Isnin, 21 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa yang kaki kelentong ? Takiyuddin atau media?

Posted: 21 Dec 2015 08:00 AM PST

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.

 Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit. Baca lagi di sini

Kah! Kah! kah! Bila dah kantoi, salahkan orang kononnya kenyataannya diputar belit??

 Takkanlah akhbar-akhbar lain yang turut melaporkan perkara sama juga kaki kelentong? 

Berita Semasa -vdo Sinar TV

Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan 
yg pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini, 
kata SUA Pas, Takiyuddin Hassan.Laporan sinarharian
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan
berkata Pas bersedia memaafkan dan melupakan
kesalahan UMNO ~ 
freemalaysiatoday
Pas sedia melupakan segala isu yang selama ini menjadi
punca persengketaan antara parti itu dengan UMNO bagi
menjayakan perpaduan antara kedua-dua parti, demi
kepentingan orang Melayu, agama Islam dan tanah
air tercinta. - ~ 
utusan
Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

 Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan "unity" berasaskan syariat.

 Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. 

 Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

 Pemberita: So maknanya PAS bersedia "forgive and forget"?

 Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. 

 Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. 

 Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan "apply" perkara yang sama.

 Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. 

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. 

 Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah "collective decision" daripada parti. ( lapor The Malaysian Insider)

Tiada Maaf Bagi Mu selagi kesalahan lampau dan yang sedang berlaku tidak dibetulkan!

Posted: 21 Dec 2015 12:00 AM PST

Bebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh; Gugurkan semua tuduhan bermotifkan politik terhadap Zunar, Azmi, Maria Chin dan lain-lain; tarik semula Rang Undang-Undang MSN; Gantung GST dan akaun sepenuhnya skandal kembar mega Najib sebelum sesiapa pun bercakap tentang " Jom lupakanlah yang lepas-lepas ..."
 Sewaktu berucap di ceramah Parti Amanah Negara di Banting Kuala Langat pada malam tadi, Lim Kit Siang berikrar akan cuba untuk menjelajah lebih daripada 150 kawasan Parlimen di negara ini dalam tempoh 180 hari selama enam bulan penggantungannya dari Parlimen.

Menurutnya, tuntutan rakyat semakin meningkat untuk penjelasan Najib mengenai skandal kembar mega beliau "Mana RM2.6 bilion?" dan juga kepada satu lagi skandal mega Najib - skandal 1MDB RM55 bilion. 

Seterusnya dalam tulisan diblognya pagi ini beliau menyatakan:

Krismas adalah lima hari lagi, dan sudah ada banyak cakap-cakap tentang bermaafan dan melupakan masa lalu.

 Saya menyokong falsafah yang bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesalahan-kesalahan lalu untuk menggalakkan persahabatan, persefahaman dan toleransi di kalangan individu dan perkumpulan , bukan hanya kerana ia adalah satu ajaran oleh semua agama yang hebat tetapi falsafah hidup yang baik.

 Walau bagaimanapun, ia memang ganjil untuk bercakap tentang kemaafan dan melupakan kesalahan-kesalahan masa lalu bagi parti politik apabila pihak yang satu lagi tidak pernah mengaku atau menginsafi mana-mana pelanggaran atau kezaliman yang lalu .

 Ia adalah sangat baik untuk mengamalkan ajaran agama atau falsafah dari " Jom lupakanlah yang lepas-lepas ..." untuk membina hubungan baru dan untuk membina masa depan yang baru, untuk melupakan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang telah lalu.

 Walau bagaimanapun, kesediaan ini untuk memaafkan dan melupakan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang telah lalu hendaklah disertakan dengan kesediaan dan resolusi membetulkan semua kesalahan semasa, ketidakadilan dan pelanggaran atau ia hanyalah terlalu awal bagi ungkapan " Jom lupakanlah yang lepas-lepas ..."

 Sebelum ada cakap-cakap " Jom lupakanlah yang lepas-lepas ..." dalam arena politik Malaysia untuk memaafkan dan melupakan "dosa-dosa masa lalu" yang dilakukan oleh pihak kerajaan, mesti ada kesediaan yang sama dan resolusi untuk pembetulan segera semua kesalahan semasa , ketidakadilan dan pelanggaran.

 Adakah terdapat apa-apa kesediaan dan resolusi membetulkan kesalahan yang berterusan, ketidakadilan dan pelanggaran?

 Jika ada, sila perbetulkan segera kesalahan-kesalahan, ketidakadilan dan pelanggaran berikut tanpa tunggu :

• Pembebasan segera Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh; 

• Gugurkan dakwaan yang bermotifkan politik terhadap semua tertuduh termasuk kartunis Zulkiflee Anwar (Zunar), blogger Khalid Ismath, akademik Azmi Sharom, penentang politik Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dan aktivis hak asasi manusia Lena Hendry dan Maria Chin Abdullah - seperti yang terkandung dalam resolusi Parlimen Eropah Khamis lalu yang mengutuk pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.

• Penarikan semula Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang ganas dan jahat yang akan merampas kuasa perlembagaan Yang di Pertuan Agong, Kabinet dan 13 kerajaan negeri;

• Penggantungan serta-merta GST kerana menyebabkan kesusahan yang besar kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah, diapit pula di antara kejatuh an pendapatan dan kenaikan kos sara hidup; dan

• Segera laksanakan akauntabiliti penuh dan memuaskan keatas skandal kembar mega oleh Perdana Menteri - "derma" RM2.6 bilion dalam akaun perbankan peribadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan RM55 bilion skandal 1MDB.

Jadikan lima isu ini diselesaikan sebelum orang bercakap tentang  " Jom lupakanlah yang lepas-lepas ...", kerana jika tidak, ia hanyalah semata-mata penglibatan, membantu dan bersubahat dalam pelakuan salah, ketidakadilan dan pelanggaran yang berterusan di negara kita. Mereka yang berfikiran saksama dan cintakan keadilan tidak boleh atau harus bersetuju. 

Baca seterusnya di sini  

Hj Hadi sedang memikul biawak hidup...

Posted: 20 Dec 2015 04:37 PM PST

Sila ikuti beritanya di sini
Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup!  Itulah pengakuan Hj Hadi sendiri ketika ditanya oleh seorang pemberita akhbar Sin Chew di Langkap pada 21 Mac 1910 yang lalu.

Wartawan itu seterusnya telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab : 

"Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat. 

TGHA tiba dipekan kecil ini di sebelah tengahari untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu sebelumnya.

 "Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak Pulau Pinang, hak Kedah …," katanya. 

Kah! Kah! Kah! Apakah sistem kehakiman dan kebebasan media kita kini sudah bertambah baik dari sebelumnya? Royalti mana Royanti? Kah!Kah! Kah!

Hj Hadi ni memang cakap lain bikin lain! Ramai yang terpesona dan terpedaya dengan kata-katanya... 

Amat benarlah kata-kata yang pernah diungkap oleh Saidina Abu Bakar, "Ash-shidqu amaanah wal-kidzbu khiyaanah - berkata jujur adalah amanah, berkata bohong adalah khianat".

Berkata benar dan berbuat benar, berkata jujur dan berbuat jujur adalah amanah dari Allah swt. Dan amanah dari Allah lebih tinggi daripada amanah manusia. 

Akhlak ini adalah penting kerana manusia dipegang pada kata-kata dan perbuatannya.

Umno, PAS perlu gabung jadi satu parti

Posted: 19 Dec 2015 08:00 PM PST

OLEH AMIN ISKANDAR
Peristiwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berada di atas satu pentas di Kuala Lumpur minggu ini menjawab pelbagai persoalan yang sebelum ini tidak begitu jelas.

 Dalam hal kerjasama di antara 2 parti Melayu itu, Umno kelihatan lebih jujur berbanding PAS.

 Ketika Hadi dan beberapa pemimpin lain masih berdolak-dalik tentang kerjasama di antara 2 parti itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendedahkan sudah 2 tahun Umno dan PAS bekerjasama.

 "Kerjasama berlaku, (ia) bukan mimpi... tidak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tidak betul.

 "Kerjasama berlaku 2 tahun dah," kata pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan itu seperti dilaporkan Bernama.

 Mungkin tidak semua pemimpin dalam PAS yang tahu dan dilibatkan dalam hal bekerjasama dengan Umno ini.

 Maka tidak hairanlah mengapa ramai di antara pemimpin kanan PAS keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

 Umno dan PAS kini sama.

 Ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Najib seolah-olah seperti seorang pemimpin PAS.

 Beliau sudah mula menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.

 Sebelum bersalaman dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecatnya daripada Kabinet pada Julai, Najib menggunakan istilah seperti "syura".

 Dalam menawarkan kerjasama bersama PAS, Najib juga menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk "menghalalkannya".

 Berucap semasa merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, presiden Umno itu turut membacakan ayat daripada surah Al-Imran dalam al-Quran bagi menyokong kenyataannya.

 "Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

 "Dan petunjuk al-Quran dengan begitu jelas menggariskan perpaduan ini, sehingga orang biasa seperti saya dapat memahami.

 "Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya semasa merasmikan multaqa itu di Kuala Lumpur yang menyaksikan perhimpunan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.

 Begitu juga dengan segelintir pemimpin PAS. Sudah lama mereka bersikap seperti Umno.

 Sehingga kadang-kadang yang membezakan di antara seorang pemimpin Umno dan PAS hanyalah songkok dan kopiah.

 Dewan Ulama Umno.

 Untuk menguatkan lagi Najib di dalam Umno, penggabungan di antara kedua-dua parti Melayu itu harus disegerakan.

 Oleh kerana PAS bukanlah jenis parti politik yang mahukan kekuasaan tetapi hanya reda Allah semata-mata, penggabungan akan menjayakan lagi misi dakwah mereka.

 Realitinya, walaupun sudah lebih 50 tahun PAS menjadi sebuah parti politik, mereka masih gagal menawan Putrajaya. Jadi, penggabungan bersama Umno akan menyebabkan PAS dapat melebarkan "dakwah Islam" mereka di dalam kerajaan.

 Selepas bergabung, PAS bolehlah memainkan peranan sebagai Dewan Ulama Umno.

 Pemimpin-pemimpin PAS bolehlah mengambil portfolio agama dalam Kabinet dan menjadi menteri besar di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.

 Semua ini perlu dilakukan PAS sementara Umno masih mahukan mereka. Ketika kedudukan Najib masih belum kuat. Jika Umno sudah kembali kuat, mereka juga tidak akan hairan dengan PAS.

 Meneruskan PAS ketika Umno sudah menerima "Islam ala PAS" akan menyebabkan banyak pembaziran wang dan tenaga. Bergabung akan lebih menjimatkan.

 Bukankah membazir itu amalan syaitan? – 20 Disember, 2015. ~ sumber

Tiada ulasan: