yang boleh menumbangkan kerajaan BN ialah sebuah "barisan" juga. Barisan yang menggabungkan semua parti pembangkang yang ada, yang dahulunya bernama Pakatan Rakyat.

PR telah pun menang dari sudut undi popula pada PRU13 yang lalu, menguasai 52% undi manakal BN cuma 48%. Namun dari sudut pembahagian kerusi yang berat sebelah, BN kekal berkuasa.

Kini PAS pula mengorak langkah keluar dari Pakatan Rakyat. Namun muncul pula Pakatan Harapan dengan tiga buah parti terbesar, PKR, DAP dan AMANAH.

PAS ingin bersendirian. Mereka menjangkakan dengan bersendirian itu mereka boleh kalahkan BN dan PH. Kita tidak tahu kajian siapa yang mereka gunakan namun hak untuk bersendirian itu adalah hak mereka. Mereka menolak untuk bersama Pakatan Harapan kerana mereka tak sehaluan dengan DAP dan AMANAH. Ramai penganilisis politik berpendapat, jika PAS tidak bersama UMNO BN dan terus ingin bersendirian, masa depan PAS akan menjadi gelap gelita. Namun, sekali lagi kita tegaskan, itu adalah pilihan mereka.

Kemunculan AMANAH di persada politik tanahair begitu meresahkan banyak pihak. Parti yang baru berusia 3 bulan itu menerima sambutan menggalakkan dari rakyat.

Pelbagai fitnah dicipta dan dilemparkan, tetapi AMANAH bergerak laju dan pantas. Tidak memperdulikan segala fitnah itu. AMANAH terdiri dari kalangan mereka yang profesyenal dan berpengalaman. Maka sebab itu perjalanan AMANAH begitu lancar. Penyertaan beberapa tokoh IKRAM dan ABIM memperkukuhkan AMANAH sebagai parti yang berteraskan Islam .

Masa depan negara terletaK kepada PAKATAN HARAPAN, sekalipun ada yang bersuara sinis menyatakan PAKATAN HARAPAN telah membuang "RAKYAT". Betapa cetek akalnya mereka yang mentafsirkan begitu. Sedangkan apa yang ada pada rakyat sekarang ialah "harapan untuk bertukarnya kerajaan kepada yang lebih baik".

Rakyat menunggu masa untuk menumbangkan UMNO BN dan yang mereka yang bersekongkol dengannya.

InsyaAllah, harapan rakyat itu bakal menjadi kenyataan pada PRU14 nanti.

Tiada ulasan: