Khamis, 21 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jangan Permain Harapan Rakyat

Posted: 21 Jan 2016 04:40 AM PST

A Kadir Jasin



KITA berada dalam satu keadaan di mana setiap hari yang berlalu membawa lebih banyak penderitaan kepada rakyat jelata.
 
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak telah hilang kewibawaan dan autoriti moral untuk memerintah.

Mandat yang diberikan kepada Barisan Nasional pada 5 Mei 2013 sudah tidak bermakna lagi kerana telah dipenyumbaleweng (pervert) oleh Mohd Najib dan konco-konconya.

Tetapi beliau akan terus memerintah walaupun tahu akibatnya kepada negara dan rakyat jelata. Untuk kelangsungan politik, beliau sanggup menggunakan cara-cara yang tidak demokratik.
 
Beliau bukan tidak tahu bahawa tidak ada siapa lagi, kecuali pemakan dedak, yang menyokong beliau secara tersurat. Secara tersirat hanya Allah Taala saja yang tahu.

Yang kita baca dalam media sosial, ada di kalangan pemakan dedak yang sudah goyang pendirian dan beralih taat setia. Kononnya sungai wang makin kering dan keberkesanan mereka sedang dipersoalkan oleh pemberi dedak.

Perdana Menteri dan jentera propaganda beliau mendakwa skandal perniagaan atas angin 1MDB sudah selesai apabila dua aset utamanya – penjana elektrik bebas (IPP) dan Bandar Malaysia - dijual kepada pemodal Negeri China.

Tetapi, sejak 4 Januari lalu, apabila Bursa Malaysia dibuka untuk tahun baru 2016, ia jatuh 3.53 peratus dalam masa sembilan hari perniagaan. Hari ini ia jatuh 0.36 peratus lagi.

Menurut majalah The Economist, antara 31 Disember 2014 hingga 6 Januari lalu, Bursa Malaysia jatuh 5.3 peratus dalam nilai ringgit dan 24.6 peratus dalam nilai dolar Amerika.

Keyakinan Terus Merudum

Di kalangan pelabur, penganalisis pasaran dan agensi penarafan naik turun pasaran saham adalah ukuran keyakinan pemodal terhadap sesuatu perkembangan penting.

Kita tolak sebelah faktor luar kerana semua pasaran saham terdedah kepada perkembangan peringkat antarabangsa. Kejatuhan berterusan Bursa Malaysia membayangkan penolakan pemodal terhadap penyelesaian skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada pemerintahan Mohd Najib.

Tidak cukup dengan penolakan pasaran saham, Mohd Najib menderita tamparan mutakhir apabila agensi penarafan antarabangsa Moody's (diperbetulkan) telah menyemak turun penarafan ekonomi Malaysia daripada positif kepada stabil.

Pada aras stabil, kerajaan terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi jika ia meminjam. Dalam keadaan di mana pendapatan kerajaan semakin berkurangan akibat kejatuhan berterusan harga minyak mentah, Perbendaharaan mungkin terpaksa berhutang. 

Dasar fiskal Mohd Najib, khususnya penghapusan subsidi dan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), adalah bertujuan, antara lain, mengambil hati agensi penarafan antarabangsa agar tidak merendahkan penarafan Malaysia. 

Yang sebaliknya berlaku. Rakyat jelata menderita, penarafan Malaysia jatuh juga.

Kalau situasi kita hanya ada satu, harap-harap jalan penyelesaiannya pun janganlah satu juga. 

Hari ini, rata-rata orang berkata, penyelesaiannya terletak kepada Pilihan Raya Umum (PRU). 

Saya tidak begitu yakin. Apa yang saya khuatir adalah menjelang tempoh itu negara kita sudah menjadi negara gagal (failed state), rakyat jelata papa kedana dan usaha memulihkan ekonomi menjadi amat sukar.

Malah tidak ada jaminan bahawa PRU akan diadakan, dan kalau diadakan sekalipun belum tentu parti baru akan berkuasa. Berjaga-jagalah. Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas kepada Perdana Menteri.

Jangan Cakap Saja

Jadi, kalau ada sesiapa yang berasa berkewajipan dan berupaya mengubah keadaan dan menyelamatkan negara, orang itu – tidak kiralah Tengku Razaleigh Hamzah, (Tan  Sri) Muhyiddin Mohd Yassin atau sesiapa saja – perlulah bertindak segera atau disyaki telah disajikan dedak.

Dalam hubungan yang sama, Raja-raja Melayu turut terbabit kerana para Baginda sudah pun mengeluarkan kenyataan pada 6 Oktober lalu yang sekali gus menaikkan semangat dan harapan rakyat jelata bahawa merekalah pelindung dan penyelamat mutakhir rakyat jelata dan negara.

Dalam kenyataan itu, Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan segara penyiasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan sewajarnya dan tegas ke atas sesiapa saja yang didapati terlibat.

Rakyat jelata sudah tahu Raja mana berpendirian apa. Jangan salahkan rakyat jelata. Bukan semua rakyat jelata jahil dan boleh disuap dedak. Lagipun, bilangan Raja-raja Melayu bukanlah ramai sangat – sembilan orang saja.

Semua pihak di atas wajib bertindak pantas dan tegas. Kalau mereka terlalu kerap berteriak harimau, masanya akan sampai apabila harimau betul-betul menyerang kerbau lembu, tidak ada siapa percaya.

Ingat lagi "gempaq" 16 September 2008 (Datuk Seri) Anwar Ibrahim? Kerajaan BN tidak jatuh sebaliknya Anwar masuk penjara.

Jadi bertindaklah segera. Kalau tidak mampu janganlah beri harapan kosong kepada rakyat jelata. Lebih baik rakyat jelata terima hakikat dan cuba berdikari daripada berangan-angan Mat Jenin.

Wallahuaklam.


Kebangkitan menentang Mukhriz taktik alih isu SRC, kata PAS

Posted: 21 Jan 2016 04:34 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan desak pengunduran menteri besar Kedah dilihat sebagai taktik alih perhatian daripada isu siasatan SRC International. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2016.Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan desak pengunduran menteri besar Kedah dilihat sebagai taktik alih perhatian daripada isu siasatan SRC International. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tindakan Umno Kedah secara tiba-tiba mendesak menteri besar berundur dilihat seperti bertujuan mengalihkan perhatian daripada tindakan terkini peguam negara memulangkan kertas siasatan SRC International kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sesuatu yang menghairankan apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba-tiba menjadi bahan berita utama semua media hari ini.

Beliau membandingkan usaha menyingkirkan Mukhriz itu dengan peralihan kuasa di Terengganu pada 2014, di mana ketika itu, orang yang cuba mengalihkan perhatian media ialah bekas menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said, dan bukan keseluruhan jentera Umno Terengganu.

"Kebetulan pada waktu ini, Umno Kedah sebulat suara mengalihkan perhatian media daripada tindak-tanduk peguam negara, SPRM dan juga kebisuan Datuk Seri Najib Razak terhadap masa depan Mukhriz sebagai menteri besar Kedah. 
 
"Krisis kepimpinan Kedah tiba-tiba menjadi sajian utama semua media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, apa yang berlaku di Terengganu dan Kedah adalah berbeza.

"Umno Kedah perlu menggunakan media untuk membuat rayuan terbuka terhadap sesuatu isu yang boleh dianggap masalah dalaman parti.

"Apakah ini juga satu 'kebetulan' atau taktik mengalihkan perhatian?" soalnya.

Tuan Ibrahim dalam tulisannya yang bertajuk "Kebetulan" itu juga membangkitkan mengenai penafian SPRM terdapat 37 tuduhan terhadap perdana menteri berhubung kes SRC International.

"Cuma tidak pasti, SPRM menafikan ada pendakwaan terhadap Najib atau menafikan angka '37' sebagai tidak tepat," katanya.

Tuan Ibrahim, dalam usaha menarik kembali perhatian kepada siasatan SPRM ke atas perdana menteri, menasihati Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali agar tidak menjadi hakim terhadap penemuan badan anti rasuah itu.

"Jika kes ini dibawa ke mahkamah, peguam negaralah yang akan bertindak mewakili kerajaan akhirnya untuk bertempur dengan peguam defendan perdana menteri di mahkamah.

"Tugas mewakili kerajaan adalah sejajar dengan nama peguam 'Negara'. Peguam negara bukan peguam perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, janganlah kerana hakikat itu, peguam negara menjadi hakim sendiri sebelum kes tersebut didengar hakim mahkamah yang sepatutnya.

"Biarlah hakim mahkamah dan perdana menteri sendiri membersihkan namanya di mahkamah.
"Hanya dengan cara itu, persepsi buruk terhadap perdana menteri di kalangan rakyat mungkin dapat diselamatkan," katanya.

Pada Isnin, Jabatan Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan berhubung kes bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu dan derma RM2.6 bilion kepada SPRM, bagi mendapatkan penerangan lanjut.

Apandi dalam satu kenyataan berkata, beliau mahu maklumat lanjut mengenai cadangan dan saranan dibuat SPRM dalam kedua-dua kes itu.


Tolak Mukhriz: Pemuda Umno Kedah Persoal Sikap Maznah

Posted: 21 Jan 2016 04:27 AM PST

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
Maznah (depan hujung kanan) pada sidang media Umno Kedah untuk menolak kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar, Rabu.
 
 
PETALING JAYA: Sikap Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid yang seolah-olah tidak tetap pendirian berhubung krisis kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dipersoalkan, malahan dianggap pelik.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sepatutnya tiada kekeliruan yang sepatutnya berlaku kerana kesemua 14 pemimpin bahagian dan ketua sayap parti yang hadir pada sidang media Umno negeri pada Rabu sudah dimaklumkan mengenai isu berkenaan.

Justeru Shaiful Hazizy berkata, isu kononnya mereka yang hadir termasuk Maznah sendiri tidak tahu pendirian Umno Kedah yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz adalah sesuatu yang 'pelik'.

"Saya pun pelik kenapa Datuk Maznah kata dia tak tau. Sedangkan kami yang lain sememangnya sudah tahu tujuan sidang media itu diadakan.

"Saya sendiri tak faham kenapa beliau boleh buat kenyataan yang mengelirukan sedangkan Datuk Maznah sendiri duduk di barisan depan semalam," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Maznah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Jerlun bahawa kehadirannya pada sidang media tersebut tidak bermaksud bersetuju dengan pendirian untuk menggulingkan Mukhriz.

Maznah, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berkata, kehadirannya sekadar untuk mengetahui mengenai perkembangan parti khususnya di Kedah.

Selain itu Shaiful Hazizy berkata, sikap Maznah berhubung perkara berkenaan mungkin didorong oleh sebab-sebab tertentu.

"Mungkin beliau dapat tekanan daripada mana-mana pihak. Lagi pula beliau adalah Ketua Wanita Umno Jerlun yang diketuai Datuk Seri Mukhriz.

"Mungkin ada sebab-sebab tertentu kekeliruan ini timbul," katanya.

Mardi Bakal Mula Projek Tanaman Beras Istimewa - Ahmad Shabery

Posted: 21 Jan 2016 04:25 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KEPALA BATAS: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal memulakan projek baharu untuk menghasilkan  padi istimewa dengan bijirin yang lebih panjang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia harus menghasilkan beras berkualiti supaya dapat  dieksport demi kepentingan strategi ekonomi negara untuk masa depan.

Menurutnya sehingga hari ini, Malaysia terpaksa mengimport kebanyakan beras istimewa seperti beras wangi dari Jepun dan Thailand.

"Sudah tiba masanya untuk kita membangunkan keupayaan kita sendiri menghasilkan beras istimewa ini dan saya telah meminta MARDI untuk memulakan  projek itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Padi MARDI di sini Khamis.

Beliau berkata Malaysia sudah lama berjaya menghasilkan benih beras istimewa namun belum digunakan secara besar-besaran oleh petani di sini.

"Penanaman beras istimewa ini mengambil masa dan kalau kita mulakan sekarang, ia akan mengambil lima tahun baru boleh tanam secara besar-besaran di jelapang padi," katanya.

Beliau berkata pelbagai proses perlu dilalui seperti benih yang dihasilkan itu perlu mendapat pengesahan keupayaannya dan ketahanan terhadap penyakit sebelum dibenar ditanam secara komersial.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementerian bersedia dalam menghadapi kemungkinan fenomena El Nino yang dijangka menjejaskan hasil tanaman dan perikanan.

Beliau berkata kementerian menyediakan pam bagi membekalkan keperluan air ke kawasan yang berkemungkinan dilanda musim kering akibat fenomena itu.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia cuaca panas dan kering yang berlaku di Perlis dan Kedah, dijangka dialami seluruh Semenanjung pada  penghujung Januari hingga Mac ini.

Pemimpin Umno Kedah tidak tahu tujuan sidang media, lapor akhbar

Posted: 21 Jan 2016 04:23 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Barisan kepimpinan Umno Kedah tidak dimaklumkan mereka perlu hadir pada sidang media berhubung Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebaliknya hanya dimaklumkan akan menghadiri satu taklimat tertutup. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Januari, 2016. Barisan kepimpinan Umno Kedah tidak dimaklumkan mereka perlu hadir pada sidang media berhubung Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebaliknya hanya dimaklumkan akan menghadiri satu taklimat tertutup. – Gambar The Malaysian Insider.  
 
 
Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan beliau sebenarnya tidak tahu bakal menghadiri sidang akhbar yang akan mengisytiharkan hilang keyakinan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau memberitahu portal Sinar Online, beliau bersama kepimpinan Umno Kedah dan bahagian pada asalnya dipanggil menghadiri satu taklimat tertutup.

Tanpa disedari, mereka menyertai majlis yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bagi mengumumkan pemimpin parti negeri tidak lagi menyokong Mukhriz, yang juga pengerusi badan perhubungan itu.

"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah. 
 
 "Sebaik sampai, langsung tiada mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," Sinar Online memetik beliau berkata hari ini.

Beliau memberitahu portal itu, kehadirannya di situ tidak semestinya bermaksud beliau menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," kata Maznah.

Bashah semalam berkata, pemimpin bahagian dan sayap negeri itu mahu Mukhriz berundur dan merayu kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk menyingkirkannya.

Katanya, Mukhriz gagal menyatukan kepimpinan parti dan jentera, sambil menambah anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mempunyai strategi untuk Umno Kedah menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka pada 2018.


Kementerian Pastikan Pembelajaran Siti Nuraisyah Tidak Terjejas

Posted: 21 Jan 2016 04:12 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Tajudin Jab (kiri) melawat mangsa kemalangan, Siti Nuraisyah Syahril, 13, yang putus kedua-dua belah kakinya digilis lori beberapa hari lepas, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Khamis. Hadir sama Pengarah Pendidikan negeri Selangor, Zainuren Mohd Nor (kanan) dan ibu Siti Nuraisyah, Maimunah Mat Razali, 48 (dua kanan). Kemalangan ke atas Siti Nuraisyah berlaku semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah di Parit 16, Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor -foto BERNAMA
 
 
KLANG: Kementerian Pendidikan akan memastikan proses pembelajaran Siti Nuraisyah Sahrin, 13, tidak terjejas walaupun terpaksa bercuti panjang bagi menjalani rawatan pemulihan akibat kemalangan di Sabak Bernam, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata guru pelajar itu akan diminta mengajar semula subjek yang tertinggal sepanjang tempoh pemulihannya.

"Kementerian Pendidikan akan pastikan Siti Nuraisyah diajar kembali mana-mana subjek yang beliau tertinggal kerana kami mahu beliau dapat menguasai subjek yang diajar walaupun tidak dapat hadir ke sekolah.

"Saya juga sudah berbincang dengan pihak sekolah supaya meletakkan Siti Nuraisyah di kelas yang berada di tingkat bawah untuk memudahkan pergerakannya apabila beliau kembali semula bersekolah," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas selepas menziarahi Siti Nuraisyah yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Ketika kejadian, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, itu dan kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, yang menunggang motosikal bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan mereka hilang kawalan dan terjatuh.

Sebuah lori pasir dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kedua-dua kaki remaja berkenaan, manakala Shamin Amirah yang tercampak ke bahu jalan terseliuh kedua-dua kakinya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambri Mohd Isa yang turut melawat mangsa menggesa kerajaan menyediakan bas percuma di kawasan yang kurang perkhidmatan pengangkutan awam.

Ini menyebabkan sebilangan pelajar terpaksa menaiki motosikal untuk ke sekolah, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perubatan HTAR Dr Edmund Das berkata keadaan Siti Nuraisyah stabil dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital minggu depan.

"Dia menunjukkan perkembangan positif dan kita jangka akan pulih sepenuhnya dalam tempoh enam bulan lagi...cuma buat masa ini dia tidak berapa ingat apa yang telah berlaku kepadanya.

"Jika tiada sebarang halangan mungkin dia boleh bersekolah semula selepas pulih dari kecederaan sepenuhnya," katanya.

Siapa pula yang menyumpah Malaysia?

Posted: 21 Jan 2016 04:07 AM PST

 
Rakyat kita juga sudah menjadi semakin rasis dan amat pentingkan diri sendiri, mereka terlalu mengejar duit hingga lupa soal moral, etika dan agama.
 
 
 
malaysians


Negara Malaysia (Tanah Melayu) pernah digelar Suvarnaboomi (tanah emas) suatu masa dahulu dan saya percaya ia masih lagi kekal sedemikian. Kerana emaslah semua orang berselisih faham dan memporak-perandakan negara, demi mencari peluang merompak emas tersebut.

Tetapi kita bukan lagi emas tulen, kita sudah dicemar campuran. Kita seperti terkena sumpahan! Kita ada pemimpin yang terpalit dengan kontroversi membabitkan wang derma dan syarikat pelaburan; kita ada pemimpin yang menjadi bahan jenaka sebaik sahaja buka mulut; kita ada pemimpin yang langsung tidak ingat sengsara rakyat; tidak dilupakan pemimpin yang 'merompak' kebahagiaan rakyat. Tak kisahlah pemerintah atau pembangkang, semua pun sama sahaja.

Rakyatnya pula, tiada apa-apa yang boleh dibela kerana mereka juga semakin agresif dan ganas. Lihat sahaja atas jalan raya.

Rakyat kita juga sudah menjadi semakin rasis dan amat pentingkan diri sendiri, mereka terlalu mengejar duit hingga lupa soal moral, etika dan agama. Yang beragama pula, mereka sepatutnya sangat bertoleransi, tetapi di sini berlaku di sebaliknya.

Kalau pemimpin dan rakyatnya sudah semakin hari semakin rosak dan tercemar, keadaan sosi-ekonomi dan politik juga hambar.

Graf harga bahan api (Brent Crude) pula hari-hari dikhabarkan 'terendah dalam jangka masa 10 tahun, 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun'. Maksudnya selaku pembekal minyak, kita jelas berada di ambang kejatuhan.

Ini dibuktikan dengan berita bahawa syarikat minyak Malaysia, Petronas yang dalam perancangan mengurangkan sebanyak 50 bilion ringgit ( $ 11.4 bilion) dalam modal dan perbelanjaan operasi untuk tempoh empat tahun akan datang.

Bagaimana pula dengan nilai mata wang? Belum ada sebarang tanda-tanda recovery. Makin turun nilainya menyebabkan Malaysia pun sudah tiada nilai. Ia memberi impak yang sangat besar kepada semua, import, eksport, hutang luar negara, pendapatan dalam negara dan sebagainya. Berita kenaikan harga kereta misalnya, pengumuman daripada Proton dan Honda serta barangan lain antara kesan daripada kejatuhan nilai mata wang.

Kadar inflasi juga melambung tinggi, walaupun kita kurang didedahkan mengenainya. Penganalisis menganggarkan kadar itu berpotensi meningkat daripada sekitar 2 hingga 3 peratus seperti anggaran Belanjawan 2016 saban hari kepada mungkin lebih 3 peratus.

Pengangguran bertambah apabila semakin ramai yang hilang kerja ekoran syarikat mereka tutup bisnes.
Saya pun pelik, di sebalik berita 'baik' yang dikongsi dalam media mainstream bahawa pelaburan meningkat, lebih ramai pelabur asing memilih Malaysia, tetapi realiti yang saya dengar-dengar, baca-baca termasuk mengalaminya sendiri: pekerja kena 'slash out'.

Semua ini menyebabkan dompet pengguna semakin menipis. Dengan polisi kerajaan yang mengenakan cukai GST (itu yang paling ketara) dan banyak lagi isu berbangkit dengannya, pelanggan semakin hilang kuasa beli.

Masalah sosial? Jangan sebut sebab di Malaysia ini seperti tiada hari tanpa kes samun dan ragut. Sekarang ini kes tembak mati dan bunuh juga menjadi-jadi. Mungkinkah semua ini ekoran kekesalan orang ramai terhadap sistem negara atau tekanan hidup mamat-mamat yang memilih jalan singkat…

Tak terhenti di situ, kita juga antara negara sasaran serangan Daesh sehingga baru-baru ini menteri dan polis saling keluarkan kenyataan berhubung tahap keselamatan negara yang rata-ratanya tertumpu di ibu kota.

Apalah agaknya sumpah seranah yang ditanggung Malaysia sehingga banyak sangat musibah yang melandanya. Bila semua ini akan kembali baik?

Pecah ATM gunakan gas sahaja

Posted: 21 Jan 2016 04:04 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Dua perompak melarikan RM284,000 di sebuah pasar raya Nilai.


Zaldino-Zaludin


NILAI: Sekumpulan empat lelaki bertopeng melarikan RM284,000 selepas memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin, berkata polis percaya perompak terbabit menggunakan gas Oxy-Acetelyne untuk pecahkan mesin berkenaan.

Katanya, dalam kejadian pada kira-kira 4.25 pagi itu, penjenayah terbabit telah menahan seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda dan mengikat tangan dan kakinya sebelum ditinggalkan di dalam belukar di belakang bangunan pasar raya itu.

"Manakala, dua lagi pengawal keselamatan yang berada di hadapan pasar raya itu tidak menyedari kejadian itu. Kumpulan penjenayah terbabit yang masuk ke dalam pasar raya melalui pintu kecemasan, mengambil masa kira-kira sejam untuk memecah dua mesin ATM dan melarikan wang berjumlah RM284,000," katanya, di sini, hari ini.

Katanya, polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar raya itu serta turut menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.-BERNAMA

Rafizi dakwa kerajaan kutip cukai minyak RM3 bilion

Posted: 21 Jan 2016 03:35 AM PST

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia bakal dikenakan cukai petrol dan diesel sehingga RM3 bilion setiap tahun jika kerajaan melaksanakan sistem penetapan harga bahan api itu berasaskan harga lantai berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia sehingga AS$29 setong.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pendapatan itu bakal diraih kerajaan jika kadar cukai itu sebanyak 10 sen setiap liter serta berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel kira-kira 30 bilion liter setiap tahun.

"Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara senyap-senyap merancang untuk menghalang rakyat dari menikmati harga minyak yang rendah adalah terkutuk dan keji.

"Jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa kerajaan sedang membuat kajian untuk menetapkan harga lantai bagi penjualan produk petroleum di negara ini.

Bagaimanapun Hamzah berkata, kerajaan masih kekal menggunakan kaedah Pengapungan Terkawal dalam penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel pada Februari akan datang.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata kerajaan didakwa sudah pun melaksanakan mekanisme itu dalam menentukan harga bahan api itu Januari 2016 ketika harga purata pasaran telah jatuh ke paras RM1.50 seliter bagi RON95.

"Bila harga purata pasaran itu lebih rendah dari harga lantai yang ditetapkan, rakyat akan tetap membayar harga lantai iaitu RM1.60 sen seliter walaupun harga sebenarnya adalah lebih rendah.

"Perbezaan di antara harga sebenar dan harga lantai (dalam kes ini 10 sen seliter iaitu harga lantai RM1.60 tolak harga purata pasaran RM1.50) dikutip oleh kerajaan sebagai cukai," ujarnya.

Sehubungan itu, Rafizi turut memberi amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan tidak memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai minyak itu.

"Sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, saya akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu akan mendapat sokongan rakyat," katanya lagi.


(VIDEO) DBKL benar Bantah TPPA di Padang Merbok, bukan di Dataran Merdeka

Posted: 21 Jan 2016 03:30 AM PST

AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 

ton
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata pihak penganjur himpunan itu ada bertemu dengan DBKL bagi memohon kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi tujuan itu. - Foto TRP/Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR,  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran kepada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan tersebut.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata pihak penganjur himpunan itu ada bertemu dengan DBKL bagi memohon kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi tujuan itu.

"Kami sudahpun berbincang dengan penganjur himpunan Bantah TPPA. Bagaimanapun, DBKL tidak memberikan sebarang kebenaran untuk mereka berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu, 23 Januari 2016.

"Sebaliknya, kami beri kebenaran kepada mereka untuk mengadakan bantahan di Padang Merbok, Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mhd. Amin Nordin berkata, penganjur himpunan itu pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan lokasi yang dibenarkan DBKL.

"Mulanya mereka tidak bersetuju tetapi saya diberitahu yang kini mereka setuju menggadakan himpunan itu di Padang Merbok," katanya.

Jelasnya, pihak penganjur juga dikehendaki membayar deposit sebanyak RM10,000 bagi memastikan keadaan insfrastruktur di lokasi tersebut dijaga dengan baik.

"Selepas kami pastikan keadaan insfrastruktur di Padang Merbok dalam keadaan baik selepas himpunan itu diadakan, barulah deposit itu akan dipulangkan semula kepada pihak penganjur," katanya.

Himpunan yang anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Bantah TPP, Gabungan Mahasiswa dan Kongres Rakyat ini dijangka dihadiri seramai 20,000 peserta bermula jam 2.00 petang hingga 5 petang.


Sadium Sultan Muhamad ke IV mulai dicat merah jambu

Posted: 21 Jan 2016 03:21 AM PST

ADNAN MOHAMAD

 

cat pink
Seramai 50 pekerja digunakan untuk menjalankan kerja mengecat yang bermula di bahagian dalam stadium sejak semalam. Foto ihsan Perbadanan Stadium Kelantan


KOTA BHARU,  Sebanyak 300 tin cat jenama DSV Pink yang ditempat khas dari sebuah kilang di Kuala Lumpur bakal digunakan bagi mengecat bahagian luar dan dalam Stadium Sultan Muhamad Ke IV.


Di samping itu seramai 50 pekerja digunakan untuk menjalankan kerja mengecat yang bermula di bahagian dalam sejak semalam.

Difahamkan, projek mengecat dijalankan oleh Syarikat Impian Berkat Trading selepas dilantik oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa).

Menurut sub-kontraktor yang mengetuai kerja terbabit, Hassanuddin Salleh, pekerja yang menjalankan tugas terbahagi kepada dua kumpulan dan mereka akan berkerja bermula jam.8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat.

Menurutnya, kerja mengecat bahagian dalam sudah bermula semalam, termasuk pagar dan juga kerusi manakala selebihnya akan dibuat berperingkat-peringkat termasuk di astaka, tempat duduk batu, bilik persalinan dan lain-lain.

"Kita menjangkakan kerja mengecat ini akan selesai pada 11 Februari depan iaitu dua hari sebelum perlawanan pertama Liga Super Malaysia yang dijadualkan bermula pada 13 Februari depan.

"Kita jangka kerja mengecat ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Kami semua sebenarnya amat berbesar hati kerana dapat melakukan kerja mengecat stadium keramat ini.Saya terasa sebagai satu penghargaan kepada kami semua kerana ditugaskan mengecat baru stadium yang sudah berusia 49 tahun ini," katanya.

Blog fitnah institusi kepimpinan negara akan disekat, kata Salleh Keruak

Posted: 21 Jan 2016 03:14 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
CYBERJAYA:  Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang dijangka dibentang di Parlimen Mac ini, akan menyelaras penguatkuasaan dalam menyekat laman blog yang memfitnah institusi kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Beliau berkata turut disekat ialah artikel dan catatan dalam laman sosial yang menggugat ketenteraman dan kestabilan negara serta melanggar Akta Hasutan yang diviralkan menerusi media sosial.
 
"Diharapkan sebaik saja dapat kelulusan daripada Peguam Negara dan ke muka kepada Kabinet, kalau ada kesempatan (pindaan) akan dibentang dalam Mac," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia 2016 di Cyberjaya, semalam.
 
Salleh berkata pindaan tersebut akan memperjelas kuasa kerajaan dalam menguatkuasakan pelbagai akta bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.
 
Ditanya mengenai blog Sarawak Report, beliau berkata walaupun laman blog berkenaan disekat namun pengendali laman blog berkenaan menggunakan wadah lain.
 
Beliau berkata pindaan yang bakal dilaksanakan membolehkan kerajaan menyekat wadah berkenaan.
 
"Sarawak Report terbukti asyik menyebar fitnah sahaja di mana tidak ada asas sama sekali apa yang dilaporkan. Jika tidak berbuat demikian (disekat) akhirnya rakyat juga akan terkeliru dengan benda-benda yang tidak ada asas sama sekali," katanya.
 
Salleh berkata mesyuarat pertama jawatankuasa menangani penyalahgunaan media sosial yang beliau pengerusikan pada Selasa turut bersetuju untuk menyelaras tindakan penguatkuasaan dengan merujuk kepada 10 akta selain bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, diterajui polis. 


4,211 calon STAM 2015 lulus semua 10 mata pelajaran

Posted: 21 Jan 2016 03:13 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Seramai 4,211 atau 67.8 peratus calon yang menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 lulus semua 10 mata pelajaran dan berjaya memperoleh pangkat Maqbul (Lulus) hingga Mumtaz (Cemerlang).
 
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Datin Nawal Salleh, berkata jumlah itu adalah peningkatan 4.5 peratus (388 calon) berbanding 3,823 calon untuk pencapaian pada 2014.
 
"Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) pada tahun lalu meningkat sebanyak 113 calon (1.6 peratus) iaitu 444 calon (7.1 peratus) berbanding 331 (5.5 peratus) pada 2014.
 
"Secara keseluruhan, pencapaian calon peperiksaan STAM 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.12 mata Gred Purata Nasional, iaitu 3.08 mata pada tahun lalu berbanding 3.20 mata pada 2014," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan STAM 2015 di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi.
 
Seramai 8,982 calon (7,718 calon baru dan 1,294 calon mengulang) mendaftar untuk menduduki STAM pada tahun lalu, berbanding 8,800 calon pada 2014, iaitu bertambah sebanyak 182 calon (2.1 peratus).
 
 

Penyokong bola sepak Kelantan optimis soal menang dan kalah dalam pertandingan

Posted: 21 Jan 2016 03:10 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menerima tajaan bernilai RM16 juta, pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) seharusnya menonjolkan prestasi yang membanggakan berbanding sebelum ini.
 
Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darulnaim) bagaimanapun optimis dalam soal menang atau kalah dalam sebarang persaingan sukan itu kerana bergantung kepada nasib.
 
Hal itu dinyatakan oleh Naib Presidennya, Roslan Mohamed dengan menambah apa yang lebih penting adalah kemahiran yang ada di setiap pemain pasukan itu.
 
"Saya yakin Tan Sri Annuar Musa dan jawatankuasanya arif. Jika Kelantan masih gagal mempertahankan kejuaraan, kita tak boleh salahkan pemain. Hendak jadi juara senang, tapi untuk mengekalkan sebagai juara ia perkara yang amat ditakuti oleh banyak pasukan bola sepak. 
 
"Yang menentukan keadaan adalah pada waktu itu. Saya yakin seluruh rakyat Kelantan tidak beremosi untuk menghadapi kekalahan akan datang," katanya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
 
Roslan mengulas 'tanggungjawab' yang akan digalas pasukan Kelantan sebagai menghargai penajaan yang diterima menerusi Vida Beauty baru-baru ini.
 
Pasukan berkenaan menerima tajaan berjumlah RM8 juta semusim selepas ia berdepan dengan krisis kewangan yang amat teruk pada musim lalu.
 
Ketua Eksekutif Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata keputusannya untuk menaja kerana mahu membangunkan pasukan bola sepak Kelantan, dan dalam masa sama mewujudkan situasi menang-menang terhadap perniagaan produk kosmetik dan kecantikannya.
 
Selain menukar nama pasukan Kelantan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW), Hasmiza, atau dikenali juga sebagai Datuk Vida juga meletakkan beberapa syarat lain seperti menukar warna jersi pasukan dan cat Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu kepada warna merah jambu sebagai syarat penajaan berkenaan.
 
Perkembangan ini dilihat sesetengah pihak sebagai akan menjadikan pemain-pemain pasukan berkenaan sebagai mangsa eksploitasi pemasaran syarikat tersebut.
 
"Apabila menaja sesuatu, isu jadi mangsa tidak timbul kerana pihak penaja ada objektifnya yang mahu dicapai. Pihak penerima penajaan juga ada perkara yang perlu dilaksanakan. 
 
"Pada saya konsep penawaran dan penerimaan ini kita tak boleh tutup mulut orang. Yang penting dua pihak ini fokus apa yang dilakukan," ujar Roslan sebagai mengulas hal itu.
 
Dalam pada itu, Roslan yang mewakili Pakatan Darulnaim juga menyifatkan penajaan Vida sebagai satu rahmat dalam menyelamatkan pasukan bola sepak negeri itu, apatah lagi dengan pelbagai kejayaan wanita berkenaan dalam bidang perniagaan.
 
"Beliau seorang wanita yang patut dicontohi kerana berani. Seorang usahawan wanita yang hebat akan melakukan sesuatu perkara dengan berfikir berdasarkan kajian dan berguru dengan otai-otai pemasaran. 
 
"Tidak semua orang mempunyai bakat sebegitu. Dan itulah pakej yang beliau ada. Kita mahu langkah beliau dijejaki oleh usahawan yang lain, belajar bagaimana membuat halatuju dan susur galur yang telah dilakukan demi masa depan negara walau dalam pelbagai sektor," katanya. 


Permohonan Najib, Ku Nan dan dua yang lain batal saman PKR dibenarkan

Posted: 21 Jan 2016 03:07 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain, hari ini berjaya membatalkan kes saman PKR terhadap mereka berhubung dakwaan, perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Perdana Menteri, lapor Utusan Online.
 
Selain Najib dan Tengku Adnan, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.
 
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehubungan itu memohon kos sebanyak RM50,000.
 
Pihak plaintif terdiri daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat; Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli jawatankuasa PAN, Dr. Dzulkefly Ahmad.
 
Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, Najib telah menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri selain bertindak secara korup dan menyalahi serta melanggar undang-undang.
 
Peguam Tommy Thomas mewakili pihak plaintif mencadangkan kos tidak melebihi RM10,000 bagi setiap plaintif.
 
1MDB dan SPR masing-masing memohon RM50,000.
 
Peguam-peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Azizan Md. Arshad mewakili SPR memohon kos RM30,000.
 
Mohd. Zaki sehubungan itu menetapkan kos sebanyak RM15,000 kepada setiap defendan pertama dan kedua manakala SPR dan 1MDB mendapat RM10,000.
 
 

Majlis Fatwa Negeri Sabah putuskan vape haram

Posted: 21 Jan 2016 03:05 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTATAN: Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah yang bersidang hari ini sebulat suara memutuskan hukum menghisap vape dan rokok elektronik termasuk menjualnya sebagai haram kepada umat Islam.
 
Keputusan ahli muzakarah berkenaan yang dianggotai 10 individu daripada pelbagai agensi berkaitan di negeri ini, menjadikan Sabah negeri ke-11 mengharamkan vape selain sisha.
 
Mufti Sabah, Datuk Bungsu Jaafar, berkata berdasarkan hujah dan pandangan dikemukakan ahli muzakarah, mereka bersetuju penggunaan vape, rokok elektronik dan sisha adalah haram kepada umat Islam.
 
"Oleh itu umat Islam dilarang menghisap sisha, rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti berkaitan dengannya termasuk aktiviti penjualan dalam kalangan umat Islam.
 
"Salah satu dalil umum dalam penggunaan rokok elektronik, shisha dan vape ini ialah perbuatan itu memudaratkan tubuh badan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan, jadi syariat Islam melarang perbuatan itu," katanya kepada media selepas Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah di Balai Cerap Al-Biruni, di sini, sebentar tadi.
 
Ahli muzakarah itu disertai tokoh akademik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pakar undang-undang, hakim mahkamah rayuan syariah, penasihat syariah Bank Negara dan wakil Jabatan Peguam Negara.
 
Berikutan keputusan itu, Bungsu berkata, pihaknya akan memaklumkannya kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebelum diserahkan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk diwartakan sebagai fatwa.
 
Katanya, selepas itu terpulang kepada kerajaan negeri untuk menguatkuasakannya sebagai undang-undang bagi membolehkan penguatkuasaan penggunaan vape dan rokok elektronik dilaksanakan kepada umat Islam.
 
"Jawatankuasa Majlis Fatwa cuma menentukan hukum iaitu sama ada haram atau tidak tetapi untuk mewartakan bidang kuasa lain dan ia terserah kepada kerajaan negeri.
 
Namun kita boleh mengesyorkan kepada MUIS dan kerajaan negeri untuk diwartakan," katanya.
 
 

Jangan gantung biasiswa JPA kepada pelajar yang sudah dapat tawaran - Pemuda MCA

Posted: 21 Jan 2016 03:01 AM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM:  MCA memohon supaya Putrajaya tidak menggantung biasiswa pelajar-pelajar yang sudah ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
Ketua Pemudanya, Chong Sin Woon berkata, sekiranya kerajaan berhasrat untuk memberhentikan tajaan biasiswa tersebut, biarlah ianya dilaksanakan pada kumpulan pelajar baru.
 
"Kita minta kabinet untuk campur tangan, kalau boleh cadangan MCA ialah kita terus memberi biasiswa sebab kita sudah janji kepada kumpulan ini.
 
"Kalau hendak berhentikan, biarlah kumpulan yang baru supaya mereka tahu, sudah tidak ada lagi biasiswa untuk luar negara," kata Timbalan Menteri Pendidikan II itu kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Beliau mengulas laporan Sin Chew Daily yang memetik Putrajaya menggantung biasiswa JPA untuk kursus ijazah dan bursary Kementerian Pendidikan bagi program pra-universiti.
 
Difahamkan perkara tersebut telah disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong yang membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet semalam berikutan beberapa aduan daripada pelajar cemerlang.
 
Bagaimanapun tegas Chong, susulan tindakan tergesa-gesa kerajaan membatalkan tajaan biasiswa itu hanya akan merumitkan lagi keadaan.
 
Katanya lagi, sudah pasti yang terkesan adalah pelajar-pelajar cemerlang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan bergantung sepenuhnya pada biasiswa untuk melanjutkan pelajaran mereka.
 
"Tetapi yang kumpulan bursary ini, mereka sudah mendapat tawaran, mendapat keputusan yang cemerlang, memenuhi segala syarat, tiba-tiba kata tiada biasiswa, jadi kita rasa tidak patutlah.
 
"Kalau hendak buat, biar kumpulan yang barulah supaya mereka bersedia dan bukannya dengan tiba-tiba, apabila mereka sudah bersedia untuk bertolak dan diberitahu sudah tidak ada lagi biasiswa seperti yang dijanjikan," katanya lagi.
 
Untuk rekod, kerajaan sebelum ini mengumumkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang mendapat keputusan 9A+ ke atas boleh menikmati tajaan Bursary Kementerian Pendidikan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dalam negara untuk ijazah pertama. 
 
Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan pada 4 Mac 2015, menjelaskan tajaan itu merangkumi pembiayaan yuran pengajian, elaun sara hidup serta elaun penginapan sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di dalam atau luar negara. 
 
Menurutnya, tajaan Bursary itu akan diberikan tanpa mengira etnik, kaum dan latar belakang keluarga lepasan SPM terbabit.
 
 

ATM terlibat kawalan keselamatan sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves

Posted: 21 Jan 2016 02:59 AM PST

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
 
BATU CAVE: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut terlibat di dalam menjaga keselamatan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Ahad ini, demikian kata Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad.
 
Menurutnya, penglibatan ATM itu adalah bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap tertinggi demi menjamin kelancaran sambutan perayaan berkenaan.
 
"Mulai hari ini kita sudah mula melaksanakan rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia. 
 
"Pihak polis sudah menyediakan keanggotaan yang secukupnya untuk melaksanakan tugas pada tahun ini dan kita sudah bersedia melaksanakan tugas di Batu Caves ini," katanya kepada pemberita di sidang media di sini hari ini.
 
Menurutnya, walaupun insiden serangan pengganas berlaku di luar negara, namun ujarnya pihak polis akan sentiasa bersedia bagi menghadapi segala bentuk kemungkinan.
 
"Walaupun kejadian itu berlaku di luar negara di sini kita akan mempertingkatkan tahap keselamatan di tahap tertinggi seperti mana yang telah di maklumkan oleh Datuk Ketua Polis semalam bahawa (ia merangkumi) seluruh Malaysia.. Kita tingkatkan keselamatan bukan di Batu Caves sahaja," ujarnya.
 
Kata Ali lagi, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang menyatakan bahawa terdapat ancaman pengganas di tempat tertentu.
 
Beliau juga meminta supaya orang ramai memberi kerjasama yang baik kepada pihak keselamatan.
 
"Bila kita beri arahan ikutlah.. Itu semua bertujuan untuk melancarkan perayaan di sini sama ada dari segi keselamatan atau lalu lintas. Jangan sekali kita adakan spekulasi tentang keselamatan menyatakan di sana bahaya,"ujarnya.
 
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan rondaan bersama dengan segera untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin. 
 
Menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, langkah pencegahan awal itu diambil berikutan serangan ganas di beberapa bandar utama di seluruh dunia. 
 
Tambah Najib, orang ramai juga diminta jangan khuatir dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
 
Dalam serangan pengganas di Indonesia, Khamis lalu, lapan orang iaitu empat pengganas dan empat orang awam terkorban, manakala serangan di Ougadougou, Burkina Faso, Jumaat lalu meragut 28 nyawa dan mencederakan 56 yang lain.
 
 

Mukhriz sudah diberi 'isyarat' sejak November, kata ADUN Kedah

Posted: 21 Jan 2016 02:58 AM PST

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar hari ini berkata isyarat supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar mengundurkan diri mula diberikan sejak November lalu.
 
Beliau berkata, Mukhriz sudah sedia maklum akan isyarat itu namun masih tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.
 
"Isyarat ini (untuk Datuk Seri Mukhriz undur) sudah lama, dia pun patut faham. Isyarat telah disampaikan tapi dia telah abaikan isyarat jadi kini dia hadapi masalah berkenaan," katanya kepada Antarapos.
 
Ahmad Zaini berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa pengumuman Umno Kedah yang dibuat semalam mempunyai konsensus semua ADUN dan ahli Parlimen Umno negeri berkenaan. 
 
"Keputusan ini dicapai oleh pucuk pimpinan (Umno), apa keputusan yang dibuat kami ikut.
 
"Saya tidak tahu agenda di sebaliknya tapi perkara ini telah dibuat dan mungkin ada perancangan yang dibuat sebelum ini yang kita (ADUN) tidak tahu," jelas Ahmad Zaini.
 
Semalam Timbalan Pengerusi Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah Ahmad Shah mengadakan satu sidang media di Alor Star mendakwa seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Mukhriz ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.
 
Selain itu, Umno Kedah turut merayu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat perubahan segera kepada kepimpinan negeri.
 
Sidang akhbar berkenaan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang Rabu itu dihadiri 14 daripada 15 pemimpin Umno bahagian negeri berkenaan.
 
Turut serta dalam sidang akhbar yang berlangsung 15 minit itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
 
Difahamkan, Mukhriz menjalankan tugas selaku Menteri Besar Kedah seperti biasa dengan menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-88 di Istana Anak Bukit hari ini. 


PENYINGKIRAN MUKHRIZ JADIKAN TEORI RAHMAN KIAN HAMPIR JADI KENYATAAN

Posted: 20 Jan 2016 10:26 PM PST

shahbudindotcom


Najib Razak barangkali sudah tidak ada pilihan lain lagi selain mengenepikan Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang sedang disandangnya sekarang.

Dengan 14 Ketua UMNO Bahagian, tiga daripadanya diwakili oleh Timbalan Ketua Bahagian,  mendesak pertukaran serta hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, tentu saja agak sukar bagi Najib untuk sekadar berdiam diri dan tidak memberi perhatian terhadap perkara tersebut.

Berbanding Mukhriz yang kini tinggal keseorangan dalam kepimpinan UMNO Kedah, ditambah dengan bapanya, Tun Mahathir Mohamad masih lantang mengkritik dan belum berputus asa mendesaknya berundur, Najib kini hanya ada satu pilihan saja iaitu memenuhi tuntutan kumpulan yang diketahui Ahmad Bashah itu.

Berdiam diri dan tidak memenuhi tuntutan kali ini akan berisiko mengurangkan lagi sokongan UMNO Kedah terhadap Najib kerana beliau akan dicop sebagai pemimpin yang lemah dan tidak memahami kehendak pemimpin bahagian.

Oleh itu, ada kemungkinan majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru akan diadakan seawal hari Ahad ini setelah mendapat perkenan pihak istana.

Sekurang-kurangnya dua nama sedang berebut dan melobi untuk menggantikan Mukhriz iaitu antara Ahmad Bashah Hanipah dan Ahmad Lebai Sudin.

Ahmad Bashah ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilantik ke jawatan itu melalui pemberian kerusi Senator selepas PRU 13 lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar serta  Adun Bakar Bata.

Ahmad Lebai Sudin pula hanya berjawatan Adun Bukit Lada, tetapi kalah dalam mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena kepada Said Ali Said Rastan dalam pemilihan UMNO yang lalu.
Tetapi, pertukaran Menteri Besar Kedah ini bukan saja menjadikan "perang"  antara Najib dengan Tun Mahathir menjadi lebih terbuka dan bertambah parah, malah berkemungkinan menyebabkan BN lebih mudah terlepas penguasaan negeri itu kepada pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Haruslah diingat bahawa faktor terpenting kemenangan BN di Kedah dalam PRU 13 lalu adalah kerana pengaruh Tun Mahathir serta janji menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar jika kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditumbangkan.

Disebabkan faktor Tun Mahathir yang ditampilkan melalui pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar beserta pergolakan dalam Pas ketika itulah maka pengundi Kedah sedia kembali memberi mandat kepada BN menerajui negeri itu.

Sebab itu, dalam kempen PRU 13 lalu hanya Mukhriz yang ditonjol, dikempen dan dijanjikan sebagai calon Menteri Besar sebelum PRU 13 dan ia tidak berlaku di negeri-negeri lain.

Penyingkiran Mukhriz hanya akan memudahkan pembangkang menawan kembali negeri itu, tambahan pula tiada ternampak "aura atau nilai tambah" untuk menggamit hati pengundi, baik jika Ahmad Bashah mahu pun Ahmad Lebai Sudin dijadikan Menteri Besar.

Bagi Pakatan Harapan dan Pas, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sedikit berlapang dada untuk berkompromi dan membuang ego masing-masing demi mencapai cita-cita menawan semula negeri itu.

Bagi Najib pula, sengsara politiknya akan bertambah dengan penyingkiran Mukhriz ini. Ia bukan saja membentangkan kepada rakyat sikap pendendamnya terhadap Tun Mahathir, malah yang perlu didepaninya selepas ini serangan yang lebih keras daripada bekas Perdana Menteri itu.

Bermakna dengan pertukaran Menteri Besar Kedah, akan menjadikan tiga "pemimpin terbuang"  berada bersama  Tun Mahathir iaitu Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz dan jika mereka bergerak dengan tersusun serta terancang selepas ini, Najib bila-bila masa boleh "sesak nafas" dibuatnya.

Meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, rakyat akan lebih berpihak kepada mereka untuk terus berdepan dengan Najib.

Bersama isu-isu 1MDB dan wang RM2,600 juta  (atau RM4,000 juta?) yang tidak mungkin selesai dan akan terus menghimpit Najib, gelora yang dicipta di Kedah ini akan menjadikan Najib bertambah sengsara dalam penilaian rakyat atau pengundi biasa.

Dengan itu, cerita-cerita bahawa Najib sedang menjadi laluan selesa untuk mengundurkan diri sebelum PRU 14 tidak mungkin berlaku sama sekali.

Tahun-tahun mendatang sehingga PRU 14 pasti akan sarat dengan cerita-cerita politik berkaitan Najib, baik yang realiti mahu pun persepsi yang akhirnya bukan saja menjadikan teori RAHMAN semakin hampir menjadi kenyataan, malah akan membawa UMNO dan BN "berkubur" bersamanya. 


TPPA, permulaan penjajahan baru untuk nusantara

Posted: 20 Jan 2016 10:24 PM PST



Oleh AHMAD HAKIMI OTHMAN


BUMI Melayu Nusantara ini kaya dengan sumber alam dan manusia manusia yang toleransi. Sehingga tersebut dalam karya bangsa yunani dengan dikenali sebagai the Golden Khersonese. Menjadikan Selat Melaka dan Selat Sunda sebagai dua laluan perdagangan yang menghubungkan timur dan barat.

Dahulunya, semua kekayaan ini dinikmati seluruhnya oleh penghuni rantau ini. Kemudian apabila datangnya Islam menggantikan Srivijays, Majapahit dan hagemoni buddha hindu, kemakmuran bertambah sehingga wujud tamadun Melayu Islam menggantikan kehidupan sosial yang ada.

Kemuncaknya pada era pemerintahan Kesultanan Islam Melaka yang timbul tatkala jalan darat perdagangan antara timur barat yang dikenali jalan sutera berada dalam kancah pertembungan Monggol tartar dan perang salib.

Namun, kemakmuran yang dinikmati mula menjadi rebutan barat yang mula naik dengan kemaraan Kristian katolik dari Benua Eropah yang diwakili Portugis dan Sepanyol.

Portugis menawan Melaka 1511. Namun, pertembungan agresif Portugis dengan nusantara tidaklah mampu menggugat keseluruhan kerajaan nusantara di Kedah, Perak, Acheh, Riau, Johor dan lain lain. Kerajaan kesultanan Islam masih mengekalkan kedaulatan masing masing.

Suasana mula berbeza apabila datangnya Belanda. Belanda tidak datang dengan penjajahan Fizikal, sebaliknya bermula dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). VOC adalah syarikat yang menghimpun modal pembesar belanda untuk mengkorporatkan aktiviti ketenteraan ekonomi seberang laut Eropah.

Maka mulanya, mereka melakukan perjanjian perjanjian ekonomi dengan Raja Raja Melayu dan menawarkan pula bantuan senjata dan kepakaran senjata dan strategi perang senjata api. Mulalah perjanjian VOC Kedah, johor, Riau, Mataram, Acheh dan lain lain. Sultan Kedah terpaksa mengikat perjanjian untuk perlindungan dari ancaman Siam, Acheh dan lain-lain.

Seabad selepas itu, datang pula East India English Company. Datang menawarkan perjanjian oleh Francis Light di akhir abad 18 dengan Sultan Kedah.

Penjajahan baru ekonomi dan Trading Corporation oleh Belanda dan British ternyata berkembang sehingga era moden Tanah Melayu. Sehingga kekayaan dikaut oleh pedagang barat ini, kemudian diguna pula membeli kuasa daripada Raja Raja Melayu yang bergaduh sesama mereka dalam cubaan bertahan di kemuncak kuasa.

Yang berlaku dulu, kini seolah olah mula dengan TPPA. Pemainnya dari syarikat-syarikat besar di Amerika dan yang ada kepentingan politik dan penguasaan Dunia. Mula mula, TPPA atas persetujuan ekonomi.

Namun apa akan jadi jika ada kekacauan dalam negara negara ahli yang merugikan syarikat-syarikat besar ini? Maka, campurtangan undang undang, tentera akan turut berlaku atas dasar melindungi kepentingan dan keuntungan yang terjejas.

Pemimpin-pemimpin Malaysia perlu sedar risiko ini. Jangan hanya takut kuasa sendiri terjejas, mahu menggadai ekonomi dan tanah negara ini.

Tolak TPPA. Tolak penjajahan gaya baru tetapi semangat yang sama dengan VOC, East India Company.

 (*)  Penulis ialah Ketua Pemuda DPPPKS.

Ketua Wanita Umno Kedah Maznah, dedah perkara sebenar isu tolak Mukhriz

Posted: 20 Jan 2016 10:20 PM PST

Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, D


DETIK DAILY


Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.

"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah semalam.

Katanya lagi, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," katanya.~Sinar Harian

Umno S'gor ubah strategi tawan hati rakyat

Posted: 20 Jan 2016 10:17 PM PST

Zulaikha Zulkifli


 


Selepas kekalahan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini, Umno Selangor kini tekad untuk mengubah strategi dan pendekatan mereka bagi menawan hati rakyat negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, selain tidak akan membuat program besar-besaran seperti sebelum ini, parti itu juga hanya mensasarkan 30 kerusi untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Katanya jumlah tersebut memadai memandangkan Umno tidak mensasarkan untuk menang dua pertiga bagi menawan kembali Selangor.

"Pendekatan yang kita akan gunakan kali ini berbeza. Tak ada buat program besar-besar seperti biasa. Akan buat program yang lebih dekat kepada pengundi.

"Insya-Allah saya yakin kalau kita ada strategi, cara pendekatan kita sendiri, saya lihat kita ada peluang untuk menang. Prinsip kita kalau nak menang bukan nak menang semua tetapi menang 30 kerusi pun cukuplah.

"Kita tak berhajat atau berangan untuk menang dua pertiga. Saya sasarkan majoriti mudah. Cukuplah," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.

Selain itu, bercerita mengenai kekalahan Umno di Selangor dalam dua pilihan raya berturut-turut, Noh mengakui bahawa antara punca kekalahan BN disebabkan mereka lemah di media sosial.

Jelasnya, isu wang bukan permasalahan utama tetapi beliau mengakui bahawa pihaknya tidak fokus dalam menjawab atau memberi penjelasan berhubung sesuatu isu.

"Dari segi media sosial, saya lihat pihak kerajaan agak ketinggalan. BN di Selangor, saya akui bahawa kita masih ketinggalan dengan bagaimana nak guna media baru untuk dekati rakyat.

"Bukan soal kewangan. Pertama kita tak ada satu fokus dan rakyat pun lebih suka baca perkara yang menghentam kerajaan. Itu yang lebih mendapat perhatian. Dari segi pemantauan isu dan dari segi untuk menyerang pemimpin BN, pakatan lebih 'advance'. Saya tak nafikan mereka lebih ke depan," katanya.

Menurutnya, salah satu pendekatan yang akan digunakan Umno Selangor ialah melalui media sosial memadangkan sekarang merupakan zaman teknologi maklumat.

"Kita tak nafikan salah satu cara nak tawan balik Selangor dan rakyat ialah media sosial. Sekarang siapa yang tak ada telefon pintar. Semua ada. Media sosial di hujung jari. sebab fitnah ini berubah.

"Bila viral benda tak betul, ia akan jadi betul. Saya tengok ini saya kena akui," katanya.

Selain itu, anggota parlimen Tanjung Karang itu juga menambah, isu yang 'tidak benar' juga sering diviralkan terutamanya jika ia dari pihak parti pembangkang.

Malah, Noh turut mengumpamakan parti pembangkang seperti 'ayam bertelur riuh sekampung' kerana sering menghebohkan perkara buruk dan tidak benar tentang kerajaan persekutuan.

Berbeza dengan Umno, kata Noh, parti Melayu itu lebih seperti penyu - walaupun mempunyai banyak telur tetapi tidak bising.

"Mereka (pembangkang) ambil budaya ayam. Telur sebiji riuh sekampung. Ini budaya pembangkang. Umno tak boleh jadi macam tu sebab Umno amal budaya penyu. Telur banyak pun dia tak reti nak heboh, dia diam.

"Saya sebagai pemimpin Umno, kalau fakta tak betul, kita dalam ucapan tak akan berani nak cakap. Tak sampai hati nak burukkan, nak tuduh seseorang walaupun dia itu pembangkang. Nak tuduh orang tanpa bukti, saya sendiri tak sanggup buat.

"Tapi kalau pembangkang, kita (kerajaan) salah sikit dia boleh huraikan meleret-leret dan spin. Kita (Umno) ini tak pandai spin dan tak sampai hati nak spin. Kita Umno dilatih supaya cakap benda yang betul, mesti ada bukti. Kita memang mengamalkan budaya penyu," katanya lagi.

Sehubungan itu, Noh yang juga bekas menteri kabinet turut mengharapkan agar rakyat Selangor dapat menilai kerajaan negeri yang ada sekarang serta memberi peluang kepada BN untuk memerintah kembali negeri itu.

Katanya, BN boleh menang pada pilihan raya akan datang sekiranya rakyat membuat pilihan tepat kerana menurutnya, kerajaan negeri yang ada kini ditadbir oleh sebuah 'kerajaan cacarmarba'.

"Dalam politik ini tiada yang mustahil. Itu prinsip saya. Rakyat boleh buat penilaian zaman mana lebih baik memerintah. Zaman BN atau zaman PKR. Hari ini saya tengok rakyat pun jemu dengan cara mereka ini yang tak habis-habis berpolitik, isu politik dalaman.

"Harapan saya, saya nak rakyat Selangor dapat nilai cara pimpinan dan dasar dibuat Pakatan dan BN. Hari ini kerajaan negeri yang ada cacarmarba. PAS isytihar musuh dengan DAP, PAS tak boleh bekerjasama dengan AMANAH. Rakyat kena menilai.

"Untuk jangka masa pendek bolehlah, tapi untuk jangka masa panjang, kerajaan cacarmarba macam ini tidak menguntungkan rakyat," ujarnya lagi.


Putrajaya sekat satu lagi laman berita kritikal terhadap Najib

Posted: 20 Jan 2016 10:11 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Asia Sentinel menjadi lamanweb berita yang terbaru disekat oleh Putrajaya berikutan laporan-laporannya yang kritikal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Percubaan untuk mengakses lamanweb tersebut menghasilkan mesej berikut: 'Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara'.

Bagaimanapun, sekatan tersebut nampak seperti sekali-sekala kerana beberapa pengguna internet masih boleh mengakses lamanweb ini.

Sekatan dikenakan terhadap Asia Sentinel selepas kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas baru-baru ini untuk mengawasi media sosial.

Pihak berkuasa juga telah memutuskan untuk meminda undang-undang yang sedia ada untuk membolehkan jawatankuasa itu menyekat komen negatif dalam talian terhadap pemimpin kerajaan.

Asia Sentinel adalah sebuah lamanweb berita serantau dengan memberi tumpuan kepada Malaysia, Indonesia dan China.

Laporan terakhir yang diterbitkan oleh Asia Sentinel bertajuk: "Malaysian PM Najib on way out, report says"."

Cerita ini adalah penerbitan semula satu artikel dari lamanweb pemberi maklumat Sarawak Report, yang juga telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

MP gesa k'jaan jangan usik peruntukan pendidikan

Posted: 20 Jan 2016 10:08 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan digesa supaya tidak mengusik peruntukan kritikal seperti tajaan pendidikan dalam usaha penjimatannya.

"Jika pengurangan perbelanjaan diperlukan sekalipun, biarlah dipotong program-program yang tidak membuahkan hasil daripada mengorbankan masa depan modal insan negara," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari,

Sebaliknya, kerajaan sepatutnya menangani segala ketirisan, rasuah dan salah tadbir terlebih dahulu, kata Zairil yang juga Jurucakap Parlimen DAP untuk pendidikan, sains dan teknologi.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, sepatutnya peruntukan biasiswa JPA ditingkatkan lagi dan bukannya digantung.

"Sudahlah peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi mengalami pemotongan sebanyak RM2.4 bilion untuk tahun 2016, kini beratus-ratus pelajar cemerlang akan hilang peluang mereka untuk belajar di universiti terpilih," katanya.

Zairil menggesa demikian ketika mengulas laporan bahawa tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar universiti di peringkat sarjana muda dan bursari untuk pelajar program pra-universiti bagi tahun 2016 akan digantung di tengah-tengah kejatuhan pendapatan negara.

"Hakikatnya jumlah wang yang diperuntukkan bagi biasiswa JPA dalam Belanjawan 2016 adalah tidak banyak – hanya RM1.65 bilion. Itu pun setelah dikurangkan daripada RM1.93 bilion bagi tahun 2015," tambahnya.

Zairil berkata antara langkah yang disyorkan adalah pemotongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang didakwanya kian melampau serta pemansuhan program yang tidak diperlukan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas, Biro Tatanegara, TalentCorp dan Program Latihan Khidmat Negara.

"Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20.3 bilion untuk JPM, masakan dana tidak boleh disalurkan daripada JPM bagi membiayai biasiswa JPA?" soal Zairil.

"Tambahan pula, bilangan menteri yang berjumlah hampir 70 orang juga harus dikurangkan dan dirasionalisasikan," tegasnya.

Pada masa yang sama, kata Zairil, berbilion ringgit lagi wang kerajaan dapat dijimat melalui pelaksanaan dasar tender terbuka bagi semua perbekalan dan pemerolehan kerajaan, serta membasmi penyelewengan dan rasuah.

Tiada ulasan: