Jumaat, 11 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin: Berbahaslah dengan jujur, ikhlas

Posted: 11 Dec 2015 06:01 AM PST


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
 
SAYA mendengar dengan teliti ucapan dasar Presiden Umno. Saya menghargai peringatan Presiden Umno bahawa tugas Timbalan Presiden di bawah Perlembagaan Umno ialah membantu Presiden. Tugas Presiden pula ialah menjaga kesempurnaan parti.

Itulah yang telah saya lakukan selama ini. Sebagai Timbalan Presiden saya telah membantu Presiden menerajui jentera Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil menerusi peranan saya sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Saya juga telah membantu Presiden memastikan kelicinan pengurusan dan pentadbiran Umno menerusi peranan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno. Saya juga telah membantu Presiden menangani pelbagai permasalahan parti.

Begitu juga ketika saya menjawat jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi. Amanah membantu Presiden tidak pernah saya abaikan.

Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih oleh ahli, saya juga bertanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli. Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti.

Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberikan nasihat kepada Presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan. Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya juga tidak dibenarkan berucap secara lazimnya dalam perhimpunan ini dan sudah tentu pandangan saya ini tidak dapat disampaikan kepada para perwakilan secara terus. Pentas dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata.

Dalam Islam kita dituntut supaya patuh dan taat  kepada pemimpin. Hal ini disebut oleh Presiden dalam ucapan dasarnya pagi tadi. Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah ALLAH, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar.

Saya berharap agar perbahasan yang berlangsung sepanjang Perhimpunan Agung Umno pada kali ini, termasuk perbahasan mengenai ucapan dasar Presiden, menyentuh perkara-perkara penting yang dapat menarik semula kepercayaan rakyat kepada Umno.

Berbahaslah dengan jujur, ikhlas dan benar.

(*)  TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN,Timbalan Presiden Umno


Dakwa Najib keliru dengan gentleman

Posted: 11 Dec 2015 05:58 AM PST


Ada pihak sedang tepuk bahtera Umno
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Dewan Merdeka. - Foto Bernama
 
 
‎KUALA LUMPUR - Gerakan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia hari ini menyatakan kekesalan berikutan tindakan Jawatan Kuasa Disiplin Umno yang mengantung keahlian mereka tanpa sebab yang munasabah.

Jurucakap gerakan itu, Datuk Mohd Zain ‎Mustafa berkata, tindakan itu seolah-olah ingin menutup mulut mereka agar tidak lagi 'menganggu pemimpin atasan Umno' terutamanya Presiden, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Dalam ucapan presiden semalam ada mengungkapkan ‎bahawa beliau adalah gentleman. Nampaknya beliau keliru dengan maksud sebenar gentleman.

"Dimanakah gentleman presiden sehinggakan orang yang mengkritiknya perlu dihukum seperti kami?
Seorang pemimpin berjiwa besar akan menerima segala teguran yang ditujukan kepada beliau," katanya di Lobi Menara Dato Onn di PWTC hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, bagaimanapun mereka tidak gentar dengan tindakan pengantungan itu kerana yakin mereka dipihak yang benar.

"Kami reda atas sebab kami bercakap berani kerana benar.

"Sebagai ahli kami takut kepada hukuman ALLAH daripada hukuman Lembaga Disiplin Umno. Apa gunanya menjadi ahli sekiranya membiarkan sahaja perkara-perkara yang tidak betul dilakukan oleh presiden dalam parti," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata pengantungan mereka didalam Umno diputuskan pada 2 Disember lalu oleh Jawatankuasa Disiplin Umno yang mana menyaksikn mereka digantung selama dua penggal (enam tahun).

Katanya seramai lapan daripada ahli gerakan itu dikenakan hukuman termasuk dirinya sendiri.

Pas serik pengkhianatan Umno

Posted: 11 Dec 2015 05:53 AM PST


Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad


SHAH ALAM - Pas Selangor memberi amaran agar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak diputar belit kononnya Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menjelaskan bahawa, Abdul Hadi sekadar mengalu-alukan jika Umno ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Sebagai badan dakwah selain daripada sebuah parti politik, Pas mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin kembali kepada Islam.

"Oleh yang demikian ini tidak bermakna Pas akan berkerjasama dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan di dalam kenyataan akhbar tersebut bahawa Pas ialah rakan Tahaluf Siyasi PKR.

"Keputusan ini telah dibuat di dalam Muktamar. Perlu diingat di Selangor, Pas membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP.

"Pas juga lebih arif tentang sejarah pengkhianatan Umno dari parti-parti lain.


Zahid mahu teliti dakwaan Tun M cuba disogok Najib

Posted: 11 Dec 2015 05:51 AM PST

 
Siasatan secara terperinci terhadap dakwaan Dr Mahathir itu akan dibuat sekiranya KDN dan polis mempunyai bukti yang lengkap


zahid


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan meneliti terlebih dahulu dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menyatakan dirinya cuba disogok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak membangkitkan lagi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan, selepas itu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum membuat sebarang tindakan.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci sekiranya mempunyai bukti lengkap terhadap dakwaan Dr Mahathir itu.

"Itu hak pihak berkuasa dan saya akan membincangkan perkara itu dengan ketua polis negara, tetapi ia bergantung kepada berapa kuat bukti itu," katanya semasa sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Jumaat.

Rabu lalu, Dr Mahathir membuat pendedahan terbaru dengan mendakwa Najib pernah cuba menyogoknya.

Katanya, sogokan itu dibuat untuk membeli kerjasamanya dan mendiamkan isu 1MDB.

"Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

"Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB," katanya dalam tulisan di blog chedet.cc.

GST: Perwakilan UMNO terima apa sahaja kerajaan lakukan

Posted: 11 Dec 2015 05:48 AM PST

 
Seorang lagi ahli UMNO dari Perak, Mohd Nasir Abdullah berpendapat pelaksanaan GST langsung tidak membawa masalah malah menyelamatkannya daripada ditipu oleh peniaga- peniaga berbangsa Cina. 


gst UMNO


KUALA LUMPUR: Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April yang lalu dijunjung sebagai langkah kerajaan demi kebaikan rakyat.

Tinjauan FMT mendapati rata-rata ahli perwakilan UMNO yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69 memberikan reaksi positif terhadap cukai GST enam peratus itu.

Noorshabila Aman dari Kedah berpendapat walaupun GST dimomokan sebagai membebankan rakyat, tetapi memandangkan kerajaan melaksanakannya untuk kebaikan rakyat maka harus diterima sahaja.

"Memang kadang-kadang orang kata ia beban pada kita, tetapi kerajaan kata baik sebab hasilnya akan dipulangkan pada rakyat. Jadi okaylah.

"Kita terima sahaja apa yang dia (kerajaan) buat untuk kita. Apa yang dia buat, mesti baik untuk kita. Kita terima sahajalah," ujarnya kepada FMT.

Manakala, bagi perwakilan UMNO, Umailiah Saidinah yang berasal dari Semporna, Sabah, pelaksanaan GST diterima walaupun ia menyebabkan pembelian jumlah barang merosot.

"Pembelian barangan sememangnya merosot berbanding dahulu, tetapi apa yang boleh buat? Kita (kerajaan) yang pegang pada undang-undang jadi terpaksa ikut.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli UMNO dari Perak, Mohd Nasir Abdullah pula memberikan pandangan yang agak pedas mengaitkan GST dengan peniaga Cina.

Katanya, pelaksanaan GST langsung tidak membawa masalah malah menyelamatkannya daripada ditipu oleh peniaga- peniaga berbangsa Cina.

"Tidak ada masalah pada rakyat. Pakcik orang kampung, tidak ada masalah mengenai GST.

"Kalau beli barang kena GST, biasalah. Kalau dicukaikan, sudah tentu hasilnya kerajaan ambil, maka tidak ada isu peniaga Cina tipu kita kerana sudah ada rekod sekarang," ujarnya.

Walau bagaimanapun, hanya dua ahli UMNO memberikan pandangan berbeza dengan menyatakan GST sebagai membebankan.

Perwakilan UMNO dari Kelantan, Rohana Mohamed dan Zantapha Zainal Abidin dari Sabah menjelaskan cukai sebagai membebankan semua orang tidak kira yang di bandar atau di kampung.

"Masyarakat kampung akan terbeban sebab ada peruncit dan pekedai di kampung mula menaikkan harga sebab kos pengangkutan. Orang kampung paling terbeban dengan GST," ujar Zantapha.

Penumpang Malaysia Airports susut kepada 6.8 juta

Posted: 11 Dec 2015 05:45 AM PST

Malik Ridhwan, Astro Awani
 
Penumpang Malaysia Airports susut kepada 6.8 juta
MAHB berkata sektor antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan penurunan. - Foto BERNAMA'
 
 
Sepang: Lapangan terbang Malaysia mencatatkan 6.8 juta penumpang, susut sebanyak 2.7 peratus bagi November 2015 tahun ke tahun berbanding tahun lepas.

Menurut Bernama, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata sektor antarabangsa dan domestik masing-masing mencatatkan penurunan.

Sektor antarabangsa mencatatkan 3.2 juta penumpang, 1.2 peratus lebih rendah daripada tahun lepas manakala sektor domestik mencatatkan 3.6 juta penumpang.

Secara keseluruhan, pergerakan pesawat turut susut sebanyak 5.7 peratus.

Walau bagaimanapun, pergerakan penumpang di klia2 meningkat sebanyak 11 peratus.

Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata, kemerosotan trafik ini turut dipengaruhi oleh pengurangan laluan dan kekerapan oleh Malaysia Airlines Berhad yang sedang melaksanakan penstrukturan semula.

Badlisham turut berkata penurunan harga bahan api memberi kelebihan kepada syarikat penerbangan walaupun faktor muatan yang dicatatkan tidak memuaskan.
"Harga bahan api yang menurun akan membantu syarikat penerbangan. Kita tahu kira-kira 40 peratus kos operasi syarikat penerbangan adalah untuk bahan api.

"Ini akan membantu keuntungan syarikat dan memberi peluang kepada mereka untuk membuka laluan baru atau meningkatkan kekerapan walaupun faktor muatan tidak setinggi yang mereka harapkan," kata Badlisham ketika ditemui Astro AWANI selepas acara ketibaan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner British Airways di KLIA pada Khamis. 
 
 

Sungkai dilanda banjir kilat, 16 orang dipindahkan

Posted: 11 Dec 2015 05:42 AM PST

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani
 
Sungkai dilanda banjir kilat, 16 orang dipindahkan
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Slim River), Pegawai Bomba Kanan Yusri Abdul Latif berkata kejadian banjir kilat itu melibatkan lapan buah rumah yang dinaiki air sedalam satu meter. - Foto Astro AWANI
 
 
SUNGKAI: Seramai 16 orang di sekitar Felda Trolak Selatan terpaksa berpindah ke penempatan lebih tinggi berikutan kejadian banjir kilat di sekitar kawasan itu pada petang Jumaat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Slim River), Pegawai Bomba Kanan Yusri Abdul Latif berkata kejadian banjir kilat itu melibatkan lapan buah rumah yang dinaiki air sedalam satu meter.

"Sebenarnya, paras air di kawasan itu meningkat berikutan limpahan air sungai Trolak Selatan dan mangsa terdiri 11 lelaki dan lima perempuan menjadikan jumlahnya 16 orang.

"Buat masa ini,mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah saudara masing-masing sementara menunggu air turun sehingga paras selamat,"katanya kepada Astro AWANI pada petang Jumaat.

Yusri berkata bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan sepanjang banjir kilat tersebut.

Jelasnya, anggota bomba dan penyelamat juga telah bertindak melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian untuk memastikan kesemua mangsa banjir yang berpindah, kebanyakannya ke rumah saudara-mara, berada dalam keadaan selamat.
"Operasi tamat sekitar 4.25 petang dan kami juga mendapati paras air semakin surut dan bertambah baik namun pihak kami tetap akan melakukan operasi kawalan dan berjaga-jaga di kesemua kawasan terjejas," katanya lagi. 
 
 

Pertembungan dua pemimpin cukup kritikal – Penganalisis politik

Posted: 11 Dec 2015 05:34 AM PST

QURNISHA HAMKA

 

najib muhyiddin
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 kali ini dilihat agak kritikal ekoran pertembungan dua pemimpin yang menyebabkan berlakunya krisis di dalam parti itu. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR,  Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 kali ini dilihat agak kritikal ekoran pertembungan dua pemimpin yang menyebabkan berlakunya krisis di dalam parti itu.

Pakar Antropologi Budaya dan Politik UPM, Dr Aris Arif Mundayat berkata keadaan itu membawa satu situasi yang agak tegang di dalam perhimpunan kali ini apabila melihat perwakilan terbahagi kepada dua kumpulan.

"Saya kira situasi PAU 2015 kali ini cukup mencemaskan, kepimpinan sekarang. Jadi memang isunya memang sangat konterversi dan juga mengakibatkan ketegangan di dalam Umno itu sendiri.

"Di dalam Umno itu tegang, tentu saja kerana ada dua kekuatan yang berhadapan dan saya rasa mungkin sama kuat, lebih kurang sama kuat. Dua kepimpinan ini mempunyai akar umbi yang sangat kuat," kata Dr Aris yang juga berasal dari Indonesia itu.
Dr Aris Arif Mundayat
Pakar Antropologi Budaya dan Politik UPM, Dr Aris Arif Mundayat – Foto TRP/Azrol Ali
Beliau yang juga bukan kali pertama hadir ke PAU sebagai pemerhati mengulas bahawa Umno akan tetap kekal relevan meskipun kini parti itu berhadapan dengan keadaan yang genting.

Ini kerana sokongan akar umbi masih lagi kukuh bersama parti Melayu gergasi itu.

"Saya rasa Umno masih mampu kekal sebagai sebuah parti yang relevan, masih panjang umur Umno.

"Kerana Umno menjadi tempat untuk orang Melayu mewujudkan hasrat dan identiti politik mereka. Dan itu menentukan hayat Umno masih panjang dan itu juga menunjukkan Malaysia masih menggunakan kaum sebagai identiti politik, itu pasti akan panjang (umur Umno)," ujarnya kepada The Rakyat Post.

Sementara itu, penganalisis politik dari UUM, Prof Dr Azizuddin Mohd Sani berkata ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mempunyai ciri-ciri yang defensif.

Ini dilihat tidak bertentangan dengan kuasa autoriti Najib yang bertujuan untuk memelihara jawatan dan kuasanya selaku pemimpin parti berkenaan.

"Memang ada dalam ucapan beliau berciri-ciri defensif, itu telah diramal yang mana beliau akan bertindak menyampaikan ucapan sedemikian sebab dia kena menunjukkan bahawa dia ada autoriti.

"Sebagai presiden, dia ada autoriti untuk melakukan apa saja tindakan, dasar dan sebagainya…dan rakyat khususnya penyokong dan ahli Umno menyokong beliau.

"Dia memang menggunakan platform ini untuk mempertahankan diri beliau dan juga menegaskan bahawa dia sebagai presiden dan ketua kepada orang Melayu, Umno dan autoriti beliau tidak sepatutnya diganggu gugat," katanya kepada The Rakyat Post.
Prof Dr Azizudin Mohd Sani
Penganalisis politik dari UUM, Prof Dr Azizuddin Mohd Sani – Foto TRP/Azrol Ali
Beliau menambah, Umno perlu menyelesaikan isu-isu yang berkait secepat mungkin bagi memastikan sokongan rakyat tidak terjejas menjelang PRU14 akan datang.

Ini termasuk permasalahan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga dana politik yang diterima Najib berjumlah RM2.6 billion daripada penderma dari Timur Tengah.

"Sekarang ini era Najib, sepatutnya tidak ada ancaman kepada beliaulah. Tapi dalam masa yang sama ada juga reaksi dari perwakilan, ada juga ucapan yang semalam dari Melaka menyeru supaya berbaik semula.

"Kalau lihat dari mood, nampak seolah-olah keseluruhannya untuk presiden, tapi ada juga yang melihat kepada perlunya berbaik semula. Isu yang timbul saya tak nampak ianya lebih kepada kepimpinan, selalunya kepimpinan itu yang menyebabkan krisis itu berlaku.

"Tapi isu yang banyak dibangkitkan adalah isu melibatkan isu nasional seperti 1MDB, RM2.6 billion. Maksudnya kena selesaikan dulu isu itu, baru dapat selesaikan isu ini (krisis kepimpinan)," tambahnya lagi.

PAU2015 kini sedang berlangsung yang mana ianya bermula 8 Disember lalu dan akan berakhir pada 12 Disember.

Perhimpunan parti itu kali ini sedia ada diramalkan panas ekoran krisis kepimpinan yang terjadi di antara Najib dan Muhyiddin serta mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

‘Mengapa berpeluk je, cium mulut lebih baik’

Posted: 11 Dec 2015 05:27 AM PST

MICHAEL MURTY & RAJINA DHILLON

 

hisham


KUALA LUMPUR,  "Mengapa berpeluk je, cium mulut lebih baik."

Itu kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang bergurau berhubung gesaan perwakilan yang mahu melihat Presiden Umno dan Timbalan Presidennya berpeluk dan berdamai.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau memahami gesaan tersebut, tetapi suasana mestilah sesuai untuk melihat perkara itu berlaku.

"Saya telah melakukan perkara yang sama apabila saya merasmikan beberapa bahagian. Bukan mencium," katanya sambil suasana gamat ketawa daripada wartawan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengadakan sidang akhbar bersama pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

"Ia bukan hanya fizikal, tetapi hati juga perlu ikhlas. Tidak boleh ada paksaan dalam perkara itu.

"Apa yang penting adalah langkah yang tidak hanya dilakukan sebagai tanda bahawa kebersamaan wujud dalam kepimpinan," kata Ahmad Zahid.

Kedua-dua juga berkata secara berseloroh ketika diminta mengulas mengenai buku baju merah yang diedarkan semalam.

Merujuk kepada perwakilan dan ahli-ahli Umno yang berpakaian merah, Ahmad Zahid berkata, mesej yang ingin dihantar dengan memakai pakaian merah adalah kebersamaan dan keseragaman.

"Wanita dan Puteri juga memakai tudung merah. Ia dilihat semalam bahawa mereka yang mempunyai perbezaan pendapat juga memakai pakaian merah, kecuali dua di atas pentas yang memakai warna yang berbeza.

"Mungkin mereka tidak faham kerana mereka pergi ke rumah yang salah," katanya yang berjenaka sambil Hishammuddin tidak dapat menahan ketawa.

Mereka yang tidak berpakaian merah semalam ialah Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Umno Bahagian Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata Umno tidak perlu apologetik mengenai perkara itu.

"Merah adalah warna Umno. Ini adalah rumah kami, perhimpunan kami," katanya.

Umno perlu tukar dasar kepada Islam, kata Pemuda Pas Kelantan

Posted: 11 Dec 2015 05:23 AM PST

MOHD ZULHAIRIE

 

ahmad fadhli
Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK), Ahmad Fadhli Shaari berkata, selagi Umno tidak mempraktikkan ajaran Islam dalam amalan berpolitik dan pentadbiran, Pas tidak akan menerima tawaran itu.- Foto Facebook Ahmad Fadhli Shaari


KOTA BHARU,  Pas tidak akan menerima tawaran kerjasama politik seperti yang dicadangkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kecuali Umno menukar dasarnya kepada Islam, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK), Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata, selagi Umno tidak mempraktikkan ajaran Islam dalam amalan berpolitik dan pentadbiran, Pas tidak akan menerima tawaran itu.

"Dengan situasi Umno  dalam pentadbiran negara hari ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa tiada ruang untuk penyatuan Umno dan Pas.

"Adapun tawaran Presiden Umno kepada Pas untuk bergabung membuktikan pengiktirafan Umno sendiri bahawa Pas berada di landasan yang betul," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, disebabkan tidak ada kekurangan dalam perjuangan Pas, maka Umno membuat tawaran sedemikian.

Katanya, Umno tidak mungkin akan bertindak sedemikian (bekerjasama) jika Pas tidak betul.

"Tiada apa-apa yang kurang di dalam perjuangan Pas di mata Umno sehingga tawaran bergabung ini ditawarkan. Ini kerana adalah tidak logik Umno mahu mengajak parti yang tidak baik di mata mereka untuk bergabung.

"Justeru, tiada sebab untuk ahli Umno menolak Pas di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

"Walau bagaimanapun di pihak Pas, Umno tetap salah selagi mana urus tadbir parti dan negara tidak berasaskan kepada Islam," katanya.

Dalam ucapan dasarnya pada Khamis, Najib secara terbuka menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk bekerjasama dengan parti itu, selepas parti Islam itu tidak lagi bersama pembangkang.

Bagaimanapun, Abdul Hadi dalam satu kenyataan kemudian menegaskan mereka masih lagi mempunyai tahaluf siyasi dengan PKR walaupun sudah tidak sehaluan dengan DAP.

Abdul Hadi juga turut membuat seruan, kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahupun ekonomi.

‘Umno tiada ikon seperti Dyana Sofya’

Posted: 11 Dec 2015 05:15 AM PST

SM AMIN

 

dyana sofya
Dyana Sofya Mohd Daud - Foto TRP/Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR,  Perwakilan Mahasiswa, Farhan Khairuddin mengakui sukar untuk mengembalikan kepercayaan mahasiswa kepada Barisan Nasional dan Umno kerana kekurangan ikon dalam parti itu.

Kata Farhan, orang muda kini tidak mahu lagi mendengar apa yang diperkatakan oleh menteri, senator mahupun guru tetapi mereka mahu mendengar apa ikon orang muda bercakap.
farhan khairuddin
Perwakilan Mahasiswa, Farhan Khairuddin – Foto TRP/SM Amin
"Saya sedih, apabila kita melihat di peringkat mahasisiwa lahirnya ikon-ikon muda politik di peringkat mahasiswa dan di pihak pembangkang.

"Dyana Sofya bercakap pun tak boleh, masuk DAP…. tudiaaa bak hang! Jadi orang hebat. Sama juga Fahmi Zainol, masuk PKR diangkat bagai Tuhan, bagai seorang pejuang mahasiswa.

"Sedangkan dialah orang yang selama ini menjadi gunting dalam lipatan kepada mahasiswa dan menjadi kuda trojan tunggangan parti pembangkang yang berlaku pada hari ini," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.

Jelasnya, masalah yang dihadapi oleh Umno adalah tiada fokus dalam pemerkasaan program-program pengkaderan di mana pelaksanaannya perlu ditambah baik seperti Institut Kajian Dasar (IKD) dahulu.

Malah, ikon-ikon yang boleh diketengah oleh Barisan Nasional dan Umno tidak diangkat ke tahap yang sepatutnya.

"Dan ini adalah perkara yang kita perlu lihat secara fokus, kalau kita lihat hari ini berapa banyak ikon-ikon muda dalam Umno dan Barisan Nasional yang kita bazirkan.

"Kalau dulu, bukan saya nak bangga dengan apa yang IKD ada, tapi di peringkat kita, kita perlu ada sesuatu seperti itu. Saya nak tengok lebih ramai lagi ikon muda seperti (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin.

"Siapa yang tahu baru-baru ini MANTAP di bawah kelolaan Datuk Razali Ibrahim boleh debat dengan pembangkang, tumbang pembangkang! Kenapa kita tak angkat? Kenapa kita tidak dendangkan mereka?" soalnya.

Tambah Farhan, kemenangan besar yang diperolehi Aspirasi dalam pemilihan kampus baru-baru ini tidak bermakna sekongan mahasiswa terhadap Umno dan kerajaan meningkat.

"Jujur saya katakan tanpa berdolak dalik, walaupun kita menang di 20 IPT, Aspirasi menang, itu tidak membuktikan kepercayaan kepada Umno dan kerajaan itu makin meningkat. Ini perlu kita sedar!

"Mahaisiswa kini adalah mahasiswa yang menilai secara intelektual, politik idea, dan kita kena bermain dengan politik idea. Mahasiswa hari ini politik di kampus ialah politik ikon, siapa yang jadi ikon kita akan ikut ikon itu," ujarnya.

Perhimpunan Agung Umno hanya berdegar-degar

Posted: 11 Dec 2015 05:02 AM PST



Oleh Hafizuddin Amir Bin Hasim


Perhimpunan Agung Umno kembali lagi.Untuk sayap Umno yang paling hambar dan lesu seperti Puteri dan Wanita dan sayap "one-man show" seperti Khairy Jamaludin dalam Pemuda, inilah satu-satunya platform utama mereka untuk cakap berapi selama beberapa hari sebelum kembali senyap sehingga Perhimpunan Agung tahun berikutnya.

Hasil daripada cakap berapi itu tidaklah ke mana sebaliknya hanya ditinggalkan dalam dewan sama seperti "goodies bag, flyers" yang diedarkan.

Untuk orang yang hendakkan sesuatu,di situlah tempatnya untuk menonjolkan diri demi publisiti.

Tapi setakat itu sajalah. Semangat dan niat itu hanya membara di situ.

Bagi orang biasa di luar, sara hidup tetap semakin mencabar dan mikroekonomi negara terus merudum.

Hal ini bukan mainan persepsi seperti yang selalu dimainkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, serta Datuk Seri Salleh Said Keruk serta Datuk Seri Rahman Dahlan sebaliknya suatu realiti mencengkam.

Kalau tidak percaya tanya dompet anda sendiri. Harga barang dan perkhidmatan apabila meningkat sangatlah mendadak sehingga RM10-20 sekali naik. Lebih keji lagi kenaikan ini juga berlaku beberapa bulan sekali.

Kos sara hidup bukan meningkat saban tahun tapi saban bulan. Mungkin tidak lama lagi saban minggu malah saban hari.

Tetapi pimpinan Umno sebagai parti yang memerintah kerajaan terus memilih untuk tidak berfikir mengenai perkara ini sebaliknya hanya sedapkan hati yang "all is well" dan terus cakap berdegar-degar dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apa saja keresahan yang dibangkitkan adalah hasil keputusan dan dasar pimpinan terdahulu walaupun presiden Umno memegang tanggungjawab selama 6 tahun,bukan 6 hari.

Dalam konteks organisasi seseorang ketua menjadi muka kepada parti itu walaupun seorang tidak mewakili keseluruhan parti.

Tapi jika orang itu adalah presiden maka tindak tanduk presiden akan mencerminkan parti itu kerana rakyat tidak akan bersusah payah mengkaji prinsip dasar parti itu terutamanya apabila sedang marah.

Lihat saja presidennya,begitulah anak buahnya. Walaupun saya berfikir Najib bukanlah Umno tapi Najib memalukan UMNO.

Sekiranya Umno benar berpegang kepada prinsip dasar perjuangan maka Najib sudah lama ditendang keluar sama seperti Dato' Onn Jaafar dipaksa keluar walaupun dia yang mengasaskan parti itu.

Itulah semangat Umno yang sebenar. Ia tidak ditubuhkan untuk memberi tempat kepada seseorang walaupun orang itu yang mengasaskannya.

Sebaliknya orang itu diberi tempat untuk menggerakkan idealisme kerana idealisme tidak boleh digerakkan dari atas kertas.

Samalah seperti jasad dan roh.

Jadi kegilaan apakah presiden Umno dan perdana menteri ini?

Kesalahan diletakkan kepada presiden Umno dan perdana menteri kerana dia sebagai ketua kerajaan dan sebagai ketua kerajaan gagal kawal industri daripada terus menekan rakyat.

Tapi boleh arah Tabung Haji untuk beli tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebab pemimpin Umno ketuai Tabung Haji.

Dia juga boleh pecat peguam negara dan timbalan perdana menteri kerana tidak menyebelahinya.

Keputusan yang tidak menyebelahi kepentingan peribadinya dia boleh arah tapi kepentingan rakyat dia gagal arah sebaliknya meletakkan beban kesalahan kepada industri itu dan pimpinan terdahulu.

Apakah yang dia fikirkan ? Tidak malukah ?

Tidak malukah pemimpin Umno cakap berdegar-degar mempertahankan presidennya dalam PWTC tapi dalam hati mereka tahu semua kegilaan ini berlaku di luar dan presiden adalah ketua kegilaan ini?

Atau adakah kerana tekanan dan kemarahan rakyat menyebabkan konsep Perhimpunan Agung Umno ditukar kepada Perhimpunan Agung Najib?dpuf

DALAM MEMBELIT DAN BERBELIT-BELIT, JANGAN SAMPAI TERBELIT DIRI SENDIRI...

Posted: 11 Dec 2015 01:17 AM PST

shahbudindotcom






Sejak kecil kita selalu diingatkan agar sentiasa bercakap benar dan jangan sesekali cuba berbohong kerana kebenaran, walau bagaimana sekali pun cuba diselindung atau dibelitkan, tetap akan muncul akhirnya.

Dalam masa yang sama, kita juga selalu diingatkan bahawa orang yang berbohong mudah dikenali kerana jawapannya akan kelihatan berbeza-beza meskipun soalan yang ditanya adalah sama.

Orang yang banyak pengalaman berbohong atau kena bohong pula sering mengingatkan, apabila kita mula berbohong buat kali pertama, kita akan berbohong lagi buat kali kedua apabila pembohongan pertama tadi mula disedari kebenarannya atau tidak lagi menimbulkan kepercayaan.

Akibatnya, bohong kedua cuba ditutup dengan bohong ketiga dan seterusnya demi seterusnya sehingga akhirnya hidup dalam pembohongan sepanjang masa.

Para peguam pula selalu mengingatkan orang yang diwakilinya agar jangan sesekali cuba berbohong dalam memberi keterangan kerana ia akan membinasa diri serta lebih mungkin menghumban ke penjara kesudahannya.

Hakikatnya, dalam bentuk dan cara bagaimana sekali pun, pembohongan tidak akan kekal lama. Ia sama ada akan terbongkar atau disedari ramai akhirnya.

Dalam isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib, dengan mengenepikan semua perkara lain seperti siapa nama penderma, apa kegunaannya atau di mana bakinya, sebaliknya untuk mengesahkan jumlah pendermanya sama seorang atau lebih pun nampaknya seolah-olah begitu ketara adanya ciri-ciri tidak bercakap benar itu.

Itu belum dikira lagi jawapan awal Najib yang mengatakannya sebagai fitnah, konspirasi, mahu mengambil tindakan undang-undang, malah memberi logik "kalau saya nak menyamun, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi".

Dengan beberapa jawapan yang berbeza-beza, ramai yang mula teringat kepada pesan orang tua-tua mengenai perbuatan berbohong itu. Kalau seorang yang menderma, sepatutnya dari awal hingga akhir itulah jawapannya. Begitu juga kalau lebih daripada seorang, daripada awal lagi diberitahu sebegitu.

Kenapa susah sangat membezakan antara angka 1 dengan 2,3,4 dan sebagainya?

Pada peringkat awal, baik Najib Razak, Zahid Hamidi mahu pun lain-lain pemimpin UMNO yang mahu mempertahankan penerimaan wang itu, mereka seringkali membayangkan pendermanya hanya melibatkan seorang individu daripada Timur Tengah saja.

Malah Zahid Hamidi, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Seri Gading pada 22 Ogos lalu turut mengesahkan telah menemui wakil keluarga penderma terbabit yang merupakan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanahnya.

Tetapi dua hari lalu Zahid mengatakan pula, penderma itu  bukan merupakan individu, sebaliknya mengatakan ia merujuk kepada pimpinan sebuah kerajaan.

Mula-mula didakwa individu, tetapi oleh kerana barangkali menyedari tidak mungkin ada Pak Arab kaya yang sanggup menderma sebanyak itu, maka ia kemudian dialih pula mewakili sebuah kerajaan.

Apabila Tun Mahathir berulangkali menyatakan kebanyakan negara Arab adalah kedekut berdasarkan pengalamanya meminta derma, termasuk untuk membina UIA, malah ada yang membalasnya dengan memberi kitab sahaja, jawapan seterusnya bahawa penderma dikatakan lebih daripada seorang pula.

Zahid dengan selamba mengatakan pendermanya adalah lebih daripada seorang.

Begitu juga dengan Najib, dengan mula-mula mengatakan penderma adalah seorang yang murah hati mahu melihat UMNO terus menang pilihanraya, namun dalam majlis taklimat presiden  baru-baru ini beliau ada menyebut derma itu diterima daripada kabilah-kabilah di Timur Tengah.

Dalam interbiu dengan beberapa media sejak dua tiga hari lalu sempena Perhimpunan Agung UMNO, Najib juga lebih kerap menyebut penderma-penderma dan bukannya penderma lagi.

Maknanya, Najib dan Zahid sudah ke arah mahu meyakinkan bahawa penderma wang itu ialah lebih daripada seorang.

Bagaimanapun, SPRM yang telah pergi Timur Tengah untuk menyiasat dan mengambil keterangan mengenai wang itu mengesahkan hanya menemui penderma tunggal saja dan bukannya lebih daripada seorang saja.

Kata-kata siapa yang mahu kita terima pakai sebenarnya? Najib dan Zahid Hamidi sebagai orang politik atau SPRM yang bekerja berdasarkan fakta?

Jika Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin keliru mengenai jumlah penderma, ia mungkin boleh diterima, tetapi tentulah pelik bin ajaib apabila Najib yang menerima duit pun tidak dapat memberi jawapan yang konsisten mengenai jumlah orang yang memasukkan duit ke dalam akaunnya.

Dalam hal ini Bank Negara tentu dapat mengesahkan sama ada wang yang diterima Najib itu dimasukkan melalui satu pemindahan saja atau lebih daripada itu. Jika banyak pemindahan yang berlaku dan sumbernya berlainan, barangkali boleh diterima jika ia diberikan oleh lebih daripada seorang.

Tetapi, bagaimana jika hanya ada satu pemindahan saja yang berlaku? Atau kalau lebih daripada satu pemindahan wang yang berlaku, sumbernya pula tetap sama?

Adakah jawapan yang berbeza-beza ini menampakkan pembohongan mungkin sudah berlaku sejak awal lagi?

Cumanya, berdasarkan pesan orang tua-tua juga, berbohong sikit-sikit atau melakukannya sekali dua kadangkala memang menyeronokkan, tetapi pembohongan tidak pernah kekal lama, malah ramai yang terbelit di pertengahan jalan lagi. 

Ia ibarat bermain dengan tali - boleh membelit, berbelit-belit dan juga terbelit.

Muhyiddin tidak tercela dengan hal remeh

Posted: 11 Dec 2015 01:10 AM PST

 
Beliau seorang pemimpin Umno yang telah membuktikan kesetiaan pada parti, yang berbeza dengan kesetiaan pada tuan Presiden
 
 
 
muhyiddin-tengku-adnan-rahman-dahlan


Mutakhir ini semua orang mahu mengkritik Muhyiddin Yassin. Rakan-rakan beliau dalam UMNO terutamanya. Tengku Adnan Mansor, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, tertanya-tanya adakah ucapan Muhyiddin pada Isnin malam melanggar peraturan parti, manakala Abdul Rahman Dahlan pula mempertikaikan ketidakhadiran Muhyiddin di taklimat situasi 1MDB dan derma RM2.6 bilion oleh tuan Presiden pada Selasa malam.

Selaku Setiausaha Agung Umno, Ku Nan selayaknya bingung dengan tindak-tanduk Muhyiddin, tetapi Rahman nampaknya terlepas pandang sesuatu yang penting. Apa yang akan berlaku sekiranya Muhyiddin menghadirkan diri ke taklimat itu? Bayangkan sahaja ketegangan yang mungkin berlaku. Apakah soalan-soalan yang akan diajukan? Bagaimana kalau dia menyangkal penjelasan Najib?

Tentunya keadaan seperti itu tidak membantu taklimat itu, Najib dan Muhyiddin. Kedua-duanya nampaknya lega tidak perlu bersua muka.

Bukankah Najib juga yang mengatakan dirinya mengigil marah bila mendengar ucapan Muhyiddin dan Mahathir? Apa perasaan Najib sekiranya beliau terpaksa menatap wajah lelaki yang meludah ke mukanya di satu acara yang dihadiri kira-kira 1,000 orang dan disiar secara langsung? Pasti menggegarkan!
Adakah itu yang Umno mahukan?

Ada beza antara aduan berasas dan hal remeh-temeh. Lagipun, Muhyiddin sedia maklum akan penjelasan Najib berhubung soal 1MDB dan derma yang disalurkan ke akaun peribadi. Mungkin juga, penjelasan itulah yang mendorong beliau menyuarakan penentangan terhadap tuan Presiden. Sekiranya beliau membuat keputusan setelah memikirkan isu berkenaan, kehadirannya hanya akan mengaibkan Najib, tanpa perlu beliau menuturkan sepatah perkataan pun.

Muhyiddin nampaknya tidak mahu bergelumang dalam permainan politik taraf rendah.

Rakan-rakan parti mungkin beria-ria mahu melabel beliau pengkhianat, tetapi Muhyiddin tetap mengelak menyerang mereka secara peribadi. Sikap yang menyegarkan.

Ada beza antara kesetiaan pada Najib dan kesetiaan pada parti, dan Muhyiddin nampaknya telah menunjukkan bahawa kesetiaan pada parti itulah yang menyebabkan beliau mengambil tindakan yang dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap tuan Presiden.

Apakah menyeru penyingkiran seseorang presiden itu menyamai pengkhianatan terhadap parti? Melabel seruan itu sebagai suatu pengkhianatan sebenarnya karut dalam suasana demokrasi kerana pemilihan parti yang menentukan samada tuan Presiden kekal atau tersungkur, itupun selepas beberapa siri rundingan dijalankan dan budi bertukar tangan.

Umno mahu Muhyiddin spaya berdiam diri, bersuara mengikut saluran yang betul, memahami tempatnya dalam parti, supaya berputus asa, dan menurut perintah. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah, Muhyiddin mendahulukan prinsip mengatasi hidup membisu dikelilingi keselesaan, sikap yang wajar dihormati. Apapun yang berlaku pasca PAU 2015, Muhyiddin Yassin telah membawa dirinya dengan perilaku yang selayaknya ada pada seorang pemimpin.

Maka, pemimpin-pemimpin pro-Najib barangkali perlu menghargai ketidakhadiran Muhyiddin pada Selasa malam. Sebaliknya, rakyat yang perlu mengadu kerana tidak dapat mendengar penjelasan Najib.

PAS sedia kerjasama dengan syarat Umno kembali kepada Islam

Posted: 11 Dec 2015 12:57 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menerima pelawaan kerjasama yang dihulurkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tetapi dengan syarat parti Melayu itu kembali kepada Islam, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Presiden PAS itu berkata, sekarang juga merupakan masa yang sesuai bagi Umno untuk kembali kepada Islam dalam setiap aspek perjuangannya.
 
"PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi.
 
"PAS beriman kepada Allah yang pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan daripada Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
 
Merujuk kepada pelawaan Najib yang disampaikan melalui ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 di Kuala Lumpur siang tadi, Hadi berkata ia boleh dianggap sebagai suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya.
 
"PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam," katanya.
 
Menurut Hadi, ianya selaras dengan asas PAS yang menjadikan al-Quran dan as-sunnah, ijma' ulama dan qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerak kerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.
 
Beliau berkata, PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.
 
"Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan di pelbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif," katanya.
 
Hadi bagaimanapun berkata, dalam tempoh terdekat ini PAS adalah rakan tahaluf siyasi PKR dan komited dengan kerjasama yang dibuat sebagaimana yang dicapai dalam muktamar serta diluluskan Majlis Syura Ulama Pusat

Phang Chaw: Amanah tidak pernah berhasrat untuk gantikan PAS

Posted: 11 Dec 2015 12:54 AM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Exco Parti Amanah Negara (PAN) Nasional Hu Pang Chaw berkata parti itu tidak pernah berhasrat untuk menggantikan PAS sebaliknya penubuhan komponen pembangkang itu hanya sebagai alternatif kepada pengundi.
 
"Sebenarnya perjuangan Amanah yang termaktub dalam perlembagaan parti bukan nak gantikan PAS tapi sebagai satu parti yang berlandaskan Islam.
 
"Tapi Islam yang lebih inklusif maknanya lebih menerima pandangan yang berbeza dan daripada perbezaan itu kita cari titik persamaan," katanya kepada Antarapos.
 
Mengulas lanjut bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ini berkata PAN terbuka menerima perbezaan idealogi antara komponen Pakatan Harapan (PH) kerana ia bukan alasan untuk tidak bekerjasama.
 
"Dalam mana-mana agama pun mesti ada perbezaan, daripada perbezaan itu biarlah kita cari titik persamaan kerana persamaan itu akan menjadi satu platform membawa kemakmuran, kesejahteraan, kebajikan dan sebagainya kepada rakyat Malaysia.
 
"Kita bukan ke arah nak cari perbezaan sebab falsafah hidup manusia memang penuh dengan perbezaan," katanya.
 
Justeru Hu mengulangi penegasan PAN tidak berhasrat untuk menggantikan PAS sebaliknya agenda yang perlu ditekankan adalah mengambil alih pentadbiran pusat daripada Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Sebab itulah Amanah tak pernah menyatakan pendirian nak menggantikan PAS.
 
"Cuma kita nak teruskan usaha kita untuk jatuhkan Umno-BN di Putrajaya khususnya bersiap sedia menghadapi PRU14 nanti," katanya.
 
PAN mampu kekal dalam arena politik negara
 
Kata Ketua Biro Integrasi Nasional ini lagi, penerimaan rakyat terhadap PAN amat memberangsangkan menambah perkembangan itu memberikan signal positif untuk parti itu bertapak dengan lebih lama.
 
"Sebenarnya idea untuk menubuhkan Amanah ini timbul semasa mereka mengadakan himpunan G18 di Johor yang ada desakan daripada akar umbi bahawa kumpulan ini kena bergerak atas platform politik.
 
"Maka timbul idea untuk menubuhkan parti politik yang baru supaya mereka ada satu platform membawa isu-isu politik dan sebagainya ke Parlimen atau DUN sebab di antara mereka ada yang wakil rakyat," katanya.
 
Jelas Hu, tumpuan kini adalah untuk mengukuhkan serta memantapkan kedudukan PAN di seluruh negara.
 
"Jadi perkara ini dibincangkan dan diumumkan pada 31 Ogos di mana kita mendaftar parti atas nama Parti Progresif Islam tapi ditolak RoS kerana Islam tak boleh digunakan untuk mana-mana parti politik.
 
"Kemudian kita lancarkan Parti Amanah Negara pada 16 September untuk bergerak ke depan dan sehingga kini keahlian kita melebihi 60,000 orang," katanya.
 
Tambah beliau, meskipun timbul perselisihan antara PAS-PAN serta PAS-DAP ia tidak akan merencatkan gerak kerja PAN di peringkat akar umbi.
 
"Ini menunjukkan bahawa parti ini mendapat sambutan hangat dan rakyat mahukan satu perubahan selain mereka juga menyambut baik pembentukan Pakatan Harapan.
 
 "Walaupun ada perselisihan antara PAS, PKR dan DAP tapi sekiranya kita kekallkan matlamat untuk menumbangkan Umno-BN dan membawa senario politik baru kepada rakyat maka saya tidak nampak kenapa parti pembangkang termasuk PAS tidak boleh bekerjasama," katanya.
 
 

9 dilarang bertanding setengah tahun dalam Umno

Posted: 11 Dec 2015 12:49 AM PST

Shakira Buang


 


Sembilan ketua cawangan dalam Umno Telok Kemang yang mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak kehilangan hak memilih dan dipilih sebagai seorang pemimpin parti selama enam tahun.

Menurut jurucakap Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia, Datuk Mohd Zein Mustapa tindakan tersebut jelas menunjukkan demokrasi telah mati dalam Umno.

"Kami telah menerima keputusan 'perbicaraan' yang bertarikh 3 Disember 2015 memaklumkan bahawa kami telah kehilangan hak memilih dan dipilih sebagai ahli Umno.

"Ini juga bermakna bahawa kami telah tidak dapat bersuara sebagai ahli Umno," kata Mohd Zein dalam sidang medianya di PWTC sebentar tadi.

Mereka sebelum ini dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno parti pada awal Disember.


Versi baru Zahid: Seorang penderma, banyak wakil

Posted: 11 Dec 2015 12:46 AM PST

Alyaa Azhar


 


Berapa jumlah sebenar penderma dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Selepas beberapa penjelasan, timbalannya hari ini menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan lebih daripada seorang wakil kepada penderma tunggal.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sebelum ini menjelaskan bahawa penderma itu "jamak" (lebih seorang) sebelum ini.

Zahid berkata demikian dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau justeru berkata kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu itu.

Diasak sama ada sebuah kerajaan atau individu berada di belakang derma itu, Zahid berkata lebih baik perkara itu dijelaskan oleh SPRM.

Temubual dengan The Star sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Zahid kemudian mengesahkan sumbangan itu datang daripada lebih seorang penderma dengan menyebutnya sebagai "jamak".

Dalam portal pro-Umno Agenda Daily pula, beliau dilapor berkata penderma itu "bukanlah individu dalam erti kata seorang" tetapi "pimpinan sebuah kerajaan".


'Jangan beri peluru pada pembangkang'

Posted: 11 Dec 2015 12:25 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang perwakilan Umno hari ini meminta seluruh ahli parti itu agar tidak memberikan 'peluru kepada pembangkang untuk menembak Umno, yang akhirnya akan memusnahkan parti.

Wakil Umno Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata sebaliknya, ahli parti perlu bersama-sama Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan mengukuhkan Umno.

"Marilah kita perbetulkan keadaan ini. Jangan tunggu keadaan sudah terlambat. Kita yakinkan rakyat bahawa UMNO masih menjadi harapan mereka," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada hari kedua

perhimpunan agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Shahaniza, yang juga timbalan ketua Umno bahagian Maran, berkata yang paling penting sekarang adalah bagaimana mencari titik persamaan untuk menjernihkan kekeruhan yang menyelubungi parti.

Sementara itu, wakil Pergerakan Wanita Umno, Noraslina Zainal Abidin dalam perbahasannya turut merayu agar 'keluarga besar Umno' itu segera mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

Menzahirkan rasa hormat kepada pemimpin utama parti, ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong, Johor itu dengan penuh kiasan berpantun memohon pucuk pimpinan parti kembali bersatu.- Bernama


Pengerusi LZS dahului penerima darjah S'gor, Azmin kini Datuk Seri

Posted: 11 Dec 2015 12:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor bersempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Syed Anwar yang juga Pengerusi DRB-Hicom Bhd dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Sementara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali merupakan penerima tunggal Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Ahli Dewan di-Raja Selangor yang juga Orang Besar Istana Tengku Datuk Paduka Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj dikurnia Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.

Turut menerima S.S.I.S ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Mendahului senarai lapan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita ialah Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Penerima lain D.P.M.S ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman, Felo dan Pensyarah Universiti Oxford Datuk Dr Afifi Al-Akiti, Timbalan Dekan Siswazah & Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Zainul Rashid Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr S. Balachandran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Puasa Md Taib, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Mohd Zaki Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.
Sebanyak 10 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Mereka ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York Raja Reza Raja Zaib Shah Alhaj, Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ong Thiam Hock, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Norsaadah Ismail, Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor Ang Nai Har.

Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abdul Jalil Nordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Azmi Abdul Aziz, Pengarah MCT Konsortium Bhd Cheah See Yeong dan Pengerusi United Malacca Bhd Tan Siok Choo yang merupakan anak kepada bekas Presiden MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin.

Sebanyak enam orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). Mereka ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Kapten P.Pulendren, Pengarah Cawangan Kontinjensi Bahagian Rancang Markas Angkatan Bersama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kolonel Mohamed Nazri Dashah, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abd Razak, Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Azmi Adnan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais dan Pengarah Urusan, Strategi Kumpulan & Pembangunan Korporat, Sunway Group Sarena Cheah Yean Tih.

Sementara itu, sebanyak lapan orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pelukis Himpunan Koleksi Spesies Burung di Malaysia Jaafar Taib.

Sebanyak 55 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).- Bernama


Siaran langsung Umno di luar dewan ditamatkan

Posted: 11 Dec 2015 12:06 AM PST

Kow Gah Chie


 


Tidak ada siaran langsung di hari kedua perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2015 untuk hari ini.

Sebaliknya, ahli Umno di luar dewan yang hadir ke acara tahunan parti pemerintah itu dilihat hanya duduk bersantai di atas permaidani merah yang disediakan di perkarangan PWTC.

Selain dari perwakilan yang hadir pemberita juga tidak dapat mengikuti perbahasan usul apabila skrin TV besar yang disediakan di ruang legar bangunan persidangan ini kerana pihak pengurusan tidak menyiarkan siaran langsung perbahasan usul tersebut.

Perwakilan juga hanya dapat melihat ulang tayang ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno Khairy, kelmarin.

Pengurusan PWTC juga dilihat turut menayangkan perbahasan perwakilan Umno tahun lepas.

Malah, pemberita Malaysiakini dihalau dari membuat liputan di luar dewan.

Pada mulanya, seorang pegawai mendekati wartawan Malaysia dan mendakwa semua berita yang disiarkan salah dan oleh sebab itu petugasnya harus meninggalkan PWTC.

Bagimanapun, datang seorang lagi pegawai lain dan menyatakan kedudukan wartawan Malaysiakini menghalang laluan.

Oleh itu, wartawan Malaysiakini bersama-sama dengan beberapa lagi organisasi media terpaksa berpindah ke satu sudut lain, tetapi masih dapat melihat skrin utama.



Ahli masih soal isu RM2.6b, Muhyiddin

Posted: 11 Dec 2015 12:03 AM PST

Shakira Buang dan Yap Jia Hee


 


Selepas Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan tidak boleh sesekali mengalah walaupun dipalit kontroversi RM2.6 bilion, ketegasan itu disambut dengan reaksi pelbagai oleh ahli Umno.

Malah, tidak semua perwakilan yang mendengar ucapan bersemangat Presiden Umno menerima baik penjelasan tersebut.

Di sebalik penjelasan Najib, kata mereka, ada beberapa isu asas yang masih boleh dipertikaikan.

Perwakilan dari Perak yang enggan namanya didedahkan mendakwa, penjelasan penuh berhubung penderma dan maklumat teperinci mengenai individu yang amat bermurah hati itu masih kabur.

"Secara peribadi saya rasa penjelasan itu tidak jelas sampai habis.

"Maksudnya, siapa (penderma), maklumat terperinci (mengenai penderma) - semua rakyat nak tahu semua terutamanya dalam keadaan politik sekarang apabila pembangkang terus menerus menyerang Umno.

"Kita kena telus untuk meyakinkan rakyat dan ahli parti perlu membuat kerja di peringkat akar umbi," katanya.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Najib memasukkan dana derma itu ke akaun persendirian.

"Isu paling besar pada saya ialah, kenapa masuk ke akaun peribadi dan tidak disebut dalam penyata kewangan parti?" katanya.

Semua parti terima dana

Kecelaruan itu, kata beliau, boleh menyebabkan integriti parti dipertikaikan orang ramai.

Perwakilan Cheras, Zainal Abidin Abdul Hamid pula berkata apa yang dinyatakan presiden parti itu semalam tidak diterima semua perwakilan.

"Terlalu ramai bercakap tentang wang derma dari Timur Tengah ini dan kami pun tak pasti apa yang dinyatakan itu benar atau tidak.

"Perkara ini pun tak cukup jelas kepada perwakilan. Apa yang dinyatakan semalam pun lebih kepada pilihan raya umum ke-14," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun mengenai integriti, Zainal berkata ia tidak timbul kerana semua parti politik menerima dana masing-masing walaupun mengakui ada aspek kekaburan padanya.

Sementara itu sebahagian pewakilan lain menerima baik dan meyakini apa yang dinyatakan Najib.

Perwakilan Rembau, Abu Bakar Ghalam berkata kebenaran berhubung isu wang derma itu akan terbukti tidak lama lagi.

"Daripada mood perwakilan semalam, selepas ucapan dasar presiden rata-rata dapat menerima apa yang diberitahu dan kita yakin presiden berada di pihak yang benar.

SebagI orang Umno, terima .

Malah, Abu Bakar berkata perwakilan Umno tidak berniat untuk menyiasat lebih daripada apa yang dinyatakan Najib.

"Kebenaran akan terbukti tidak lama lagi, insya-Allah," katanya.

Pandangan sama turut dikongsi perwakilan Perak, Zainul Samad.

Kata Zainul, ahli parti berpendapat ucapan Najib cukup untuk menjelaskan keadaan.

"Bagi orang Umno ia cukup jelas itu dana politik. Parti pembangkang juga ada dana politik dan tiada siapa dapat mempersoalkan dana politik tersebut.

"Kita sebagai orang Umno, kita terima," Kata Zainul.

Mengenai integriti parti, Zainul berkata, semasa zaman pemerintahan Islam pun kerajaan menerima dana dan hasil rampasan perang.

"Inikan pula orang nak derma kepada kita, kenapa perlu timbulkan soal integriti?" katanya.

Berikut adalah komen lain mengenai PAU kali ini:

"Suasana kali ini nampak ada sikit berbeza, mungkin disebabkan presiden dan timbalan presiden ada masalah dalaman. Tapi saya rasa OK sebab ia antara orang nombor satu dengan dua.

"Mungkin esok hari terakhir persidangan akan ada kejutan. Saya pun tak tahu, mungkin mereka berbaik kembali. Sebagai ahli Umno, saya lihat kali ini suasana yg sukar untuk Umno.
Cuma kita mohon agar semua masalah dalaman diselesaikan" - Hisham Abd Hamid (gambar), Ketua Pemuda Umno Balik Pulau mengulas suasana PAU 2015.

"Tidak, itu bukan cara untuk menyekat suara Muhyiddin. Sebenarnya apa yang dilakukan Muhyiddin tidak mengunakan saluran parti. Sepatutnya dia tidak mengikut apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir. Dia kena ikut pucuk pimpinan.

"Sebagai timbalan presiden seperti ucapan Najib beliau sepatutnya membantu tugas-tugas presiden dan dia kena setia kepada presiden" - Zainul Samad (Perak) mengulas larangan terhadap Muhyiddin.

"Presiden Umno menegur Muhyiddin dan Mohd Shafie dengan mengingatkan tugas mereka dalam Umno ialah tidak boleh melanggar peraturan parti.

"Cuma mood kita hari ini ialah, kita kena move forward. Semalam ada perwakilan cakap pasal perbalahan, kita cakap, tak nak dengarlah. Cukuplah, berhenti. Sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke depan" - Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, (gambar) Ketua Penerangan Umno Terengganu mengenai kemelut dalaman parti.

"Secara keseluruhan, presiden bertanggungjawab untuk buat penggulungan. Muhyiddin sebagai timbalan presiden boleh memberi input kepada presiden tentang apa yang ingin disampaikan.

"Dulu Muhyiddin dibenarkan menggulung perbahasan hanya tradisi tetapi tradisi boleh berubah" - Khairul Mat Lor (Naib Ketua Bahagian Alor Setar) mengenai tindakan Umno melarang Muhyiddin menggulung perbahasan.

Presiden Pas jawab tawaran kerjasama Umno-Pas

Posted: 10 Dec 2015 11:58 PM PST


Abdul Hadi Awang
Hadi Awang
 

PAS adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

Lebih enam dekad Pas berjuang membawa Islam dan syariatnya. Pas mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Pas juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.

Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, Pas selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat ALLAH SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.

Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik Pas akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa Pas Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

Pas juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. Pas beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari ALLAH SWT.

Pas ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, Pas adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama Pas Pusat.

*Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Pas


Tun M: Susah Pas-Umno mahu bekerjasama

Posted: 10 Dec 2015 11:47 PM PST


Umno-Pas
Umno-Pas


KUALA LUMPUR - Agak susah bagi Pas dan Umno untuk bekerjasama demi masa depan parti dan negara, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana kata beliau,  kedua parti memiliki pendekatan dan asas perjuangan yang berbeza.

"Kedua-dua Pas dan Umno hanya boleh bekerjasama sekiranya mempunyai persamaan secara umum dalam perjuangan masing-masing," demikian pendapat beliau ketika ditanya mengenai tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulur tali silaturahim kepada Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib hulur tangan kepada Pas]

Najib menerusi ucapan dasarnya dalam perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini mengajak Pas untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam yang sebenar.

Najib yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disepak dan diterajang keluar oleh rakan-rakan pembangkang.

"Mereka hanya boleh bekerjasama sekiranya ada pakatan dalam pilihan raya," ujar Mahathir lagi.


Sanusi bidas kegagalan Najib tangani beban negara

Posted: 10 Dec 2015 11:45 PM PST


Sanusi Junid
Bekas menteri besar Kedah,Tan Sri Sanusi Junid ketika berucap pada program Bicara Minda & Sesi Dialog yang bertajuk Perpaduan:Mengapa Kita Masih Keliru? bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf,Shah Alam. - Foto Sinar Harian/AFIQ RAZALI
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid membidas kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengawal beban rakyat.

Katanya, oleh kerana Najib negara kini terpaksa menanggung bermacam kenaikan di atas kegagalan pemimpin negara itu mengawal keinginan nafsunya.

"Orang-orang yang berada di sekelilingnya (Najib) sama sepertinya," katanya sambil menamakan beberapa individu yang dikenali oleh masyarakat negara ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir di sesi dialog bersama beliau anjuran Ketua Cawangan Badlishah, Kedah, Anuar Abdul Hamid di sini.

Menurut Sanusi lagi, orang-orang seperti itu mempunyai dua masalah utama iaitu kegagalan mengawal nafsu dan sifat gila duit.

Beliau juga turut membidas Najib atas kegagalan pemimpin negara itu mentadbir badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Katanya lagi, tanpa 1MDB, negara tidak akan dibebani dengan pelbagai masalah seperti sekarang.
"Kalau tidak ada GST, kita tidak akan ada GST (cukai barang dan perkhidmatan), harga-harga barangan, tol, minyak tidak akan naik," katanya.

Tiada ulasan: