Sabtu, 2 Januari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nik Omar Tidak Nafikan ....

Posted: 01 Jan 2016 11:30 PM PST

Salah seorang anak allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH) masih enggan berterus-terang berkaitan status sebenar beliau.

 Ketika dihubungi Malaysiakini, Nik Omar kelihatan masih mahu meneruskan teka-teki berkaitan parti pilihannya dan tidak menjawab secara langsung.

 Ditanya sama ada beliau benar menyertai AMANAH atau tidak, Nik Omar (gambar) hanya menjawab lebih suka membawa gagasan penyatuan dan meraikan satu sama lain.

 "Ambo (saya) lebih suka bawa gagasan ummah wahidah (kesatuan umat) dalam situasi sekarang.

 "Masing-masing bawa pendekatan dengan meraikan satu sama lain," jawabnya melalui pesanan bertulis kepada Malaysiakini.

 Dalam majlis makan malam AMANAH di Petaling Jaya malam tadi, Pengarah Komunikasi AMANAH Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai pengerusi panel syariah AMANAH Kelantan.

 Nik Omar tidak hadir dalam majlis tersebut.

 Ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH dan berkata mungkin wartawan tersalah dengar.

 Bagaimanapun, seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui Malaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung bekas menteri besar Kelantan itu telah menyertai parti berkenaan.

 Sumber bagaimanapun berkata Nik Omar buat masa ini tidak akan hadir ke majlis terbuka bagi menghormati permintaan ibunya dan anggota keluarga lain.9 Nik Omar anak kedua daripada sepuluh adik-beradik.

 Adik kelimanya Nik Abduh (gambar) juga aktif dalam PAS sebagai ketua pemuda dan anggota parlimen Pasir Mas. ~ sumber

Tiada Maaf Bagi Mu, Wahai Zuhdi!

Posted: 01 Jan 2016 09:44 PM PST

Maka benarlah apa yang pernah Mustafa Ali kata tentang Zuhdi ni sebagai mulut cirit birit!. 

"Tulis pun cirit birit!" Kata Mustafa Ali di sini

Kali ini, akibat ketelanjuran dakwaan tidak berasas dan melulu itu, ambiklah kaw!

 DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, kata Ketua Parlimennya Lim Kit Siang. Beliau tidak menamakan "pemimpin politik kanan" berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.

 "Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau 2 hari," kata Lim malam tadi ketika berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara (Amanah) di Petaling Jaya.

 Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, pembohongan tersebut menunjukkan "budaya terdesak politik di negara ini".

 Ahli politik itu, yang menurutnya daripada sebuah parti politik lain, membuat "tuduhan melulu" mengenai hubungan DAP dengan Israel.

 "Pemimpin politik kanan daripada parti lain yang berbohong tentang DAP, seperti seorang yang membuat dakwaan tidak munasabah mengatakan DAP ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah," kata Lim.~ Baca lagi di sini

Tiada ulasan: