Khamis, 14 Januari 2016

Biaqpila

Biaqpila


LORI HANTU REMPUH 18 KENDERAAN DEPAN SEKOLAH, 2 PELAJAR MAUT

Posted: 14 Jan 2016 05:10 AM PST



CHERAS - Dua pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori hantu terbabas melanggar 18 buah kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras, hari ini.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang maut itu adalah pelajar perempuan sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.11 petang itu, lori tersebut dipercayai hilang kawalan kerana masalah brek dan melanggar motosikal yang diparkir di hadapan sekolah serta dua kenderaan jenis Toyota Avanza dan Proton Wira sebelum merempuh sebuah van Nissan Vannet.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sebuah jentera dari Kajang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit.," katanya.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

Difahamkan, anggota membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah van sementara seorang lagi mangsa tercampak akibat pelanggaran itu.

Ujarnya, dua wanita yang cedera adalah peniaga di kaki lima sekolah dan pemandu Proton Wira di hantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat brek yang tidak berfungsi ketika menuruni kawasan berbukit di hadapan sekolah sebelum merempuh semua kenderaan. Kenderaan berkenaan kemudiannya tersangkut pada sebatang pokok di kaki lima sekolah.

Pemandu lori ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

SH



ISTERI KANTOI ' MAKAN LUAR '

Posted: 13 Jan 2016 11:59 PM PST



Baru baru ini terserempak dengan seorang kenalan lama bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan kisah isterinya telah buat 'hal'. Soraya ( bukan nama sebenar ) telah kantoi dengan suaminya sendiri kerana 'makan luar', berpunca akibat pergaduhan di dalam rumah tangga mereka.

Aman 31 tahun menceritakan, kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin.
" Sebelum ni memang aku selalu bergaduh namun kemarahan isteriku akan reda bila dipujuk.." Aman memulakan cerita.

" Pada malam itu aku baru balik dari kedai selepas membeli rokok. Tiba-tiba aku lihat isteri aku keluar dengan keretanya. Aku merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin daripadaku. Aku pun berniat untuk mengekori keretanya dari belakang. Tidak dinafikan, penampilan isteriku yang cantik membuatkan lelaki mana yang melihatnya pasti akan tergoda. Sebelum ini pun rakan karibku pernah memberitahu bahawa isteriku memang cantik. Jadi di masa yang sama juga aku sudah terfikir yang bukan-bukan tentang kelakuan isteriku malam itu.." cerita Aman lagi.

" Setelah 30 minit mengekori kereta isteri dengan motor EX-5 buruk aku ni, tiba-tiba dia berhenti di hadapan sebuah restoran dan bergegas keluar dari keretanya."
" Eh!! Dia nak jumpa jantan mana pulak ni?" tambah si Aman.
" Setelah menunggu hampir 10 minit, aku pun perlahan-lahan mengikuti dari jauh, bimbang isteriku perasan kedatangan aku di situ. Pada fikiranku, kalaulah dapat aku bersemuka dengan mereka berdua, memang aku akan kerjakan cukup-cukup."

" Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu, aku melihat sendiri isteriku makan di luar seorang diri di restoran itu dengan sungguh berselera."
" Sampai hati dia makan tak mengajak aku pun, padahal aku sendiri pun belum makan lagi sejak dari siang tadi...Maklumlah, seminggu bergaduh., lauk satu apa pun aku tak beli.Padan dengan muka aku.."
Kata si Aman dengan muka selamba.




Tiada ulasan: