Jumaat, 25 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Yang kuat iman boleh melabel pengkhianat dan maki hamun?

Posted: 25 Dec 2015 08:17 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberikan penjelasan berhubung kenyataannya sebelum ini berhubung kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan.

 Menurut Abdul Hadi, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

 Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh PAS. Baca seterusnya di sini .

 Komen al-Husseyn : 

Kenyataan Hj Hadi diatas itu secara ringkasnya bahawa  parti Islam itu mahu menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat kerana ianya termaktub di dalam al-Quran dan sunah. 

Saya ingin tanya Hj Hadi, nak nasihat kerajaan bagaimana kalau dengan anak buah sendiri, iaitu ahli jemaah PAS sendiri dia gagal nak tegur atau nak beri nasihat?

1) Sewaktu pemuda berdemonstrasi depan pejabat Agong PAS, Hj Hadi berlalu dicelah-celah mereka dan dilihat seperti suka sahaja. Apa nasihat Hj Hadi?

2) Menjelang Muktamar yang lalu, beberapa orang pimpinan yang menyebelahi Hj Hadi, telah menggelar sesama jemaah sendiri dengan gelaran Munafiq Haraki, parasit, anjing dan sebagainya. Apa nasihat Hj Hadi? 

Sekadar menyebutkan dua perkara diatas itu, Apa tindakan Hj Hadi?


Sebaliknya Hj Hadi suruh mereka keluar dan tubuhkan parti sendiri!

Terbukti Hj Hadi gagal berperanan untuk menasihatkan ahlinya sendiri malah memihak kepada kalangan tertentu menyebabkan PAS berpecah. 

Hj Hadi akan diingati dalam sejarah sebagai seorang presiden yang menyebabkan PAS berpecah kerana kegagalannya bertindak saksama sebagai ketua.

Dah tu, bila ahli keluar, dilabel dengan lebih parah lagi. Seolah-olah mereka yang keluar parti seperti keluar dari Islam!


Dalam kenyataannya itu, Hj Hadi berkata, "Maka yang lemah imannya menjadi tidak Istiqamah!" 

Hj Hadi juga  meminta supaya ahlinya tidak mempedulikan pihak yang buta al-Quran.

Senang sangat dia nak melabel dan menuduh orang lain tidak istiqamah dan buta al-Quran!

Jom kita lihat bagaimana sikap orang mukmin yang sepatutnya, iaitu selalu bersikap rendah diri terhadap saudara dan teman sejawatnya dan bersikap keras terhadap musuh dan seterunya seperti yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayatNya:

Yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir.(al-Maidah:54)
Dan dalam ayat yang lain :

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. (al-Fath:29)

  Mereka bersikap lemah lembut sesama saudara muslim dan orang-orang yang berlembut dengan mereka. Mereka sentiasa berkata baik, bertingkah hemah dan akhlak yang menyenangkan sesama mukmin (Hablum minannas).

  Dua ayat tersebut menyatakan bagaimana seharusnya kita bersikap kasih sayang terhadap orang yang bersama kita dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan kafir yang memusuhi Islam.

  Bagaimana sikap Hj Hadi terhadap Mohamad Sabu sewaktu dia jadi Timbalan Presiden PAS? Saya diberitahu, Hj Hadi tidak pernah menjengok atau bertanya khabar ketika Mat Sabu sakit ; samada sewaktu lututnya cedera parah atau masa dia diserang denggi.....

  Hj Hadi juga khabarnya langsung tidak tahu nak keluarkan ucapan semudah 'terima kasih' kepada loyar Asmuni Awi dan anaknya yang telah bersusah payah guna duit sendiri berulang alik Ipoh-Kuala Terengganu untuk membantunya terlepas dari dakwaan fitnah pil kuda tempoh hari....alahai...

 Tegas dan keras terhadap musuh bukanlah akhlak kasar dan keras yang ditonjolkan tetapi tegas dengan prinsip lebih-lebih lagi dengan syariat Islam.Tak semestinya dengan perbuatan malah dengan percakapan yang mengugut dan menakut-nakutkan.


 Jadi erti asyiddaa-u 'alal kuffar tu bagaimana? Berkeras dan tegas terhadap musuh atau orang kafir itu ialah dengan menunjukkan prinsip dan pegangan terhadap Islam. Antaranya, kita kena jaga akhlak walau dimana jua, dalam suasana apapun.

 Akhlak kita dalam berjanji bagaimana wahai Hj Hadi? Akhlak kita  terhadap keputusan syura yang telah disepakati lalu dirobek dan buat keputusan sendiri bolehkah gitu wahai Hj Hadi? Malas aku nak korek cerita lama-lama nih!

 Apakah menggelar sesama jemaah sendiri dengan gelaran Munafiq Haraki, parasit dan sebagainya itu sikap warisan ambia' ?

AMANAH AKAN KEKAL LAMA, KATA DR AGUS YUSOFF

Posted: 25 Dec 2015 04:27 AM PST

Ramai menyifatkan tidak boleh. Alasannya sejarah menunjukkan parti yang lahir sebagai serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak kekal lama.

 Sejarah dari serpihan parti UMNO juga begitu. Pada tahun 1950-an, IMP dan Parti Negara berkubur dan pada tahun 1996 pula S46 berkubur.

 Atas hujah di atas, ramai yang pesimis tentang keupayaan Amanah untuk bertahan lama. Kata kawan saya, "selepas PRU-14 nanti, berkuburlah Amanah."

 Saya berpendapat tidaklah semudah itu untuk Amanah berkubur. Mengapa?

 i. Amanah ditubuhkan bukan atas alasan kecewa dalam pemilihan parti, tetapi tidak bersetuju dengan dasar dan arah tuju pucuk pimpinan parti.

 ii. Amanah dipimpin oleh pemimpin yang tahan uji dan komited dalam perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang progresif.

 iii. Amanah mendapat sokongan anak muda dan kelas pertengahan yang kecewa dengan perjuangan Umno dan Pas. Mereka teruja dengan sistem dua parti dan mahu melihat adanya sistem semak dan imbang dalam politik Malaysia.

 iv. Semua parti saingan Amanah sedang menghadapi masalah krisis kepimpinan dan keyakinan membolehkan Amanah memberikan persaingan yang kompetitif dalam politik negara, biarpun Amanah masih baru.

 v. Amanah memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat—keadilan sosial, hubungan kaum yang harmoni, kemiskinan dan lainnya. 

 vi. Amanah masih membawa konsep Islam sepertimana PAS, tetapi dengan wajah yang sederhana dan lebih inklusif. 

Begitulah hujah saya kenapa Amanah boleh kekal lama dalam politik negara. Tetapi alasan saya di atas tertakluk kepada kaveat berikut.

 i. Pemimpin Amanah perlu lebih jelas dari segi hala tuju perjuangannya. Apakah Amanah sebagai alternatif kepada Pas, atau Amanah ada 'produk baru' yang ditawarkannya untuk rakyat? 

ii. Amanah tidak boleh berdiri sendiri. Amanah perlu bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain sama ada itu dalam Pakatan Harapan atau lainnya.

 Di akhir analisisnya, Kedudukan Amanah seterusnya dalam politik negara adalah bergantung kepada pencapaian Amanah dalam PRU-14. Sekiranya Amanah gagal membawa impak dalam PRU-14 nanti, maka jalan ke arah Amanah terkubur itu jelas.

 Justeru, ke depannya Amanah memerlukan tindakan strategik yang penuh taktikal untuk mendapat sokongan rakyat dan kekal lama dalam politik negara. ~ Dr Mohamad Agus Yusoff

#ShutdownJalanDuta akan diteruskan tanpa surat polis

Posted: 24 Dec 2015 05:39 PM PST

PETALING JAYA: Protes Shutdown Jalan Duta pada malam Tahun Baru akan diteruskan tanpa cubaan untuk menyerahkan surat memberitahu polis mengenai perhimpunan itu, pengerusi jawatankuasa itu, Shazni Munir Ithnin berkata.

"Kami telah cuba yang terbaik untuk menemui polis dan kita tidak akan hantar (surat pemberitahuan maklumat protes) lagi," katanya ketika dihubungi FMT. 

Kumpulan itu sebelum ini telah cuba mengemukakan surat itu ke Balai Polis Brickfields pada pukul 6.30 petang Selasa lalu, tetapi ditolak kerana surat itu dikemukakan selepas waktu bekerja. 

"Ini tidak boleh diterima! Akta Perhimpunan Aman tidak menyebut bahawa surat itu perlu diserahkan semasa waktu bekerja, "katanya. 

Shazni berkata kumpulan itu akan mensasarkan seberapa ramai orang yang mungkin, dan menambah bahawa mereka sudah mempunyai 17,000 hadirin disahkan.

"Kami mempunyai 17,000 orang yang menandatangani petisyen dalam talian dan ini adalah orang-orang yang akan datang," katanya. 

Shazni, juga Parti Amanah Negara (Amanah) Naib Ketua Pemuda, menegaskan bahawa bantahan mereka halal mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menyatakan bahawa perhimpunan tidak memerlukan permit, hanya bahawa mereka perlu memaklumkan kepada polis sebelum demonstrasi.

 Beliau menjelaskan bahawa kumpulan itu akan memaklumkan kepada polis secara lisan. Beliau juga menjelaskan bahawa usaha untuk memohon permit akan menjadi sia-sia pula, kerana pihak polis boleh menyalahgunakan kuasa mereka untuk menghentikan bantahan itu daripada berlaku. 

"Polis akan mengakui permohonan kami dari tarikh penyerahan, dan yang memberikan mereka masa untuk datang dengan alasan untuk menghalang kita," katanya. 

Kumpulan #ShutdownJalanDuta yang terdiri daripada aktivis dan pelajar merancang untuk menyambut Tahun Baru di sekitar kawasan Tol Jalan Duta untuk membantah kos sara hidup yang meningkat tinggi. ~ sumber

Tiada ulasan: