Selasa, 8 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mahathir, Muhyiddin Belasah Najib...

Posted: 08 Dec 2015 02:08 AM PST

Dr M: Najib patut ditangkap bawah Sosma

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).

Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.



"Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.

"Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.

"Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap," katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.

Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu.

"Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.

"Kalau awak bercakap kami akan ambil tindakan.

"Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,"

Mahathir turut mengingatkan hadirin yang hadir untuk mempersoalkan isu berkatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion tanpa gentar.

"Jangan terima Datuk Seri Najib dalam apa cara sekalipun, persoalkan 1MDB, RM2.6 bilion tanpa gentar.

"No risk no gain, kalau balik nak senyap sahaja nanti akan jadi pengemis dalam negara kita," katanya. -mk



Berehatlah, Muhyiddin beritahu Najib

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Seri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berehat daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri buat seketika sehingga kemelut yang melanda negara hari ini selesai.

Muhyiddin membuat cadangan itu semasa berucap di hadapan lebih 5, 000 orang yang hadir pada ceramah beliau di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini, malam ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Najib perlu berehat daripada jawatannya bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat isu yang membelenggu negara terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

"Saya cadangkan Perdana Menteri berehat seketika. Adil? Berehat bukan berhenti, supaya siasatan dapat berjalan bebas, telus, adil tak ada orang syak wasangka.

"Ada pemangku, tak apa lah rehat sebulan dua bulan atau masa yang diperlukan. Ambil cuti sehingga kes selesai. Jika tak terlibat balik semula sambung tugas, saya doa (Najib) tak terlibat.

"Dengan cara ini orang akan yakin bahawa tiada campur tangan. Saya percaya kalau buat begitu nama dan imej Umno dapat dibersihkan," katanya.

Muhyiddin yang berbaju Melayu Merah mendapat tepukan gemuruh apabila isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion itu dibangkitkan.
-SH



ULASAN GB

GB tak mahu campur urusan UMNO.

Lagipun Muhyiddin menyatakan beliau "UMNO totok", jadi pembangkang tak usah nak merayunya.

Namun di dalam senario yang ada kini, kita rakyat jelata sekadar memerhatikan perkembangan terkini yang berlaku di dalam UMNO.

Buat sementara waktu, kita boleh gunakan teknik perang Sun Tzu... "the enemy of my enemy is my friend"...

Namun jangan lupa hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... "tiada sesuatu pun yang kekal di dunia ini... waimma UMNO, BN, PAS, malah Najib atau Rosmah sekalipun..."

Ia tetap tertakluk dengan hukum "huduthul sekalian alam ini". Semua akan mati, yang membezakan ialah khusnul-khatimah (saat kematian yang baik) atau suul-khatimah (saat kematian yang buruk) ... Najib dan Rosmah terlupa mengenainya, itu sebab dia berbuat sesukahatinya...

PAS Buat Laporan Polis, Mujahid Nafi Kaitkan PAS Dengan ISIS

Posted: 07 Dec 2015 08:45 PM PST

PAS buat laporan polis terhadap Mujahid

PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah.

Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an.


Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.

Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati.

Iszuree berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid.

Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam.

Putar belit, kata Mujahid

Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan.

"Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan.

"Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita," katanya.

Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru.

Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu.

AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian. -mk

Saya sebut jalur pemikiran ekstrem, kata Mujahid nafi tuduh PAS jadi ISIS

Bekas ahli jawatankuasa PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan beliau menuduh parti itu mengamalkan ideologi ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Mujahid sebaliknya berkata, beliau menyebut secara umum tentang tindakan ekstrim yang berlaku sama ada di negara atau di luar negara akhir-akhir ini termasuk insiden pengeboman di Paris.

"Saya tidak menyebut pun dalam kenyataan rasmi apa-apa tentang PAS. Yang saya sebut ialah jalur pemikiran yang boleh dianggap ekstrem, membahayakan umat Islam khususnya yang dibawa penceramah agama.

"Tiba-tiba keluar dalam media sosial kata saya kata PAS ini ISIS," kata beliau ketika ditemui di Parlimen semalam.

Antara individu yang memberi respons kepada kenyataan Mujahid ialah setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, Mujahid menyebut PAS dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak ekstrim apabila melabelkan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan nama yang menggambarkan budaya ISIS.

"Kelakar sungguh. Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

"Takkanlah tindakan khianat seperti itu hendak dipanggil dengan nama nama yang cantik comel," tulisnya di facebook.

Menurut Mujahid yang kini menyertai Amanah, beliau mengadakan sidang media pada Selasa lalu berhubung isu ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan beliau mengenai tindakan kerajaan menangani budaya ekstremisme.

"Saya buat sidang media selepas soalan saya mengenai tindakan kerajaan menangani budaya ekstremisme dijawab dalam dewan. Dalam bajet 2016 pun saya sebut isu ini.

"Kebetulan ada beberapa insiden di Terengganu, ahli Amanah diugut dan dikasari. Jadi saya sebut secaa umum," kata beliau yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau juga menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada isu ideologi ekstrimisme yang semakin menular, bukan menyerang peribadi.

"Saya takut isu sebenar yang memang bahaya kepada masyarakat tidak ditumpukan tapi isu picisan yang lebih menyerang peribadi," katanya.

Dalam sidang media Selasa lalu, Mujahid menggesa Jawatankuasa Mendepani Ideologi Ekstrimisme ditubuhkan di peringkat parlimen.
-malaysiadateline


ULASAN GB

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini.

Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid.

PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS.

Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu.

Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"?


Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal, bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya...

Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat...

Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan... tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral.

Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana mengkhianati rakyat.

Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas, pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub kepada Presidennya.

Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan yang disebut oleh Mujahid.

Ia sesuatu yang terang dan nyata... semenjak dari muktamar yang ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo di dalam muktamar PAS. Kemudian diikuti dengan beberapa siri keganasan dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS termasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut....

Semuanya itu adalah jalur ekstrem yang berlaku di dalam PAS. Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat, anjing dan sebagainya.

Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... yang bersalah tetap terhukum... tunggukan!

Tiada ulasan: