Isnin, 28 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Fitnah Terhadap Pemimpin Amanah, Dr. Siti Mariah...

Posted: 27 Dec 2015 11:30 PM PST

Gambar Dr Mariah pegang tangan 'lelaki' jadi isu

Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud memegang tangan seorang "lelaki" menjadi viral di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi.

Dalam gambar tersebut, Dr Mariah yang mengenakan pakaian berwarna coklat tersenyum dan mengangkat tangannya sambil dipegang oleh seorang lelaki.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pejuang Tegar mempersoalkan tindakan Dr Mariah yang juga anggota parlimen Kota Raja itu dengan berkata:


"Minta penerangan sikit... sejak bila Islam membolehkan berpegang tangan bukan muhrim... Ahmad Awang (Penasihat Umum AMANAH) tolong jawab jap".

Tulisan lelaki berkenaan mendapat perhatian orang ramai antaranya penceramah Wan Ji Wan Hussin dan Anggota Jawatankuasa AMANAH Aiman Athirah yang memberikan penjelasan berhubung gambar berkenaan.

Menulis di Facebooknya Aiman berkata, lelaki yang bersama Dr Mariah itu merupakan suaminya, Dr Hakim Jaafar.

"Lelaki yang memegang dan mengangkat tangan Dr Siti Mariah itu adalah Dr Hakim, suami beliau. Saya baru mendapat maklumat bahawa ada sekelompok sebelah sana yang giat menyebarkan gambar ini dengan menuduh Dr Siti Mariah sedang berpegangan tangan dengan ajnabi. Ulang suara... ini adalah suami beliau," tulisnya.

Wan Ji pula berkata: "Pak cik oi, ini suami Dr Mariah la. Namanya Dr Hakim".

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan komen Dr Mariah berhubung perkara tersebut. -mk

ULASAN GB

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... mendedahkan pihak mana sebenarnya yang suka menyebarkan fitnah.

GB sudah menerima maklumat ini beberapa hari yang lalu. Beberapa orang facebookers PAS dan UMNO seia sekata menyiarkan fitnah berkenaan terhadap pemimpin AMANAH, YB Dr. Siti Mariah tenpa menyelidiki dahulu siapa sebenarnya lelaki berkenaan.

GB kenal dengan Dr. Siti Mariah dan itu sebab mengapa GB tak layan lansung isu berkenaan. Ia fitnah mengarut oleh orang-orang yang sakit jiwa yang perlu masuk ke Hospital Bahagia).

Malah ia membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PAS dan UMNO itu serupa - menggunakan "fitnah", "maki-hamun", "mencarut" dan "seks" sebagai senjata untuk menyerang orang lain. Dan mengesahkan kenyataan apa yang GB katakan sebelum ini, bahawa terdapat ramai "papagomo" versi PAS di alam siber ketika ini.

Cilik Al-Fateh AMANAH Melaka Pertama Mula Beroperasi Jan 2016

Posted: 27 Dec 2015 10:20 PM PST

Tadika Cilik Al Fateh yang pertama di Melaka akan dibuka untuk sesi pengajian pada awal Januari 2016. Ianya akan dikelolakan oleh AMANAH Cawangan Sg Putat, Batu Berendam Melaka.

Cilik Al-Fateh merupakan produk AMANAH yang kedua selepas Amal Relief (ARIF) yang merupakan sebuah tadika berkonsepkan Islam untuk melahirkan "Generasi Muttaqin Pemimpin Masa Depan".



Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Cilik Al-Fateh Sg. Putat, Tn Haji Md Ali bin Sharif ketika ditemui di tadika berkenaan pagi tadi.

Ia akan dikelolakan oleh gurubesarnya, Cikgu Fatimah dan akan bdibantu oleh tenaga pengajar, Cikgu Nazra Ismail. Tadika Cilik Al-Fateh ini menyewa sebuah rumah di alamat No 2&4, Taman Seri Jati, Batu berendam, 75350 Melaka.

"Visi kami ialah untuk meneraju pendidikan prasekolah yang innovatif berteraskan Islam untuk membangunkan generasi muttaqin yang berilmu dengan misi utama kami bagi melestarikan sistem pendidikan pra-sekolah Islam bagi melahirkan generasi muttaqin yang berilmu, kreatif dan inovatif sebagai pemimpin masa depan," tambahnya.

Tn Hj Md Ali bin Sharif, Pengerusi Cilik Al-Fateh Sg.Putat, Baru Berendam

Menurutnya lagi, silibus Cilik Al-Fateh yang akan menjadi silibus di tadika ini ialah matapelajaran-matapelajaran yang berteraskan Kurikulum Standard Pendidikan Pra-sekolah (KSPK) iaitu

* Bahasa dan Komunikasi
* Sains dan teknologi
* Kerohanian Sikap dan Nilai
* Perkembangan Fizikal & Estetika
* Ketrampilan Diri
* Kemanusiaan.

Dan silibus tambahan Cilik Al-Fateh telah diadun dengan pendekatan pendidikan Islam, Huffaz dan Montessori iaitu:

* Tahfiz Al-Quran
* Bahasa Melayu
* Bahasa Ingegeris
* Sains
* Matematik
* Pendidikan Islam
* Jawi

Diantara beberapa kelebihan yang ada di Cilik AL-Fateh ialah

* Tahfiz Al-Fateh
* Pendidikan Islam
* Pembelajaran Kaedah Kreatif
* Cepat Membaca Buku Anakku (BM) dan Look And Say (BI)
* Praktikal Solat.

Selain itu, Cilik Al-Fateh mempunyai kelas yang kondusif untuk pembelajaran dimana suasana kelas yang berwarna-warni bagi meningkatkan daya kreativiti dan inovatif anak-anak supaya minda anak-anak tidak terkepung dan tertutup dengan hanya satu-atau dua warna sehaja.


Warna oren dipilih sebagai warna yang mendominasi tadika ini bagi mengembangkan kecerdasan, kecergasan disamping membantu meningkatkan daya kognitif anak-anak.

"Selain itu, di Cilik Al-Fateh kami memperkenalkan pembalajaran Al-Quran melalui kaedah IQRA yang telah terkenal di mana dengan kaedah ini anak-anak lihat dan baca terus.


"Cilik Al-Fateh juga menyediakan perkhidmatan menjaga anak-anak selepas waktu persekolahan dimana ia memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengambil anak mereka selepas waktu bekerja," ujarnya.

Sasaran Cilik Al-Fateh ialah penduduk di sekitar Batu Berendam, Sg Putat, Taman Jati, Taman Seri Jati, Taman Ara, Taman Melaka Baru Taman Merdeka, Taman Angkasanuri, Kg Gangsa, Taman Mas Merah, Tama Sutera Belia, Taman Seri Selendang, Bukit Beruang, Bukit Katil dan Ayer Keroh.

Orang ramai yang mempunyai anak-anak berumur 4-6 tahun dipelawa dan digalakkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di tadika ini.

Bagi menjayakan tadika Cilik Al-Fateh ini bagi meningkatkan kemudahan prasarana dan membantu pengurusan, pihak pengurusan Cilik Al-Fateh juga mengalu-alukan sumbangan dari orangramai dan semua sumbangan disalurkan ke akaun

Maybank 554026275398
di atas nama TADIKA CILIK AL-FATEH

dan maklumkan segala sumbangan kepada melalui telefon atau sms ke nombor 019-6551818 atau 019-2360941

AMANAH Melaka pada peringkat awal sedang cuba untuk mewujudkan sebuah Cilik Al-Fateh bagi setiap kawasan parlimen bagi memenuhi permintaan ahli dan rakyat setempat, menurut sumber dari Amanah negeri Melaka.

Tiada ulasan: