Sabtu, 12 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kerjasama PAS UMNO: Hadi & Najib Bertemu Minggu Depan

Posted: 12 Dec 2015 12:42 AM PST

Hadi, Najib bakal bertemu minggu depan

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden UMNO itu menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV pada malam semalam berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.




Dr Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.

"Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya," katanya di sini.

Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden UMNO itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 semalam berkata UMNO menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Puad berkata para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik UMNO.

Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama UMNO, katanya. – Bernama

ULASAN GB

Mwskipun ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib presiden PAS, Iskandar Samad, kononnya PAS menolak kerjasama dengan UMNO, nampaknya ianya semacam tidak benar apabila Bernama melaporkan Presiden PAS, Haji Hadi Awang akan bertemu dengan Presiden UMNO, Najib Raak minggu depan.



PAS semacam segan silu dengan pelawaan UMNO berkenaan. Dekat tapi jauh, jauh tapi dekat. Kedua-duanya, Timbalan presiden dan Naib Presiden PAS nampaknya telah melanggar arahan Presiden PAS supaya semua pimpinan PAS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung pelawaan Najib berkenaan.


Ketara mereka tidak wala dengan arahan Presiden PAS berkenaan.

Ketua Penerangan PAS K.Terengganu yang juga Pengarah Jabatan penerangan PAS Pusat, Sdr Ahmad Amzad hashim pernah menyatakan bahawa PAS kini telah mengubah pendekatannya terhadap UMNO.

Pas mengambil pendekatan konstruktif dalam membina hubungan barunya dengan UMNO.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, langkah itu diambil kerana berpendapat, cara lama yang digunakan sebelum ini tidak sesuai.

"Perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif Pas sebelum ini,"

Sementara itu Ketua Pemuda Amanah, Fai Fadhil berkata PAS perlu terima pinangan UMNO.

Umno yang kehilangan tongkatnya sekarang di mana MCA dan MIC sudah ditolak rakyat perlu dipimpin tangannya oleh PAS sebagai tongkat baharu. Tidak cukup untuk PAS yang selama ini hanya memberikan oksigen kepada Umno untuk bernafas semula. Umno memerlukan tongkat baharu untuk berjalan semula dan PAS adalah satu-satunya parti politik yang disebut presiden Umno untuk membantu mereka.

Umno sudah terdesak sekarang. Kebobrokan dalam pentadbiran negara memerlukan nasihat PAS. PAS dan Umno kini dilihat berpegang pada ideologi perjuangan yang sama. PAS kini sudah tiada halangan dalaman lagi untuk menerima pinangan Umno. Golongan yang menentang idea kerjasama dengan Umno ini telahpun keluar parti dan menubuhkan Amanah. Tiada lagi istilah pengkhianat terhadap Amanah kerana PAS boleh membuat keputusan segera menerima pinangan Umno tanpa halangan dalaman.
Apa yang dinyatakan oleh anak bekas Presiden PAS, Ust Fadhil Nor itu juga turut disuarakan oleh penulis terkenal, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, msomelayu.blogspot.com.

Apabila Datuk Seri Najib Razak menghulurkan salam silaturahim secara terbuka kepada PAS di hadapan 2,600 perwakilan Umno, sepatutnya PAS terutama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima huluran salam itu dengan penuh keinsafan, kegirangan dan tanpa prejudis.

Huluran salam Najib itu tidakkah sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini bukan sahaja sebahagian ahli PAS tetapi para pencinta damai di negara ini. Huluran itu membawa signifikan menunjukkan Umno sangat terdesak dan mengharapkan PAS. Jangan hitung mengenai sejauh mana keikhlasannya.

Tidakkah waktu kini, selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP, parti itu juga mengharapkan ada rakan baharu untuk menggerakkan dan mengapai agenda politiknya?

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada PAS dan UMNO.

Majlis Presiden PH Kecam Kenyataan Rasis Najib

Posted: 11 Dec 2015 08:45 PM PST

Umno main isu perkauman alih skandal politik, kata Pakatan Harapan

Pakatan Harapan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno semalam, yang cuba memainkan api perkauman untuk mengalihkan perhatian berkaitan skandal politik yang sedang beliau hadapi.

Satu kenyataan bersama telah dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, hari ini.


Kenyataan itu menyebut antara lainnya Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan bahawa Keadilan, DAP dan Amanah menjunjung sepenuhnya peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah yang berkaitan dengan perkara penting berhubung kedudukan Bumiputera, agama Islam, institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Muafakat itu telah pun ditandatangani bersama di dalam Buku Jingga dan telah dipiagamkan.

"Oleh itu skandal politik yang sedang menekan Perdana Menteri tidak ada kena mengena dengan perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.

"Krisis yang melanda Umno sekarang hingga lunturnya sokongan rakyat kepada parti itu berpunca dari skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion di dalam akaun Najib yang masih belum dijawab hingga kini," ujar kenyataan itu.

Malah Najib dikatakan berhelah dan cuba bermain api perkauman bagi menutup skandal peribadi beliau, adalah sesuatu yang terkutuk dan merendahkan lagi kedudukannya di mata rakyat.

"Sedangkan pentadbiran beliau jugalah yang merangka undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan baru-baru ini yang dilihat mencabar kuasa Yang Dipertuan Agong."

Justeru kenyataan itu menyebut Pakatan Harapan menyeru supaya rakyat terutamanya dari kaum Melayu tidak terperangkap dengan permainan perkauman.

"Kami yakin rakyat boleh membezakan permasalahan sebenar dan tidak akan terheret ke dalam permainan perkauman ini yang menjadi tali hayat terakhir, Perdana Menteri.

"Pakatan Harapan akan terus menumpukan kepada isu-isu kepentingan rakyat seperti kos ssara hidup yang semakin meruncing, sistem percukaian yang tidak adil, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan menekankan tata kelola bagi membanteras rasuah yang berleluasa," ujar kenyataan itu. -malaysiadateline

ULASAN GB

Gb baru ulas semalam. Baca semula:

PAS kini seolah-olah sudah terperangkap dengan kenyataan-kenyataan Presiden dan beberapa pimpinannya sebelum ini di dalam konteks kerjasama PAS-UMNO apabila Najib dengan secara terbuka "menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang."

Kenyataan-kenyataan seperti ingin menjadi PENASIHAT kepada UMNO/BN, bekerjasama dengan UMNO dalam hal-hal kebajikan, mengubah pendekatan PAS terhadap UMNO dan seumpamanya amat jelas memberikan oksigen kepada UMNO yang sedang kelemasan seperti yang disebutkan Tn.Hj. Salahuddin.

Kedua, kenyataan Najib kononnya "PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja" merupakan kenyataan simpati UMNO terhadap PAS yang diakibatkan oleh perbuatan PAS sendiri yang telah mengkhianati Pakatan Rakyat.

Dan kenyataan Najib "realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera."


Kenyataan di atas ternyata cuba menakut-nakutkan rakyat khususnya bangsa Melayu dan beragama Islam supaya hanya menyokong UMNO. Kononnya DAP kini yang menguasai Pakatan Harapan (PH) sedangkan hakikatnya, DAP hanyalah sebuah daripada 3 buah parti komponen utama PH.

Setelah DAP berjaya mendedahkan beberapa isu utama seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang kesemuanya adalah berpunca dari Najib sendiri, kini Najib mengambil peluang PAU kali ini untuk menghentam DAP dan cuba menakutkan rakyat dengan menyatakan DAP mendominasi pakatan pembangkang.

UMNO menggunakan sentimen bangsa sebagai talian hayat terakhirnya dan sentimen agama untuk memujuk PAS bersamanya.

Namun hakikatnya, rakyat kini sudah sedia mengetahui dan sedia memahami, hanya PH yang akan dapat menyelamatkan negara dengan/dan mengalahkan BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Dan sememangnya UMNO BN perlu dikalahkan demi mengakhirkan segela penderitaan rakyat yang diakibatkannya selama ini.

Tiada ulasan: