Selasa, 8 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Akar umbi Umno buat laporan RoS tentang derma RM2.6 bilion

Posted: 08 Dec 2015 03:42 PM PST

Sekumpulan ahli akar umbi Umno membuat laporan kepada
 Pendaftar Pertubuhan mengenai dana RM2.6 bilion yang 
dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden parti. 
Kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) hari ini membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

 Jurucakap kumpulan berkenaan, Kamarul Azman Habibur Rahman memberitahu, laporan yang dibuat sekitar jam 3.30 petang tadi bagi membolehkan RoS menjalankan siasatan kerana wang berkenaan tidak dicatatkan dalam penyata kewangan Umno.

 "Menurut seksyen 14 (d) Akta Pertubuhan 1966, Umno hendaklah menghantar kunci kira kira bagi setiap tahun kewangan kepada pendaftar pertubuhan.

 "Malangnya wang RM2.6 billion ini tidak tercatat dalam kunci kira kira dua tahun yang disebutkan. Laporan ini kami buat atas kepentingan Umno," katanya, dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

 "Ini adalah kerana jumlah wang ini tidak dimasukkan dalam penyata tahunan kewangan Umno semasa PAU 2013 dan 2014," katanya, merujuk kepada Perhimpunan Agung Umno.

 Kamarul berkata, jika benar Najib mengaku menerima wang sejumlah itu, menurut Perlembagaan Umno fasal 27.2, setiap harta hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama pemegang amanah parti Melayu itu.

 "Menurut fasal 28, akaun Umno hendaklah diaudit oleh firma audit yang diiktiraf kerajaan Malaysia," katanya.

 GKCM juga merupakan penganjur program bersama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

 Program itu turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bersama-sama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Program berkenaan dianjurkan susulan Majlis Tertinggi (MT) Umno menyekat Muhyiddin daripada merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam PAU esok.

 Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Kabinet Najib pada Julai, dipercayai susulan kritikan mereka terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 8 Disember, 2015. ~   themalaysianinsider

Najib: PAS tunjuk tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno

Posted: 07 Dec 2015 10:53 PM PST

PAS telah menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Najib, yang juga perdana menteri berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

 "Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen malam tadi.

 Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

 Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv9 Najib percaya tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Islam.

 "Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan oleh pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.

 Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, enam anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).9 Manakala empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi itu.

 Najib juga berkata kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.

Abdul Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

 Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam agama Islam.

 "Cuma kita tak boleh paksa ini berlaku. Ini perlu terbit dari nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan Umno dan PAS sedar bahawa perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya. - Bernama ~  malaysiakini 

Dr M: Najib patut ditangkap bawah Sosma

Posted: 07 Dec 2015 03:35 PM PST

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).

 Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.

 "Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.

 "Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.

 "Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap," katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.

 Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu.

 "Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.

 "Kalau awak bercakap kami akan ambil tindakan.

 "Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,"

 Mahathir turut mengingatkan hadirin yang hadir untuk mempersoalkan isu berkatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion tanpa gentar.

 "Jangan terima Datuk Seri Najib dalam apa cara sekalipun, persoalkan 1MDB, RM2.6 bilion tanpa gentar.

 "No risk no gain, kalau balik nak senyap sahaja nanti akan jadi pengemis dalam negara kita," katanya. ~  malaysiakini

Tiada ulasan: