Sabtu, 12 Disember 2015

.

.


Najib pukul Muhyiddin secukupnya kemudian minta maaf

Posted: 12 Dec 2015 02:55 AM PST

PENANGGUHAN

Bagi perwakilan PAU yang dibius beberapa jam kemudian disedarkan pada hari akhir persidangan, untuk mendengar penggulungan oleh presiden parti, terkejut beruk sambil mengangkat tabik kepada Najib Razak yang dianggap sebagai wira apabila presiden Umno itu membuka pintu hatinya dan menghulur salam kemaafan kepada semua orang yang bersalah dengannya.

Muhyiddin menyanyi tanpa angkat tangan.
Mereka akan menganggap Najib benar-benar berjiwa besar seperti mana diakui perdana menteri itu, bahawa dia berjiwa besar sanggup memaafkan sesiapa yang menentannya.

Ucapan atau huluran kemaafan Najib itu dilihat dituju khas kepada Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin.

Mereka - para perwakilan mengira Najib adalah pemimpin yang tidak ada dua dan tiga bagi mereka dan dianggap seorang yang pemaaf?


Begitulah dirasai oleh orang yang tersedar dari bius, akan menerima apa sahaja yang dilakukan ke atasnya sebagai baik kerana mereka tidak sedar apa yang berlalu. Walhal semasa mereka tidak sedar apa sahaja diperlakukan ke atas mereka termasuk perbuatan yang kotor dan mejelek mata termasuknya batu pelernya dijamah dan dibubuh kapur.

Muhyiddin hanya tunduk kekosongan?
Begitulah apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka sekejap tadi semasa Najib menjadi penggulungan tunggal PAU ke-69, para perwakilan bersorak, hiba dan gembira melihat dan mendengar persembahan sandiwara akhir Najib.

Hakikatnya apa yang Najib tunjukkan itu adalah satu sikap hipokrit yang paling huduh dan mempamerkan sikap pengecut yang jelek belum pernah dilakukan mana-mana presiden Umno. Najib membuka pintu dan menghulurkan tangan kemaafan kepada orang yang dikecam, dimalui dan dihina bertubi kali.

Apa yang Najib lakukan terhadap Muhyiddin itu sepertilah dia telah mengikat tangan dan kaki Muhyiddin dan Shafei Afdal kemudian membalun dan memukulnya sesuka hati tanpa simpati langsung.

Jika Najib ikhlas dan jujur untuk memaafi Muhyiddin dan sesiapa sahaja kerana melakukan perbuatan yang telah menguriskan hatinya, Najib tidak akan mengulangi kecaman dan sinikal kepadanya Muhyiddin sampai memetik perlembagaan parti dan ayat-ayat Quran serta kata Pendekta, sebaliknya beliau terus menghulurkan salam kemaafan tanpa prajudis.

Dan seperti saya nyatakan sebelum ini Najib akan dilihat berjiwa besar dan seorang pemaaf sejati apabila dia menguhurlan tangan kemaafan pada akhir ucapan dasar dua hari lepas. Alangkan dewan akan bergetar dengan rasa hiba kalau Najib sesudah berucap berjalan dan berpelukan dengan Muhyiddin.

Tetapi apabila dia membuat aplogetik itu dihari akhir, selepas sebelum ini kononnya Muhyiddin akan memohon maaf tetapi tidak, maka nampak Najib terus berpolitik dengan tawaran itu. Keikhlasan Najib memohon maaf itu juga dibuat-buat apabila beliau terus menjerit perkataan "tidak akan pencen dan berundur".

Menuglas mengenai budi baik Najib itu, tidak berdosa rasanya kalau Muhyiddin tidak memberi respon positif kepada apa dilakukan laki Rosmah itu. Wajar TPM itu berbuat begitu setelah beliau dihina, dan dilutu demikian rupa oleh Najib tanpa memberi sekelimut ruang untuk menjenguh kepala. Kalau Muhyiddin tidak sedia akur dengan huluran Najib itu jangan salahkan kepadanya, kerana sebagai seorang manusia dan ahli dia ada maruah dan harga diri.

Bukan sahaja Muhyiddin, tetapi sebahagian besar perwakilan dan pemerhati lain juga berasakan tidak adil dia dijadikan tongkol kayu di petas utama.

Mungkin Muhyiddin akan terkesima dengan tawaran kemaafan Najib itu kalau dia diberi peluang untuk berucap menjawab dan membela tuduhan dan kritikan ke atas dirinya. Orang juga akan marahkannya kalau beliau terus berdedil. Namun apabila haknya dinafikan, kesalahan itu diletakkan ke atas Najib yang dilihat sebagai kejam dan zalim.

Dan apa yang berlaku di atas pentas utama tadi, apa yang sempat saya intai, ternyata Muhyiddin tidak gembira degan apa yang berlaku. Dalam saat orang lain sebak dan terharu dan berasakan Najib seorang wira yang mulia, Muhyiddin hanya selamba sahaja. Benar, dia bersalam dengan Najib dan lambat Najib untuk melepaskannya, (bagi membolehkan kamera merakam), tetapi dalam hati Muhyiddin siapalah tahu. Gerak badan Muhyiddin mencerita akan kejengkilan sebenar.

Indikator jelas bahawa persalaman spotan itu tidak memberi bekas kepada Muhyiddin apabila beliau tidak ikut mengangkat tangan, melambai-lamai, sewaktu semua pimpinan dan perwakilan menyanyikan lagi, "anak kecil bermain api". Muhyiddin menyanyi dengan penuh kekakuan, tanpa ada semengat kekitaan.

Beliau baru mengangkat tangan apabila dua orang di kiri dan kanannya memaut dan mengangkat tangannya.

Sesudah menyanti Zahid Hamidi ada kelihatan berkata sesuatu kepada Muhyiddin, tetapi tidak dipedulikan tanpa langsung memandang ke muka Zahid. Gambaran itu menunjukkan suasana spotan di atas pentas itu untuk menujukkan keretakan dalam Umno, khasnya antara Najib dan Muhyiddin pulih seperti sedia kala, tidak berjaya.

Saya yakin selepas ini Muhyiddin akan bergerak dan akan ada forum untuknya menjawab persoalan yang diterpakan kepadanya di sepanjang PAU itu. Sesungguhnya Muhyiddin akan menjawab dan menjelaskan gambaran yang cuba ditunjukkan yang kononnya dia bersedia menerima huluran maaf dari Najib. Apa yang kita kenal Muhyiddin seorang berprisip dan bermaruah. Dan Umno akan terus retak kalau pun tidak sampai membawa belah. [wm.kl.6:37 pm 12/12/15]


Pemimpin Pas tidak sekata dengan pelawaan Najib

Posted: 11 Dec 2015 07:41 PM PST

ULAS ISU

Wah nampaknya seorang Naib Presiden Pas tidak mempedulikan arahan parti agama itu agar jangan membuat apa-apa kenyataan berhubung pelawaan Najib Razak untuk berbaik dengan Pas. Naib Presiden berkenaan bukan sahaja engkar arahan berkenaan, tetapi memberi gambaran parti nasionalis itu tidak perlu mengajak Pas untuk berkerjasama walaupun atas maslahat bangsa dan agama.

Kelmarin dikeluarkan kenyataan daripada Pas yang mengarahkan supaya semua pemimpinnya tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung huluran salam ukhwah yang dibuat Najib semasa membentang ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali orang yang dilihat paling berkuasa dan "politis" dalam Pas pun tidak berani untuk membuat ulasan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan presiden melayannya. "Kita serah kepada presiden sahaja mengulasnya," demikian Mustapa dipetik.


Kenyataan rasmi dari Pas itu menyebut biarlah Presiden, Abdul Hadi Awang seorang yang membuat apa-apa kenyataan dan komen terhadap pelawaan itu. Larangan itu sudah tentu bagi mengelakkan timbul kecelaruan dalam memberi reaksi kepada undangan Presiden Umno itu.

Abdul Hadi telah pun mengeluarkan kenyataan memberi respon bernada positif atas pelawaan Najib itu dengan mengatakan parti itu sambut baik terhadap pelawaan demi untuk maslahat Islam dan perpaduan Melayu. Malahan Abdul Hadi berkata inilah masanya kalau Umno ingin kembali kepada Islam.

Abdul Hadi bagaimana pun dalam melayan pelawaan Najib itu memperakui yang parti itu masih mengadakan tahaluf syiasi dengan PKR. Dengan memberi syarat Umno harus kembali kepada Islam barulah Pas akan sedia untuk bekerjasama dengan Umno. Syarat itu bagi pemerhati dilihat sebagai perkara teknikal sahaja yang bukan qatie.

Berbalik kepada sika salah Naib Presiden berkenaan tadi, dia memprsoalkan kenapa Umno baru mengajak Pas untuk bersama setelah parti itu dalam keadaan lemah, Lantaran itu beliau menyifatkan pelawaan itu menunjukkan Umno sudah terdesak. Persoalan itu menunjukkan beliau tidak bersetu kalau Pas bergabung dengan Umno.

Kenyataan Naib Presiden itu bukan sahaja menjelaskan pendiriannya yang nyata tidak suka kepada Umno, tetapi ia juga seakan bercanggah dengan hasrat parti agama itu yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin membuat kenyataan berhubung dimensi dan angin baru ditunjukkan Najib itu, untuk berkerjasama dengan Pas. Sudah tentu kenyataan naib presiden itu menjadi bahan polemik dalam Pas berkenaan pelawaan Najib itu.

Ternyata pelawaan Najib itu mendapat perhatian dan minat besar dari kalangan perwakilan Umno. Tidak ada seorang pun pembahas mempertikaikan pelawaan itu atau cuba mengungkitkan kisah lama Pas yang dianggap sebagai parti pemecahan perpaduan ummah seperti sebelum ini. Seorang pemimpin Umno menguar-uarkan yang Najib dan Hadi akan berjumpa dalam satu majlis minggu depan.

Persoalannya, apakah sikap Naib Presiden Pas yang jelas menolak undangan Najib itu menggambarkan berlaku pertelingkahan pendapat dalam Pas berhubung rancangan untuk bekerjasama dengan Umno? Sebelum ini Naib Presiden itu juga kurang senang dengan gelagat Ibrahim Ali yang memeluk Abdul Hadi dalam satu kunjungan presiden Perkasa(M), itu ke pejabat Pas beberapa bulan lepas.

Naib Presiden itu memberi reaksi "geligeleman" kepada aksi berkenaan dan menegaskan yang Pas khasnya di Selangor tidak akan kerjasama dengan Perkasa(M). [wm.kl. 11:26 am 12/12/15]

Tiada ulasan: