Ahad, 27 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar

Posted: 27 Dec 2015 08:00 AM PST

Banyak yang boleh diperkatakan tentang kerjasama Umno-PAS yang sedang heboh didebatkan ramai.

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, adakah Umno sudah benar berubah mnjadi baik sebagaimana yang pernah Hj Hadi dakwakan sebelum ini?

Semua orang tahu, bahawa parti Umno itu membawa dasar sekular. Bukankah Hj Hadi benci sangat dengan mereka yang sekular hingga sanggup arahkan wala'un PAS supaya menyingkirkan anggota parti yang di label sebagai sekular. Tapi bagaimana pula kini dia mahu jadi penasihat dan penyelamat kepada Umno yang sekular?

Berikut sama-sama kita ikuti kecelaruan pemikiran Hj Hadi menurut pandangan Dr Dzulkifli Ahmad :

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip 'tadafuk' atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini.

 Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.

 "Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.

 "Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat," katanya kepada Sinar Harian semalam.

 Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

 Dengan memetik surah al-Asr, Abdul Hadi berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

 Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun berkata, tindakan Abdul Hadi membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.

 "Penasihat itu boleh dilakukan oleh mufti, NGO, tabligh, Abim, Ikram, JIM atau sesiapa pun. Lagi pun dia bukan ada kepakaran bidang tertentu seperti ekonomi. Kalau Syariah pun, lebih ramai tokoh besar yang mempunyai PhD, dan bukan dia (Abdul Hadi)," ujarnya.

 Beliau berkata lagi jika kerjasama itu diteruskan, Abdul Hadi bakal berdepan dengan gelombang kedua pemberontakan dalam Pas selepas penyingkiran golongan profesional pada Muktamar Pas yang lalu.

 "Nasihat saya kepada Tok Guru supaya cermat, jangan keterlanjuran, kerana ia akan mencetuskan satu gelombang kedua kekecewaan khususnya pemimpin-pemimpin akar umbi yang sekian lama mengenali Umno dengan segala kezaliman dan kebobrokan," tegasnya. sumber

Allah masih menyayanginya....masih muda untuk meneruskan kehidupan baru

Posted: 27 Dec 2015 06:00 AM PST

Mohd Firdaus Ramlan bersama buku bertajuk
 Tersugung Dek Rasuah hasil pengalamannya 
ditirai besi sebagai pesalah rasuah.
Sama-samalah kita jadikan pengalamananya sebagai ibrah bersama. 

Kesalahan rasuahnya bukan sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan 2.6 bilion bintang-bintang dilangit Malaysia...

Allah memberikan kesempatan kepadanya untuk bertaubat dan memulakan kehidupan yang Allah redhai. Sama-sama doakan dia berjaya.

Tuhan punya kuasa, Mohd. Firdaus Ramlan, 34, ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober 2009 di kediamannya dan ketika itu beliau adalah seorang magistret. 

Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga tahun dan denda RM25,000 bagi tuduhan kedua dan dia membuat rayuan. 

Pada tahun 2012, Mohd. Firdaus kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda berjumlah RM40,000 atas dua kesalahan rasuah selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya. 

Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Abdul Wahab Patail dan Mah Weng Kwai. 

"Saya ditahan atas dua kesalahan meminta dan menerima rasuah. Kedua-duannya melibatkan RM5,000 dan RM3,000..nilainya kecil tetapi bahananya besar," ujarnya. 

Sebelum ditahan, katanya, Allah sudah memberi peringatan namun dia alpa. 

"Tuhan hendak zahirkan ketika itu, keempat-empat tayar kereta yang dibeli dengan duit panadol (terminologinya bagi rasuah dan kononnya untuk menghalalkan cara) dan telefon bimbit hilang. 

Hubungan suami isteri selalu bergaduh, kita sendiri cari masalah hendak bergaduh," ujarnya. 

Semasa ditahan, keadaannya semakin teruk kerana merasakan dirinya terlalu hina menyebabkan kaum keluarganya trauma. 

"Kalau buka hijab mata manusia tengok kahak atas kepala ini.. kahak hijau, kuning pekat dan cair semua ada..orang hina kita," katanya bagi menggambarkan betapa jijiknya pandangan masyarakat kepadanya. 

Malah kes itu menyebabkan bukan sahaja dirinya dan keluarga terpalit sama namun tempatnya bekerja dan universitinya belajar juga dikutuk orang kerana mendakwa ia juga punca melahirkan pesalah rasuah. 

"Selepas ditangkap dan didakwa ke mahkamah ada satu tahap saya bangun jual nasi lemak demi mencari sesuap nasi..orang tidak peduli dan tanya ada duit hendak beli lampin dan susu anak pun," katanya. 

Malah rakan yang dahulu baik pun mula menjauhkan diri. Selepas itu, satu demi satu dugaan menimpa Mohd. Firdaus apabila dua minggu sebelum keputusan kes rasuahnya, ibu dan adiknya terbunuh dalam satu kemalangan. 

"Semasa berdiri dalam liang lahad angkat jenazah ibu dan adik saya..saya cukup sedih kerana tidak sempat betul-betul minta maaf kepada ibu saya..saya bimbang dia 'termakan' sekali duit rasuah," katanya. 

Walaupun ketika cuba mengasingkan wang rasuah dengan wang hasil titik peluh sendiri untuk diberinya kepada ibunya namun siapa tahu kemungkinan ia bercampur dengan wang haram. 

Lebih parah, Tuhan sekali lagi membuktikan kuasanya apabila lidah Mohd. Firdaus 'keras' ketika mahu membaca al-Quran sedangkan mengaji merupakan amalannya sebelum itu kerana beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama sebelum itu. 

"Saya baca al Fatihah okay tetapi bila baca ayat awal surah Al Baqarah iaitu Alif Lam Mim lidah saya tidak boleh sebut, jadi keras. Lidah saya jadi kaku, keras. Bayangkanlah betapa hinanya pandangan Tuhan kepada saya..benda semudah A, B, C pun tidak boleh sebut. 

"Berpuluh-puluh air kolah masjid saya minum dan beratus kali sujud (solat taubat) di Masjid Muhammadi (di Kota Bharu). Seminggu selepas itu baru Allah beri semula saya kemampuan membaca al Quran," jelasnya. 

Tidak cukup dengan itu, Tuhan, katanya sekali lagi menunjukkan kuasanya pada harta yang dibeli daripada wang rasuah. 

"Allah hendak tunjuk kepada saya lagi selepas itu. Saya ada 50 pasang kasut dan saya balut dan isi dalam bekas plastik dan yang kata rasuah dicemuh isi bumi apabila anai-anai memakan 48 pasang kasut saya. Hanya tinggal dua pasang kasut yang tinggal dan saya ingat satu pasang saya beli semasa gaji pertama saya dan kasut kedua ialah barang hantaran perkahwinan. Dua sahaja yang 'tidak disentuh' anai-anai," jelasnya. 

Seterusnya beliau mengakui fasa di tirai besi juga menjadi pemangkin kepada dirinya untuk bangkit semula mengubah nasib. 

"Mula-mula masuk penjara memang buntu kerana tengok tembok tetapi saya kena sendiri kena cari ubatnya," katanya yang menganggap penjara merupakan azab dunia kerana penghuninya menjalani kehidupan dalam keadaan tidak selesa. 

"Apabila menyedari ada banduan lain yang dipenjara selama 47 tahun dan tiga tahun kerana kesalahan rasuah membuatkannya bersyukur kerana hanya dipenjara selama dua tahun. Seksa saya lebih ringan berbanding mereka," ujarnya. 

Dalam tirai besi juga Mohd. Firdaus belajar sesuatu iaitu bekas banduan yang keluar dari penjara tidak akan disambut dengan karpet merah tetapi cop banduan akan kekal sebagai stigma. 

Kehidupan di Penjara Kajang juga memberinya idea menulis buku bertajuk Tersugung Dek Rasuah apabila dibebaskan dan mula berjinak-jinak menjadi penceramah anti rasuah kepada masyarakat. 

Sebagai penceramah motivasi bebas mengenai bahaya rasuah kepada masyarakat sejak tahun lepas atas bantuan rakannya daripada SPRM sendiri beliau kini semakin dikenali malah diiktiraf oleh pemimpin kerajaan. 

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim sendiri menganggap pengalaman Mohd. Firdaus wajar dijadikan teladan kerana beliau mengalami sendiri kesan bahaya rasuah dan bukan sekadar bercakap sahaja mengenainya. 

Ditanya bagaimana mahu memastikan masyarakat dapat mengurangkan amalan rasuah yang bukan sahaja merosakkan individu, masyarakat dan peradaban, Mohd. Firdaus berkata; 

"Kalau ada kesedaran agama dan sedar adanya kehidupan selepas mati (akhirat) baru saya rasa rasuah ini dapat dibendung dan dibasmikan sepenuhnya," ujarnya jujur.~ malaysiagazette

Anda boleh ikuti rakamannya di sini

Maaf Tok Guru Hj Hadi, saya Hanifa Maidin bertanya .....

Posted: 27 Dec 2015 02:12 AM PST

Maaf Tok Guru Hj Hadi, saya bertanya - Bahagian 1 

1.Saya merujuk kepada berita di harakahdaily.net bertajuk "Mesti Islam Ketua Kerajaan yang memetik kenyataan Tok Guru Hj Hadi ( TGHH ).

2. Pertamanya, TGHH menyatakan " dalam Malaysia , majoriti rakyat adalah orang melayu Islam, mesti terima hakikat, melayu Islam memimpin negara. sama ada cara Umno atau cara Pas , itu bab lain." Soalan saya pada TGHH

 a. Bukankah realiti di Malaysia, bila nak perintah Malaysia kena ikut Perlembagaan Persekutuan ( PP ). Maka dalam PP tidak disyaratkan yg memimpin negara mesti orang Islam. Yang disyaratkan adalah yang nak memimpin negara ini mestilah mendapat sokongan dan keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat ? Jadi mengapa hanya hadkan realiti tersebut tanpa mengira realiti lain yang juga tak kurang pentingnya?

 b. Kenapakah TGHH , sebagai Presiden Parti Islam, bercakap tentang pemimpin melayu/Islam dan tidak hanya pemimpin Islam ? Bukankah Islam tidak pandang kepada bangsa. Adakah melayu Islam yang korup akan diutamakan daripada cina Islam atau India Islam atau kadazan Islam yang bertaqwa. Kalau ya, minta maaf, saya ada masalah nak terima Islam versi tersebut. Adakah ini asabiyyah baru iaitu assabiyyah Islam ?

 c. Tok Guru kata "Pas mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam". Ok, itu satu permintaan yang wajar dan munasabah. Tapi kenapa diletak syarat pula mesti melayu/Islam..Yang ini , bagi saya, tak wajar dan nampak asing dari ajaran Islam.?

 2.TGHH juga kata "dalam fekah dan sejarah politik, hanya pemerintahan Islam sahaja yang terbukti mampu memberi keadilan kepada semua pihak termasuk pelbagai agama dan bangsa"

 Saya pohon bertanya:

 a. Nampaknya macam ada tak kena dengan kenyataan itu, seolah olah tak melihat keseluruhan sejarah Islam. Bukankah sejarah Islam menyaksikan juga pelbagai ragam pemerintahan..Yang adil seperti pemerintahan Syaidina Umar Abd Aziz'wujud. Yang zalim dan memberi wajah dan imej buruk kepada Islam juga seperti pemerintahan Yazid ibnu al Muawiyyah dan seumpamanya juga wujud. Melainkan TGHH bersikap selektif dalam bercakap tentang sejarah Islam, saya rasa menggunakan elemen sejarah untuk justifikasi pemerintahan Islam ada masalah .

 b. Adakah pemerintahan bukan Islam dengan sendirinya zalim dan tidak adil..Kalau itu pegangan TGHH, mohon bertanya mengapakah Rasulullah s.a.w mengarahkan para sahabat r.a utk berhijrah ke Habsyah ('Ethopia )' di bawah pemerintah seorang raja kristian. Kalau pemerintahan kristian itu tak adil, mengapa Rasulullah s.a.w benarkan para sahabat berhijrah ke sana?

 c. Bukankah Imam Ibnu Al Qayyik.pernah menyatakan "'kerajaan.adil boleh wujud dalam pemerintahan yang tidak laksana syariat Allah dan pemerintahan zalim boleh wujud walaupun dalam pemerintahan yang laksana syariat Allah" atau kata kata seumpamanya. Wallahu 'alam.

 c. Dalam sejarah modern pula, mengapa ramai ahli gerakan Islam yang berhijrah ke negara barat bagi mendapatkan keadilan dan suaka politik padahal.mereka sebelum itu tinggal di negara Islam dan berpemimpinkan orang Islam yang bercakap bahasa Al Quran ?

 3.TGHH juga kata "Jangan selama lamanya beri undi ke Umno, berilah juga kepada Pas menjadi kerajaan sekali, tengok kita memerintah bagaimana?

 Maaf TGHH, saya pohon bertanya:

 a. Benarkah rakyat tidak pernah beri peluang Pas memerintah ? 'Bagaimana di Trengganu, Kelantan dan Kedah..bukankah sudah di beri peluang memerintah Kerajaan Negeri? Di Trengganu dan Kedah , Pas dah diberi peluang memerintah satu term sahaja,kalau pemerintahan Pas "'superb"'sudah tentu rakyat tak akan tolak hanya satu term sahaja? Mungkin di Kelantan Pas dah perintah agak lama, mungkin ada banyak yang Kelantan dah buat , yang baik, namun adakah Pas berani kata Kerajaan Kelantan adalah model terbaik Kerajaan Islam? Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh dibanggakan dari banyak sudut, tapi bagaimanakah Kerajaan Kelantan secara keseluruhan.

 b. Mungkin TGHH merujuk kepada Kerajaan Pusat iaitu beri peluang Pas perintah Kerajaan Pusat dulu dan rakyat akan lihat bagaimana ? Kalau itu hujahnya rakyat akan cakap, beri peluang perintah di negeri pun dah kelam kabut, macam mana kami nak percaya dan beri peluang perintah di pusat ? Wallahu a'lam..saya hanya bertanya..9 Alfaqir illallah ,

 Mohamed Hanipa Maidin
 Pengerusi Kanun
 Parti Amanah Negara

Penasihat yang merapu gaban....

Posted: 26 Dec 2015 09:00 PM PST

PAS mahu berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional kerana ia ingin membantu menyelamatkan negara, bukan kerana mahu merebut jawatan atau kedudukan, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Presiden PAS itu berkata, menasihati pucuk pimpinan parti pemerintah itu merupakan "permulaan" kepada usaha menyelamatkan Malaysia.

 Sekiranya nasihat itu tidak membuahkan hasil, katanya, PAS akan mengambil langkah seterusnya dengan mengambil alih pentadbiran negara.

 "Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat. 

 "Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik. Baca seterusnya di sini.

Komen al-Husseyn:

Hj Hadi mahu selamatkan Malaysia daripada apa atau siapa? Apa yang mengancam keselamatan Malaysia?

Jangan nak merapulah kamu, wahai Hj Hadi! Kamu sebenarnya nak selamatkan  kedudukan PM Najib, bukan negara; sedangkan masalah negara dan punca segala masalah negara kita sebenarnya ialah Najib. 

Jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2.6 bilion yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya.

Apakah Hj Hadi ingat Muhyiddin dan Shafie Apdal yang cuba menasihati Najib itu disingkirkan oleh Najib kerana mereka mahu merampas kuasa? Semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkat?

 Peguam Negara, Gani Patail ditukar serta merta, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador menerima arahan pertukaran ke JPM selepas Pengarah Cawangan Khas, Dato Akhil Bulat ditukarkan... Adakah kerana mereka ini mahukan pangkat ? 

Begitulah nasib mereka yang mahu bertindak terhadap pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik. Harap Hj Hadi jangan cuba mahu membela kalangan yang khianat :



Sama-sama kita renungkan sepotong hadith yang melarang kita menolong pemerintah yang berbohong dan dzalim ~ Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : 

"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim) 

Borang kosong atau hotak dia yang kosong??

Posted: 26 Dec 2015 05:30 PM PST


Mamat ni memang bangang pun.Dia sengaja mahu memalukan AMANAH - bahawa AMANAH adalah pembohong bila mendakwa dia telah menyertai AMANAH. 

Tapi kelakuannya itu kantoi sebab dia yang datang, bersama dengan AMANAH, malah bergambar sama...Kah! Kah! Kah!

Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Perak, Ust Mohd Rashidi, Mamat ni datang sendiri ke Pejabat Amanah Kawasan Bukit Gantang iaitu lokasi mereka berkumpul. Bila ditawarkan menyertai Amanah, mamat ini bersetuju dengan alasan-alasan yang beliau luahkan kepada kami mereka pada masa itu. 

Mamat ini bersetuju menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya.

Dia bersetuju untuk mengisi borang kemudian dan akan berurusan dengan pimpinan Amanah Kawasan Bukit Gantang oleh kerana kekangan masa pada waktu itu disebabkan masing-masing telah diberikan tugas program seterusnya.


Mamat ini turut sama memberikan khidmatnya kepada Amanah membantu memberi barangan bantuan dan menjadi penunjuk arah rumah yang dilawati. 

Mamat ni menceritakan pelbagai perkara termasuklah kekecewangan beliau terhadap PAS hingga membuatkan beliau terdetik untuk menyertai Amanah.

Rashidi menjelaskan, setelah mamat ni pulang dengan alasan ada perkara yang perlu diselesaikan, tidak lama kemudian, kami menerima satu "screenshort" tentang penafian beliau menyertai Amanah. 

Dalam posting itu, beliau menyangkal dengan nama Allah bahawa beliau menyertai Amanah. Beliau mengatakan ia hanyalah borang kosong. Sebenarnya hotak dia yg kosong! Kalau bukan bangang nak kata apa kat mamat nih? ~ sumber

Tiada ulasan: