Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

sumber :-

ZAKRI ALI


RUU MKN akan ditambahbaik, kata Menteri Blake Chen

Posted: 22 Dec 2015 11:15 PM PST


shahidan-kassin,nsc

Pemerintah pertimbang kritikan, cadangan keatas RUU MKN dan akan melaksanakan penambahbaikan di masa hadapan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pemerintah menerima kritikan membina terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Shahidan turut berikrar RUU itu akan ditambah baik bagi menghalang penyalahgunaannya.

"Kita beri perhatian yang lebih kepada semua kritikan membina dan cadangan yang diberikan oleh mereka yang terlibat dalam perbahasan sejak dua hari lalu dan kerajaan berikrar akan pertimbangkan," katanya.

"Sekiranya ada kekurangan pada RUU ini, kita akan berusaha untuk menambahbaik undang-undang itu di masa hadapan," kata Shahidan dalam ucapan penggulungan perbahasan RUU MKN.

Beliau mengingatkan bahawa pentingnya RUU itu ditafsir dari sudut pandang yang pragmatik, dan bukan berasaskan "ketakutan".

Sebelum itu, Senator Suhaimi Abdullah dari Barisan Nasional menggesa pentadbiran Najib supaya mengambil kira kebimbangan di kalangan anggota Dewan Rakyat yang bimbang undang-undang itu akan disalahguna.

Posted: 22 Dec 2015 10:45 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ROKOK !!!

Majlis Fatwa Kebangsaan dah lama fatwakan merokok itu haram. Fatwa 23 Mac 1995. Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ROKOK !!!

Terang2 dalam Islam ARAK ITU HARAM..

Terang2 dalam Islam JUDI ITU HARAM..


Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ARAK & JUDI !!!


KENAPA BEGITU ??.. Kerana KERAjaan bukan minum arak atau main judi. KERAJAAN HANYA KUTIP CUKAI ARAK & JUDI !!!


Komen Saya :


Ini semua contoh Pemerintahan DAJJAL - MENTERI YANG MENJAGA HAL EHWAL aGAMA PUN SONGLAP DUIT Anak Anak Yatim, nak kata apa lagi.... 
Semuga Allah SWT turunkan bala kepada mereka2 yang menyalahgunakan wang ZAKAT demi kepentingan peribadi, 
Semuga segera Allah turunkan BALA kepada mereka2 itu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Polis tolak surat makluman demo kos sara hidup FMT Reporters

Posted: 22 Dec 2015 10:00 PM PST


showdawn

Adakah tindakan polis menyebabkan penganjur secara automatik melakukan kesalahan sekiranya tunjuk perasaan diadakan?

PETALING JAYA: Meskipun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta penganjur tunjuk perasaan supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bagaimanapun menolak surat makluman daripada jawatankuasa #ShutdownJalanDuta.

Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya diminta supaya membuat serahan pada keesokan hari atas alasan ia dihantar di luar waktu pejabat.

Pihak jawatankuasa cuba membuat serahan pada jam 6.30 petang Selasa, iaitu 10 hari sebelum tunjuk perasaan bantah kenaikan kos sara hidup di Jalan Duta, Kuala Lumpur diadakan, bagi memenuhi keperluan APA.

"Alasan ini langsung tidak boleh diterima pihak jawatankuasa memandangkan Perkara 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) langsung tidak menyatakan bahawa pemakluman berhubung himpunan perlu dilakukan dalam waktu pejabat!" kata Shazni dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Menurutnya lagi, pihaknya mendapati masih ada anggota polis di IPD Brickfields pada ketika itu.

"Tindakan berdolak-dalih begini bukan sahaja menunjukkan ketidakseriusan pihak berkuasa untuk memberikan kerjasama, bahkan kami menganggap ianya sebagai tindakan yang mahu mempermainkan pihak jawatankuasa dan rakyat yang sedia marah dengan kenaikan tol yang akan menaikkan lagi kos sara hidup untuk tahun hadapan," tegasnya.

Shazni, yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) seraya menggesa Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya memastikan anggota pihak berkuasa polis supaya menjalankan tugas secara profesional dan adil selaras dengan Perkara 19 Akta Polis 1967.

#ShutdownJalanDuta merupakan gabungan aktivis anak muda, reformis dan mahasiswa yang merancang untuk menyambut tahun baru 2016 di perkarangan plaza tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran Barisan Nasional.


Demo dijadualkan bermula pada jam 9 malam, 31 Disember.

Senator BN minta Najib dengar bantahan RUU MKN Blake Chen

Posted: 22 Dec 2015 09:15 PM PST


Senator-Suhaimi-Abdullah

Senator UMNO bimbang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara akan disalahguna

KUALA LUMPUR: Senator Suhaimi Abdullah dari Barisan Nasional menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil kira suara bangkangan dalam Dewan Negara yang bimbang dengan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Suhaimi berkata beliau juga amat takut undang-undang yang dicadangkan itu akan disalahguna.

"Saya ahli Umno dan saya juga bimbang," katanya semasa para senator membahaskan RUU MKN pada Selasa.

"Saya menggesa Putrajaya supaya mendengar suara kita dan pertimbang kebimbangan kita. Saya yakin RUU MKN ini telah difikirkan secara mendalam. 

Saya tidak mahu mengulangi soalan-soalan yang telah diutarakan oleh rakan-rakan, tetapi dengarlah suara kami."

Sementara itu, beliau turut memuji para senator BN yang menurutnya pembahas yang lebih baik dari senator pembangkang.

Minggu lalu, Suhaimi menyanggah laporan berita yang mendakwa para senator BN secara sengaja mengelak mesyuarat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang RUU MKN.

Suhaimi berkata mereka tidak dijemput ke mesyuarat itu.

Beliau memberitahu Dewan Negara bahawa laporan itu salah dan telah memfitnah perwakilan dari pakatan pemerintah.

"Laporan itu mengatakan kesemua 55 senator tidak hadir kerana kita takut berdepan dengan rakyat, walhal kita tidak dijemput sama-sekali," katanya.


"Jika kita dijemput, pasti kami hadir."

NAJIB FIKIR DIA SIAPA.??? By canang

Posted: 22 Dec 2015 08:30 PM PST


NAJIB FIKIR DIA SIAPA.???

Hanya Agong layak isytihar kawasan keselamatan'

PARLIMEN - Yang paling layak untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 adalah Yang di-Pertuan Agong, kerana kedudukan baginda yang melampaui politik, kata seorang senator BN dari Sabah.
 

Kuasa yang diberikan kepada perdana menteri berhubung perkara itu sepatutnya diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Senator Lucas Umbul dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) hari ini.

Memetik Seksyen 18 RUU MKN, yang membolehkan perdana menteri mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan untuk tempoh maksimum enam bulan, Lucas berkata, kuasa itu sepatutnya diberikan kepada baginda.

Katanya, kuasa yang luas seperti itu perlu diberikan kepada orang yang berkelayakan yang kedudukannya yang melampaui politik, iaitu Yang di-Pertuan Agong.

Lucas menegaskan demikian ketika membahaskan RUU MKN di peringkat dasar di Dewan Negara.
Menurutnya, RUU itu telah memberi gambaran yang salah bahawa pihak eksekutif akan mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong, yang secara tradisinya memegang kuasa untuk mengisytiharkan darurat.

Lucas adalah senator BN kedua yang tidak bersetuju dengan peruntukan dalam RUU MKN yang memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan dibuang. Semalam, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Senator Datuk Sim Kui Hian membuat gesaan yang sama.

Lucas juga secara tidak langsung bersetuju dengan rakannya yang juga presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman bahawa RUU berkenaan tidak mengikut perlembagaan.

'Perlembagaan undang-undang tertinggi'

Tegasnya, perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan semua undang-undang yang digubal mestilah dalam lingkungan perlembagaan.

Kegagalan berbuat demikian, tambah Lucas, akan mengundang kritikan bahawa (kerajaan telah) melanggar perlembagaan, dan akan ada percubaan untuk memalu dan mensabotaj imej politik dan undang-undang.

Menurutnya, beberapa aspek kontroversi perlu dipinda dan diperbaiki tanpa mengabaikan objektif rang undang-undang itu.

Ini, katanya, termasuk hak-hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Seramai 19 senator sedang membahaskan Rang Undang-Undang MKN pada bacaan kedua hari ini. Dewan akan berusaha untuk meluluskan RUU itu di peringkat jawatankuasa hari ini - iaitu hari terakhir persidangan Dewan Negara.

Menyuarakan sebaliknya terhadap hujah Lucas ialah Senator MCA Senator Chia Soong Cheng, yang berkata RUU MKN tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu perlu disokong sepenuhnya oleh dewan memandangkan Dewan Rakyat telah meluluskannya.

Ketika perbahasannya, Chia berkata RUU itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

RUU itu juga, hujahnya, tidak mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan-kerajaan 
negeri.SUMBER

VIDEO - Azmin Ali: Ingat Saya Rasa Takut, Najib & Rosmah, Saya Akan Lawan Kamu

Posted: 22 Dec 2015 07:45 PM PST


VIDEO - Anwar Ibrahim: Dalam Sejarah Inilah Kali Pertama Saksikan Seorang Perdana Menteri Yang Paling Lemah !!

Posted: 22 Dec 2015 07:00 PM PST


K E A J A I B A N . S E D E K A H

Posted: 22 Dec 2015 06:30 PM PST

PAS Tiada Kerusi Di Sarawak, Kurang Sambutan ?

Posted: 22 Dec 2015 06:00 PM PST

Pakatan Harapan Supporters's photo.

Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan atau MMPP telah selesai hari ini.. PKR DAP & AMANAH hari ini selesai pembahagian kerusi di dun serawak untuk pilihanraya negeri.. 

AMANAH di jangka akan mengetengahkan calon anak tempatan di semua kerusi yg bakal di tandingi bagi melawan BN.

"UMNO Parti Rasis, Kotor Dan Suka Mainkan Isu Agama." Kata Tun Taib Mahmud

Posted: 22 Dec 2015 05:30 PM PST

Zahar Jaa's photo.
Untuk PiLihanraya di Sarawak SekaLi ini..
 
Bekas Ketua Menteri Pernah Mengakui...
 
Parti Mana pun tiada Masalah untuk bertanding.....
 
AsaLkan Bukan Umno yang Sudah Pasti Membawa Banyak Masalah...

Video Kisah Najib Islamkan Seorang DJ Radio

Posted: 22 Dec 2015 05:00 PM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal kerana usaha mengetengahkan pendekatan wasatiyyah dalam Islam.

Tetapi siapa sangka beliau sendiri pernah terlibat mengislamkan seseorang.

Perkara itu didedahkan oleh exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang disiarkan kembali dalam video di YouTube semalam.

Fathul Bari mendedahkan kejadian itu ketika mengkritik pendekatan institusi agama yang sengaja menyukarkan proses memeluk agama Islam di negara ini, dengan pelbagai prosedur menyukarkan.


Menyingkap pengalamannya dengan seorang juruhebah radio, Fathul Bari berkata proses itu menjadi mudah kerana kebetulan ia diislamkan oleh Najib sendiri dan disaksikan oleh menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Lepas masuk Islam proses ia (proses) jadi cepat. Jadi terus (melibatkan) perdana menteri, (dan) menteri di Jabatan Perdana Menteri (jadi) saksi.


 
"Bila kami bawa dokumen (masuk Islam) itu ke pejabat (agama)... ia kan ada tulis yang mengislamkan (ialah) perdana menteri Malaysia.

"Kawan pejabat (agama) itu pegang dokumen ketarlah," ujarnya sambil ketawa.

Fathul Bari ketika dihubungi Malaysiakini petang tadi mengesahkan pengislaman juruhebah itu oleh Najib tetapi tidak mendedahkan butiran terperincinya.

Beliau bagaimanapun berkata peristiwa itu berlaku pada tahun lalu.

Video sama dimuat naik oleh laman pro-Najib MYKMU dengan judul "Perdana menteri mengislamkan juruhebah radio?".

Sementara itu, mengulas prosedur menyusahkan memeluk Islam, Fathul Bari juga mendedahkan terdapat sesetengah masjid yang tidak melayan golongan bukan Islam yang datang untuk mempelajari agama itu terlebih dahulu.


"Kadang-kadang sebahagian daripada pejabat agama ini, prosedur mereka menyebabkan orang kata, tak apalah, minggu depanlah aku masuk (Islam).

"Ini cerita betul berlaku di masjid (di) Petaling Jaya. Saya tak mahu sebut masjid mana, orang mai nak masuk Islam depa suruh balik dulu," katanya sinis.

Malah, katanya terdapat imam yang tidak membenarkan golongan itu masuk ke masjid kerana masih belum Islam.


- mkini


Bila Kena Tipu Dengan Pemimpin, Kecut Telor.....

Posted: 22 Dec 2015 04:30 PM PST

Menteri2 Handal.....

Posted: 22 Dec 2015 04:00 PM PST

Zahar Jaa's photo.

SebeLum Tahun 2015 MeLabuhkan Tirainya....

ELokLah Kita Sematkan Kata Kata Pak Menteri yg Berstatus Bangang Abadi ni..

Untuk Tahun 2016 nanti Entah apa puLak kenyataan yang Nak diHadamkan buat RAKYAT...!!

Kroni dah tentu menyanjung Tinggi...

AL Maklumlah dah Tersampuk *Badi " Banghangg Abadii..!! "

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Semua.......

Posted: 22 Dec 2015 03:45 PM PST

KKM: Kita tidak akan haramkan vape FMT Reporters

Posted: 22 Dec 2015 08:00 AM PST


hilmi-vape

Timbalan Menteri kata pihaknya hanya mahu mengawal penggunaan vape, dan bukan mensabotaj industri itu

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak mengharamkan rokok elektronik dan mengawal penggunaan dan penjualannya adalah selaras dengan arahan Jemaah Menteri.

Hilmi menegaskan KKM tidak pernah mendakwa mahu mengharamkan rokok elektronik, atau vape.
"Kita hanya mengikut arahan dari kabinet. Kita hanya mahu mengawal vaping.

"Perkara ini sama seperti merokok, kamu tidak boleh merokok di tempat-tempat yang tidak diwartakan seperti dalam bangunan yang mempunyai pendingin hawa, sekolah-sekolah, hospital dan sebagainya," kata Hilmi kepada pemberita di Parlimen pada Selasa.

Hilmi turut menafikan dakwaan KKM mahu mensabotaj industri vape.

"Kita hanya mahu mengawal vape sepertimana kita mengawal rokok, itu adalah keputusan kabinet. Kita tidak boleh menjual (vape) kepada golongan bawah umur dan sebagainya," katanya.

Sebelum ini, New Straits Times melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan penggunaan rokok elektronik hukumnya adalah haram bagi penganut agama Islam.

Keputusan itu dicapai pada Isnin malam dalam mesyuarat yang mengkaji penggunaan vape dari aspek undang-undang syariah, perubatan dan sains, serta dari sudut pandang pembaziran dan budaya tidak sihat.


FMT

PAS ingatkan PKR waspada ahli dicuri DAP FMT Reporters

Posted: 22 Dec 2015 07:00 AM PST


jofri-sarawak

Rakan tahaluf siyasi itu juga diingatkan supaya berhati-hati dengan rancangan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang

PETALING JAYA: Pas mengingatkan PKR supaya berwaspada dengan tindakan licik DAP yang telah 'mencuri' beberapa bekas calon PKR dalam pilihan raya lepas dan mengisytiharkan mereka menyertai DAP.

Malah, Persuruhjaya Badan Perhubungan Pas Sarawak Jofri Jaraiee juga meminta rakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) itu supaya berhati-hati dengan rancangan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"DAP juga bercita-cita tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dengan mengisythiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini," kata Jofri dalam satu kenyataan pada Selasa.

Peringatan itu merupakan respon Pas Sarawak kepada kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin yang menepis pembabitan Pas dalam persiapan pakatan pembangkang menghadapi PRN Sarawak ke-11.

Menjawab pertanyaan FMT, Wan Azizah berkata isu pengagihan kerusi hanya dibincangkan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana Pas kurang mendapat sambutan di negeri itu.

"Tidak benar sama sekali PAS di Sarawak tidak mendapat sambutan seperti yang dilaporkan oleh akhbar hari ini," jawab Jofri.

"Mungkin disebabkan PAS Sarawak kurang mengeluarkan isu yang kontroversi dan kurang mendapat liputan media massa maka kegiatan PAS bersama masyarakat kurang mendapat liputan."

Mengulas lanjut, Jofri berkata Pas Sarawak akan bertanding di sekurang-sekurangnya 11 kerusi DUN termasuk beberapa kerusi bandar yang biasa ditandingi DAP.

Meskipun Perbincangan kerusi itu tidak tertakluk kepada perbincangan Pakatan Harapan, Jofri berkata pihaknya sedia berunding dengan PKR selaras dengan keputusan Pas Pusat supaya menghormati kerjasama dengan parti reformasi itu.

"Kenyataan (Dr Wan Azizah itu) tidak demokratik dan tidak cermat ini sewajarnya tidak dikeluarkan, malah tidak menggambarkan realiti sambutan PAS Sarawak yang semakin mengukuh di Sarawak," kata Jofri.


FMT

Teksi percuma untuk ibu bersalin!

Posted: 22 Dec 2015 06:00 AM PST


Seangkatan 50 teksi menawarkan khidmat teksi percuma membawa para ibu bersalin ke hospital kerajaan berdekatan 

KUALA LUMPUR: Seangkatan 50 teksi menawarkan perkhidmatan teksi percuma untuk para ibu bersalin dilancarkan pada Selasa.

"Kita memperuntukkan kira-kira RM70 untuk setiap pesakit," kata Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk P Gunaseelan di majlis pelancaran projek itu di Dataran Merdeka.

"50 teksi yang dimiliki oleh Makkal Communication Fleet itu akan menyediakan perkhidmatan percuma 24 jam untuk ibu bersalin."

Teksi itu akan mengambil pesakit dan menghantar mereka ke hospital kerajaan berdekatan untuk rawatan kecemasan, dan setiap teksi dijangka tiba dalam masa masa 20 minit selepas menerima panggilan.

Buat masa ini perkhidmatan percuma itu terhad dalam Kuala Lumpur. Gunaseelan berharap projek ini dapat diperluaskan ke seluruh Lembah Klang.

"Projek perintis ini merupakan langkah pertama kita. Kita akan tengok sejauh mana keberkesanan projek ini," kata Gunaseelan.

"Saya telah beri bantuan kewangan permulaan kepada mereka, dan sekiranya projek ini berjaya, saya akan cuba aturkan bantuan kewangan daripada sektor korporat pula bagi mendapatkan lebih banyak teksi terlibat."

Beliau akhirnya akui terpengaruh dengan filem "Bacha" lakonan bintang popular Rajnikanth, yang memaparkan watak pemandu teksi yang memberi khidmat percuma kepada ibu bersalin.

"Saya mahu perkenalkan perkhidmatan seperti itu di Malaysia untuk golongan miskin," kata Gunaseelan.

Angkatan 50 teksi itu boleh dikenali berdasarkan pelekat khas beserta nombor telefon, yang akan disiarkan di ruang media pada masa hadapan.

Risalah beserta nombor telefon akan disebarkan kepada orang awam, dan temubual dengan stesen-stesen TV telah diaturkan untuk publisiti.

Gunaseelan melahirkan rasa sukacita kerana projek perintis itu mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Datuk Bandar, dan menambah beliau mahu membantu DBKL mencapai matlamat menjadikan Kuala Lumpur bandar bertaraf dunia menjelang 2020.

"Saya harap perkhidmatan percuma ini membantu mengurangkan persepsi negatif terhadap pemandu teksi Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini untuk semua tanpa mengira kaum dan agama," kata beliau.


FMT

KERAJAAN ZALIM HARUS DITUMBANGKAN

Posted: 22 Dec 2015 05:00 AM PST


Zar Ali's photo. Terdapat ayat mengatakan "aku tidak jadikan dikau penyair kerana penyair itu golongan yang sesat" kalau sekadar membaca ayat berkenaan maka akan jelas ada ketidakadilan, tetapi kita harus membaca ayat lain yang menjelaskan " kecuali yang beriman"

Mengutip ayat separuh dan tidak menjelaskan yang selebihnya maka akan beda maksudnya dan kerana itu kala menjelaskan sesuatu perkara kena jelas keseluruhan ayat agar mudah difahami.

Demikian juga dijelaskan haram hukumnya menjatuhkan kerajaan dan kalau sekadar ayat demikian memang saya setuju, sebalik kalau kerajaan itu zalim dan jahat maka itu seharusnya kita jatuhkan dengan serta merta sebab kepimpinan zalim dan berbohong itu bukan perintah Allah dan semua agama juga melarang perbuatan zalim

Nabi pernah bersabda di akhir zaman akan ada pemimpin yang suka sangat berbohong dan terus berbohong sedang rakyat/penyokong tadi terus menyokong pemimpin berkenaan meski rakyat seluruhnya tahu yang pemimpin itu berbohong dan zalim.

Jika demikian ada di sekitar kita di akhir zaman yang menuju kiamat, maka rakyat yang tadi terus menyokong " bukanlah umatku" sabda Nabi dan kalau Nabi sendiri tidak akui umatnya, lalu apa
Jadinya?


Nabi bersabda lagi, baik pemimpin yang berbohong dan rakyat yang menyokong tadi bukan saja Nabi tidak mengakui umatnya, malah pemimpin dan rakyat banyak berkenaan tidak akan mendekati telaga di syurga.
Fikir2kanlah!



ISMAILY BUNGSU

Ramesh: Ali Tinju tak salah, KPDNKK yang perlu dibubar Faiz Zainudin

Posted: 22 Dec 2015 04:00 AM PST


ramesh-rao_ali-tinju_600

Kekecohan di Plaza Kota Raya tidak mungkin akan berlaku sekiranya KPDNKK menjalankan amanah dengan baik

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mempertahankan tindakan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang memberi amaran kepada peniaga Cina di kompleks Kota Raya pada Jumaat lepas.

Menurutnya, Mohd Ali tidak wajar dipersalahkan, sebaliknya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang perlu dipertanggungjawabkan diatas kekecohan yang berlaku di kompleks itu baru-baru ini.

Katanya, kekecohan tidak mungkin berlaku jika KPDNKK menjalankan tugas mengawal harga barang dan membanteras penjualan barangan tiruan.

"Kalau KPDNKK menjalankan tugas, tidak mungkin gejala menipu barangan akan berlaku, kedua tidak mungkin isu barangan tiruan akan berlaku, jadi ini bermakna KPDNKK gagal membanteras, mereka gagal bantu kerajaan.

"Macam Ali Tinju ini saya tidak salahkan dia, dia cuma nak mempertahankan maruah orang Melayu. Apabila orang Melayu ditipu jadi orang Melayu (Ali Tinju) pergi bela, bila Cina ditipu orang Cina bela, sama juga India," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ramesh menyarankan agar KPDNKK dibuburkan kerana gagal berfungsi dengan baik malah, menyusahkan pihak kerajaan.

"KPDNKK harus dibubarkan segera kerana pihak berkuasa itu nampak lemah sangat, kita tengok KPDNKK gagal mencegah peniaga untuk menghapuskan SST dan sekarang barang dijual SST campur GST.

"Bukan Datuk Seri Najib (Perdana Menteri) duduk di pasar borong untuk tentukan harga barang kerana itu tugas KPDNKK, bantulah kerajaan," katanya.

Mengulas penahanan Ali Tinju dibawah Akta Hasutan, Ramesh menyifatkan penahanan ketua Gerakan Merah itu tidak masuk akal, malah, dia menggesa polis supaya jangan bertindak secara double standard apabila membebaskan aktivis pembangkang (Bersih), yang menurutnya, secara terang menghasut.


FMT

VIDEO - Brunei Haramkan sambutan Krismas secara terbuka Dicatat oleh ustazcyber.com

Posted: 22 Dec 2015 03:00 AM PST


BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei telah menyatakan bahawa siapa pun yang ditemukan secara ilegal merayakan Natal boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, menurut laporan, sebagaimana disiar oleh The Telegraph, (21/12/2015).

Brunei yang merupakan sebuah negara Muslim di pulau Borneo itu menyatakan bahawa hukuman juga akan berlaku bagi siapa pun yang ditemukan mengirim ucapan selamat natal – atau memakai topi Santa. Non-Muslim diperbolehkan untuk merayakan Natal – tetapi mereka harus melakukannya hanya dalam komuniti mereka.

Kementerian Agama Brunei mengatakan dalam sebuah pernyataan: "Langkah-langkah penegakan aturan ini dimaksudkan untuk mengontrol tindakan merayakan Natal secara berlebihan dan terbuka, yang boleh merusak aqidah (keyakinan) komuniti Muslim."

Dalam peringatan kepada ummat Islam awal bulan ini, para imam memperingatkan bahawa perayaan apapun yang sama sekali tidak ada berhubungannya dengan Islam dapat menyebabkan tasyabbuh dan tanpa sadar merusak 'aqidah ummat Islam....



"Selama perayaan Natal, ummat Islam mengikuti perbuatan yang dilakukan penganut agama tersebut – seperti menggunakan simbol-simbol agama mereka seperti salib, menyalakan lilin, membuat pohon Natal dan menyanyikan lagu-lagu keagamaan, mengirimkan ucapan selamat Natal, menggunakan tanda-tanda yang memuliakan agama tersebut, memasang dekorasi atau bunyi-bunyian, dan melakukan apa-apa yang bermaksud untuk memuji agama mereka – hal itu bertentangan dengan agama Islam," kata para imam, menurut Borneo Bulletin.



"Beberapa orang mungkin berfikir bahwa itu adalah masalah remeh dan tidak boleh dibawa sebagai sebuah masalah.

Tapi sebagai Muslim dan sebagai Negara Zikir, kita harus menghindarinya (berikut perayaan agama lain) karena boleh mempengaruhi keyakinan Islam kita."

Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, beberapa waktu lalu telah menerapkan hukum atau Syariah Islam, yang di dalamnya termasuk ancaman hukum rajam bagi para pelaku zina. (arrahmah.com).



Apa Kata Menteri yang bertangunggjawab dalam Hal Ehwal Agama? 
Kemana pergi Mufti Mufti disetiap Negeri yang bergaji belasan ribu $$$$ - hanya diam membisu ?? 
Majlis Raja Raja Apa cerita? 
Tak takut ke nanti KUBUR BERASAP ?

Suspek Bakar 6 Buah Kereta Akhirnya Berjaya Ditangkap

Posted: 22 Dec 2015 02:15 AM PST

.


SUSPEK (tengah) yang membakar kereta dalam kejadian berhampiran Stesen LRT Taman Jaya semalam dibawa ke mahkamah oleh polis bagi mendapatkan tahanan reman di Mahkamah.

Petaling Jaya, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali  

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 27 tahun direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian enam kereta musnah dalam kebakaran berhampiran Stesen LRT Taman Jaya di sini, semalam.

.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mendapatkan perintah reman itu pagi tadi bagi membolehkan polis menyiasat kejadian kebakaran kereta dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.  

"Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi melengkapkan kertas siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.  

BH hari ini melaporkan seorang lelaki bertindak membaling molotov cocktail ke arah kereta dinaiki bekas isteri bersama teman lelakinya sehingga mengakibatkan enam kenderaan musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu.  

Bagaimanapun, wanita terbabit dan temannya berjaya menyelamatkan diri daripada kereta yang sedang terbakar itu.  

Suspek berjaya ditahan polis pada jam 11 malam semalam di sekitar lokasi kejadian dan polis turut merampas motosikal  jenis Yamaha Ego yang dinaiki lelaki itu.


SOMBONG, BONGKAK TEMBIRANG

Posted: 22 Dec 2015 01:30 AM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

BILA kamu sudah duduki kerusi di atas, pastikanlah kamu menjadi contoh terbaik buah kaki tangan bawahan.

Misalnya kalau di pejabat sudah ada larangan tidak menggunakan handphone, maka kamu sendiri harus memberikan contoh sama barulah yang di bawah akan hormat sama kamu, sebalik kalau kamu sendiri bergayutan maka itu contoh terburuk sekali kelihatannya.

Bila kamu katakan datang tepat waktu dan kamu sendiri harus lebih tepat waktu banding mereka yang di bawah dan inilah namanya kepimpinan melalui teladan.

setiap pekerja ada SOPnya dan pekerja kena akur peraturan seperti tercatat dalam SOP atau fail meja dan jangan pula mengulun2 bawahan melakukan hal peribadi yang tiada kaitan langsung.

Soal duit di kaunter juga jangan usaha main silap mata dan kalau kamu sendiri main silap mata, maka yang di bawah juga akan sama dan tak hairan kutipan selalu saja kurang sebab ada toyol mencuri kesan ajaran kamu sendiri.

Bila kamu kena marah di mesyuarat atasan, maka kamu kena cari sebab2nya dan bukan terus menghentam bawahan secara kiri kanan membuta tulis macam orang gila babi.

Bukankah kamu sendiri malu sudahnya setelah ditunjukkan surat bukti kesan tindakan bawahan yang dimarah itu betul? jelasnya kamu sendiri tidak tahu hakikat dan alasan cuti jelas tidak masuk akal dan jika cuti " JANGAN BICARA APA2" terbaik diam dan serahkan timbalan kendalikannya.

Rasanya boleh saya tangkap yang kamu ini jenis pegawai pengampu di depan ketua yang kurang akal sebab bertindak kesan emosi terikut-ikut seolah kamu itu TUHAN yang maha berkuasa. sebenarnya ketua atasan tahu tabiat kamu dan masih dalam siasatan.

Kesian kalau perangai kamu semacam itu terus berlanjutan dan tak hairanlah sebelum ini ramai bawahan TERMUNTAH melihat telatah kamu yang bolehlah dikatakan sombong, bongkak dan tembirang.

Sebenarnya orang lain malas mahu heboh dan semuanya asyik mendiamkan diri tetapi suatu waktu kamu akan tahu juga betapa rendah dan tingginya langit di atas kepala.



ISMAILY BUNGSU
sabah

SIKAP BANGSA BODEK AMPU

Posted: 22 Dec 2015 12:56 AM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

KETIKA saya dalam perkhidmatan awam memang kawan baik dengan Datuk Safiee Apdal dan sesudah dia duduki kerusi menteri, saya tidak mahu mendekat meski ada kesempatan tetapi selalu ketemu di mana2 dia akan sapa saya dan kami sama macam biasa. Saya tidak melihat dia sombong takbur dan ego. Dia jenis santai dan selamba.

Ramai kritik dia dikaitkan hal2 peribadi dan itu saya tak peduli sebab bila disentuh hal-hal peribadi saya tidak minat langsung sebab tiada kaitan dan lagi hal peribadi tidak harus dikaitkan dengan dunia politiknya, selagi dia mampu ya silakan dan tiada siapa berhak menegah sebab itu sunah nabi.

Soal TS Muhyddin pula memang saya tak biasa dan tak pernbah bercakap termasuk juga Mahathir tetapi saya memerhatikan cara mereka berpolitik, Kalau keduanya ini juga sombong sudah pasti Mahathir tidak duduki kerusi PM selama 22 tahun dan tidak mungkin juga Muhyddin sempat duduki kerusi timbalan perdana menteri Malaysia.

Siapa kita mahu mempertikaikan keduanya termasuk Datuk Safiee Apdal yang sudah banyak berjasa kepada bangsa dan negara?

Selama inipun saya tidak pernah mengkritik menyentuh hal peribadi mereka yang dimaksudkan kecuali cara mereka tadbir negara, tetapi setakat ini saya tidak pernah menyentuh kepimpinan Muhyddin dan Safie Apdal yang jelas belum teruji.

Masalah sikap bangsa kita ini rata2 rapat dengan menteri ada tujuan lain iaitu mahu mendapatkan projek agar dapatlah diri digelar sebagai orang kaya baru yang pandu ninja dan mercedes sambil bergaya sombong dan tembirang bukan main hebat tak peduli kawan sebelah dilihat macam sampah.

Bila Datuk Safiee Apdal tidak lagi berkuasa dan demikian juga TS Muhyddin maka adalah suara2 sombang mengatakan keduanya sombong. Apakah mereka berdua benar2 sombong? apakah benar mereka ini tidak peduli rakyat dan apakah sekadar satu suara boleh dipercaya banding ada 30 juta rakyat malaysia ini?

Keduanya mereka ini termasuk Mahathir sebenarnya tidak membuat apa-apa kesalahan selain hanya menegur kesan tindakan Najib yang cukup membahayakan negara bangsa.

Saya memerhatikan ketiga pemimpin ini bukan memikirkan perut diri mereka sendiri semata tetapi memikirkan jenerasi mendatang dan rakyat Malaysia harus tahu ini dan kalau kepimpinan yang ada sekarang ini terus berkuasa dan tidak ada perubahan maka jelas negara kita dalam bencana.



ISMAILY BUNGSU
sabah

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT