Selasa, 19 Januari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SEBAB KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN BERBEZA ANTARA SPRM DENGAN BNM, TAPI BOLEHKAH KITA MENARUH HARAPAN?

Posted: 19 Jan 2016 02:22 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Apabila Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan SPRM berkaitan derma  RM2,600 juta dan dana RM42 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak kepada agensi itu untuk penjelasan lanjut setelah lebih dua minggu melakukan penelitian, persoalan yang timbul ialah apa jadi seterusnya?

Apakah kertas siasatan itu sedang dijadikan "bola" untuk ditendang ke sana dan ke sini bagi tujuan bermain dengan masa sehingga keputusan paling munasabah dapat dicapai atau ia akhirnya bakal senasib seperti kertas siasatan Bank Negara Malaysia atau BNM terhadap 1MDB sebelum ini yang ditolak begitu saja?

Setelah berbulan-bulan melakukan penyiasatan mengenai isu paling hangat berkaitan seorang Perdana Menteri, SPRM akhirnya berjaya menghantar kertas siasatannya kepada Peguam Negara pada 31 Disember lalu bersama beberapa syor serta cadangan mereka.

Bagaimanapun semalam Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada SPRM kerana inginkan penjelasan lanjut.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, " kata kenyataan pejabat Peguam Negara.

Dalam hal ini, jelas bahawa kertas siasatan itu dikembalikan bukan kerana tidak cukup keterangan, tiada bukti atau ditolak seperti kertas siasatan BNM, tetapi kerana Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut berhubung beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM.

Jadi, apakah cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM itu sehingga Peguam Negara mahukan penjelasan lanjut mengenainya?

Kenapa Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut, adakah kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan SPRM itu?

Adakah ini bermakna Peguam Negara mahu SPRM meminda  atau menggugurkan cadangan dan tindakan yang disyorkannya dalam kertas siasatan itu?

Logiknya, jika Peguam Negara berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, tidak ada sebab mereka perlu mengembalikan semula kertas siasatan itu.

Dalam hal ini, kenapa Peguam Negara tidak terus bersetuju saja dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM atau menolaknya terus jika tiada asas untuk pendakwaan?

Adakah Peguam Negara tidak terus menolak kertas siasatan SPRM itu kerana bukti dan keterangan yang ada terlalu sukar untuk diabaikan?

Hal ini berbeza dengan kertas siasatan BNM terhadap 1MDB beserta cadangan-cadangan tertentu yang ditolak untuk pendakwaan oleh Peguam Negara sebelum ini, tetapi kemudian dirayu oleh BNM untuk pertimbangan semula.

Namun, oleh kerana rayuan yang dikemukakan BNM tanpa disertakan bukti-bukti baru, maka  Peguam Negara menolaknya sekali lagi. Ia akhirnya tutup kes begitu saja.

Persoalannya kini ialah apakah SPRM kekal dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan sebelum ini atau akan mengembalikan kertas siasatan itu berserta cadangan dan tindakan yang baru kepada Peguam Negara?

Walaupun SPRM menafikan laporan Sarawak Report bahawa terdapat 37 cadangan pendakwaan dalam kertas siasatan yang dikemukakannya kepada Peguam Negara, berapa sebenarnya jumlah syor yang dikemukakannya?

Adakah SPRM kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa wang RM2,600 juta itu merupakan derma atau ia sudah berubah berikutan adanya maklumat-maklumat baru yang diperolehi?

Bagaimana pula dengan dana RM42 juta daripada SRC international, adakah ia juga derma sama seperti wang RM2,600 juta atau hanya wang sekecil RM42 juta tersebut yang menyebabkan ada sesiapa "tersangkut" untuk tindakan dan pendakwaan?


Setiausaha AMK saran DAP serah sebahagian kerusinya kepada PAN

Posted: 19 Jan 2016 02:18 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang mencadangkan agar sebahagian kerusi majoriti Cina milik rakan sekutunya, DAP diserahkan kepada Parti Amanah Negara (PAN), dalam usaha untuk meyakinkan lagi bahawa parti demokratik itu sebagai sebuah parti berbilang kaum. 
 
Beliau yang dipetik Malaysiakini berkata, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada PAN.
 
"Ini akan membantu PAN mendapatkan sebilangan kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya dipetik portal berkenaan. 
 
ADUN Teja itu berkata, walaupun DAP mungkin berdepan risiko kekurangan separuh jumlah kerusi yang disandang sekarang seandainya PAN kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu, namun ujarnya, ia sesuatu yang perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.
 
Malah ujarnya, PAN boleh mencapai kemenangan sekiranya DAP memberikan sokongan. 
 
Menyentuh lebih lanjut, ujar Chang, punca DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu walaupun cuba berusaha keras memenangi hati bangsa itu adalah disebabkan modus operandi parti berkenaan. 
 
Ini katanya disebabkan oleh DAP yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina, yang seterusnya menyumbang kepada tanggapan bawah ia kurang sensitiviti terhadap orang Melayu. 
 
Ujarnya lagi, transformasi untuk menjadi parti berbilan kaum tidak akan berjaya jika DAP hanya meningkatkan keahlian di kalangan orang Melayu namun tetap bertanding di kerusi majoriti Cina.
 
 
 
 

Proton umum enjin turbo baharu hasil R&D bernilai RM600 juta

Posted: 19 Jan 2016 02:16 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini mengumumkan hasil program penyelidikan dan pembangunannya (R&D) bernilai RM600 juta iaitu enjin pancitan terus bahan api pengecas turbo (TGDI) yang menepati standard global.
 
Ini hasil kerjasama 3 pihak iaitu pengeluar kereta nasional itu dengan Ricardo Plc dan Lotus Group.
 
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, secara simbolik melancarkan ujian pertama enjin itu menerusi lintas langsung bersama pasukan jurutera Proton di lokasi Ricardo di Shoreham-by-the-Sea, England.
 
Program pembangunan itu diketuai Pengurus Projek Proton yang juga Ketua Pegawai Teknikal, Abdul Rashid Musa.
 
Bercakap dari kilang Ricardo, Rashid berkata program itu mengambil masa 40 bulan bagi menyiapkan 6 varian enjin dengan varian pertamanya dijangka dapat dilancarkan dalam masa 30 bulan atau menjelang akhir 2017.
 
Pada sidang media di Shah Alam, Dr Mahathir menjelaskan, pemilihan Ricardo adalah berdasarkan keupayaan syarikat berkenaan.
 
"Kami berharap enjin ini akan mencatat prestasi baik dan memenuhi standard Euro bagi membolehkan kenderaan Proton dijual semula di United Kingdom (UK).
 
"Proton sudah lama tidak dapat memasuki pasaran UK atas alasan enjin sedia ada tidak memenuhi standard yang ditetapkan UK serta Eropah," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata enjin baharu itu akan membolehkan syarikat itu menembusi pasaran eksport.
 
"Ini berikutan ciri-cirinya yang menepati peraturan di pasaran utama termasuk angka pelepasan Euro 6c dan karbon dioksida (CO2) yang rendah pasca 2020.
 
"Barisan jurutera Proton terlibat dalam program itu sejak Mac, 2015 sehingga sekarang dengan memberikan input yang tepat dan membuat keputusan berdasarkan ketetapan syarikat ini.
 
"Mereka turut terbabit secara aktif dalam aspek reka bentuk serta analisis enjin serta pengeluaran enjin prototaip berkenaan," katanya.
 
Harith berkata, seramai 200 jurutera menyertai projek pembangunan 6 varian enjin dalam lingkungan keupayaan kapasiti (cc) 1,000 sehingga 1,500 dengan jangka masa keseluruhan melebihi 3 tahun.
 
"Pembangunan enjin TGDI dan GDI (pancitan bahan api secara terus) itu adalah lebih cekap dengan penghasilan purata 25% penggunaan bahan api lebih rendah dan prestasi lebih tinggi sehingga 20%.
 
"Enjin ini akan digunakan dalam semua kereta Proton mulai tahun 2018," katanya.
 
Mengulas prestasi kewangan Proton, Harith berkata syarikat itu sepatutnya berada di landasan tepat (untuk meraih keuntungan) bagi tahun kewangan 2016 dan 2017, didorong oleh pelancaran model kereta baharu serta pelan transformasinya yang diperkenalkan sejak 2012.
 
Bagi isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), beliau berkata, Proton masih dalam proses perbincangan dengan kerajaan.
 
"Ada beberapa perkara yang perlu kami perjelaskan kerana objektif syarikat ini adalah untuk melindungi perniagaan serta pekerja kami," katanya. – Bernama, 
 
 

Rafizi hadir program PAN kerana utamakan 'keluarga' - Salahuddin

Posted: 19 Jan 2016 02:11 AM PST

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic




SHAH ALAM: Kehadiran Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ke program anjuran Parti Amanah Negara (PAN) di Kelantan baru-baru ini adalah kerana mengutamakan 'keluarga' sendiri, kata Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Ujar Salahuddin, sebagai kepimpinan tertinggi PKR, Rafizi hadir sebagai memenuhi undangan, tambahan pula PKR dan PAN telah menandatangani perjanjian bersama sebagai sekutu Pakatan Harapan bersama DAP, dua minggu lalu.

"Saya menghargai keputusan Rafizi untuk hadir ke Kelantan baru-baru untuk memenuhi undangan PAN kerana Rafizi kepimpinan tinggi PKR mengutamakan keluarga sendiri iaitu Pakatan Harapan (PH).

"Sebab kita bukan sekadar tubuhkan PH tapi ketiga-tiga parti telah menandatangani persetujuan yang kita setujui bersama bahawa kita parti PH akan saling bantu-membantu dan mengutamakan kepentingan bersama," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang menyatakan pihaknya mengeluarkan surat teguran kepada Rafizi susulan tindakan pemimpin itu hadir dalam tiga program PAN di negeri berkenaan.

Surat teguran itu dikeluarkan hasil luahan ahli dan pimpinan peringkat akar umbi yang kurang senang dengan tindakan pemimpin PKR itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula dalam kenyataannya semalam berkata, kehadiran pemimpin PKR dalam program anjuran PAN di Kelantan dianggap menyanggah kepentingan PAS, apatah lagi ia untuk menghentam parti Islam berkenaan.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, memandangkan pada ketika ini PAN tidak mempunyai sebarang hubungan dengan PAS, maka parti itu tiada asas untuk mengganggu aktiviti yang dianjurkan PAN.  
"Bila kita menubuhkan PH, mereka (PAS) tak mahu bersama. Jadi bagi saya kita tak terikat apa-apa dengan PAS pada saat dan ketika ini," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, beliau ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang yang mencadangkan agar sebahagian kerusi majoriti Cina milik DAP diserahkan kepada PAN, berkata sebarang perbincangan mengenai kerusi akan diselesaikan di peringkat PH.

"Bagi saya sendiri, apa pun perbincangan mengenai kerusi ini yang kita telah persetujui dan tandatangan, semuanya akan kita selesaikan di peringkat PH, dan kemudian baru kita buat keputusan," kata bekas Timbalan PAS itu.

Chang yang juga ADUN Teja yang dipetik sebuah portal mencadangkan perkara berkenaan sebagai usaha untuk meyakinkan bahawa DAP sebuah parti berbilang kaum.

Ujar Chang, sebagai pertukarannya, DAP boleh bertanding di kerusi majoriti campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada PAN.

Tambah Chang, punca DAP menghadapi masalah persepsi di kalangan pengundi Melayu walaupun cuba berusaha keras memenangi hati bangsa itu adalah disebabkan modus operandi parti berkenaan yang aktif dalam politik di kawasan majoriti Cina sahaja.

Stesen Kereta Api Klang Berisiko Ditutup

Posted: 19 Jan 2016 02:07 AM PST

 
MSTAR ONLINE
 
 
PETALING JAYA: Stesen kereta api Klang yang berusia 125 tahun mungkin akan dihentikan operasinya memandangkan stesen baharu akan dibina bersebelahan ibu pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Perbandaran.

Cadangan itu dibuat oleh Prasarana kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sejajar dengan cadangan penyusunan semula laluan Aliran Transit Ringan (LRT) 3.

Difahamkan Prasarana merancang untuk membina sebuah hentian kereta api untuk tren komuter berhampiran stesen LRT Bandar Klang yang dicadangkan di mana ia terletak di tanah rizab KTMB di Jalan Raya Barat.

Memandangkan pembinaan stesen kereta api baharu itu akan dibiayai oleh Prasarana, KTMB dipercayai tidak akan membantah cadangan itu.

Pengarah projek LRT3 Norila Nuh memberitahu StarMetro bahawa stesen komuter baharu itu bertujuan untuk menyediakan sambungan bagi penumpang LRT dan komuter.

Di bawah kehendak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Norila berkata, stesen LRT dan stesen kereta api mesti terletak bersebelahan antara satu sama lain untuk memastikan kemudahan pengangkutan awam bersepadu.

"Stesen LRT dan kereta api itu perlu berada dalam jarak 150 meter antara satu sama lain, '' kata beliau sambil menambah stesen kereta api yang dicadangkan akan dibina kira-kira 100 meter dari stesen LRT.

Norila berkata laluan pejalan kaki berbumbung juga akan dibina untuk menghubungkan stesen LRT dan hentian komuter itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada stesen kereta api sedia ada di Jalan Besar di Klang Selatan akan terus beroperasi.

"Kami masih belum mengadakan perbincangan dengan KTMB mengenai cadangan kami tetapi kami tidak menjangkakan bantahan daripada pihak berkuasa kereta api kerana stesen kereta api yang dicadangkan akan dibina oleh Prasarana selaras dengan kehendak Spad, '' katanya.

Tapak stesen kereta api baharu yang dicadangkan itu terletak kira-kira 400 meter dari stesen kereta api sedia ada di Jalan Besar.

Di bawah cadangan awal, Norila berkata, Prasarana tidak mempunyai rancangan untuk membina hentian komuter baharu kerana stesen LRT Bandar Klang sepatutnya terletak di Jalan Besar di mana ia terletak berhampiran stesen keretapi sedia ada.

Beliau berkata Prasarana terpaksa menyelaraskan semula laluan LRT3 selepas pemilik kedai dari Little India Klang membantah langkah untuk mewujudkan stesen LRT di Jalan Besar.
 
 

Salah siapa rumah mahal?

Posted: 19 Jan 2016 02:00 AM PST




Oleh Safarizal Saleh


Merafak sembah dan menjunjung kasih atas keperihatinan dengan titah Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkaitan isu perumahan dengan membawa satu bahasa yang cukup tajam iaitu "Pribumi merintih, bumi dipijak milik orang".

Salah siapa? Kerajaan pusat, kerajaan negeri, anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju yang semestinya dipersalahkan kerana rumah mahal yang tidak mampu dimiliki rakyat ketika ini sepertimana yang dititahkan tuanku.

Bercakap tentang kerajaan pusat yang kini giat memperkenalkan projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang bertujuan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.


Apa yang sudah jadi dengan projek PR1MA, berapakah yang sudah dimiliki rakyat setempat khasnya dan memadai kos rumah tersebut yang mampu dibayar rakyat yang berpendapatan rendah khasnya penduduk bandar pada masa kini?

Sudah tentu jika di negeri Perak, berapakah rumah mampu milik yang disediakan kerajaan negeri melalui 2 agensinya seperti Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Negeri Perak dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)?

Bagaimana pula dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dimana di bawahnya banyak anak syarikatnya memfokuskan projek perumahan sudah membangunkan projek perumahan kos rendah yang mampu dibeli rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khasnya.

Kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pula, sudahkah bantuan disediakan khasnya kepada golongan miskin yang memerlukan rumah dengan didirikan rumah tersebut sepanjang setahun sudah mencapai sasaran yang sepatutnya?

Orang paling penting di dalam isu ini sudah tentu pemaju hartanah yang saban tahun mendapat kawasan strategik bagi projek perumahan mereka dan di situlah harga diletakkan berdasarkan kedudukan tanah yang dimiliki mereka.

Dengan cara mana pun mereka memiliki tanah bagi tujuan projek perumahan tersebut, hakikatnya mata wang sudah tentu menjadi penilaian setiap rangka projek tersebut dimulakan dan sudah tentu nilai mata wang negara menjadi kayu ukur tawaran yang akan diberikan.

Siapa yang bertanggungjawab atas ekonomi negara, sudah tentu kerajaanlah yang menjadi "tulang belakang" kedudukan nilai mata wang negara dan jika dinilai pada masa kini, sudah tentu pemaju hartanah meletakkan syiling yang tinggi setiap projek perumahan mereka.

Walaupun bukanlah sepenuhnya tanggungjawab kerajaan negeri dan agensinya memfokuskan pembangunan perumahan untuk rakyatnya, tetapi agenda perumahan untuk rakyat terendah wajar bagi kerajaan negeri mengambil usaha untuk dibantu.

Satu lagi peranan kerajaan negeri yang kurang diberikan perhatian adalah cukai tanah dan pintu yang membolehkan pemaju hartanah menilai kos projek perumahan yang bakal disediakan termasuklah setelah rakyat memilikinya yang tidak terlalu tinggi.

Dan pihak kerajaan juga boleh memperkenalkan "pinjaman tanpa faedah" yang membolehkan rakyat miskin khasnya membuat pinjaman untuk membeli rumah mereka dan ianya akan turut kembali menambahkan hasil negeri melalui cukai lain kelak.

Pemaju hartanah sewajarnya menimbang kembali projek perumahan yang dijalankan dengan memikirkan keuntungan semata-mata sedangkan mereka tidak sedikit pun menyumbang kepada pembangunan sosial dalam masyarakat kita.

Jesteru, titah tuanku wajar diteliti semua pihak dan rakyat perlu bangkit mengikut "kata hati" iaitu hak dan peranan mereka di bawah mana-mana kerajaan sekali pun akan memastikan keutamaan serta kehidupan rakyat mereka terjamin sepenuhnya.

Maksud kepada jaminan kerajaan tersebut adalah memastikan istilah kebajikan dan keperluan rakyat sepertimana yang dikisahkan di dalam Al-Quran iaitu kediaman atau rumah menjadi perkara penting setiap manusia yang perlu diutamakan.

Dalam kata lain, jika tempat berteduh sesebuah keluarga itu cacat atau kurang apakah maknanya ada sebuah pentadbiran kerajaan yang menjadi tempat rujukan dan bantuan ketika rakyat memerlukan ditambah dengan keadaan yang begitu terdesak ketika ini.

Saya sebagai seorang rakyat yang memilih tonggak pemerintahnya tidak mampu melakukan apa-apa yang sewajarnya mengikut kuasa yang ada seperti menyediakan perumahan "mampu milik" dan bukannya "mampu lihat" sepertimana titah tuanku. Daulat tuanku!

‪‎* Penulis adalah Setiausaha Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak.

Lebih ramai Melayu wakili DAP bertanding PRU 14

Posted: 19 Jan 2016 01:54 AM PST

jimmy-wong-edwin-bosi

Oleh Hafiz Zainuddin


KEPAYAN : Lebih ramai calon keturunan Melayu akan bertanding mewakili DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Dr Edwin Bosi.

"Akan ada lebih ramai kaum Melayu bertanding PRU14 kelak," katanya kepada Roketkini apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak, baru-baru ini.

Salleh sebelum ini menulis pada blognya yang kemudian dipetik portal berita tempatan yang menuduh DAP tidak mengubah hakikat kononnya ia sebuah parti berasaskan kaum Cina.

"Beliau terpaksa buat kenyataan itu dengan harapan orang Melayu tidak terpengaruh dengan populariti DAP yang meningkat pesat," katanya dan menambah UMNO tahu mereka tidak dapat menghentikan trend sokongan kaum Cina dan India terhadap DAP.

Menyifatkan Salleh terdesak membuat demikian berikutan DAP semakin diterima masyarakat pelbagai kaum, Dr Edwin berkata, parti itu juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia hasil usaha keras DAP memperjuang isu masyarakat khususnya di kawasan pedalaman melalui kempen dan program antaranya Gerakan Batu Sumpah, program Tanah untuk yang tidak bertanah, 

Impian Sabah dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan dan Ketua Majlis Perundingan Orang Asal DAP Sabah itu, berkata masalah berkenaan berlaku sekian lama tetapi diabai kerajaan BN Sabah mahupun Sarawak.

Timbalan Majlis Perundingan Orang Asal DAP Sabah, Adrian Lasimbang, pula berkata UMNO tidak perlu menjadikan mana-mana kaum sebagai mangsa mainan persepsi perkauman sempit.

"Saya tidak faham mengapa mereka terlalu takut dengan DAP hingga sanggup membuat pelbagai tohmahan, seolah-olah tidak tahu Malaysia terdiri pelbagai kaum. Kita tak boleh biarkan politik perkauman bermaharajalela hingga  melahirkan pelampau berbahaya," katanya. -Roketkini.com


Pengubahsuaian Bajet 2016 perlu tambahan peruntukan Sabah

Posted: 19 Jan 2016 01:50 AM PST

junz wong

Oleh Syazana Hasanudin


LIKAS : Pengubahsuaian Bajet 2016 harus menambah nilai peruntukan kepada Sabah khususnya dari segi pembangunan berikutan negeri itu jauh ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Junz Wong berkata, peruntukan untuk Sabah tidak harus dikurangkan kerana negeri itu memerlukan lebih banyak pembangunan di serata kawasan yang serba-serbi kekurangan.

"Memandangkan pendapatan minyak dan gas berkurangan secara drastik, bayaran royalti minyak tahunan sebanyak lima peratus kepada Sabah juga berkurang, bermakna 25 peratus bajet negeri akan terjejas," kata Setiausaha DAP Sabah itu.

Pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 dijadual berlangsung pada 28 Januari ini di Parlimen berikutan kesilapan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terhadap turun naik harga komoditi dunia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong mempertikai Bajet 2016 berikutan hanya 10.9 peratus dari keseluruhan nilai bajet itu diperuntuk kepada Sabah dan Sarawak.

Peratusan itu bersamaan dengan RM29.2 bilion apabila dibahagi dua, bermakna hanya lima hingga enam peratus sahaja diterima salah sebuah negeri, sekaligus menunjukkan Kerajaan BN mengabai pembangunan di kedua-dua negeri itu.

Peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah pula dikecilkan kepada RM425 juta berbanding RM432 juta tahun lalu, malah peruntukan bagi pembinaan jalan raya dikurangkan dari RM70 juta kepada RM20 juta.

Junz Wong berkata, Kerajaan Persekutuan juga harus memastikan pengubahsuaian itu juga tidak menambah beban perbelanjaan sedia ada dan taraf hidup kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

"Perbelanjaan operasi dibentang dalam bajet lalu terlalu tinggi. Jika kerajaan benar-benar mahu ia diubah suai supaya lebih cekap dan efektif, mereka mesti mengurangkannya.

"Ia tidak bermakna saiz perkhidmatan awam dikecilkan tetapi kerajaan perlu memikirkan satu sistem awam yang lebih sofistikated supaya ia berperanan dengan berkesan," katanya. -Roketkini.com



Charles Santiago cabar Mustapha jawab 15 persoalan TTPA

Posted: 19 Jan 2016 01:47 AM PST

charles-santiago-parlimen (Custom)

Oleh Fatih Hassan Nordin


PETALING JAYA : Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menjawab 15 soalan berbangkit mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Saya akan mengajukan lima soalan sehari, sebanyak 15 soalan akan diajukan untuk tiga hari berikutnya kepada Mustapha," katanya yang turut mengajak Mustapha berdebat mengenai persoalan berkenaan.

Ia berikutan, beliau pada sidang media di Pejabat DAP Selangor di sini, hari ini, berkata percanggahan kenyataan beberapa negera yang menyertai perjanjian berkenaan mengundang kekeliruan rakyat.

Antaranya, katanya, tempoh paten farmaseutikal yang dinyatakan Mustapha ialah lima tahun tetapi ia bercanggah dengan kenyataan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan tempoh paten biologi itu dilindungi selama lapan tahun.

"Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan negara terlibat berbincang mengenainya selama lima tahun? Adakah kerajaan membangkitkan isu ini dalam proses pembentukan perundangan?

"Bagaimana kerajaan dapat menyelesaikan kekeliruan ini? Adakah Malaysia akan mengubah komitmen terhadap perjanjian itu dari lima tahun ke lapan tahun jika didesak AS?" katanya.

Malah, Charles berkata, Perdana Menteri New Zealand, John Key menyatakan harga ubat akan melambung tinggi jika TPPA dilaksanakan, berbeza dengan kenyataan Mustapha yang mendakwa harga ubat bergantung kepada nilai mata wang.

"Adakah kerajaan bersetuju dengan John Key? Adakah fenomena itu tidak melanggar Dasar Ubat Nasional (DUNas) yang menetapkan harga ubat harus berpatutan untuk setiap rakyat," katanya.

Lebih buruk, katanya, Pembekal khidmat internet (IPS) dibenarkan untuk membuat satu server khas bagi menyimpan maklumat berkaitan pengguna internet, sekaligus menceroboh ruang peribadi pengguna.

"Mengapa Malaysia bersetuju dengan penetapan berkenaan yang membenarkan rakyat diintip pihak luar?" katanya.

"Adakah kerajaan bersedia untuk membayar pampasan besar kepada pelabur asing jika kerajaan kalah?" katanya sambil menambah, kerajaan harus menjelaskan mekanisme bayaran jika kerajaan negeri disaman syarikat asing.

"Jika Kerajaan Negeri disaman, adakah kerajaan akan mengarahkan kerajaan negeri membayar saman berkenaan, dan jika tidak, bagaimana mekanisme bayaran itu dijalankan," katanya.

Beliau juga bimbang kira-kira 30 peratus atau 195,000 Perusahan Kecil dan Sederhana (SME) bakal gulung tikar dan tertanya-tanya sama ada kerajaan Pesekutuan ada menyediakan dana pemulihan jika ia berlaku.


Negeri Sembilan Tunggu Pendirian Kerajaan Persekutuan Mengenai Vape

Posted: 19 Jan 2016 01:43 AM PST

Oleh: SARBAN SINGH
 
 
 

SEREMBAN: Kerajaan negeri masih belum lagi tunduk kepada permintaan pelbagai persatuan agama untuk mengharamkan vape di negeri itu sehingga kerajaan persekutuan mencari bukti muktamad bahawa tabiat itu membahayakan kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata pihak berkuasa bagaimanapun akan terus memantau kedai vape untuk memastikan tiada bahan terlarang dijual kepada pengguna.

"Saya tidak boleh mengharamkan penjualan vape melainkan pihak berkuasa mengisytiharkan pengharamannya," kata Shamshulkahar.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mematuhi apa jua keputusan yang dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai perkara itu kerana tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Pada Ahad, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) meminta kerajaan negeri untuk mengharamkan penjualan vape dan produk berkaitan paraphernalia di Negeri Sembilan.

Pengerusinya, V. Kandasamy berkata sejak Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan vape sebagai haram kepada orang Islam, perkara itu juga perlu diharamkan kepada kaum lain.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan majlis tersebut berhubung perkara itu kerana mereka juga bersetuju dengan pengisytiharan pengharaman vape kerana ia membahayakan kesihatan.

Pada awal bulan ini, kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan membenarkan penjualan produk dan rokok elektronik di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan orang bukan Islam yang menghisap vape.

Pengerusi 1MDB Hadir Prosiding PAC

Posted: 19 Jan 2016 01:37 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (kiri) hadir untuk memberi keterangan pada prosiding Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen, Selasa. -fotoTHESTAR
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin hadir untuk memberi keterangan pada prosiding Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen di sini Selasa.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding akan bersambung pagi esok kerana ada beberapa perkara lagi yang perlukan penjelasan dan diperhalusi daripada pengerusi 1MDB itu.

"Prosiding hari ini melibatkan Tan Sri Lodin selaku Pengerusi (1MDB). Beliau telah dilantik sejak 20 Okt 2010 (hingga sekarang)... prosiding bermula pukul 10 pagi tadi beri peluang kepada Yang Berhormat beri soalan, kita cuba untuk selesaikan hari ini tapi terpaksa disambung esok," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.

Menurutnya PAC akan menentukan kelak sama ada akan memanggil bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Ditanya sama ada PAC berpuas hati dengan keterangan Lodin hari ini, Hasan berkata: "Perkara dibincang tak boleh beritahu ...esok akan lebih jelas perkara yang diketahui ...hari ini tak sampai separuh".

Hasan berkata pihaknya cuba untuk menyiapkan laporan prosiding tersebut sebelum akhir Februari ini untuk membolehkan ia dibentang di Parlimen pada Mac depan.\

Pada 1 Disember lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberi keterengan kepada PAC.
 
 

PAS Kelantan Hanya 'Dukacita', Nafi Campur Urusan PKR Dengan Amanah

Posted: 19 Jan 2016 01:35 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KOTA BAHARU: PAS Kelantan pada Selasa menegaskan parti itu tidak pernah mencampuri urusan antara PKR dengan Parti Amanah Rakyat (Amanah)  dalam Pakatan Harapan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli baru-baru ini adalah untuk menzahirkan rasa dukacita parti terhadap penyertaan PKR dalam majlis anjuran Amanah di Kelantan sahaja.

"Kami rasa tak campur apa-apa. Kami sebut perasaan (dukacita) dan apa yang menjadi kebimbangan kami, terutama perasaan anggota parti di peringkat akar umbi apabila mereka melihat bagaimana PKR yang ada tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PAS, sama-sama membentuk kerajaan di Kelantan, tiba-tiba berada atas pentas Amanah yang nak jatuhkan kerajaan (PAS) Kelantan.

"Kami tak boleh halang (PKR nak buat majlis di Kelantan), cuma kami rasa dukacita bila (PKR) buat majlis bersama dengan Amanah di Kelantan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian usahasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan bersama-sama Jalur Saujana Sdn Bhd dan ICT Incubator Centre Sdn Bhd di Kompleks Kota Darul Naim, di sini Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali dipetik sebagai berkata parti itu bersedia memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR jika ia melakukan sabotaj bersama DAP di kawasan yang didominasinya.

Berikutan itu, Rafizi, yang menghadiri majlis anjuran Amanah di Kelantan itu, dilaporkan berkata PKR akan mengadakan perbincangan di belakang tabir bersama-sama PAS.

Che Abdullah berkata PAS Kelantan sentiasa memberitahu PAS Pusat tentang  perkembangan terkini berkaitan hubungan antara PKR dan Amanah di Kelantan supaya ia boleh buat keputusan.

Denggi: Ibu Bimbang Seorang Anak Meninggal Dunia, Seorang Masih Dirawat

Posted: 19 Jan 2016 01:33 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Ibu kepada kanak-kanak perempuan enam tahun yang meninggal dunia akibat demam denggi Ahad lepas, melahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan seorang lagi anaknya yang juga dijangkiti wabak yang sama.

Oing Kam Niu, 34, seorang surirumah berkata mendiang Wah Ying Er, 6, merupakan anak kelima manakala yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ialah anak ketiganya, Wah Ying Qi (perempuan), 11 tahun.

"Anak saya yang ketiga ni nampak macam dan sembuh, tapi sukar dijangka sebab demam tu sentiasa berulang, saya berdoa agar beliau cepat pulih dan dibenarkan pulang ke rumah tidak lama lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.

Beliau berkata sebelum ini kesemua anaknya telah dimasukkan ke wad HSNZ kerana denggi tetapi tiga daripadanya telah dibenarkan pulang kecuali Ying Qi yang dirawat bermula Sabtu.

"Memang sedih sangat sebab kehilangan seorang anak akibat denggi, tapi dalam masa sama saya bersyukur sebab tiga lagi dah keluar hospital dan pulih dari denggi cuma sekarang anak saya yang ketiga sahaja masih dirawat di HSNZ," katanya.

Menceritakan keadaan mendiang, Oing berkata kanak-kanak itu mula mengadu demam pada Khamis lalu selepas pulang dari tadika dan demamnya semakin teruk menjelang petang.

"Jadi, bapanya, Wah Tee Chay, 48, terus membawa dia ke hospital dan dimasukkan ke wad setelah disahkan menghidap denggi.

"Saya ingatkan dia boleh pulih seperti biasa sebab nampak macam dah boleh makan dan minum, tiba-tiba pada sebelah petang (Ahad) dia mula muntah dan cirit birit.

"Bila dimasukkan ke unit rawatan rapi, anak saya terus tak sedarkan diri dan meninggal dunia pada pukul 11 malam," katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kanak-kanak itu adalah mangsa ketiga yang maut dari lokaliti wabak yang sama sebelum ini iaitu di Kampung Panji Alam.


Ia terletak kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu.


"Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan mahu operasi mencari serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes ini diperhebatkan lagi bagi mengelak berlakunya kematian di masa akan datang, " katanya.
Selain itu Muhammad Pehimi berkata operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan akan terus digerakkan untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes termasuk di kawasan premis yang tidak berpenghuni.

"Antara langkah agresif yang dibuat ialah memeriksa persekitaran rumah atau tanah terbiar yang tidak berpenghuni dan sekiranya didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk Aedes di situ, pemiliknya akan dikenakan kompaun.

"Sebelum ini, pihak bertanggungjawab tidak membuat pemeriksaan di kawasan tanah atau premis yang tidak berpenghuni kerana ia adalah satu kesalahan undang-undang kerana mencerobohi harta persendirian tanpa kebenaran pemilik namun tidak lagi kali ini kerana kita mahu membanteras denggi habis-habisan," katanya.

Mengikut rekod, kes demam denggi di Terengganu terus meningkat kepada 316 kes setakat 7 pagi tadi dengan empat kematian dilaporkan sejak 1 Jan lepas.

SEKALI LAGI, TANGKAP DAN SIASATLAH KU NAN!!

Posted: 18 Jan 2016 07:20 PM PST

shahbudindotcom.

 

Setelah menafikan kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor semalam bahawa terdapat kawasan-kawasan tertentu di ibukota sebagai sasaran serangan pengganas, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar seterusnya berkata, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga yang menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga menimbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap sesiapa juga, termasuk orang kenamaan yang melakukan perbuatan itu.
 
 
 
 
 
 
Sementara itu, Perdana Menteri Najib Razak juga meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum mengenai tahap keselamatan negara.

Siapa yang membuat spekulasi serta menyebarkan maklumat tidak sahih itu?

Tidak ada sesiapa kecuali Tengku Adnan saja yang ada berbuat demikian. Beliaulah yang secara terbuka bercakap kepada media dengan menyebut beberapa tempat di ibu negara sebagai sasaran serangan pengganas.

Oleh itu, sesuai dengan kenyataan Khalid untuk menangkap sesiapa saja termasuk orang kenamaan serta ingatan Najib agar jangan sesiapa membuat spekulasi dan menyebar maklumat tidak sahih, tindakan perlu diambil terhadap Tengku Adnan.

Tangkap dan siasatlah beliau dengan segera!
 
 
 
 
 
 
Semalam blog ini telah menyatakan bahawa Tengku Adnan patut ditangkap dan disiasat atas perbuatannya itu, hari ini  ingin mengulangi gesaan itu berikutan kenyataan terbaru Khalid dan Najib mengenainya. 

Sekali lagi, hanya Tengku Adnan saja yang didapati membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keselamatan negara selepas berlakunya serangan pengganas di Jakarta, Indonesia.

Tidak bermakna di mata rakyat jika sekadar amaran atau ingatan, tetapi tiada tangkapan atau penyiasatan kepada mereka yang jelas didapati melakukan kesalahan. Tambahan lagi, Tengku Adnan masih tidak menafikan, menarik balik, meletakkan atas salah lapor media atau beliau hanya bergurau saja tentang kawasan panas yang disebutnya itu.

Sekurang-kurangnya ia berupa peringatan kepada sesiapa di masa akan datang agar tidak sesuka hati bercakap perkara yang tidak pasti.


Jangan nafi isu mahasiswa lapar – PKPIM

Posted: 18 Jan 2016 07:16 PM PST

 
Ia bukanlah suatu isu yang kali pertama dibangkitkan mahasiswa sebaliknya, sudah menjadi perkara yang menghantui mereka 


hungry_studnt_ringgit_600


PETALING JAYA: Pihak pentadbiran di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini diminta agar tidak menafikan isu bebanan kos sara hidup yang semakin menekan mahasiswa pada masa ini.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, perkara itu bukannya kali pertama diutarakan oleh golongan mahasiswa malah ia telah menjadi suatu perkara yang menghantui mereka.

"Sudah sampai masanya pentadbir universiti dan juga KPT (Kementeraian Pengajian Tinggi) sendiri hadapi isu sebenar.

Cukuplah berdolak-dalik daripada isu sebenar kerana `sindrom penafian' yang ditunjukkan pentadbir universiti seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah," katanya lapor Sinar Harian Online.

Menurut Mohammad Fazril, kegawatan ekonomi serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan pada masa ini memberi kesan secara langsung kepada golongan mahasiswa.

Katanya, dalam pada masa sama mahasiswa turut terbeban dengan kenaikan kadar yuran pengajian selain, jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang diturunkan.
"Sudahlah yuran naik, jumlah pinjaman PTPTN pula dipotong," ujarnya.

Kata Mohammad Fazril lagi, isu bebanan hidup mahasiswa yang pernah dibangkitkan itu bagaimanapun, disambut dengan jawapan yang mengecewakan apabila pihak-pihak berkenaan secara terus menerus cuba mengelak.

Mohammad Fazril berkata demikian bagi merujuk kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam yang mempertikai hasil kajian Pertubuhan Kebajikan Muslim Malaysia (MVM) berhubung isu `mahasiswa lapar' dan menganggap laporan itu sebagai keterlaluan serta mempunyai niat tersembunyi.

Dapat 10 kerusi ahli majlis kejayaan besar AMANAH

Posted: 18 Jan 2016 07:09 PM PST

 
AMANAH juga bersedia berdepan dengan PAS dan UMNO dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14


Izham Hashim


PETALING JAYA: Kejayaan memperoleh 10 kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Selangor merupakan kejayaan awal Parti Amanah Negara (AMANAH) di negeri itu.

Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim berkata, keputusan yang dibuat Kerajaan Selangor itu membuktikan parti serpihan PAS itu diiktiraf oleh pentadbiran negeri berkenaan.

"Sebelum ini, kita juga mendapat kejayaaan apabila dua wakil rakyat Amanah (Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin) diiktiraf kerajaan Selangor dan mereka menerima layanan dan peruntukan yang sama seperti ADUN-ADUN lain dalam kerajaan.

"Pengiktirafan ini kepada ADUN, ahli majlis dan jawatan-jawatan kerajaan
lain merupakan satu kejayaan kepada AMANAH dan Pakatan Harapan," katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Izham berkata, parti itu bersedia sepenuhnya untuk
menentang PAS dan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Malah, parti itu cukup yakin akan memenangi kerusi yang bakal ditandingi mewakili Pakatan Harapan.

"Kami bersedia menghadapi apa jua jenis pertembungan dua atau tiga penjuru (menentang PAS dan UMNO) di dalam pilihan raya akan datang, tetapi semuanya bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
AMANAH yakin mencapai kemenangan mewakili PH," katanya

75 ditahan ekoran serangan di Pasar Borong Selayang

Posted: 18 Jan 2016 07:07 PM PST

 
Khabar angin dan maklumat palsu hanya akan menimbulkan lebih banyak kekacauan.


ACP R Munusamy


KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 75 orang berikutan insiden serangan di Pasar Borong Selayang baru-baru ini.

Ketua Polis Sentul, ACP R Munusamy berkata, melalui penahanan itu diharap tidak ada lagi apa-apa kejadian berlaku kerana siasatan sedang dijalankan.

"Kami meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dengan mengatakan bahawa terdapat lima hingga enam orang India telah dibunuh. Khabar angin seperti itu hanya akan menyebabkan lebih banyak kekacauan.

"Kita telah menahan warga asing yang membawa senjata ke dalam Pasar Borong Selayang dan keselamatan di pasar itu terjamin ekoran adanya kawalan ketat pada setiap masa," katanya yang dipetik dari The Star Online.

Munusamy memberitahu, pihaknya ada menempatkan dua orang anggota di pondok polis di pasar itu bagi melakukan pemantauan.

Pada 13 Januari lalu, media melaporkan seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan kerana melepaskan tembakan di pasar berkenaan sehingga mencederakan seorang pengunjung berumur 34 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Suspek ditahan di Batu Caves pada hari berikutnya.

Dalam kejadian berasingan, lima lelaki yang menaiki dua buah kereta telah melepaskan tembakan secara rambang sebelum melarikan diri.

Suspek turut memukul dua warga Myanmar yang merupakan pekerja di pasar borong berkenaan.

Dalam pada itu, polis menafikan dakwaan mengenai pertembungan antara dua kumpulan iaitu lelaki India dan warga Myanmar di pasar berkenaan.

Datuk Vida mahu dilantik Pengurus Eksekutif TRW

Posted: 18 Jan 2016 07:04 PM PST

 
Ia bagi membolehkan beliau duduk bersama pemain untuk berinteraksi setiap kali perlawanan berlangsung


dato-vida,kerusi,[emain


PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida meminta untuk dilantik sebagai Pengurus Eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), bermula musim ini.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu, ia bagi membolehkan beliau dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan Kelantan itu.

Katanya, jawatan berkenaan itu adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan yang sebelum ini terkenal dengan panggilan The Red Warriors (TRW) itu.

"Apabila saya dilantik sebagai Pengurus Eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini.

"Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan.

"Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan," katanya lapor Berita Harian.

Vida Beauty bersetuju menaja pasukan Kelantan selama dua musim dengan pembiayaan sebanyak RM16 juta dengan beberapa syarat termasuk menukar nama pasukan Kelantan kepada PQPTRW.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju dengan 35 syarat penajaan itu termasuk mengecat Stadium Sultan Mohammad IV kepada warna merah jambu.

Pelantikan sebagai Pengurus Eksekutif itu adalah antara 35 syarat yang dipersetujui dalam perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan pegawainya di ibu negara pada minggu lalu, lapor akhbar itu.

Rakyat berhak marah Ahmad Maslan

Posted: 18 Jan 2016 05:50 PM PST

Oleh TK Chua


Apabila peniaga gagal membatalkan cukai jualan semasa mengenakan GST, siapa yang bersalah?

maslan,malaysia


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, tahukah mengapa rakyat marah dengan tuan? Jawapannya mudah; tuan mewakili kerajaan yang nampaknya tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik. Bukan itu sahaja, tuan juga suka menggosok garam ke dalam luka, sentiasa memberi alasan dan membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Tuan meminta rakyat menyalahkan peniaga (kerana kenaikan harga mendadak) adalah contoh terkini yang tidak bernas. Apa ini, perlukan kami boikot semua peniaga atau pun tunjuk perasaan di hadapan kedai dan pasar raya mereka?

Biar saya tanya tuan begini, apabila kerajaan tidak dapat menguruskan atau tidak dapat mengawal pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan betul, pihak mana yang sepatutnya dipersalahkan? Apabila peniaga mengambil kesempatan untuk menikmati keuntungan yang tinggi, yang mana sepatutnya dipersalahkan? Apabila ringgit menyusut nilainya dengan mendadak menyebabkan kenaikan harga import dan kos sara hidup, siapa sepatutnya dipersalahkan?

Apabila peniaga gagal membatalkan cukai jualan semasa mengenakan GST, siapa yang bersalah?

Bukankah tanggungjawab Jabatan Kastam Diraja dan unit GSTnya yang sepatutnya melaksanakan GST dengan lancar dan tersusun? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pegawai penguatkuasanya jika peniaga menjual barangan terlalu mahal? Kelmarin, saya ternampak satu kilogram ikan kembong berharga RM18. Bolehkah tuan percaya?

Mudah untuk tuan menyalahkan peniaga apabila kos sara hidup meningkat. Akan tetapi, pernahkah tuan berfikir tentang fenomena inflasi yang tinggi, kekurangan, rantaian bekalan yang tidak cekap dan ketidaksempurnaan pasaran. Bukankah semua ini fungsi kerajaan? Untuk makluman, peniaga tidak ada peranan atau pengaruh dalam bekalan wang, nilai ringgit, pasaran yang tak cekap serta penyalahgunaan lain dalam sistem.

Sebagai seorang timbalan menteri yang mempunyai graf kumulatif tinggi, tuan sepatutnya melihat kos sara hidup rakyat selain daripada di peringkat runcit. Untuk makluman, sebahagian besar keperluan negara adalah bergantung kepada import. Kelemahan berterusan nilai ringgit sudah pasti menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mengimport barangan seterusnya dengan harga yang sama. Pernahkah tuan terfikir tentang perkara ini, yang lebih teruk mungkin belum tiba lagi sekiranya nilai ringgit merosot lagi?

Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk menghentikan "blame game". Sudah sampai masanya untuk Malaysia mencari penyelesaian lengkap ke atas masalah yang dihadapi. Jangan lagi tunggu lama-lama.
  
(*)TK Chua ialah pembaca FMT

Saya,Tok Pa Dan TPPA

Posted: 18 Jan 2016 05:47 PM PST

Oleh Mohammad Agus Yusoff


Semalam saya bertemu Datuk Mustapa Mohamed di rumahnya. Beliau mengajak saya berbincang tentang TPPA dan politik Kelantan.Tentang TPPA, kata Tok Pa, kita adalah negara berdagang. Suka tidak suka kita mesti menyahut cabaran globalisasi dan menerima liberalisasi perdagangan.

Seterusnya Tok Pa bertanya pendapat saya tentang TPPA? Saya tidak menjawabnya langsung, tetapi menimbulkan beberapa keraguan saya tentang TPPA.

Antaranya ialah tentang harga barangan, peluang pekerjaan, Investor State Dispute Settlement (ISDS), hak bumiputera, hak negeri dan lainnya. Beliau memberi jawapan yang mantap kepada setiap yang saya timbulkan.

Tetapi kata saya, jawapan itu diberi kepada saya. Bagaimana dengan rakyat? Apakah mereka faham apa yang dietrangkan kepada saya?

Kata Tok Pa, beliau akan turun padang untuk menjelaskan keraguan rakyat ini supaya semuanya boleh faham tentang TPPA ini.

Selesai perbincangan, Tok Pa menandatangani buku kecil TPPA dan memberikannya kepada saya. Saya dengan senang hati menerimanya dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Pa.

Tentang politik Kelantan, bila masa sesuai saya sambungkan kisah ini.

Tentang pertemuan semalam, satu yang dapat saya rumuskan: Tok Pa seorang pemimpin yang rajin, komited pada tugas, dan paling penting beliau tahu subject matter yang beliau perjuangkan.

Jikalah ramai pemimpin kita seperti Tok Pa

WhatsApp Kini Percuma Sepenuhnya

Posted: 18 Jan 2016 05:41 PM PST

DETIK DAILY









WhatsApp ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia dengan lebih 1 bilion pengguna. Kepopularannya menyebabkan ia dibeli oleh Facebook pada harga $19 Billion. Sebelum ini pengguna perlu membayar yuran tahunan sebanyak $0.99 setahun.

Hari ini WhatsApp mengumumkan bahawa yuran tahunan ini tidak lagi akan dikenakan dan perkhidmatan mereka kini percuma sepenuhnya. Kepada pelanggan yang sudah membayar yuran tahunan, tiada pulangan wang akan diberikan.


WhatsApp turut menekankan mereka tidak akan meletakkan iklan di dalam aplikasi ini bagi menjana keuntungan. Sebaliknya mereka akan menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan kepada perniagaan ataupun organisasi tertentu.

Sebagai contoh di masa hadapan WhatsApp boleh digunakan untuk berhubung secara rasmi dengan bank ataupun syarikat penerbangan sebagai saluran perhubungan rasmi. Dengan jumlah pengguna melebihi 1/7 penduduk dunia, WhatsApp ingin menjadi aplikasi pemesejan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Sumber Rujukan: WhatsApp

SPR pamer rang daftar pemilih tambahan suku ke-4 2015

Posted: 18 Jan 2016 05:33 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) Suku Tahun Keempat 2015, yang menyenaraikan 103,508 permohonan pemilih baru dan pertukaran alamat pusat mengundi, kini dipamer di 964 lokasi seluruh negara bermula hari ini sehingga 2 Februari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata permohonan pendaftaran itu melibatkan 82,146 pendaftaran pemilih baru dan 21,362 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih sedia ada yang berdaftar dengan SPR.

Beliau berkata pemohon yang mendapati namanya tidak tersenarai dalam DPT boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B manakala pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan ke atas nama mana-mana orang di dalam DPT Suku Tahun 4/2015 boleh dibuat dengan mengisi Borang C.
Katanya, seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang.

"Borang B dan Borang C hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang DPT itu dipamerkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Ghani berkata bantahan dikemukakan hendaklah berasas dan bukan dengan niat ingin menafikan hak warganegara untuk mendaftar sebagai pemilih atau memperlekeh peranan SPR dalam urusan pendaftaran pemilih.

Semasa tempoh pameran, katanya, SPR juga mempamer nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih, atas sebab pemohon tidak bermastatutin di dalam bahagian pilihan raya berkenaan, pemohon bukan warganegara Malaysia dan pemohon telah meninggal dunia.

Sehubungan dengan itu, Abdul Ghani menyeru kepada semua pemohon yang telah mendaftar dalam tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember tahun lepas supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka.

Semakan boleh dibuat melalui laman web SPR di laman web SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-8892 7000, katanya.- Bernama


Perpustakaan Kuala Lumpur terbakar

Posted: 18 Jan 2016 05:28 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Struktur luar Perpustakaan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka, di sini terbakar pagi tadi.
 
Kejadian kira-kira 10 pagi itu disedari pekerja pencuci bangunan.
 
Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Armdan Mahat berkata, siasatan awal mendapati api berpunca daripada kerja kimpalan di lokasi kejadian.
 
"Pihak kami menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada 10.18 pagi dan tiba di lokasi pada 10.25 pagi.
 
"Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke tempat lain kira-kira 10 minit kemudian. Hanya struktur luar membabitkan papan tanda perpustakaan hangus," katanya.
 
 

Gaji penguatkuasa rendah, antara sebab rasuah

Posted: 18 Jan 2016 05:21 PM PST

Nadzim Johan
Datuk Nadzim Johan. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM - Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, antara penyebab yang menjadikan negara kita makin tenat ekonominya adalah berkaitan dengan pemberian gaji pengkuatkuasa yang rendah.

Katanya, ini sekaligus mewujudkan budaya rasuah kerana kadangkala pihak berkuasa mengambil kesempatan untuk 'mencari duit lebih' dengan cara menyuap pesalah kerana merasakan gaji mereka terlalu sedikit dan tidak mampu menampung kos kehidupan seharian.

"Gejala ini saya tidak menyokong sama sekali, cuma bayangkan gaji penguatkuasa, kalau mereka mula berkerja lebih kurang dalam RM1,200 ke RM1,500, duduk (tinggal) di Kuala Lumpur siapa boleh duduk dengan gaji begitu di KL.

"Lepas itu caranya penguatkuasa ini ambil kesempatan dengan kuasa yang mereka ada, yang mana akhirnya akan memberi derita kepada orang lain, contohnya pengkuatkuasa dapat RM50 'lori boleh lepas', dapat RM2,000 bangunan boleh lulus, jadi masalah yang timbul selepas itu macam anai-anailah.

"Bila bangunan sudah siap dia akan runtuh, oleh itu kita perlu cari penyelesian dengan harapan masalah ini dapat dikurangkan dan dapat diatasi," katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎.

Oleh itu ujarnya, kajian yang mendalam diperlukan untuk mencari punca kepada permasalahan ini, supaya ia tidak terus menjadi barah kepada ekonomi negara.

"Ini yang perlu kita ubah, gaji rendah mereka yang sepatutnya amanah buat kerja tidak amanah, warden, penguatkuasa dia terpaksa mencari duit luar, macam kitalah tidak beri duit kepada anak kita lepas itu kita marah dia mencuri, dia pun hendak makan juga, bukan hendak sokong ini hakikat yang perlu kita lihat, kita perlu kaji, selesaikan," katanya.

'Saya hiba ketika kutip cebisan daging atas jalan'

Posted: 18 Jan 2016 05:19 PM PST


 'Saya hiba ketika kutip cebisan daging atas jalan'
Pelajar tingkatan satu itu putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori dari arah bertentangan selepas terjatuh dari motosikalnya yang berselisih dengan Perodua Kancil.


SUNGAI PANJANG - "Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya," luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di sini, petang tadi.

Jamalulail Md Alias, 52, berkata, dia dimaklumkan tentang kejadian itu salah seorang anaknya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang.

"Anak hantar WhatsApp ada kemalangan dekat rumah. Tanpa berlengah saya terus ke tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Dia yang menetap di Parit 16 Sungai Panjang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat pihak perubatan sedang melakukan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil dia terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar.

"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Dalam kejadian itu, Siti Nuraisyah putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori, manakala kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, mengalami kecederaan terseliuh kaki kanan dan kiri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.

Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pemandu Perodua Kancil dan lori serta saksi kejadian tampil menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Tiada ulasan: