DIALOG RAKYAT |
- SELAMAT TAHUN BARU TAPI SOALAN PALING POPOLAR, BILA NAK DAPAT PM BARU?
- RTM lakukan pembaharuan siaran TV, tambah masa berita dari Sabah, Sarawak - Salleh
- Reka cerita 'diculik' kerana mahu bersama teman lelaki
- Lim janji teruskan BR1M, hapus GST jika tawan Putrajaya
- Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa?
- Rakyat diminta berjimat, kerajaan pula membazir – Muhyiddin
- Ahmad Maslan lagi layak ganti Najib – Anina
- Reaksi netizen terhadap syarat Datuk Vida taja TRW
- Tujuh Pusat Pemindahan Tempatkan 523 Mangsa Banjir Di Sarawak Pagi Ini
- Seorang Rentung, 20 Diselamatkan Dalam Kemalangan Bas, Kereta Dekat Yong Peng
- Empat Penjenayah Ditembak Mati Di Bintulu
- Tak padan makanan dan layanan di Makkah dan Madinah
- Apa pula nak datang pada 2016?
- Tahun baru, krisis kepercayaan kepada kerajaan masih belum pulih, kata Muhyiddin
- Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR Bersamaan RM5.00 Pada Suku Pertama Tahun 2016? Punca Sebenar?
- Pakatan Harapan akan buat pengumuman besar
- Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid
- Umno Kedah tunggu kesediaan PAS jalin kerjasama
- Pelaksanaan eVisa bermula 2 Januari 2016
- Malaysia muflis jika undur dari TPPA, kata Mahathir
- Lebih ramai anggota polis di himpunan bantah kenaikan tol
- Gabungan desak pengunduran Najib susun siri jelajah, solat hajat
- 2016: Ekonomi kian parah, Najib tiada azam selamatkan Malaysia
- UMNO punca ‘malapetaka’ dan ‘malang’ sepanjang 2015
- Ketiga entiti paling rasuah, Najib malukan Malaysia di mata dunia
SELAMAT TAHUN BARU TAPI SOALAN PALING POPOLAR, BILA NAK DAPAT PM BARU? Posted: 01 Jan 2016 01:34 AM PST shahbudindotcom Hari ini kita sudah berada di hari pertama tahun 2016. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kita selalunya banyak ditanya mengenai azam dan harapan baharu, tahun baru kali ini pertanyaan paling popular ialah bilakah Najib Razak mahu meletakkan jawatan? Kenapa beliau liat sangat mahu berundur? Apa yang difikirkannya lagi sedangkan sangat jelas sokongan rakyat makin merudum terhadapnya? Apa yang menakutkannya untuk meletakkan jawatan? Apakah beliau tidak memikir keadaan UMNO dan negara yang semakin caca marba akibat kepimpinan dan dasarnya yang entah apa-apa? Hakikatnya banyak sekali pertanyaan seperti itu kedengaran. Bermakna dalam setiap nafas dan detik berfikir rakyat, keinginan mereka mahukan Najib berundur dengan segera dan hadirnya seorang Perdana Menteri baru lebih membuak-buak berbanding azam dan harapan untuk diri masing-masing. Bagi majoriti rakyat, kepercayaan mereka ialah kepimpinan Najib tidak boleh diperbaiki dan caranya mentadbir juga tidak mampu diubah atau dinasihati lagi. Satu-satunya cara yang diharapkan dapat memberi kebaikan kepada negara ialah dengan cara menggantikannya dengan pemimpin lain. Rakyat ternyata sudah begitu "tension" dan tertekan dengan kepimpinan Najib yang semakin memburuk hari demi. Selain isu harga barang dan pelbagai kenaikan dalam perkhidmatan pengangkutan serta perjalanan yang membuatkan kehidupan rakyat kian sengsara, perkara lain yang hampir memusnahkan keyakinan mereka ialah berkaitan kemelut 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya. Kedatangan tahun baru 2016, sudahlah hampir saban tahun Najib menyambutnya di luar negara dan rakyat terus dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos hidup, turut dimulai dengan berita paling sedih untuk kita semua yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kepimpinan terdahulu. Semata-mata kerana ingin melangsaikan hutang 1MDB, 60 peratus daripada kepentingan dalam Bandar Malaysia yang luasnya hampir 500 ekar kini sudah sah menjadi milik sebuah syarikat negara China yang mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Johor. Konsortimum China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd dengan Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd itu dipersetujui membeli kepentingan 60 peratus Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion. Tanah Bandar Malaysia asalnya ialah kem TUDM Sungai Besi yang kini dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan dan telah diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga paling rendah dan di bawah nilai pasaran. Sebelum itu, sayap tenaga 1MDB iaitu Edra Energy juga turut dijual kepada sebuah syarikat negara China iaitu China General Nuclear Power Corp pada harga RM9.83 bilion serta menanggung semua hutangnya. Penjualan demi penjualan aset dan tanah kepada syarikat negara asing untuk melangsaikan hutangnya menjadikan 1MDB seolah-olah hanya "ejen penjualan" harta dan kekayaan negara kepada pihak asing semata-mata. Di manakah kononnya 1MDB merupakan sebuah syarikat pelaburan strategik jika akhirnya satu demi satu harta dan tanah yang diperolehi dengan harga murah dijual kepada pihak asing dengan begitu mudah? Bukankah jika Najib tidak menubuhkan 1MDB dahulu, semunya aset dan tanah itu masih kekal milik kita sehingga sekarang? Begitu juga dengan tanah Bandar Malaysia, jika dijual kepada GLC seperti Sime Darby misalnya untuk dibangunkan dan tidak diberikan dengan 1MDB dengan harga murah, tidakkah ia juga masih kekal menjadi milik kita serta mampu menjana pendapatan lumayan untuk negara? Malangnya, tanah dan aset dijual dan tergadai semata-mata untuk membayar hutang dan harta 1MDB semakin berkurangan jadinya. Akhirnya, tiada apa yang tinggal lagi. Ibaratnya, kalau sekadar sekadar gah menjual harta dan aset mak bapak, anak tidak sekolah pun pandai melakukannya. Yang berbaki kini hanyalah tanah TRX yang sedang diracik-racikkan melalui pecahan lot, juga diberi oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah dan mungkin turut akan dijual kepada banyak entiti asing untuk menutup sebahagian lagi hutang syarikat itu. Selain itu, wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib juga amat sukar diterima sebagai derma. Ia bukan saja menyebabkan buat pertama kalinya negara kita disenaraikan di kedudukan ketiga negara yang mempunyai "skandal rasuah paling buruk" bagi tahun 2015, bahkan kerana ingin mempertahankan wang tersebut, Najib telah melakukan beberapa tindakan pemecatan dan penyingkiran untuk mempertahankan dirinya. Maknanya, Najib sendiri tidak yakin dengan sejujur hatinya bahawa wang tersebut merupakan derma semata-mata sehingga terpaksa menggunakan segala kuasa yang ada untuk melindungi dirinya dan mengenepikan sesiapa saja yang cuba bertanya mengenainya. Kenapa perlu pecat dan buang orang jika benar-benar percaya bersihnya wang itu? Kesimpulannya, kedatangan tahun 2016 tidak lebih hanya menambahkan lagi tekanan dan "tension" rakyat akibat kepimpinan Najib kerana selain masalah dan keburukan sedia ada, tahun baru ini juga dimulai dengan semakin hilangnya tanah dan kekayaan negara kepada pihak asing. Tiada pilihan untuk membendung semua ini daripada berterusan selain menurunkan Najib dengan segera. Sama ada beliau dapat diturunkan dalam waktu yang terdekat ini atau nasibnya akan ditentukan dalam PRU 14 nanti, biarlah masa yang menentukannya. Blog ini ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua dan bertekad mahu meneruskan sumbangan istiqamahnya dalam memastikan Najib dapat diundurkan demi kesejahteraan dan kelegaan kepada rakyat. Selagi Najib ada, selagi itulah rakyat terus "tension" dan tertekan. | ||
RTM lakukan pembaharuan siaran TV, tambah masa berita dari Sabah, Sarawak - Salleh Posted: 01 Jan 2016 01:30 AM PST BernamaMenteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bagi inisiatif itu, RTM akan menambah jajaran berita Berita Ehwal Semasa 1 (BES1) pada sebelah pagi dari pukul 7 pagi sehingga 10 pagi dengan Berita Nasional 7 selama sejam diikuti 'Selamat Pagi Malaysia' sehingga 10 pagi. "Berita Nasional 7 pagi akan menambah masa siaran untuk laporan lintas langsung dari Sabah dan Sarawak kepada 15 minit untuk setiap negeri setiap hari, berbanding hanya 10 minit pada masa kini," katanya dalam kenyataan hari ini. Mengenai pengisian bahan dari Sabah dan Sarawak, Salleh berkata, penambahan kandungan berita termasuklah laporan aktiviti dan program yang dijalankan di seluruh negeri, laporan susulan peristiwa, isu atau pengumuman kerajaan serta laporan khas. Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi, beliau berkata siaran berita akan memberi tumpuan kepada maklumat mengenai pilihan raya serta profil setiap kawasan yang ditandingi. Bagi Sabah pula, Salleh berkata, RTM akan membawakan laporan pelbagai aktiviti atau isu di setiap kawasan serta mengenai keselamatan melibatkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa. "Berita Nasional 5 yang bersiaran selama sejam dari pukul 5 petang pula membawa laporan langsung dari empat negeri setiap hari yang akan memberi tumpuan kepada isu semasa di negeri berkenaan," katanya. Empat negeri berkenaan ialah Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan satu negeri lain secara giliran. Pada 1 Sept tahun lepas, RTM memulakan jajaran berita BES 5-10 bermula 5 petang sehingga 10 malam dengan pengisiannya termasuk siaran berita semasa, berita utama, program berbentuk majalah dan Bicarawara | ||
Reka cerita 'diculik' kerana mahu bersama teman lelaki Posted: 01 Jan 2016 01:27 AM PST Harits Asyraf Hasnan, Astro AwaniKUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tidak berlaku sebarang kejadian culik ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun yang kononnya diculik dari kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu. Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat turut mengesahkan rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang viral di media sosial kononnya diculik oleh dua lelaki dan dilarikan dengan sebuah van putih adalah tidak benar. "Sepanjang tempoh 'kehilangannya' remaja perempuan tersebut selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya di Banting, atas kerelaan remaja perempuan itu sendiri. "Pihak polis juga ingin mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang telah menjadi viral dalam media sosial yang memberi gambaran remaja perempuan tersebut telah diculik oleh dua lelaki dan dilarikan dengan sebuah van putih, adalah palsu. "Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Justeru, kata Abdul Samah, seorang pemuda berusia 19 tahun yang ditemui bersama remaja perempuan tersebut semalam ditahan. Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki berumur 45 tahun dipercayai rakan kepada pemuda tersebut yang telah menumpangkan remaja perempuan itu tinggal dirumahnya sepanjang tempoh 'kehilanganya'. "Kedua-dua mereka ditahan dan akan direman selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun, tanpa persetujuan atau keizinan penjaganya yang sah," katanya. Sementara itu, remaja tersebut yang dikategorikan sebagai kanak-kanak bawah umur telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Bagaimanapun, Abdul Samah menegaskan pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap remaja perempuan tersebut atas kesalahan memberikan maklumat palsu mengenai kejadian yang berlaku keatasnya. Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya pada Ahad mengesahkan remaja perempuan itu ditemui selamat. Remaja perempuan itu ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di depan stesen minyak di Banting bersama seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai teman lelakinya. Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah kira-kira 2 petang dan mendapati remaja itu tidak berada di rumah. Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu. Insiden kehilangan remaja itu mula menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumahnya. Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di media sosial. Dalam perbualan tersebut, mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru dari dalam kenderaan yang dinaikinya. | ||
Lim janji teruskan BR1M, hapus GST jika tawan Putrajaya Posted: 01 Jan 2016 01:24 AM PST Zikri Kamarulzaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berjanji jika Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, rakyat akan terus menerima pemberian tunai sambil menikmati kos yang lebih rendah hasil daripada tadbir urus yang baik. "Di bawah Pakatan Harapan, rakyat Malaysia tidak perlu mempunyai dua pekerjaan untuk terus hidup "Pakatan Harapan akan meringankan beban 30 juta rakyat Malaysia dengan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan. "Rakyat Malaysia akan masih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan tanpa GST, kesan daripada kerajaan yang bersih dan menjalankan tender terbuka," kata Lim dalam ucapan tahun baru hari ini. Dalam mesej yang dipaparkan di laman Facebook rasmi beliau, Lim berkata BN menjadikan keadaan ekonomi lebih buruk kerana "pengurusan ekonomi yang gagal". Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan bahawa rakyat Malaysia perlu melakukan dua kerja untuk menampung kos hidup. Tidak wajar jadi hamba ekonomi Lim turut membidas Ahmad kerana mengheret namanya dalam cadangan supaya orang ramai melakukan dua pekerjaan. "Walaupun saya melakukan pelbagai tanggungjawab dalam kerajaan dan parti politik saya, saya hanya mempunyai satu kerja iaitu berkhidmat kepada rakyat," katanya. Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Ahmad bahawa beliau juga melakukan tiga pekerjaan sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan ketua menteri. Menurut Lim, sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyingkirkan pemimpin BN seperti Ahmad Maslan dan hidup dalam ekonomi yang lebih bermaruh dengan melakukan satu pekerjaan. "Rakyat Malaysia tidak wajar menjadi hamba ekonomi oleh BN. "BN perlu diganti dalam pilihan raya umum yang akan datang supaya kita tidak menjadi pelarian ekonomi atau hamba ekonomi di negara kita sendiri," katanya | ||
Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa? Posted: 01 Jan 2016 01:08 AM PST Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika. "Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu. "Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini. [ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan khas jejak remaja dilarikan van putih] Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial. Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis. Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih. Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi. | ||
Rakyat diminta berjimat, kerajaan pula membazir – Muhyiddin Posted: 01 Jan 2016 01:05 AM PST Kerajaan perlu pastikan setiap sen wang dikutip daripada rakyat dibelanjakan untuk manfaat rakyat teramai PETALING JAYA : Pemimpin kerajaan bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan ketika rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amat malang jika rakyat menanggung beban kerana kenaikan kos sara hidup tetapi kerajaan membiarkan ketirisan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu sahaja. "Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kerajaan perlu memastikan setiap sen yang dikutip daripada cukai dibelanjakan untuk manfaat rakyat. "Setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat mesti dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kemudahan awam, pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan program-program kebajikan yang benar-benar memanfaatkan golongan sasar," katanya. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, 2015 merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbir urus negara. "Skandal 1MDB, misteri derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, pemecatan Peguam Negara, pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang mendengar kes 1MDB sebagai anggota pentadbiran, pertukaran serta merta beberapa pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB dan keengganan Peguam Negara mendakwa pihak-pihak tertentu berdasarkan hasil siasatan Bank Negara mengenai dakwaan salah laku urusniaga 1MDB menimbulkan banyak persoalan dan keraguan mengenai ketelusan dan integriti dalam tadbir urus negara. "Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan. Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih," katanya. Muhyiddin juga berharap perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama. "Jangan kita biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu tadbir urus negara yg semakin meruncing. Ingatlah, mengekalkan perpaduan kaum, mewujudkan keharmonian agama dan memelihara keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama," katanya. | ||
Ahmad Maslan lagi layak ganti Najib – Anina Posted: 01 Jan 2016 12:58 AM PST Sindiran itu dibuat berikutan kelemahan dan cara Najib menyelesaikan beberapa masalah termasuk isu 1MDB PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dilihat sesuai menjadi Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Sindiran itu dibuat oleh Bekas Ahli UMNO, Anina Saadudin berikutan kegagalan pentadbiran Najib dalam menyelesaikan beberapa masalah negara. Katanya, kerana kelemahan Najib mentadbir negara maka dirasakan jawatan itu lebih baik diserahkan kepada Ahmad Maslan. "Sekiranya Najib cuba menyelesaikan masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menjual segala harta syarikat yang diperolehi secara ehsan dan mudah dari usaha pentadbiran negara yang terdahulu atau tanah-tanah kerajaan, saya berpendapat Ahmad Maslan juga layak menjadi Perdana Menteri. "Kemungkinan besar Ahmad Maslan akan lebih berjaya berbanding Najib kerana isterinya bukan Rosmah Mansor," katanya dalam kenyataan dibuat pada Jumaat. Mengulas lanjut, Anina mendakwa masalah yang wujud dalam negara ini adalah berpunca daripada Najib sendiri. Katanya, satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah dalam negara ini adalah dengan Najib meletakkan jawatannya. "Berapa banyak penipuan lagi yang DS Najib nak lakukan? Penipuan demi penipuan ini tidak akan sedikitpun membawa negara ke arah lebih baik. Sampai kiamat pun DS Najib akan terus menipu. "DS Najib adalah akar segala masalah. Akar yang mati tidak akan menghasilkan pucuk-pucuk atau ranting-ranting baru malah semua nya akan turut mati. "Percayalah, DS Najib tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang diciptanya kerana dirinya sendiri tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Dia hanya mengikut arus umpama layang-layang terputus talinya," katanya. | ||
Reaksi netizen terhadap syarat Datuk Vida taja TRW Posted: 01 Jan 2016 12:52 AM PST Dua syarat itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW). PETALING JAYA: Dua syarat yang dikenakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mula mendapat perhatian meluas di laman sosial Facebook. Dua syarat itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW). Bagaimanapun, sama ada dua syarat Datuk Hasmiza atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida itu dipersetujui kedua-dua pihak atau tidak, belum diketahui lagi. Para netizen, khususnya penyokong pasukan The Red Warrior (TRW) menerusi komen laman Facebook, mengutarakan pelbagai reaksi bercampur. "Aku suka syarat Datuk Vida..tajaan bukan-bukan sikit-sikit beb. Free lak tu, takkan meminta je. Jadi ikut la syarat Datuk Vida itu.. sumber duit pun daripada produk dia. Jadi korang (mereka) kena bantu naik kan produk dia tu ok," tulis Ezlin Itin di Facebook. "Terbaik Datuk. Color is not important (warna bukan keutamaan). Yang penting ialah suntikan semangat baru kepada TRW. Abaikan je pink itu. Bukan baju pemain ditukar tetapi stadium je. Tabik Datuk," tulis Ery Maarof di Facebook. "Aku suka dengan Datuk ini. Dia antara usahawan Melayu yang aku salute. Semalam lihat Hlive Datuk sangat memotivasikan. Teringin nak jadi macam itu. InsyaAllah aminn. Usaha tangga kejayaan," tulis Hazrin Mahadi di Facebook. Sebelum ini Datuk Vida menyatakan bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016 dengan bersyarat. "Soal tajaan, saya tidak kisah… Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat. "Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain," katanya memetik laporan Berita Harian. | ||
Tujuh Pusat Pemindahan Tempatkan 523 Mangsa Banjir Di Sarawak Pagi Ini Posted: 01 Jan 2016 12:46 AM PST "Di Samarahan, pusat pemindahan Dewan Komuniti Jaie menempatkan 62 orang, Masjid Lot Kampung Tambirat (132 orang), Dewan Suarah Samarahan (71 orang) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putit (lapan orang)," katanya. Siti Huzaimah berkata bilik gerakan bencana banjir negeri dibuka 24 jam dan orang ramai yang mahu mendapatkan atau menyalurkan maklumat mengenai sebarang bencana boleh menelefon 082-447000. - BERNAMA | ||
Seorang Rentung, 20 Diselamatkan Dalam Kemalangan Bas, Kereta Dekat Yong Peng Posted: 01 Jan 2016 12:39 AM PST Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Lazim Abdul Rahman berkata mayat mangsa yang belum dikenal pasti itu, rentung berikutan keretanya terbakar 100 peratus. "Bomba menerima panggilan pada pukul 8.53 malam dan sebaik tiba di tempat kejadian pada 9.13 malam, kami dapati berlaku kebakaran melibatkan bas dan kereta yang telah terbakar keseluruhannya," katanya. Mohd Lazim berkata seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng dan Timah Sari dikejarkan ke tempat kejadian. | ||
Empat Penjenayah Ditembak Mati Di Bintulu Posted: 01 Jan 2016 12:36 AM PST KUCHING: Polis menembak mati empat lelaki awal pagi Jumaat yang disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga rompakan bersenjata dilaporkan di Bintulu, bulan lepas. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata insiden itu berlaku dalam pukul 1 pagi semasa tiga pasukan D9 sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, kira-kira 600km dari sini, berikutan beberapa rompakan yang berlaku sebelum ini. Beliau berkata semasa rondaan, pasukan itu ternampak empat lelaki yang berkelakuan mencurigakan dalam sebuah kereta Toyota Vios dan sejurus mereka menyedari kehadiran polis, pemandu kereta itu memecut ke arah Miri. "Kereta itu kemudian membelok ke dalam ladang kelapa sawit, Ladang Maskat di Km42 Jalan Bintulu-Miri. Pasukan polis terus mengejar kereta itu sehingga ia terbabas ke bahu jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat. Muhammad Sabtu berkata beberapa anggota polis mengejar suspek apbila melihat dua lelaki keluar daripada kereta dan bergegas ke ladang kelapa sawit tetapi apabila mereka hampir tiba di ladang itu mereka berpusing balik dan cuba menyerang anggota polis. "Seorang daripada mereka melibas sebilah parang dan seorang lagi sebilah sabit. Polis menembak mati mereka untuk mempertahankan diri. Pemeriksaan taktikal polis selepas itu mendapati kesemua empat lelaki itu mati selepas polis melepaskan tembakan. "Seorang suspek rebah di kerusi pemandu, suspek kedua ditemui di temapt duduk penumpang dengan senapang patah di sisi tubuhnya. Dua lagi suspek berada tidak berapa jauh daripada kereta dengan parang dan sabit di sisi tubuh masing-masing, " katanya. Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemui beberapa peralatan memecah rumah, sebilah parang dan beberapa jam tangan dipercayai daripada rompakan awal manakala Toyota Vios yang digunakan mereka dilaporkan hilang di Bintulu pada Julai 2015. "Tiada dokumen pengenalan dijumpai pada suspek, yang disyaki terlibat dalam tiga rompakan bersenjata di Bintulu pada 25 Disember dan terakhir pada 29 Disember," katanya. Muhammad Sabtu juga berkata kumpulan itu juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes di Miri dan Sibu tahun lepas. Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak atas kejayaan pasukan D9 yang telah berada di Bintulu sejak sebulan lepas untuk mengumpul maklumat risikan dan menjejaki kumpulan itu. Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan syabas atas kejayaan itu. - BERNAMA | ||
Tak padan makanan dan layanan di Makkah dan Madinah Posted: 01 Jan 2016 12:27 AM PST Oleh Subky Latif INI adalah kali keempat saya ke Makkah dan Madinah Munawarah sejak tahun 1984. Perubahan memang banyak dan mengkagumkan. Kebanyakan bangunan lama yang setingkat dua diganti dengan hotel tinggi. Tidak ada lagi penjaja kecil nasi lemak dan mee segera serial dua di kaki lima bagi sarapan jamaah awam. Jamaah haji dan umrah rata-rata tinggal di hotel yang disediakan makan. Makkah yang bertanah batu gondol dengan barakah doa Nabi Ibrahim dilimpahi rezeki murah melimpah ruah sekalipun ia didatangi serentak tiga juta orang bagi satu masa. Inilah kali pertama tidak puas selera dibandingkan dengan bayaran makan yang dikenakan. Makan sedap demi ibadat sebagai tertamu Allah tidak berbangkit. Tetapi setiap pengunjung Haramain dikenakan bayaran makan yang tinggi antara 50 ke 100 rial sekali makan. Dulu kita dikenakan bayaran tempat tidur, boleh cari makan di mana-mana. Sekarang dimasukkan sekali dengan belanja makan. Rugi tidak makan kerana ia sudah dibayar. Makanan sunnah paling penting ialah air zam-zam dan kurma. Ia tidak disediakan untuk tetamu hotel. Teguklah air itu di masjid baik di Makkah dan Madinah. Apalah salahnya ia disediakan di hotel sebagaimana ia menyediakan lain-lain minuman dan buah-buahan. Hotel di Makkah itu dipenuhi pengumrah Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ada tetamu Arab tetapi makannya di tingkat lain. Cuma tercium asap makanan Arabnya. Makanan disediakan untuk Melayu itu dipercayai masakan Turki, asing bagi lidah dan tekak orang Melayu kampung. Bagi orang gelandangan bagi apa saja mereka makan, tetapi kami bayar mahal. Bukan untuk sekali dua tetapi sepanjang di Makkah dan Madinah. Bagi menyelerakan lain kali, kena bawa serunding. Di Madinah lebih menyedihkan. Hotelnya di sisi Masjid Nabawi. 15 langkah dari hotel masuk ke dataran masjid. Hotel 14 tingkat. Lebih 10 bilik setingkat dengan dua lif saja. Bila satu lif diguna mengangkut bagasi penumpang keluar masuk setiap hari, satu lif saja yang dapat diguna. Amat tidak selesa bagi pengguna lif terutama tiba waktu solat. Hotel ini penuh semua masa. Pelanggannya orang Melayu dari semua alam Melayu. Ruang makannya sempit dan padat. Demi menampung tetamu seramai itu pada waktu puncak ia memerlukan mungkin lima atau enam kali ganda luas ruangnya. Pelanggan terjamin sepanjang musim, apa salahnya disediakan ruang makan yang selesa lapangnya, tidaklah berebut-rebut macam pelarian mengejar makanan. Sebaik usai solat zohor dan isya, orang berdahulu-dahuluan mengejar meja makan. Jika lambat makanan habis dan terpaksa menunggu. Adapun makanannya amatlah tidak diterima tekak. Yang menghabiskan makanan bukan kerana sedap tapi kerana lapar. Mungkin tekak kucing dan ayam pun tak tertelan. Ramai yang kali pertama datang mengambil makanan penuh pinggan. Makan empat lima suap, ditinggalkan saja. Ia terbuang. Membazir. Membazir kesukaan syaitan. Pengendali hotel tentu ada pengalaman, ambil tahu tetamu Allah dan Nabi itu selesa atau tidak. Mereka tidak datang untuk menjamu selera, tetapi justeru mereka ditetapkan dengan makanan berbayar tinggi, mereka menyimpan duit lama untuk memenuhi permintaan tuan rumah, tetamu orang awam terpaksa puas hati dengan layanan tidak dengan bayaran yang dikenakan. Zaman jahiliyah dulu tuan rumah Quraisy bersusah payah menyediakan makan dan minum untuk tetamu haji. Mereka pastikan tetamu selesa dan terlayan. Islam mesti jauh lebih baik daripada jahilyah. Jangan sampai orang tersangka jahiliyah lebih elok daripada Islam. Ini agaknya yang dikatakan lebih Islam itu dari zaman Nabi, lebih nipis Islamnya. Kita tahu haji dan umrah tinggi ujiannya. Ini tdak menghalalkan orang Islam boleh abai tanggungjawab kepada tetamu Allah. | ||
Apa pula nak datang pada 2016? Posted: 01 Jan 2016 12:24 AM PST Oleh FARUSH KHAN KALAU pembaca budiman masih ingat, ramai yang anggap tahun 2014 sebagai "Tahun Bersusah Hati" atau "Tahun Naik Harga".Tahun itu, tidak lama selepas PRU13 diadakan, ramai orang terpinga-pinga mendapati harga minyak RON95 naik, kemudian harga gula pula naik. Akibat daripada itu, seperti biasa, pelbagai harga barang, makanan dan kos perkhidmatan naik tanpa mampu dikawal. Tambang bas, sewa bas sekolah, sewa teksi, harga ayam dan ikan, teh tarik, roti canai, dan harga macam-macam lagi barang dan bayaran perkhidmatan, naik. Saya tidak tahulah apa pula gelaran paling sesuai untuk tahun 2015 ini, yang hanya tinggal tiga hari lagi, tetapi saya pasti ramai setuju kalau saya kata 2015 adalah antara "Tahun Yang Paling Teruk". Kadar tarif elektrik naik, tambang transit aliran ringan (LRT) naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan, , dan kadar tol di 15 lebuh raya di seluruh negara, juga dinaikkan. Kerajaan memperkenalkan GST pada 1 April lalu dalam keadaan banyak pihak sedang mengeluh dan menentangnya. Bagi pihak kerajaan, kutipan GST adalah sesuatu yang sangat perlu dengan alasan bagi menampung perbelanjaan kerana pendapatan negara semakin kurang berikutan penurunan harga barang-barang komoditi. Apa lagi dengan kadar ringgit yang turun paling rendah pada bulan Mac lalu pertama kali dalam tempoh 17 tahun. Sebanyak 30 peratus eksport minyak dan gas kita dan nilainya pun turut turun antara 55 dan 60 peratus sejak Mei 2015. Semua ini memberi bebanan hebat kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa menanggung kos hidup yang makin meningkat. Pertengahan bulan ini, akhbar cakna Sinar Harian menyiarkan laporan mengenai keluhan rakyat yang rasa semakin terbeban, terutama yang berpendapatan rendah. Mereka meminta kerajaan menangani dengan bijak masalah kos sara hidup yang semakin meningkat yang memberi kesan kepada kepada kehidupan mereka, terutama yang berpendapatan rendah. Memang tidak dapat dinafikan 2015 adalah antara tahun yang paling mencabar kepada kerajaan dan rakyat akibat kenaikan harga barang dan kadar perkhidmatan serta penurunan harga komoditi. Tambah mencabar apabila negara menarik perhatian dunia dengan pemimpin utama sendiri berhadapan dengan cabaran besar, iaitu terpaksa menolak dakwaan demi dakwaan yang berkaitan dengan pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tanda-tanya. Cabaran dihadapi negara berlarutan hingga, pada 28 Julai 2015, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet. Turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Akibat bebanan kos hidup yang semakin berat, menurut pakar ekonomi, 80 peratus daripada gaji diperoleh individu setiap bulan terpaksa digunakan untuk bayar hutang. Bayangkan bagaimana hendak menanggung perbelanjaan hidup harian dengan baki 20 peratus, terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, apatah lagi yang tinggal dan bekerja di bandar. Memandangkan kita hanya ada tiga hari lagi sebelum tabir tahun 2015 dilabuhkan, mungkin ramai dalam kalangan kita mahu memasang azam baharu. Seperti biasa, terlaksana atau belum azam tahun-tahun yang silam tidak kira. Yang pasti setiap hujung tahun, ramai cenderong untuk memasang azam baharu. Saya percaya dengan harga rokok melambung lagi, ramai tentu janji mahu berhenti merokok, ada yang membuat jadual untuk bawa anak isteri melancong, ada berazam mahu tingkatkan prestasi kerja, ada yang mahu buang tabiat panas baran, sombong, dengki dan sebar keaiban orang. Tentu juga ada yang bisik kepada diri sendiri berulang kali mahu jaga solat lima waktu, sementara ada yang berdoa mahu menjadi anak yang soleh dan solehah. Ada yang mungkin sudah bertaubat tidak mahu lagi bawa balik duit haram, ada yang mahu berhenti ponteng kerja, ada yang berjanji mahu bayar hutang lama dan macam-macam azam lagi. Berapa ramai pula pemimpin berazam mahu berkhidmat dengan jujur dan tepati janji kepada rakyat? Berapa ramai YB berazam mahu turun padang membantu rakyat seperti dijanjikan sebelum menang pilihan raya? Entahlah. Kita tunggu dan lihat pula apa pula yang akan datang pada 2016. Kerajaan menjangkakan pada 2016, negara mendapat RM36 bilion daripada GST, belum masuk kutipan melalui lain-lain cukai, denda dan lain-lain hasil. Bayangkan kalau duit sebanyak itu digunakan dengan penuh berhemah, berhati-hati tanpa membiarkan sebarang ketirisan atau penyelewengan berlaku! | ||
Tahun baru, krisis kepercayaan kepada kerajaan masih belum pulih, kata Muhyiddin Posted: 31 Dec 2015 08:42 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER Dalam pesanan tahun barunya, beliau berkata rakyat mahu kerajaan melakukan sesuatu untuk meringankan beban yang mereka hadapi. "Rata-rata rakyat ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu lebih bermakna dan berkesan untuk meringankan beban rakyat yang kian terhimpit dengan masalah ekonomi," katanya dalam perutusan tahun baru di laman Facebooknya. Timbalan presiden Umno tersebut berkata 2015 juga menyaksikan integriti dan ketelusan tadbir urus negara tercalar, khususnya persoalan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang masih tidak terjawab. " 2015 juga merupakan tahun yang malap bagi Malaysia daripada segi integriti dan ketelusan tadbir urus negara," katanya. Muhyiddin berkata, rakyat masih tidak yakin dengan penjelasan mengenai 1MDB memandangkan sehingga hari ini tidak ada pihak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan. "Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan. "Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih," katanya. Muhyiddin berkata, 2016 menyaksikan rakyat sekali lagi akan berdepan dengan cabaran lebih besar disebabkan keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu. "2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir. Iklim ekonomi dunia masih tidak menentu. "Harga minyak dunia dijangka jatuh ke paras lebih rendah dan Malaysia, sebagai sebuah negara yang sebahagian hasilnya bergantung kepada sumber minyak, akan terjejas," katanya. Kesannya, sumber kewangan negara semakin merosot dan akan menyebabkan beban dirasai rakyat, katanya. "Sumber kewangan kerajaan semakin merosot dan kemampuan kerajaan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat semakin terhad," katanya. Muhyiddin juga menggesa kerajaan tidak hanya menyuruh rakyat berjimat cermat tetapi dalam masa sama mereka masih gagal menangani ketirisan dalam pentadbiran. "Pemimpin kerajaan juga bertanggungjawab mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan," katanya. | ||
Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR Bersamaan RM5.00 Pada Suku Pertama Tahun 2016? Punca Sebenar? Posted: 31 Dec 2015 08:25 PM PST Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR Bersamaan RM5.00 Pada Suku Pertama Tahun 2016? Punca Sebenar? Dr. Suresh Kumar Ramanathan yang berpengalaman luas selama tempoh 21 tahun lamanya dalam Asia FX, dan juga merupakan bekas ahli ekonomi Bank Negara Malaysia BNM serta pemegang PHD dalam jurusan ekonomi dari Universiti Malaysia ada berkongsi pandangan beliau mengenai trend Ringgit Malaysia 2016 kelak. Selepas menempuhi tempoh yang cukup bergelombang dan mencabar sepanjang tahun 2015, apa pula yang berlaku kepada Ringgit Malaysia sepanjang 2016? Kata Dr. Suresh ketidaktentuan Ringgit Malaysia berpunca daripada masalah "liquidity" dalam pasaran. Dan beliau juga mengatakan bagi separuh masa pertama tahun 2016, Malaysia berhadapan dengan kemelesetan ekonomi secara teknikal. Dan mengejutkan bagi Berita Semasa apabila Dr. Suresh menjangkakan nilai Ringgit Malaysia akan cecah RM5.00 setiap satu Dollar Amerika dalam tempoh 3 bulan yang akan datang sekaligus memberikan tekanan dan bahang kepada beberapa sektor dan kumpulan yang terbabit.
Telah memberikan warna dalam kejatuhan nilai Ringgit Malaysia selama tempoh 12 bulan terakhir bagi tahun 2015 kali ini. Dan menjadi tukaran 1 USD to MYR menjadi lebih besar Ringgit Malaysia 2016 : 1 USD to MYR. Inilah Sebebabnya..Dan jangan kita semua terlepas pandang yang mana negara polis Dunia, Amerika Syarikat sedang diambang Pilihan Raya umum mereka yang memberikan nilai tambah kepada kekuatan Dollar Amerika selepas ini. Ditambah pula walaupun Malaysia sudah pun melepasi ketidaktentuan kemungkinan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve selama berbulan-bulan lamanya buat pertama kali selepas kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat tahun 2008, cabaran buat Malaysia tidak terhenti setakat ini sahaja. Ini kerana dijangka akan berlaku 4 lagi kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve pada tahun 2016 kelak.
Ini semua bergantung kepada monetari polisi oleh Federal Reserve. Sekaligus memberikan tekanan berterusan kepada nilai Ringgit Malaysia di masa akan datang. P/S : 1 USD to MYR sehingga bersamaan memberikan kesan besar kepada kos import makanan kepada negara Malaysia | ||
Pakatan Harapan akan buat pengumuman besar Posted: 31 Dec 2015 08:18 PM PST Ia melibatkan saf kepimpinan pakatan pembangkang sebagai persediaan menumbangkan BN pada PRU14 PETALING JAYA: Pakatan Harapan bakal membuat mengumumkan besar dalam tempoh terdekat dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU14). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengumumam besar itu melibatkan pendedahkan dokumen saf kepimpinan Pakatan Harapan sebagai persediaan berdepan PRU14. "Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016. Presiden PKR itu berkata, Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain akan terus bekerjasama untuk menentang kezaliman dan membawa keadilan kepada rakyat Malaysia selepas pelbagai kejadian dan skandal sepanjang 2015. Beliau menyenaraikan empat insiden dan skandal terbesar yang tidak boleh dilupakan oleh rakyat iaitu;
| ||
Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid Posted: 31 Dec 2015 08:12 PM PST Kerjasama di antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi memastikan parti terus maju ke hadapan. PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin kononnya parti itu mengalami krisis kepimpinan ketika ini. Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerjasama di antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi memastikan parti terus maju ke hadapan. "Kami (kepimpinan tertinggi Amanah) tidak ada masalah (krisis kepimpinan), kami sedang bergerak maju dan laju," katanya ketika dihubungi FMT. Terdahulu, tersebar di media sosial kononnya ada gerakan untuk menjatuhkan presiden Amanah, Mohamad Sabu apabila wujud tiga kumpulan iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syiah dan kumpulan profesional dalam parti itu. Mengulas lanjut Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tidak tahu menahu wujudnya gerakan menjatuhkan presiden parti, malah enggan melayan sebarang tuduhan yang tidak mempunyai asas. "(Gerakan menjatuhkan presiden) Bagaimana saya nak komen sesuatu perkara yang saya sendiri tidak dengar dan sumbernya tak tahu dari mana, jadi sukar untuk saya menjawabnya," katanya. Mujahid berkata, fitnah jahat tersebut hanyalah sengaja dilakukan pihak tertentu yang cemburu dengan penerimaan luar biasa rakyat terhadap parti Amanah ketika ini. "Bagi saya kalau orang ramai berminat melontarkan fitnah-fitnah kepada Amanah itu ternyata Amanah ini sedang menuju atas landasan yang betul," katanya. Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Amanah supaya meneruskan agenda untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat dan memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan kerajaan sekarang dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang | ||
Umno Kedah tunggu kesediaan PAS jalin kerjasama Posted: 31 Dec 2015 06:09 PM PST "Saya ingat ada beberapa perbincangan di peringkat kebangsaan...di peringkat negeri, saya tak nak komen," kata Mukhriz JERLUN: Umno Kedah masih menunggu kesediaan PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau berkata Umno negeri menunggu masa yang sesuai untuk membina titik persefahaman di antara kedua-dua parti itu atas dasar perpaduan ummah. "Jika sudah ada satu kesefahaman (antara Umno dan PAS), mungkin tidak dalam bentuk perjanjian, tentu ada ruang untuk bekerjasama dalam aspek-aspek yang ada kepentingan bersama," kata Mukhriz yang juga Menteri Besar di sini. Berhubung cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa perpaduan ummah antara kedua-dua parti, beliau berkata usaha itu memang dibuat sejak dahulu lagi. "Saya ingat ada beberapa perbincangan di peringkat kebangsaan…di peringkat negeri, saya tak nak komen," katanya.– BERNAMA | ||
Pelaksanaan eVisa bermula 2 Januari 2016 Posted: 31 Dec 2015 06:04 PM PST BERNAMAPelaksanaan eVisa merangkumi tiga fasa akan dilaksanakan, dengan fasa pertama bermula 2 Januari 2016. KUALA LUMPUR, Pelaksanaan perkhidmatan dalam talian visa secara elektronik atau eVisa merangkumi tiga fasa akan dilaksanakan, dengan fasa pertama bermula 2 Januari 2016.Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata ini disusuli fasa kedua pada Mac manakala fasa ketiga pula bakal bermula Jun 2016, dan ia hanya untuk permohonan bagi Visa Tanpa Rujukan. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata fasa pertama melibatkan pelaksanaan untuk warga China yang berada di negara berkenaan manakala fasa kedua adalah bagi rakyat China yang berada luar dan dalam negara China, manakala fasa ketiga pula merangkumi seluruh dunia. "Untuk makluman, pemohon eVisa tidak akan dikenakan sebarang caj pemprosesan visa sehingga hujung Mac 2016 sejajar dengan program Visa Waiver yang diperkenalkan pada 15 Februari 2015 dan program Group Tourist Registration System (GTRS) bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang tamat pada penghujung 2016," katanya. Bagaimanapun, Sakib berkata caj perkhidmatan eVisa akan diumumkan secara rasmi kelak. Orang ramai boleh melayari laman web http://www.windowmalaysia.my untuk maklumat lanjut. | ||
Malaysia muflis jika undur dari TPPA, kata Mahathir Posted: 31 Dec 2015 04:33 PM PST MALAYSIAKINI Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadi azab kerana negara akan selama-lamanya terbelenggu olehnya. Ini adalah kerana walaupun Malaysia boleh keluar dari perjanjian itu, tetapi negara akan menjadi bankrap, katanya. Beliau berkata ini adalah kerana TPPA membolehkan syarikat-syarikat asing untuk menyaman kerajaan bagi kehilangan keuntungan pada masa depan, jika Malaysia berhenti menjadi ahli bagi perjanjian perdagangan itu. "Keputusan itu akan melibatkan banyak syarikat rugi dan dikatakan bernilai beratus-ratus bilion. "Mahkamah tidak akan memihak kita dan kita lagi boleh bergantung simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita. "Tidak ada cara kita boleh memberi tekanan atau merasuah mahkamah. Kita hanya perlu membayar berbilion-bilion," tulis Mahathir dalam blognya hari ini. Beliau berkata pada masa lalu, Malaysia berjaya menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia, tanpa perlu terheret dengan perjanjian perdagangan terhad. Tetapi katanya, adalah sia-sia untuk bercakap buruk mengenai TPPA kerana kerajaan tidak akan mengambil kira sebarang nasihat. "Kerajaan akan melakukan apa yang mahu mereka lakukan. Jangan tanya mengapa. Anda tahu apa jawapan yang akan diterima apabila anda bertanya kepada kerajaan," kata Mahathir. TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas multinasional dengan Amerika Syarikat sebagai pendukung utama. Selain Malaysia, antara negara lain yang terlibat dalam rundingan rahsia itu termasuk Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico, dan Kanada. Parlimen akan membahaskan sama ada atau tidak menandatangani perjanjian itu pada sesi sidang khas Dewan Rakyat pada 26 Jan dan 27. | ||
Lebih ramai anggota polis di himpunan bantah kenaikan tol Posted: 31 Dec 2015 04:31 PM PST Koh Jun Lin Lebih ramai anggota polis mengawasi himpunan #ShutdownSungaiBesi di Plaza Tol Sungai Besi malam tadi, menjadikan jumlah anggota keselamatan itu dua kali ganda daripada peserta protes itu. Sekurang-kurangnya 200 anggota dilihat berkawal sepanjang pondok tol Sungai Besi dan sekitar stesen minyak berhampiran termasuk beberapa anggota Light Strike Force. Sebagai perbandingan, hanya terdapat kira-kira 100 peserta, yang mula berkumpul di luar sebuah stesen minyak berdekatan lebuhraya utara selatan itu pada jam 11 malam. Bagaimanapun, salah seorang pemimpin protes, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata bahawa protes malam ini hanya satu permulaan. "Siri bantahan, siri protes, demonstrasi sama ada besar-besaran ataupun kecil-kecilan, akan berlangsung selagi pimpinan negara tidak meletakkan negara pada landasan yang betul, untuk dibetulkan," katanya. 'Shutdown Sungai Besi' Ditanya mengapa bantahan itu dinamakan 'Shutdown Sungai Besi' walaupun tol beroperasi seperti biasa, Shazni berkata mereka 'tidak cukup gila' untuk menimbulkan kemarahan pemandu yang hanya mahu menuju destinasi mereka. Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan satu bantahan seperti demonstrasi Lebuh Raya Kesas yang menyebabkan lebuh raya itu ditutup pada sekitar tahun 2000, akan dilakukan pada masa akan datang. Antara yang berucap adalah Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda AMANAH Sany Hamzan, Ketua Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan, dan aktivis DAP Young Syefura Othman. Mereka bukan sahaja menekankan tentang kenaikan tambang tol di lapan lebuh raya, tetapi juga pelbagai isu termasuk kenaikan kos sara hidup terutamanya pengangkutan, skandal 1MDB , dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Turut hadir dalam himpunan itu ialah Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin. Para peserta protes itu mula bersurai secara aman pada kira-kira jam 11,45 malam, selepas ucapan berakhir.Terdahulu polis mengingatkan bahawa bantahan itu menyalahi undang-undang kerana ia tidak mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa itu. | ||
Gabungan desak pengunduran Najib susun siri jelajah, solat hajat Posted: 31 Dec 2015 04:28 PM PST Zulaikha Zulkifli Ketika melangkah ke tahun baru, Gabungan Ketua Umno Cawangan Malaysia bertekad tetap akan terus mendesak Presidennya, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Jurucakap gabungan itu yang mendakwa mewakili kira-kira 200 cawangan Umno, Kamarul Azman Habibur berkata, mereka akan terus perjuangkan nasib rakyat dan politik tanah air. Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan mengaku kalah dan sentiasa akan beri pendedahan kepada rakyat tentang keadaan politik semasa. "Kita akan terus berikan tekanan dan terus perjuang nasib rakyat, terus perjuangkan politik tanah air agar ia tidak membinasakan masyarakat. "Kita tak akan mengaku kalah dan sentiasa beri pendedahan kepada rakyat," katanya dalam sidang media selepas program solat hajat di Puchong malam tadi. Selain itu, Kamarul yang juga ketua Umno cawangan Taman TKK, Teluk Kemang berkata, gerakan itu kini telah menyusun pelbagai program termasuk akan mengadakan siri jelajah dan solat hajat di seluruh negara. "Kita akan buat jelajah untuk bawa perubahan terhadap politik tanah air di mana kehidupan rakyat akan diutamakan. "Dan solat hajat di Puchong ini merupakan program solat hajat kita yang pertama. Kita juga akan buat solat hajat perdana yang akan kumpulkan masyarakat dari seluruh negara," katanya lagi. Bagaimanapun tarikh bagi solat hajat perdana itu masih belum ditetapkan. Ditanya mengenai objektif solat hajat tersebut, Kamarul berkata ia bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia serta memohon kesejahteraan di negara ini. Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia merupakan gabungan yang aktif mendesak Najib meletakkan jawatan. Sebelum ini, beberapa cawangan Umno telah menggesa perdana menteri melepaskan jawatannya itu antaranya cawangan Umno di bahagian Johor Bharu, Puchong dan Teluk Kemang. | ||
2016: Ekonomi kian parah, Najib tiada azam selamatkan Malaysia Posted: 31 Dec 2015 04:23 PM PST Oleh Liew Chin Tong Kita kini sedang berhadapan saat yang amat luar biasa. Malaysia sedang dilanda 'ribut badai' yang cukup dahsyat dari segi politik dan ekonomi. Tanda-tanda perubahan yang seolah-olah hanya boleh berlaku "sekali dalam senggang generasi", kalau pun tidak "sekali dalam seumur hidup" semakin kelihatan. Besar kemungkinan, keadaan bakal menjadi lebih parah pada tahun 2016 sebelum perubahan kita kecapi. 1996 adalah tahun terakhir rakyat Malaysia menikmati kegembiraan yang benar-benar dirasai apabila kemajuan serta kemudahan hidup dikecapi tanpa henti. Krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 telah memusnahkan semua yang dikecapi. Saya baru mencapai usia 19 pada tahun 1996. Generasi seangkatan saya meninggalkan alam persekolahan dengan impian serta cita-cita yang tinggi menggunung, namun terperangkap dalam krisis, kebuntuan serta laluan sukar; senario yang terus menghantui Malaysia sehingga ke hari ini. Di mana jua di dunia ini, politik dan ekonomi sentiasa memiliki perkaitan yang rapat. Begitu juga Malaysia. Kontradiksi dalam ekonomi lazimnya merupakan akibat langsung permasalahan struktur politik dan institusi negara. Begitulah juga faktor-faktor ekonomi dan kewangan global menambah buruk lagi konflik politik di kalangan elit pemerintah. Tiada sebarang perubahan besar sejak krisis yang lalu. Ekonomi Malaysia terus dibebani budaya merentir (rent-seeking) dan amalan rasuah yang terus meresap menjadi sebahagian dari sistem, kebergantungan tinggi terhadap buruh asing tidak mahir, dan terlalu bergantung kepada sumber minyak dan gas, komoditi dan juga sektor hartanah. Sektor pembuatan menderita akibat "penyakit Belanda" (Dutch disease) de-industralisasi awal (premature de-industrialization). Kemahiran, gaji serta produktiviti yang rendah telah membentuk satu kitaran buruk yang mencirikan ekonomi Malaysia sejak dua dekad yang lalu. Dengan latar belakang tersebut, Malaysia terus bergelut meredah tahun-tahun mendatang bermula sejak krisis kewangan global 2008 yang mana persekitaran pinjaman murah dan mudah lahir akibat dasar-dasar kewangan tidak konvensional yang dilakukan oleh Bank Negara Amerika Syarikat. Kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), sektor swasta dan juga isi rumah keseluruhannya terlibat mengumpul hutang yang akhirnya menjadikan negara – secara kolektif – amat terdedah kepada perubahan iklim ekonomi dan kewangan global. Sebagai contoh, hutang isi rumah di Malaysia pada tahun 2015 menghampiri 90 peratus daripada KDNK. Satu perempat daripada hutang isi rumah tersebut terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan – suatu petanda bahawa isi rumah membuat pinjaman untuk kegunaan harian mereka. Empat isu yang bakal mencorakkan 2016 Harga minyak, GST, harga komoditi dan nilai matawang adalah empat faktor utama yang bakal mencorakkan politik Malaysia menjelang 2016. Pertama, trend harga minyak yang tinggi sejak perang Iraq 2003 (yang memuncak pada tahun 2008 disebabkan Krisis Kewangan Global dan berterusan sehingga Amerika Syarikat melonggarkan dasar kewangannya pada tahun 2009) kini secara rasmi telah berakhir. Semasa Bajet 2015 dibentangkan Oktober 2014, Brent (istilah rujukan harga minyak) telah dianggarkan pada kadar USD 105 setong. Kerajaan terpaksa menyesuaikan bajet pada bulan Januari 2015 untuk membawa anggaran harga Brent kepada USD 55. Bajet 2016 menganggarkan Brent adalah kira-kira pada kadar USD 48, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai terlalu optimistik. Perdana Menteri Najib Razak memulakan ucapan bajet beliau pada 23 Oktober 2015 yang lalu dengan mengakui bahawa hasil petroleum adalah berjumlah RM62 bilion pada tahun 2014, dan dijangka RM 44 bilion pada tahun 2015 manakala jangkaan 2016 sebanyak RM 31.7 bilion. Penurunan hasil minyak yang mendadak telah mengekang keupayaan kerajaan untuk mengagihkan pemberian kepada projek-projek UMNO dan lobi kontraktor mereka, hal ini pada satu tahap akan mengakibatkan pemberontakan dalaman terhadap kepimpinan UMNO itu sendiri. Bagi rakyat biasa pula, kejatuhan hasil minyak bermakna penurunan perkhidmatan kerajaan untuk rakyat, pada masa sama rakyat akan berhadapan lebih banyak cukai yang bakal dikenakan. Kedua, masalah yang dikaitkan dengan GST. Apabila menggariskan permasalahan berkaitan hasil minyak, Najib – dalam masa yang sama – berkata bahawa hasil kutipan daripada GST telah membantu untuk menampung sebahagian besar daripada kekurangan kewangan yang dihadapi. "Berdasarkan pengiraan Kerajaan untuk tahun 2016, jika GST tidak dilaksanakan dan kita terpaksa bergantung kepada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST), hasil Kerajaan akan menjadi lebih rendah iaitu sebanyak RM21 bilion. Jika SST dikekalkan, kutipan akan menjadi hanya RM18 bilion berbanding hasil GST sebanyak RM39 bilion." Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia kini dikenakan cukai yang lebih sebanyak RM21 bilion yang secara langsung akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan kuasa beli bagi sesebuah keluarga. Keadaan ini turut bermaksud penguncupan terhadap aktiviti ekonomi domestik dan potensi pengurangan kutipan cukai korporat oleh Kerajaan – satu keadaan ibarat menabur pasir ke dalam periuk. Di Malaysia, lebih daripada 60 peratus keluarga dikelaskan sebagai berpendapatan rendah dan menerima pemberian BR1M. Kini buat pertama kalinya dalam hidup, mereka terpaksa membayar cukai. Keadaan ini akan akan mengakibatkan kesan politik yang besar. Ketiga, harga komoditi yang rendah. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa harga minyak sawit adalah lebih terikat dengan nasib pilihan raya UMNO berbanding minyak itu sendiri. UMNO memenangi 88 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013 yang lalu. 73 daripadanya adalah di Semenanjung manakala 35 daripada 73 kerusi tersebut terutamanya yang terletak di daerah separa bandar dari negeri-negeri pantai barat, adalah kerusi marginal. Peralihan (swing) 10 peratus undi kepada pembangkang akan menamatkan riwayat UMNO dari tampuk kuasa. Minyak sawit adalah satu juzuk utama dari aspek ekonomi di kawasan-kawasan kerusi marginal. Minyak sawit juga merupakan komoditi politik yang penting di kubu kuat UMNO yang masih wujud ini kerana mereka diperkaya oleh Skim FELDA. Minyak sawit dan harga komoditi yang lain adalah tinggi pada tahun-tahun pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013, yang memberi jaminan sokongan separa bandar dan luar bandar kepada UMNO. Fenomena harga minyak tinggi ini tidak lagi wujud. Keempat, penurunan nilai mata wang. Ringgit telah menjunam sebanyak hampir satu perempat berbanding dolar AS pada tahun lalu. Jika ekonomi AS menjadi bertambah baik, kemungkinan akan memberikan kesan positif ke atas eksport Malaysia. Tetapi Malaysia hanyalah salah satu daripada negara pengeksport yang terpaksa bersaing untuk mengeksport ke Amerika Syarikat dan juga bersaing untuk menurunkan nilai mata wang mereka. Di samping itu, bakal peningkatan dalam eksport tidak akan mampu mengimbangi kemerosotan dalam jangkaan penyusutan nilai Ringgit. Kenaikan kadar AS kemungkinan bermakna dolar AS menambah nilai berbanding mata wang yang ada di pasaran yang baru muncul seperti Malaysia. Inflasi Import mungkin menjadi masalah, namun rakyat biasa akan terhimpit manakala kos meningkat bagi syarikat-syarikat. Kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan isi rumah dengan hutang yang tinggi terpaksa berhadapan risiko. Pengetatan kecairan global pastinya menjejaskan unjuran spekulasi hartanah. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, GLC dan GLIC yang telah berkembang menerusi pergantungan kepada cukai dan pendapatan daripada pembangunan hartanah berpotensi untuk berhadapan krisis kewangan lebih awal daripada yang dijangkakan, apatah lagi individu yang memiliki pelbagai unit hartanah untuk tujuan spekulasi. Kerajaan tampaknya sangat lemah kesan daripada faktor ekonomi politik sepertimana yang telah digariskan di atas ditambah lagi skandal peribadi melibatkan Najib dan isu-isu yang timbul dari skandal 1MDB. Perdana Menteri bukan sahaja tidak memiliki keazaman politik bahkan tidak juga memiliki modal politik untuk melakukan pembaharuan struktural. Tahun hadapan seakan-akan menyaksikan keadaan bakal bertambah parah sebelum ia kembali pulih. – Roketkini.com | ||
UMNO punca ‘malapetaka’ dan ‘malang’ sepanjang 2015 Posted: 31 Dec 2015 04:16 PM PST Oleh Fatih Hassan Nordin GELANG PATAH : Selepas pelbagai krisis ekonomi mahupun politik akhir-akhir ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan 2015 sebagai tahun 'Annus Horribilis' bagi negara ini. Perkataan Annus Horribilis dipetik Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada kenyataan media hari, berasal daripada bahasa Latin bagi mengambarkan tahun yang penuh 'malapetaka' dan 'malang'. Beliau menamakan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, pengenalan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Baju Merah, sebagai antara malapetaka itu. "Dalam tempoh enam dekad sejak tercapainya kemerdekaan pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963, Malaysia sudah kehilangan arah tujuan," katanya. Kit Siang menyifatkan kerajaan UMNO BN kini jauh lebih teruk berbanding dulu lantaran berlaku kezaliman dengan menggubal akta baharu yang mencabuli hak asasi manusia dan kebebasan bersuara seterusnya mendatangkan 'malapetaka' terhadap negara. Malah, beliau berkata, pimpinan sedia ada dalam UMNO BN langsung tiada inisiatif untuk membaiki kesilapan pemimpin terdahulu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sedangkan, katanya, Malaysia ketika awal penubuhannya pada 1957 sentiasa dipandang tinggi kebanyakan negara Asia lain, malah menjadi negara kedua pesat membangun selepas Jepun. "Beberapa dekad kemudian, Malaysia ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan pendidikan. Pada 90-an, Malaysia jauh ditinggalkan gergasi besar ekonomi Asia antaranya Singapura dan Hong Kong," katanya. Berharap duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan dua negara itu, Kit Siang berkata, harapan itu tidak tercapai berikutan krisis ekonomi 1990 yang melanda negara dan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dalam membangunkan negara seperti dekad awal penubuhannya. "Kini, Malaysia dihimpit dengan pelbagai krisis ekonomi, rakyat sudah hilang keyakinan diri," katanya. Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk mengembalikan semula keyakinan bagi menjadikan negara ini sebuah negara terbaik di mata dunia. "Sudah tiba masanya untuk penjajaran semula kuasa politik yang progresif untuk menyelamatkan Malaysia dan menetapkan kepercayaan dengan visi kesatuan, kesaksamaan, kesederhanaan, demokratik dan kemajuan," katanya. | ||
Ketiga entiti paling rasuah, Najib malukan Malaysia di mata dunia Posted: 31 Dec 2015 04:13 PM PST Oleh Fatih Hassan Nordin GELANG PATAH : Kerajaan UMNO BN menambah lagi 'malu' negara apabila tersenarai antara enam entiti yang paling teruk melibatkan rasuah dan skandal oleh satu laman portal antarabangsa, selasa lalu. Laporan foreignpolicy.com itu menyenaraikan Federasi Bola Sepak Internasional (FIFA) sebagai paling teruk melibatkan rasuah dan skandal, diikuti Nigeria dan ketiga, Malaysia. Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang pada kenyataan medianya mengulangi kata 'malu' sebanyak dua kali sambil secara sinis mempersoal sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berani memberi tindak balas terhadap penyenaraian itu. "Bolehkah kita harapkan Najib yang menyebabkan perkara memalukan ke mata dunia ini, mempertahankan dirinya pada ucapan tahun baru 2016 malam ini?" katanya. Turut tersenarai ialah Honduras dan Guatemala di tempat keempat manakala hakim di Ghana serta Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masing-masing di tempat kelima dan keenam. Malaysia menjadi perhatian dunia apabila Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan satu demi satu penyelewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan Najib berkaitan salah guna dana dan sebagainya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan