Khamis, 23 Julai 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jangan terpengaruh taktik Najib, teruskan dedah skandal 1MDB -Shahbudin Faiz Zainudin

Posted: 23 Jul 2015 10:30 PM PDT

 
shahbudin_-najib_1mdb_bank_wst_600

Tindakan menyekat akses laman web Sarawak Report dan menghalang pemimpin pembangkang ke luar negara merupakan taktik mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

PETALING JAYA: Kerajaan cuba mengalih isu penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyekat akses Sarawak Report.

Begitu juga sekatan terhadap Rafizi Ramli dan Tony Pua yang disenaraihitam dan tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, tindakan itu sama sekali tidak adil kerana Rafizi dan Tony Pua tidak merbahaya kepada keselamatan negara.

"Jika kerana 1MDB, apa perlunya sekatan itu dikenakan kerana mereka bukannya suspek, sebaliknya cuma lantang mendedahkan pelbagai isu mengenai syarikat pelaburan itu saja?

"Sementara suspek sebenar bebas ke mana saja. Sekatan perjalanan ini juga seolah-olah mereka ini benar-benar merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara sedangkan pendedahan yang mereka lakukan lebih membawa kebaikan untuk kita semua," tulisnya diblog.

Shahbudin berkata, pihak yang bertanggung jawab dalam pendedahan isu itu tidak perlu terpengaruh dengan taktik berkenaan sebaliknya terus memberi tekanan terhadap isu penyaluran wang RM2.6 bilion ke akaun Najib.

"Dalam kita menanti penuh sabar dan debar hasil siasatan pasukan petugas khas itu, isu pokok yang perlu diberi perhatian dan dicari kebenaran tetap berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Tidak harus sesiapa lari daripadanya," katanya.

Raja Bahrin akui dipelawa sertai Harapan Baru

Posted: 23 Jul 2015 09:30 PM PDT



KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mengakui menerima pelawaan daripada kumpulan progresif Pas supaya beliau menyertai Gerakan Harapan Baru.

Beliau yang berada di luar negara ketika dihubungi memberitahu, masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkara itu buat masa ini.
"Ada orang pelawa saya tetapi saya tak beri apa-apa jawapan," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya lebih lanjut, beliau enggan mengulas sama ada akan menerima atau tidak pelawaan tersebut.

Buat masa ini katanya, beliau hanya aktif dengan penglibatan NGO yang dipengerusikannya iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) serta Selamatkan Alam dan Warisan Kita (Nusantara).

Raja Bahrin adalah antara wakil rakyat daripada golongan profesional Pas negeri ini yang disebut-sebut sebagai salah seorang yang menyertai Harapan Baru dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.


Selagi ‘watak utama’ 1MDB bebas, rakyat akan terus curiga !! - FMT Reporters

Posted: 23 Jul 2015 08:45 PM PDT

 
anwar-1MDB

Pihak berkuasa negara ini mesti bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan watak utama dan saksi yang berada di luar negara.

PETALING JAYA: Rakyat akan terus curiga selagi watak utama dalam skandal 1Malaysia Development Behad (1MDB) belum diambil tindakan walaupun beberapa individu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa negara ini mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol untuk menahan beberapa 'watak utama' atau saksi yang berada di luar negara.

"Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur.

"Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas." katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan mengenai kehilangan berbilion ringgit yang telah menyebabkan ekonomi terjejas dan rakyat terbeban.

"Mereka perlu berasa malu dalam kalangan masyarakat antarabangsa, nilai mata wang ringgit merudum dan keyakinan pelabur tergugat.

"Ini mendatangkan kesan kepada kesihatan kewangan setiap rakyat Malaysia," tambah Anwar.

LZS minta Kerajaan Selangor hantar laporan agihan zakat RM5 juta Khairil Ashraf

Posted: 23 Jul 2015 08:00 PM PDT

 
selangor_ringgit_zakat_600

Menurut prosedur, GLC perlu memaklumkan kepada LZS kepada siapa zakat diagihkan dan jumlah bagi setiap penerima.

PETALING JAYA : Kerajaan Selangor atau anak syarikatnya, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) perlu menghantar laporan penuh kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung agihan zakat berjumlah RM5 juta yang telah diagihkan.

Pengurus Pengurusan Perhubungan Pengeluaran LZS, Shamshuri Ashaari berkata, pihaknya perlu meneliti statistik penerima dan jumlah yang diterima.

Katanya, walaupun GLC dibenarkan mengagihkan zakat dengan cara sendiri tetapi LZS masih perlu memantau agihannya.

"Kita masih pantau lagi ke mana duit itu diagihkan. Kita nak tengok juga statistik nanti seperti berapa mereka beri kepada fakir miskin.

"Kita akan minta laporan dari mereka ke mana mereka agihkan duit zakat tersebut. Bukanlah kami lepas begitu sahaja kepada GLC," katanya kepada FMT.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Selangor menerusi DEIG yang mengagihkan bantuan zakat RM5 juta tanpa melalui LZS dan kerajaan negeri yang terlibat.

Terdapat dakwaan yang mengatakan bantuan zakat itu disalurkan menerusi ketua-ketua cabang PKR sekaligus menimbulkan kebimbangan jika wang itu diberikan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Shamshuri berkata, LZS membenarkan GLC mengagihkan 3/8 bahagian daripada keseluruhan kutipan zakat kepada lima asnaf (penerima) yang telah disenaraikan.

"Jika ikut prosedur kami, GLC perlu beritahu kami kemana mahu diagihkan zakat itu. Tetapi dari segi pengagihan, GLC boleh agihkan sendiri.

"Sebagai contoh, jika DEIG keluarkan zakat, dia ambil duit agihan semula itu, dia boleh agihkan sendiri sama ada di dalam Selangor atau di luar Selangor," katanya.

Utusan gagal batal saman Adnan Yaakob ? - FMT Reporters

Posted: 23 Jul 2015 07:15 PM PDT

 
Adnan-Yaakob_utusan_law_600

Menteri Besar Pahang menyaman Utusan Malaysia kerana menerbitkan artikel 'Hebat sangatkah Adnan' yang disiarkan November lalu.

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad gagal membatalkan saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung artikel "Hebat Sangatkah Adnan' yang disiarkan akhbar itu pada November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yeoh Wee Siam menolak permohonan itu dengan kos RM3,000 di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Americk Sidhu mewakili Adnan dan peguam Azhar Arman Ali dan M.Reza Hassan mewakili Utusan Malaysia, lapor Bernama.

M.Reza berkata, permohonan Utusan Malaysia untuk membatalkan saman itu ditolak selepas mahkamah tidak bersetuju dengan hujah peguam bahawa Adnan tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk menyaman Utusan Malaysia kerana beliau dikritik atas kapasiti sebagai Menteri Besar.

M.Reza berkata, mahkamah turut membenarkan permohonan Utusan Malaysia untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan Isnin ini, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 5 Dis 2014, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung artikel itu, yang diterbitkan defendan pada 9 Nov dalam akhbar

Mingguan Malaysia, di dalan ruangan 'Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat'.


Adnan mendakwa, artikel tersebut membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Plaintif seterusnya mendakwa artikel itu menjejaskan reputasinya dan membawa kebencian dalam kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf di muka depan akhbar itu selain menuntut pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

‘Pelakon’ masuk Pas kerana jawatan akan tenggelam- Hadi Faiz Zainudin

Posted: 23 Jul 2015 06:30 PM PDT

 
Hadi-Awang_pas_600

Beliau memuji ahli Pas yang setia walaupun dianggap bodoh, miskin atau bangsat

PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji ahli parti itu yang terus setia berjuang bersama walaupun berdepan banyak cabaran.

Katanya, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terus setia bersama parti walaupun dianggap bodoh, miskin mahupun bangsat.

Namun, katanya, mereka yang setia tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau kedudukan dalam parti akan dipelihara Allah.

"Bagi yang miskin dan bangsat kerana dipandang hina kebanyakan umum pula, mereka turut menyumbangkan doa serta tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin atau meminta menjadi calon dan jawatan.

"Kesemua mereka tetap dengan pendirian walaupun tidak dipilih dalam Mesyuarat Agong atau Muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak, tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Abdul Hadi turut menyindir kumpulan yang menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk mendapatkan jawatan dan pangkat sebagai 'pelakon' yang akan tenggelam.

"Sesiapa yang mengubah Pas lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membuat kenyataan itu susulan terdapat pihak luar yang cuba memancing ahli dan pemimpin Pas supaya keluar daripada parti dengan menyertai parti baharu.

Mengapa Pasukan Petugas Khas belum siasat Najib – Rafizi - oleh: Mohamad Fadli

Posted: 23 Jul 2015 05:45 PM PDT

 
Rafizi_najib_1mdb_600

Dia mendakwa Najib perlu disiasat kerana berkait rapat dengan skandal 1MDB selain merupakan watak penting dalam skandal itu

PETALING JAYA: Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa sampai sekarang Pasukan Petugas Khas masih belum mengambil kenyataan dan menyoalsiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR itu berkata, Najib yang merupakan watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi masih belum disoalsiasat di saat kerajaan menyekat dua ahli pembangkang ke luar negara.

"Soalan ini juga sudah tentu berlegar di pemikiran rakyat kebanyakannya dan tidak memberi gambaran yang baik kepada kebebasan Pasukan Petugas Khas ini sekiranya individu yang paling penting belum lagi disoalsiasat dan diambil kenyataan," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, Najib perlu disiasat kerana mendakwa Perdana Menteri berkait rapat dengan skandal 1MBD.

"Antaranya mengikut Fasal 117 Memorandum Pertubuhan 1MDB, semua keputusan pelaburan, hutang dan lain-lain yang dibuat oleh 1MDB mestilah mendapat kelulusan Perdana Menteri.

"Ini bermakna beliau tahu mengenai urusniaga-urusniaga yang kini dipersoalkan sehingga menyebabkan 1MDB mengumpul hutang melebihi RM42 bilion.

"Pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dibuat ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri dari dana yang berasal dari 1MDB," katanya lagi.

Rafizi berkata, dia terkejut dengan laporan akhbar The Sun yang melaporkan pihak berkuasa masih gagal menjejaki tiga orang kuat 1MDB iaitu Jho Low, Nik Faisal Nik Othman Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin untuk disoalsiasat.

"Laporan The Sun juga menyebut bahawa salah seorang dari mereka disyaki berada di Indonesia yang bermaksud mereka telah bolos sedangkan sekatan keluar negara dikenakan terhadap mereka yang kuat mengkritik kerajaan mengenai 1MDB," tegasnya.

Dia juga berharap dengan penangkapan dua orang dalam siaasatan skandal 1MDB itu benar-benar dapat mempercepatkan siasatan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Khalid Ibrahim gesa penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 dilakukan segera?

Posted: 23 Jul 2015 05:00 PM PDT

 

SHAH ALAM: Jika benar Pakatan Rakyat 2.0 mahu diwujudkan, ia perlu dilakukan segera agar tidak mengelirukan rakyat, tegas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ujarnya, sikap dolak dalih bersabit perkara itu secara langsung akan menjejaskan pentadbiran di Selangor memandangkan negeri itu ditunjangi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP. 

"Memandangkan ini merupakan inisiatif dalaman yang melibatkan PKR dan DAP, bukanlah prerogatif saya untuk memberi pendapat. 

"Walaubagaimanapun dalam konteks Selangor, sekiranya benar ura-ura penubuhan Pakatan Rakyat baharu, adalah lebih baik ianya diselesaikan secepat mungkin supaya kekeliruan, kegusaran dan haru-biru di kalangan penjawat awam boleh dihindarkan. 

"YAB Dato Menteri Besar perlu membuat keputusan tentang perkara ini secepat mungkin.
Ini adalah kerana kita tidak mahu percaturan politik sebegini mengganggu gugat kelicinan dan keberkesanan proses pentadbiran negeri," katanya dalam posting di Facebooknya, semalam. 

Penubuhan Pakatan Rakyat Baharu (PRB) dikatakan menjadi inisiatif terbaru gabungan pembangkang selepas DAP menguisytiharkan Pakatan Rakyat sudah 'tamat'. 

Bagaimanapun PAS menolak dakwaan itu dan menyifatkan Pakatan Rakyat masih wujud berikutan parti itu masih bersama-sama PKR - meneruskan tahaluf siayasi sedia ada walaupun tanpa DAP. PAS dan DAP kini tidak lagi menjalinkan hubungan politik selepas bertelagah perihal isu pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Kedudukan PAS kini dalam Pakatan Rakyat agak goyah apabila wujud khabar angin bahawa parti baru yang diasaskan Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri. 

Parti baru itu dikatakan bakal disertai bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS 4 Jun lalu. Penubuhan parti baru itu disahkan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Parti baru itu juga dikatakan bakal menggantikan PAS dalam Pakatan Rayat 2.0. Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam memberitahu perbincangan di antara DAP, PKR dan GHB masih dijalankan untuk mewujudkan satu pakatan pembangkang yang baru.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

GHB - Hadi Makin Gelisah, Umpamakan DAP Seperti Wali

Posted: 23 Jul 2015 09:30 AM PDT

 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.

Beliau berkata hanya anggota parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya dalam kenyataan media bertajuk "Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja."

Kenyataan Abdul Hadi itu sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan pemimpin PAS yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang telah menubuhkan parti serpihan, Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang diuar-uarkan akan menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.

GHB dijadual ditubuhkan pada 14 September depan.

Beliau juga turut memuji anggota PAS yang tidak 'merajuk' dan terus beristiqamah atau taat menjalankan sesuatu urusan walaupun tidak terpilih dalam muktamar PAS atau tidak tercalon dalam pilihan raya dan 'tidak mendapat projek dan balak'.

"Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

"Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja," katanya.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang tidak istiqamah atas aqidah, dasar dan matlamat pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar dari jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya.

Kerana Anwar Bicara Tatatertib Shafee diadakan di penjara.

Posted: 23 Jul 2015 12:30 AM PDT

 
Bicara tatatertib Shafee diadakan di penjara atas sebab keselamatan Anwar
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah), peguam mengetuai pasukan pendakwa raya dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan tindakan tatatertib mempersoalkan profesionalismenya. 

Anwar mengadu Shafee tidak layak kerana latar belakangnya dalam kes Liwat I dulu. 

Perbicaraan salah laku profesionalime terhadap peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diadakan di bilik mesyuarat Penjara Sungai Buloh semalam kerana masalah keselamatan pengadu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, pengerusi tribunal, Datuk Vijay Kumar Natarajan memaklumkan kepada pihak berkaitan prosiding itu terpaksa dipindahkan ke penjara atas sebab keselamatan. 

 

Anwar memfailkan aduan salah laku profesional dengan Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara tahun lepas terhadap Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya "ad-hoc" untuk mengetuai pasukan pendakwaan, dalam rayuan kerajaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat pada 2012. 

Bekas ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan terdapat konflik kepentingan apabila Shafee menerima pelantikan Peguam Negara untuk jawatan itu. 

Mahkamah Persekutuan awal tahun ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan dan menyabitkan 5 tahun penjara terhadap Anwar. Anwar, 67, yang juga ketua umum PKR, kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh. 

Sivarasa berkata, beliau membantah perbicaraan itu diadakan di dalam penjara kerana prosiding awal bulan lepas dijalankan di premis lembaga disiplin Majlis Peguam di Kuala Lumpur. 

"Tidak ada masalah keselamatan apabila Anwar dibawa keluar dari penjara," katanya kepada The Malaysian Insider. Sivarasa (gambar, kiri) berkata, pengerusi memberitahunya perbicaraan akan diadakan di balai polis atau bilik mahkamah. 

"Kami juga menawarkan premis Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengadakan prosiding itu," kata ahli Parlimen Subang tersebut. Peguam itu berkata, pendengaran semalam yang berlangsung kira-kira 30 minit, tidak dapat dijalankan kerana Shafee mempunyai masalah dokumen pada saat-saat akhir. 

"Saya memerlukan masa mengkajinya," kata Sivarasa. Beliau berkata prosiding yang dijadualkan semalam juga ditangguhkan kerana Shafee mempunyai kes lain di Mahkamah Rayuan. Vijay Kumar, yang mengetuai jawatankuasa 3 orang kemudian menetapkan perbicaraan akan datang pada 7 dan 8 Ogos. 

Dua lagi ahli jawatankuasa itu yang mendengar dakwaan salah laku Shafee ialah peguam Izzat Othman dan orang awam Ng Kay Yip. Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee tidak hadir. 

Pada 10 Februari tahun lepas, Anwar melaporkan aduan dengan lembaga, mendakwa Shafee tahu terdapat konflik kepentingan kerana dakwaan "sejarah penglibatan" beliau dalam kes liwat pertama pada 1998-1999, dan bersama pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Liwat II. Shafee sepatutnya perlu menolak pelantikan tersebut, kata Anwar. 

"Beliau melanggar peraturan etika yang mana peguam terikat dengannya," kata Sivarasa sambil menambah kapasiti Shafee sebagai seorang timbalan pendakwa raya tidak mengecualikannya daripada peraturan profesional. 

Majlis Peguam awal bulan ini juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shafee kerana pendakwaan salah laku profesional selepas beliau terlibat dalam jelajah membincangkan kes liwat Anwar. Beliau dijangka menjawab tuduhan itu akhir bulan ini. 

Majlis Peguam merasakan Shafee melampaui batas apabila beliau melakukan siri jelajah mendedahkan keterangan yang diberikan di mahkamah secara tertutup, berikutan sabitan salah terhadap Anwar pada 10 Februari lalu. 

Peguam kanan terkejut dengan tindakan Shafee dan memfailkan usul membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac. Shafee, bagaimanapun, memfailkan saman fitnah serta perintah menghalang peguam daripada membincangkan tindakannya di mesyuarat agung tahunan peguam itu. 

Pada 23 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Peguam dan 2 peguam kanan untuk menamatkan injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghentikan perbincangan mengenai profesionalismenya. 

Sebaliknya, hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan Shafee untuk melanjutkan injunksi itu sehingga selesai saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, bekas pengerusi Majlis Peguam Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George. 

Shafee dikatakan melanggar peraturan Profesion Undang-undang (Publisiti) 2001 yang melarang peguam mempublisitikan diri sendiri atau amalan mereka dalam apa-apa cara. – 23 Julai, 2015.



Posted by mountdweller.
Thursday, July 23, 2015 Kerana Anwar Bicara Tatatertib Shafee diadakan di penjara Bicara tatatertib Shafee diadakan di penjara atas sebab keselamatan Anwar OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA Published: 23 July 2015 7:18 AM Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah), peguam mengetuai pasukan pendakwa raya dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan tindakan tatatertib mempersoalkan profesionalismenya. Anwar mengadu Shafee tidak layak kerana latar belakangnya dalam kes Liwat I dulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2015. Perbicaraan salah laku profesionalime terhadap peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diadakan di bilik mesyuarat Penjara Sungai Buloh semalam kerana masalah keselamatan pengadu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, pengerusi tribunal, Datuk Vijay Kumar Natarajan memaklumkan kepada pihak berkaitan prosiding itu terpaksa dipindahkan ke penjara atas sebab keselamatan. Anwar memfailkan aduan salah laku profesional dengan Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara tahun lepas terhadap Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya "ad-hoc" untuk mengetuai pasukan pendakwaan, dalam rayuan kerajaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat pada 2012. Bekas ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan terdapat konflik kepentingan apabila Shafee menerima pelantikan Peguam Negara untuk jawatan itu. Mahkamah Persekutuan awal tahun ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan dan menyabitkan 5 tahun penjara terhadap Anwar. Anwar, 67, yang juga ketua umum PKR, kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh. Sivarasa berkata, beliau membantah perbicaraan itu diadakan di dalam penjara kerana prosiding awal bulan lepas dijalankan di premis lembaga disiplin Majlis Peguam di Kuala Lumpur. "Tidak ada masalah keselamatan apabila Anwar dibawa keluar dari penjara," katanya kepada The Malaysian Insider. Sivarasa (gambar, kiri) berkata, pengerusi memberitahunya perbicaraan akan diadakan di balai polis atau bilik mahkamah. "Kami juga menawarkan premis Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengadakan prosiding itu," kata ahli Parlimen Subang tersebut. Peguam itu berkata, pendengaran semalam yang berlangsung kira-kira 30 minit, tidak dapat dijalankan kerana Shafee mempunyai masalah dokumen pada saat-saat akhir. "Saya memerlukan masa mengkajinya," kata Sivarasa. Beliau berkata prosiding yang dijadualkan semalam juga ditangguhkan kerana Shafee mempunyai kes lain di Mahkamah Rayuan. Vijay Kumar, yang mengetuai jawatankuasa 3 orang kemudian menetapkan perbicaraan akan datang pada 7 dan 8 Ogos. Dua lagi ahli jawatankuasa itu yang mendengar dakwaan salah laku Shafee ialah peguam Izzat Othman dan orang awam Ng Kay Yip. Harvinderjit Singh yang mewakili Shafee tidak hadir. Pada 10 Februari tahun lepas, Anwar melaporkan aduan dengan lembaga, mendakwa Shafee tahu terdapat konflik kepentingan kerana dakwaan "sejarah penglibatan" beliau dalam kes liwat pertama pada 1998-1999, dan bersama pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam Liwat II. Shafee sepatutnya perlu menolak pelantikan tersebut, kata Anwar. "Beliau melanggar peraturan etika yang mana peguam terikat dengannya," kata Sivarasa sambil menambah kapasiti Shafee sebagai seorang timbalan pendakwa raya tidak mengecualikannya daripada peraturan profesional. Majlis Peguam awal bulan ini juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shafee kerana pendakwaan salah laku profesional selepas beliau terlibat dalam jelajah membincangkan kes liwat Anwar. Beliau dijangka menjawab tuduhan itu akhir bulan ini. Majlis Peguam merasakan Shafee melampaui batas apabila beliau melakukan siri jelajah mendedahkan keterangan yang diberikan di mahkamah secara tertutup, berikutan sabitan salah terhadap Anwar pada 10 Februari lalu. Peguam kanan terkejut dengan tindakan Shafee dan memfailkan usul membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac. Shafee, bagaimanapun, memfailkan saman fitnah serta perintah menghalang peguam daripada membincangkan tindakannya di mesyuarat agung tahunan peguam itu. Pada 23 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Majlis Peguam dan 2 peguam kanan untuk menamatkan injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghentikan perbincangan mengenai profesionalismenya. Sebaliknya, hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan permohonan Shafee untuk melanjutkan injunksi itu sehingga selesai saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam, bekas pengerusi Majlis Peguam Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George. Shafee dikatakan melanggar peraturan Profesion Undang-undang (Publisiti) 2001 yang melarang peguam mempublisitikan diri sendiri atau amalan mereka dalam apa-apa cara. – 23 Julai, 2015. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Fuyoo ! Baik Punya Bidek Dari Ahli Parlimen Pasir Salak

Posted: 23 Jul 2015 12:00 AM PDT

Tiada ulasan: