Rabu, 23 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Yang Satu Penyamun, Yang Satu Lagi Kuat Memaki Hamun

Posted: 23 Dec 2015 01:35 AM PST

Satu penyamun, satu lagi mahu berkawan dengan penyamun, bidas Tamrin

Menganggap penyatuan antara Umno dan PAS sebagai "satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun", bekas veteran Umno yakin ahli PAS akan menolak presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti ahli Umno menolak Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Masanya akan tiba ahli-ahli akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli-ahli Umno akan tolak Najib," tegas Tamrin Tun Ghafar yang juga pernah menjadi ahli PAS itu.


Menurutnya, kedua-dua presiden parti politik Melayu itu dilihat memiliki persamaan sikap apabila dilihat menyalahgunakan konsep ketaatan kepada pemimpin.

"Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun," bidas bekas Ahli Parlimen BN Batu Berendam itu.

Bibit-bibit kepada kerjasama Umno-PAS itu dilihat semakin ketara ketika Najib dan Hadi mesra duduk sepentas pada persidangan Multaqa Serantau Al-Azhar Malaysia minggu lalu serta terbaharu reaksi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan partinya bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesalahan Umno.

Menurut Tamrin yang juga bekas ahli Umno kira-kira 40 tahun itu, berkemungkinan besar Hadi dan Najib tidak memahami isi kandungan al-Quran dan Hadis

"Seolah-olah mereka (ahli Umno dan PAS) akan terus 'membabi buta' dan seperti 'lembu dicucuk hidung', akur apa sahaja pemimpin mereka kata.

"Allah dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quraan dan Hadis," ujarnya dalam kenyataan beliau hari ini.

Mengulas lanjut reaksi ahli PAS berhubung perpaduan dengan Umno itu, Tamrin menyifatkan kewujudan suara dalam PAS yang tidak menyenangi tindakan Presiden parti Islam itu turut sama seperti reaksi ahli Umno terhadap Najib.

Mengakui bersimpati dengan beberapa pemimpin PAS yang dilihat menolak untuk 'berkawan dengan penyamun' beliau mendoakan semoga Allah memberikan mereka terbabit kekuatan memandangkan, ujarnya, kita semua tidak akan terlepas menghadapi Dia Yang Maha Pencipta.

Dalam hal berkaitan, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan cukup positif dengan penyatuan dua parti terbesar di negara ini kerana baginya penyatuan antara umat Islam khususnya pemimpin merupakan tuntutan dalam ajaran Islam yang perlu diberi keutamaan.

"Perpaduan ini tidak akan wujud apabila pihak bertikai berbeza pendapat tidak mahu tunduk pada ketentuan syariat Islam," ujar Shukri lagi. -malaysiadateline

ULASAN GB

Di kalangan PAS, ada yang menyokong, ada yang menentang dan ada yang masi bersikap tunggu dan lihat di dalam isu kerjasama PAS-UMNO walaupun Presiden PAS dah pun berpakaian sedondon dengan Presiden UMNO.

Bagi orang yang mahir membaca alam yang merupakan ayat-ayat manzurah, "apa yang tampak di zahir itulah apa yang ada di batin." Ada persamaan di sana. Yang tersirat telah muncul menjadi sesuatu yang tersurat.

Namun apa yang ketara semenjak PAS bersendirian dan ditinggalkan golongan progresif, ia semacam sudah tak karuan, semacam orang gila talak. Dari atas sampai ke bawah, pemmpin PAS dan para ahlinya kuat memaki hamun malah mencarut juga.

Ia menggambarkan betapa ramai ahli-ahli PAS kini yang sakit jiwa. Malah ada yang bertindak agresif seperti serangan yang dilakukan oleh orang-orang PAS ke atas pemimpin AMANAH negeri Terengganu, Ustaz Miqdad Zakaria.


Dan perhatikan bahasa yang digunakan oleh kebanyakan pemimpin, ahli dan penyokong PAS di media sosial seperti facebook, Whatsapps, diruang-ruang komen di portal-portal dan blog. Anda pasti terkejut dan akan menyatakan tulisan mereka saling tak tumpah golongan cybertrooper UMNO seperti papagomo.

Namanya "parti Islam", rupa-rupanya PAS hanya Islam di zahir. Hanya apada pakaian, hanya pada gelaran seperti ulama dan ustaz. Tetapi belum beriman. Kita kasihan dan bersimpati dengan orang-orang PAS yang pe'elnya serupa dengan golongan tidak beriman itu. Ada perbedaan di antara orang Islam dengan orang beriman. Orang beriman tidak akan berakhlak semacam orang-orang PAS sekarang yang ada sekarang ini.

Maka segeralah kita teringat firman Allah swt:

"Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Memang layaklah PAS berkawan bak dengan UMNO. Yang satu penyamun, yang satu lagi kuat memaki hamun. Mereka Islam, tetapi jiwanya masih kotor. Itu sebab mengapa jiwanya sakit dan kini sdang meluahkan "sakit jiwa" itu.

Tiada ulasan: