Khamis, 14 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bukti Pas Kelantan semakin sasau ...

Posted: 14 Jan 2016 09:19 AM PST

Penglibatan Kamarudin Jaafar, (bekas Ahli Parlimen PAS yang kini menyertai PKR)
dalam ceramah AMANAH  menjadikan PAS Kelantan naik sasau
Pas Kelantan dilihat semakin sasau apabila cuba berlagak sebagai 'Abang Besar' kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

PAS Kelantan telah mengantar surat kepada PKR membantah penglibatan pimpinan parti PKR dalam pogram bersama Parti Amanah Negara.

Menurut kenyataan surat tersebut, penglibatan tersebut adalah bertentangan dengan semangat PKR yang ingin mengadakan hubungan baik dengan PAS Kelantan. 

Apakah Pas Kelantan masih tidak menyedarai tentang adanya Pakatan Harapan yang melibatkan kerjasama tiga parti iaitu, AMANAH, DAP dan PKR?

Parti Amanah Negara cawangan Tumpat akan mengadakan ceramah "Mana 2.6 Bilion ??? " malam ini di Kg Laut, Tumpat. 

Pas yang dilihat semakin mesra dengan Umno, tidak pernah membangkitkan isu wang RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi PM Najib.

Ketika PM Najib mengakhiri ucapan #Budget2016, semua Ahli Parlimen pembangkang telah bangun sambil mengangkat sepanduk kecil "Mana RM2.6 Bilion" 

 Tetapi enam anggota Parlimen dari PAS buat derk dan berkecuali. Mereka itu ialah:

 Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa). 

 Manakala empat Anggota Parlimen PAS ponteng termasuk Tuang Presideng, Hj Hadi

Maka tidak hairanlah kenapa Pas jadi berserabut hingga jadi sasau mungkin kerana tajuk ceramah tersebut sangat tidak digemari PM Najib maka Pas selaku sahabat baik kepada Najib perlu mempertahankan Najib.

Tiada ulasan: