Ahad, 27 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Irmohizam dicabar buktikan LKIM bantu nelayan

Posted: 27 Dec 2015 03:57 AM PST

 
Pulau Pinang menegaskan telah membantu nelayan di negeri itu yang tidak mampu dilakukan LKIM


Dr-Afif-Bahardin-


PETALING JAYA: Kerajaan Pulau Pinang mencabar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuktikan agensi itu telah menjalankan tanggungjawab untuk membantu nelayan di negeri itu dan di seluruh negara.

EXCO Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, LKIM perlu membuktikan mereka telah memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan nelayan.

"Kerajaan Pulau Pinang membantu nelayan dengan memberi pukat dua kali setahun dan membina tukun tiruan di Pulau Aman dan Pulau Kendi dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan pendapatan nelayan.

"Adakah LKIM boleh melakukan perkara yang sama? Malah Irmohizam (Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim) tidak mampu memberi lesen kepada nelayan," katanya kepada FMT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu mengulas kenyataan Irmohizam bahawa projek penambakan laut di tiga lokasi iaitu di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Kumbar di Pulau Pinang akan menjejaskan pendapatan nelayan.

"Jika LKIM betul-betul ambil berat soal nelayan dan isu tambakan laut, LKIM patut fokus kepada projek tambakan laut di negeri lain, Johor terutamanya.

"Saya cabar Irmohizam, jika LKIM mampu memberi pukat dua kali setahun kepada nelayan di seluruh negara bukan saja waktu pilihan raya, barulah datang berjumpa kami untuk berbincang," katanya sambil menegaskan, syarikat menguruskan projek tambakan laut setiasa berhubung dengan nelayan dan penduduk di pesisir pantai di kawasan terlibat.

Kertas siasatan SRC, RM2.6 bilion dikemuka minggu depan

Posted: 27 Dec 2015 03:51 AM PST

 
SPRM meminta semua pihak yakini siasatan akan dibuat secara bebas, telus dan profesional.


sprm_1mdb_600


PETALING JAYA: Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas syarikat yang dikaitkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu SRC International Sdn Bhd, serta wang derma RM2.6 bilion akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu hadapan.

Kertas siasatan itu merekodkan syor berkenaan hasil siasatan iaitu samada terdapat kes atau pun sebaliknya.

"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.

"Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas," jelas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterima FMT, sebagai respon kepada tulisan blog bekas Ketua Pengarang News Strait Times Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.

Kadir dalam muatnaiknya itu berkata reputsi SPRM akan terkubur sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed gagal menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional.

Sementara itu, menjawab desakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli supaya SPRM mendedahkan nama penderma RM2.6 bilion, Bahri berkata perbuatan itu melanggar Akta SPRM 2009.

"SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang. Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian.

"Sebagai penggubal undang-undang, diharap YB Rafizi memahami kekangan ini dan mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang disiasat secara terperinci kepada umum," jawab Bahri.

Kes Kotaraya: Beginikah cara aktivis bantu mangsa tipu dilayan?

Posted: 27 Dec 2015 03:49 AM PST

THE RAKYAT POST

 

kota raya 1
Berdasarkan maklum balas dalam laman sosial, ramai musykil mengapa kedai menjual telefon dan aksesori mempunyai bilik tahanan sebagaimana berlaku di Kompleks Kotaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto TRP


KUALA LUMPUR,  Berdasarkan maklum balas dalam laman sosial, ramai musykil mengapa kedai menjual telefon dan aksesori mempunyai bilik tahanan sebagaimana berlaku di Kompleks Kotaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata pekedainya bertindak mengurung pembeli sebagai strategi menekan agar mudah dimanipulasi serta ditipu.

Malah katanya, menurut maklumat, aduan pertama telah dibuat pada Jun lepas tetapi tiada tindakan hinggalah tercetus kekecohan ekoran tindak balas para pengguna.

"Alangkah baiknya jika pihak berkuasa dan polis dapat memberi tumpuan segera dalam menyiasat dan membongkar kegiatan pekedai tersebut.

"Lebih mengejutkan Awang apabila aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi yang mahu membantu mangsa penipuan dengan menuntut bayaran daripada pekedai, ditahan oleh polis," katanya.

Jelas Awang, Yusuf tidak terlibat dalam kejadian sekumpulan lelaki menyerbu dan mengasari petugas di kedai berkenaan.

Beliau juga turut mempersoalkan cara pihak berkuasa melayan aktivis yang membela rakyat dan pengguna.
"Awang berharap polis tidak memberi mesej yang salah dan bercelaru kepada umum.

"Di banyak negara termasuk Indonesia, sesiapa yang membantu memerangi kemungkaran dan penipuan oleh peniaga, akan dihargai sepenuhnya laksana seorang wira sementara peniaga yang menipu dengan cepat didakwa.

"Tetapi di Malaysia, keadaan berbeza dalam kes di Kotaraya. Oh dunia," katanya.


Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis memberi penjelasan mengapakah dua orang aktivisnya ditahan dan ditempatkan di lokap tahanan sedangkan mereka membantu pengguna yang ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata apa yang berlaku tersebut amat dikesali kerana PPIM bukanlah musuh kepada pihak polis sebaliknya membuat kerja membantu orang ramai yang ditipu sejak berpuluh-puluh tahun.

Isu jalan berlubang: Gejala korek timbus, siapa kaut untung besar?

Posted: 27 Dec 2015 03:22 AM PST

THE RAKYAT POST

 

lando
Berlubang, berlekuk dan turapan yang tidak rata menghiasi jalan raya Kuala Lumpur pada alaf baharu ini. - Foto Facebook Lando Zawawi Vrus


KUALA LUMPUR,  Berlubang, berlekuk dan turapan yang tidak rata menghiasi jalan raya Kuala Lumpur pada alaf baharu ini.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia meluahkan bahawa dirinya 'sakit leher' kerana setiap hari geleng kepala apabila melalui jalan raya di ibu negara.

"Bak kata bahasa pasar, sudah berbuih mulut bercakap soal kualiti jalan raya di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur.

"Itu belum menyentuh nahas melibatkan penunggang motosikal disebabkan hal yang sama," katanya.

Menurut Awang, di negara Barat, jika sesiapa yang menjadi mangsa nahas seumpama itu menyaman pihak berkuasa, peluang untuk menang kes adalah besar.

Ujarnya, berdasarkan pemerhatian, sebahagian jalan raya diturap beberapa kali setahun hanya disebabkan gejala korek dan timbus oleh syarikat-syarikat utiliti.

"Bayangkan berapa banyak wang pembayar cukai mengalir keluar disebabkan kepincangan ini dan siapa yang mengaut keuntungan besar?

"Harap-harap Pasukan Petugas Khas di pejabat Peguam Negara dapat melihat isu tersebut dan mengambil tindakan penyelesaian terbaik sebelum pusingan ganas ini makin memudaratkan negara kita," katanya lagi.

Beliau juga turut mempersoalkan peranan yang dimainkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pihak berkuasa tempatan lain dalam menangani isu kualiti jalan raya.

"Awang ingin bertanya apa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Datuk-Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan yang lain buat?

"Rajinlah buat lawatan mengejut terutama di laluan yang rakyat selalu gunakan.

"Kalau isu kualiti jalan raya yang merupakan perkara asas tidak mampu ditangani, lupakan saja impian mahu menjadikan Kuala Lumpur kota metropolitan bertaraf dunia. Malu," jelasnya.


Terdahulu, sekumpulan aktivis yang menggelar diri mereka Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) wajar diangkat sebagai wira kerana komited membantu menangani masalah jalan berlubang dan tidak berkualiti di Lembah Klang.

Awang Selamat berkata sejak lapan tahun lalu, Brotherhood yang diketuai oleh pengasasnya, Azlan Sani Zawawi menjadi suara pendesak dalam memastikan jalan raya kita berkualiti demi bakti mereka kepada masyarakat.

Malah katanya, bukan setakat itu, mereka juga terlibat aktif dalam menurap jalan yang rosak dan berlubang terutama yang berbahaya kepada para penunggang motosikal

‘Najib perlu lantik Hadi sebagai penasihat tertinggi’

Posted: 27 Dec 2015 03:18 AM PST

IKHWAN HAZWAN

 

lim lip eng
Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng berkata dengan melantik Ahli Parlimen Marang tersebut sebagai penasihat maka wajarlah Perdana Menteri memberhentikan penasihat-penasihat rasmi bertaraf menteri yang kini berkhidmat dengan beliau. - Foto TRP/Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dilantik sebagai penasihat tertinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya menerima tawaran Pas yang mahu bertindak sebagai penasihat kerajaan.

Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng berkata dengan melantik Ahli Parlimen Marang tersebut sebagai penasihat maka wajarlah Perdana Menteri memberhentikan penasihat-penasihat rasmi bertaraf menteri yang kini berkhidmat dengan beliau.

Menurutnya, kesemua 11 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga sudah tidak diperlukan lagi untuk membantu dan menasihat Najib.

"Amat wajar penasihat-penasihat tersebut diberhentikan kerana Hadi boleh bertindak sebagai penasihat utama (supreme adivisor) kepada Najib.

"Mereka ini tidak diperlukan lagi kerana Hadi boleh memberikan nasihat kepada pelbagai isu kerana beliau adalah 'Mr Know It All'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin Hadi yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu menegaskan tawaran Pas sebagai penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk menyelamatkan negara.

Jelas Hadi, sudah tiba masanya Pas campur tangan dalam urusan negara untuk menasihati pemimpin agar mentadbir mengikut tatacara Islam.

"Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.

"Permulaannya dengan menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran, kalau mereka tidak berubah caranya adalah mengambil alih kuasa tanpa dendam kesumat," katanya dalam kenyataan.

Isu peluncur angin Israel: Pemuda Amanah selar DAP Perak

Posted: 27 Dec 2015 03:14 AM PST

AKMAL HAKIM

 

AmanahL1
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata tindakan protes terhadap Israel perlu diterjemahkan dalam setiap perkara, bukan hanya sukan semata-mata. - Foto TRP


KUALA LUMPUR,  Langkah sekatan ke atas peserta luncur angin dari Israel dalam Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC 2015) di Langkawi, Kedah adalah perlu sebagai tanda protes terhadap kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata tindakan protes terhadap Israel perlu diterjemahkan dalam setiap perkara, bukan hanya sukan semata-mata.

"Tindakan ini disambut baik sebagai sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi oleh kerajaan haram Israel secara berterusan dengan cara yang amat tidak bertamadun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fakhrulrazi turut membidas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin semalam yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Katanya, kenyataan Chong telah mengguris hati rakyat khususnya umat Islam dan pencinta keamanan sejagat yang sangat peduli dengan nasib rakyat Palestin.

"Sebagai rakan gabungan Pakatan Harapan, kami berhak menegur DAP dalam hal ini kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Kami sangat mengharapkan agar DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan khususnya melibatkan sensitiviti umat Islam dan hukum hakam agama," katanya.

Semalam, Chong dilaporkan berkata sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik.

"Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima.

"Lebih-lebih lagi kedua-dua atlet itu adalah juara bertahan. Menafikan visa bagi kemasukan mereka sama seperti menafikan hak untuk mempertahankan kejuaraan mereka. Perkara ini tidak boleh diterima dalam mana-mana acara sukan," kata Chong yang dipetik Malaysiakini.

Menurut portal itu, Khairy dilaporkan memainkan peranan dalam penafian visa ke atas peserta Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel.

ISAF YWC 2015 yang berlangsung hari ini hingga 3 Januari 2016 menerima penyertaan 446 pelayar muda dari 80 negara termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan.

PKR main 'safe' sebab tak nak hilang kuasa - Bekas pemimpin PAS

Posted: 27 Dec 2015 02:28 AM PST

 Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Phang Chaw mendakwa PKR mengambil pendekatan selamat dengan bekerjasama dengan PAS serta Parti Amanah Negara (PAN) kerana bimbang kehilangan kuasa pemerintah di Selangor.
 
Hu yang kini Exco PAN Nasional berkata meskipun bersama DAP-PAN dalam Pakatan Harapan (PH) namun PKR tekad meneruskan kerjasama dengan PAS kerana tidak mahu hilang pengaruh dan kuasa.
 
"Bagi saya PKR main safe (selamat), maknanya dia takut hilang kuasa di Selangor.
 
"Di samping itu dia nak sokongan daripada PAN supaya dia boleh menang kerusi di negeri yang lain," katanya dalam pertemuan ringkas bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Beliau menambah PKR sememangnya banyak bergantung kepada PAS sejak di awal penubuhan parti itu terutamanya dalam menarik sokongan di peringkat akar umbi.
 
"Dulu dia memang bergantung dengan PAS untuk bekerjasama dengan dia khususnya di akar umbi.
 
"Tapi bila PAN nampaknya mempunyai potensi yang besar dalam perjuangan politik di Malaysia maka PKR membuat keputusan yang bijak di mana dia berkawan dengan kedua-dua belah pihak," katanya.
 
Justeru bagi memastikan kelangsungan politik jelas Hu, PKR mengambil keputusan bijak yang tidak menimbulkan konflik dalam kalangan komponen PH dan juga PAS.
 
"Maknanya bila berkawan dengan PAN dia dapat sokongan di negeri yang lain dan bekerjasama dengan PAS dia kekalkan kuasa pemerintah di Selangor.
 
"Bagi saya ini perkara biasa dalam politik," katanya.
 
 

Bosan pihak berkuasa gagal putuskan isu vape

Posted: 27 Dec 2015 02:24 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah baginda bosan dengan dengan pelbagai pihak yang masih gagal membuat ketetapan bersabit penggunaan rokok elektronik atau vape di negara ini.
 
Bagi baginda, trend vape ini jika tidak ditangani dari awal, ia akan mendatangkan mudarat kepada rakyat.
 
"Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini.
 
"Beta membuat kajian dan ini bukan adat kita. Begitu juga shisha. Beta terkejut dan berasa jijik apabila terlihat wanita bertudung dan juga kanak-kanak menghembuskan asap vape.
 
Beta menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman dan perlu campur tangan secepat mungkin. Bagi beta, ini adalah teknologi dadah yang berbahaya. Tidak seperti dadah, ia sukar dikesan," ujar baginda dalam wawancara bersama akhbar The Star.
 
Media termasuk The Star sebelum ini menyiarkan bagaimana kanak-kanak sekolah rendah membelanjakan wang saku mereka untuk produk vape.
 
"Apa yang beta takutkan sudah terjadi. Polis kini menahan beberapa individu yang menjual cecair vape berperisa ganja.
 
"Lebih membimbangkan sindiket ini beroperasi sejak Ogos lalu dan menjualnya menggunakan Internet dan menghantar produk mereka melalui kurier," keluh baginda.
 
Baginda juga kurang senang apabila isu vape dikaitkan dengan politik kepartian.
 
"Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.
 
"Beta fikir apa yang baik dan beta tegas bahawa semua ini perlu dihentikan pada 1 Januari tahun depan.
 
"Buat masa ini, semua yang menentangnya demi perniagaan mereka. Adakah anda ambil berat tentang kesihatan orang ramai?
 
"Terdapat juga mereka yang menentang termasuk 'seorang pelawak' yang mengheretkan diri ke dalam isu ini untuk memberikan komen mereka," ujar baginda.
 
Kenyataan baginda itu dipercayai merujuk kepada aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah atau Kipidap yang terkenal dengan penampilannya memakai beret merah, menjadi tajuk utama berita kerana membuat lebih 1,000 laporan polis terhadap ahli politik pembangkang dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
 
Baru-baru ini Rani Kulup menyertai sebuah NGO Melayu dengan mengatakan Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan satu juta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengenakan tindakan terhadap peniaga vape.
 
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember lalu mengisytiharkan penggunaan vape adalah haram.
 
 

DAP Perak sahkan pendirian anti-Zionis, tarik kenyataan pemimpin

Posted: 27 Dec 2015 02:07 AM PST

MALAYSIAKINI


 


DAP Perak menarik balik kenyataan seorang pemimpinnya yang membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung sekatan yang dikenakan ke atas dua atlet Israel daripada mengambil bahagian di Malaysia.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin telah menarik balik kenyataannya semalam dan bahawa kenyataan itu juga tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu.

Ia susulan Chong yang juga adalah setiausaha politik Nga dibidas oleh Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin kerana gagal bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin yang berdepan dalam konflik dengan Israel.

"DAP Perak berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin," kata Nga dalam satu kenyataan hari ini

Tambahnya, Perak DAP berdoa agar kezaliman yang berlaku ke atas rakyat Palestin akan dihentikan segera.

Chong semalam berkata adalah sesuatu yang tidak boleh diterima bagi Khairy untuk menafikan Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (ISAF).

Walaupun menjauhkan diri daripada kenyataan Chong, DAP Perak menyokong pandangan bahawa sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik.

"Dengan mengekalkan semangat kesukanan yang merentasi batas politik dan agama, namun pada masa yang sama turut mengekalkan bantahan dan pendirian tegas terhadap Israel, kami yakin bahawa Kementerian (Belia dan Sukan) boleh mencari jalan tengah untuk menyelesaikan permasalahan sedia ada.

"Kementerian harus berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi para atlet yang merupakan johan menunggu tidak dinafikan hak bertanding hanya kerana kezaliman pemerintah politik negara mereka," kata Nga.

Yoav dan Noy menarik diri daripada bertanding di Langkawi selepas visa mereka untuk memasuki Malaysia ditolak.

Dilaporkan bahawa mereka akan dibenarkan masuk dengan syarat mereka tidak bersaing di bawah bendera Israel atau menggunakan simbol Israel.

Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika mereka menang.

50 negara mengambil bahagian dalam kejohanan ISAF, termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis.


Pelajar sekolah agama dicekup sedang ‘beraksi’

Posted: 27 Dec 2015 02:01 AM PST

Pelajar sekolah agama dicekup sedang 'beraksi'
Wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Noda, kelmarin.


KLANG - Seorang pelajar yang baru tamat pengajian di sekolah agama di Jordan 'kantoi' selepas dicekup ketika sedang melanggan seorang wanita warga asing di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.

Ops Noda yang dijalan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja jam 9 malam.

Remaja berusia 16 tahun itu antara 15 pelanggan yang ditahan dalam operasi tersebut.

Siasatan polis mendapati remaja yang telah tamat pengajian pada Februari lalu datang ke premis tersebut secara sendirian.

Malah, difahamkan, remaja itu dua kali hadir ke premis terbabit.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menahan remaja tersebut ketika sedang melanggan tukang urut wanita warga asing.

"Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, lapan wanita warga Vietnam dan Filipina yang bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi sama.

Katanya, dua warga tempatan serta dua lelaki warga asing disyaki penjaga serta pekerja turut ditahan.

"Siasatan mendapati premis berkenaan mengenakan bayaran perkhidmatan seks lingkungan harga RM110 hingga RM200.

"Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai," katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk disiasat.


Sambutan tahun baharu meriah, serentak rai negeri bebas tol

Posted: 27 Dec 2015 01:58 AM PST

SINAR HARIAN


Sambutan tahun baharu meriah, serentak rai negeri bebas tol
Pengguna yang melalui Jambatan Tun Salahuddin tidak perlu membayar tol mulai 1 Januari depan. Jambatan yang menyeberangi Sungai Sarawak itu akan diisytihar bebas tol mulai tengah malam 31 Disember ini. - Foto Bernama


KUCHING - Buat julung kalinya sambutan tahun baharu di sini akan diadakan secara besar-besaran, serentak dengan kiraan detik berakhirnya kutipan tol di Sarawak.   

Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Misnu Taha berkata, detik cukup bermakna itu akan disambut penuh gemilang kerana tepat pukul 12 tengah malam pada 31 Disember ini, kutipan tol di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya di sini akan dihentikan, sekali gus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.

Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara sambutan yang akan bermula dari pukul 9 malam di pekarangan plaza tol itu, dengan sajian pelbagai pertunjukan pentas dan persembahan bunga api.

Bercakap kepada pemberita sejurus sebelum meninjau persiapan di pekarangan plaza tol itu, Misnu berkata, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dijangka hadir bagi memeriahkan sambutan itu. 

Dalam ucapan penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini, Adenan mengumumkan pemansuhan kutipan tol di jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin pada tengah malam 31 Disember ini, sekali gus mengotakan janjinya untuk menghapuskan tol di Sarawak.

Kerajaan negeri memansuhkan kutipan tol di Jambatan Lanang di Sibu pada Mei lalu dan kutipan tol di Jambatan Asean Baram pada bulan Jun lepas.  

Sebagai rekod, kutipan tol di jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang menghubungkan kawasan bandaraya Kuching dengan Petra Jaya itu telah bermula sejak tahun 2003. 

Sementara itu Misnu berkata, beliau menjangka sekitar 10,000 hadirin akan membanjiri kawasan berkenaan pada malam sambutan itu.

Selain barisan artis daripada kalangan anak tempatan, antara penyanyi tersohor negara yang mengesahkan kehadiran mereka untuk membuat persembahan ialah Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Amir Ukays.

Sehubungan itu, beliau berkata jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.

Menurutnya raptai majlis sambutan akan diadakan pada 29 Disember. - Bernama


Pas gesa DAP tarik balik kenyataan isu visa atlet Israel

Posted: 27 Dec 2015 01:49 AM PST

Mohd Akmal Kamaruddin
Mohd Akmal Kamaruddin


SHAH ALAM – Pemuda Pas Perak mendesak DAP menarik balik kenyataan berkait isu penafian visa dua atlet luncur angin Israel yang dikatakan telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan segera memohon maaf.

Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, menafikan visa Israel suatu perkara yang sangat kecil jika dibandingkan dengan kezaliman yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

"DAP sepatutnya perlu lebih peka dengan politik dan hubungan kemanusiaan di luar negara. Tindakan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zheminn menimbulkan persoalan tentang parti (DAP) yang katanya membawa agenda keadilan dan hak asasi manusia (namun) menyokong Israel yang secara rakus menyerang dan menindas Palestin serta rakyatnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Chong Zheminn dilaporkan menyelar keputusan kerajaan menolak visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan yang dijadual menyertai Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf)di Langkawi, hari ini.

Dalam pada itu, Pas Perak menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan itu yang tidak membenarkan dua peserta Israel itu menyertai kejohanan tersebut.

"Tindakan itu sangat bertepatan memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. Malahan Malaysia juga antara negara yang terkehadapan dalam menentang kezaliman yang dilakukan oleh regim zionis Israel.

"Dewan Pemuda Pas Perak turut merakamkan ucapan tahniah atas ketegasan kerajaan dalam isu membabitkan Israel dan keamanan Palestin," katanya.


Sekat atlet Israel: Asri puji KJ, pertikai pendirian DAP

Posted: 27 Dec 2015 01:47 AM PST

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


SHAH ALAM – Sekatan visa ke atas dua atlet Isreal oleh kerajaan daripada menyertai satu acara sukan di Langkawi hari ini mendapat pujian pelbagai pihak termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, sekatan itu wajar dikenakan meskipun melibatkan aktiviti sukan kerana ia juga sebahagian daripada aspek kemanusiaan.

"Saya ingin memuji pendirian YB KJ. Sukan tidak boleh berpisah dari kemanusiaan.

"DAP hanya memikirkan hak sukan Israel namun tidak begitu nyata selama ini pendirian mereka terhadap hak kemanusiaan rakyat Palestin," katanya dalam posting terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas gesa DAP tarik balik kenyataan isu visa atlet Israel]

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan sebuah portal telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf), di Langkawi, hari ini.

Selain visa, Malaysia turut mengenakan beberapa sekatan termasuk sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol serta larangan lagu kebangsaan Israel dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.

Sebelum ini, tindakan Khairy dikecam Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin kerana menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Tindakan Zhemin itu bagaimanapun dikecam pelbagai pihak yang mempersoalkan pendirian DAP dalam isu membabitkan Israel.


Barang disita: Keluarga Hamidah tertekan

Posted: 26 Dec 2015 11:16 PM PST

 
Jasa Hamidah mengembalikan Perak kepada BN dipandang sepi pimpinan UMNO


Hamidah-Osman_law_600


PETALING JAYA: Keluarga Datuk Hamidah Osman tertekan selepas barang-barang dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng itu disita oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kerana gagal membayar saman dalam satu kes fitnah.

Adik kepada Hamidah, Hamizura berkata, kedua ibu bapa mereka paling tertekan malah bapanya, Osman Hussien, 83, asyik membelak surat mahkamah seolah-olah tidak percaya perkara itu berlaku.

"Mak dan abah tinggal bersama kakak (Hamidah). Abah kejap-kejap baca surat mahkamah tu. Bila orang datang dia tunjuk surat tu.

"Saya tahu, kakak (Hamidah) pun tertekan tetapi dia buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya kasihankan dia," katanya, lapor Sinar Harian.

Hamizura berkata, jasa dan sumbangan Hamidah selama ini terutamanya dalam mengembalikan Kerajaan Perak kepada Barisan Nasional (BN) seolah-olah dipandang sepi oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Katanya, terdapat beberapa individu dan rakan-rakan terdekat yang masih mengenang jasa dan sumbangan Hamidah ketika mempunyai jawatan suatu ketika dahulu.

"Terharu juga bila ada kawan yang masih ingatkan kakak. Malah dalam satu kumpulan WhatsApps, mereka turut mengambil inisiatif melancarkan tabung khas bagi membantu kakak," katanya.

Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan Hamidah membayar ganti rugi RM150,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kerana memfitnah menerusi satu artikel yang memaparkan Khalid berpakaian ala-paderi.

Hamidah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, pernah menjadi EXCO Kerajaan Perak dan EXCO Penerangan Wanita UMNO dipecat sebagai ahli UMNO kerana melanggar disiplin parti pada bulan lalu.

Beliau didakwa terlibat secara langsung menganjurkan program yang dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Harga goreng pisang, tom yam, sate dijangka naik lagi 2016

Posted: 26 Dec 2015 11:02 PM PST






Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan dan harga makanan dijangka semakin meningkat tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan dan harga makanan dijangka semakin meningkat tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan.

Pertengahan Oktober lalu pula, kadar tol di lebuh raya konsesi di kawasan Lembah Klang naik di antara 10 sen sehingga RM6.

Peniaga kecil yang turut terkena tempias kesan rantaian kenaikan itu berusaha keras mengekang kenaikan tersebut agar ia tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak.

Nik Azura Abu Bakar, 49, yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam pasrah dengan siri kenaikan harga barangan sebelum ini. "Sekarang kami jual pisang goreng 3 ketul dengan harga RM1 berbanding dulu 4 ketul untuk RM1.

"Mereka (pelanggan) faham kenaikan harga barang ini tetapi kamilah yang terpaksa bersusah-payah pusing duit," katanya.

Pada masa sama, beliau mengekalkan harga jualan keropok lekor iaitu 5 potong pada harga RM1 walaupun pembekal makanan itu sudah menaikkan harga.

Namun, menjelang tahun depan beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual cendol yang turut dijual bersama keropok dan pisang goreng.

Peniaga Nik Azura Abu Bakar yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam terkena tempias kesan rantaian kenaikan harga berusaha mengekang kenaikan agar tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Peniaga Nik Azura Abu Bakar yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam terkena tempias kesan rantaian kenaikan harga berusaha mengekang kenaikan agar tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak. – Gambar The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  "Pembekal naikkan juga daripada RM1 sebatang (keropok lekor) kepada RM1.10 untuk kami, tapi kami kekalkan lagi harganya.

"Cumanya, selepas ini, kami hentikan jualan cendol, (sekarang dijual) yang besar RM2.50 (secawan) dan yang kecil RM1.50," katanya yang mengusahakan perniagaan itu bersama suaminya serta 3 anak perempuannya.

Beliau juga merasakan dirinya bernasib baik kerana boleh membeli minyak masak dari Kedai Rakyat 1Malaysia yang kebetulan terletak berhampiran lori tempat beliau berniaga.

"Kita sebagai peniaga terpaksa teruskan juga untuk menyara hidup. Kita pergi belilah di Kedai Rakyat 1Malaysia dekat depan. Perniagaan mesti diteruskan," katanya.

Sentimen sama turut disuarakan peniaga Mohd Farize Jaafar, 58, yang menjual sate.

Farize tidak menolak kemungkinan harga secucuk sate yang baru dinaikkan kepada 80 sen daripada 70 sen selepas Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan lalu, terpaksa dinaikkan lagi jika harga barang mentah melambung menjelang 2016.

"Kita tengok hargalah, kalau dia (barang) naik tinggi kita terpaksa naikkanlah.  Kalau kita mampu macam sekarang, kita kekalkan.

"Sekarang tak banyak sangat untung, dulu boleh tahanlah," kata Farize yang pada asalnya berniaga sate sejak 2008 tetapi kini bekerja mengusahakan perniagaan sate adiknya sejak 2011.

Penjual sate, Mohd Farize Jaafar berkata tidak mustahil harga makanan yang dijualnya meningkat lagi tahun depan kerana peningkatan kos bahan mentah. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Penjual sate, Mohd Farize Jaafar berkata tidak mustahil harga makanan yang dijualnya meningkat lagi tahun depan kerana peningkatan kos bahan mentah. – Gambar The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
  "Daging lembu dulu sekilogram RM15.50 tetapi sekarang sekitar RM22 atau RM23 sekilogram.

"Kacang tanah dulu seguni (dengan berat sekitar 5 kilogram) dalam RM27 atau RM28 tetapi sekarang seguni RM32," katanya yang menjual sate di Bazaria Pantai, Pantai Dalam.

Beliau bagaimanapun berkata pelanggan yang sebahagiannya merupakan pelanggan tetap kebiasaannya akan dimaklumkan terlebih dulu akan sebarang kenaikan harga.

"Mana-mana yang biasa beli dengan kita, kita akan maklumkan dulu. Ada sesetengahnya pula akan tanya dulu berapa harga secucuk sebelum membeli," katanya yang memperoleh barang mentah di sebuah pasar raya besar di Jalan Kuchai Lama.

Seorang peniaga kedai tom yam di Brickfields yang hanya mahu dikenali sebagai Boy pula merungut tentang kenaikan harga barangan mentah seperti ayam, beras, daging, telur serta rempah-ratus di kedainya.
"Sekarang ini, kalau RM500 sehari untuk beli barang mentah belum tentu lagi cukup.

"Kita pula serba salah hendak naikkan harga barang sebab kebanyakannya pelanggan tetap," katanya yang mendapatkan bekalan barang mentahnya di Pasar Borong Selayang.

Seorang pekerja kedai makan 24 jam di Jalan Pantai Murni, Kerinchi, Maimunah Ali, 30, mempunyai pendapat berbeza tentang kenaikan harga barang mentah yang berlaku dan dijangka berterusan pada tahun depan.

Beliau yang menguruskan kedai tersebut bagi pihak majikannya yang menetap di Melaka berkata, kedai tersebut amat jarang menaikkan harga makanannya.

"Kita di sini biasa-biasa saja. Untung sikit-sikit tak mengapa, janji kita masih berniaga," katanya.

Katanya, majikannya juga tidak kisah dengan perkara tersebut selagi kedai itu masih mencatatkan keuntungan.

"Janji dia sudah untung pun sudah mencukupi," katanya.


Beta Tidak Sebelahi Mana-Mana Pemimpin: Sultan Ibrahim

Posted: 26 Dec 2015 10:56 PM PST

Oleh: WONG CHUN WAI & NELSON BENJAMIN
 
 
Sultan Ibrahim bergambar wefie bersama rakyat.
 
 
EKSKLUSIF  JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menjelaskan bahawa baginda adalah di atas politik dan tidak memihak kepada mana-mana ahli politik.

Baginda turut merasakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberikan peluang keana setiap perdana menteri Malaysia juga pernah membuat kesilapan pada masa lalu.

Semasa temubual eksklusif selama sejam bagi penutup tirai tahun ini, Sultan Ibrahim bertitah dengan penuh emosi mengenai pelbagai isu termasuk putera baginda yang baharu sahaja mangkat, Almarhum Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil dan hubungan baginda dengan perdana menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baginda juga bertitah mengenai bahaya vape dan mengapa ia diharamkan dengan serta-merta kerana disifatkan sebagai 'teknologi dadah' yang mengancam masyarakat.

Sultan Ibrahim turut menyentuh isu agama termasuk peruntukan besar bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

The Star: Tuanku, kami ingin mengucapkan takziah di atas kemangkatan Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil baru-baru ini. Bagaimana keluarga ini mengatasi kesedihan tersebut beberapa minggu lepas?

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar: Tahun ini ada pasang dan surutnya untuk beta dan keluarga. Pencapaian tertinggi pada Mac lalu, apabila beta ditabalkan sebagai Sultan kelima di negeri ini dalam sejarah Johor moden. Kali terakhir upacara pertabalan diadakan 55 tahun lalu.

Beta turut mengurniakan gelaran baharu Permaisuri Johor kepada isteri beta, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada majlis pertabalan itu yang merupakan satu lagi detik bersejarah di negeri ini.

Pada Oktober tahun lalu, anak sulung beta, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamatkan zaman bujang apabila berkahwin dengan Che' Puan Khaleeda Bustamam.

Namun, kesemua peristiwa ini berlaku ketika keluarga ini berdepan saat sukar bersama-sama dengan Tunku Jalil berjuang melawan penyakitnya.

Tunku Jalil didiagnosis ketika sedang bercuti bersama kami di United Kingdom pada Ogos tahun lalu.
Beliau adalah pejuang sebenar dan lelaki yang sungguh berani. Walaupun proses rawatan amat menyakitkan baginya, ia juga menyakitkan buat kami.

Kami juga manusia biasa. Beta seorang bapa sama seperti ibu bapa lain di Johor. Hati beta hancur setiap kali melihat anak beta menderita terutamanya apabila mengetahui beliau akan meninggal. Beta terpaksa kuatkan diri sehingga hari terakhirnya.

Namun ketika isteri beta menulis warkah buat putera kami yang dikongsinya bersama rakyat Malaysia, kadang kala perkara yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Tidak kira walaupun ia menyakitkan, seseorang itu perlu menerima hakikat dengan hati terbuka.

(Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember lalu. Beliau disahkan menghidap penyakit kanser hati peringkat empat.)

Beta menyimpan semua pesanan mesej yang dihantar beliau. Ini adalah memori berharga yang amat penting untuk beta dan juga keluarga.

Namun kita perlu menerima nasib dan takdir. Allah mempunyai sebab-sebab-Nya. Beta ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Johor dari semua lapisan masyarakat, kaum dan agama yang memberikan sokongan terhadap putera beta.
Beta benar-benar ingin berterima kasih dengan sepenuh hati beta. Beta amat terharu.

Malah, sehingga hari ini, masih ada yang melawat makam diraja untuk memberi penghormatan terakhir mereka.

Mengenai pengharaman vape

Soalan: Mengenai masalah kesihatan, Tuanku telah mengarahkan pengharaman penjualan produk vape di seluruh negeri ini. Apa yang membuatkan Tuanku begitu tegas?

Jawapan: Beta membuat kajian dan ini bukan adat kita. Begitu juga shisha. Beta terkejut dan berasa jijik apabila terlihat wanita bertudung dan juga kanak-kanak menghembuskan asap vape.

Beta menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman dan perlu campur tangan secepat mungkin. Bagi beta, ini adalah teknologi dadah yang berbahaya. Tidak seperti dadah, ia sukar dikesan.

Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini. Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.

Beta fikir apa yang baik dan beta tegas bahawa semua ini perlu dihentikan pada 1 Januari tahun depan.
Buat masa ini, semua yang menentangnya demi perniagaan mereka. Adakah anda ambil berat tentang kesihatan orang ramai?

Terdapat juga mereka yang menentang termasuk 'seorang pelawak' yang mengheretkan diri ke dalam isu ini untuk memberikan komen mereka.

(Aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah atau Kipidap yang terkenal dengan penampilannya memakai beret merah, menjadi tajuk utama berita kerana membuat lebih 1,000 laporan polis terhadap ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO).

Baru-baru ini beliau menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dengan mengatakan Barisan Nasional bakal kehilangan satu juta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengenakan tindakan terhadap peniaga rokok elektronik atau vape.

Ia adalah semata-mata isu kesihatan dan beberapa ahli politik tidak wajar bercakap mengenai politik dan bangsa, ia adalah luar biasa.

Media termasuk The Star, menyiarkan bagaimana kanak-kanak sekolah rendah membelanjakan wang saku mereka untuk produk vape.

Apa yang beta takutkan sudah terjadi. Polis kini menahan beberapa individu yang menjual cecair vape berperisa ganja.

Lebih membimbangkan sindiket ini beroperasi sejak Ogos lalu dan menjualnya menggunakan Internet dan menghantar produk mereka melalui kurier.

Ini merupakan perniagaan haram. Apa kesannya jika Johor membenarkan penjualan produk itu di pusat membeli-belah, rumah kedai dan pasar malam?

Beta boleh tunjukkan banyak e-mel dan surat yang diterima dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang menyatakan sokongan terhadap negeri ini yang mengharamkan produk tersebut.

Kini beberapa negeri lain turut mengikuti langkah ini dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan vape sebagai haram.

Bagi beta, pendidikan dan kesihatan tidak patut dipolitikkan.

Sultan Ibrahim sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Muar, Johor.

Mengenai kenyataan tegas Tunku Mahkota Johor di laman sosial

Soalan: Tuanku, tahun ini juga merupakan tahun di mana Johor sering menjadi perhatian. Tunku Mahkota Johor membuat kenyataan tegas mengenai isu yang melibatkan kepimpinan dan negara.

Jawapan: Ya, TMJ bercakap di atas keperluan untuk bersikap telus, bertanggungjawab dan dipercayai tetapi tidak pernah ditujukan kepada sesiapa.

Beliau ada pendapatnya. Sesiapa yang termakan cili akan teras pedasnya. Beta tidak berdebat dengan TMJ mengenai kenyataan beliau tetapi beta ada bertanya mengenainya dan sebaik sahaja beliau memberi penjelasan, beta ok dengan kenyataan itu.

Namun beta sentiasa menasihati beliau supaya tidak menyakiti sesiapa. Berdasarkan kejayaannya dalam bola sepak, beta fikir beliau telah mengubah wajah bola sepak di negara ini. Tidak ramai orang berpuas hati dengan kejayaan beliau. Kenyataannya sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat. Beta melihatnya menerusi komen-komen di Facebook.

Mengenai peranan Raja dan pemerintahannya

Soalan: Adakah timbul persepsi di kalangan beberapa ahli politik bahawa Tuanku melampaui kuasa anda?

Jawapan: Beta bukan boneka di Johor. Beta mempunyai hak untuk memanggil menteri besar untuk menegur beliau pada bila-bila masa dan lain-lain dalam kerajaan beta uga. Beta merupakan individu yang melantik kerajaan negeri. Beta sentiasa meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Biar saya ceritakan mengenai pengajaran bersejarah apabila moyang beta, Almarhum Sultan Ibrahim yang memberi wang untuk memulakan Umno dan mesyuarat pertama sebenarnya diadakan di istana di Johor.

Selepas itu, anaknya, Almarhum Sultan Ismail, sebagai pemangku Raja Johor pada masa itu, merasmikan Kongres Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Baru yang membawa kepada penubuhan Umno.

Biar beta ingatkan ahli politik yang tidak tahu mengenai sejarah atau terlalu malas untuk membaca buku sejarah - Umno dilahirkan di kawasan istana Johor.

Umno pada hari ini bermula di kawasan istana yang kami duduki sekarang. Itulah sejarah parti.

Peranan Sultan Ismail turut diiktiraf semasa perarakan besar yang diadakan pada 8 Jun 1946 untuk meraikan kejayaan Britain dalam mendapatkan semula Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.

Itulah bagaimana istana bertanggungjawab dalam detik-detik penting dalam sejarah negara ini.

Peranan Raja-Raja selaku penjaga Islam dan Jakim

Soalan: Boleh Tuanku berbicara mengenai peranan Raja-Raja sebagai penjaga agama Islam, memandangkan beberapa agensi agama persekutuan dilihat menggunakan pengaruh dan kuasa dalam ruang agama hangat diperkatakan baru-baru ini?

Jawapan: Kami adalah ketua agama di negeri masing-masing. Jakim boleh memberikan nasihat atau mencadangkan garis panduan tetapi segalanya bergantung kepada kami (Sultan) sama ada kami mahu menerimanya.

Beta melantik sebuah panel di dalam Majlis Agama Islam Johor. Mereka datang dengan fatwa untuk beta luluskan. Fatwa tidak boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan beta. Kadang kala beta mempertikaikan fatwa dan beta mahu mereka menerangkannya, tetapi Jakim tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri ini.

Soalan: Adakah anda tahu bahawa sekolah Islam bermula di Johor sebelum diperkenalkan di negeri lain?

Jawapan: Kami tidak pernah mempunyai sekolah pondok tetapi sebaliknya mewujudkan sekolah agama. Negeri lain juga sebenarnya menggunakan sukatan pelajaran kami.

Jakim melapor kepada Majlis Raja-Raja dan mereka kebiasaannya menasihati Kerajaan Persekutuan.

Beta ingin tahu sekiranya benar, mengapa mereka memerlukan peruntukan sebanyak RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri? Semasa persidangan Majlis Raja-Raja Beta yang seterusnya, beta mahu mereka menunjukkan pecahan dalam perbelanjaan. Beta mahu tahu jika mereka membiayai sekolah agama di sini.

Mengenai Istana Johor, Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri

Soalan: Tuanku, maafkan kami kerana bertanya soalan sensitif memandangkan Johor kini merupakan lubuk panas politik. Kenyataan Istana Johor, sama ada rasmi atau bersahaja dikeluarkan di media sosial memberikan gambaran bahawa Tuanku mengkritik perdana menteri atau tidak memihak beliau.

Jawapan: Tidak, saya tidak memihak kepada sesiapa. Beta tidak pernah berkata beta tidak memihak kepada perdana menteri. Beliau adalah perdana menteri sama ada anda suka atau tidak.

Beta harus katakan setiap perdana menteri pernah melakukan kesilapan. Bagi beta, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bekas menteri besar dan bekas timbalan perdana menteri. Beliau datang ke sini menerusi temujanji. Beta membenarkannya tetapi beta cuba mengelak bercakap mengenai politik. Beliau datang berjumpa beta sebanyak dua kali.

Beliau meluahkan rasa tidak puas hati. Beta mendengar dan menyimpannya di dalam hati. Beta juga bertemu dengan perdana menteri dan mengelak bercakap dengannya mengenai politik. Biarkan ahli politik mengendalikan hal politik. Beta di atas politik. Jika beliau memerlukan nasihat, beta di sini sebagai kawan.

Isu sama ada anda dari Johor tidak timbul.

Ya, beta lantang bersuara. Beta bercakap mengenai apa yang beta rasa dan beta gembira mesej itu disampaikan.

Istana menerima kehadiran ramai pemimpin tetapi ia tidak bermaksud selepas lawatan ini, kami menyokong kepimpinan mereka.

Mereka adalah ahli politik tetapi jangan menyalahgunakan atau menjejaskan nama baik Istana. Beta amat bangga menjadi anak Johor tetapi itu tidak bermakna beta secara membuta tuli menyokong sesiapa sahaja dari Johor.

Perdana Menteri berasal dari Pahang tetapi beliau juga kerap memaklumkan saya mengenai isu yang memberi kesan kepada pembangunan di negeri ini.

Terdapat lawatan rasmi beliau yang dilaporkan oleh media tetapi kami juga mengadakan mesyuarat secara tenang dan tidak formal.

Beliau amat mengambil berat mengenai isu yang memberi kesan kepada Johor kerana kedudukan kami dekat dengan Singapura yang merupakan rakan strategik Johor.

Kami percaya Johor dan Malaysia akan mendapat manfaat daripada pembangunan yang sedang dilakukan dan apabila kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dibina, manfaat akan menjadi lebih besar.

Beta tidak mahu membangkitkan perkara yang lalu atau mengkritik mana-mana ahli politik yang sedang aktif atau bersara, tetapi perdana menteri memahami dan menghargai keperluan untuk bekerjasama dan tidak mengulangi masa lalu.

Beta dapati sukar untuk memahami rasional atau tidak rasional mana-mana pemimpin Malaysia yang mahu melihat negara bertengkar dengan Singapura. Ia adalah apa yang saya panggil sebagai pemikiran sempit.

Terdapat banyak perkara yang beta pelajari dari Singapura. Mereka melakukan dengan baik, marilah kita bersikap jujur di sini. Kita tidak perlu mengadakan lawatan sambil belajar yang mahal ke Eropah atau Amerika Syarikat, hanya pergi menyeberangi Tambak Johor ke Singapura, mereka lakukan banyak perkara yang betul dan efisyen.

Beta tahu perdana menteri menerima pelbagai kritikan tetapi beta katakan beri beliau peluang.

Tahun ini akan menutup tirainya, kita mesti bergerak ke hadapan. Ia merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang termasuk diri beta. Terdapat pelbagai isu yang masih perlu ditangani, yang perlu menyakinkan rakyat yang memerlukan jawapan, tetapi beta mesti katakan bahawa mereka juga perlu penutupnya.

Setiap diri kita melakukan kesilapan tetapi kita perlu bersedia belajar daripada mereka, membetulkan kesilapan dan melakukan perkara yang betul. Membetulkan apa yang salah.

Langkawi, Kota Kuala Muda Berisiko Dilanda Tsunami

Posted: 26 Dec 2015 10:47 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
ALOR SETAR: Walaupun sudah lebih sedekad tragedi Tsunami 2004 melanda, namun Kedah terutamanya Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda masih berisiko untuk dilanda tsunami, kata Pengarah Meteorologi Kedah Rosli Zakaria@Che Kob.

Beliau berkata, ia disebabkan kedudukan geografi kawasan berkenaan yang berdekatan dengan kawasan sebelah Barat Sumatera yang merupakan kawasan aktif berlakunya gempa bumi.

Langkawi katanya, berisiko tinggi terkena tsunami terlebih dahulu, memandangkan tsunami pada 2004 menyaksikan jarak antara pusat gempa dengan Pantai Chenang lebih dekat.

"Mengikut jarak rentas (lurus) antara pusat gempa dengan Langkawi, kita anggarkan 550 kilometer, tapi kalau jarak sebenar ombak tsunami boleh bergerak ialah hampir 1,000 kilometer," katanya.
advertisement
Malah beliau berkata kesan tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi-Barat Laut Sumatera, pada 26 Dis 2004 menyaksikan Pantai Chenang di Langkawi mencatatkan ketinggian ombak 3.7 meter, dan masa ketibaan tiga jam 15 minit dan Kuala Muda pula mencatat ketinggian ombak 3.9 meter dengan masa ketibaan empat jam 32 minit.

Tsunami yang membadai beberapa negara pada 2004 turut menyebabkan Kedah terkena tempias tsunami, dengan 10 kematian di Kota Kuala Muda dan satu di Langkawi.

"Risiko tsunami sentiasa ada sebab kawasan di Utara dan sebelah Barat Sumatera memang kita panggil kawasan aktif disebabkan oleh pertembungan dua plat tektonik yang menyebabkan gempa bumi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata, untuk tempias tsunami sampai ke negeri ini, gempa bumi yang berlaku perlulah melebihi magnitud 8.0 pada Skala Richter di kawasan Sumatera terlibat.   Kata beliau buat masa ini terdapat lapan stesen seismologi di negeri ini yang berupaya mengesan kejadian gempa bumi dan lapan siren tsunami yang berfungsi untuk memberikan amaran awal sekiranya ada kemungkinan tsunami akan berlaku.

Lima daripada siren itu katanya, berada di Langkawi iaitu Pantai Cenang, Padang Mat Sirat, Telaga Harbour, Kuala Teriang dan Pantai Pasir Hitam manakala tiga di tanah besar iaitu Kota Kuala Muda, Tanjung Dawai dan Kuala Kedah.

Rosli turut berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat lain khusus dalam memastikan kesiapsiagaan sekiranya berlaku apa-apa juga bencana.

Menanti ‘kegelapan’ 2016

Posted: 26 Dec 2015 10:43 PM PST



Oleh Amin Iskandar


Tinggal beberapa hari lagi 2015 akan berakhir. Terlalu banyak peristiwa besar berlaku dalam tahun ini yang tidak mungkin kita akan lupakan.Tambahan pula kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan kita.

Kedatangan tahun baru turut membawa "harapan" baharu kepada kita. Kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik berlaku pada 2016, terutamanya kepada kehidupan kita.

Tetapi yang nyatanya, kedatangan tahun baru tidaklah begitu menggembirakan memandangkan kos kehidupan pada hari ini meningkat dengan mendadak akibat pengurangan subsidi bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan berlaku secara serentak.

Jika tidak percaya, pergilah pasar dengan membawa RM100. Lihatlah apa yang dapat anda bawa pulang dengan jumlah wang sebanyak itu. Kemudian, bandingkan apa yang boleh dibeli dengan jumlah sama 3 bulan lalu.

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak bersekolah tidak kurang hebatnya. Apatah lagi jika mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.

Hari ini semua harga barangan keperluan sekolah meningkat. Harga baju sekolah, beg sekolah dan buku semuanya meningkat.

Bagi yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur lebih malang lagi.

Harga pengangkutan awam turut meningkat. Untuk memandu kenderaan sendiri harga petrol tidak menentu, harga tol juga semakin mahal.

Belum dikira harga untuk parkir kenderaan. Selain mahal, di Kuala Lumpur ini, selalunya sekalipun anda mempunyai wang untuk membayar sewa parkir, belum tentu ruang mencukupi!

Jika kenderaan diletakkan di tempat yang salah, sekelip mata saja saman polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sampai.

Jika nasib anda malang, kenderaan anda akan ditarik penguatkuasa tempatan. Jadi apa pilihan yang kita ada?

Hidup makin perit

Mahu menggunakan basikal jalan raya kita tidak begitu "mesra" penunggang basikal. Nak berjalan kaki cuaca kita tidaklah dingin seperti di negara 4 musim.

Kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semakin terasa. Apa saja perbelanjaan kita pada hari ini semuanya GST, GST, GST, walaupun sebelum Putrajaya melaksanakan cukai baharu itu pada April, bapak menteri berjanji banyak harga barang dan keperluan akan turun.

Kita dikejutkan baru-baru ini dengan laporan media tentang 16 sekeluarga yang terpaksa tidur bergilir di sebuah rumah flat satu bilik di tengah bandar Kuala Lumpur.

Dengan berbekalkan pendapatan hasil perniagaan tanpa lesen di Dataran Merdeka, keluarga Melayu-Islam ini meneruskan kehidupan di kota yang penuh pancaroba ini.

Pada hari sama media melaporkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengakui mempunyai "simulator golf" seperti didedahkan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) tidak berapa lama dulu walaupun menafikan membelinya menggunakan hasil sumbangan orang ramai.

Tetapi tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mempunyai "harapan" 2016 memberikan kehidupan yang lebih baik sudah memadai.

Memandangkan "harapan" yang menyebabkan kita meneruskan kehidupan sehingga hari ini walau bagaimana susah sekalipun.

Tanpa "harapan", kita mungkin sudah terjun bangunan atau meminum racun untuk membunuh diri.
Bukan mahu menjadi pesimis tetapi inilah realiti kehidupan yang perlu kita hadapi.

Selamat datang 2016. Walaupun 2016 datang dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, sekurang-kurangnya ia turut memberikan "harapan".

Dan kerana "harapan" itu jugalah kita terus hidup dan menanti kedatangan 2016

Apa yang dipertaruhkan dalam kerjasama Umno-PAS

Posted: 26 Dec 2015 10:41 PM PST




Oleh MyIlham 


Kerjasama Umno-PAS boleh membawa keuntungan kepada kedua-dua parti Melayu Islam itu ketika masing-masing memerlukan talian hayat berikutan krisis dalaman terbesar yang berlaku.

Biarpun kerjasama yang dijalinkan pada tahap minimum – mengadakan program bersama – namun ia mampu memulihkan kembali imej kedua-dua presiden parti itu yang kian tercalar.

Penganalisis dan pemerhati menggariskan 3 senario bagaimana kerjasama ini boleh berlaku dan apa yang yang bakal diperoleh kedua-dua pihak menerusi inisiatif ini, yang pertama selepas lebih 3 dekad.

Jika mereka berjaya menjalinkan kerjasama di peringkat tertinggi tetapi paling berisiko – dengan membentuk pakatan pilihan raya – ia boleh menjadi talian hayat diperlukan Umno bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

1. Berkongsi pentas 

Peringkat yang paling asas dan abstrak ialah bagi pemimpin kanan kedua-dua parti mengadakan program bersama seperti perjumpaan alumni Universiti Al-Azhar pada 17 Disember lalu, yang dihadiri Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya daripada PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kali terakhir sesuatu seperti itu berlaku adalah pada 2005 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi bertemu bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa lawatan kerja di Kelantan.

Pada 2002, presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkongsi pentas dengan bekas presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada satu ceramah umum mengenai isu Palestin.

Tetapi pada kedua-dua majlis itu, presiden Umno tidak pernah mengetengahkan isu mengenai perpaduan Umno-PAS.

Kerjasama di peringkat asas ini membuahkan semangat muhibah di kalangan ramai ahli PAS dan Umno serta pengundi Melayu Islam yang tidak memihak mana-mana parti, kata pengumpul suara bebas Ibrahim Suffian.

"Ia alasan yang sangat popular di kalangan orang Melayu Islam untuk menyatukan 2 parti Melayu Islam yang berseteru tersebut," katanya yang merupakan pengarah eksekutif Merdeka Center itu.

Keupayaan Najib mengukuhkan hubungan Umno-PAS akan melenyapkan beberapa kritikan terhadap beliau dari dalam Umno, kata Ibrahim, sekali gus meningkatkan populariti beliau buat sementara waktu di kalangan sesetengah orang Melayu Islam.

Perkara yang sama juga berlaku kepada Hadi di mana kepimpinan PAS dikritik selepas penghijrahan ahli Parlimen dan individu terkenal mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

"PAS sedang keluar daripada krisis selepas kehilangan ahli dan pemimpin paling terkenal dan berkebolehan," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, pemikir Pusat Ilham.

2. Sokongan Parlimen 

Senario ini sudah berlaku di dalam Dewan Rakyat di mana sebahagian daripada 14 ahli Parlimen PAS sudah pun menunjukkan mereka boleh mengambil sikap yang tidak membangkitkan kemarahan BN.

Ketika undian Bajet 2016 diadakan, hanya 3 ahli Parlimen PAS menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dalam menentangnya. Manakala, 11 yang lain mengikut arahan parti dan berkecuali.

Apabila memilih untuk berkecuali daripada menyokong undi sebegitu, kata seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan, ia sama seperti menyokong BN kerana PAS tidak menyertai usaha menyekat rang undang-undang perbekalan itu.

Tetapi, pada tahap ini, kerjasama yang lebih mendalam dan penting dapat dipupuk.

Ulama berpengaruh dalam PAS sudah mula mengeluarkan pandangan yang mewajarkan kerjasama Umno-PAS, kata Hisomuddin.

Pemimpin Pakatan Harapan juga bimbang PAS akan menyokong mana-mana rang undang-undang kritikal yang dibentangkan BN pada masa depan.

Seorang pemerhati politik pembangkang, Haron Mohd Yusof dalam komentarnya di The Malaysian Insider mengatakan, ini termasuklah boleh memberikan BN majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mengubah persempadanan kawasan pilihan raya di seluruh negara.

Pengkritik persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum ini mendakwa kawasan Parlimen dan negeri dibentuk sesuai dengan kekuatan BN.

Terdahulu dalam tahun ini, ahli Parlimen Pakatan Harapan Sarawak membawa Suruhanjaya Pilihan Raya ke mahkamah susulan persempadanan semula yang dibuat agensi kerajaan itu.

"Sejarah juga membuktikan BN akan menang besar setiap kali selepas persempadanan semula. Dan jika 15 ahli Parlimen PAS bersama BN, maka BN akan mendapat dua pertiga tersebut dan menang (untuk meluluskan persempadanan semula)," kata Haron.

3. Pakatan pilihan raya 

Pakatan pilihan raya, di mana PAS dan Umno akan membahagikan kerusi yang akan ditandingi mereka supaya kedua-duanya boleh memaksimumkan kemenangan, adalah bentuk kerjasama terakhir, kata Hisomuddin.

Beliau percaya, kerjasama sebegitulah yang sebenarnya dimahukan kedua-dua parti itu tetapi tidak mengakuinya kerana ia juga paling berisiko.

"Sebaik sahaja sebuah pakatan pilihan raya dibentuk, maka ribuan ahli PAS akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah," kata Hisomuddin yang banyak mengkaji parti Islam itu.

Ini berdasarkan kepada teori "harumanis", di mana terdapat sejumlah besar ahli PAS yang bersetuju dengan Amanah tetapi atas sebab-sebab sentimen, tidak sanggup meninggalkan PAS.

Pakatan sebegini mungkin ditubuhkan, kata Hisomuddin kerana ia diperlukan Najib untuk BN terus berkuasa.

Pada PRU14, hampir tiada undi bukan Islam akan diberikan kepada BN, katanya.

Sokongan Umno di Johor dan Sabah, yang membentuk bank undi terbesar parti itu, juga terancam akibat persengketaan Najib dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.

"Beliau (Najib) kehilangan semua undi itu, jadi beliau perlu menampungnya dari tempat lain. Di sinilah PAS muncul."

PAS kini memiliki 14 kerusi Parlimen. Ia bertanding di 73 kerusi Parlimen pada 2013, 90% daripadanya menentang calon Umno.

Begitu juga, PAS melihat ahli akar umbi di negeri-negeri selatan dan pantai barat meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah atau menjadi tidak aktif kini kerana kecewa dengan kepimpinan konservatif.

"(Sebuah pakatan pilihan raya) mungkin merupakan matlamat terakhirnya walaupun ramai penyokong PAS yang tidak menyedarinya," kata Hisomuddin.

Bekas pengacara TV Aziz Desa meninggal dunia

Posted: 26 Dec 2015 10:30 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Bekas wartawan dan pengacara TV Aziz Desa meninggal dunia pagi ini di Langkawi akibat masalah buah pinggang dan kencing manis. – Gambar Facebook. 
 
 
 
 
 
Bekas wartawan dan pengacara TV Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada 10.50 pagi ini di Langkawi akibat masalah buah pinggang dan kencing manis, menurut adiknya.
 
Aziz, atau nama sebenarnya Abdul Azid, pada Januari tahun ini dilaporkan terlantar akibat masalah buah pinggang yang kronik, selain kencing manis, dan pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali.

Aziz dilaporkan mengakui, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses haemodialisis. – Bernama



Sultan Johor minta Jakim jelaskan bajet RM1 bilion

Posted: 26 Dec 2015 10:24 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang. – Gambar fail Facebook, 27 Disember, 2015.Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang. – Gambar fail Facebook. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun.

Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.

"Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

"Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka. "Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini," pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.

The Malaysian Insider melaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan "kumpulan ajaran sesat" menyesatkan umat Islam di negara ini.

Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.

Tetapi, pengkritik menuduh Jakim bertentangan dengan Perlembagaan dan menceroboh kuasa Raja-raja, yang merupakan ketua agama bagi negeri masing-masing.

Sultan Ibrahim mengesahkan kedudukan Raja-raja dan berkata kuasa Jakim terhad kepada menasihati atau mencadangkan garis panduan kepada mereka.

Baginda berkata, terpulang kepada Sultan untuk menerima nasihat Jakim atau tidak, sambil menambah jabatan agama peringkat persekutuan itu tidak berhak campur tangan dalam negeri itu.

'Beri Najib peluang'
 
Sultan Ibrahim juga memberitahu The Star baginda percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang dan semua orang mesti "bergerak ke depan".

Katanya, semua perdana menteri melakukan kesilapan, dan Najib "adalah perdana menteri sama ada anda suka atau tidak".

"Beta tahu perdana menteri menerima pelbagai kritikan tetapi beta katakan beri beliau peluang.

"Tahun ini akan menutup tirainya, kita mesti bergerak ke depan. Ia merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang termasuk diri beta.

"Terdapat pelbagai isu masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat yang memerlukan jawapan, tetapi beta mesti katakan mereka juga perlu penutupnya.

"Setiap daripada kita melakukan kesilapan tetapi kita perlu bersedia belajar daripada mereka, membetulkan kesilapan dan melakukan perkara yang betul. Membetulkan apa yang salah," titahnya.
 
 

Faedah Pinjaman Perumahan Penjawat Awam 4 Peratus? LPPSA VS BPP? Kesan Kepada Kakitangan Kerajaan?

Posted: 26 Dec 2015 04:40 PM PST

BERITA SEMASA


pinjaman perumahan


Gegak gempita sebentar apabila dikatakan kerajaan Malaysia telah membuat perubahan terhadap Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia BPP.

Yang mana BPP ini telah diperbadankan dan diberikan nama baru iaitu Lembaga Pembiayaan perumahan Sektor Awam LPPSA. Ini sekaligus meletakkan LPPSA sebuah lagi badan berkanun di Malaysia.
Bersama-sama itu telah ada satu akta baru iaitu Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 telah diwujudkan yang mana
  • telah digubal dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 April 2015
  • Dewan Negara pada 22 April 2015
Macam-macam khabar angin dan cerita keluar selepas itu yang pasyinya merisaukan kalangan kakitangan kerajaan yang belum memiliki rumah sendiri mellaui kemudahan pinjaman perumahan penjawat awam.
  1. Ada yang mengatakan LPPSA adalah anak syarikat CIMB
  2. Kadar faedah yang ditetapkan oleh CIMB sekitar 5.5 peratus untuk 1-3
  3. Tahun yang pertama, manakala tahun ke 6 boleh sampai kadar faedahnya mencecah 6 peratus
  4. Rumah di bawah RM300,000 tidak dibenarkan menghantarkan permohonan
  5. housing loan atau pinjaman perumahan kepada LPPSA
  6. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan
Nasihat Berita Semasa, jangan percaya khbara angin seperti di atas ini. Dapatkan kepastian atau tunggu sahaja pekeliling yang sebenar melibatkan intipati dan butiran pinjaman perumahan LPPSA ini.

Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan : Penjelasan MOF?

Berdasarkan semakan Berita Semasa dengan pegawai pihak Kementerian Kewangan Malaysia MOF :
  1. Tiada sebarang dasar baru mahupun perubahan terma melibatkan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan ini
  2. Kemudahan dan kelebihan penjawat awam seperti kadar fedah pinjaman perumahan kerajaan 4 peratus, jumlah kelayakan dan lain-lain lagi masih lagi kekal. Usah risau!
  3. Tidak boleh sama sekali badan berkunan duduk di bawah swasta seperti mana dakwaan LPPSA adalah anak syarikat CIMB. Tuduhan yang sama sekali tidak berasas.
  4. Bermula 1 Januari 2016 ini, pinjaman perumahan Kerajaan melibatkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Persekutuan akan diserahkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA
Usah buat kenyataan yang mengelirukan. Walauapapun, nantikan sahaja pekeliling skim pinjaman perumahan di bawah LPPSA ini kelak. Cuepacs pastinya akan bangkit lebih awal, jikalau ada yang tidak kena dengan LPPSA ini.

P/S : Berita Semasa boleh katakan, proses kerja badan berkanun ini, lebih teratur dan pantas.

PP/S : Gambar butiran pekeliling skim pinjaman perumahan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA boleh anda semak dengan klik gambar-gambar di bawah ini….






Polis tahan pemandu bas ekspres terbabit nahas akibatkan 4 maut

Posted: 26 Dec 2015 04:36 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JELI: Polis menahan pemandu bas ekspres yang terbabit dengan kemalangan sehingga mengakibatkan empat terbunuh di Lebuhraya Timur-Barat di sini, awal pagi Jumaat.
 
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, pemandu berusia 26 tahun itu ditahan selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Dalam insiden pada pukul 1.30 pagi jumaat itu, bas ekspres dari Butterworth, Pulau Pinang ke Kuala Terengganu bergesel dengan sebuah treler di Km124, Lebuhraya Timur-Barat di Batu 14 di sini.
 
Penumpang yang maut dikenal pasti sebagai Hasiah Osman, 57, dan anaknya, Muhammad Amir Abdul Rahim, 16, berasal dari Kampung Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 
Dua lagi dikenal pasti sebagai Nor Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, dari Kampung Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu dan Mohd Syafiq Azrul Azmi, 25, dari Losong, Terengganu.
 
Seorang lagi penumpang bas cedera parah dan sedang dirawat di hospital besar di sini.
 
Mohd Yusoff berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu bas hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler.
 
 

Belum ada kerjasama rasmi UMNO-Pas

Posted: 26 Dec 2015 04:33 PM PST

Zahid Hamidi menafikan membuat kenyataan Majlis Syura Pas telah membuat keputusan supaya semua ahli Pas akur dengan kerjasama UMNO-Pas


Zahid


PETALING JAYA: Belum ada sebarang kerjasama formal antara UMNO dan Pas termasuk sebarang surat rasmi daripada UMNO berhubung kerjasama dengan parti Islam itu.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau membuat penjelasan itu bagi menafikan kenyataan oleh Ketua Majlis Syura Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 26 Disember.

Akhbar itu melaporkan Mahfodz berkata, Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Pas telah membuat keputusan supaya semua ahli Pas akur dengan kerjasama UMNO-Pas.

Zahid berkata, ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai, namun terlalu awal untuk mengatakan bahawa kerjasama itu dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.

"Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin UMNO dan Pas walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak dari Pas.

"Dalam temubual saya dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 20 Disember lalu, pun secara jelas, saya menyatakan bahawa parti Pas mempunyai sistem syura yang kuat, maka suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya," jelasnya.

Beliau berkata, sebarang kekhilafan dalam laporan berita Sinar Harian bertarikh 26 Disember 2015 (Sabtu) ditafsirkan semula secara berhemah dalam memperbetulkan persepsi mengenai kerjasama UMNO-Pas.

Katanya, walaupun UMNO bersikap terbuka namun penerimaan parti komponen lain perlu diambil kira.

"UMNO mengamalkan sikap terbuka. Pun begitu, UMNO juga perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN). Seharusnya UMNO menilai unsur kerjasama ini di sudut penerimaan parti-parti komponen BN.

"Secara prinsipnya, marilah kita berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah Al-I'Imran ayat 103 yang jelas membawa maksud supaya kita berpegang kepada tali Allah supaya tidak berpecah-belah," katanya dalam kenyataan media

“Kami silap kerana terlalu bersangka baik”

Posted: 26 Dec 2015 04:28 PM PST

 
Pemuda Amanah Perak tampil menjawab tuduhan menipu apabila mewar-warkan penyertaan seorang ahli Pas ke dalam parti itu


Nasharuddin-Mat-Isa_amanah_600


PETALING JAYA: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak tampil membuat penjelasan berhubung tuduhan parti itu menipu apabila memuatnaik gambar-gambar seorang ahli Pas telah menyertai parti itu.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Rashidi Nasharuddin menjelaskan, pihaknya dilempar dengan tuduhan tidak wajar apabila penafian pemuda bernama Zack itu menyertai Amanah menjadi viral di media sosial,

"Kami mengharap fitnah ini dapat dihentikan kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada ummah secara keseluruhan. Kami mendoakan kebaikan baik untuk saudara Zack, Ustaz Idris Ahmad yang menjadikan posting Zack ini viral dan juga kepada parti Amanah yang kami cintai," tulisnya di Facebook.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Rashidi menjelaskan, Zack atau Mohd Zakaria datang ke Pejabat Amanah kawasan Bukit Gantang dan pihaknya 'bermanis mulut' menawarkannya menyertai Amanah.

"Dia bersetuju untuk menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada ADUN Changkat Jering, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya

"Tidak lama kemudian, kami menerima satu "screenshort" tentang penafian dia menyertai Amanah. Dalam posting itu, dia menyangkal dengan nama Allah bahawa dia menyertai Amanah. Dia mengatakan ia hanyalah borang kosong.

"Kami tidak menafikan bahawa memang benar borang di dalam gambar itu masih kosong kerana ia hanyalah gimik penyerahan semata-mata kerana kami dengan penuh sangka baik percaya soal pengisian maklumat borang akan diselesaikan selepas selesai program.

"Dengan penuh berlapang dada, kami sangat menghormati jika dia ingin 'u-turn' kembali kepada Pas kerana menganggapnya perbuatan itu salah atau terburu-buru namun tindakan dia menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar," jelas Mohd Rashidi.

Katanya, pihaknya silap kerana terlalu bersangka baik kepada pemuda itu dan kini mereka dianggap penipu dan menyebar perkara palsu.

Tiada ulasan: