Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

sumber :-

ZAKRI ALI


HINGGA BERJUMPA KEMBALI DITAHUN 2016, INSYALLAH.

Posted: 07 Dec 2015 05:00 PM PST

Peringatan Buat Pemimpin2 Pembangkang.....!!! PRU 14 - IT'S NOW OR NEVER !!

Posted: 07 Dec 2015 04:35 PM PST


PKR tolak pakatan berasingan, usaha pujuk PAS, kata Azmin OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 07 Dec 2015 08:30 AM PST

PKR tidak bersetuju untuk 2 pakatan pembangkang berasingan bertanding pada pilihan raya umum datang, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

PKR tidak bersetuju untuk 2 pakatan pembangkang berasingan bertanding pada pilihan raya umum datang, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersetuju dengan kenyataan beberapa pihak yang menyatakan 2 pakatan pembangkang yang berasingan akan bertanding pada pilihan raya umum datang (PRU14), kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berpendapat, selari dengan amalan demokrasi, perbincangan untuk menyelesaikan perselisihan faham antara PAS, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan tetap diteruskan bagi menghadapi PRU14.

"Kita kena inklusif, baru kita boleh sampai ke Putrajaya. Kalau berseorangan (bergerak sendirian), kita tidak akan ke sana (Putrajaya).

"Bincang, bincang, bincang. Proses ini berterusan. Ia tidak boleh diselesaikan dalam 1 mesyuarat.

"Ia memerlukan beberapa siri perbincangan untuk mendapat persefahamaan dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub sependapat dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang membayangkan 2 pakatan pembangkang akan bertanding untuk PRU14 memandangkan PAS enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, PKR meletakkan agenda perjuangan yang jelas untuk melakukan perubahan di peringkat negara dan Putrajaya.

"Ini hanya akan berlaku sekiranya semua pihak mempunyai "humility" (kerendahan hati), tawaduk - menerima pandangan yang berbeza. Demokrasi ini 1 proses yang bising.

"Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebut "democracy is a noisy process", di mana ada setuju, ada tak setuju. Kita kena bertoak ansur. Ada pandangan berbeza. Itulah demokrasi," katanya.

Semalam, Salahuddin dilaporkan sebagai berkata sebarang keputusan berhubung polisi dan masalah membabitkan Pakatan Harapan akan diputuskan majlis presiden Pakatan Harapan.

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan Chua yang mengatakan partinya sedang mempertimbangkan kemungkinan pembangkang akan bertanding dalam PRU14 sebagai 2 pakatan berasingan.

Pada masa sama, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata semalam, parti itu menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi PRU14, mengibaratkannya seperti "sudah ada ijazah universiti tetapi kembali ke sekolah untuk belajar lagi."

Pada Oktober, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pernah mencadangkan perkara sama di Selangor ketika menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.

Katanya, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, kerajaan negeri itu boleh ditadbir 2 pakatan pembangkang serentak, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan pada 1990. – 7 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Jangan melampau, Ku Nan beri Muhyiddin amaran

Posted: 07 Dec 2015 07:45 AM PST


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau berdepan tindakan disiplin.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau berdepan tindakan disiplin.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak melampaui batasan ketika berucap pada perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam ini atau bakal berdepan tindakan disiplin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, parti itu tiada halangan dan menyerahkan keputusan kepada Muhyiddin jika beliau ingin membuat ucapan sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula esok malam.

"Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi 'speech' (ucapan), terpulang pada dia.

"Cuma 'don't cross the line, you cross the line, we will take action' (jangan melampaui atasan, kalau melampaui batasan, kami akan ambil tindakan)," katanya dipetik sebagai berkata di Putrajaya menurut laporan portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini.

Muhyiddin akan membuat ucapan di Kuala Lumpur hari ini di berikutan larangan daripada pimpinan pusat untuk beliau berucap pada Perhimpunan Agung Umno, yang bermula esok.

Difahamkan, bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut hadir bersama Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal pada perhimpunan di tempat bersejarah bagi parti Melayu itu, Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

Larangan itu dikeluarkan susulan kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang tidak selari dengan pendirian Putrajaya lebih-lebih lagi membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin juga dilarang merasmikan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri seperti kebiasannya dilakukan beliau sebagai timbalan presiden Umno.

Sebaliknya ucapan Muhyiddin akan digantikan dengan majlis taklimat presiden secara tertutup.

Sementara ucapan dalam sesi penggulungan pula, akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 Disember, sama ada Muhyiddin dan Shafie dibenarkan berucap ataupun tidak.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga naib presiden Umno berkata keputusan itu akan didengari Muhyiddin dan Shafie kerana mereka juga menghadiri mesyuarat khas tersebut. – 7 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Anina tidak boleh cabar pemecatan daripada Umno, putus mahkamah OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 07 Dec 2015 07:00 AM PST

Permohonan bekas ahli Umno Anina Saaduddin mencabar pemecatannya daripada Umno ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015.

Permohonan bekas ahli Umno Anina Saaduddin mencabar pemecatannya daripada Umno ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan bekas ahli Umno Anina Saaduddin mencabar pemecatannya daripada Umno ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas ahli Umno Anina Saaduddin gagal dalam cubaan mencabar pemecatannya daripada parti selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonannya atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu.

Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan berkata peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan muktamad sesebuah parti politik menghalang permohonan Anina dan menafikan peluangnya mendapatkan keadilan.

"Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966 mempunyai ayat dan perkataan yang mempunyai tafsiran luas dan kabur" katanya dalam keputusan untuk membenarkan permohonan membatalkan saman oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun peguambela Anina, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah mahkamah wujud untuk menegakkan keadilan, Nantha berkata, "keadilan perlu berlandaskan undang-undang". – 7 Disember, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anina.

AG tak boleh nasihat Najib jangan jawab RM2.6 bilion FMT Reporters

Posted: 07 Dec 2015 06:15 AM PST


surendran

Peguam Negara hanya boleh menasihatkan Perdana Menteri dalam hal ehwal rasmi melibatkan kerajaan.

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Apandi Mohamed Ali tidak layak menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menjawab kontroversi dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat.

Mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara sebagai pegawai kerajaan tidak boleh menasihatkan Perdana Menteri berhubung isu peribadi dan bukan rasmi.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, sebaliknya Perdana Menteri perlu mendapatkan peguam peribadi untuk menasihatkan beliau perkara itu.

Katanya, menurut Perkara 145 (2), Peguam Negara hanya boleh menasihatkan Perdana Menteri dan menteri melibatkan isu-isu rasmi kerajaan.

"Isu dana RM2.6 billion adalah isu peribadi Perdana Menteri yang tiada kaitan langsung dengan tugas rasminya sebagai ketua kerajaan," katanya menerusi kenyataan media.

Ahli Parlimen PKR itu menjelaskan, menurut Perkara 145 (3), Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan dan oleh kerana Najib menjadi subjek siasatan, maka akan wujud pertembungan kepentingan jika Peguam Negara memberi nasihat kepada Perdana Menteri.

Baru-Baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, Najib tidak hadir untuk menjawab soalan RM2.6 bilion di Parlimen atas nasihat Peguam Negara bagi mengelak subjudis terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Soalan itu dijawab oleh Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



FMT

Khairuddin cabar ‘singa sarkas’ UMNO berdebat Adam Abu Bakar

Posted: 07 Dec 2015 05:30 AM PST


singa-sarkas

Khairuddin kecewa dengan sikap Shahrir kini yang seolah-olah sudah menjadi 'pak turut' dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad dilihat sudah kehilangan 'taringnya' bahkan kini dianggap singa tua di dalam UMNO.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sikap dan pendirian Shahrir dalam politik jauh berbeza sama sekali.

"Saya kenal Shahril Samad sejak Semangat 46 lagi, dia antara pengasas dalam parti itu. Dia sungguh berani menolak rasuah, menentang pemimpin kuku besi dan berani menegakkan kebenaran.

"Tetapi kini Shahrir ibarat singa tua yang tidak ada taringnya lagi, tidak bergigi. Dia kini seperti singa sarkas yang mana tidak lagi digeruni dan ditakuti," katanya dalam wawancara bersama Free Malaysia Today.

Tanpa berselindung, Khairuddin menjelaskan beliau kecewa dengan sikap Shahrir kini yang seolah-olah sudah menjadi 'pak turut' dalam setiap keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

"Saya kecewa dengan sikap Shahrir sekarang ini. Dia sudah tidak mempunyai prinsip lagi dan sudah tidak relevan. Bahkan Shahrir juga tidak popular pada masa kini dalam kalangan rakyat. Eranya sudah habis," tegasnya.

Bagi membuktikan telahannya salah, Khairuddin mencabar Shahrir untuk berdebat dengannya dalam isu kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya cabar Shahrir untuk berdebat dalam siaran langsung di stesen televisyen RTM dalam soal 1MDB. Kita biar rakyat hakimi siapakah yang bercakap benar dan siapakah yang berbohong.

"Kalau mereka (menteri-menteri kabinet) tidak berani untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, marilah berdebat dengan saya tentang isu 1MDB," ujarnya lagi.

Shahrir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru yang suatu ketika dahulu lantang bersuara. Beliau telah memegang pelbagai jawatan di dalam kabinet antaranya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987.

Shahrir juga mencatat rekod apabila menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia kepada Tun Musa Hitam yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

FMT

Najib perlu berhenti perbodohkan rakyat – Kit Siang Mohamad Fadli

Posted: 07 Dec 2015 04:45 AM PST


lim-kit-siang

Kit Siang mendesak Perdana Menteri memberi penjelasan isu 1MDB dan RM2.6 bilion pada Perhimpunan Agung UMNO 2015.

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menasihatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menganggap 30 juta rakyat Malaysia seperti orang bodoh.

Beliau berkata demikian berikutan dakwaan Najib yang pembangkang tidak bercakap menggunakan fakta mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, sekiranya pembangkang dianggap seperti itu (tidak bercakap menggunakan fakta), mengapa Najib tidak hadir di Parlimen untuk menerangkan kontroversi mengenai isu RM2.6 bilion dan 1MDB yang dikaitkan dengannya pada minggu lalu.

"Kita juga perlu menanyakan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO), Datuk Seri Shafie Apdal (Naib Presiden UMNO) dan Tan Sri Gani Patail (bekas Peguam Negara) juga terpesona dengan pembohongan yang dibuat oleh pembangkang?

"Beliau (Najib) harus diingatkan petikan Abraham Lincoln 'Anda boleh menipu semua orang dalam beberapa waktu tetapi anda tidak boleh menipu semua orang dalam sepanjang masa," kata Ahli Parlimen Gelang Patah.

Kit Siang juga menggesa Najib menjelaskan beberapa isu yang dikaitkan dengannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 seperti isu 1MDB, dana RM2.6 bilion dan adakah benar Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).


FMT

ANAK KECIL MAIN API.....

Posted: 07 Dec 2015 04:00 AM PST

De Algojo's photo.
Tiada apa yg lebih memedihkan ...
selain ditipu oleh bangsaku sendiri !
(brsempena PAU Umngok ..
Kita nyanyi lagu Warisan dulu ..)

Najib disaran contohi Mahathir letak jawatan di PAU Adam Abu Bakar

Posted: 07 Dec 2015 03:15 AM PST


khairuddin-mahathir-najib

Khairuddin percaya jika Najib meletak jawatan pada PAU, segala 'dosa-dosa' yang dilakukan Najib sewaktu memerintah negara akan diampunkan rakyat.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak disaran mengikut jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO pada ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau amat berharap Najib meletak jawatan sekaligus menamatkan masalah yang dihadapi oleh parti itu.

"Saya berdoa perkara ini berlaku. Saya akan solat hajat minta Allah SWT bukakan pintu hati Najib, pada ucapan penggulungan UMNO minggu hadapan, beliau akan buat kenyataan tersebut (meletakkan jawatan)," katanya sewaktu diwawancara Free Malaysia Today.

Pada 2002, di pentas yang sama, Dr Mahathir telah melakukan kejutan dengan mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Khairuddin juga menyatakan jika sejarah tersebut berulang, beliau bernazar untuk berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

"Kalau Najib buat kenyataan tersebut (meletakkan jawatan), saya akan berpuasa, namun tidak akan botakkan kepala kerana cukuplah dibotakkan sewaktu dalam penjara," ujarnya.

Suami kepada selebriti tanah air, Ummie Aida itu juga menjelaskan keputusan Dr Mahathir meletakkan jawatan pada era emas kepimpinannya menunjukkan beliau seorang pemimpin yang amanah malah menjadi pemimpin yang disegani rakyat.

"Dr Mahathir memimpin negara dengan penuh amanah. Hidupnya diabadikan kepada negara dan sebab itu beliau boleh bertahan selama 22 tahun.

"Selepas 22 tahun di era emasnya, Dr Mahathir masih tidak ditolak. Tetapi ia datang dari hati nuraninya sendiri yang mahu memberikan peluang pada pemimpin lain untuk meneruskan kepimpinan," ujarnya lagi.

Katanya, jika Najib meletak jawatan pada PAU kali ini, beliau percaya segala 'dosa-dosa' yang dilakukan Najib sewaktu memerintah negara akan diampunkan rakyat.

"Kita dapat lihat sikap rakyat negara kita yang sering memaafkan kesalahan orang lain. Jika Najib meletak jawatan, saya percaya rakyat akan memaafkan kesalahan yang beliau lakukan," katanya.

Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada Selasa depan hingga Sabtu. Dalam perhimpunan itu juga menyaksikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan berucap bagi merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti itu.


FMT

Selepas Cadang Mansuhkan JAKIM, G25 Cadang Hukum Khalwat Dihapuskan

Posted: 07 Dec 2015 02:30 AM PST



Jika sebelum ini, G25 yang merupakan kumpulan bekas penjawat awam mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan, terbaru, kumpulan berkenaan mendesak supaya sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah ditubuhkan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kumpulan ini mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

"Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

"Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam," tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.

Beliau selain itu berkata, perlaksanaan undang-undang syariah menajdai masalah kerana ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

"Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda."

"G25 kini sedang cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka," tegasnya.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk 'memperbetulkan' beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

"Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan," jelasnya. -



 Siakapkeli.my

Pahlawan Bugis Bersama Pahlawan Jawa

Posted: 07 Dec 2015 02:00 AM PST

Friends of BN - Barisan Nasional's photo.

Pahlawan melayu bapak hang..duk menyusahkan rakyat nk jd pahlawan melayu lagu mana?hang tggu kt akhirat sana..pemimpin zalim..

Kahkahkah... Dah memang bodoh...

Posted: 07 Dec 2015 01:30 AM PST

Dia Sudah Mereng: Nak Dua Pakatan Dalam 1 Masa

Posted: 07 Dec 2015 12:55 AM PST


Ibarat graduan kembali ke sekolah, Amanah tolak idea 2 pakatan pembangkang

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan pada masa kini.

"Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?

"Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi," kata Khalid pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.

"Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Sementara itu, mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan had umur pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selama 2 penggal, daripada 65 tahun kepada 69 tahun, Khalid menganggapnya petanda beliau takut kehilangan kuasa.

"Mesej utama di sini adalah Najib khuatir sokongannya hanya terdapat di kalangan orang lama, dan dia hendak kekalkan sokongan di kalangan orang lama untuk pengaruh dan kuasa.

"Bagi kami, ia petanda baik perubahan yang sedang berlaku, dan kemungkinan kehakisan sokongan yang berlaku terhadap beliau," kata Khalid.

Pada Oktober, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mencadangkan perkara sama di Selangor, ketika menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.

Katanya, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, kerajaan negeri itu boleh ditadbir 2 gabungan pembangkang serentak, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada 1990.

"Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, cadangan itu dilaporkan ditolak Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, yang meminta PAS melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat (PR). -TMI

ULASAN GB

Pendirian PAS nampaknya seperti enau dalam belukar, melepas pucuk masing masing-masing.

Di negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hentam DAP hentam PKR. Tetapi di Selangor, PAS Selangor, sebab nak jaga kedudukan, mengambil pendirian yang berbeza walhal parti yang serupa, PAS!

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -Bernama (20-11-2015)

Memang PAS sudah mereng selepas ketiadaan golongan progresif di dalamnya.
 
 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT