Selasa, 5 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah Peguam Negara akan bertindak tanpa takut atau pilih kasih?

Posted: 05 Jan 2016 06:00 AM PST

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata keputusannya terhadap hasil dapatan siasatan mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan SRC International, akan dibuat mengikut saluran undang-undang.

 "Saya akan kaji (kertas siasatan) mengikut undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider menerusi sistem pesanan Whatsapp.

 Menyatakan akan bertindak tanpa takut atau pilih kasih, Apandi berkata tiada pihak yang patut memberi tekanan kepadanya untuk melengkapkan tugasannya.

 Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Apandi akan mengabaikan syor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai siasatan RM2.6 bilion itu dan SRC International.

 Apandi, yang dilantik sebagai peguam negara pada Julai menggesa Dr Mahathir tidak menggunakan psikologi terbalik terhadapnya.

 "Beliau hanya cuba memberi tekanan, dan saya tidak suka ia dilakukan terhadap saya," katanya di sini

Komen al-Husseyn :

Macam tak percaya bila Peguam Negara yang baru ini kata macam tu! Ini adalah kerana cara perlantikannya yang secara mengejut menggantikan Gani Patail banyak menimbulkan tanda tanya dan penuh kontraversi. 

Apakah tidak mungkin Apandi Ali tidak terasa terhutang budi kepada PM Najib, orang yang menawarkannya jawatan Peguam Negara?

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pernah berkata, tindakan menggugurkan Gani Patail sebagai Peguam Negara memberikan gambaran PM Najib bertindak mempertahankan kedudukan dan regimnya 
daripada disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit.

Bekas Menteri Umno akui Pendekatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya menambat hati rakyat

Posted: 05 Jan 2016 02:00 AM PST

Saya mendapati banyak cerita tentang pendekatan kerajaan negeri yang menjijak hati rakyat dengan berbagai bantuan yang mungkin tidak diketahui atau tak dipedulikan oleh orang Umno atau Barisan Nasional (BN).

 Bantuan tetap tahunan kepada pemandu teksi, nelayan untuk tukar pukat 6 bulan sekali, ibu yang melahirkan anak dan berbagai lagi yang tidak pernah kita dengar di bawah pemerintahan Gerakan (BN) dulu.

Saya tidak merasa bangga jika diperkenalkan atau dikenali sebagai mantan menteri, tetapi segar ceria bila seseorang mengenali saya sebagai wartawan, penulis buku atau blogger.

 Kebanyakan orang tidak terus menegur saya kerana tidak pasti, tetapi bila saya tersenyum pada seseorang yang memerhatikan saya bekali-kali, maka dia akan bertanya, "Ini Zainuddin Maidin Zamkata ke?"

 Ya, kata saya, dan jawapan yang selalu saya terima, "Kami takut nak tegur, takut salah orang".

 Saya bersara sebagai menteri penerangan lebih 7 tahun tetapi saya yakin orang tidak lagi akan mengenali kalau saya tidak terus menghubungi mereka menerusi penulisan saya.

 Walaupun tidak lagi boleh menulis di Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia di bawah pemerintahan demokrasi ala Najib, saya masih boleh bernafas menerusi blog Zamkata.

 Saya tidak terkejut jika kalangan profesional, pegawai tinggi kerajaan, orang koporat dan sebagainya mengenali saya sebagai penulis tetapi saya terkejut, terharu dan berbangga bila baru-baru ini seorang penarik beca di Pulau Pinang memberitahu dia mengikuti blog saya.

 Namanya Din, tetapi katanya orang panggilnya Pak Tam, kerana dia hitam. Dia benar-benar hitam sehingga bila diambil gambarnya, saya tidak dapat mengenali wajahnya menyebabkan saya terpaksa mengulangi pengambilannya.

 Ceritanya begini: Bila saya keluar Hotel Bayview George Town untuk menyewa sebuah beca yang kelihatan di hadapan hotel itu, saya mendapati penariknya tidak ada.

 Saya bertanya mana tuannya pada seorang lain yang bila melihat saya terus mendekati saya dan bertanya, "Ini Maidin Zainuddin ke?" 

Jawab saya, "Bukan, ini Zainuddin Maidin", dan penarik beca yang tadinya tidak kelihatan muncul dari sebalik pokok besar dan berkata kepada kawannya, "Eh hang tak kenal ini Zamkata".

 Itu nama blog saya. Saya bangga dan terus bertaya, "Hang baca blog aku?"

 "Bila rehat-rehat bacalah," katanya bersahaja dan saya tersedar betapa kesilapan penilaian saya terhadap kualiti manusia berasaskan kepada kerja mereka.

 "Orang kata blog aku anti Najib?" kata saya kepadanya.

 "Tak adalah Tan Sri, saya tak rasa bagitu, saya rasa Tan Sri tak terikat dengan sesiapa, Tan Sri bebas."

 Saya semakin mengkagumi pandangan waras seorang penarik beca yang tidak terbawa sentimen.

 Selama 2 hari di Pulau Pinang, saya menggunakan penarik beca ini membawa saya melalui lorong kecil di pulau ini yang banyak bertukar rupa menjadi lorong romantik, cantik, bersih dan artistik dengan studio 3D di sana-sini, yang menampakkan kreativiti seni dan inovasi kerajaan negeri menjadikannya lebih menarik di samping mendatangkan rezeki kepada pengusaha.

 Dinding kedai lama di sani-sini dihiasi lukisan dan rekaan bentuk logam yang menarik untuk kamera para pelancong.

 Hari kedua setelah mendapat upah kecil dari saya, Pak Tam datang dengan pakaian lebih kemas dan bersih, bercermin mata hitam yang menambahkan hitamnya dan bercincin batu hitam besar.

 "Hebat Pak Din hari ini," kata saya dan dia tersenyum lebar. Saya tanya, Pak Din dah kahwin ke?

 Dia bercerita tak pernah kahwin kerana tidak pernah mempunyai pekerjaan tetap sejak muda, dari pemandu lori, menjadi pengawal dan membuat berbagai-bagai kerja lain lagi sehinggalah berakhir sebagai penarik beca.

 Saya katakan padanya, banyak orang tak kerja tetap pun tetapi kahwin juga. "Yang betulnya hang ni kaki rumbu masa muda sampai lupa nak khawin, betul tak?"

 Dia ketawa besar dan memberitahu 80% penarik beca tidak kahwin, tidak mempunyai rumah tetap, tidur di beca atau berkongsi bilik yang disewa bersama kawan.

 Pak Din biasanya tidur di atas beca sahaja tetapi jarang sekali sakit demam, tak ada darah tinggi atau kencing manis. Pencarian cukup makan.

 Di belakang becanya saya lihat tergantung berbagai-bagai bungkusan makanan yang diberi orang.

 Daripada penarik beca ini dan juga daripada seorang pembawa teksi dari Lapangan Terbang Pulau Penang ke hotel, saya mendapati banyak cerita tentang pendekatan kerajaan negeri yang menjijak hati rakyat dengan berbagai bantuan yang mungkin tidak diketahui atau tak dipedulikan oleh orang Umno atau Barisan Nasional (BN), seperti bantuan tetap tahunan kepada pemandu teksi, nelayan untuk tukar pukat 6 bulan sekali, ibu yang melahirkan anak dan berbagai lagi yang tidak pernah kita dengar di bawah pemerintahan Gerakan (BN) dulu.

 Saya bimbang kerana caranya adalah lebih berkesan daripada BR1M dan berlaku secara senyap tetapi meresap di hati rakyat biasa. 

 Ketika di Lapangan Terbang Pulau Pinang, saya bertembung dengan bapa ketua menteri Pulau Pinang, Ahli Parlimen DAP "tergantung", Lim Kit Siang, dan keluarganya, yang hendak menaiki Firefly bersama saya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

 Lama saya tidak berjumpa dengannya. Katanya kepada saya, "Ini orang merbahaya, Najib makin kuat".

 Saya tertawa. Siapa saya?

 "Kuatnya hanya dengan sokongan padu pemimpin Umno dan tidak di kalangan rakyat. Tetapi itulah caranya memelihara perpaduan parti. Saudara lebih tahu," kata saya, dan Kit Siang nampak bersetuju kerana dia lebih maklum tentang rahsia menguasai perpaduan parti dengan caranya yang dianggap sebagai diktatorial.

 Asyik bercakap, lupa saya hendak bergambar dengan pemimpin besar pembangkang itu untuk disiarkan dalam blog saya, yang pastinya akan menjadi bahan spekulasi media sosial: 

"Konspirasi Baru Zam Lim Kit Siang" setelah konspirasi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin. – zamkata.blogspot.my, – 5 Januari, 2016. 

* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan bekas menteri penerangan. ~ sumber

Peguam Negara yang diragukan.

Posted: 04 Jan 2016 10:53 PM PST

Betulkah Peguam Negara tidak akan bawa kes PM Najib ke mahkamah walaupun SPRM sudah menghantar laporan yang siap kepadanya? Kini, rakyat mahu tahu apakah peguam negara baharu ini berani mendakwa Najib? 

Dan apakah "Tidak Cukup Bukti " akan menjadi alasan Apandi Ali nanti? Lazimnya, apabila SPRM menghantar laporan kepada Peguam Negara, maka maknanya laporan itu ada kes untuk didakwa.....

Ada yang sangat meragukan dengan pendirian Peguam Negara, Apandi Ali memandangkan kepada tindakannya yang menolak laporan Bank Negara sebelum ini. 

Apakah perkara yang sama akan berulang? Berikut merupakan  ramalan dua tokoh negarawan tanah air kita.

 Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara sama juga akan berlaku mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan kontroversi wang derma RM2.6 bilion ringgit. 

"Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat.

 "Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion)," katanya .

 "Ini ramalan saya sahajalah. Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu," ujarnya di sini

Sebelum ini Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal terlepas daripada sebarang tindakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghantar laporan yang siap kepada peguam negara.

Kemungkinan ini amat  besar  sekali memandangkan peguam negara juga sebelum ini menolak laporan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang.

 "Berdasarkan latar belakang yang kabur dalam mengendalikan kemelut 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya membuat ramalan awal keputusan sama akan dibuat.

 "Negara ini sudah pun dikenali di seluruh dunia sebagai negara 'jenayah tanpa penjenayah'," katanya dalam satu kenyataan di sini

Tiada ulasan: