Khamis, 23 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jangan terpengaruh taktik Najib, teruskan dedah skandal 1MDB -Shahbudin Faiz Zainudin

Posted: 23 Jul 2015 10:30 PM PDT

 
shahbudin_-najib_1mdb_bank_wst_600

Tindakan menyekat akses laman web Sarawak Report dan menghalang pemimpin pembangkang ke luar negara merupakan taktik mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

PETALING JAYA: Kerajaan cuba mengalih isu penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyekat akses Sarawak Report.

Begitu juga sekatan terhadap Rafizi Ramli dan Tony Pua yang disenaraihitam dan tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, tindakan itu sama sekali tidak adil kerana Rafizi dan Tony Pua tidak merbahaya kepada keselamatan negara.

"Jika kerana 1MDB, apa perlunya sekatan itu dikenakan kerana mereka bukannya suspek, sebaliknya cuma lantang mendedahkan pelbagai isu mengenai syarikat pelaburan itu saja?

"Sementara suspek sebenar bebas ke mana saja. Sekatan perjalanan ini juga seolah-olah mereka ini benar-benar merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara sedangkan pendedahan yang mereka lakukan lebih membawa kebaikan untuk kita semua," tulisnya diblog.

Shahbudin berkata, pihak yang bertanggung jawab dalam pendedahan isu itu tidak perlu terpengaruh dengan taktik berkenaan sebaliknya terus memberi tekanan terhadap isu penyaluran wang RM2.6 bilion ke akaun Najib.

"Dalam kita menanti penuh sabar dan debar hasil siasatan pasukan petugas khas itu, isu pokok yang perlu diberi perhatian dan dicari kebenaran tetap berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Tidak harus sesiapa lari daripadanya," katanya.

Raja Bahrin akui dipelawa sertai Harapan Baru

Posted: 23 Jul 2015 09:30 PM PDT



KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mengakui menerima pelawaan daripada kumpulan progresif Pas supaya beliau menyertai Gerakan Harapan Baru.

Beliau yang berada di luar negara ketika dihubungi memberitahu, masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkara itu buat masa ini.
"Ada orang pelawa saya tetapi saya tak beri apa-apa jawapan," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya lebih lanjut, beliau enggan mengulas sama ada akan menerima atau tidak pelawaan tersebut.

Buat masa ini katanya, beliau hanya aktif dengan penglibatan NGO yang dipengerusikannya iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) serta Selamatkan Alam dan Warisan Kita (Nusantara).

Raja Bahrin adalah antara wakil rakyat daripada golongan profesional Pas negeri ini yang disebut-sebut sebagai salah seorang yang menyertai Harapan Baru dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.


Selagi ‘watak utama’ 1MDB bebas, rakyat akan terus curiga !! - FMT Reporters

Posted: 23 Jul 2015 08:45 PM PDT

 
anwar-1MDB

Pihak berkuasa negara ini mesti bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan watak utama dan saksi yang berada di luar negara.

PETALING JAYA: Rakyat akan terus curiga selagi watak utama dalam skandal 1Malaysia Development Behad (1MDB) belum diambil tindakan walaupun beberapa individu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa negara ini mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol untuk menahan beberapa 'watak utama' atau saksi yang berada di luar negara.

"Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur.

"Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas." katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan mengenai kehilangan berbilion ringgit yang telah menyebabkan ekonomi terjejas dan rakyat terbeban.

"Mereka perlu berasa malu dalam kalangan masyarakat antarabangsa, nilai mata wang ringgit merudum dan keyakinan pelabur tergugat.

"Ini mendatangkan kesan kepada kesihatan kewangan setiap rakyat Malaysia," tambah Anwar.

LZS minta Kerajaan Selangor hantar laporan agihan zakat RM5 juta Khairil Ashraf

Posted: 23 Jul 2015 08:00 PM PDT

 
selangor_ringgit_zakat_600

Menurut prosedur, GLC perlu memaklumkan kepada LZS kepada siapa zakat diagihkan dan jumlah bagi setiap penerima.

PETALING JAYA : Kerajaan Selangor atau anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) perlu menghantar laporan penuh kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung agihan zakat berjumlah RM5 juta yang telah diagihkan.

Pengurus Pengurusan Perhubungan Pengeluaran LZS, Shamshuri Ashaari berkata, pihaknya perlu meneliti statistik penerima dan jumlah yang diterima.

Katanya, walaupun GLC dibenarkan mengagihkan zakat dengan cara sendiri tetapi LZS masih perlu memantau agihannya.

"Kita masih pantau lagi ke mana duit itu diagihkan. Kita nak tengok juga statistik nanti seperti berapa mereka beri kepada fakir miskin.

"Kita akan minta laporan dari mereka ke mana mereka agihkan duit zakat tersebut. Bukanlah kami lepas begitu sahaja kepada GLC," katanya kepada FMT.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Selangor menerusi DEIG yang mengagihkan bantuan zakat RM5 juta tanpa melalui LZS dan kerajaan negeri yang terlibat.

Terdapat dakwaan yang mengatakan bantuan zakat itu disalurkan menerusi ketua-ketua cabang PKR sekaligus menimbulkan kebimbangan jika wang itu diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Shamshuri berkata, LZS membenarkan GLC mengagihkan 3/8 bahagian daripada keseluruhan kutipan zakat kepada lima asnaf (penerima) yang telah disenaraikan.

"Jika ikut prosedur kami, GLC perlu beritahu kami kemana mahu diagihkan zakat itu. Tetapi dari segi pengagihan, GLC boleh agihkan sendiri.

"Sebagai contoh, jika DEIG keluarkan zakat, dia ambil duit agihan semula itu, dia boleh agihkan sendiri sama ada di dalam Selangor atau di luar Selangor," katanya.

Utusan gagal batal saman Adnan Yaakob ? - FMT Reporters

Posted: 23 Jul 2015 07:15 PM PDT

 
Adnan-Yaakob_utusan_law_600

Menteri Besar Pahang menyaman Utusan Malaysia kerana menerbitkan artikel 'Hebat sangatkah Adnan' yang disiarkan November lalu.

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad gagal membatalkan saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung artikel "Hebat Sangatkah Adnan' yang disiarkan akhbar itu pada November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yeoh Wee Siam menolak permohonan itu dengan kos RM3,000 di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Americk Sidhu mewakili Adnan dan peguam Azhar Arman Ali dan M.Reza Hassan mewakili Utusan Malaysia, lapor Bernama.

M.Reza berkata, permohonan Utusan Malaysia untuk membatalkan saman itu ditolak selepas mahkamah tidak bersetuju dengan hujah peguam bahawa Adnan tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk menyaman Utusan Malaysia kerana beliau dikritik atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

M.Reza berkata, mahkamah turut membenarkan permohonan Utusan Malaysia untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan Isnin ini, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 5 Dis 2014, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung artikel itu, yang diterbitkan defendan pada 9 Nov dalam akhbar

Mingguan Malaysia, di dalan ruangan 'Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat'.


Adnan mendakwa, artikel tersebut membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Plaintif seterusnya mendakwa artikel itu menjejaskan reputasinya dan membawa kebencian dalam kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf di muka depan akhbar itu selain menuntut pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

‘Pelakon’ masuk Pas kerana jawatan akan tenggelam- Hadi Faiz Zainudin

Posted: 23 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
Hadi-Awang_pas_600

Beliau memuji ahli Pas yang setia walaupun dianggap bodoh, miskin atau bangsat

PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji ahli parti itu yang terus setia berjuang bersama walaupun berdepan banyak cabaran.

Katanya, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terus setia bersama parti walaupun dianggap bodoh, miskin mahupun bangsat.

Namun, katanya, mereka yang setia tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau kedudukan dalam parti akan dipelihara Allah.

"Bagi yang miskin dan bangsat kerana dipandang hina kebanyakan umum pula, mereka turut menyumbangkan doa serta tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin atau meminta menjadi calon dan jawatan.

"Kesemua mereka tetap dengan pendirian walaupun tidak dipilih dalam Mesyuarat Agong atau Muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak, tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Abdul Hadi turut menyindir kumpulan yang menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk mendapatkan jawatan dan pangkat sebagai 'pelakon' yang akan tenggelam.

"Sesiapa yang mengubah Pas lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membuat kenyataan itu susulan terdapat pihak luar yang cuba memancing ahli dan pemimpin Pas supaya keluar daripada parti dengan menyertai parti baharu.

Mengapa Pasukan Petugas Khas belum siasat Najib – Rafizi - oleh: Mohamad Fadli

Posted: 23 Jul 2015 05:45 PM PDT

 
Rafizi_najib_1mdb_600

Dia mendakwa Najib perlu disiasat kerana berkait rapat dengan skandal 1MDB selain merupakan watak penting dalam skandal itu

PETALING JAYA: Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa sampai sekarang Pasukan Petugas Khas masih belum mengambil kenyataan dan menyoalsiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR itu berkata, Najib yang merupakan watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi masih belum disoalsiasat di saat kerajaan menyekat dua ahli pembangkang ke luar negara.

"Soalan ini juga sudah tentu berlegar di pemikiran rakyat kebanyakannya dan tidak memberi gambaran yang baik kepada kebebasan Pasukan Petugas Khas ini sekiranya individu yang paling penting belum lagi disoalsiasat dan diambil kenyataan," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, Najib perlu disiasat kerana mendakwa Perdana Menteri berkait rapat dengan skandal 1MBD.

"Antaranya mengikut Fasal 117 Memorandum Pertubuhan 1MDB, semua keputusan pelaburan, hutang dan lain-lain yang dibuat oleh 1MDB mestilah mendapat kelulusan Perdana Menteri.

"Ini bermakna beliau tahu mengenai urusniaga-urusniaga yang kini dipersoalkan sehingga menyebabkan 1MDB mengumpul hutang melebihi RM42 bilion.

"Pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dibuat ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri dari dana yang berasal dari 1MDB," katanya lagi.

Rafizi berkata, dia terkejut dengan laporan akhbar The Sun yang melaporkan pihak berkuasa masih gagal menjejaki tiga orang kuat 1MDB iaitu Jho Low, Nik Faisal Nik Othman Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin untuk disoalsiasat.

"Laporan The Sun juga menyebut bahawa salah seorang dari mereka disyaki berada di Indonesia yang bermaksud mereka telah bolos sedangkan sekatan keluar negara dikenakan terhadap mereka yang kuat mengkritik kerajaan mengenai 1MDB," tegasnya.

Dia juga berharap dengan penangkapan dua orang dalam siaasatan skandal 1MDB itu benar-benar dapat mempercepatkan siasatan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Khalid Ibrahim gesa penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 dilakukan segera?

Posted: 23 Jul 2015 05:00 PM PDT

 

SHAH ALAM: Jika benar Pakatan Rakyat 2.0 mahu diwujudkan, ia perlu dilakukan segera agar tidak mengelirukan rakyat, tegas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ujarnya, sikap dolak dalih bersabit perkara itu secara langsung akan menjejaskan pentadbiran di Selangor memandangkan negeri itu ditunjangi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP. 

"Memandangkan ini merupakan inisiatif dalaman yang melibatkan PKR dan DAP, bukanlah prerogatif saya untuk memberi pendapat. 

"Walaubagaimanapun dalam konteks Selangor, sekiranya benar ura-ura penubuhan Pakatan Rakyat baharu, adalah lebih baik ianya diselesaikan secepat mungkin supaya kekeliruan, kegusaran dan haru-biru di kalangan penjawat awam boleh dihindarkan. 

"YAB Dato Menteri Besar perlu membuat keputusan tentang perkara ini secepat mungkin.
Ini adalah kerana kita tidak mahu percaturan politik sebegini mengganggu gugat kelicinan dan keberkesanan proses pentadbiran negeri," katanya dalam posting di Facebooknya, semalam. 

Penubuhan Pakatan Rakyat Baharu (PRB) dikatakan menjadi inisiatif terbaru gabungan pembangkang selepas DAP menguisytiharkan Pakatan Rakyat sudah 'tamat'. 

Bagaimanapun PAS menolak dakwaan itu dan menyifatkan Pakatan Rakyat masih wujud berikutan parti itu masih bersama-sama PKR - meneruskan tahaluf siayasi sedia ada walaupun tanpa DAP. PAS dan DAP kini tidak lagi menjalinkan hubungan politik selepas bertelagah perihal isu pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Kedudukan PAS kini dalam Pakatan Rakyat agak goyah apabila wujud khabar angin bahawa parti baru yang diasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri. 

Parti baru itu dikatakan bakal disertai bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS 4 Jun lalu. Penubuhan parti baru itu disahkan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Parti baru itu juga dikatakan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan Rayat 2.0. Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam memberitahu perbincangan di antara DAP, PKR dan GHB masih dijalankan untuk mewujudkan satu pakatan pembangkang yang baru.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

GHB - Hadi Makin Gelisah, Umpamakan DAP Seperti Wali

Posted: 23 Jul 2015 09:30 AM PDT

 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.

Beliau berkata hanya anggota parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya dalam kenyataan media bertajuk "Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja."

Kenyataan Abdul Hadi itu sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan pemimpin PAS yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang telah menubuhkan parti serpihan, Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang diuar-uarkan akan menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.

GHB dijadual ditubuhkan pada 14 September depan.

Beliau juga turut memuji anggota PAS yang tidak 'merajuk' dan terus beristiqamah atau taat menjalankan sesuatu urusan walaupun tidak terpilih dalam muktamar PAS atau tidak tercalon dalam pilihan raya dan 'tidak mendapat projek dan balak'.

"Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

"Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja," katanya.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang tidak istiqamah atas aqidah, dasar dan matlamat pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar dari jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya.

Kerana Anwar Bicara Tatatertib Shafee diadakan di penjara.

Posted: 23 Jul 2015 12:30 AM PDT

 
Bicara tatatertib Shafee diadakan di penjara atas sebab keselamatan Anwar
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah), peguam mengetuai pasukan pendakwa raya dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan tindakan tatatertib mempersoalkan profesionalismenya. 

Anwar mengadu Shafee tidak layak kerana latar belakangnya dalam kes Liwat I dulu. 

Perbicaraan salah laku profesionalime terhadap peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diadakan di bilik mesyuarat Penjara Sungai Buloh semalam kerana masalah keselamatan pengadu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, pengerusi tribunal, Datuk Vijay Kumar Natarajan memaklumkan kepada pihak berkaitan prosiding itu terpaksa dipindahkan ke penjara atas sebab keselamatan. 

 

Anwar memfailkan aduan salah laku profesional dengan Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara tahun lepas terhadap Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya "ad-hoc" untuk mengetuai pasukan pendakwaan, dalam rayuan kerajaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat pada 2012. 

Bekas ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan terdapat konflik kepentingan apabila Shafee menerima pelantikan Peguam Negara untuk jawatan itu. 

Mahkamah Persekutuan awal tahun ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan dan menyabitkan 5 tahun penjara terhadap Anwar. Anwar, 67, yang juga ketua umum PKR, kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh. 

Sivarasa berkata, beliau membantah perbicaraan itu diadakan di dalam penjara kerana prosiding awal bulan lepas dijalankan di premis lembaga disiplin Majlis Peguam di Kuala Lumpur. 

"Tidak ada masalah keselamatan apabila Anwar dibawa keluar dari penjara," katanya kepada The Malaysian Insider. Sivarasa (gambar, kiri) berkata, pengerusi memberitahunya perbicaraan akan diadakan di balai polis atau bilik mahkamah. 

"Kami juga menawarkan premis Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengadakan prosiding itu," kata ahli Parlimen Subang tersebut. Peguam itu berkata, pendengaran semalam yang berlangsung kira-kira 30 minit, tidak dapat dijalankan kerana Shafee mempunyai masalah dokumen pada saat-saat akhir. 

"Saya memerlukan masa mengkajinya," kata Sivarasa. Beliau berkata prosiding yang dijadualkan semalam juga ditangguhkan kerana Shafee mempunyai kes lain di Mahkamah Rayuan. Vijay Kumar, yang mengetuai jawatankuasa 3 orang kemudian menetapkan perbicaraan akan datang pada 7 dan 8 Ogos. 

Dua lagi ahli jawatankuasa itu yang mendengar dakwaan salah laku Shafee ialah peguam Izzat Othman dan orang awam Ng Kay Yip. Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee tidak hadir. 

Pada 10 Februari tahun lepas, Anwar melaporkan aduan dengan lembaga, mendakwa Shafee tahu terdapat konflik kepentingan kerana dakwaan "sejarah penglibatan" beliau dalam kes liwat pertama pada 1998-1999, dan bersama pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Liwat II. Shafee sepatutnya perlu menolak pelantikan tersebut, kata Anwar. 

"Beliau melanggar peraturan etika yang mana peguam terikat dengannya," kata Sivarasa sambil menambah kapasiti Shafee sebagai seorang timbalan pendakwa raya tidak mengecualikannya daripada peraturan profesional. 

Majlis Peguam awal bulan ini juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shafee kerana pendakwaan salah laku profesional selepas beliau terlibat dalam jelajah membincangkan kes liwat Anwar. Beliau dijangka menjawab tuduhan itu akhir bulan ini. 

Majlis Peguam merasakan Shafee melampaui batas apabila beliau melakukan siri jelajah mendedahkan keterangan yang diberikan di mahkamah secara tertutup, berikutan sabitan salah terhadap Anwar pada 10 Februari lalu. 

Peguam kanan terkejut dengan tindakan Shafee dan memfailkan usul membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac. Shafee, bagaimanapun, memfailkan saman fitnah serta perintah menghalang peguam daripada membincangkan tindakannya di mesyuarat agung tahunan peguam itu. 

Pada 23 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Peguam dan 2 peguam kanan untuk menamatkan injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghentikan perbincangan mengenai profesionalismenya. 

Sebaliknya, hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan Shafee untuk melanjutkan injunksi itu sehingga selesai saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, bekas pengerusi Majlis Peguam Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George. 

Shafee dikatakan melanggar peraturan Profesion Undang-undang (Publisiti) 2001 yang melarang peguam mempublisitikan diri sendiri atau amalan mereka dalam apa-apa cara. – 23 Julai, 2015.



Posted by mountdweller.
Thursday, July 23, 2015 Kerana Anwar Bicara Tatatertib Shafee diadakan di penjara Bicara tatatertib Shafee diadakan di penjara atas sebab keselamatan Anwar OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA Published: 23 July 2015 7:18 AM Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah), peguam mengetuai pasukan pendakwa raya dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan tindakan tatatertib mempersoalkan profesionalismenya. Anwar mengadu Shafee tidak layak kerana latar belakangnya dalam kes Liwat I dulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2015. Perbicaraan salah laku profesionalime terhadap peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diadakan di bilik mesyuarat Penjara Sungai Buloh semalam kerana masalah keselamatan pengadu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, pengerusi tribunal, Datuk Vijay Kumar Natarajan memaklumkan kepada pihak berkaitan prosiding itu terpaksa dipindahkan ke penjara atas sebab keselamatan. Anwar memfailkan aduan salah laku profesional dengan Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara tahun lepas terhadap Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya "ad-hoc" untuk mengetuai pasukan pendakwaan, dalam rayuan kerajaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat pada 2012. Bekas ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan terdapat konflik kepentingan apabila Shafee menerima pelantikan Peguam Negara untuk jawatan itu. Mahkamah Persekutuan awal tahun ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan dan menyabitkan 5 tahun penjara terhadap Anwar. Anwar, 67, yang juga ketua umum PKR, kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh. Sivarasa berkata, beliau membantah perbicaraan itu diadakan di dalam penjara kerana prosiding awal bulan lepas dijalankan di premis lembaga disiplin Majlis Peguam di Kuala Lumpur. "Tidak ada masalah keselamatan apabila Anwar dibawa keluar dari penjara," katanya kepada The Malaysian Insider. Sivarasa (gambar, kiri) berkata, pengerusi memberitahunya perbicaraan akan diadakan di balai polis atau bilik mahkamah. "Kami juga menawarkan premis Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengadakan prosiding itu," kata ahli Parlimen Subang tersebut. Peguam itu berkata, pendengaran semalam yang berlangsung kira-kira 30 minit, tidak dapat dijalankan kerana Shafee mempunyai masalah dokumen pada saat-saat akhir. "Saya memerlukan masa mengkajinya," kata Sivarasa. Beliau berkata prosiding yang dijadualkan semalam juga ditangguhkan kerana Shafee mempunyai kes lain di Mahkamah Rayuan. Vijay Kumar, yang mengetuai jawatankuasa 3 orang kemudian menetapkan perbicaraan akan datang pada 7 dan 8 Ogos. Dua lagi ahli jawatankuasa itu yang mendengar dakwaan salah laku Shafee ialah peguam Izzat Othman dan orang awam Ng Kay Yip. Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee tidak hadir. Pada 10 Februari tahun lepas, Anwar melaporkan aduan dengan lembaga, mendakwa Shafee tahu terdapat konflik kepentingan kerana dakwaan "sejarah penglibatan" beliau dalam kes liwat pertama pada 1998-1999, dan bersama pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Liwat II. Shafee sepatutnya perlu menolak pelantikan tersebut, kata Anwar. "Beliau melanggar peraturan etika yang mana peguam terikat dengannya," kata Sivarasa sambil menambah kapasiti Shafee sebagai seorang timbalan pendakwa raya tidak mengecualikannya daripada peraturan profesional. Majlis Peguam awal bulan ini juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shafee kerana pendakwaan salah laku profesional selepas beliau terlibat dalam jelajah membincangkan kes liwat Anwar. Beliau dijangka menjawab tuduhan itu akhir bulan ini. Majlis Peguam merasakan Shafee melampaui batas apabila beliau melakukan siri jelajah mendedahkan keterangan yang diberikan di mahkamah secara tertutup, berikutan sabitan salah terhadap Anwar pada 10 Februari lalu. Peguam kanan terkejut dengan tindakan Shafee dan memfailkan usul membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac. Shafee, bagaimanapun, memfailkan saman fitnah serta perintah menghalang peguam daripada membincangkan tindakannya di mesyuarat agung tahunan peguam itu. Pada 23 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Peguam dan 2 peguam kanan untuk menamatkan injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghentikan perbincangan mengenai profesionalismenya. Sebaliknya, hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan Shafee untuk melanjutkan injunksi itu sehingga selesai saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, bekas pengerusi Majlis Peguam Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George. Shafee dikatakan melanggar peraturan Profesion Undang-undang (Publisiti) 2001 yang melarang peguam mempublisitikan diri sendiri atau amalan mereka dalam apa-apa cara. – 23 Julai, 2015. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Fuyoo ! Baik Punya Bidek Dari Ahli Parlimen Pasir Salak

Posted: 23 Jul 2015 12:00 AM PDT

GoMalaysian

GoMalaysian


(Terkini) NASA Temui Milik Bumi Ke-2 Di Angkasa Lepas

Posted: 23 Jul 2015 05:40 PM PDT


NASA temui Milik Bumi Ke-2 Di Angkasa Lepas! Baca berita NASA dibawah:



NASA's Kepler Mission Discovers Bigger, Older Cousin to Earth 

NASA's Kepler mission has confirmed the first near-Earth-size planet in the "habitable zone" around a sun-like star. This discovery and the introduction of 11 other new small habitable zone candidate planets mark another milestone in the journey to finding another "Earth." 


The newly discovered Kepler-452b is the smallest planet to date discovered orbiting in the habitable zone -- the area around a star where liquid water could pool on the surface of an orbiting planet -- of a G2-type star, like our sun. The confirmation of Kepler-452b brings the total number of confirmed planets to 1,030. 


"On the 20th anniversary year of the discovery that proved other suns host planets, the Kepler exoplanet explorer has discovered a planet and star which most closely resemble the Earth and our Sun," said John Grunsfeld, associate administrator of NASA's Science Mission Directorate at the agency's headquarters in Washington. "This exciting result brings us one step closer to finding an Earth 2.0." 


Kepler-452b is 60 percent larger in diameter than Earth and is considered a super-Earth-size planet. While its mass and composition are not yet determined, previous research suggests that planets the size of Kepler-452b have a good chance of being rocky. 


While Kepler-452b is larger than Earth, its 385-day orbit is only 5 percent longer. The planet is 5 percent farther from its parent star Kepler-452 than Earth is from the Sun. Kepler-452 is 6 billion years old, 1.5 billion years older than our sun, has the same temperature, and is 20 percent brighter and has a diameter 10 percent larger. 


"We can think of Kepler-452b as an older, bigger cousin to Earth, providing an opportunity to understand and reflect upon Earth's evolving environment," said Jon Jenkins, Kepler data analysis lead at NASA's Ames Research Center in Moffett Field, California, who led the team that discovered Kepler-452b. "It's awe-inspiring to consider that this planet has spent 6 billion years in the habitable zone of its star; longer than Earth. That's substantial opportunity for life to arise, should all the necessary ingredients and conditions for life exist on this planet." 


To help confirm the finding and better determine the properties of the Kepler-452 system, the team conducted ground-based observations at the University of Texas at Austin's McDonald Observatory, the Fred Lawrence Whipple Observatory on Mt. Hopkins, Arizona, and the W. M. Keck Observatory atop Mauna Kea in Hawaii. These measurements were key for the researchers to confirm the planetary nature of Kepler-452b, to refine the size and brightness of its host star and to better pin down the size of the planet and its orbit. 


The Kepler-452 system is located 1,400 light-years away in the constellation Cygnus. The research paper reporting this finding has been accepted for publication in The Astronomical Journal.
In addition to confirming Kepler-452b, the Kepler team has increased the number of new exoplanet candidates by 521 from their analysis of observations conducted from May 2009 to May 2013, raising the number of planet candidates detected by the Kepler mission to 4,696. Candidates require follow-up observations and analysis to verify they are actual planets. 


Twelve of the new planet candidates have diameters between one to two times that of Earth, and orbit in their star's habitable zone. Of these, nine orbit stars that are similar to our sun in size and temperature. 


"We've been able to fully automate our process of identifying planet candidates, which means we can finally assess every transit signal in the entire Kepler dataset quickly and uniformly," said Jeff Coughlin, Kepler scientist at the SETI Institute in Mountain View, California, who led the analysis of a new candidate catalog. "This gives astronomers a statistically sound population of planet candidates to accurately determine the number of small, possibly rocky planets like Earth in our Milky Way galaxy." 


These findings, presented in the seventh Kepler Candidate Catalog, will be submitted for publication in the Astrophysical Journal. These findings are derived from data publicly available on the NASA Exoplanet Archive.
Scientists now are producing the last catalog based on the original Kepler mission's four-year data set. The final analysis will be conducted using sophisticated software that is increasingly sensitive to the tiny telltale signatures of Earth-size planets.

Ames manages the Kepler and K2 missions for NASA's Science Mission Directorate. NASA's Jet Propulsion Laboratory in Pasadena, California, managed Kepler mission development. Ball Aerospace & Technologies Corporation operates the flight system with support from the Laboratory for Atmospheric and Space Physics at the University of Colorado in Boulder. 


For more information about the Kepler mission, visit:
http://www.nasa.gov/kepler


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PIKIR APA

Posted: 23 Jul 2015 07:08 PM PDT








PiKiR APA

ENCiK NAZiR

JANGAN PiKiR

LAMA SANGAT
  


----------------

TAK PERLU TANYA

Posted: 23 Jul 2015 06:53 PM PDT








SAEKOR LAGi 
tak perlu tanya
tak perlu hairan
semua selesai

Nasib Pengerusi MARA jadi tanda tanya
 | July 22, 2015
Kontrak Annuar Musa telah tamat pada 17 Julai lalu dan sehingga kini belum ada sebarang pengesahan disambung atau ditamatkan.
KUALA LUMPUR: Kontrak  Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih menjadi tanda tanya selepas belum ada kata putus sama ada akan disambung atau tidak selepas berkhidmat hampir dua tahun.
"Ya, kontrak saya berakhir pada 17 Julai, iaitu pada hari raya pertama. Kontrak saya sudah tamat kerana tarikh pelantikkan saya adalah pada 17 Julai 2013," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Parlimen di perkarangan Parlimen pada Rabu.
Mengulas sama ada telah menerima surat tawaran untuk menyambung kontrak sebagai Pengerusi, Annuar berkata masih belum menerima sebarang tawaran.
Beliau menafikan kontraknya mungkin terjejas susulan kontroversi pembelian hartanah di Australia baru-baru ini.


KAH KAH KAH
wal tamattun
wal tutup buku
wal tunggu dan lihat
wal tunggu apa?
wal tunggu sprm

MAiN SELESAi
 

--------------

TAMAT DAN SELESIA

Posted: 23 Jul 2015 06:21 PM PDT









TAK AD

APA NAK

TAMBAH 


Jangan terpengaruh taktik Najib, teruskan dedah skandal 1MDB -Shahbudin

 | July 24, 2015
Tindakan menyekat akses laman web Sarawak Report dan menghalang pemimpin pembangkang ke luar negara merupakan taktik mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar.







PETALING JAYA: Kerajaan cuba mengalih isu penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Razak dengan menyekat akses Sarawak Report.
Begitu juga sekatan terhadap Rafizi Ramli dan Tony Pua yang disenaraihitam dan tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, tindakan itu sama sekali tidak adil kerana Rafizi dan Tony Pua tidak merbahaya kepada keselamatan negara.
"Jika kerana 1MDB, apa perlunya sekatan itu dikenakan kerana mereka bukannya suspek, sebaliknya cuma lantang mendedahkan pelbagai isu mengenai syarikat pelaburan itu saja?


KAH KAH KAH
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
tamat dan selesai

GAME OVER 


-----------------

SIAPA WATAK UTAMA

Posted: 23 Jul 2015 06:00 PM PDT





KENYATAAN MEDIA

Anwar: Ambil Tindakan Terhadap 'Watak Utama' Skandal 1MDB

Berikut adalah perutusan Anwar Ibrahim yang disampaikan melalui peguam beliau pada 22 Julai 2015:

"Pihak berkuasa akhirnya telah melakukan tangkapan berkaitan skandal kewangan 1MDB.

Skandal ini telah mendedahkan kepincangan urus tadbir dan rasuah di peringkat tertinggi kepimpinan BN yang amat mengejutkan, di mana Perdana Menteri sendiri didakwa terlibat.

Saya telah bangkitkan isu kepincangan urus tadbir dana 1MDB di Parlimen sejak 2009, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan kerajaan mahupun Umno!

Kini negara menghadapi kehilangan berbilion ringgit dan rasa malu di kalangan masyarakat antarabangsa; nilai mata wang ringgit merudum dan keyakinan pelabur tergugat.

Ini mendatangkan kesan kepada kesihatan kewangan setiap rakyat Malaysia, dan BN mesti berikan penjelasan.

Walaupun beberapa tangkapan telah dilakukan, tidak salah untuk umum terus berasa curiga sehinggalah tindakan diambil terhadap 'watak utama' skandal ini.

Pihak berkuasa mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol, kerana beberapa 'watak utama'/saksi kini berada di luar negara.

Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur. Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas."

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

23 Julai 2015




--------------

MAKIN MEREBAK

Posted: 23 Jul 2015 11:49 AM PDT





KAi

RENTANG 


ANTi NAJiB

MAKiN NAi


Kain rentang dengan logo Umno di Gelang Patah minta Najib undur


Sebuah Umno bahagian di Johor mengakui kewujudan sehelai kain rentang yang mencemarkan nama  Najib Razak menjelang mesyuarat bahagian parti itu bulan depan.
Kain rentang itu, yang menggesa Najib meletak jawatan, ditemui dipasang di Gelang Patah, Johor.
Ia mempunyai logo Umno dan memaparkan gambar presiden Umno memakai Baju Melayu ungu dan songkok dengan kata-kata: "Kami Umno Bahagian Pulai Jaya 2 hilang kepercayaan kepada PM dan jemaah menteri. Kamu wajib letak jawatan, kalau ada maruah atau terima kekalahan PRU14 atas sifat ego dan tamak kamu". 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kain-rentang-dengan-logo-umno-di-gelang-patah-minta-najib-undur#sthash.0BTChcZk.dpuf



----------------

SIAPA WATAK UTAMA

Posted: 23 Jul 2015 07:00 AM PDT








Anwar gesa Putrajaya bertindak terhadap 'watak utama' 1MDB

Ketua Umum PKR yang dipenjarakan,  Anwar Ibrahim menggesa Putrajaya bertindak terhadap "watak utama" di sebalik syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini berada di luar negara. 

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1MDB yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-gesa-putrajaya-bertindak-terhadap-watak-utama-1mdb#sthash.BJNXAqJ4.dpuf

JENG JENG JENG
woit
watak utama najib 
masih belum disola
masih belum menjawab
senyap membantu
nak bertindak apa

SANDiWARA
 

------------------

MAIN DAH SELOSAI

Posted: 23 Jul 2015 06:00 AM PDT







BILO NAK SAMAN
Sodangkan Chedet tanyo, Hoi Najib sapo upah bom ponyadap kamu?. Najib jawab, den dah poei bersumpah tigo masjid ... den tak kona siapo dio ponyodap itu. Ponyodap den hanyo Rosemah seorang sajooo. Jadi bilo kito tanyo bilo nak saman WSJ ... 

Najib jawab 90% berito WSJ adolah fitnah belako, fitnah mengfitnah adolah kojo orang kapir dan yahudi. Balasannyo adolah nyato, iaitu nerako. Allah senantioso bersamo orang yang bona, itu yang paling afdeeeel ... laung Najib. Ulang balik soalan "Bilo Nak Saman" kato haghi thalatha? on BILO NAJIB NAK SAMAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 4:33 PM





--------------

LAPORAN SUDAH SIAP

Posted: 23 Jul 2015 05:30 AM PDT








  LAPORAN DAH SIAP

Laporan awal audit 1MDB boleh jawab tuduhan dokumen palsu, kata Pua


Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini mendakwa laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengandungi jawapan berhubung persoalan sama ada Sarawak Report atau portal media lain mengubahsuai atau memalsukan laporannya berhubung syarikat sarat hutang itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-gesa-laporan-interim-ketua-audit-negara-didedahkan#sthash.ngSBTkD0.dpuf

KAH KAH KAH
woit
nak tunggu apa lagi
nak nanti apa lagi
nak tunngu mahathir mati ke?
nak tunggu gani patail berhenti ke?
baru laporan nak diumumkan

JANGAN TIPU
 
--------------

MARI KITA SAMA SAMA KETAWA

Posted: 22 Jul 2015 09:18 PM PDT






KENYATAAN
gwa rasa amat kecewa
kerana dilarang keluar negara
pada bulan oktober ini
gwa ada rancangan 
nak buat lawak berdiri
di london sekali lagi
susah nak cari makan





Lagi aktivis dihalang ke luar negara, termasuk Ambiga

Selepas pendedahan 2 ahli Parlimen, Tony Pua dan Rafizi Ramli, serta pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong disekat ke luar negara mungkin disebabkan kritikan mereka berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB), seorang lagi pemimpin pembangkang dan 4 aktivis turut menerima nasib sama.
The Malaysian Insider difahamkan, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, aktivis  Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim turut mendapati perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen jika mahu meninggalkan Malaysia.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/5-lagi-perlu-rujuk-imigresen-sebelum-dibenar-ke-luar-negara#sthash.vnDyLcsr.dpuf


KAH KAH KAH
ketawalah kamu
sebelum ketawa 
diharamkan

KAH KAH KAH
 

-------------

POTONG STIM

Posted: 22 Jul 2015 09:02 PM PDT







POTONG STiM

GWA MASi

NAK BERAYA 

KAH KAH KAH 









----------------

SENYUM PAGI INI

Posted: 22 Jul 2015 08:03 PM PDT






SENYUM 

dan

KETAWALAH 





--------------

BETUL KE INI?

Posted: 22 Jul 2015 07:38 PM PDT






BETUL KE 

BERiTA INi

atau 

PERANG SARAF


3 Wakil Rakyat PAS Dari Selangor Umum Keluar Parti



Dua ADUN PAS dan seorang Ahli parlimen dari Selangor mengesahkan akan keluar parti dan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.




--------------

SATU JEMPUTAN

Posted: 22 Jul 2015 07:08 PM PDT








JEMPUTAN

PELANCARAN 

BUKU






BUKU SUAMI & ISTERI


1. Suara-suara melawan bukan suara orang yang kecewa atau berontak kosong. Suara-suara melawan adalah suara orang-orang yang berfikir tentang semalam dan hari ini, untuk masa hadapan.

Seeds of Dissent dari Dr Ying Hooi merakamkan analisa ke atas budaya melawan dan bagaimana ia membentuk masa depan kita semua. 

2. Kritik sosial dan politik penting untuk pembangunan masyarakat. Kegagalan kita adalah kita terlalu sibuk menilai orang lain sebelum memahami diri sendiri.

Ini Bukan Klise 2 oleh Amin Iskandar menyambung semula persoalan-persoalan yang dilontar dalam terbitan sebelumnya dengan tajuk yang sama.

Kedua-duanya dilancarkan bersama 28 Julai 2015 (Selasa), 8.00 malam di GerakBudaya oleh Zunar dengan diiringi kugiran The BangsArt.

Jemput hadir!



BUKU PEJUANG NASIONALIS KEMERDEKAAN



THE BANGSART
AKAN MEMBUAT
 PERSEMBAHAN



---------

ANAK MUDA SARAWAK

Posted: 22 Jul 2015 07:08 PM PDT





ANAK MUDA
 SARAWAK
 "Beri aku 1.000 orang tua, niscaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda niscaya akan kuguncangkan dunia" - BUNG KARNO


-------------