Ahad, 27 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kerjasama DGN UMNO - Siapa YG TITM, Idris & Iskandar Sindir Dalam PAS?

Posted: 27 Dec 2015 10:30 PM PST

PAS dah berpecah dua. Yang tak ngam dengan Hadi dah keluar dan menjadi AMANAH. Angkara perpecahan & krisis dengan DAP. Apakah PAS akan berpecah sekali lagi apabila ada kumpulan tertentu cuba membawa PAS kepada UMNO? Satu kumpulan kekal membawa PAS sebagai PAS. Manakala satu kumpulan lagi membawa PAS kepada UMNO. Rasanya tak payah sebut la muka-muka pro UMNO dalam PAS. Dengan pakar-pakar strategi bagai, orang kenal kot sapa?

Kah kah kah

Ini laporan TMI. Aku tak percaya sepenuhnya laporan mereka sebenarnya. Tetapi aku just tertarik dengan petikan warna merah yang aku highlight tu ja. Yang lain-lain tu pandai2 la korang fikir kebenarannya tersendiri. Apa yang aku nampak sekarang ialah ada pihak2 tertentu dalam PAS secara halus menyindir pihak2 tertentu di dalam PAS khususnya mengenai isu kerjasama dengan UMNO. Mungkin usaha telah berjalan dan mereka melihatnya.. dan mereka tidak bersetuju dengan usaha tersebut. Secara jujurnya aku pun tak suka kerjasama PAS - UMNO. Pigidahh. Yang suruh maafkan, lupakan dan siap kata kena abaikan dosa-dosa silam UMNO itu semua mengarut kot. Tak sedar-sedar lagi UMNO jadikan PAS pelampung. Bila UMNO selesa, aku jamin UMNO akan meninggalkan PAS tanpa menoleh ke belakang apatah lagi rasa simpati. Tak percaya p la terai berkerjasama. 

KAH KAH KAH

 
Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.


Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. - TMI

Mejer Zaidi Tinggalkan PAS Dan Sertai AMANAH

Posted: 27 Dec 2015 09:15 PM PST

Selepas beberapa bulan menyertai PAS, bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan parti Islam tersebut dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas juruterbang pesawat pejuang itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana "PAS cenderung terhadap Umno dan tidak bersama parti pembangkang lain".



Beliau pada asalnya menyertai Gerakan Harapan Baru – gerakan pra penubuhan Amanah yang dilancarkan pada September lalu.

Katanya, penyertaan dalam Amanah berlaku kerana PAS tidak melakukan perkara yang perlu dilakukan sebagai parti pembangkang sedangkan beliau sebelum ini menyertai PAS "kerana ia menegakkan Islam".

"Saya rasakan PAS cenderung kepada Umno. Ia bukan perkara yang sepatutnya dilakukan parti pembangkang.

"Semua parti dalam pembangkang sepatutnya bersatu menentang Umno. Itu peraturannya. Tapi PAS melakukan sebaliknya...dan ia juga meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya. - Tmi

Langkawi Dan Kota Kuala Muda Berisiko Dilanda Tsunami

Posted: 27 Dec 2015 08:33 PM PST



   
Jawab dengan tepat & menangi Voucher Mydin, Tesco atau Giant bernilai RM 1000!

Walaupun sudah lebih sedekad tragedi Tsunami 2004 melanda, namun Kedah terutamanya Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda masih berisiko untuk dilanda tsunami, kata Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria@Che Kob.

Beliau berkata, ia disebabkan kedudukan geografi kawasan berkenaan yang berdekatan dengan kawasan sebelah Barat Sumatera yang merupakan kawasan aktif berlakunya gempa bumi.

Langkawi katanya, berisiko tinggi terkena tsunami terlebih dahulu, memandangkan tsunami pada 2004 menyaksikan jarak antara pusat gempa dengan Pantai Chenang lebih dekat.

"Mengikut jarak rentas (lurus) antara pusat gempa dengan Langkawi, kita anggarkan 550 kilometer, tapi kalau jarak sebenar ombak tsunami boleh bergerak ialah hampir 1,000 kilometer," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Malah beliau berkata kesan tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi-Barat Laut Sumatera, pada 26 Disember 2004 menyaksikan Pantai Chenang di Langkawi mencatatkan ketinggian ombak 3.7 meter, dan masa ketibaan tiga jam 15 minit dan Kuala Muda pula mencatat ketinggian ombak 3.9 meter dengan masa ketibaan empat jam 32 minit.

Tsunami yang membadai beberapa negara pada 2004 turut menyebabkan Kedah terkena tempias tsunami, dengan 10 kematian di Kota Kuala Muda dan satu di Langkawi.

"Risiko tsunami sentiasa ada sebab kawasan di Utara dan sebelah Barat Sumatera memang kita panggil kawasan aktif disebabkan oleh pertembungan dua plat tektonik yang menyebabkan gempa bumi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata, untuk tempias tsunami sampai ke negeri ini, gempa bumi yang berlaku perlulah melebihi magnitud 8.0 pada Skala Richter di kawasan Sumatera terlibat.

Kata beliau buat masa ini terdapat lapan stesen seismologi di negeri ini yang berupaya mengesan kejadian gempa bumi dan lapan siren tsunami yang berfungsi untuk memberikan amaran awal sekiranya ada kemungkinan tsunami akan berlaku.

Lima daripada siren itu katanya, berada di Langkawi iaitu Pantai Cenang, Padang Mat Sirat, Telaga Harbour, Kuala Teriang dan Pantai Pasir Hitam manakala tiga di tanah besar iaitu Kota Kuala Muda, Tanjung Dawai dan Kuala Kedah.

Rosli turut berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat lain khusus dalam memastikan kesiapsiagaan sekiranya berlaku apa-apa juga bencana.

-Bernama

kekadang

Posted: 27 Dec 2015 04:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

kesempatan itu selalu saja menghindar dari kita untuk menyatakan sesuatu dan kalau memang itulah yang ditentukan maka inilah ruang waktu yang barangkali terbaik untuk diperkatakan hakikat itu.

semalam memang aku bermimpi lagi kuda putih itu datang kepadaku kala subuh menyapa dan ia masuk lewat jendela yang memang terbuka cuma ada jeriji besi memagari sekitar takut akan pencuri.

kala ia masuk terasakan dingin subuh menyapa dibawa bersama lalu ia angkat daku dan aku sendiri tidak tahu mahu ia bawa ke mana dan aku hanya pasrah tidak berkata apa-apa selain diam dan menyerah semata.

entah, kenapa harusnya ia bawa aku dan selalu saja aku bertanya tetapi pertanyaan itu tanpa jawaban dan memang aku tidak terdaya dan sesudah melewati pintu yang berpagar besi, di luar aku melihat ada beribu-ribu kuda putih siap menerabangkan aku ke langit tinggi kala subuh itu.

tentunya aku sudah tiada di sisi kamu seperti selalunya dan serentak itu aku sendiri tidak tahu apa sudahnya nanti.

salam kasih dan maafkan!


ISMAILY BUNGSU
sabah

Irmohizam dicabar buktikan LKIM bantu nelayan Ho Kit Yen

Posted: 27 Dec 2015 08:00 AM PST


Dr-Afif-Bahardin-

Pulau Pinang menegaskan telah membantu nelayan di negeri itu yang tidak mampu dilakukan LKIM

PETALING JAYA: Kerajaan Pulau Pinang mencabar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuktikan agensi itu telah menjalankan tanggungjawab untuk membantu nelayan di negeri itu dan di seluruh negara.

EXCO Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, LKIM perlu membuktikan mereka telah memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan nelayan.

"Kerajaan Pulau Pinang membantu nelayan dengan memberi pukat dua kali setahun dan membina tukun tiruan di Pulau Aman dan Pulau Kendi dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan pendapatan nelayan.

"Adakah LKIM boleh melakukan perkara yang sama? Malah Irmohizam (Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim) tidak mampu memberi lesen kepada nelayan," katanya kepada FMT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu mengulas kenyataan Irmohizam bahawa projek penambakan laut di tiga lokasi iaitu di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Kumbar di Pulau Pinang akan menjejaskan pendapatan nelayan.

"Jika LKIM betul-betul ambil berat soal nelayan dan isu tambakan laut, LKIM patut fokus kepada projek tambakan laut di negeri lain, Johor terutamanya.

"Saya cabar Irmohizam, jika LKIM mampu memberi pukat dua kali setahun kepada nelayan di seluruh negara bukan saja waktu pilihan raya, barulah datang berjumpa kami untuk berbincang," katanya sambil menegaskan, syarikat menguruskan projek tambakan laut setiasa berhubung dengan nelayan dan penduduk di pesisir pantai di kawasan terlibat.

Kertas siasatan SRC, RM2.6 bilion dikemuka minggu depan FMT Reporters

Posted: 27 Dec 2015 07:00 AM PST


sprm_1mdb_600

SPRM meminta semua pihak yakini siasatan akan dibuat secara bebas, telus dan profesional.

PETALING JAYA: Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas syarikat yang dikaitkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu SRC International Sdn Bhd, serta wang derma RM2.6 bilion akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu hadapan.

Kertas siasatan itu merekodkan syor berkenaan hasil siasatan iaitu samada terdapat kes atau pun sebaliknya.

"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.

"Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas," jelas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterima FMT, sebagai respon kepada tulisan blog bekas Ketua Pengarang News Strait Times Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.

Kadir dalam muatnaiknya itu berkata reputsi SPRM akan terkubur sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed gagal menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional.

Sementara itu, menjawab desakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli supaya SPRM mendedahkan nama penderma RM2.6 bilion, Bahri berkata perbuatan itu melanggar Akta SPRM 2009.

"SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang. Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian.

"Sebagai penggubal undang-undang, diharap YB Rafizi memahami kekangan ini dan mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang disiasat secara terperinci kepada umum," jawab Bahri.

Kandungan TPPA perlu didedahkan kepada rakyat – penganalisis politik Mohamad Fadli

Posted: 27 Dec 2015 06:00 AM PST


Mohd-Azizuddin_tppa_600

Ini bagi meyakinkan rakyat bahawa TPPA ini membawa kebaikan kepada negara

PETALING JAYA: Pemerintah seharusnya mendedahkan isi kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) secara lebih mendalam bagi mengelakkan spekulasi buruk dalam kalangan rakyat.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berpandangan selagi isi kandungan tidak didedahkan, rakyat sememangnya sukar untuk menerima TPPA.

Ini berikutan kebimbangan rakyat bahawa TPPA ini akan menjejaskan kepada sumber pendapatan dan kehidupan mereka.

"Kerajaan perlu dedahkan bagi penerangan kepada rakyat mengenai isi perjanjian TPPA. Tanpa pendedahan dibuat maka spekulasi-spekulasi itu akan timbul dan banyak isu-isu akan dibangkitkan.

"Penerangan masih belum menyeluruh dan isu-isu dibangkitkan itu kerajaan kena bagi respon. Jadi penerangan lebih mendalam perlu dibuat agar rakyat akan lebih faham apa yang dimaksudkan dengan TPPA," katanya kepada FMT.

Azizuddin berkata demikian kepada FMT sebagai susulan kepada tinjauan yang kami lakukan sebelum ini (A Christmas Worry: What exactly is the TPPA?)

Mengulas lanjut, Dr Azizuddin berkata rakyat perlu diberi peluang untuk menilai sejauh mana Malaysia boleh bersaing dengan negara luar dengan pemeteraian TPPA itu.

"Isu sekarang maklumat secara terperinci perjanjian itu tidak jelas dan ditunjukkan ramai ragu-ragu dan ada yang takut serta bimbang sekiranya terdapat perjanjian yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan persaingan Bumiputera khusunya dalam menjana pendapatan.

"Agensi-agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada rakyat," katanya.

Israel: Kenyataan Chong bukan pendirian DAPSY FMT Reporters

Posted: 27 Dec 2015 05:00 AM PST


howard-lee_chong-zhemin_dap_600

Ketua DAPSY Perak menepis kenyataan rakan seperjuangannya itu sebagai kenyataan peribadi yang dibuat tanpa merujuk kepada pendirian rasmi DAPSY

PETALING JAYA: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak mengulangi dan menegaskan solidariti sayap itu bersama rakyat Palestin dan menyokong usaha untuk membendung keganasan rejim Israel.

Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How menepis kenyataan rakan seperjuangannya itu sebagai kenyataan peribadi yang dibuat tanpa merujuk kepada pendirian rasmi DAPSY.

"Saya secara tegas menyatakan bahawa isi kandungannya tidak mencerminkan pendirian DAPSY Perak, mahupun DAPSY mana mana peringkat.

"Kenyataan dan pendirian tersebut adalah pendirian peribadi saudara Chong, dan tidak pernah diperbincangkan mahupun dipersetujui di mana-mana peringkat DAPSY, khususnya di peringkat negeri Perak," tegas Howard dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Howard mengingatkan bahawa sayap pemuda DAP Perak membantah dan mengecam penindasan rejim Israel khususnya keatas rakyat Palestin, selaras dan konsisten dengan pendirian DAP induk.

"Kami menghulurkan tangan solidariti kepada rakan-rakan Palestin dulu dan kini, dan akan terus berkerjasama dengan parti parti rakan DAPSY di Palestin, menentang segala ancaman dan penindasan hak asasi manusia yang telah menjadi lumrah dan fitrah pemerintah Israel," kata Howard.

MENGAPA MASIH ADA LAGI nak sokong & undi mereka YANG MENIPU RAKYAT ??.

Posted: 27 Dec 2015 04:15 AM PST

Barang disita: Keluarga Hamidah tertekan FMT Reporters

Posted: 27 Dec 2015 03:30 AM PST


Hamidah-Osman_law_600

Jasa Hamidah mengembalikan Perak kepada BN dipandang sepi pimpinan UMNO.

PETALING JAYA: Keluarga Datuk Hamidah Osman tertekan selepas barang-barang dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng itu disita oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kerana gagal membayar saman dalam satu kes fitnah.

Adik kepada Hamidah, Hamizura berkata, kedua ibu bapa mereka paling tertekan malah bapanya, Osman Hussien, 83, asyik membelak surat mahkamah seolah-olah tidak percaya perkara itu berlaku.

"Mak dan abah tinggal bersama kakak (Hamidah). Abah kejap-kejap baca surat mahkamah tu. Bila orang datang dia tunjuk surat tu.

"Saya tahu, kakak (Hamidah) pun tertekan tetapi dia buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya kasihankan dia," katanya, lapor Sinar Harian.

Hamizura berkata, jasa dan sumbangan Hamidah selama ini terutamanya dalam mengembalikan Kerajaan Perak kepada Barisan Nasional (BN) seolah-olah dipandang sepi oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Katanya, terdapat beberapa individu dan rakan-rakan terdekat yang masih mengenang jasa dan sumbangan Hamidah ketika mempunyai jawatan suatu ketika dahulu.

"Terharu juga bila ada kawan yang masih ingatkan kakak. Malah dalam satu kumpulan WhatsApps, mereka turut mengambil inisiatif melancarkan tabung khas bagi membantu kakak," katanya.

Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan Hamidah membayar ganti rugi RM150,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kerana memfitnah menerusi satu artikel yang memaparkan Khalid berpakaian ala-paderi.

Hamidah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, pernah menjadi EXCO Kerajaan Perak dan EXCO Penerangan Wanita UMNO dipecat sebagai ahli UMNO kerana melanggar disiplin parti pada bulan lalu.

Beliau didakwa terlibat secara langsung menganjurkan program yang dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


FMT

Mengapa JAKIM Perlu RM1 Billion? Soal Sultan Johor..

Posted: 27 Dec 2015 02:49 AM PST



Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun.

Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.

"Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

"Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka.

"Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini," pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.

The Malaysian Insider melaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan "kumpulan ajaran sesat" menyesatkan umat Islam di negara ini.

Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.

Tetapi, pengkritik menuduh Jakim bertentangan dengan Perlembagaan dan menceroboh kuasa Raja-raja, yang merupakan ketua agama bagi negeri masing-masing.

Sultan Ibrahim mengesahkan kedudukan Raja-raja dan berkata kuasa Jakim terhad kepada menasihati atau mencadangkan garis panduan kepada mereka.

Baginda berkata, terpulang kepada Sultan untuk menerima nasihat Jakim atau tidak, sambil menambah jabatan agama peringkat persekutuan itu tidak berhak campur tangan dalam negeri itu.



 Sultan Ibrahim juga memberitahu The Star baginda percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang dan semua orang mesti "bergerak ke depan".
Katanya, semua perdana menteri melakukan kesilapan, dan Najib "adalah perdana menteri sama ada anda suka atau tidak".

"Beta tahu perdana menteri menerima pelbagai kritikan tetapi beta katakan beri beliau peluang.

"Tahun ini akan menutup tirainya, kita mesti bergerak ke depan. Ia merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang termasuk diri beta.

"Terdapat pelbagai isu masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat yang memerlukan jawapan, tetapi beta mesti katakan mereka juga perlu penutupnya.

"Setiap daripada kita melakukan kesilapan tetapi kita perlu bersedia belajar daripada mereka, membetulkan kesilapan dan melakukan perkara yang betul. Membetulkan apa yang salah," titahnya.

Baginda berkata Najib kerap memaklumkan kepadanya mengenai isu yang memberi kesan kepada pembangunan Johor, dan selain lawatan rasmi yang dilaporkan media, mereka juga mengadakan mesyuarat secara tenang dan tidak formal.

"Beta tidak mahu membangkitkan perkara lalu atau mengkritik mana-mana ahli politik yang sedang aktif atau bersara, tetapi perdana menteri memahami dan menghargai keperluan bekerjasama dan tidak mengulangi masa lalu."

Sultan berkata, beliau juga menerima lawatan daripada salah seorang pengkritik tegar Najib, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Beliau datang ke sini menerusi temujanji. Beta membenarkannya tetapi beta cuba mengelak bercakap mengenai politik. Beliau datang berjumpa beta sebanyak dua kali.

"Beliau meluahkan rasa tidak puas hati. Beta mendengar dan menyimpannya di dalam hati."

Sultan Ibrahim mengakui baginda lantang bersuara, tetapi baginda percaya, hal politik perlu dikendalikan sendiri ahli politik.

"Biarkan ahli politik mengendalikan hal politik. Beta di atas politik.

"Jika beliau memerlukan nasihat, beta di sini sebagai kawan. Isu sama ada anda dari Johor tidak timbul," titahnya.

Tambahnya, baginda menerima kehadiran ramai pemimpin tetapi ia tidak bermaksud selepas lawatan ini, istana menyokong kepimpinan mereka.

"Beta amat bangga menjadi anak Johor tetapi itu tidak bermakna beta secara membuta tuli menyokong sesiapa sahaja dari Johor."

Bosan tiada ketegasan dalam isu vape

Sultan Ibrahim berkata baginda mengarahkan pengharaman ke atas jualan vape di negeri itu kerana bosan dengan pihak berkuasa yang tidak dapat membuat keputusan mengenainya.

Katanya, vape ialah semata-mata isu kesihatan dan melihat "wanita bertudung dan kanak-kanak menghembuskan asap vape" membuatkan baginda sedar ia permulaan kepada satu ancaman.

Baginda membidas "ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal" dan bertanya sama ada mereka benar-benar mengambil berat tentang kesihatan orang ramai.

"Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini.

"Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal yang vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas."

Sultan Ibrahim bertitah, semua yang mempertahankan vape melakukannya demi perniagaan mereka.

"Ini merupakan perniagaan haram. Apa kesannya jika Johor membenarkan penjualan produk itu di pusat membeli-belah, rumah kedai dan pasar malam?" soalnya lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: