Khamis, 21 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sokongan kuat untuk Mukhriz

Posted: 20 Jan 2016 03:27 PM PST

Mukhriz dikerumuni  para penyokongnya
di luar bangunan Umno Jerlun malam tadi
ALOR STAR: Jika melihatkan  kepada perhimpunan orang ramai yang menyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau mungkin sukar.

 Teriakan "Hidup Mukhriz!" kedengaran di sekitar bangunan Umno Kedah di sini di mana lebih seribu penyokong berkumpul semasa Mukhriz mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian Jerlun lewat malam Rabu.

 Menangani penyokongnya, Mukhriz menyifatkan cabaran yang dihadapi beliau sebagai "biasa".

 Beliau menggesa penyokongnya supaya bertenang dan bersabar, berkata segala-galanya yang berlaku ada satu sebab.

"Selagi rakyat mahu saya sebagai Menteri Besar, selagi itu saya akan kekal.

 "Marilah kita terus berdoa untuk Kedah aman dan makmur," katanya diikuti sorak dan laungan penyokong.

IGP: Mahkamah akan dedah cerita benar pembunuhan Kevin

Posted: 20 Jan 2016 03:00 AM PST

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran berhubung pembunuhan ngeri timbalan pendakwa raya kanan, Kevin Anthony Morais apabila suspek dibicarakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 Beliau mengulas gambar-gambar ngeri yang disiarkan dalam laman web Sarawak Report yang menunjukkan jasad Kevin selepas dikeluarkan dari tong drum bersimen. (Sila klik di sini )

 Berdasarkan gambar berkenaan, laman web itu menuduh polis membuat kenyataan palsu bahawa tangan si mati diikat di belakangnya.

 Walaupun Khalid berkata perkara itu akan dijelaskan semasa perbicaraan, beliau membidas Sarawak Report kerana didakwa menyiarkan laporan palsu.

 "Oleh kerana kes ini akan dibicarakan, lebih baik penjelasan dilakukan di mahkamah.

 "Kita tidak akan ikut rentak Sarawak Report yang meneruskan siri pembohongan selepas pembohongan. Orang ramai akan tahu kebenaran apabila kes itu dibentangkan di mahkamah nanti," katanya kepada Malaysiakini.

 Lapan orang, termasuk seorang doktor tentera yang berpangkat kolonel didakwa bersubahat dengan pembunuhan dan terbabit dalam jenayah itu. Mayat Kevin ditemui di dalam tong drum bersimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun lalu iaitu 12 hari selepas beliau dilaporkan hilang.

 Sarawak Report mendakwa ia mendapat restu daripada ahli keluarga untuk menerbitkan gambar-gambar berkenaan.

 Laman web itu berkata, imej itu mendedahkan bahawa apabila lapisan tong itu dikeluarkan tangan Kevin masih boleh dilihat. "Jarinya menunjukkan bahawa Kevin cuba mencakar bahagian dalam tong drum minyak, di mana dirinya terkurung. Satu percubaan terdesak untuk melepaskan diri.

 "Gambar ini membuktikan tangan Kevin tidak terikat di belakangnya, tetapi dia ditemui dalam kedudukan seperti janin di dalam dram itu dengan tangan di hadapannya," katanya.

 Sarawak Report juga mendakwa bahawa "orang dalam" yang melihat jasad di bilik mayat hospital mendapati tiada tanda-tanda Kevin dicekik seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa sebagai punca kematiannya walaupun sebelum dimasukkan ke dalam tong itu.

Kes Kevin juga diselubungi oleh persengketaan antara adik-adiknya, Richard dan Charles. Richard membakar jasad abangnya kira-kira dua bulan selepas pembunuhan itu tetapi tindakan itu menimbulkan kemarahan Charles yang mahu bedah siasat kedua dijalankan.

 Charles kemudian membuat akuan bersumpah bahawa beliau mempunyai pen drive yang diberikan kepadanya oleh Kevin yang memperincikan kes yang pernah dikendalikannya.

 Beliau juga mendakwa adiknya terbabit dalam kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

 Charles mendakwa singkatan tandatangan Kevin terdapat pada kertas pertuduhan yang dimaksudkan untuk Najib tetapi pihak berkuasa menolaknya sebagai dokumen palsu.

 Walau bagaimanapun, Charles, seorang pengusaha hotel yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah kembali ke Altanta. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Sama macam kes pembunuhan al-Tantuya....walaupun mahkamah mendapati dan menghukum dua bekas komando sebagai pembunuh , rakyat kebanyakan tetap payah untuk menerimanya. Mereka tahu cerita sebenarnya ...Rakyat tahu cerita pasal pembunuhan pengasas kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Najadi dan kini pula Kelvin...

Elak pertembungan tiga penjuru : Pas perlu bincang dengan Umno

Posted: 20 Jan 2016 12:52 AM PST

PAS Kelantan hari ini menempelak kepimpinan PKR pusat yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti politik Kelantan dalam isu menghadiri program dengan parti Amanah di negeri itu.

 PAS Kelantan sebelum ini menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri ini.

 Ditanya adakah isu berkenaan akan menyebabkan PKR akan kehilangan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata perkara itu belum diputuskan lagi.

 "Setakat ini 'status quo kekal'. PKR bertanding di 5 kerusi (pada PRU13) tapi dia menang 1 saja dan setakat ini belum ada perbincangan kerusi antara PAS dan PKR di Kelantan. Ia bergantung kepada keadaan," katanya. – sumber

Komen al-Husseyn :

Mohd Amar kata belum ada perbincabgan... Perbincangan apa maksud Mohd Amar??

PKR dah bagi tahu pun dia masih tak mahu faham lagi ker? PKR tidak ada hubungan kerjasama rasmi dengan PAS, tau tak? Kamu nak bincang apa bendanya?

PKR bersama Pakatan Harapan iaitu gabungan DAP, AMANAH dan PKR. Maka terpulanglah kepada PH untuk berbincang sesama mereka untuk bertanding dimana-mana kerusi pun!

 PH mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana kerusi pun di Negara ini, termasuklah di Kelantan.

Secara logik PAS perlu melawan calon BN bukannya calon dari parti pembangkang. Tapi oleh kerana PAS tidak mahu untuk bersama PH, maka pastinya pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielakan.

Hanya satu cara untuk mengelakan pertembungan 3 penjuru ini, Pas bebincanglah dengan rakan mereka, Umno!

PAS jangan nak perasan, hubungan dengan kami tidak rasmi, kata ketua whip PKR

Posted: 19 Jan 2016 05:00 PM PST

Susulan tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang tidak menghiraukan bantahan PAS terhadap penyertaannya dalam majlis ceramah bersama Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Johari Abdul berkata, kedua-dua parti itu mempunyai hubungan tidak rasmi.

 Ketua whip PKR itu berkata, tidak terdapat sebarang ikatan "hitam putih" antara PKR dan PAS berhubung perkara tersebut.

 "Kita ada hubungan yang tidak rasmi dan saling menghormati. Namun, ia tidak mengikat kita. Ia berbeza dengan Pakatan Harapan sebab kita saling terikat.

 "Tidak terdapat sebarang 'paper work' (kertas kerja) di antara PAS-PKR. Sebab itu kita menghormati apa saaja tindakan dan kenyataan yang dibuat PAS.

 "Dan begitu juga, jika kita ambil tindakan untuk menghadiri program mana-mana parti pun. Tiada yang mengikat kita," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.

 Sebelum ini, PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

 Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

 Menjawab perkara itu, Rafizi berkata, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa saja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

 "Saling hormat-menghormati keputusan parti di dalam Pakatan Rakyat masih wujud. Apabila PAS berjumpa Umno, kita pun tidak buat komen kerana itu hak mereka.

 "Malah tidak wujud perjanjian yang kukuh tidak boleh buat ini dan itu," kata Johari.

 Sementara itu, ditanya sama ada PAS dan PKR perlu mewujudkan perjanjian supaya isu sebegini tidak lagi timbul, ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, partinya sentiasa bersedia untuk berbincang.

 Beliau memetik tawaran Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap PAS ketika mengadakan rundingan meja bulat pembentukan Pakatan Harapan September lalu.

 "Kerana itulah, ketika kita mahu wujudkan Pakatan Harapan, kita ajak secara rasmi PAS supaya bincang.

 "Mungkin mereka tidak bersetuju beberapa perkara, namun masih bersetuju dalam banyak perkara. Lebih elok duduk bersama untuk berbincang.

 "Namun mereka tidak mahu datang dengan mengatakan tidak bersedia. Selagi tidak bersedia, maka hubungan kita masih tidak terikat. Jika bersedia, kita ikatlah," katanya. – 19 Januari, 2016. ~ sumber

Tiada ulasan: